Anda di halaman 1dari 2

RASIONAL PERKHEMAHAN

i. Memantapkan jati diri rakyat Malaysia khususnya belia-


belia melalui pengalaman (Experiential Learning) dan
pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada
pembangunan negara yang mempunyai warganegara yang
lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

ii. Membentuk dan memupuk peribadi yang mantap melalui
latihan pengalaman dan pengembaraan untuk meningkatkan
serta menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat
berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad
untuk berjaya, kepimpinan dan keupayaan bekerja secara
berpasukan.

iii. Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada
para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya
dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam
masyrakat yang dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk
melalui aktiviti perkhemahan ialah:

> Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan.
> Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi.
> Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk
berjaya.
> Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan
yang
meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara
berpasukan.
> Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
> Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

Anda mungkin juga menyukai