Anda di halaman 1dari 62

Aisyah Samat

Checklist Ibu
Berpantang 44 Hari

Jadual Ibu Berpantang dan Panduan Penyediaan Rutin


Berpantang yang lengkap, mudah & pantas dengan Set
Pantang Ibusuri selama 44 hari.

(Khas buat pengguna Set Pantang Ibusuri)

made with
Kandungan

1. Tentang Penulis
Puan Aisyah Samat

Kaunselor Penyusuan Bertauliah & Pembimbing Ibu Menyusu

Berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan masalah penyusuan &


berpantang.

Penulis ebook dan blog berkaitan penyusuan dan berpantang di


www.nuhababy.com

2. Rutin Berpantang Ibu & Bayi


Checklist lengkap jadual berpantang ibu dan bayi selama 44 hari

3. Ketahui 10 Rutin Berpantang Yang Ibu WAJIB Tahu

4. CheckList Barang Keperluan Ibu Berpantang

5. Khasiat Dan Cara Mandian Herba Buat Ibu Berpantang

6. Khasiat dan Cara Bertungku Buat Ibu Berpantang

7. Berbengkung - Langsingkan Badan Selepas Bersalin


8. Bertangas..Amalan Berpantang Yang Hampir
Dilupakan

9. "Dalam Pantang Boleh Ke Minum Air Kosong Banyak?"

10. Teknik Selesaikan Masalah Bayi Yang Kerap Kembung


Perut

11. Rahsia 9 Teknik Urutan Supaya Bayi Lena Tidur Malam

12. BBD Premix Honey Drinks

13. Gochoc Gomilk

14. Vcleanse Lady Wash

15. Herbal Aromatheraphy

16. Adakah Anda?


Akan bersalin tak lama lagi dan terpaksa berpantang sendiri?

Adakah anda ibu yang pernah bersalin ceaser & badan masih lesu dan sakit
lepas habis pantang?

Anda banyak beli Set Pantang sebelum ini tapi membazir sebab tak habis
pakai?

Tercari-cari Set Pantang yang cepat, ready made dan habis guna?
17. Anda Nak Lagi Ebook Percuma?
TERUS KLIK LINK DIBAWAH

18. Senarai Ebook Di NuhaBaby Library


Lihat koleksi ebook di NuhaBaby Ebook Library berkaitan topik Penyusuan
dan Berpantang.

Khas buat ibu yang mahukan ilmu penyusuan & berpantang supaya
berjaya berpantang sihat selama 44 hari dan berjaya menyusukan bayi
dengan susu ibu selama 2 tahun penuh.

19. Nak Dapatkan Ilmu Penyusuan & Berpantang Secara


Percuma?
Boleh join Chanel kami untuk Ilmu Penyusuan dan Berpantang PERCUMA di
mana-mana chanel di bawah.

Jemput join ya!


Tentang Penulis

Puan Aisyah Samat

Kaunselor Penyusuan Bertauliah & Pembimbing Ibu


Menyusu

Berpengalaman lebih 5 tahun dalam menyelesaikan


masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook dan blog berkaitan penyusuan dan


berpantang di www.nuhababy.com
Rutin Berpantang Ibu & Bayi
Checklist lengkap jadual berpantang ibu dan bayi selama 44 hari

Rutin Berpantang Harian Ibu Selama 44 Hari


Mandi Herba
Bertungku
Berbengkung
Minyak Urutan Badan
Slimming Gel Untuk Perut
Minuman susu kambing
Minuman air herba
Basuhan luka jahitan
Herba Aromaterapi (pilis moden)

Rutin Perawatan Bayi


Tuaman bayi
Urutan bayi

Rawatan Tangas Herba


Mula bertangas pada hari ke-30 hingga hari ke-44 (14 hari berturut)
Ketahui 10 Rutin Berpantang
Yang Ibu WAJIB Tahu
CheckList Barang Keperluan
Ibu Berpantang
Khasiat Dan Cara Mandian
Herba Buat Ibu Berpantang

Mandian Herba, biasanya dilakukan bermula hari pertama berpantang


sehinggalah habis tempoh berpantang ibu selama 44 hari. Mari kita lihat apa
khasiatnya Mandian Herba ini.

Malah, Mandian Herba juga mampu mengelakkan ibu berpantang daripada


terkena Bentan Urat & Sendi.
Apa herba yang ada dalam Mandian Herba ni ye?

Bagaimana cara nak sediakan air Mandian Herba? Caranya mudah saja, lihat
gambar di bawah
Dalam Set Mandian Herba IbuSuri, Boleh guna lama mana ya? Berapa hari
penggunaannya?
Khasiat dan Cara Bertungku
Buat Ibu Berpantang

Bertungku ialah rawatan asas yang sangat penting buat ibu selepas bersalin.
Bertungku ada 2 jenis iaitu

1. Bertungku ringan seluruh badan


2. Bertungku di bahagian perut sahaja untuk menaikkan rahim

Bertungku ringan seluruh badan, boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, dan tidak kira
sama ada ibu itu bersalin normal atau pembedahan, ibu boleh mula bertungku.

Manakala, tungku di bahagian perut pula, hanya dilakukan oleh bidan terlatih
sahaja, untuk menaikkan rahim dan biasanya dilakukan selepas 2 minggu
bersalin kerana biasanya luka episiotomi sudah sembuh. Ia juga sesuai dibuat
oleh ibu yang bersalin normal sahaja. Dan menggunakan batu tungku yang berat
iaitu tungku besi.

Jadi, FOKUS post saya kali ini ialah menerangkan POINT NO.1 iaitu mengenai cara
bertungku ringan seluruh badan dan manfaatnya. Supaya sesiapa sahaja
termasuk anda, suami atau ibu anda juga boleh membantu anda bertungku.

Okey mari kita lihat apa sebenarnya tungku batu herba nie dan bahan-bahan di
dalamnya.
Apa pula khasiat dan manfaat bertungku seluruh badan pula?
Bagaimana cara nak panaskan Tungku Batu Herba ini?

Pilih salah satu daripada 3 cara di bawah.

Panduan dan Cara Bertungku


Cara Nak Simpan Tungku dan Kekalkan Kepanasan Tungku?
Berbengkung - Langsingkan
Badan Selepas Bersalin

Antara amalan berpantang melayu lama, untuk melangsingkan dan


mengempiskan perut selepas bersalin ialah amalan berbengkung.

Mari saya kongsikan apa khasiat ibu berpantang jika berbengkung!

Malah, amalan berbengkung juga penting untuk mengelakkan ibu daripada


terkena sakit rengat selepas bersalin.

Apa tu sakit rengat?


Jadi, pemakaian bengkung ni amatlah penting, seeloknya bengkung dipakai
bersama tapel.

Apa pula tu tapel? Tapel ni maksudnya sejenis ubat sapuan yang disapu di perut
dulu sebelum anda berbengkung.
Di NuhaBaby, kami sediakan BENGKUNG MODEN dan juga TAPEL MODEN IAITU
BBO (BODY BEAUTY OIL) & BTONED SLIMMING GEL.
Dibawah ini pula, sapuan untuk perut sebelum berbengkung.
BAGAIMANA CARA NAK PAKAI BENGKUNG MODEN INI?

Senang saja, check it out pada gambar di bawah.


Bertangas..Amalan
Berpantang Yang Hampir
Dilupakan

Antara persoalan ibu

"Tangas ni apa?"

"Apa khasiat bertangas?"

"Bagaimana cara bertangas?"

Jadi, saya ingin kongsikan apa khasiat bertangas.

KHASIAT TANGAS

BILA IBU BOLEH MULA BERTANGAS?


Tangas boleh dibuat bermula hari ke-30 hingga hari ke-45 (15 hari berturut-
turut)

Pada ketika ini, darah nifas sudah mula mengering dan hanya kelihatan lendir
kuning berwarna hijau.

Lendir kuning hijau ini dipanggil darah bantal dan ia perlu dikeluarkan
sepenuhnya sehingga habis, barulah rahim akan bersih.

Disini saya kongsikan info tentang darah nifas wanita lepas bersalin.

BOLEH SAYA TAHU APA KANDUNGAN HERBA DALAM SET TANGAS ?

BERAPA LAMA TAHAN UNTUK PEK TANGAS INI SETELAH DIGUNAKAN?


BAGAIMANA CARA MENYEDIAKAN AIR UNTUK BERTANGAS ?
"Dalam Pantang Boleh Ke
Minum Air Kosong Banyak?"

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya.

"Saya nak tahu.. sebenarnya dalam pantang boleh ke tidak minum air kosong
dalam kuantiti yang banyak?"

Jawapan saya,

"Memandangkan saya ialah Kaunselor Penyusuan yang menitikberatkan juga


penjagaan ibu ketika berpantang."

Ini yang saya sarankan hasil daripada ilmu yang saya kutip daripada orang yang
lebih pakar, saya kongsikan di sini ye.

Isu air boleh minum banyak mana ketika berpantang memang menjadi
isu..kerana menyusu perlukan air yang cukup.

Tetapi, pantang Melayu pula melarang ibu minum air yang banyak!

Jadi, macam mana nak menyusu nanti?

Okay..

Kini saya sudah faham.

Elakkan minum air kosong banyak itu supaya KESIHATAN IBU TERJAGA.

Kene minum air banyak pula supaya DAPAT HASILKAN BANYAK SUSU SUPAYA
BAYI DAPAT CUKUP SUSU.

Cumanya..kalau tersilap pilih air, susu memang akan banyak tapi...

Kesihatan ibu pula tak dapat dijaga seperti masalah faraj berair, badan berangin
dan gemuk air selepas berpantang.
Jangan lupa, saya pernah kongsikan 6 senarai makanan yang dilarang buat ibu
berpantang. Anda masih ingat lagi?

Oleh itu, sekarang mari kita lihat senarai

Minuman yang dilarang ketika berpantang dan sebabnya


Senarai minuman yang digalakkan ketika berpantang
Jadual minum air untuk ibu berpantang
Resipi Air Rebusan Herba
Resipi Jus Lobak Merah

InsyaAllah, dengan mengambil berat perihal minum air ketika berpantang ini,
KESIHATAN DAN KEADAAN IBU DAN BAYI SAMA-SAMA SIHAT DAN BAIK.
Jom!

APA MINUMAN YANG DILARANG KETIKA BERPANTANG DAN KENAPA?

APA PULA SENARAI MINUMAN YANG DIGALAKKAN KETIKA BERPANTANG?


BOLEH KONGSIKAN TAK MACAM MANA JADUAL IBU BERPANTANG UNTUK MINUM
AIR NI?
MACAM MANA NAK SEDIAKAN AIR REBUSAN HERBA?

Okay disini saya kongsikan juga resipi Air Rebusan Herba.


Teknik Selesaikan Masalah
Bayi Yang Kerap Kembung
Perut

Ramai ibu yang menitik beratkan penjagaan ibu berpantang namun terlepas
pandang dengan penjagaan bayi baru lahir.

Bila bayi kurang selesa, sukar tidur lena, kembung perut, kerap menangis dan
meragam..keadaan memang akan jadi kelam-kabut sehinggakan ibu pun sukar
untuk menjalani rutin berpantang (seperti mandi herba, bertungku, bertangas
dan lain lagi)

Sebenarnya, masih ramai dikalangan kita yang sudah melupakan amalan nenek
moyang kita iaitu tuaman bayi.

Mari saya kongsikan apa manfaat yang bayi akan dapat melalui tuaman bayi ni.
BILA BOLEH DILAKUKAN TUAMAN BAYI NI?

Tuaman bayi boleh dilakukan dua kali setiap hari, selepas mandi. Selepas
bertuam, barulah mulakan urutan pada bayi.

APA BAHAN-BAHAN YANG ADA DALAM TUAM BAYI INI?


BAGAIMANA CARA NAK PANASKAN TUAM BAYI?

Pastikan seterika sederhana panas dan tuam bayi pula panasnya suam-suam
kuku.

BOLEH SAYA LIHAT SAIZ SEBENAR TUAM BAYI NI?


BAGAIMANA CARA NAK TUAM PERUT BAYI SAYA?
Rahsia 9 Teknik Urutan
Supaya Bayi Lena Tidur
Malam

Antara masalah ibu berpantang ialah

"Bayi saya kerap berjaga malam, susah lena tidurnya. Adakalanya, sepanjang
malam dia berjaga dan cepat bangun awal 4 pagi sudah bangun."

"Akibatnya, saya sangat letih kerana bayi tidak nyenyak tidur. Tambahan pula,
saya sedang berpantang."

Jadi, kali ini saya ingin berkongsi masalah bayi yang sukar tidur malam dan
bagaimana cara mengatasinya.

Tahukah anda? Bayi yang normal, biasanya mudah tidur malam dan hanya
bangun beberapa kali sahaja untuk menyusu.

Jika bayi anda senang tidur diwaktu malam, lena dan hanya terjaga untuk
menyusu, ianya normal.

Namun, ada sesetengah bayi memang sukar tidur malam dan kerap meragam,
terjaga di awal pagi tetapi bukan untuk menyusu.

Jadi, apa punca bayi sukar tidur malam?

Ini kerana, kemungkinan bayi kurang sihat atau emosinya terganggu.

Hal ini diakui sendiri oleh Puan Fadillah Nur, Pakar Perbidanan Islam di dalam
buku Mudahnya Berpantang.

Emosi bayi baru lahir, memang senang terganggu kerana bayi sedang melalui
fasa perubahan habitat dan tempat tinggal.
Daripada rahim yang memberikannya pakej ketenangan berupa sempit, gelap,
selesa terkepit, alunan music daripada jantung ibu dan aliran deru perjalanan
darah ibu kepada rumah yang luas, bising, dan terang menyebabkan bayi
senang terganggu emosinya.

Hal ini punca kepada kekacauan emosi bayi baru lahir, menyebabkannya sukar
tidur malam.

Justeru, apa penyelesaiannya?

Kali ini, saya ingin berkongsi penyelesaiannya iaitu melalui 9 teknik urutan bayi
atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Baby Massage.

Mari saya kongsikan apa kelebihan urutan bayi untuk menyelesaikan masalah
bayi sukar tidur ini.

Jom kita lihat.

1# KELEBIHAN URUTAN BAYI

Antara kelebihan urutan bayi ialah bayi

Lebih lena tidurnya


Kurang menangis dan kurang meragam
Lebih tenang dan tidak mudah menangis
Membantu perkembangan mental, sosial dan fizikal bayi

Hal ini diakui sendiri oleh BabyCentre Medical Advisory Board di dalam blognya
Baby Center iaitu

Massage may help your baby to sleep better, cry and fuss less, stay relax and
develop mentally, socially and physically

Malah, ada satu kajian mengatakan urutan pada hari awal kelahiran bayi, boleh
membantu sembuhkan demam kuning dengan lebih cepat!

Ianya juga adalah masa istimewa iaitu bonding time ibu dengan bayi serta bapa
dengan bayi, dan terapi stress buat ibu berpantang.

Bila bayi gembira, dan lena tidur serta kurang meragam tentunya ibu juga
bahagia!
2# BILA MASA SESUAI UNTUK MENGURUT BAYI?

Masa yang sesuai untuk urutan bayi ialah dibuat dua kali sehari, sebaiknya
selepas mandi pagi/mandi petang dan juga malam sebelum tidur.

Pastikan ketika itu bayi tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang. Pendek kata,
waktu selepas mandi dan sebelum sesi menyusu di malam hari ialah waktu
terbaik.

3# APA YANG ANDA PERLUKAN SEBELUM MULA MENGURUT?

Anda hanya perlukan minyak bayi daripada tumbuhan (vegetable oil) dan juga
sehelai tuala nipis sebagai alas.

Contohnya minyak seperti olive oil iaitu minyak zaitun, atau IbuSuri Baby Oil
yang mengandungi minyak bunga lawang dan serai wangi sebagai bahan
utamanya.
Bunga Lawang adalah sejenis herba yang mampu memberikan ketenangan
sekaligus bau herba yang menenangkan manakala serai wangi pula bertujuan
untuk mengelakkan nyamuk hinggap di kulit bayi.

Okey semua dah ready ke? Bolehlah kita ke langkah urutan yang pertama
sehingga seterusnya..

Saya akan kupas satu persatu teknik urutan daripada muka sehinggalah ke tapak
kaki bayi.

Jom lihat!

4# URUTAN MUKA

Urut perlahan kening bayi, hidung dengan menghala ke bawah, pipi dan dagu
secara lembut dan secara menaik.

5# URUTAN DADA

Usap dada bayi dengan kedua-dua tangan ala kupu-kupu beberapa kali, juga urut
di bahagian perut bayi secara bulatan (pusing arah jam) dengan perlahan.

6# URUTAN TANGAN
Bahagian tangan, genggam sambil mengurut sepanjang tangan bayi, perlahan-
lahan luruskan tangan bayi.

7# URUTAN KAKI

Bahagian kaki, genggam dari peha sehingga turun ke betis dan pergelangan kaki
sambil urut perlahan.

8# URUTAN TAPAK KAKI

Urut perlahan tapak kaki menggunakan ibu jari.

9# URUTAN BELAKANG BADAN


Telangkupkan bayi, buat kuak rama-rama menggunakan kedua tapak tangan di
belakang bayi.

Urut daripada pangkal leher sehinggalah ke punggung bayi dan ulang beberapa
kali. Okey, selesailah sudah sesi urutan
BBD Premix Honey Drinks
Gochoc Gomilk
Vcleanse Lady Wash
Herbal Aromatheraphy
Adakah Anda?

Akan bersalin tak lama lagi dan terpaksa berpantang sendiri?

Adakah anda ibu yang pernah bersalin ceaser & badan masih lesu
dan sakit lepas habis pantang?

Anda banyak beli Set Pantang sebelum ini tapi membazir sebab tak
habis pakai?

Tercari-cari Set Pantang yang cepat, ready made dan habis guna?

KLIK SINI UNTUK SET PANTANG DIAMOND


Anda Nak Lagi Ebook
Percuma?

TERUS KLIK LINK DIBAWAH

SENARAI PEMAKANAN IBU BERPANTANG


Senarai Ebook Di NuhaBaby
Library

Lihat koleksi ebook di NuhaBaby Ebook Library berkaitan topik


Penyusuan dan Berpantang.

Khas buat ibu yang mahukan ilmu penyusuan & berpantang supaya
berjaya berpantang sihat selama 44 hari dan berjaya menyusukan
bayi dengan susu ibu selama 2 tahun penuh.

KLIK SINI UNTUK SENARAI EBOOK DI NUHABABY


Nak Dapatkan Ilmu Penyusuan
& Berpantang Secara Percuma?
Boleh join Chanel kami untuk Ilmu Penyusuan dan Berpantang PERCUMA
di mana-mana chanel di bawah.

Jemput join ya!

made with

Anda mungkin juga menyukai