Anda di halaman 1dari 2

SET PENGURUSAN URI (Placenta)

Mengikut adab adab Islam, uri tidak boleh diabaikan kerana ianya adalah sebahagian dari
tubuh manusia.

Mengikut amalan tradisional Melayu, uri mestilah di basuh menggunakan asam gelugor,
asam jawa dan garam kasar dengan sebersihnya sehingga hilang darah dan bau lalu
kemudian di bungkus di dalam kain kapas putih atau kuning yang bersih, dimasukkan ke
dalam periuk tanah lalu di tanam dengan baik.

Uri perlu di uruskan oleh bapa bayi atau nenek bayi itu sambil membaca selawat dan
zikir.

Antara Kepercayaan dan Amalan orang Melayu Lama


Kata orang dulu dulu, uri bayi perempuan di tanam di halaman rumah, jangan tanam di
belakang rumah, nanti bila dah besar orang “tak nampak”, tak ada yang masuk
meminang.
Mengikut kepercayaan dan amalan orang dahulu, uri di tanam bersama sama benda tajam
seperti paku atau gunting ataupun jarum supaya tidak diganggu oleh makhlus halus.

Boleh dikatakan ianya bercanggah dengan agama dan adalah kepercayaan khurafat,
namun ianya hanya sekadar adat atau amalan orang tua, tentu ada hikmah disebaliknya
sebab itu orang dahulu tidak meninggalkan adat.

Mengikut kepercayaan orang dahulu, lilin atau pelita di pasang berhampiran uri yang di
tanam pada waktu malam supaya terang dan tiada gangguan dan bayi juga tidak menangis
di waktu malam.

Uri tidak boleh di tanam terlalu dalam kerana dikhuatiri bayi akan lambat tumbuh gigi
atau lambat bercakap.

Ada juga yang menanam buku dan pensil bersama uri berhajat agar bayi yang lahir akan
menjadi seorang yang bijak pandai.

Anda mungkin juga menyukai