Anda di halaman 1dari 3

Menanam uri Apa itu Uri?

Persoalan bakal timbul di dalam benak kepala seorang ayah/penjaga bayi yang baru pertama kali menguruskan uri (plasenta) . Uri adalah sarung yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Kenapa Uri harus di jaga dan di tanamkan Tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik. Oleh kerana Uri adalah sebahagian dari tempat bayi maka ia adalah bersih dan perlu diperakukan dengan baik. Ia perlu di basuh, tidak ditinggalkan merata-rata, kemudian tanam di tempat yg selamat. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan jauh daripada diselongkar dan dimakan binatang liar. Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Perbuatan meletak pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya,kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus..... jelas ini salah dan bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH. Menurut kepercayaan, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan. Jika petua orang tua dan budaya itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan. Perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya. Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani. Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam. Hukum jika uri dibuang saja Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula. CARA MEMBERSIHKAN, BAHAN YANG DIPERLUKAN DAN MENANAM URI Bahan Bahan Kain Putih Sepasang Tempurung Kelapa atau Bekas Plastik Bertutup Dawai Pengikat Asam Jawa Garam Besen Bekas tapis. Cangkul Cara Mencuci Uri diletakkan di dalam besen dan buka paip air. Biarkan Air mengalir memenuhi besen bagi membuang darah di uri. Setelah darah di uri berkurangan, masukkan uri di dalam bekas tapis...tos kan ia. Air bercampur darah di dalam besen di buangkan. Masukkan sebungkus asam jawa dan segenggam garam ke dalam besen. Ramas ke dua dua bahan dengan air sebesen. Masukkan semula uri tadi ke dalam besen. Biarkan seketika. Tapiskan semula uri tadi TANPA DI BILAS DENGAN AIR BIASA. Bentangkan kain putih. Bila titisan air di uri yang di tapis sudah agak berkurangan, masukkan uri kedalam kain putih. Ikat atau punjutkan kain putih dari penjuru ke penjuru. Tebuk bahagian bawah tempurung (mata tempurung) atau buatkan 3 lubang kecil (jika menggunakan bekas plastik bertutup) Masukkan kain yang berisi uri kedalamnya. PASTIKAN BAHAGIAN BERLUBANG DI BAWAH. Tutup bahagian atas tempurung. Ikat tempurung dengan dawai. Cara Menanam. Ambil Wudhu Menghadap Kiblat Cangkul gali tanah sedalamnya Baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad Tanamkan Tempurung tadi dengan bahagian yang berlubang di bawah.

Anda mungkin juga menyukai