Anda di halaman 1dari 31

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang

Tidur

Tidak

Berbantal

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai

Sarung

Kaki

(Stokin)

Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan

Duduk

Mencangkung

Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi

Duduk

Di

Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan

Kaki

Bila

Tidur

Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan

Terlalu

Aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan

Makan

Ubi-Ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa

kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan

Tidur

Di

Waktu

Matahari

Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan

Tidur

Waktu

Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan

Menjahit

Pakaian

Dan

Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak

Boleh

Keluar

Rumah

Waktu

Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu

Jari

Tidak

Boleh

Terantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang

100

Hari

Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara

Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau

mencangkung

kerana

cara

ini

tidak

baik

untuk

ibu-ibu

dalam

pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara

Berbaring

Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain

Amalan

Semasa

Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah. You might also like:

Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin Belajar Merawat Diri Secara Teratur Selepas Bersalin Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan
LinkWithin

posted by kak engku at 8:30 am 33 comments labels: panduan berpantang


27 june 2013

Petua Ketika Berpantang

Menghilangkan Rasa Pening Kepala Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, selain dari rasa letih dan lesu mereka juga rasa kepala mereka pening dan berat. Jika berambut panjang bolehlah anda mendandan rambut

anda dengan rapi dan mengikat kuat rambut anda itu dengan getah pengikat rambut, biarkan rambut anda tegang. Dandanan ini akan menegangkan muka anda selain dari itu boleh menghindarkan dari sakit kepala dan terkena penyakit angin meroyan (penyakit jiwa bagi ibu-ibu yang baru bersalin). Oleh itu ikatlah rambut anda selama dalam pantang 44 hari bagi orang-orang Melayu. Selain itu, anda juga boleh mencuba petua ini, ambil tiga biji limau kasturi, atau limau nipis, belah dua, airnya jaramkan pada kulit kepala anda, biarkan air limau itu kering di kulit kepala anda. Setelah itu barulah anda mencucinya dengan air sejuk. Lakukan cara ini sebelum mandi pagi. Menghilangkan Gatal-Gatal Pada Vagina Selepas Melahirkan Anak Selain daripada kebersihan badan, ibu patut juga tahu menjaga kebersihan vagina supaya cepat sembuh dan jangan dijangkiti kuman. Caranya, ambil 7 helai daun sirih, bersihkan daun tersebut dan rebus dengan 2 gelas air. Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa, rebus bahan-bahan itu sehingga mendidih. Gunakan untuk membasuh vagina bilarebusan itutelah sejuk. Lakukan setiap hari sehingga luka-luka pada vagina sembuh. Menghilangkan Sakit Buah Dada Ketika Dalam Pantang Adakalanya ibu yang baru melahirkan akan mendapat demam kerana buah dadanya mengeras. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencari sarang tebuan tanah, campurkan dengan asam jawa dan basahkan dengan sedikit air. Setelah itu sapukan pada buah dada yang sedang mengeras,sapukan beberapa kali hingga buah dada anda tidak sakit lagi. Rasa Lemah Badan Selepas Bersalin Bagi ibu yang berasa lemah badan selepas bersalin dan rasa lemah itu terlalu sukar untuk dipulihkan, anda hendaklah makan sup daging bercampur sedikit halia setiap hari, tambahkan sedikit lada hitam di dalam sup tersebut. Sup ini hendaklah dimakan setiap pagi sebagai menggantikan sarapan pagi. Amalkan makan sup ini selama sebulan. Selain dari itu, tambahkan sayur-sayuran dan buahbuahan dalam menu anda. Anda akan bertambah sihat setelah mengamalkan diet itu. Mengatasi Peranakan Turun Dan Salah Tempat

Pekerjaan yang terlalu banyak dan berat, mengangkat barang-barang yang berat akan menyebabkan peranakan anda menjadi lemah dan mudah turun. Untuk mengatasi masalah ini hendaklah anda mengikat perut bahagian bawah dengan kuat dengan tali pinggang dari kain, tujuannya biar perut anda tidak mudah bergoyang. Selain dari itu amalkanlah berendam dalam air mandian yang panas-panas suam setiap hari selama setengah jam, lakukan rawatan ini sehingga kesihatan anda pulih. Selain itu, ibu-ibu yang mempunyai peranakan yang lemah akan mengalami peranakan yang salah tempat, setelah mereka melahirkan anak. Tanda-tandanya anda mungkin berasa tidak selesa dan sering buang air kecil. Untuk mengatasi masalah ini anda hendaklah melakukan senaman ringan. Caranya, dengan berurut, atau berbaring dengan menaikkan kedua kaki anda condong ke dinding. Lakukan cara ini setiap pagi dan petang. Sehingga anda berasa sembuh. Mengatasi Sakit Angin Semasa Dalam Pantang Petua mengatasinya dengan minum air halia yang direbus dengan sedikit gula. Ambil sepotong halia sebesar ibu jari, tumbuk halia tersebut hingga halus, rebus dengan dua gelas air hingga mendidih, sejukkan dan minum dua kali sehari pagi dan petang. Amalkan selama dua hari hasilnya tentu memuaskan. Badan Terasa Seram Sejuk Semasa Dalam Pantang Semasa dalam pantang anda mungkin mengalami rasa seram sejuk secara tiba-tiba kepala pening. Ini dikatakan bentan, untuk mengatasinya anda hendaklah berehat secepat mungkin,minum segelas kopi panas atau air panas bercampur gula sebanyak satu gelas, sapu ibu kaki dengan hirisan bawang merah. Selimutlah dengan selimut tebalsehingga anda berpeluh. Semasa dalam pantang elakkan memakan makanan yang berbisa seperti rebung, nenas,buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat, manggis dan sebagainya. Bentan yang teruk boleh menyebabkan rabun mata dan lemah badan. Oleh itu, ibu-ibu semasa dalam pantang hendaklah menjaga pemakanan dengan betul dan rehat dengan cukup untuk menghindarkan bentan.
You might also like:

Alahan Semasa Kehamilan Hindari Anak Cacat Panduan Berpuasa Bagi Ibu Lepas Berpantang
LinkWithin

posted by kak engku at 8:21 am 0 comments labels: panduan berpantang

05 june 2013

Penjagaan Caesarean Atau Bersalin Secara Pembedahan


Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.

Sebelum Meninggalkan Hospital

Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.

Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.

Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.

Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.

Senaman

~ Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

~ Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.

~ Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.

~ Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.

~ Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

~ Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.

~ Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.

~ Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.

~ Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.

~ Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.

Penjagaan Emosi

~ Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.

~ Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.

~ Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.

~ Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.

~ Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.

~ Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.

Perkara Yang Perlu Dielakkan

~ Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.

~ Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.

~ Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.

~ Kolam renang dan tab air panas.

~ Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.

~ Kerap turun naik tangga.

~ Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.

Segera Berjumpa Doktor Jika:

~ Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.

~ Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.

~ Discaj vagina yang berbau busuk.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.

~ Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.

~ Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.

~ Muncul ruam atau gatal-gatal.

~ Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.

~ Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.

~ Rasa bimbang, panik atau sedih.

You might also like:

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan Pembedahan / Caesarean Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin
LinkWithin

posted by kak engku at 3:30 am 0 comments labels: panduan berpantang


27 december 2012

Masalah Yang Sering Timbul Dalam Pantang Bersalin


Semasa dalam pantang, ibu terdedah kepada pelbagai masalah, terutamanya apabila penjagaan diri tidak dilaksanakan dengan betul, khususnya yang melibatkan perut, payudara dan merian. Setiap masalah ini harus ditangani dengan teliti agar derita ibu yang menghidapinya tidak berlarutan sehingga tidak dapat dirawat lagi.

Masalah

Bentan

Urat

Mengikut kefahaman Melayu, bentan urat merujuk kepada keadaan badan yang terasa lemah seperti demam, serta bisa urat dan sendi. Bentan urat mudah menyerang sesiapa yang terlebih bersenam atau menggunakan tenaga secara berlebihan sehingga jatuh sakit atau demam.

Dalam pantang bersalin, demam bentan urat berlaku apabila ibu tiba-tiba berasa seram sejuk, naik suhu badan atau mengiggil. Lazimnya bentan urat berlaku apabila seluruh urat sendi serta otot badan tegang dan kekejangan. Bentan urat lazimnya berkait rapat dengan masalah bentan urat peranak dan bentan urat besar.

Dalam keadaan ini, pakar urut perbidanan tidak akan mengurut pesakit kerana rawatan tersebut akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, rawatan yang dilakukan ialah bertangas wap herba dan mandian minyak urat. Pesakit akan dilumurkan dengan minyak urat ke seluruh badan sebelum diberi rawatan bertuam batu panas sehingga badan dapat memecahkan peluh.

Bentan

Urat

Peranak

Masalah bentan yang paling biasa dihadapi oleh ibu bersalin adalah pada urat peranak atau urat buluh peranak yang datangnya dari urat besar pembuluh jantung. Urat besar ini menghala ke bahagian ariari dan cawan paha sehingga ke ibu jari kaki. Oleh sebab itulah petua Melayu melarang ibu bersalin bergerak kasar kerana bimbang terjadi perkara tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranak dan berlaku turun darah.

Apabila keadaan ini berlaku, ibu dinasihatkan berbaring dengan secepat mungkin di atas lantai tanpa bantal di kepala dan alas punggung dengan dua biji bantal. Satu cara lagi, ibu tersebut juga boleh menyandarkan kedua-dua kakinya pada dinding kerana posisi ini dapat mengurangkan pengaliran keluar darah.

Bentan

Urat

Besar

Urat besar ialah urat buluh peranak yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Setiap kali selepas bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan, ketegangan urat besar akan dirasai, yang mana permulaannya ibu akan terasa lenguh atau sakit di bahagian cawan muka. Jika dibiarkan, urat yang tegang itu akan mengganggu cara ibu berjalan dengan betul kerana sakitnya akan terasa ke tumit sehingga jika keadaannya teruk menyentap urat. Apabila tersentap urat, seseorang itu akan berjalan capik seumur hidup. Masalah ini sukar dipulihkan, malahan sekiranya dilakukan pembedahan sekalipun, hasilnya tidak terjamin.

Masalah

Payudara

Bengkak

Susu

Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara. Untuk melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihatkan melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Bagi melancarkan dan memperbanyakkan air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas.

Bengkak

Payudara

Yang

Sakit

Berdenyut

Dan

Berbisa

Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara.

Barah

Susu

Payudara yang mengalami masalah bengkak, merah dan sakit dikenali sebagai barah susu. Ilmu perbidanan Melayu mengesyorkan beberapa kaedah rawatan untuk masalah ini.

Selut laut, bedak mentah belut dan bunga cempaka (dilumatkan) digaul sebati seperti bedak sejuk. Sapukan ke atas payudara, kecuali di bahagian puting.

Ubi jaga (digiling atau dilumatkan) dan digaul sebati dengan bedak mentah belut. Sapukan ke atas payudara, kecuali bahagian puting.

Puting

Merekah

Dan

Berdarah

Keadaan merekah dan berdarah sering terjadi di bahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Keadaan ini berpunca daripada cara penyusuan yang tidak betul, iaitu bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja tanpa memasukkan sekeliling kelopak ke dalam mulut. Sebab yang lain, bayi menghisap terlalu kuat apabila susu berkurangan dan mengakibatkan puting dan lehernya melecet. Beberapa rawatan yang disyorkan antaranya:

Rebus daun sirih, biarkan suam. Rendam kapas dan gunakannya untuk mencuci perlahanlahan di bahagian puing yang sakit. Lap kering.

Asah kunyit, manjakani dan biji pala (boleh juga gunakan serbuk). Gaul sebati dengan minyak kelapa. Pupuk atau sapu rata di bahagian puting.

You might also like:

Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan Keguguran Dan Berpantang


LinkWithin

posted by kak engku at 8:20 am 0 comments labels: panduan berpantang


11 september 2012

Jangan Biarkan Angin Masuk Badan


Kita sering mendengar pesanan daripada orang tua-tua terhadap si anak yang baru melahirkan anak agar berpantang supaya angin tidak masuk ke badan. Benarkah angin boleh masuk ke dalam badan ibu selepas bersalin? Umum sedia maklum mengenai kebaikan mengamalkan berpantang untuk mencegah atau mengurangkan angin dalam badan.

Mengikut definisi istilah, angin dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem gastrointestinal yang mengandungi gas tidak berbau. Kira-kira 99 peratus gas buangan dari usus dan gas tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur. Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin badan disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.

Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik. Bagi seseorang yang mempunyai angin dalam badan yang banyak, pasti merasa tidak selesa dan sakit-sakit seluruh tubuh badan.

Stoking Elakkan Angin

Melahirkan anak merupakan proses yang melibatkan kerahan semua tenaga dari tubuh seorang wanita. Segala urat-urat badan bagaikan terputus semasa mengeluarkan bayi dari dalam rahim. Tenaga yang hilang perlu dikembalikan semula. Urat-urat yang mengembang perlu diperbetulkan kerana jika tidak angin mudah ke dalam tubuh ibu. Hasilnya ibu merasai kesakitan di seluruh badan.

Antara kesan buruk apabila angin masuk satu badan iaitu emosi ibu terganggu dan sakit seluruh badan terasa seperti dicucuk dan pedih. Tidak hairanlah ibu berpantang sangat disarankan memakai pakaian yang menutup seluruh badan serta bersarung kaki sepanjang masa. Semuanya untuk mengelakkan angin daripada masuk ke dalam badan.

Angin dikatakan boleh masuk mengikut ibu jari kaki ibu yang tidak berstoking. Akibatnya kaki ibu akan berasa sejuk dan tajam tatkala memijak lantai. Jangan pandang remeh soal ini kerana ia boleh menyebabkan ibu bentan. Dalam perubatan tradisional, bentan bermaksud berbalik sakit. Ertinya, jika seseorang itu sakit tetapi tidak menjalani rawatan yang betul atau melanggar pantang, orang itu akan mendapat bentan.

Khasiat Pakai Param

Antara amalan berpantang termasuklah memakai param seluruh badan. Param atau pemanas badan bagus untuk mengembalikan seri wajah dan kesihatan dalaman tubuh. Param berbentuk serbuk campuran daripada beras, cekur, cengkih, kayu manis, dan lain-lain herba. Ia dibancuh dan kemudian dilumur pada seluruh bahagian tubuh.

Wanita yang baru lepas bersalin tidak boleh sejuk. Oleh itu, param membantu untuk mengembalikan semula suhu tubuh. Param juga bertujuan untuk:

1. Menghangatkan tubuh dan memperbaiki peredaran darah dalam badan.

2. Mengurangkan aliran air ke dalam badan.

3. Melegakan otot-otot yang keletihan.

4. Menguatkan tisu-tisu dalaman tubuh.

5. Membuang angin yang berlebihan.

6. Melegakan masalah kulit dan mencantikkan kulit.

Angin boleh masuk menerusi liang roma badan ibu dengan mudah jika tidak dilindungi dengan sapuan herba yang hangat. Ibu perlu mengelakkan daripada terlalu lama terdedah dalam bilik yang sentiasa dipasang penghawa dingin atau kipas angin.

Tahukah Anda?

~ Pati air halia boleh disediakan pada minggu ke36 hingga 38 kehamilan.

~ Air halia bagus untuk mengurangkan angin dan menghangatkan badan. Ibu berpantang disarankan minum tiga cawan air halia sehari.

~ Jangan minum terlalu banyak air halia kerana boleh menyebabkan badan terlalu panas seterusnya memberi kesan kepada susu badan dan bayi yang menyusu.

Air Halia

Bahan-Bahan:

Halia sebesar tapak tangan, 2.5 liter air, gula kabung secukup rasa, 2 biji bunga cengkih, sehelai daun pandan jika suka.

Cara Membuat:

1. Ketuk halia dan rebus sampai menggelegak.

2. Kecilkan api, renehkan rebusan sehingga menjadi satu liter air sahaja. Selepas sejuk, simpan pati di dalam botol. Tuang sedikit pati dan dicampurkan dengan air. Sedia untuk diminum sepanjang tempoh berpantang.

You might also like:

Makanan Untuk Berpantang

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Lepas Berpantang Petua Ketika Berpantang


LinkWithin

posted by kak engku at 9:09 pm 1 comments labels: panduan berpantang


30 august 2012

Panduan Memilih Bidan Atau Tukang Urut


Jangan terlalu ghairah dengan pelbagai pakej yang ditawarkan semasa mencari tukang urut untuk melengkapkan rawatan berpantang anda. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar tidak tertipu atau terpedaya dengan tawaran yang dijanjikan.

1. Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya.

2. Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri seperti kuku tidak panjang, basuh tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan.

3. Berpengalaman dan jika boleh mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.

4. Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman boleh mengurangkan caj kos pengangkutan.

5. Pastikan pakej yang diambil di salon adalah telus iaitu tiada kos tersembunyi. Apa yang ditawarkan mesti dimasukkan dalam bil.

6. Bagi yang muslim digalakkan mengambil bidan beragama islam untuk memastikan penjagaan aurat.

7. Untuk mengelakkan daripada ditipu, jangan mudah membayar deposit pakej yang diambil sebelum pertemuan dilakukan.

8. Jika memilih pakej salon, pastikan salon terbabit dikenali dan anda mengetahui lokasinya.

9. Pastikan tukang urut mementingkan kesihatan ibu iaitu ada serba sedikit ilmu perubatan asas.

Info:

~ Seeloknya jamu diambil selepas 14 hari tempoh bersalin, ini bertujuan untuk memberi bayi pulih dari kuning sepenuhnya.

~ Sebenarnya rahim ibu boleh naik kembali secara semulajadi selepas tujuh hari bersalin. Amalan sengkak rahim untuk menaikkan peranakan hanya boleh dilakukan selepas tempoh tiga minggu bersalin.

~ Selepas 44 hari berpantang, ibu tetap digalakkan berurut dan bertungku sebulan sekali. You might also like:

Berpantang Selama 44 Hari Panduan Berpuasa Bagi Ibu Lepas Berpantang Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan
LinkWithin

posted by kak engku at 11:07 pm 14 comments labels: panduan berpantang


04 july 2012

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Lepas Berpantang


Bagi ibu-ibu yang baru habis tempoh berpantang pasti sudah boleh menjalankan ibadah berpuasa seperti biasa. Melahirkan bayi merupakan proses yang menggunakan banyak tenaga dari dalam tubuh badan seorang wanita. Oleh itu, wanita yang melahirkan bayi perlu menjaga pemakanan dan diri mereka untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang.

Oleh yang demikian, diet seseorang ibu selepas bersalin memberi kesan penting bagi membantunya sembuh kembali dan pulih daripada kepenatan bersalin, dan juga untuk penghasilan susu ibu.

Kebanyakkan ibu-ibu patuh kepada peraturan berpantang tradisional turun-temurun. Budaya berlainan mempunyai pilihan makanan berpantang mereka sendiri. Memang tidak dinafikan ada kebaikan mengamalkan berpantang dari segi penjagaan diri dan pemakanan mengikut cara alami tetapi perlu diingat janganlah ia memudaratkan ibu dan bayi yang disusukan.

Menjelang bulan Ramadhan, ibu yang sudah bebas daripada darah nifas wajib mengerjakan ibadah berpuasa. Biarpun berpuasa wajib ke atas setiap orang islam sama ada mengandung dan menyusukan

anak, tetapi kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu dan bayi dan boleh menggantikan puasanya atau membayar fidyah.

Namun jangan jadikan pengecualian itu sebagai alasan untuk tidak menunaikan rukun islam yang ketiga itu kerana sebenarnya ibu selepas melahirkan anak mampu untuk berpuasa asalkan dia mengatur diet yang seimbang bagi memastikan pengeluaran susu dari badan tidak berkurangan.

Persediaan Puasa Ibu Menyusu

Jadual pemakanan teratur dan berkesan yang mementingkan pengambilan makanan berkhasiat perlu diamalkan oleh ibu sepanjang masa terutama ketika berpuasa. Amalan bersahur menjadi kemestian bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ini kerana sekiranya ibu berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, ia boleh memungkinkan ibu mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan). Hipoglisemia ini dibahagikan kepada dua. Rungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, berdebar-debar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah loya dan rasa loya-loya serta muntah-muntah.

Kategori rungutan kedua bersabit dengan kekurangan penggunaan glukos oleh otak, lama-kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah. Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang fokus, kekeliruan, mengantuk, kehilangan keupayaan intelek, dan perubahan personaliti.

Justeru itu, ibu yang baru melahirkan anak perlu berdisplin mengamalkan panduan berikut bagi mengelakkan kemudaratan kepada diri sendiri dan anak. ~ Melewatkan sahur ~ Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum secukupnya air. ~ Memerah susu di awal hari ~ Berdoa ~ Bertawakal

Ibu tetap boleh menyusukan seperti biasa selagi tidak mengalami dehidrasi. Oleh itu pengambilan cecair yang mencukupi pada sebelah malam dan waktu sahur perlu dilakukan bagi menggantikan air

yang sudah hilang semasa berpuasa. Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda dehidrasi yang teruk adalah seperti berikut: ~ Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi. ~ Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam. ~ Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat. ~ Terasa loya dan ingin muntah. ~ Rasa menggigil. ~ Berasa lemah dan sakit otot. ~ Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, ambillah makanan/ minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Sekurang-kurangnya dua liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

13 Tip Kembali Berpuasa Selepas Bersalin

1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

3. Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

4. Berehat secukupnya, Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buahan, oat dan sebagainya.

7. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

8. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu secara serentak.

9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam, itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10. Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11. Jika anda rasa menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

12. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payudara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang akan dihasilkan.

13. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan sama ada menyusu terus bayi atau memerah susu.

Info

Ibu yang sedang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah tetapi akibatnya bayi akan mudah berasa lapar dengan lebih cepat dan ingin menyusu dengan lebih kerap. Boleh diminimakan dengan memastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi. Tambahkan keju di dalam diet, gunakan mentega atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur.

You might also like:

Panduan Penyusuan Ketika Berpuasa Makanan Untuk Berpantang Petua Ketika Berpantang
LinkWithin

posted by kak engku at 4:40 pm 0 comments labels: panduan berpantang


20 june 2012

Merancang Penjagaan Selepas Kehamilan


Penjagaan Selepas Bersalin

Pulihkan Kembali Tubuh Anda

Menjaga diri anda segera selepas bersalin adalah penting untuk memulihkan tubuh anda dalam cara yang kuat, sihat dan seimbang. Kitaran mengandung yang holistik ialah kehamilan, pelahiran dan pemulihan. Kehamilan ialah keadaan sementara, begitu juga dengan tempoh pemulihan selepas kehamilan yang kritikal dalam tempoh tiga hingga enam minggu pertama bersalin. Tempoh waktu untuk wanita kembali ke laluan kesejahteraan yang betul demi pemulihan yang seimbang sangat singkat. Seorang ibu perlu mula menambahkan dengan segera nutrien dan mineral dalam tubuh beliau yang diambil oleh bayi yang sedang membesar dan mengambil vitamin dan nutrisi khusus sewaktu tempoh pemulihan ini untuk menggalakkan pemulihan dalaman, penyingkiran sembab air dan lemak kehamilan yang tidak lagi diperlukan dan paling penting untuk memanaskan semula tubuhnya.

Keadaan Panas Sewaktu Kehamilan

Kehamilan dianggap sebagai keadaan panas kerana tubuh hamil bertindak sebagai inkubator untuk janin yang sedang membesar dalam tempoh sembilan bulan. Pembedungan darah dan cecair berlebihan untuk menyokong janin yang sedang membesar serta kewujudan bayi menyebabkan suhu normal bakal ibu meningkat.

Keadaan Sejuk Selepas Bersalin

Wanita yang baru sahaja bersalin kehilangan perkara-perkara berikut:

~ Haba badan bayi. ~ Darah yang banyak. ~ Semua air ketuban. ~ Plasenta. ~ Tenaga kerana keletihan akibat pelahiran dan kesakitan.

Oleh itu, apabila wanita bersalin, suhu dalaman tubuh beliau jatuh serta-merta, sekaligus mengubahkan tubuh yang kini tidak lagi hamil ke keadaan sejuk.

Keadaan Dalam Enam Minggu Pertama Selepas Bersalin

Tubuh wanita berada dalam keadaan yang lemah selepas bersalin. Sebahagian keadaan yang mungkin beliau alami sebaik sahaja selepas hamil, pelahiran dan kelahiran termasuk:

~ Menyimpan banyak air. ~ Membawa lemak berlebihan. ~ Sistem peredaran dan penghadaman yang lembap. ~ Sakit sendi. ~ Buah dada rasa tidak selesa. ~ Pembedahan episiotomi. ~ Buasir. ~ Panas badan dan sejuk badan. ~ Kencing dan buang air besar tidak terkawal. ~ Sakit kerana rahim mengecut. ~ Lelehan faraj (lokia). ~ Memproses ubat dari perangsang, suntikan epidura dan pembedahan caesarean. ~ Buah dada bengkak. ~ Keguguran rambut. ~ Vena varikos.

~ Buah dada kendur. ~ Perut mengeleber. ~ Tanda regangan. ~ Puting menjadi gelap (linea nigra). ~ Melasma kelamin.

Dengan mengambil kira simptom-simptom yang mungkin berlaku ini, adalah penting untuk mempunyai pelan selepas bersalin selewat-lewatnya akhir trimester kedua kehamilan anda.

Peringatan Selepas Kehamilan

Kehamilan ialah keadaan sementara. Jika anda memberitahu diri anda bahawa perubahan dalam tabiat dan diet peribadi anda bersifat sementara, maka penerimaan psikologi, susulan dan kadar kejayaan naik secara dramatik. Orang boleh menerima konsep perubahan bersifat sementara lebih baik daripada perubahan kekal. Ini akan membolehkan anda membuat pelan dengan memikirkan permulaan dan pengakhirannya agar anda boleh menangani pemulihan anda secara aktif. You might also like:

Penjagaan Caesarean Atau Bersalin Secara Pembedahan Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan Panduan Berpuasa Bagi Ibu Lepas Berpantang
LinkWithin

posted by kak engku at 12:59 pm 1 comments labels: panduan berpantang


15 march 2012

Pantang Larang Hubungan Seks Selepas Isteri Bersalin


Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), salah satu punca utama penceraian berlaku adalah hubungan seksual yang hambar di antara suami isteri. Oleh itu, hubungan seks cukup penting bagi mengukuhkan rumah tangga. Namun, timbul pula persoalan bagaimana kelangsungan seks dikekalkan selepas si isteri melahirkan zuriat? Kehadiran cahaya mata tidak bermakna anda terpaksa mengabaikan hubungan seksual bersama pasangan. Mungkin ini dianggap satu cabaran bagi suami untuk menahan keinginan atau risaukan

kehangatan hubungan seks tidak lagi seperti dahulu. Jadi, adalah penting untuk suami peka dengan keadaan dan cuba untuk memahami situasi ini dengan lebih baik. BILA ANDA BOLEH LAKUKAN SEKS BERSAMA SI DIA? Secara amnya, masa yang sesuai bagi seseorang wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks ialah 6 bulan selepas melahirkan (Tanya doktor untuk kepastian). Kesabaran dan sokongan dari pihak suami cukup penting kerana bukan mudah untuk melahirkan anak. Oleh itu, anda sebagai lelaki harus menanamkan sifat sabar dan jangan memaksa isteri anda. Kebiasaanya, badan dan tenaga isteri anda memerlukan masa yang cukup lama untuk kembali pulih. Oleh itu, anda sebagai suami disarankan untuk memahami keadaan. Pada masa yang sama tunjukkan sokongan dan rasa sayang kepada pasangan seolah-olah ketika waktu bercinta dahulu. SI DIA NAK KE LAKUKAN SEKS DENGAN AKU? Anda mungkin akan mendapati bahawa pasangan anda seolah-olah kurang berminat untuk melakukan hubungan seks. Tuntutan sebagai seorang ibu cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam di samping keletihan dan kesakitan. Anda sebagai suami mungkin merasakan agak tersisih. Ini adalah perkara biasa. Anda berdua perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru. Oleh itu, anda harus yakin bahawa nafsu pasangan pasti akan kembali. Rangsang si dia semula dengan keprihatinan, kasih sayang dan sokongan. ADAKAH SEKS AKAN MENYAKITKAN SI DIA? Ini juga persoalan penting yang kerap kali lelaki gusarkan. Sakit atau tidak, ini bergantung pada keadaan isteri anda. Kebiasaan, masalah kesakitan pada luka mahupun jahitan ketika bersalin. Adakalanya akan membuatkan pasangan berasa takut sakit dan takut jahitan terbuka kembali. Termasuk juga isu berkaitan alat sulitnya yang masih belum bersedia. Ini adalah normal. Oleh itu, anda disaran agar berjumpa semula doktor selepas 6 minggu isteri bersalin dan berbincang perkara ini. LELAKI PUN TRAUMA Ini juga terjadi bukan sahaja kepada isteri. Terdapat sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan nuntuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini bertindak menyekat hubungan seks walaupun isterinya sudah pulih. Oleh

itu, anda berdua perlu saling memberi sokongan dan nasihat. Selain itu, anda jaga boleh mendapatkan nasihat kaunselor. You might also like:

Seks Selepas Bersalin Bersedia Untuk Seks Selepas Melahirkan Seks Setiap Hari Tapi Isteri Belum Hamil Lagi
LinkWithin

posted by kak engku at 8:57 am 7 comments labels: panduan berpantang


17 november 2011

Seks Selepas Bersalin


Ramai di kalangan wanita lepas bersalin berasa gentar untuk mengadakan hubungan seks bersama suami. Malah, ada di antaranya berasa terganggu dengan kehadiran bayi mereka. Kehangatan hubungan seks selama ini tidak lagi seperti selalu. Suami pula merungut kerana mereka tidak dilayan dengan sewajarnya lagi. Biasanya doktor pakar berpendapat bahawa hubungan seks boleh dilakukan seperti sedia kala sebaik sahaja kesan luka ketika bersalin telah sembuh dan kedua-duanya menginginkan hubungan seks. Tetapi ada kalangan wanita berasa sakit terutama di bahagian faraj ketika hubungan seks mula dilakukan kembali. Hal ini menyebabkan hubungan seks terganggu. Keadaan ini terjadi disebabkan bekas jahitan episiotomi masih lagi belum sembuh. Jahitan memerlukan masa untuk sembuh seperti biasa sekurang-kurangnya selama dua minggu. Selain itu, jika penurunan paras hormon berlaku terutama kekurangan estrogen, menyebabkan kekurangan rembesan daripada faraj. Ekoran dari itu, kelembapan faraj berkurangan dan hubungan seks dalam keadaan kurang selesa. Lepas pantang Keletihan, sakit dan kurang bernafsu membuatkan wanita kurang bersemangat untuk melakukan hubungan seks. Rasa simpati daripada suami amatlah perlu ketika ini. Layanan dan luahan kasih sayang amat penting.

Semasa tempoh ini, pasangan tersebut perlu berbual-bual dan memberi tahu tentang perasaan dan keperluan masing-masing iaitu berkomunikasi dengan cara yang cukup lembut. Ketika inilah anda perlu memberi layanan istimewa untuk mengukuhkan perhubungan suami dan isteri. Jika berlaku sebaliknya, suami boleh terasa seperti diabaikan. Untuk menambah kasih sayang, suami isteri haruslah berkongsi menjaga anak. Dengan cara ini ia akan mengukuhkan lagi ikatan di antara mereka. Malah, ramai di kalangan suami mula memainkan peranan terutama dalam menjaga anak. Kehadiran cahaya mata tidak harus mengabaikan hubungan seks. Sebaliknya, anda perlu mengeratkan lagi hubungan seperti di awal berumah tangga dulu. You might also like:

Pantang Larang Hubungan Seks Selepas Isteri Bersalin Bersedia Untuk Seks Selepas Melahirkan Berpantang Selama 44 Hari
LinkWithin

posted by kak engku at 8:55 am 4 comments labels: panduan berpantang


28 july 2011

Jenis-Jenis Dan Faedah Bertungku


Tungku merupakan kaedah rawatan tradisi yang biasanya dikaitkan dengan wanita dalam pantang. Namum ia sebenarnya sesuai dan boleh diamalkan oleh semua orang bagi penjagaan kesihatan dan kesegaran badan.

Terdapat beberapa jenis tungku seperti tungku batu, tungku pasir herba, tungku bijirin herba, tungku besi, tungku layor (daun dan buah), tungku abu, tungku garam bukit dan tungku moden.

Tungku batu amat popular di kalangan wanita dalam pantang. Beberapa jenis batu boleh digunakan seperti batu sungai, batu gunung, batu bata merah dan batu kelikir. Batu ini dibakar sehingga merah dan dimasukkan ke dalam kain yang berlapikkan daun mengkudu, bunga kantan, halia dan halba. Ia bertujuan mengeluarkan darah beku, mengecutkan peranakan, menghilangkan kebas-kebas kaki serta buasir.

Tungku pasir pula lebih ringkas. Pelbagai jenis pasir boleh digunakan seperti pasir sungai, pasir laut,

campuran lumpur, tanah bukit atau pasir bukit. Pasir disangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sehingga betul-betul kering. Sediakan kain belacu yang dialas daun pisang, daun mengkudu, lada hitam, hirisan daun pandan dan pucuk kecubung. Tuang pasir di atas kain dan tuam di bahagian pinggul, bahu, belikat, perut dan tapak kaki. Elok bagi wanita yang mengalami senggugut dan meroyan.

Tungku bijirin digunakan oleh sesetengah bidan kampung sebagai terapi bersalin, menyusutkan bengkak dan nanah dan boleh dituam di bahagian pinggul. Bijirin yang digunakan ialah jagung, kacang hijau, lada hitam, halba, lada ekor, ketumbar, daun kantan, daun pandan, halia bara dan lengkuas.

Tungku besi terkenal di negeri-negeri utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tungku ini dibuat daripada besi dan berbentuk laras. Cara penyediaannya sama juga dengan tungku lain di mana daun kecubung, lengkuas, daun dan kulit limau purut diletakkan di atas kain. Tungku dipanaskan dan dibungkus dengan kain yang berisi daun-daun tersebut.

Tungku layor pula menggunakan dua jenis bahan sama ada daun atau buah. Daun yang sesuai ialah daun kantan, lengkuas, mengkudu, jambu batu hutan, sirih, kecubung dan kaduk. Tungku buah pula menggunakan buah mengkudu. Daun dan buah dilayorkan (diletakkan di atas api perlahan sehingga daun layu) dan dibungkus dengan sapu tangan.

Tungku abu amat unik dan sukar diperoleh pada masa kini kerana tidak ramai lagi yang memasak menggunakan kayu api. Abu daripada kayu api yang masih suam dibalut dengan daun mengkudu atau kain. dan digunakan bagi meredakan bengkak di dahi, bisul, kuping kulit dan mengeringkan kudis.

Tungku moden adalah inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan penggunaannya. Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang

mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri. Tungku ini hanya perlu dicajkan selama 5 - 8 minit dan lampu akan terpadam secara automatik. Tungku ini akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan suhu ini akan bertahan antara 1 2 jam. You might also like:

Faedah Bertungku Kepada Ibu Tungku & Barut Baby

Belajar Merawat Diri Secara Teratur Selepas Bersalin


LinkWithin

posted by kak engku at 4:25 pm 0 comments labels: panduan berpantang


25 july 2011

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan


Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.

Penjagaan

Dan

Rawatan

Luaran

Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi

otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.

Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.

Panduan

Cucian

Bahagian

Sulit

Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.

Panduan

Rawatan

Tuaman

Batu

Atau

Besi

Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.

Panduan

Mandian

Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.

Panduan

Berbarut

Atau

Berbengkung

Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.

Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.

Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.

Tujuan berbarut

adalah untuk membantu mempercepatkan proses

mengecutkan rahim dan

memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.

Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.

Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.

Anda mungkin juga menyukai