Anda di halaman 1dari 26

1) Hempedu Bumi Nama Saintifik Andrographis Paniculata wall.

ex Nees

(Bum. f.)

Nama Lain

Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia Acanthaceae

Famili

Lokasi Dijumpai: Malaysia, Thailand, India, Indonesia Kegunaan dan Khasiat Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.

2) Sambung Nyawa Nama Saintifik Nama Lain Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour. Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo(Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina) Asteraceae

Famili Kegunaan Dan Khasiat

Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang. 3)Kunyit Hitam Nama Saintifik Curcuma Caesia Nama Lain Famili Kunyit Hitam, Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta.

4)Pegaga Nama Saintifik Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola Apiaceae/Umbelliferae

Nama Lain

Famili

Khasiat dan Kegunaan Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik. Di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas. Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita. Lain-lain khasiat ialah untuk mengurangkan masalah: Pembengkakan Hati Demam, Campak Sakit Tekak, Batuk Kering, Asma, Brokitis, Pleuritis Radang Mata Merah Keputihan Tekanan Darah Tinggi Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir, Keracunan Makanan Batuk Darah, Muntah Darah Busung, bisul Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

5)Temulawak Nama Saintifik Nama Lain curcuma xanthorrhiza Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, skuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmer, temu lawak, dilaw, dilao, temu putih Zingiberaceae

Famili

Kegunaan dan Khasiat

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakitpenyakit seperti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Rheumatik dan kesakitan pada otot. Ubat demam( anti-pyretic) Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang Penyakit kulit Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit Batuk dan demam pada kanak-kanak. Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina. Penyakit kencing manis. Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit hati (liver). Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain. Kegunaan-kegunaan lain Boleh digunakan untuk merawat : 1. Batuk 2. Sariawan (penyakit mulut & kerongkong) 3. Bronchitis 4. Jerawat, Luka terbakar, Kudis, kurap kaki 5. Keputihan 6. Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi 7. Demam berdarah 8. Bau mulut, Radang kerongkong 9. Haid tidak teratur 10. Asma, Bisul dan menghilangkan gatal, Sakit mata

6) Dukung Anak Nama Saintifik Nama Lain Phyllanthus Niruri Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida(India) Eurphorbiacea

Famili

Kegunaan dan Khasiat Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam. Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

7) Misai Kucing Nama Saintifik Nama Lain Orthosiphon aristatus /stamineus benth Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea, Koemis Koetjing and Yaa Nuat Maeo Lamiaceae

Famili

Kegunaan dan Khasiat Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. Arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah. Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya. 8) Ulam Raja Nama Saintifik Nama Lain Famili Cosmos Caudatus King Salad, Intan Berayun Asteraceae

Kegunaan dan Khasiat Memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat terencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

9) Kacip Fatimah Nama Saintifik Nama Lain Famili Labisia Pumila Mata Pelanduk hutan Myrsinaceae

Lokasi dijumpai : Malaysia, Thailand, Indochina Kegunaan dan Khasiat Mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) Merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.

10) Tongkat Ali Nama Saintifik Nama Lain Eurycoma longifolia Jack Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi. Simaroubaceae

Famili

Kegunaan dan Khasiat Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (aphrodisiac). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk: pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.

Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).

11) Mas Cotek Nama Saintifik Nama Lain Ficus Deltoidea Sempit-sempit, Tabat barito, Mistletoe fig, dan Kangkalibang Moraceae

Famili

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Kegunaan dan Khasiat Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Antara khasiat dan kegunaannya ialah untuk mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan sakit kulit, migraine, angin akhmar, memotong kolesterol.

12) Gandarusa Nama Saintifik Nama Lain Justicia Gendarussa Linn Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English Acanthaceae

Famili

Kegunaan dan Khasiat: Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga. Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

13) Kucing Galak

Nama Saintifik Nama Lain Famili

Acalypha Indica Indian Copperleaf,India Acalypha Euphorbiaceae

Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar Kegunaan dan khasiat: Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin. Penyakit yang di ubati 1. Disentri 2. Batuk 3. Muntah Darah 4. Pendarahan & Luka Luar 5. Asma 6. Bronkitis 7. Menambahkan Tenaga Batin. Cara Penggunaan 1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje). 2. Bersihkannya terlebih dulu. 3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih. 4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam. Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:

Ulser Mulut Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga anda sembuh.

Penyakit Kulit Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh. Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.

14) Cekur Nama Saintifik Kaempferia galanga Kaempferia Indian Copperleaf,India Acalypha Zingiberaceae

Nama Lain

Famili

Kegunaan dan Khasiat Meransang selera Membuang angin Ibu bersalin melancarkan buang air Menghilangkan gatal tekak Mengurangkan bengkak

15) Kapal terbang Nama Saintifik Nama Lain Eupatorium odoratum Linn Pokok Jepun, Pokok Jerman, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea Asteraceae

Famili

Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5 hingga 6.0 meter (Bennett and Rao, 1968). Sifat Asal Pokok Kapalterbang Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan ?-pinen, -cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3-acetylrinderine. Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati. Kegunaan dan Khasiat Dari segi perubatan tradisional daun dan bunganya boleh dijadikan ubat penahan darah. Ianya mesti digunakan secara luaran sahaja. Untuk dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada itu daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. caranya daun kapar terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak

tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut.Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak. Boleh juga digunakan sebagai racun serangga.

Peringatan!!! selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada babynya melalui uri.simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali(pembesaran hati). ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.

(16) Senduduk Putih

Nama Saintifik Nama Lain Famili

Melastoma malabathricum Senduduk Putih Melastomaceae

Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya. Kegunaan dan khasiat Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah. Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

(17) Gelenggang Besar

Nama Saintifik Nama Lain Famili

Cassia alata Linn Gelenggang Besar Leguminosae

Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat. Kegunaan dan khasiat: Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah(setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut.Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja. Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus(rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing,penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas disesetengah negara Amerika selatan.Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria **Amaran!!! perempuan mengandung,menyusukan anak dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.

(18) Kadok

Nama Saintifik Nama Lain Famili

Piper sarmentosum Sireh duduk Piperaceae

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang. Kegunaan dan Khasiat: Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau tersebut.

(19) Patawali Nama Saintifik Nama Lain Tinospora crispa(miers) Akar seruntun, brotowali, batang wali Menispermaceae

Famili

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda. Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. Kegunaan dan Khasiat Dari segi perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea. Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam). Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit siflis.

(20) Kunyit Nama Saintifik Nama Lain Curcuma longa /curcuma domestica Kurkum(arab),jiang huang, yu jin(china),Indian Saffron,curcuma,kunir(indonesia),kondin, temu kuning,ukon,goeratji,Temu kunyit,tius. Zingerberaceae

Famili

Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan masyarakat Asia.Ia sejenis tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan membiak melalui pecahan rizom. Kunyi menyukai tempat lembab dan mendapat sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang.Ibu kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.Rizom kunyit berwarna coklat diluar dan berwarna oren terang didalamnya. Ia mempunyai bau yang wangi dan menusuk hidung.

Kegunaan dan Khasiat:


Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin. Dalam perubatan tradisional melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan. Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah. Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda.

(21) Halia
Nama Saintifik Nama Lain Famili Zingiber Officinale Jahe, ginger Zingiberaceae

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup.Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar.Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.Gambar yang dipaparkan disini ialah gambar halia bara.Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina.Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua ketinggian.Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum

Kegunaan dan Khasiatnya:


Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala. Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit. Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali. untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.

Daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis. Untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut. bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2,3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam.

(22) Lengkuas Nama Saintifik Nama Lain Famili Alpinia Galanga stuntz Greater Galangal, laos,laja Zingiberaceae

Lengkuas merupakan tanaman rempah yang biasa ditemui ditanam di sekitar rumah. Ia merupakan tumbuhan yang berizom dan berumpun.Ia boleh mencaai ketinggian hingga 2.5 metet.Lengkuas boleh tumbuhan di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut.Ia membiak melalui rizomnya. terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar.Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya. Kegunaan dan Khasiatnya : Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan,membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga. lengkuas juga dapat digunakan untuk merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus 2 lengkuas sebesar ibu jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan segenggam daun dukung anak(segar atau kering) dan 3 cawan air hingga mendidih.Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari,pagi dan malam. kerana lengkuas juga mampu mencairkan kahak ia juga boleh digunakan untuk merawat bronkitis.Caranya: 2 ketul lengkuas,2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam. lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat rheumatik.

(23) Lidah Buaya Nama Saintifik Nama Lain Aloe Vera linn. jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina) Liliaceae

Famili

Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat. nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera. Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika utara.Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak.Nama lain bagi aloe vera ialah: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)

Kegunaan dan Khasiatnya :


Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an. Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic. Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati. Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan. Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman). Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan

semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan. Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis. Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga. Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

(24) Bangun-bangun Nama Saintifik Nama Lain Famili Solenostemon amboinicus Ati-ati hijau, allspice Labiatae

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari. Kegunaan dan Khasiat: Bangun-bangun terkenal dalam perubatan Melayu dan Cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daun nya yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

(25) Letup-letup Nama Saintifik Nama Lain Famili Physalis minimum Wild capegooseberry Solanaceae

Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup. Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan melepaskan bijinya kepersekitaran untuk pembiakan. Salah satu pokok yang dipanggil letup-letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah terbiar. Ia tergolong dalam kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh dikawasan bertanah poros(berpasir) yang kaya dengan bahan organik. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian mencapai hingga 1.5 meter. Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat. Buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan tercantum diatasnya. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks disekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Buahnya yang masak mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem. Kegunaan dan Khasiat: Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk pening , sakit pinggang dan kanser . Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikanjus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.

Anda mungkin juga menyukai