Anda di halaman 1dari 23

1) Hempedu Bumi

Nama
Saintifik Andrographis Paniculata(Bum. f.) wall.ex Nees
Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chiret
Nama
(Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian
Lain
(China), Sambiloto (Indonesia
Famili Acanthaceae

Lokasi : Dijumpai:� Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Kegunaan dan Khasiat


Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi,
disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan
demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air
besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan
pembekuan darah.
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya
supaya boleh diminum.
Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan
letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia
memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang
tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.
Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling
mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurka
2) Sambung Nyawa
Nama
Saintifik Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.
Daun Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa,
Daun Dewa, Akar
Nama sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa),
Lain beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina
Famili Asteraceae

Kegunaan Dan Khasiat


Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan
tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,
kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah
pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung
nyawa sering digunakan untuk meredakan demam

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi
kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan,
mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan
binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom),
pembengkakkan, serta patah tulang.
3)Kunyit Hitam
Nama Saintifik Curcuma Caesia
Kunyit Hitam, Kali haldi(india),
Nama Lain black turmeric, black zedoary
Famili zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat


Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada
sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit
kusta dan dikatakan dapat memanjangkan
usia seseorang.
4)Pegaga

Nama Saintifik Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica


Tapak Kuda(Indonesia),Indian
Nama Lain Pennywort, Gotu Kola
Famili Apiaceae/Umbelliferae

Khasiat dan Kegunaan


Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan
menolong badan dari bahan toksik.

Di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia
juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk
mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.

Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah
dengan� menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang
memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki
terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi
tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Lain-lain khasiat ialah untuk mengurangkan masalah:


 Pembengkakan Hati
Demam, Campak
Sakit Tekak, Batuk Kering,
Asma, Brokitis, Pleuritis
Radang Mata Merah
Keputihan
Tekanan Darah Tinggi
Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir� Keracunan Makanan
Batuk Darah, Muntah Darah
Busung, bisul
Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
5)Temulawak

Nama Saintifik curcuma xanthorrhiza

Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, skuat ke


wong (kantonis), giant curcuma, false turmer, temu lawak,
Nama Lain temulawak, dilaw, dilao, temu putih

Famili Zingiberaceae
Kegunaan dan Khasiat

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1.Rheumatik dan kesakitan pada otot.


2.��� Ubat demam( anti-pyretic)
3.��� Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.��� Penyakit kulit
5.��� Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.��� Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.��� Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8.��� Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.��� Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada� vagina.
10.� Penyakit kencing manis.
11.� Gastrik dan gas berlebihan
Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit hati (liver). Temulawak mampu melindungi liver daripada
virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa
penyakit liver yang lain.

Kegunaan-kegunaan lain
Boleh digunakan untuk merawat :
1.��� Batuk
2.��� Sariawan (penyakit mulut & kerongkong)
3.��� Bronchitis
4.��� Jerawat
5.��� Keputihan
6.��� Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi
7.��� Demam berdarah
8.��� Bau mulut
9.��� Haid tidak teratur
10.� Asma
11.� Radang kerongkong
12.� Luka terbakar
13.� Kudis, kurap kaki
14.� Bisul dan menghilangkan gatal
15.� Sakit mata
6) Dukung Anak
Nama Saintifik Phyllanthus Niruri
Kelek anak, meniran (Indonesia),
Nama Lain Bhuaionla, kiranelligida(India)
Famili Eurphorbiacea

Kegunaan dan Khasiat


Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat
penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh
membersihkan darah dalam.
Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai
penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-
an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk
melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang
dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran.
Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik
dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan
sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea
dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun
mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.
7) Misai Kucing
Nama Saintifik Orthosiphon aristatus /stamineus benth
Kumis kucing, cat whisker,
kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea, Koemis, Koetjing, and Yaa
Nama Lain Nuat Maeo
Famili Lamiaceae

Kegunaan dan Khasiat


Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.
Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan
terutamanya dari sendi.
Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan
penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang
dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. Arteriosclerosis
(capillary dan masalah peredaran darah.
Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis,
mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi
dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman
disamping sifat antiseptiknya
8) Ulam Raja
Nama Saintifik Cosmos Caudatus
Nama Lain King Salad, Intan Berayun
Famili Asteraceae

Kegunaan dan Khasiat


Memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan
toksid. Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom
yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide,
stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat
terencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti
candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
9) Kacip Fatimah
Nama Saintifik Labisia Pumila
Nama Lain Mata Pelanduk hutan
Famili Myrsinaceae
Lokasi dijumpai : Malaysia, Thailand, Indochina

Kegunaan dan Khasiat


Mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat
mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat
melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Boleh digunakan untuk mengubat penyakit
buasir (hemarroid/pile)
Merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhe
10) Tongkat Ali

Nama
Saintifik Eurycoma longifolia Jack
Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit,
payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang,
Nama Lain tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.
Famili Simaroubaceae
Kegunaan dan Khasiat

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks


(aphrodisiac). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat
beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya,
termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak,
kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal,
antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat
ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone,
eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak
terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini
sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia
(fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan
paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi
kelelakian).
11) Mas Cotek
Nama
Saintifik Ficus Deltoidea
Nama Lain Sempit-sempit, Tabat barito, Mistletoe fig, dan Kangkalibang
Famili Moraceae

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna


emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan
ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih
daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus
deltoidea.
Kegunaan dan Khasiat
Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia
pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat
pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Antara
khasiat dan kegunaannya ialah untuk mengecutkan rahim, merawat
masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan
menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi,
lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan
sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.
12) Gandarusa
Nama Saintifik Justicia Gendarussa Linn
Nama Lain Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English
Famili Acanthaceae

Kegunaan dan Khasiat:


Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah,
rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya
yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk
ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada
pada kedudukannya yang betul.
Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih
dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api
hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh
digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot
muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit
kepala, mata dan telinga.
Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.
13) Kucing Galak
Nama Saintifik Acalypha Indica
Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha
Famili Euphorbiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Kegunaan dan khasiat:
Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam
perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati
masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan
batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin
Penyakit yang di ubati
1. Disentri
2. Batuk
3. Muntah Darah
4. Pendarahan & Luka Luar
5. Asma
6. Bronkitis
7. Menambahkan Tenaga Batin.
14) Cekur
Nama Saintifik Kaempferia galanga Kaempferia
Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha
Famili Zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat


Meransang selera
Membuang angin
Ibu bersalin melancarkan buang air
Menghilangkan gatal tekak
Mengurangkan bengkak
15) Kapal terbang

Nama Saintifik Eupatorium odoratum Linn


Pokok Jepun, Pokok Jerman, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby
Nama Lain Tea
Famili Asteraceae

Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai
jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana
kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5
hingga 6.0 meter (Bennett and Rao, 1968).

Sifat Asal Pokok Kapalterbang


Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid
pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan ?-pinen, -cubebene, 7- dan 9-Angeloylretroneecine,
intermedine, riderine dan 3′-acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom
keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang
kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.

Kegunaan dan Khasiat


Dari segi perubatan tradisional daun dan bunganya boleh dijadikan ubat penahan darah. Ianya mesti
digunakan secara luaran sahaja. Boleh juga digunakan sebagai racun serangga.
Rujukan: http://naturecures.forestexplorers.com/pokokkapalterbang.shtml
(16) Senduduk Putih

Nama Saintifik Melastoma malabathricum


Nama Lain Senduduk Putih
Famili Melastomaceae

Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat
juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti
Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan
mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan
mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga
putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat. Ia mudah membiak
jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua
memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.

Kegunaan dan khasiat


Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai
perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk
yang lama.
Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat
boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air
digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih
direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk boleh
digunakan untuk menghilangkan parut.
(17) Gelenggang Besar
Nama Saintifik Cassia alata Linn
Nama Lain Gelenggang Besar
Famili Leguminosae
Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir
jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga
25 kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh
penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya
berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup
pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang
dan bijinya kecil berbentuk bulat.
Kegunaan dan khasiat
? Tumbuhan Cassia alata Linn ini boleh mengubati penyakit kulit
seperti kurap, kudis dan panau� dengan kaedah mengikis permukaan
kulit yang dijangkiti. Kemudiannya ramas daunnya bersama minyak
tanah dan kapur, lalu digosok pada bahagian yang terkena jangkitan.
Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat
sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas
wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat
sembelit, penyakit cacacing serta ulser mulut (seriawan mulut)
Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-
emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal.
**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan akan dan kanak-
kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini.
Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut
juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya yang
berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya
disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.
(18) Patawali

Nama Saintifik Tinospora crispa(miers)


Nama Lain Akar seruntun, brotowali, batang wali
Famili Menispermaceae

anya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya
banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh
tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk
memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi.
Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.
Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian
akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.
Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan
kolumbin.
Kegunaan dan Khasiat
Dari segi perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat.
Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis
dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.
Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus
batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk
membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis
bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam
malaria.
Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera
makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat
demam).
Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini
juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air
rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit
belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit siflis.
(19) Kadok

Nama Saintifik Piper sarmentosum


Nama Lain Sireh duduk
Famili piperaceae

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam
masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.
Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Ia
mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap
dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau
tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan
tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan
beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh,
lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan
kaedah keratan batang.

Kegunaan dan Khasiat:


Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit dalam
tulang, batuk dan panau

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya
pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air
rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema,
sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula
boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau tersebut.

(20) Bangun-bangun
Nama Saintifik Solenostemon amboinicus
Nama Lain Ati-ati hijau, allspice
Famili Labiatae

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa


ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk
mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan
ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui
keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang
mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya
matahari.

Kegunaan dan Khasiat:


Bangun-bangun terkenal dalam perubatan Melayu dan Cina terutamanya
untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual , sakit kepala dan
masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh
dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.
Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daun
nya yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan
kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi
seperti pes pada bahagian yang terlibat.

(21) Letup-letup

Nama Saintifik Physalis minima


Nama Lain Wild capegooseberry
Famili Solanaceae

Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup.
Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan
melepaskan bijinya kepersekitaran untuk pembiakan. Salah satu pokok yang dipanggil letup-letup ini
ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah
terbiar. Ia tergolong dalam kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh dikawasan bertanah poros(berpasir)
yang kaya dengan bahan organik. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian
mencapai hingga 1.5 meter. Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan
lembut. Baunya kuat. Buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh
kedutan dan tercantum diatasnya. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks
disekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Buahnya yang masak mengandungi jus yang kaya
dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem.

Kegunaan dan Khasiat:


Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk pening , sakit pinggang dan kanser .
Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikanjus boleh digunakan
untuk merawat sakit kerongkong.

Semoga artikel ini dapat memberi maklumat dan panduan kepada semua. Banyak lagi tumbuhan
herba tempatan yang mempunyai khasiat dan untuk keguanaan dalam perubatan tradisional.
InsyaAllah, mungkin dientri yang lain boleh dimasukkan sebahagian lagi tumbuhan herba berkenaan.
Sila tulis ulasan dan komen ada di bawah,

Anda mungkin juga menyukai