Anda di halaman 1dari 18

Umum mengetahui bahawa tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah,

Daun Misai Kucing dan herba seumpamanya empunyai pelbagai khasiat


kesihatan. Ianya telah menjadi amalan pemakanan kesihatan turun temurun oleh
datuk nenek moyang kita. Malah dengan adanya kaedah saintifik yang
digunakan sekarang, banyak lagi tumbuhan sedemikian terbukti mempunyai
khasiat kesihatan semulajadi.

Pada entri ini, saya hanya ingin memaparkan hanya 10 herba terpilih mengisi
slot kesihatan ini. Antaranya ialah:

1) Hempedu Bumi

Andrographis
Paniculata (B
Nama Saintifik wall.ex Nees

Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bit


creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit),
Nama Lain xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia

Famili Acanthaceae

Lokasi Dijumpai: Malaysia, Thailand, India,


Indonesia

Kegunaan dan Khasiat

Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi,
disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus,
melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas
pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan
mempercepatkan pembekuan darah.

Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya
supaya boleh diminum.
Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut
dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia
memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang
tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang
paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.

2) Sambung Nyawa

Nama Saintifik Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens

Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipi


Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun D
Akar
sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ng
(Jawa),
beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujun
Nama Lain (Cina

Famili Asteraceae

Kegunaan Dan Khasiat


Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan
tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,
kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah
pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung
nyawa sering digunakan untuk meredakan demam

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi


kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan
perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi
ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku
(haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.

3)Kunyit Hitam
Nama Saintifik Curcuma Caesia

Kunyit Hitam, Kali haldi(india), black turmeri


Nama Lain zedoary

Famili zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat


Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint).
Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat
memanjangkan
usia seseorang.

4)Pegaga

Nama Saintifik Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica

Tapak Kuda(Indonesia),Indian
Nama Lain Pennywort, Gotu Kola

Famili Apiaceae/Umbelliferae

Khasiat dan Kegunaan

Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses


penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.

Di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di


India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di
timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti
kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.

Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem


pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah
menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat
kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan
untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Lain-lain khasiat ialah untuk mengurangkan masalah:

Pembengkakan Hati
Demam, Campak
Sakit Tekak, Batuk Kering,
Asma, Brokitis, Pleuritis
Radang Mata Merah
Keputihan
Tekanan Darah Tinggi
Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir Keracunan
Makanan
Batuk Darah, Muntah Darah
Busung, bisul
Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

5)Temulawak

Nama Saintifik curcuma xanthorrhiza

Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma


xanthorrhizae, skuat keung wong (kantonis),
curcuma, false turmer, temu lawak, temulaw
Nama Lain dilaw, dilao, temu putih

Famili Zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat


Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-
penyakit seperti:

1. Rheumatik dan kesakitan pada otot.


2. Ubat demam( anti-pyretic)
3. Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4. Penyakit kulit
5. Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6. Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7. Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah
sembelit
8. Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9. Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada
vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit hati (liver). Temulawak


mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis
dan beberapa
penyakit liver yang lain.

Kegunaan-kegunaan lain
Boleh digunakan untuk merawat :
1. Batuk
2. Sariawan (penyakit mulut & kerongkong)
3. Bronchitis
4. Jerawat
5. Keputihan
6. Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi
7. Demam berdarah
8. Bau mulut
9. Haid tidak teratur
10. Asma
11. Radang kerongkong
12. Luka terbakar
13. Kudis, kurap kaki
14. Bisul dan menghilangkan gatal
15. Sakit mata

6) Dukung Anak

Nama Saintifik Phyllanthus Niruri

Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla,


Nama Lain kiranelligida(India)

Famili Eurphorbiacea
Kegunaan dan Khasiat
Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat
penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh
membersihkan darah dalam.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai


penawar penyakit karang hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal
pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk
mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran
persekitaran.

Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik


dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan
sebagai penawar cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea
dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun
mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

7) Misai Kucing

Nama Saintifik Orthosiphon aristatus /stamineus benth

Kumis kucing, cat whisker,


kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea, Koemis
Nama Lain Koetjing and Yaa Nuat Maeo

Famili Lamiaceae

Kegunaan dan Khasiat


Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.
Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya
dari sendi.
Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit
batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan
saluran kencing, diabetes and nephritis. Arteriosclerosis (capillary dan masalah
peredaran darah.
Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis,
mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan
melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping
sifat antiseptiknya

8) Ulam Raja

Nama Saintifik Cosmos Caudatus

Nama Lain King Salad, Intan Berayun

Famili Asteraceae

Kegunaan dan Khasiat


Memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Ia juga
dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam
raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang
dikatakan dapat terencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti
candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

9) Kacip Fatimah

Nama Saintifik Labisia Pumila

Nama Lain Mata Pelanduk hutan

Famili Myrsinaceae

Lokasi dijumpai : Malaysia, Thailand, Indochina


Kegunaan dan Khasiat
Mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan
kecergasan selepas bersalin.
Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan
kitaran haid wanita.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile)
Merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.

10) Tongkat Ali

Nama Saintifik Eurycoma longifolia Jack

Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, b


merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat
baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jan
semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan
Nama Lain bumi.

Famili Simaroubaceae

Kegunaan dan Khasiat

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak


seks (aphrodisiac). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa
jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala,
luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral,
antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia
tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone
dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih
terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa
bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan
paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).

11) Mas Cotek

Nama Saintifik Ficus Deltoidea

Nama Lain Sempit-sempit, Tabat barito, Mistletoe fig, dan Kangk

Famili Moraceae

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus


berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun
tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat
lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea.

Kegunaan dan Khasiat


Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas
cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit
dan baik untuk penjagaan kesihatan. Antara khasiat dan kegunaannya ialah
untuk mengecutkan rahim, merawat masalah wanita, mengekal awet muda.
Boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis,
darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan
rawatan sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.

12) Gandarusa

Nama Saintifik Justicia Gendarussa Linn

Nama Lain Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English

Famili Acanthaceae
Kegunaan dan Khasiat:
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah,
rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang
segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada
bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang
betul.

Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan
airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan
ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan
panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh
minor stroke),sakit
kepala, mata dan telinga.

Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

13) Kucing Galak

Nama Saintifik Acalypha Indica

Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha

Famili Euphorbiaceae

Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar

Kegunaan dan khasiat:


Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam perubatan
tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang
mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga
digunakan untuk menambahkan tenaga batin
Penyakit yang di ubati
1. Disentri
2. Batuk
3. Muntah Darah
4. Pendarahan & Luka Luar
5. Asma
6. Bronkitis
7. Menambahkan Tenaga Batin.

14) Cekur
Nama Saintifik Kaempferia galanga Kaempferia

Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha

Famili Zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat


Meransang selera
Membuang angin
Ibu bersalin melancarkan buang air
Menghilangkan gatal tekak
Mengurangkan bengkak

15) Kapal terbang

Nama Saintifik Eupatorium odoratum Linn

Pokok Jepun, Pokok Jerman, Siam Weed, Chr


Nama Lain Bush, Bitter Bush dan Baby Tea

Famili Asteraceae

Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan


lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, walaupun tanah
berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana
kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga
ketinggian 4.5 hingga 6.0 meter (Bennett and Rao, 1968).
Sifat Asal Pokok Kapalterbang

Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan
adalah Alkaloid pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan ?-pinen, -cubebene,
7- dan 9-Angeloylretroneecine, intermedine, riderine dan 3-acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di


kalangan kanak-kanak. Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada
anak dalam kandungan melalui uri. Sintom keracunan dapat dikesan setelah
beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut yang kuat,
muntah-muntah dan bengkak hati.

Kegunaan dan Khasiat


Dari segi perubatan tradisional daun dan bunganya boleh dijadikan ubat
penahan darah. Ianya mesti digunakan secara luaran sahaja. Boleh juga
digunakan sebagai racun serangga.

Rujukan: http://naturecures.forestexplorers.com/pokokkapalterbang.shtml

(16) Senduduk Putih

Nama Saintifik Melastoma malabathricum

Nama Lain Senduduk Putih

Famili Melastomaceae

Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian


sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian
hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron
Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat
dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira 2
hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm. Berbanding dengan spesis
berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh
liar disesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih
berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan
penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang
merosakkannya.

Kegunaan dan khasiat


Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang
mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan
mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama.

Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah


pertuturan (lambat boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama
kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit
birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting
senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk
diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun
senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut.

(17) Gelenggang Besar

Nama Saintifik Cassia alata Linn

Nama Lain Gelenggang Besar

Famili Leguminosae

Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan
belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.Ia
mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang
menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral
dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu
malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil
berbentuk bulat.

Kegunaan dan khasiat


? Tumbuhan Cassia alata Linn ini boleh mengubati penyakit kulit seperti kurap,
kudis dan panau dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang dijangkiti.
Kemudiannya ramas daunnya bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok
pada bahagian yang terkena jangkitan.

Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat sembleit dan
digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas wanita bersalin.
Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat sembelit, penyakit cacacing
serta ulser mulut (seriawan mulut)

Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-emodin,


tannin dan rhein yang bersifat antifungal.

**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan akan dan kanak-kanak


dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang
mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari
menggunakannya. Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan
kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.

(18) Patawali

Nama Saintifik Tinospora crispa(miers)

Nama Lain Akar seruntun, brotowali, batang wali

Famili Menispermaceae

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai


batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar dipagar-
pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini
mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara
untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai
kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur
dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda
yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan
berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula
berwarna merah muda. Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar
manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.

Kegunaan dan Khasiat


Dari segi perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang
mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut,
demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali
sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak


dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air
rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk
membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu


mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan
mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan
meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat
menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).
Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan
mental. Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-
sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan
untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.
Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit siflis.

(19) Kadok

Nama Saintifik Piper sarmentosum

Nama Lain Sireh duduk

Famili piperaceae

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak


digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak
terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika
direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur
terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk
lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-
seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia
adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas
seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di
bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan
batang.

Kegunaan dan Khasiat:

Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit


dalam tulang, batuk dan panau

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya
pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air
rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk,
selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang
ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada
bahagian panau tersebut.

(20) Bangun-bangun

Nama Saintifik Solenostemon amboinicus

Nama Lain Ati-ati hijau, allspice

Famili Labiatae

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga


dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam
masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga
dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui
keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai
pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan dan Khasiat:


Bangun-bangun terkenal dalam perubatan Melayu dan Cina terutamanya untuk
menjadi penawar kepada batuk, mual-mual , sakit kepala dan masalah
pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas
dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.

Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daun nya
yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan kulit melecur
dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada
bahagian yang terlibat.

(21) Letup-letup

Nama Saintifik Physalis minima

Nama Lain Wild capegooseberry


Famili Solanaceae

Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok


yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup. Nama panggilan ini
berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan
melepaskan bijinya kepersekitaran untuk pembiakan. Salah satu pokok yang
dipanggil letup-letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh
dikawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah terbiar. Ia tergolong dalam
kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh dikawasan bertanah poros(berpasir) yang
kaya dengan bahan organik. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan
ketinggian mencapai hingga 1.5 meter. Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat.
Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat. Buahnya berbentuk beri dan
tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan tercantum
diatasnya. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks
disekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Buahnya yang masak
mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan
jem.

Kegunaan dan Khasiat:


Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk pening , sakit
pinggang dan kanser .

Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan
dijadikanjus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.

Semoga artikel ini dapat memberi maklumat dan panduan kepada semua.
Banyak lagi tumbuhan herba tempatan yang mempunyai khasiat dan untuk
keguanaan dalam perubatan tradisional. InsyaAllah, mungkin dientri yang lain
boleh dimasukkan sebahagian lagi tumbuhan herba berkenaan. Sila tulis ulasan
dan komen ada di bawah,

Anda mungkin juga menyukai