Anda di halaman 1dari 27

3.

0 PENGENALAN

Dunia kini berada dalam era pasca modenisasi dan globalisasi. Kecanggihan dan perkembangan bidang sains dan teknologi serta komunikasi memudahkan lagi perhubungan manusia dan menjadikan dunia tanpa sempadan. Ekoran itu, kita

pesat membangun dan memacu kejayaan dalam pelbagai bidang. Dengan adanya pembangunan yang pesat, taraf hidup rakyat juga turut berkembang mengikut peredaran masa. Namun demikian, kita alpa dengan perkembagan sosial di negara ini. Saban hari kita membaca, mendengar dan berbual tentang isu -isu moral yang semakin berleluasa di negara kita. Terdapat berbagai jenis isu moral seperti

pembuangan bayi, penderaan kanak -kanak, vandalisme, keganasan rumah tangga, penerimaan rasuah dan sebagainya masih berlaku di kalangan masyarakat pada masa kini. Antara punca berlakunya isu -isu moral adalah disebabkan sikap individu yang mementingkan diri sendiri, pengabaian tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, sikap ibu bapa yang materialistik, kekur angan didikan keagamaan, keruntuhan nilai moral dalam kehidupan seharian, penguatkuasaan undang -undang yang longgar dan sebagainya menjurus masyarakat ke arah isu -isu moral yang serius. Seterusnya, isu-isu moral yang berlaku pada masa kini memberi impilikasi negatif terhadap individu, masyarakat dan juga kepada negara. Disebabkan isu -isu moral ini semua pihak memandang serong terhadap negara kita. Oleh yang

demikian, semua pihak sewajarnya berganding bahu dan memainkan peranan mereka bagi memastikan gejala ini dapat dibendung agar masyarakat dan negara hidup dengan aman dan harmoni tanpa adanya isu -isu moral yang dianggap sebagai satu wabak penyakit yang berbahaya.

4.0 KEGANASAN RUMAH TANGGA

4.1 PENGENALAN

Definisi Keganasan Rumah Tangga

Menurut Mohamed Imran Mohamed Taib (2006), dalam artikelnya Antara Pengganasan dan Keganasan definisi keganasan boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis, iaitu keganasan terhadap diri sendiri seperti membunuh diri sendiri, keganasan individu terhadap ind ividu yang lain seperti menganiayai kanak -kanak atau pasangan di dalam keluarga dan keganasan antara satu kelompok dengan yang lain seperti peperangan dan rusuhan kaum. Sehubungan itu, keganasan rumah tangga boleh dikelaskan dalam jenis keganasan individu terhadap individu yang lain. Keganasan rumah tangga didefinisikan sebagai suatu bentuk tindakan yang mempunyai niat atau motif yang tersendiri seperti mencederakan, merosakan atau membunuh orang lain.

Manakala mengikut tafsiran Seksyen 2, Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521), membawa maksud keganasan rumah tangga adalah suatu perbuatan yang dilakukan sama ada dengan sengeja atau tidak sengeja yang menyebabkan kecederaan fizikal, kegusaran emosi, penderaan seksual, kemusnahan kepada harta dan menyebabkan mangsa dalam keadaan ketakutan. Secara ringkasnya,

keganasan rumah tangga ini boleh dikatakan sebagai suatu penderaan terhadap seorang individu oleh individu yang lain dalam bentuk penderaan fizikal dan mental, penganiayaan, pencabulan,ugutan dan pe mbunuhan yang dilakukan dengan niat yang tersendiri.

Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga merupakan suatu isu yang ketara yang berlaku sepanjang tahun dan di mana jua. Selalunya kes keganasan rumah tangga ini dilakukan oleh golongan lelaki ke atas wanita dan juga kanak -kanak, tetapi ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Antara mangsa keganasan rumah tangga adalah isteri atau bekas isteri, suami atau bekas suami, anak -anak, ibu bapa, orang dewasa yang tidak berkeupayaan dan juga ahli keluarga yang lain yang tinggal serumah dengan pemangsa. Mereka yang melakukan keganasan rumah tangga ini selalunya cuba menguasi dan mengawal mangsanya sepanjang masa.

Jenis-Jenis Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu: a) Penderaan fizikal b) Penderaan mental c) Penderaan emosi / perasaan d) Penderaan seksual

A)

Penderaan Fizikal

Penderaan dari segi fizikal bermaksud mencederakan mangsa dan kecederaan itu boleh dilihat pada mana -mana bahagian tubuh ma ngsa. Kebiasaannya, orang yang melakukan keganasan ini menyebabkan kecederaan di fizikal dengan menggunakan peralatan-peralatan atau bahan -bahan yang mudah dicapai seperti tali pinggang, kerusi, asid, tukul besi, puntung rokok dan sebagainya. Mangsa kega nasan rumah tangga selalunya ditampar, dipulas, ditendang, dicekik, dihantuk kepala di dinding, digores dengan benda tajam, dibaling dengan benda keras,dipukul dan ditolak dengan kasar, mengadakan hubungan seks secara paksa dan juga dimalukan di khalayak ramai dengan memaki hamun dan cacian.
3

B)

Penderaan Mental Penderaan dari segi mental pula diklasifikasikan sebagai perbuatan yang

menakut-nakutkan orang lain, membuat ugutan atau memberi tekanan mental dengan tujuan meruntuhkan keyakinan diri dan menghalan g seseorang untuk berfikir dengan sendiri secara bebas. Pemangsa selalunya membuat ugutan atau menakut nakutkan mangsa keganasan rumah tangga dengan menyatakan hendak

membunuh, mencerai, membawa lari anak-anak, menyimbah air panas atau asid dan sebagainya. Dalam keadaan seperti ini, mangsa keganasan ini berada dalam ketakutan sehingga mendatangkan tekanan dalam jiwa mereka.

C)

Penderaan Emosi Penderaan emosi menyebabkan mangsa menghadapi gangguan yang

keterlaluan yang boleh dilihat pada emosi atau peras aan mereka seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, cemas dan penyendirian. Kebanyakan mangsa penderaan emosi ini lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau individu lain atau membunuh diri sendiri. Kadang -kala, mangsa keganasan didera dengan diherdik dan ditengking dengan menggunakan perkataan kesat dan lucah, dimaki hamun dan dicaci di khalayak ramai atau mengadakan hubungan sulit dengan individu lain di hadapan isteri dan sebagainya.

D)

Penderaan Seksual Penderaan seksual merupakan salah satu daripada penderaan yang merujuk

kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut seseorang individu yang lain khasnya golongan wanita sama ada remaja atau kanak-kanak perempuan untuk melakukan hubungan seksual dengan mereka,

semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Selain itu, perlakuan seks tanpa kerelaan pasangan juga adalah salah satu bentuk penderaan seksual dan boleh dianggap sebagai keganasan rumahtangga. Jenis penderaan ini juga membawa kesan yang negatif terhadap fizikal, mental dan emosi seseorang individu.
4

4.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KEGANASAN RUMAH TANGGA

Menurut Maizatul Akmam Binti Abu Bakar, Hazalina Binti Mohd Haniff, Latifenossadat Madanian, Faizah Binti Abd Ghani (2008) dalam kertas seminar yang bertajuk Keganasan Rumah Tangga: Corak, Punca Dan Kaedah Penyelesaian menyatakan pengambilan alkohol dan dadah, latarbelakang keluarga, masalah sosial, panas baran dan cemburu adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keganasan rumah tangga. Sehubungan itu, faktor -faktor utama yang menyebabkan isu ini masih berlaku secara berleluasa adalah seperti faktor personaliti atau sifat individu, keluarga. faktor keluarga dan faktor ekonomi sesebuah

Faktor Personaliti

Faktor personaliti ataupun sifat peribadi seseorang individu terutamanya pasangan suami isteri merupakan punca utama berlakunya kes keganasan rumah tangga. Personaliti individu dapat dibahagikan kepada dua unit, iaitu personaliti pemangsa atau pendera dan personaliti mangsa. Personaliti kedua-dua pihak ini adalah saling bergantungan. Pada kebiasaannya, si pendera mempunyai personaliti negatif seperti sifat ganas, panas baran, beremosional, cemburu, tidak percaya pada pasangan dan sebagainya menyebabkan merek a sanggup bertindak dengan agresif ke atas pasangan mereka. Sifat negatif si pendera menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi mereka lalu hilang pertimbangan walaupun atas sebab sebab kecil yang berlaku dalam keluarga. Selain daripada itu, sifat neg atif si

pendera ini selalunya dirangsang apabila mangsa melakukan sesuatu tindakan yang mereka paling tidak sukai. Antaranya, sikap si mangsa yang suka berletar, bertengking, suka bergaduh walaupun perkara yang kecil, sangsi pada pasangan dan sebagainya. Perkara-perkara ini menimbulkan kemarahan kepada si pendera lalu mereka bertindak dengan ganas terhadap pasangan mereka. Keadaan menjadi lebih teruk apatah lagi si suami mempunyai personaliti yang negatif seperti panas baran.

Faktor Keluarga

Seterusnya, faktor keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam kes keganasan rumah tangga yang berlaku pada masa kini. Latar belakang keluarga dan pengalaman semasa kecil turut mempengaruhi sikap seseorang individu. Sejarah keganasan semasa kecil ini mempengaruhi psikologi dan emosi pendera. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas suami yang sering menganiaya dan bertindak ganas ke atas isteri mereka. Mereka pernah mengalami atau menyaksikan keadaan tersebut. Pakar psikologi berpendapat bahawa individu yang pernah didera ataupun mangsa penderaan mempunyai potensi untuk menjadi pendera. Selain daripada itu, kesan rumah tangga atau sejarah hidup daripada keluarga yang berpecah belah juga turut mempengaruhi emosi mengulangi sejarah yang sama. seseorang individu untuk

Menurut Carlson (seperti yang dipetik dalam

Maizatul Akmam Binti Abu Bakar, Hazalina Binti Mohd Haniff, Latifenossadat Madanian, Faizah Binti Abd Ghani, 2008 h.33): . menegaskan bahawa banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa fenomena penganiayaan isteri dikaitkan dengan pendedahan awal terhadap kekejaman dalam keluarga.

Faktor Ekonomi

Faktor ekonomi juga menjadi salah satu punca berlakunya kenganasan rumah tangga. Hal ini kerana duit ada lah sumber utama untuk menguruskan kehidupan harian. Jikalau sesebuah keluarga tidak mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi maka bermula kesempitan kewangan yang akhirnya menjurus kepada masalah tekanan kehidupan. Ini menyebabkan berlakunya pertelingk ihan dan pergaduhan antara pasangan yang berakhir dengan kes penderaan isteri dan juga anak-anak. Selain itu, pengambilan alkohol dan dadah juga berkait rapat

dengan faktor ekonomi yang melibatkan keganasan rumah tangga. Apabila si suami adalah seorang pe nagih dadah atau alkohol maka dia sentiasa mengharapkan isterinya untuk memberi duit bagi memuaskan kehendak dirinya. Jikalau, isteri tidak mempunyai wang atau sengeja tidak mahu menghulurkan duit untuk si suami maka si suami bertindak secara agresif dan secara tidak langsung mula mendera isteri dan
6

anaknya.

Kebanyakan wanita menyebut alkohol dan dadah sebagai faktor

penyebab keganasan dalam keluarga. Gelles (1980) menyatakan faktor alkohol boleh menyebabkan individu melakukan sesuatu yang bukan merupaka n tingkah lakunya yang sebenar.

4.3 KESAN-KESAN KEGANASAN RUMAH TANGGA

Kesan keatas orang dewasa dan kanak -kanak

Isu keganasan rumah tangga membawa banyak implikasi negatif terhadap mangsa-mangsanya. Menurut Rukiah Bte Bahari, Najmi Hayati Bte Usman dan Mohd. Tajuddin Ninggal (2008), dalam kertas seminar yang bertajuk Rumahku Syurgaku: Bagaimana Menyelesaikan Masalah Keganasan Rumah Tangga, menyatakan bahawa kesan-kesan keganasan rumah tangga telah dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kesan ke atas orang dewasa dan kanak -kanak. Antara kesan terhadap orang dewasa adalah seperti kematian, kecederaan yang teruk, rasa rendah diri, hilang keyakinan diri, keretakan hidup berkeluaraga dan sebagainya. Manakala kesan yang ditanggung oleh anak-anak adalah seperti kecacatan emosi, murung, menunjukkan tingkah laku agresif, rasa benci kepada diri sendiri, ponteng sekolah, lemah daya ketahanan dalam menghadapi masa depan dan sebagainya.

Tekanan Fizikal

Selain daripada itu, mangsa keganasan rumah tangga mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Mereka beranggapan sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Mangsa menjadi murung kerana rasa ketakutan yang berpanjangan menjadikan mereka mengasingkan diri dari masyarakat sekeliling mereka. Selain itu, isteri yang didera selalunya akan terasa dirinya tidak boleh

menjadi isteri yang baik, rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri. Mereka sentiasa hidup dalam ketakutan dan merasa malu kerana takut diketahiu oleh orang ramai tentang masalah keluarganya. Jikalau keadaan ini dibiarkan ia menjadi satu trauma bagi jangka masa yang panjang. dan mungkin mereka mengalami sakit jiwa.

Bagi anak-anak ia menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan a tau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak dan mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera. Selain itu, isu keganasan rumah tangga juga berpotensi untuk meningkatkan kes jenayah di kalangan anak -anak kerana apabila mereka dewasa berkemungkinan untuk membawa tingkahlaku ganas ke dalam masyarakat.

Tekanan Emosi

Seterusnya, anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka. Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes -kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain -lain masalah sosial.

4.4 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEGANASAN RUMAH TANGGA

Peranan Individu

Bak kata pepatah Melayu mencegah lebih baik dari mengubati seperti mana kita perlu berusaha untuk mencegah isu keganasan rumah tangga ini sebelum ia menjadi lebih parah. Jika keganasan rumah tangga ini di tahap yang tidak serius, kita masih ada peluang u ntuk mengatasinya. Antara langkah -langkah yang perlu diambil adalah seperti: a) Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga. b) Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi. c) Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua -dua keluarga anda. d) Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat. Seterusnya, menurut Rukiah Bte Bahari, Najmi Hayati Bte Usman dan Mohd. Tajuddin Ninggal (2008), terdapat berbagai khidmat yang diberikan untuk membantu

dan juga merawat keluarga mangsa keganasan rumah tangga. Di antara khidmat pencegahan keganasan rumah tangga ialah:

a) Intervensi dengan mangsa b) Urusan dengan mahkamah c) Kumpulan terapi untuk lelaki d) Kumpulan terapi untuk perempuan e) Kumpulan terapi untuk anak f) Kumpulan terapi untuk pasangan g) Projek pencegahan keganasan di sekolah h) Servis telefon untuk pencegahan dan rujukan i) Maklumat khidmat masyarakat dan pendidikan

Peranan Masyarakat

Selain

daripada

itu,

semua

pihak

perlu

memainkan

peranan

dan

tanggungjawab mereka secara berkesan agar kita dapat membendung isu keganasan rumah tangga ini. Sebagai individu yang bertanggungjawab kita harus membuat aduan kepada pihak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Polis Di Raja Malaysia, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) atau di Pejabat Agama Islam Negeri yang berhampiran apabila berlakunya kes keganasan rumah tangga dengan memberikan maklumat yang lengkap supaya mereka dapat mengambil tindakan yang sepatutnya. Sebagai ahli masyarakat setempat kita perlu mempunyai rasa tanggungjawab sosial untuk bersama -sama membantu mengatasi masalah ini. Kita perlu peka dengan masalah yang berlaku dalam jiran tetangga supaya kita boleh menghulurkan pertolongan khususnya apabila berlaku kes keganasan rumah tangga.

Peranan Media Massa

Seterusnya

media massa haruslah berperanan secara proaktif sebagai

sumber sebaran maklumat dalam usaha menyedarkan semula masyarakat tentang kes keganasan rumah tangga yang berlaku secara berleluasa. Mereka juga perlu bertanggunjawab untuk menyiarkan info -info semasa tentang keganasan rumah
9

tangga dan langkah yang perlu diambil jika seorang individu menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Hal ini perlu diberi perhatian kerana terdapat mangsa kegansan yang cetek pengetahuan tentang isu ini. Mereka tidak tahu apakah yang perlu dilakukan dan siapakah harus dihubungi jika berlaku kes keganasan rumah tangga.
Peranan Badan Berkuasa dan NGO

Peranan jabatan, agensi -agensi kerajaan dan juga badan -badan sukarelawan (NGO) amat digalakkan. Mereka perlu mengadakan program -program khas dan kempen-kempen seperti Kempen Kami Prihatin oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat, Kempen Nur- Bermula denganmu oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan sebagainya bagi menyelamatkan lagi mangsa keganasan rumah tangga. Selain itu, khidmat kaunseling perlu dilakukan kepada pasangan sebelum memasuki alam perkahwinan dan selepas berkahwin agar mereka memahami tentang kewajipan dan dasar -dasar sesuatu perkahwinan.

10

5.0 WARGA TUA TERBIAR

5.1 PENGENALAN

Menurut Dasar Warga Tua Kebangsaan Warga Tua atau Warga Emas telah ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Menurut ringkasan perangkaan penduduk yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, terdapat 2. 1 million warga emas di Malaysia. Warga emas yang kaya dengan pengalaman seharusnya dijadikan asset utama untuk sumber rujukan. Walaupun golongon ini sudah bersara dan keupayaan fizikal yang semakin berkurangan, mereka sepatutnya diberi belaian kasih sayan g, kebajikan yang rapi serta dihormati.

Namun apa yang menyedihkan adalah warga emas ini sentiasa dianggap menjadi bebanan dan kurang produktif bagi segelintir anak -anak dalam masyarakat kita. Nilai moral seperti menghormati orang tua merupakan suatu nilai terpuji yang diamalkan oleh masyarakat kita. Kita mesti berpegang kepada nilai moral yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan sosial seperti masalah warga tua terbiar.

5.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA WARGA TUA TERBIAR Sifat Mementingkan Diri Anak-anak

Tidak dapat dinafikan setiap agama meletakkan orang yang lebih tua terutamanya ibubapa di kedudukan teratas. Namun, dalam mengejar urusan hidup seharian, ramai yang tidak sedar bahawa hampir 100,000 warga emas di negara ini terpinggir dan tidak dipedulikan. (Utusan Malaysia, 2009). Kengganan anak -anak untuk tidak menghargai jasa ibu bapa dan menetap bersama atas alasan kerja serta masalah ekonomi menyebabkan warga tua terbiar sendiri. Selain itu, adik -beradik juga bergaduh sesama sendiri untuk menjaga ibu bapa yang telah tua dan uzur dengan alasan masing-masing. Anak-anak juga menaggap warga tua tidak berguna dari segi
11

ekonomi malah membebankan rumahtangga. Mereka rela menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang tua atau dibiarkan tanpa dijaga.

Tidak bersefahaman antara anak atau menantu dengan Ibu bapa

Selain itu, anak anak yang sudah berkeluarga mendapat desakan daripada pasangan yang enggan menerima ibubapanya turut mendorong seseorang anak tersebut untuk mengabaikan tanggungjawabnya. Kekada ng anak-anak juga berpendapat pemikiran warga tua dan golongan muda tidak bersehaluan dan sentiasa bercanggahan. Oleh itu, pergaduhan dan salah faham sentiasa wujud antara kedua-dua warga ini. Malah, kebanyakkan menantu yang bekerja turut memandang rendah terhadap golongan tua ini dan seringkali mengguna kata -kata tajam untuk menyakiti hati mereka. Sedihnya, terdapat juga anak -anak yang mementingkan pasangan hidupnya sanggup menyebelahi suami atau isteri masing masing untuk menyalahkan warga tua ini. Hal in i menyebabkan warga tua ini berasa bersalah dan meninggalkan rumah untuk mencari haluan sendiri.

Kehidupan Silam

Kehidupan muda seseorang yang bermasalah dan yang terlibat dalam gejala social turut menyumbang kepada kewujudan warga tua terbiar. Ini disebabkan alam kehidupan yang dilalui seperti bekas penagih dadah atau bekas banduan. Tidak kurang ibu bapa yang zalim mendera mental dan fizikal anak -anak serta mengabaikan hak anak-anak sehingga hidup mereka terbiar sejak kecil. Ibu baba yang tidak mengambilberat tentang keluarga semasa anak -anak kecil. Hal ini menyebabkan anak-anak membalas dendam dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan mereka sebagaimana yang dialami oleh anak - anak mereka dulu.

12

Warga Tua yang tiada waris

Antaranya ada ayah dan ibu asyik berkahwin dan cerai sehingga anak -anak tidak mendapat kasih sayang dan terpaksa mencari haluan sendiri dalam hi dup. Oleh itu, warga tua tersebut tidak mempunyai waris atau pasangan hidup utuk menjaga mereka pada masa tua menyebabkan kebajikan mereka teabai atau terpaksa mencari perlindungan di rumah orang tua kelak. Namun begitu, bagi yang tidak mempunyai anak atau waris,keadaan mereka akan terbiar terutamanya bagi golongan yang tidak mampu berdikari.

5.3 KESAN WARGA TUA TERBIAR Warga Tua

Golongon warga tua juga turut mengalami tekanan yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengasingan sosial, kemurungan, kesunyian, penghargaan kendiri yang rendah dan kesihatan yang semakin terjejas serta tidak dirawat sebab terbiar . Antara faktor yang menyebabkan setengah daripada mereka berasa tertekan adalah disebabkan oleh faktor kesihatan dan kehidupan yang

membosankan. Ramai ibu bapa terbiar tanpa perhatian . Masalah utama ialah mereka rasa tersisih, tidak diperlukan dan dipersia -siakan oleh ahli keluarga. Mereka menganggap bahawa jasa yang mereka berikan kepada keluarga dan anak -anak selama ini tidak dihargai. Umumnya mereka ini tiada lagi tempat untuk mengadu, untuk memberi dan menerima kasih-sayang untuk berbincang. Fikiran ini akan

diulang-ulang dan ini menjadikan diri mereka semakin sedih, rendah diri, merasa resah, merasa tidak diperlukan oleh sesiapa pun dan akhirnya akan mengasingkan diri dari orang lain. Gangguan kesihatan ini akan menghantui diri mereka menjadikan mereka bersikap pasif, gelisah dan kadang kala boleh menimbulkan masalah kepada ahli warga tua yang lain.

13

Negara

Kesan yang ketara boleh dperhatikan kesan bertambahnya golongan tua terbiar adalah kewujudan dan peningkatan rumah orang tua di negara kita . Banyak rumah-rumah warga tua telah diwujudkan terutamanya di kawasan bandar untuk menampung pertambahan golongan w arga tua yang meningkat kerana tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari pada waris masing-masing. Selain itu, peruntukkan untuk menjaga warga tua turut meningkat. Hal ini disebabkan oleh kerajaan menyediakan pelbagai bantuan, program, dan insentif kepa da penjaga yang menjaga warga tua.

5.4 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Kempen Kesedaran

Kempen kesedaran dipercayai dapat mengubah sikap masyarakat terhadap golongon warga tua. Melalui kempen kesedaran, masyarakat dapat memupuk kesedaran dalam diri masing-masing. Nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan menghormati warga emas dapat diterapkan. Tanggungjawab anak-anak untuk menjaga orang tua mereka dapat dilaksanakan tanpa memerlukan pihak untuk menjaga orang tua mereka. Oleh yang demikian, selain pihak kerajaan,badan-badan bukan kerajaan juga boleh me nghulurkan bantuan dengan mengadakan kempen berterusan. Kesedaran ini boleh dipupuk melalui kempen atau hari yang dikhususkan untuk meraikan golongan tua seperti Hari Warga Tua yang diadakan 6 Oktober setiap tahun. Mesej yang boleh disampaikan dalam kempen-kempen sebegini adalah untuk memastikan bahawa generasi muda tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit dan sanggup mengabaikan warga emas.

Amalkan nilai agama dan kekeluargaan sejak kecil

Nilai agama untuk membentuk akhlak terpuji perlu diberi penekanan sejak dari bangku sekolah lagi bagi memberi mereka kesedaran dan mengelakkan perkara seumpama itu berlaku. Semua agama juga menuntut seorang anak menghormati
14

dan meyayangi ibu bapa atau orang yang le bih tua. Dengan erti yang lain,anak-anak yang berpegang teguh kepada ajaran agama tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang sudah tua berbanding dengan anak -anak yang tiada pegangan agama. Selain itu, nilai kekeluargaan seharusnya diterapkan ketika anak masih kecil supaya apabila besar tidak mudah melupakan tanggungjawab mereka untuk menjaga ibu bapa. Masyarakat harus mengekalkan nilai moral yang sedia ada tanpa terikut-ikut budaya barat. Nilai-nilai murni yang diterapkan melalui si stem pendidikan dan melalui didikan ibu bapa akan dikukuhkan dengan pegangan agama. Sudah pasti, anak-anak yang mempunyai keperibadian mulia, tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang tua. Sebaliknya,mereka akan menjaga ibu bapa yang tua dengan rela hati dan penuh tanggungj awab. Kejayaan melahirkan masyarakat penyayang akan membuahkan hasil yang sangat menggalakkan.Masyarakat penyayang akan melahirkan anak-anak yang menyayangi dan menghormati orang tua.Sikap ini akan memastikan orang tua tidak akan diabaikan.

Ibu bapa Angkat

Semua

pihak,

terutamanya

golongan

berada

perlu

menunaikan

tanggungjawab sosial mereka bagi membela golongan warga emas supaya tidak hidup keseorangan dan terbiar. Ini berdasarkan pada kesanggupan dan keupayaan mereka untuk menjaga warga emas yang terbia r tanpa penjagaan rapi. Keadaan ini juga akan turut membantu dalam mengurangkan kewujudan lebih banyak rumah warga tua. Selain itu, melalui cara ini juga seseorang warga emas mampu mendapat perhatian lebih perhatian daripada keluarga angkat dan dapat menja lani kehidupan dengan takanan yang minima. Malah, warga emas tidak perlu risau sebab mereka tidak perlu hidup keseorangan tanpa kasih sayang.

Aktiviti Kemasyarakatan kepada Warga Emas

Bagi menghargai sumbangan warga tua yang dicurahkan selama ini, mereka perlu digalakkan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh
15

badan-badan bukan kerajaan dan kerajaan kerap kali. Selain Hari Warga Tua setipa tahun, aktiviti-aktiviti yang melibatkan warga emas ini boleh mengadakan program yang pelbagai setiap hujung minggu. Kegiatan sebegini akan mengembalikan semangat para warga emas untuk bergiat aktif dan bersemangat untuk menja lani kehidupan seharian dengan harapan baru yang menanti mereka. Malahan aktiviti sebegini mampu mengelakkan mereka daripada terbelenggu dengan tekanan psikologi dan emosi serta tidak berasa kebosanan.Ini juga membolehkan mereka bergaul mesra dengan rakan -rakan seusia mereka dan dapat berkongsi pendapat sesama mereka. Sebenarnya, usaha ini akan menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan tidak berasa rendah diri.

16

6.0 ISU BURUH KANAK-KANAK

6.1 Pengenalan

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak -Kanak 2001 (Malaysia). Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, kega nasan dan eksploitasi terhadap kanak kanak. Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan d an kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak -kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka. Buruh Kanak kanak Child Labour merujuk kepada kerja anak-anak pada tenaga kerja biasa dan berterusan. Amalan ini dianggap eksploitasi oleh pertubuhan antarabangsa dan adalah menyalahi undang-undang di banyak negara. Boleh mengkategorikan buruh kanak-kanak sebagai pekerjaan yang tidak boleh diterima kerana kanak-kanak yang terlibat terlalu muda dan sepatutnya berada di sekolah. Malah jikapun mereka mencapai usia minimum untuk bekerja, kerja yang mereka lakukan tidak sesuai untuk orang yang berusia bawah 18 tahun. Banyak kanakkanak menjadi mangsa kepada bentuk terburuk buruh kanak -kanak, seperti buruh berikat, perhambaan atau amalan serupa perhambaan, pengeluaran dan

penyeludupan dadah, atau pekerjaan lain yang membahayakan kesihatan, keselamatan atau moral mereka. Majoriti kanak-kanak di dunia dinafikan hak asasi mereka dan keadaan ini begitu kritikal di dunia ketiga. Majoriti besar kanak -kanak hidup dan bekerja dalam keadaan yang sangat sukar. Di negara-negara terbabit, kanak-kanak bukan sahaja menderita kebuluran dan memperoleh makanan tidak seimbang tetapi juga turut terdedah pada eksploitasi serta penderaan dan pada dasarnya, mereka menjalani kehidupan yang diliputi penderitaan. UNICEF melaporkan bahawa di seluruh dunia terdapat kira-kira 246 juta kanak-kanak yang terlibat sebagai buruh kanak -kanak
17

(laporan yang sama turut dikemukakan oleh ILO (International Labour Organization). Sekitar 180 juta kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun (atau 73 peratus daripada keseluruhan pekerja kanak -kanak) dipercayai terbabit dalam bentuk pekerjaan paling buruk termasuk bekerja dalam keadaan yang

mendatangkan bahaya serta kemudaratan seperti di lombong dan mengendalikan mesin yang berbahaya. Daripada jumlah ini, 5.7 juta orang dipaksa untuk terlibat dengan belenggu hutang dan bentuk -bentuk perhambaan yang lain, 1.8 juta dipaksa terbabit dalam kancah pelacuran atau pornografi dan 600,000 orang pula terbabit dengan aktiviti yang diharamkan.

6.2 Sebab Berlakunya Isu Buruh Kanak -Kanak

Mengikut laporan International Labour Organization (ILO) jumlah buruh kanak-kanak terus berkurangan di Asia -Pasifik, Amerika Latin dan Caribbean, sementara sub-Sahara Afrika pula menyaksikan peningkatan. Terdapat pelbagai sebab berlakunya isu Buruh Kanak -Kanak (Sila Rujuk Rajah 1).

Masalah buruh kanak-kanak masih terdapat di beberapa bahagian dunia seperti bekerja di kilang, perlombongan, pelacuran, pertanian, membantu perniagaan orang tua yang mempunyai perniagaan sendiri kecil seseorang (misalnya menjual makanan), atau melakukan pelbagai pekerjaan yang lain. Beberapa kanak-kanak pula bekerja sebagai pemandu bagi pelancong, kadang digabungkan dengan membawa dalam perniagaan untuk kedai -kedai dan restoran (di mana mereka juga boleh bekerja sebagai pelayan). Dan semua pekerj aan yang mereka lakukan adalah untuk membayar minimum.

Desakan Ekonomi

Antara sebab berlakunya isu buruh kanak-kanak desakan ekonomi keluarga. Terutamanya di kawasan pedalaman India, China dan Negara -negara Dunia Ketiga, terdapat kebanyakan kanak-kanak terpaksa bekerja buruh untuk mencari rezeki
18

hidup bagi keluarganya. Disebabkan kemiskinan, mereka terpaksa melepaskan peluang untuk belajar. Buruh kanak-kanak juga adalah satu fenomena yang memang wujud dalam masyarakat sejak dahulu hingga ke hari ini. Dahulu buruh kanak -kanak, terutama kanak-kanak lelaki, diperlukan bekerja di kebun atau di ladang keluarga untuk membantuIbu-bapa menghasilkan produk pertanian bagi menyara keluarga. Dalam sesetengah masyarakat lain pula kanak-kanak membantu ibubapa berniaga untuk menjana pendapatan keluarga. Status membantu keluarga memberi konotasi bahawa buruh kanak-kanak memberi khidmat tanpa bayaran, tetapi ha kikatnya mereka telah turut memikul tanggungjawab terhadap keluarga sejak berumur muda lagi.

Kurang memberi perhatian kepada Pendidikan

Selain itu, kurang memberi perhatian kepada pendidikan juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan ibu bapa hantar a nak-anak bekerja. Para ibu-bapa memandang tinggi terhadap golongan berilmu, tetapi bukan untuk pembangunan kerjaya dan bukan sebagai jaminan saraan apabila anak -anak meningkat dewasa. Kebiasaannya gejala penglibatan kanak -kanak dalam pekerjaan ini ekoran kemiskinan keluarga ataupun kekurangan minat untuk belajar.

Undang-undang yang lemah

Di sesetengah negara, terdapat banyak syarikat yang menggunakan buruh kanak- kanak-kanak. Walaupu kebanyakan negara yang mempunyai undang undang yang mengawal atau mengalang penggunaan buruh kanak kanak. Tetapi sesetengah negara mempunyai undang - undang yang lemah dan penguatkuasaan yang tidak efektif dan tidak dapat membendung pengunaan kanak - kanak untuk berkerja. berumur 16 tahun atau ke bawah bekerja juga akan d ikenakan hukuman. Di Negara tersebut pihak kerajaan tidak menghiraukan terhadap firma -firma yang menggunakan tenaga kerja kanak -kanak. Firma tersebut juga tidak medaftarkan pekerjanya. Terdapat juga firma yang cuba merahsiakan identiti pekerja termasuk
19

umurnya, yang hanya pentingkan keuntungan malah mempertikaikan kebajikan kanak-kanak.

6.3 Kesan Daripada Isu Buruh Kanak -Kanak

Pelbagai kesan telah berlaku dan akan membawa kepada kanak-kanak jika isu buruh kanak-kanak ini berterusan (Sila Rujuk Rajah 2). Antara kesan daripada berlakunya buruh kanak-kanak adalah:

Perkembangan Mental/Materialistik

Timbul pelbagai kesan negatif apabila kanak -kanak menceburi alam pekerjaan pada usia yang begitu muda. Salah satu kesan ialah kanak -kanak yang bekerja memberi kesan negatif kepada perkembangan mental mereka. Mereka lebih bersikap materialistik. Mereka mempunyai pendapatan yang tetap dan lumayan. Oleh itu, mereka berkecenderungan menyalahgunakan pendapatan yang lumayan untuk memuaskan kehendak mereka dan terlalu megejar kebendaan. Kanak-kanak yang tidak pernah menjejaki alam persekolahan dan selama -lamanya pernah menjadi buruh, kehidupan mereka menjadi seperti katak di tempurung. Mereka hanya mementingkan kehidupan pada masa itu sahaja iaitu mencari duit dan menyara keluarga dan tidak keluar daripada batas tersebut.

Keciciran Dalam Pelajaran

Kesan negatif yang lain ialah keciciran dalam pelajaran. Sebenarnya seseorang sepatutnya menerima pendidikan rasmi pada zaman kanak -kanak bukannya bekerja. Hal ini disebabkan pendidikan adalah penting untuk menyediakan individu dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran asa s termasuk membaca, menulis dan mengira agar dipraktikkan semasa menjejakkan kaki ke dunia bekerja. Oleh itu, pembelajaran dan perkembangan pemikiran seseorang kanak -kanak akan terbantut sekiranya dia menjadi pekerja bawah umur. Contohnya, di kawasan pedal aman
20

India, China dan Negara-negara Dunia Ketiga, terdapat kebanyakan kanak -kanak terpaksa bekerja buruh untuk mencari rezeki hidup bagi keluarganya. Disebabkan kemiskinan, mereka terpaksa melepaskan peluang untuk belajar. Keadaan ini amat menyedihkan kerana akhirnya mereka akan menjadi buta huruf, bukan sahaja gagal memperbaik kedudukan ekonomi keluarga, malahan menjejaskan masa depan seseorang kanak itu.

Membahayakan Kesihatan dan Keselamatan

Penglibatan

pelbagai

pekerjaan

seperti

membahayakan

kesihatan,

keselamatan atau moral kanak-kanak. Jutaan kanak-kanak terlibat dalam situasi berbahaya seperti bekerja di tapak perlombongan, pendedahan kepada bahan kimia dan racun perosak dalam pertanian atau bekerja dengan menggunakan mesin yang berbahaya. Ada Kanak- kanak yang kadang- kala bekerja dalam keadaan yang tersembunyi iaitu sebagai pembantu rumah, bengkel membaiki kereta dan motosikal, dan ladang- ladang pertanian.

6.4 Langkah Mengatasi Isu Buruh Kanak -Kanak

Setiap anak yang lahir seharusnya dibesarkan da lam persekitaran yang sihat, dibekalkan dengan segala perlindungan yang perlu daripada penyakit, menerima asuhan, penjagaan dan kasih sayang yang sewajarnya, menerima pendidikan am setakat yang boleh dan disemai dengan budaya dan nilai kemanusiaan. Dalam merealisasikan hasrat ini, agenda menyejahterakan kanak -kanak turut menjadi fokus di mana semua negara sentiasa berusaha memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak -kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. Cara terbaik untuk mengatasi keganasan terhadap kanak -kanak adalah dengan menghentikannya sebelum ia berlaku. Melalui strategi kebangsaan yang
21

selaras untuk mencegah dan bertindakbalas kepada keganasan terhadap kanak kanak, pihak kerajaan dan parlimen haru s membina persekitaran yang terlindung yang membolehkan kanak-kanak untuk hidup tanpa ancaman yang di bawa oleh penderaan dan eksploitasi. Antara langkah-langkah yang boleh diambil dan berusaha bagi membanteras i su buruh kanak-kanak adalah seperti berikut ( Sila Rujuk Rajah 3)

Peranan UNICEF dan Gabungan Antara Parlimen (IPU)

UNICEF dan Gabungan Antara Parlimen (IPU) bergabung tenaga untuk menghentikan keganasan terhadap kanak -kanak. UNICEF (Unite for Children Wakil Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). UNICEF

ditubuhkan dengan tujuan bekerjasama dengan badan organisasi yang lain untuk mengatasi kendala bahawa kemiskinan, kekerasan, penyakit dan diskriminasi kepada kanak-kanak dan berharapan memajukan kemanusiaan. kini UNICEF bekhidmat di 150 buah negara. Di mana hampir kebanyakannya menjalankan program perlindungan kanak -kanak, memberi fokus terhadap kanak-kanak yang tidak mempunyai penjaga, buruh kanak -kanak, dan keganasan terhadap kanakkanak. UNICEF Malaysia menyokong usaha-usaha negara untuk memenuhi hak kanak-kanak dan mencapai Deklarasi Milenium dan Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs).

UNICEF dan ahli-ahli majlis undangan daripada seluruh dunia telah melancarkan sebuah buku panduan Elimanating Violence Against Children dan mengatakan bahawa keganasan dan penderaan boleh diatasi oleh pihak -pihak kerajaan dan parlimen -parlimen yang mempunyai tekad dan komitmen.Buku panduan tersebut dilancarkan di Bali/Indonesia, 2 Mei 2007 Di Persidangan Gabungan Antara Parlimen (IPU) yan g ke-116. Di persidangan tersebut ahli -ahli badan organisasi UNICEF dan IPU mengatakan bahawa masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menghentikan keganasan terhadap kanak -kanak di setiap negara. Dengan adanya buku panduan ini, UNICEF dan IPU berhadap agar parlimen-parlimen mempunyai sebahagian daripada panduan yang mereka perlukan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih terlindung untuk kanak -kanak.

22

Konvensyen terhadap perlindungan dan kesejahteraan kanak -kanak

Sebagai

sebahagian

daripada

komitmen

kepada

perlindungan

dan

kesejahteraan kanak-kanaknya, pelbagai Konvensyen telah ditandatangani. Antara konvensyen antarabangsa adalah:
y y y

Convention on the Rights of the Child (1989) Articles 32 and 33. ILO Convention 182 on Worst Forms of Child Labour (1999) ILO Convention 138 on Minimum Age for Workers (1973)

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Bentuk -bentuk Terburuk Buruh Kanak-Kanak bertanggungjawab untuk membasmi eksploitasi kanak -kanak termasuk tentera kanak-kanak, perdagangan kanak-kanak dan pekerjaan yang membahayakan kesihatan, keselamatan atau moral kanak -kanak. Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan

kesejahteraan kanak-kanaknya, Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen berikut:


y y

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (19 Mac 1995) Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (4 Ogos 1995)

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (Umur minimum untuk diambil bekerja): 1997

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (Bentuk buruh kanak kanak yang paling teruk): 10 November 2000

Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnasional (26 September 2002)

Selain

itu,

di

Malaysia

Akta

Kanak-Kanak

2001

digubal

dengan

menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947,

Akta Perlindungan Wanita dan

Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini mengambil kira Prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak -Kanak. Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Berikutan itu, kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan, menunjukkan peningkatan daripada 1,036
23

pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005 (Bernama.Com). Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif.

Di Malaysia usahanya diteruskan seperti Pasukan Perlindungan Kanak -kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005), sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak-Kanak ditubuhkan dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan. Selain itu, pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak -kanak yang dirujuk kepada hospital. Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak -kanak, dengan bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak kanak (Bernama.Com).

Hukuman dan Denda yang berat

Pihak yang berkenaan harus juga mengambil beberapa langkah untuk membendung fenomena buruh kanak-kanak. Pihak yang berkuasa perlu

mengetatkan undang-undang yang sedia ada. Bukan sahaja yang mengupah kanak kanak sebagai pekerja akan dikenakan hukuman atau denda yang berat, malah kanak-kanak yang berumur 16 tahun atau ke bawah bekerja juga akan dikenakan hukuman. Selain itu, pihak kerajaan perlu memasti firma mendaftarkan pekerja pekerjanya di bawah satu sistem yang ditetapkan supaya firma tidak mengup ah pekerja yang berumur 16 tahun atau ke bawah. Jika didapati firma yang cuba merahsiakan identiti pekerja termasuk umurnya, maka mereka akan dikenakan hukuman atau dendaan.

Peruntukan undang-undang perlu diperjelaskan kegagalan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan rendah yang dianggap
24

sebagai

suatu

kesalahan

dan

boleh

dikenakan

tindakan

undang -undang.

Pendekatan ini dilihat dapat mengurangkan bilangan buruh kanak -kanak di negara ini kerana kanak-kanak di bawah usia 12 tahun akan bersekolah dan bukannya bekerja.

Pembasmian Kemisikanan

Di

samping

itu,

penyediaan

peluang mendapatkan

pendidikan

dan

pembasmian kemiskinan juga merupakan langkah -langkah penting yang perlu diberi tumpuan dalam usaha membanteras kegiat an mengerah tenaga kanak-kanak. Ini adalah kerana pembanterasan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup kanak kanak melalui pengu asaan ilmu pengetahuan . Apabila taraf hidup kanak -kanak dapat dipertingkatkan, maka hak asasi kanak-kanak dapat dijamin dan kanak-kanak akan dilindungi daripada sebara ng bentuk eksploitasi. Oleh itu, eksploitasi kanakkanak sebagai buruh di seluruh dunia dapat ditangani dengan menyediakan akses kepada pendidikan dan membasmi kemiskinan yang m enyumbang kepada masalah buruh kanak-kanak.

Kempen Kesedaran

Langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk membendung masalah buruh kanak-kanak adalah melalui kempen kesedaran. Kempen -kempen kesedaran untuk ibu bapa atau penjaga perlu diadakan. Penglibatan kanak-kanak dalam pekerjaan pada usia yang semuda sebenarnya sering berlaku dalam keadaan yang tidak disedari oleh para ibu bapa. Kadangkala, tujuan sebenar mereka adalah untuk menambah pendapatan keluarga. Dan pendapatan yang lebih dapat mengu rangkan beban sekeluarga. Oleh itu, ibu bapa perlu sering diingatkan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka. Perkhidmatan khidmat nasihat atau kesedaran termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi sokongan psikologi dan motivasi.

25

Peranan Media Massa

Kesedaran isu buruh kanak-kanak ini boleh disebarkan mela lui media massa tentang peranan setiap individu yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak. Media massa juga perlu menyedarkan semua pihak agar lebih mementingkan pendidikan kanak-kanak dan masa depan mereka. Melalui televisyen program dokumentari dan info semasa seperti Edisi Siasat, Selamat Pagi Malaysia, Crime and Investigation dan lain -lain yang boleh menunjukkan kesedaran pelbagai isu kanak-kanak terutamanya pengeksplotasian kepada kanak -kanak. Hotline yang boleh menghubungi pihak berkenaan bagi membantu membanteras isu ini.

Peranan Individu

Peranan individu juga memainkan peranan penting dalam membanteras isu buruh kanak-kanak. Sebagai contoh di negara - negara Barat, pengguna - pengguna mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkara buruh kanak -kanak dan mereka akan memboikot sesuatu barangan atau perkhidmatan jika ianya dikeluarkan oleh syarikat yan melibatkan buruh kanak- kanak. Kanak-kanak merupakan aset negara yang bakal menentukan maju mundurnya sesebuah Negara. Justeru, perjuangan untuk membendung kemelut buruh kanak-kanak amat diperlukan dan merupakan tanggungjawab setiap indidvidu . Oleh itu, semua masyarakat haruslah memainkan peranan yang penting dengan mengambil langkah -langkah yang sewajarnya supaya dapat membendung fenomena pekerja kanak -kanak. Di samping itu, kanak-kanak juga ditegaskan sebagai sumber harapan dan inspirasi masa hadapan. Jika inilah harapan besar yang disandarkan pada mereka, maka kita berkewajipan menyediakan segala ruang dan peluang bagi memastikan mereka membesar dalam suasana penuh harmoni yang akan membantu pembentukan jiwa, keperibadian dan akhlak mereka. Penyediaan peluang mendapatkan pendidikan dan pembasmian kemiskinan merupakan dua langkah penting yang sewajarnya diberikan tumpuan utama dalam usaha membanteras kegiatan mengerah tenaga kanak-kanak.

26

7.0 SEBAB PEMILIHAN ISU BURUH KANAK-KANAK

Kanak-kanak memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk generasi yang berdaya maju dan berketrampilan pada masa akan datang. Ini adalah kerana mereka menjadi tulang belakang negara untuk menjadi penyambung pembangunan yang dikecapi selama ini. Menurut Dasar Kanak -Kanak negara setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian. Namun, sedihnya kanak -kanak ini dianiaya dan dieksploitasi dalam pelbagai cara serta perkembangan mereka dibantutkan. Kebanyakan kanak-kanak di dunia dinafikan hak asasi mereka dan keadaan ini semakin meruncing. Salah satu isu moral dalam kalangan kanak -kanak yang kurang mendapat liputan dan perhatian berbanding isu -isu lain adalah isu buruh kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan buruh kanak-kanak adalah fenomena yang memang wujud dalam masyarakat sejak dahulu hingga ke hari ini. Isu ini seakan-akan terpendam dan pengetahuan mas yarakat yang kurang dalam memberi perhatian serius terhadap isu yang berleluasa dalam ini lebih parahkan kehidupan kanak kanak yang sepatutnya menuntut ilmu dalam usia yang begitu mudah. Tetapi jiwa jiwa yang tidak berperikemanusiaan sanggup mengerahkan te naga kanak-kanak untuk mencari wang untuk kepentingan mereka khususnya amat menyedihkan. Malah buruh kanak-kanak merupakan isu yang tidak boleh diterima kerana kanak-kanak yang terlibat adalah terlalu muda dan sepatutnya berada di sekolah. Penerapan serta pemupukan kesedaran tentang pentingnya melindungi kanak kanak seharusnya wujud dalam setiap kalangan masyarakat untuk membanteras isu ini dari akar umbinya. Publisiti terhadap isu ini juga amat kurang untuk melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

27

Anda mungkin juga menyukai