Anda di halaman 1dari 3

Bahagian E Berdasarkan Rajah 1 di bawah, jelaskan faktor-faktor yang melahirkan seorang usahawan.

Modal Kelahiran Usahawan

Pengalaman negatif -Status kewarganegaraan pekerja -Diberhentikan kerja Nilai dan sikap -Budaya -Keluarga -Rakan sekerja Tempoh peralihan -Latihan prapersaraan -Pusat latihan kemahiran

D O R O

U S A H A W A N

-Agama

S I T U A S I
Aktiviti -Perancangan -Penggabungan sumber -Pengurusan organisasi
Kebolehlaksanaan -Sokongan bantuan -Rakan kongsi -Teknologi

Pengaruh luaran -Rakan kongsi -Pelabur modal -Sokongan pelanggan

N G A N

Pengaruh dalaman -Keluarga -Pendidikan -Pengalaman

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia.Kertas Kerja-Asas Keusahawanan, 1992)

Jawapan Soalan 10 Usahawan merupakan individu yang menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi dengan tujuan untuk berurus niaga dan memperoleh keuntungan. Kejayaan seseorang usahawan itu didorong oleh banyak faktor dan keadaan dan situasi yang dilaluinya. Antara faktor kelahiran usahawan ialah pengalaman negatif yang dilalui. Seseorang itu mungkin telah diberhentikan kerja oleh majikan atas sebab-sebab tertentu, misalnya disebabkan kegawatan ekonomi. Disebabkan individu berkenaan tiada pilihan lain dan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, maka ia terdorong untuk mencuba nasib dengan usaha sendiri melakukan sesuatu yang ada kegiatan ekonomi, iaitu yang boleh mendapatkan wang. Dalam hal ini, mungkin status kewarganegaraannya juga memainkan peranan. Seseorang yang bukan warganegara memang sukar untuk mencari pekerjaan dengan kerajaan atau pihak swasta. Jadi, pilihan yang ada padanya untuk mendapatkan wang adalah dengan menjadi usahawan. Tempoh peralihan dikaitkaan dengan Latihan prapersaraan yang berkait dengan umur seseorang yang sudah hampir untuk bersara. Hal ini benar, terutama bagi seseorang yang terpaksa bersara pada umur yang agak muda. Seseorang itu sedar bahawa apabila bersara, dia akan kekurangan pendapatan dan untuk menampung keperluan setelah bersara , dia mencuba untuk mengusahakan sesuatu sebagai sumber pendapatannya. Dia mungkin terdorong untuk menjalani latihan keusahawanan di suatu pusat latihan kemahiran sebelum bersara sebagai persediaan di samping untuk memastikan dia dapat menjayakan usahanya dengan baik. Pengaruh luar juga merupakan satu daripada faktor penggalak dan pendorong. Seseorang itu mungkin mempunyai rakan kongsi yang berpengalaman untuk mengusahakan kegiatan yang mahu diceburinya. Usaha tersebut semakin cerah jika disokong pula oleh pelabur modal yang sanggup mengeluarkan modal, manakala produk atau perkhidmatan yang di usahakan itu pula mendapat sokongan pelanggan melalui sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Seterusnya, pengaruh dalaman, iaitu sokongan daripada keluarga juga tidak kurang pentingnya. Ibu bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain, memberikan sumbangan yang amat bermakna, baik dari segi kewangan, tenaga, ilmu pengetahuan mahupun sokongan moral kepada kemunculan seseorang usahawan yang berjaya. Selain itu, pengalaman dan pendidikan seseorang itu juga besar pengaruhnya. Jika seseorang itu mempunyai pendidikan dan mempunyai pengalaman, terutama dalam bidangkeusahawanan yang diceburinya, risiko untuknya berhadapan dengan kegagalan dapat dikurangkan. Satu lagi aspek yang dilihat dapat menentukan kelahiran usahawan ialah nilai hidup masyarakat dan sikap seseorang usahawan itu sendiri. Sesuatu masyarakat itu mengamalkan nilai dan budaya hidup yang berbeza dengan masyarakat lain. Ada masyarakat yang lebih memandang tinggi terhadap seseorang yang berusaha sendiri, daripada makan gaji. Situasi yang sedemikian akan mampu melahirkan usahawan dengan lebih ramai. Hal yang sam juga dapat kita saksikan jika sesebuah keluarga, rakan-rakan dan agama yang dianuti menggalakkan amalan hidup berdikari dalam mencari sumber pendapatan. Usahawan yang

berjaya dapat dilahirkan dengan lebih ramai dalam situasi keluarga dan masyarakat seperti ini. Selain itu, usahawan juga lahir melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang melalui situasisituasi atau cara-cara menggabungkan sumber-sumber dana atau tenaga yang mencukupi. Hal ini menunjukkan para usahawan mempunyai pengurusan organisasi yang baik. Kesimpulannya, dapat kita katakana bahawa, walaupun banyak faktor luaran dan dalaman yang nenberikan sumbangan terhadap kelahiran seseorang usahawan, tetapi faktor kelahiran tidaklah dapat menjamin seratus peratus akan kejayaan usahawan tersebut. Kejayaan seseorang usahawan itu bergantung pula kepada faktor -faktor lain yang juga ada yang bersifat dalaman dan luaran. Perancangan, penggunaan sumber, pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan dan kecekapan teknologi yang dimanfaatkan adalah antara fa ktor yang dapat membantu negara dalam menentukan kejayaan usahawan.

Anda mungkin juga menyukai