Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

JABATAN PENGAJIAN ASIA TENGGARA

ATEA2323: PEMBANGUNAN PERUSAHAAN PERIKANAN DI ASIA TENGGARA


TOPIK 5

NAMA

: AMMAR ZUHAIR BIN ISMAIL

NO. MATRIK : KEA120007

PROGRAM

:KEJURUTERAAN AWAM

TOPIK 5
Strategi pembangunan sektor perikanan: Pemuliharaan dan Pemeliharaan
Pendahuluan
Sejak dahulu, penangkapan ikan sudah merupakan sumber utama makanan bagi
manusia dan menyediakan pekerjaan dan faedah ekonomi kepada mereka yang telibat dengan
aktiviti ini.Kekayaan sumber akuatik adalah pemberian alam yang tidak terhingga.Walaupun
begitu, dengan meningkatnya pengetahuan dan pembangunan perikanan yang dinamik
selepas perang dunia kedua , mitos ini telah beransur-ansur hilang dalam menghadapi
kenyataan bahawa sumber akuatik, walaupun boleh diperbaharui, bukanlah tidak terbatas dan
perlu diurus dengan sewajarnya, jika sumbangannya kepada pemakanan, ekonomi dan
kesejahteraan sosial penduduk dunia hendak dimapankan.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, perikanan dunia telah digerakkan oleh pasaran,
sektor industri makanan yang membangun dengan dinamik dan negara-negara pantai telah
berusaha untuk mengambil faedah peluang baru denga melabur di dalam armada
penangkapan perikanan moden dan kilang-kilang memproses bagi memenuhi permintaan
ikan dan produk ikan dunia yang semakin bertambah.
Di akhir tahun 1980an, adalah jelas, bahawa sumber perikanan tidak lagi dapat
menampung pembangunan dan eksploitasi yang cepat dan tidak terkawal, dan pendekatan
baru pengurusan perikanan yang meliputi pertimbangan pemuliharaan dan pengurusan sangat
diperlukan.Keadaan ini menjadi lebih meruncing dengan kesedaran bahawa perikanan yang
tidak terkawal di laut lepas, di setengah keadaan melibatkan spesies ikan "highly migratory"
dan "straddling", yang terjadi di dalam dan di luar ZEE, telah menjadi perhatian.
Satu krisis yang bakal mendatangkan kesan negatif yang mungkin tidak dapat
dibendung sedang dalam proses pembikinan tanpa disedari ramai. Kerakusan manusia
melapah lautan untuk memenuhi selera kita terhadap ikan dan hidupan laut lain telah
mengakibatkan pengurangan stok mereka dengan drastiknya. Menurut satu lapuran,
sesetengah spesis ikan mungkin telah berkurangan sehingga 90% dalam masa sedekad lalu
akibat penangkapan ikan secara besar-besaran.
Kebelakangan ini, semakin banyak negara melapurkan kejatuhan jumlah tangkapan
ikan yang sangat ketara dari tahun ke setahun. Tidak kurang juga bilangan komuniti yang
terancam penghidupan mereka akibat kejatuhan industri perikanan dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengannya berpunca dari kemerosotan stok ikan di lautan. Penangkapan ikan yang

merupakan antara aktiviti ekonomi terawal tamadun manusia semakin terancam dan bakal
meninggalkan kesan sosio-ekonomi yang bukan kecil ke atas komuniti nelayan.
Cara ikan ditangkap masa kini dengan penggunaan teknologi tinggi serta kapal-kapal
dan pukat besar menyumbang kepada krisis ini. Pukat tunda berdimensi gergasi beraksi persis
jentolak yang mengganyang dasar lautan yang rapuh ekosistemnya. Bagi menangkap sesuatu
spesis ikan umpamanya, haiwan laut lain yang tertangkap oleh pukat sedemikian dibuang
begitu sahaja. Penyangak dasar laut ini mengaut tanpa diskriminasi. Ikan-ikan bunting juga
terjerat di dalam pukat dan menidakkan peluang untuk menjana pembaikpulihan populasi
spesis mereka yang terus berkurangan.
Armada moden penangkap ikan semakin menjalankan operasi secara besar-besaran.
Kapal-kapal besar mereka lengkap dengan kilang mini yang boleh memproses dan
menyimpan hasil tangkapan mereka dan berupaya belayar berminggu-minggu lamanya.
Objektif utama mereka ialah menangkap seberapa banyak ikan dan meraih seberapa banyak
keuntungan darinya. Konsep kelestarian dan pengeksploitasian sumber alam secara berhemah
yang diketengahkan oleh para pencinta alam, badan-badan bukan kerajaan malah organisasi
antarabangsa seperti Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri langsung tidak diendahkan oleh mereka.
Di samudra raya, armada perikanan berkuasa tanpa dikawal dan diawasi oleh sesiapapun.
Satu lagi kelemahan ketara yang menyumbang kepada krisis ini ialah kelonggaran
perundangan dan ketiadaan penguatkuasaan yang tegas dalam menangani aktiviti perikanan.
Banyak negara yang tidak peka terhadap kepentingan memelihara stok perikanan di perairan
mereka dan keperluan mengawalselia aktiviti penangkapan ikan secara serius. Malah ada juga
negara-negara yang tidak kurang dengan perundangan dan akta perikanan yang tidak
menguatkuasakanya dengan cekap dan tegas. Ini tambah memberanikan pemburu laut untuk
bermaharajalela di lautan.
Nasib tragis juga melanda pelbagai spesis ikan dan haiwan lautan lain. Di lautan yang
lebih sejuk suhunya, ikan kod juga mengalami nasib yang sama seperti tuna bluefish. Jerung
yang walapun digeruni manusia ditangkap dalam bilangan yang mencecah puluhan juta setiap
tahun. Sirip mereka dicantas untuk dijadikan sup shark fin dan haiwan malang ini
dicampakkan saja ke dasar laut untuk mati. Penangkapan ikan paus oleh negara-negara
seperti Jepun dan Norway beterusan tanpa mempedulikan bangkangan dunia. Tahap kritikal
kepupusan penyu, satu spesis yang sudah hidup berjuta-juta tahun lamanya, dalam dekad
dekad kebelakangan ini bakal menjadikannya bahan sejarah semata-mata sepertimana
dinasour dan burung dodo yang tidak wujud lagi di atas bumi.

Strategi Plan Tindakan


Disebabkan kekurangan dalam dalam strategi pengurusan dalam konteks eksploitasi
yang serius dan over capitilization telah menjurus kepada pengenalan polisi pengurusan pada
tahun 1981.
Polisi Perlesenan Perikanan pada mulanya diperkenalkan untuk menyelesaikan
masalah yang timbul daripada konflik antara nelayan artisinal dan nelayan pukat tunda dalam
perairan tepi pantai. Objektif polisi ini adalah:
(a) untuk menghapuskan persaingan dan konflik antara kedua-dua jenis nelayan;
(b) untuk menghalang daripada lebihan tangkapan terhadap sumber perikanan di perairan
pantai;
(c) untuk mempunyai pengagihan perikanan yang lebih adil di sepanjang perairan
(d) penstrukturan semula pemilikan lesen
(e) untuk mempromosi perikanan laut dalam
Pengezonan
Strategi utama yang dilancarkan ialah membahagikan kesemua perairan perikanan
kepada zon-zon. Empat zon telah diwujudkan di bawah polisi ini. Zon pertama, dari kawasan
pantai hingga 5 batu nautika dari pinggir pantai, telah dikhaskan kepada pemilik-pengusaha
perkakas menangkap ikan; zon yang kedua, diantara 5-12 batu nautika dari pinggir pantai,
dikhaskan kepada pemilik-pengusaha pukat tunda dan pukat jerut dengan berat bawah 40
GRT; zon ketiga iaitu diantara 12 batu nautika dari pinggir pantai dan 30 batu nautika dari
garis dasar laut wilayah, telah dikhaskan kepada bot-bot pukat tunda dan pkat jerut yang
melebihi 40 GRT, dan juga peralatan-peralatan menangkap ikan yang lain milik penuh dan
diusahakan oleh rakyat Malaysia; manakala nelayan asing yang termasuk usaha sama dan
pembelian pajakan adalah dihadkan kepada zon keempat iaitu 30 batu nautika dari garis dasar
laut wilayah sehingga sempadan luar Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Sistem Pengezonan dapat dirumuskan seperti di bawah:


Zon-zon
A
B

Kawasan-kawasan
Vesel-vesel
Dalam lingkungan 5 batu Untuk nelayan artisinal;pemilik-pengusaha
nautika dari pinggir pantai
Melebihi 5 batu nautika dari Untuk bot-bot pukat tunda dan pukat jerut
pinggir pantai

berat

bawah

40

GRT;pemilik-

pengusaha
Melebihi 12 batu nautika dari Untuk bot-bot pukat tunda dan pukat jerut
pinggir pantai

dengan

dengan berat 40 GRT dan keatas;pemilik-

pengusaha
Melebihi 30 batu nautika dari Untuk bot-bot nelayan asing, 70 GRT dan
pinggir pantai

keatas

Peta dalam Appendix menunjukkan zon-zon yang berkenaan. Dalam hal ini adalah
penting untuk diketahui bahawa bot pancing yang berlesen dalam Zon A boleh menangkap
ikan dalam kesemua Zon (B, C, dan D). Walaubagaimanapun, vesel-vesel yang tergolong
dalam kategori B adalah dibenarkan untuk menangkap ikan dalam zon-zon yang lain kecuali
zon A. Seterusnya, vesel-vesel dalam zon C boleh menangkap ikan dalam kawasan D, tetapi
dilarang dalam zon A dan B, manakala vesel-vesel dalam zon B hanya boleh menjalankan
aktiviti menangkap ikan hanya dalam zon D sahaja.
Bot-bot menangkap ikan dari negeri-negeri yang berlainan di Semenanjung Malaysia
mempunyai cat yang berbeza warna pada wheelhouse. Ini adalah penting bagi tujuan
pengenelpastian and penguatkuasaan kerana kebiasaannya bot-bot yang menangkap ikan di
zon A dan zon B di negeri berkenaan tidak dibenarkan untuk menangkap ikan di zon yang
sama negeri-negeri lain. Tetapi, berlainan pula bagi bot-bot yang dilesenkan untuk
menangkap ikan di zon C dan D adalah dibenarkan untuk menankap ikan tanpa halangan di
zon C dan D di luar negeri tersebut. Secara ammnya bot-bot yang telah didaftarkan di
kawasan pantai barat adalah tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di
kawasan pantai timur dan juga sebaliknya.

Setiap bot pukat tunda mestilah mestilah mempunyai jalur putih yang dicat secara
menyerong dari atas di sebelah kanan hingga ke sudut sebelah bawah kiri pada wheelhouse

bot tersebut. Gambar dalam Appendix menunjukkan kedudukan jalur putih tersebut. Ini
adalah bagi tujuan memudahkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pencerobohan kawasan.
Tambahan pula, setiap bot dikehendaki mempunyai zon kod (A, B, C atau D) yang dicat
secara jelas untuk menandakan kawasan yang dibenarkan untuk menangkap ikan bagi bot
tersebut. Ini adalah sebahagian daripada syarat-syarat lesen menangkap ikan yang mesti
diperiksa setiap tahun sebelum lesen diperbaharui.
Zon-zon tersebut telah diwujudkan berdasarkan beberapa kriteria iaitu jenis peralatan,
saiz bot dan pemilikan unit bagi memastikan pengagihan yang lebih saksama dalam aktiviti
perikanan, usaha menangkap ikan, pemilikan dan faedah yang diperolehi dari aktiviti
perikanan. Usaha menangkap ikan dalam setiap zon adalah diselaras melalui sistem
kemasukan terhad bagi mengelakkan eksploitasi yang berlebihan ke atas sumber.
Oleh itu, dengan sistem pengezonan yang telah ada, Zon A yang dimana menjadi
pusat utama bagi kawasan pembiakan bagi ikan dan udang, hanya dibenarkan untuk nelayannelayan tradisional sepenuh masa yang mengusahakan sepenuhnya bot mereka sepenuhnya
(pemilik-pengusaha) untuk menjalankan aktivit menangkap ikan. Manakala bagi bot-bot
komersial seperti bot-bot pukat tunda dan pukat jerut adalah dilarang sama sekali untuk
menangkap ikan di kawasan tersebut. Dengan itu, Zon A bukan sahaja akan dipelihara
daripada dieksploitasi sepenuhnya dan dimusnahkan oleh pukat tunda (destructive gears)54,
tapi pada masa yang sama ia akan menghapuskan persaingan dalam eksploitasi sumber dan
konflik yang berlarutan antara nelayan komersial dan nelayan artisinal di kawasan pinggir
pantai. Oleh yang sedemikian nelayan artisinal boleh mengeksploit secara maksima di
perairan yang kaya dengan sumber laut dan seterusnya dapat meningkatkan tangkapan per
unit usaha lantas melonjakkan lagi pendapatan mereka.
Sebaliknya, dalam Zon B persaingan telah dihapuskan sama sekali antara bot pukat
tunda kecil yang kebiasaannya terdiri daripada bot yang di bawah 10 GRT yang dimiliki oleh
nelayan dan bot pukat tunda besar yang dimiliki oleh syarikat-syarikat besar hanya boleh
beroperasi di kawasan Zon C dan seterusnya.

Kemasukan Terhad dan Penyingkiran Lebihan Nelayan.

Masalah utama yang dihadapi oleh industri perikanan pingir pantai di Malaysia adalah
eksploitasi yang tidak terkawal pada sumber terutamanya di perairan pantai barat
semenanjung Malaysia dan juga kehadiran nelayan yang berlebihan dalam industri perikanan.
Akibatnya, usaha penangkapan ikan dan pelaburan hendaklah dikurangkan dalam kawasan
ini agar hasil tuaian akan menjadi lebih cekap ekonomi dari aspek tenaga kerja dan modal
dan untuk memelihara kepelbagaian sumber ikan.
Perikanan Laut Dalam.
Sumber-sumber di kawasan pantai telah dieksploitasi secara berlebihan. Oleh itu,
adalah menjadi dasar kerajaan Malaysia untuk menggalakkan perikanan laut dalam, terutama
di kawasan yang melebihi 30 batu dari pantai yang masih underexploited. Di kawasan di
antara 12 hingga 30 kilometer dari pantai, sumber-sumber yang intensif dieksploitasi.

ISU DAN PERMASALAHAN

Langkah pengurusan yang telah dinyatakan seperti di atas adalah dari aspek biologi,
ekonomi, sosial dan politik. Kriteria utama adalah untuk mengawal lebihan kapasiti, dengan
mengambil kira sosio-ekonomi dan pertimbangan politik.
Penyesuaian langkah-langkah pengawalseliaan melalui pengezonan dan kemasukan
terhad adalah patut dipuji. Strategi kawalan secara langsung ke atas usaha aktiviti
penagkapan ikan (i.e. dengan mengurangkan jumlah nelayan, vesel, berat vesel, unit
peralatan) nampaknya menjadi langkah pengurusan yang terbaik bagi menangani masalah
lebihan tangkapan sumber. Namun, masih banyak isu yang kritikal dan permasalahan yang
harus ditangani sebelum teknik-teknik tersebut boleh diaplikasikan secara effektif. Untuk
memudahkan lagi, isu dan permasalahan akan dibincagkan di bawah sub-topik yang berikut:
Pelaksanaan Dasar-dasar Pengurusan Perikanan
Salah satu kriteria utama bagi memastikan pengurusan perikanan adalah
penguatkuasaan iaitu penerimaan oleh pihak yang terlibat dalam pelaksanaan tersebut
Keputusan untuk memperuntukkan kawasan menangkap ikan yang melalui zon
melibatkan beberapa kompromi yang sukar antara bot pukat tunda dan nelayan tradisional.
Tidak perlu dikatakan, nelayan pukat tunda merasakan bahawa mereka telah didiskriminasi
terhadap vis-a-vis Nelayan tradisional. Ia juga telah ditegaskan bahawa terutamanya oleh
pukat tunda yang udang (mini-pukat tunda) nelayan kesempatan untuk benar-benar melarang
memukat dalam 5 batu had diancam sumber mata pencarian. Mereka menegaskan bahawa
sumber udang tidak dapat dijumpai di perairan di luar had 5 batu. Tambahan pula,
kebanyakan pukat tunda yang terlibat adalah di bawah 10 GRT dan tidak boleh tunda
berkesan di perairan yang lebih dalam. Terdapat 23% daripada jumlah pukat tunda di bawah
kategori ini tanan.
Ini meninggalkan nelayan dengan tiga pilihan sama ada: (I) untuk menukar kapal
yang lebih besar untuk menangkap ikan secara berkesan dalam zon B dan seterusnya, (2)
meninggalkan perikanan pukat tunda sepenuhnya dan beralih kepada peralatan tradisional,
atau (3) mengekalkan vesel sama dan mengambil jalan keluar dengan perikanan pukat tunda
haram di zon A.

Ia adalah sangat pesimis bahawa nelayan akan mengambil salah satu daripada dua
pilihan pertama kerana kekangan kewangan. Tiada pampasan diambilkira dalam program

anjakan ini. Oleh itu, pentadbiran industri perikanan merasa sukar untuk menguatkuasakan
peraturan ini. Ia tidak munasabah untuk menjangkakan bahawa majoriti nelayan pukat tunda
akan mengambil jalan keluar dengan menggunakan pukat tunda haram di pinggir pantai.
Malah bagi nelayan yang berkemampuan untuk membina unit penangkapan ikan baru
yang lebih besar untuk memancing secara berkesan di zon baru enggan untuk memusnahkan
vesel lama mereka. Seksyen 9 (4) di bawah Akta Perikanan, 1985, secara khusus menyatakan
bahawa Ketua Pengarah Perikanan tidak boleh mengeluarkan suatu lesen atau permit
berkenaan dengan vesel penangkapan ikan yang baru sehingga vesel penangkapan ikan yang
sedia ada dimusnahkan seperti yang. Seksyen ini adalah khusus untuk mereka yang ingin
membina bot baru bagi menggantikan bot yang lama. Bot lama mestilah dihapuskan apabila
bot baru telah sedia untuk dilesenkan. Jika pelupusan bot lama tidak dikuatkuasakan, bot-bot
lama mahu tidak mahu akan berakhir menunda secara haram.
Satu lagi masalah yang berkaitan adalah berkenaan dengan saiz jaring minimum bagi
jaring pukat tunda yang telah meningkat daripada 1 inci kepada 1.5 inci 'cod-end'. secara
rasioanalnya saiz jejaring yang lebih besar akan mengurangkan kadar penangkapanspesies
juvenil komersial yang berharga oleh pukat tunda. Walau bagaimanapun, peraturan saiz
jejaring yang baru telah ditentang hebat oleh nelayan pukat tunda yang mendakwa bahawa
mereka tidak dapat menangkap udang menggunakan saiz jejaring 'cod-end' 1.5 inci. Apa yang
paling membimbangkan adalah bahawa dakwaan penolakan oleh nelayan pukat tunda
disokong kuat oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang berkuasa dalam komuniti nelayan,
termasuk ahli-ahli politik tempatan. Ia akan menjadi sangat sukar untuk pihak yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan satu skim pengurusan yang ditentang hebat oleh
kebanyakan.
Pendek kata, melainkan jika langkah-langkah pengurusan baru berjaya diterima
nelayan dan ada sokongan politik yang kuat untuk memastikan kejayaan langkah-langkah ini,
jika tidak tugasan yang mendatang bagi para pentadbir yang terlibat dalam industri perikanan
tampaknya menggerunkan dan sukar diatasi.

Pertimbangan ekuiti.

Langkah-langkah pengurusan daripada pembahagian kawasan menangkap ikan antara


nelayan tradisional dan nelayan pukat tunda yang dikenakan pengecualian y di pesisir pantai
(zon a) dan secara tidak langsung bertujuan untuk menghapuskan nelayan dan unit
penangkapan ikan yang berlebihan.
Walau bagaimanapun masalah terletak pada "siapa yang harus pergi?" dan
"bagaimanakah hal ini akan diselesaikan dengan ekuiti yang munasabah?" Barangkali,
kumpulan berkemungkinan besar kehilangan tempat adalah mereka yang mengendalikan
pukat tunda secara kecil-kecilan. Tetapi, disebabkan dana yang tidak mencukupi, mereka
tidak dapat menukar ke vesel baru yang lebih besar untuk menangkap ikan di luar had 5 batu
nautika. Oleh itu adalah penting bahawa mana-mana skim anjakan seperti ini harus
menyediakan beberapa bentuk bayaran pampasan kepada mereka golongan yang tersasar.
Tanpa insentif dan kemudahan tersebut, menguatkuasakan mana-mana skim anjakan seperti
ini hanya mewujudkan pergolakan politik dan sosial.
Satu lagi ukuran dasar pengurusan yang melibatkan ekuiti adalah lesen adalah skim
had lesen. Idea asas skim ini adalah untuk menghadkan jumlah kemasukan ke penangkapan
ikan dan untuk mengeluarkan unit penangkapan ikan yang berlebihan dan nelayan. Objektif
utama adalah untuk meningkatkan pulangan ekonomi nelayan yang tinggal dan pada masa
yang sama untuk mengelakkan eksploitasi berlebihan ke atas sumber-sumber.
Walau bagaimanapun, beberapa isu penting yang perlu dipertimbangkan di sini.
Pertama, apakah kriteria yang akan digunakan bagi untuk membuat keputusan yang perlu
dilesenkan dan yang tidak perlu dilesenkan? Kedua, berpakah jumlah optimum lesen yang
patut dikeluarkan? ketiga, bagaimana lesen-lesen yang dikeluarkan akan diagihkan bagi
setiap negeri dan bagi sub kawasan di dalam negeri?

Apabila soalan-soalan ini dijawab dan kriteria yang telah ditetapkan, adalah perlu
untuk membuat keputusan sama ada akan ada pengurangan segera dalam unit memancing,
atau akan ada tempoh masa di mana jumlah unit yang akan dikurangkan. Walau
bagaimanapun, realiti politik akan memihak kepada pilihan kedua kerana perubahannya tidak
terlalu drastik.

Keberkesanan biologi.

Dalam sistem kemasukan yang terhad, ia hanya akan menyekat kemasukan ke dalam
industri perikanan, tetapi ia tidak akan menghalang mereka yang sedia ada dalam
menggiatkan usaha menangkap ikan dan meningkatkan lagi produktiviti mereka dengan
meningkatkan hasil tangkapan. Oleh itu, walaupun jumlah kapal dan nelayan adalah sedikit
mungkin mereka tiada keinginan untuk mengurangkan jumlah tangkapan kerana secara fakta,
ikan adalah sumber biasa dan tidak ada pemilikan persendirian yang nyata atas bekalan ikan.
Oleh itu, adalah perlu untuk penambahbaikan sistem kemasukan ini disertakan dengan kuota
tangkapan, saiz minimum had tangkapan, atau sekatan lain pada usaha menangkap ikan.
Kekurangan Penyelarasan Oleh Agensi Perikanan dengan Agensi-agensi yang Lain.
Sektor perikanan merupakan sebahagian daripada ekosistem sesebuah negara. Oleh
itu. Ia tertakluk kepada keadaan semasa persekitaran, ekonomi, sosial dan politik di dalam
komuniti masyarakat secara keseluruhannya. Untuk mencapai kejayaan dalam program
pengurusan, tidak boleh melaksanakannya secara berasingan. Walau bagaimanapun ia perlu
mengambil kira kaitan aktiviti lain di dalam dan di luar sektor perikanan.
Di Malaysia, salah satu masalah utama dalam industri perikanan program pengurusan
adalah hubungan yang lemah antara Perikanan institut penyelidikan, Seksyen Statistik dan
Pengurusan seksyen di dalam Jabatan Perikanan sendiri. Adalah penting bagi memastikan
hubungan antara ketiga-tiga bahagian. Bahagian pengurusan perlu lebih kerap dan memberi
untuk maklumat yang terkini berkaitan dengan sumber dan perikanan. Sebaliknya, bahagian
Penyelidikan dan Statistik perlu memberi tumpuan yang lebih dalam Menyediakan
maklumat-maklumat yang diperlukan.
Konsep lebihan kapasiti telah diterima oleh Kerajaan Malaysia pada umumnya.
Tetapi, di peringkat pelaksanaan terdapat kekurangan dari segi komitmen terhadap polisi
tersebut di semua peringkat. Sebahagian daripada kesalahan adalah disebabkan oleh agensi
lain yang tidak memainkan peranan benar sejak dari awal perancangan sampailah kepada
peringkat pelaksanaan. Perlu ada satu badan khusus di peringkat yang cukup tinggi (contoh:
Jabatan Perdana Menteri) untuk mengarah dan menyelaras tindakan yang perlu daripada
pelbagai agensi kerajaan dan kementerian. Tambahan pula, kerajaan negeri perlu mengambil
bahagian dalam program ini, kerana mereka boleh memainkan peranan penting terutamanya
pengagihan semula lebihan nelayan.
APPENDIX

Zon-zon yang telah ditetapkan

Gambar menunjukan kedudukan cat putih pada wheelhouse bot pukat tunda

Anda mungkin juga menyukai