Anda di halaman 1dari 13

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan Teknik dan Vokasional semakin berkembang terutama apabila negara ingin

mencapai status negara maju seperti yang dinyatakan dalam wawasan 2020. Mengikut

Wenrich & Galloway (1998), tujuan pembinaan kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) adalah untuk memenuhi permintaan masyarakat dan industri terhadap pekerja mahir .

Untuk melahirkan pekerja mahir, pihak sekolah mestilah merancang dan menyediakan

pengalaman pengalaman yang sesuai untuk seseorang pelajar memperolehi ilmu, kemahiran

teknikal dan lain- lain kemahiran afektif seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran

bekerja yang diperlukan oleh pihak majikan

Jane Addams (1920) pula menegaskan bahawa sekolah mestilah menyediakan semua

pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dalam masyarakat .

Salah satu komponen pendidikan teknik dan vokasional yang diajar di peringkat sekolah

rendah dan peringkat menengah rendah ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu .

Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertujuan untuk membekalkan

pelajar dengan kemahiran asas supaya membolehkan pelajar bertindak mengendalikan hiduo

secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa

berubah.

Ia merupakan sebahagian usaha pendidikan kea rah perkembangan kemahiran

manipulatif dan penamaan semangat keusahawanan dan daya cipta di kalangan pelajar .
Kemahiran asas ini juga merupakan satu persediaan untuk membolehkan pelajar berfungsi

secara berkesan dan bertanggungjawab dalam urusan peribadinya. Dalam usaha memupuk

minat pelajar dan meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam peperiksaan dan

membuka minda mereka kea rah kepentingan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

terutama di sekolah luar Bandar di perkampungan nelayan iaitu di Sekolah Menengah

Kebangsaan Penarek, pengkaji percaya kaedah pembelajaran kontekstual amat berkesan

untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang lebih baik.

Di Malaysia , Pembelajaran Kontekstual dilaksanakan secara percubaan di Sekolah

Menengah Teknik dan Vokasional pada tahun 1998. Pembelajaran secara kontekstual adalah

cara pembelajarab yang berfokus kepada belajar melalui memahami .Ia mengandungi

proses-proses seperti realting ,experiencing, appliying,cooperating dan transferring.

Kurikulum Matematik , Kimia , fizik dan Kejuruteraan yang menjadi perintis kepada kaedah

pembelajaran kontekstual ini perlu diubah dan disisipkan dengan unsure-unsur kontekstual

dan aplikasi . Adalah diharapkan ,kurikulum ini bukan sahaja menarik minat pelajar ke dalam

bidang teknologi , malah kurikulum ini memperkukuhkan persediaan asa pelajar apabila

mereka menceburi bidang latihan atau pekerjaan kelak.

2. 0 PERNYATAAN MASALAH

Bagi sesetengah pelajar ,mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan mata

pelajaran yang sukar kerana mengandungi pelbagai topik yang berkaitan dengan Teknik dan

Vokasional . Mata pelajaran yang terbahagi kepada empat elektif ini (kurikulum baru 2002)

merangkumi pelbagai topik yang terkandung dalam bahagian Teras dan Elektif . Topik-topik

ini tidak berkait di antara satu sama lain. Ianya merupakan asa kepada matapelajaran
Pendidikan Teknik dan Vokasional yang akan diceburi oleh pelajar pada peringkat menengah

atas sekiranya maereka memilih aliran ini. Semua pelajar tidak kira pelajar lelaki atau

perempuan akan belajar tentang reka bentuk dan teknologi ,elektrik, elektronik, kerja

paip,lukisan teknik,jahitan ,masakan ,tempat kediaman ,pertanian dan perniagaan dan

keusahwanan. Lari dari kehidupan harian mereka di mana samada pelajar perempuan atau

pelajar lelaki akan belajar kehidupan sebagai suri rumah ,bertukang ataupun berkebun apabila

berada di sekolah. Sedangkan di rumah biasanya cenderung di dalam bidang mengikut jantina

masing- masing.

Mengikut Bloom dan Hasting(1973) guru juga merupakan faktor utama dalam

menyumbangkan kualiti pendidikan di sekolah. Guru yang dapat membina persekitaran bilik

darjah yang ceria adalah seorang guru yang dapat mewujudkan budaya belajar yang sebenar.

Pembelajaran yang sempurna ini dapat menjamin masa depan kerana pelajar mudah

mengikuti dan memahami isi pelajaran dan akhirnya dapat membentuk minat yang lebih

positif terhadap pelajaran dan seterusnya sapat meningkatkan kualiti pencapaian yang lebih

baik.

Perubahan Kurikulum dalam matapelajaran ini juga yang bermula pada April 2014 di mana

Peperiksaan Tingkatan Tiga diperkenalkan , mengundang masalah kepada pencapaian pelajar

dalam peperiksaan. Jika ditinjau dari segi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting, ianya

masih belum menampakkan kecemerlangan. Berdasarkan analisis peperiksaan pertengahan

tahun 2014 bagi pelajar tingkatan dua, peratus kelulusan pelajar yang lulus sekurang-

kurangnya gred D amat membimbangkan kerana untuk semua pilihan KHB hanya 53.6

sahaja lulus. Pelajar ini akan masuk ke tingkatan tiga pada tahun 2015. Berdasarkan post
mortem yang dilaksanakan, adalah didapati pelajar amat kurang berkemahiran dan

berpengetahuan untuk menjawab soalan bahagian Reka Bentuk dan Teknologi iaitu bagi topik

elektronik dan lukisan teknik.

Mengikut kajian Adam (1962) dan Tamby Subahan (1986), salah satu faktor yang

mempunyai pertalian dengan pencapaian pelajar adalah aspek minat. Minat merupakan aspek

penting terutamanya dalam p & p di bilik darjah. Mereka meletakkan minat dalam sebahagian

objektif pengajaran dan juga sebahagian daripada matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Hal

ini penting untuk menanamkan minat yang positif di kalangan pelajar dan seterusnya dapat

meningkatkan prestasi akademik mereka.

2.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Bermula Mei 2014, pihak kementerian telah membuat keputusan untuk mengadakan

peperiksaan bertulis PT3 bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu bagi menggantikan

SPPBS yang telah dimansuhkan ekoran daripada bantahan pelbagai pihak. Justeru itu

pentadbiran sekolah telah dibenarkan untuk mengadakan ujian sumatif bagi menguji tahap

kefahaman dan pengetahuan pelajar dalam subjek yang diajar di sekolah. Kebetulan juga saya

baru saja ditukarkan ke Sekolah Menengah Padang Kemunting dan diberi tugas mengajar tiga

kelas tingkatan dua bagi subjek KHB.

Dalam peperiksaan pertengahan tahun yang dijalankan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu, saya mendapati daripada tiga kelas yang diajar, tidak ada seorang pun pelajar

yang mendapat gred A dan B bagi subjek KHB ini. Setelah dianalisis, saya dapati
kebanyakkan pelajar tidak dapat menjawab soalan-soalan bahagian elektronik dan lukisan

teknik. Saya telah mengadakan temubual dengan pelajar dan hasilnya saya dapati sebelum ini

mereka belajar secara teori dan tidak berminat dengan subjek KHB. Seterusnya saya berusaha

untuk menggunakan TMK dalam pengajaran saya dengan menayangkan slaid Microsoft

Power Point, namun pelajar masih tidak dapat menjawab dengan betul apabila diajukan

soalan secara lisan.

Hasil perbincangan dengan rakan guru saya dapat merumuskan bahawa pelajar-pelajar perlu

dibimbing dengan satu kaedah yang boleh menarik minat mereka untuk belajar subjek KHB.

Kaedah Pembelajaran Secara Konstektual di mana pelajar melakukan amali dan membuat

sendiri aktiviti dengan pantauan dan bimbingan guru sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran apatah lagi kehidupam seharian mereka sebenarnya dekat

dengan subjek KHB ini.

3.0 FOKUS KAJIAN

Kurikulum yang bercorak kontekstual dipercayai akan melahirkan ciri-ciri generics

competencies yang bukan sahaja mengukuhkan kekuatan minda dan kemahiran tangan,

malah ia dapat melahirkan kemahiran berkomunikasi , kemahiran manipulasi, kemahiran

disiplin dan social serta membuka minda para pelajar supaya lebih fleksibel dan terbuka .

Negara kita memerlukan individu sedemikian untuk menganggotai sektor guna tenaga dalam

industri berteknologi tinggi apabila negara kita memasuki ambang ekonomi global yang

mempunyai daya saing yang tinggi dan pendidikan Teknik dan vokasional adalah pemangkin

kepada matlamat yang sedemikian .


Pembelajaran Kontekstual merupakan kaeadah pembelajaran yang mengaitkan atau

menghubungkan kandungan subjek dengan :

pengalaman harian individu

masyarakat sekeliling

dunia pekerjaanya

Pembelajaran adalah bersifat konkrit yang melibatkan aspek pratikal bagi aktiviti fizikal dan

mental. Pembelajaran akan menjadi efektif jika maklumat disalurkan dengan pelbagai

konteks seperti budaya ,sosial, fizikal dan psikologikal serta pelbagai jenis pembelajaran

yang berbeza. Kaedah ini sesuai untuk pembelajaran yang merangkumi pelbagai disiplin

seperti mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Secara rumusnya , pembelajaran

kontekstual bolehlah dikata sbagai kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan

dengan pengalaman harian individu , masyarakat dan alam pekerjaan . Kaedah ini

menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on

yang boleh kita tafsirkan seperti carta alir di bawah:

Kerangka Teori Pembelajaran kontekstual

Pengalaman Harian individu

Persekolahan
3.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana kaedah pembelajaran kontekstual dapat

menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan dan tekun sekaligus meningkatkan

prestasi mereka dalam peperiksaan tanpa mencari alas an bahawa topik-topik dalam mata

pelajaran ini sukar untuk difahami dan dipelajari.

3.2 Objektif kajian

Kajian ini secara lebih jelas ingin mencapai objektif berikut :

a. Objektif Umum

Meningkatkan nilai gred purata mata pelajaran KHB

b. Objektif Khusus

i. Menambahkan bilangan pelajar mendapat gred A dan B dalam subjek

KHB

ii. Menggalakkan minat dikalangan pelajar terhadap subjek KHB

3.3 Persoalan kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, persoalan kajian seperti berikut

diformulasikan:
a. Adakah Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan kaedah

Kontekstual dapat memberi kesan ke atas minat pelajar ke atas mata

pelajaran Kemahiran Hidup.

b. Adakan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah

Kontekstual dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup

3.5 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini sangat penting kepada guru-guru KHB dan juga penggubal kurikulum

antaranya:

a. Kajian ini akan membolehkan guru mengenalpasti dan mengkategorikan pelajar

berdasarkan tahap kecerdasan setiap pelajar. Dengan itu guru dapat merancang

satu proses p&p yang lebih berkesan berpandukan kaedah pembelajaran

kontekstual.

b. Hasil kajian ini juga diharapkan akan dapat mengubah paradigma pelajar supaya

lebih berminat, dan berusaha untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam

subjek ini seterusnya melahirkan lebih ramai pelajar yang kenal faham teknologi

dan berminat untuk menceburi bidang ini di peringkat yang lebih tinggi.

3.6 Batasan Kajian/ Kumpulan Sasaran

Kajian ini hanya akan melibatkan seramai 40 orang pelajar dan terbatas kepada Sekolah

Menengah Kebangsaan Padang Kemunting Kuala Terengganu sahaja. Kajian akan

dijalankan secara soal selidik dan ujian. Dengan menggunakan alat kajian ini pengkaji
menghadapi masalah untuk memastikan sejauh manakah sample kajian menjawab soalan

yang dikemukakan secara jujur. Ujian yang dikemukakan adalah berdasarkan ujian pre

test dan post test untuk menilai prestasi pelajar. Kualiti kaedah pembelajaran yang

digunakan juga mungkin tidak dapat mencapai matlamat kerana pengkaji kurang

berpengalaman dalam melaksanakan kaedah pembelajaran kontekstual ini. Kajian ini juga

hanya mengkaji kaedah pembelajaran kontekstual digunakan semasa P&P tanpa

menggunakan perbandingan dengan kaedah lain seperti pembelajaran masteri. Kajian

yang dijalankan ini akan memfokuskan kepada tajuk Elektronik yang merupakan sukatan

yang dipelajari oleh pelajar yang mengikuti aliran Kemahiran Teknikal.

4.0 CADANGAN TINDAKAN

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan

terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih

mendalam masalah tersebut. Tinjauan akan dilakukan dengan cara mengutip data secara

temuramah berkaitan minat pelajar terhadap subjek KHB. Selain itu guru akan mengadakan

ujian ringkas secara bertulis bagi topik elektronik untuk menguji tahap penguasaan pelajar.

Seterusnya penulis akan menggunakan rekabentuk kajian berupa kuasi eksperimen dimana

kumpulan pelajar yang dikaji adalah sedia ada iaitu dalam natural setting. Dua kelas akan

digunakan sebagai sampel kajian iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bertujuan

untuk mencari perbandingan dalam skor markah yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian

pos disamping mengadakan soal selidik untuk menilai minat pelajar terhadap subjek KHB

selepas kaedah konstektual digunakan.


Alat kajian yang digunakan di bahagi kepada dua alat iaitu yang pertama pre-test sebelum di

uji dengan kaedah pembelajaran kontekstual dan post-test setelah pengkaji menggunakan

kaedah pembelajaran secara kontekstual . Ujian-ujian ini berkaitan dengan topic yang akan

diajar oleh pengkaji iaitu Elektronik. Soalan-soalan yang akan diuji mengandungi 30 soalan

berbentuk objektif dan esei mengikut format PT3. Untuk ujian pra dan ujian post , item ujian

yang akan digunakan merupakan item ujian yang akan diubah suai sendiri oleh pengkaji dan

akan disemak oleh guru pembimbing dan pakar di sekolah kajian nanti dan juga tutor bagi

kepercayaan dan keesahannya.

Alat kedua yang akan digunakan adalah borang kaji selidik yang terdiri daripada dua

bahagian iaitu bahagian A untuk mendapatkan profail diri pelajar ( tidak dianalisis) dan

bahagian B yang mengandungi 25 soalan . Pengkaji merasakan kaedah ini adalah merupakan

yang paling sesuai untuk mendapatkan maklumat dan data-data dari responden selain

daripada ujian yang dijalankan kerana melalui kaedah ini maklum balas terhadap aspek yang

dikaji dapat diperolehi secara terus dari responden dan menjimatkan kos dan masa. Soal

selidik ini dibahagikan kepada dua iaitu bahagian A dan bahagian B yang terdiri dari 25

soalan soal selidik yang menggunakan likert kerana dapat mengukur responden dengan lebih

tepat (Mohd Najib Ghaffar-1999).

Soalan soal selidik ini diubah suai oleh pengkaji sendiri bagi mengukur sejauh mana kaedah

pembelajaran secara kontekstual ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek KHB dan

seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek ini.


5.0 JADUAL PERLAKSANAAN UJIAN

2
BULAN DAN TAHUN 2014 0 15
1 1 2 3
BIL PERKARA 5 6 7 8 9 0 11 2 1
1 Taklimat
2 Penulisan kertas cadangan
3 Perbincangan Bersama Tutor
4 Pembinaan ujian pro/pos
5 Pelaksanaan ujian pra
6 Memproses data ujian pra
7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian
8 Perlaksanaan pemerhatian
9 Analisis data ujian pra dan pemerhatian
10 Pelaksanaan ujian pos
11 Refleksi dan penilaian
12 Penulisan laporan kajian
13 Pemurnian laporan
6.0 PENUTUP

Perlaksanaan kaedah ini di sekolah sekolah lain perlu kepada kajian penyesuaian dan

penyelarasan. Faktor kesediaan pelajar dan gabungjalin antara pembelajaran baharu dan

pengegetahuan sedia ada dalam kalangan pelajaramat penting bahkan menjadi nadi utama

kepada keberkesanan kaedah baru ini.

Hasil daripada kajian ini, saya amat mengharpkan dapat memberi panduan kepada pelbagai

pihak yang terbabit agar pihak-pihak ini akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam

menagani kekurangan minat pelajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. Sebagai contoh,

ada pihak yang akan sentiasa mencari ruang untuk menggunakan kaedah ini dalam proses

P d P agar generasi harapan kita tidak leka dan sentiasa berlumba-lumba untuk maju.

Disamping itu juga, saya berharap agar kajian penambahbaikan sentiasa dilakukan terhadap

kaedah ini supaya ianya dapat mengupayakan pelajar menjawab soalan topic komponen

elektronik terutamanya dikalangan pelajar yang berbeza pencapaian dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup.
BIBLIOGRAFI

Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran : Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd..

Asmudi Bin Abdullah (2000). Persepsi Pelajar-pelajar Tingkatan Dua Terhadap Kerja
Amali Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Teras Di Sekolah Menengah Zon
Bandar Pontian, Johor. Projek Ijazah Sarjana Muda. UTM: Tidak Diterbitkan

Azizi Yahaya.et.al (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:


PTS Profesional Publising Sdn Bhd.

Heinrich W Heinrich Dalam Safarin (1993). Monograf Keselamatan Bengkel . Jabatan


Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail Bin Abdullah (1994). Persepsi Dan Minat Pelajar Sekolah Menengah Perempuan
terhadap Kemahiran Hidup Dan Kemahiran Manipulatif Tambahan Satu
Tinjauan . Tesis Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai