Anda di halaman 1dari 9

HBAE1403 1.

0 PENGENALAN

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

Herbert Read dalam teori perkembangan seni kanak-kanak berpendapat Art is creative self expression dan Works of art express and communicative universal values. Ia menjelaskan bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain selain dapat menyuarakan rasa hati. Secara tak langsung nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan akhirnya dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat. . Kanak-kanak secara semula jadi menyukai seni. Kebanyakkan mereka mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Seni adalah salah satu cara kanak-kanak meluahkan rasa dan harapan mereka terhadap orang dewasa. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan oleh kanak-kanak berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi kepada pemikiran mereka. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Pendidikan Seni Visual yang diperkenalkan di sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nila-nila kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual berperanan untuk memperkembangkan sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual apa yang penting adalah memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran matapelajaran ini di kalangan murid sekolah rendah kerana kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan kanak-kanak menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali citarasanya sendiri.
1

HBAE1403

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai t i g a t u g a s utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan t u g a s kemasyarakatan (sivic mission ). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti.Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara.

Matlamat wawasan 2020 juga menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi oleh insan yang bergelar guru.
2

HBAE1403

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

Guru-guru pendidikan seni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Selain itu guru juga perlu tahu dan faham apa itu artistik dan kreativiti kerana seni berkait rapat dengan kedua-duanya.

2.0 PROSES ARTISTIK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH APRESIASI SENI

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: I Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
3

HBAE1403

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

II Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. III Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Pendidikan Seni merupakan mata pelajaran yang merangsang pemikiran pelajar. Melaluinya membolehkan pelajar melihat secara empati dan menganalisi bagaimana manusia menggunakan pemikiran kreatif mereka untuk menyelesaikan masalah. Rasa empati boleh dilahirkan dengan isu alam sekitar. Seorang pelajar yang menghargai ciptaan Tuhan akan melihat isu pembalakan haram sebagai sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berleluasa. Untuk menunjukkan rasa empati, pelajar ini akan menghasilkan sesuah karya yang mempunyai beberapa idea untuk dikaitkan dengan tema yang ingin disampaikan. Perasaan empati terhadap alam sekitar yang semakin diceroboh tanpa mengambil kira faktor keselamatan masyarakat di persekitarannya boleh diterjemahkan ke alam nyata melalui simbol-simbol penjanaan idea. Sebagai contoh untuk menguji kebolehan pelajar dalam menjanakan idea, guru boleh memberi tugasan yang mempu melahirkan pelajar yang berinovatif iaitu mengeluarkan idea yang tidak terjangkakan oleh akal fikiran guru itu sendiri. Jika pelajar diberi satu tema berkaitan angkasawan, pelajar dari kumpulan lemah atau sederhana mungkin akan menterjemahkan tema tersebut melalui objek-objek yang natural seperti figura yang memakai pakaian angkasa, bumi, bintang dan lazimnya yang dilukis oleh pelajar yang kurang kreatif tetapi bagi pelajar yang kreatif dan inovatif mungkin akan
4

HBAE1403

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

menghasilkan satu karya yang supernatural di mana objek-objek yang dipilih melangkaui pemikiran dan kebolehan pelajar yang seusia dengan mereka. Pelajar dari kumpulan ini tadi akan berfikir dan terus berfikir untuk menyelesaikan tugasan tentang angkasawan yang diberi guru. Proses ini sebenarnya membantu perkembangan minda pelajar. Pelajar akan lebih inovatif jika dapat menghasilkan idea yang luarbiasa tanpa diduga oleh guru bahawa pelajar tersebut mampu lakukan. Terbitan idea baru in I menunjukkan proses artistic dan kreativiti telah meula terbina dalam diri kanak-kanak. Idea-idea baru ini akan mendorong pelajar membina semangat jati diri serta menghargai alam ciptaan Tuhan seperti yang dinyatakan Michael (1983); Selain dari memperkembangkan minat dan bakat, pendidikan seni dapat mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif......

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau kepandaian tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as defining, valuing and explaining. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Chapman (1978) pula berpendapat if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character. Kebanyakan guru seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
5

HBAE1403

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

Manakala bagi Macfee (1961), menegaskan bahawa every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni amat diperlukan. Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada Negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

Apresiasi seni juga membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan selain itu. Apresiasi seni visual juga memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai
6

HBAE1403

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

3.0 SOROTAN KAJIAN HASIL KARYA SENI MURID TAHUN

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan dalam memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan dayapemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual di mana setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel danintrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuhkan koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagaikegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolahrendah. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Selain diberi pengalamanmembuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi danmenghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Initermasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
7

HBAE1403

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

kebersihan dankepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bilaberdepan dengan semua keadaan

Dalam tugasan ini, penulis telah memilih sebuah karya yang dihasilkan oleh seorang murid tahun 5. Sebagai guru, penulis telah mengemukan tajuk Warna dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran dan murid dikehendali menghasilkan catan yang bertemakan gabungan warna panas dan warna sejuk. Murid ini, Nurin Amalin Sofiya Binti Mohd Noor dari tahun 5 Cerdas, Sek Keb Kompleks Mengabang Telipot telah menghasilkan sebuah karya catan yang menggunakan bunga sebagai motif dimana semasa ditemuduga, Nurin menyatakan dia amat suka melukis bunga kerana bunga merupakan satu objek yang cantik. Warna merah yang terang merupakan satu warna yang menarik dan ia merupakan warna panas. Manakala warna hijau pula satu warna yang lembut dan ia merupakan warna sejuk. Penggunaan warna biru laut sebagai latar belakang supaya warna bunga lebih terselah. Bagi murid ini apa yang dilontar dalam karyanya itu adalah satu realistic. Bunga berwarna merah dan daun semestinya berwarna hijau. Sebagai guru, penulis menilai keseluruhan karya dengan menyentuh tema warna samada berkaitan atau tidak dengan idea yang dilontarkan oleh murid ini. Teknik yang digunakan oleh murid ini ialah teknik kering atas kering, dimana murid menggunakan pewarna terus daripada tiub tanpa menggunakan air dan diwarnakan terus di atas kertas yang kering. Jelas disini murid tahu menggunakan prinsip rekaan dengan baik dalam menggunakan warna di mana warna merah dan hijau telah digabungkan bersama dengan mementingkan kesepaduan warna secara realistic. Karya ini juga seimbang di mana bunga dilukis di tengahtengah ruang dan hampir memenuhi ruang di atas kertas lukisan ini. Prinsip kontra dari segi warna disini menghasilkan sebuah karya yang baik di mana kelopak bunga yang berwana merah dapat dibezakan dengan daun yang bewarna hijau. Jelas di sini murid ini telah matang

HBAE1403

740613065864001

SMP PPG MEI 2013

dalam menjana idea dan dapat mempersembahkan karya yang menarik. Murid juga tahu tentang apa yang dilukis.

5.0 RUMUSAN

Proses penghasilan sesebuah karya perlu dijelaskan sebaik-baiknya kepada murid dan sebagai guru pendidikan seni visual pengalaman dan pengetahuan sedia ada perlu digunakan secara total disamping sentiasa menambahkah pengetahuan agar guru dapat menjadi suri teladan kepada murid kerana pengalaman guru sendiri penting dalam memberi panduan dan bimbingan kepada murid dan bagi penulis sendiri, murid akan lebih teruja untuk berkarya apabila melihat sendiri hasil karya guru. Walaubagaimana pun kadang kala guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu, namun guru perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah tetap tertakluk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian agar proses pendidikan tidak terkeluar daripada matlamat asal kewujudan pendidikan seni di sekolah. Kecenderungan guru yang relektif membantu murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukat setakat dalam masa Seni Visual sahaja, malah murid dapat mengaplikasi keistimewaan artistik mereka dalam semua mata pelajaran yang dipelajari. Minat murid seharusnya dipupuk. Guru seharusnya sentiasa mempamerkan sikap positif dengan memberi pujian terhadap hasil karya pelajar yang baik. Murid seharusnya sentiasa berpeluang melontarkan idea dan pendapat dengan guru sebagai fasilitatornya.

Anda mungkin juga menyukai