Anda di halaman 1dari 4

4.

0 AGENSI PENGEMBANGAN PERTANIAN

4.1 Agensi Pertanian Di Malaysia

Di Malaysia, terdapat banyak agensi pertanian yang beroperasi bagi memastikan aktiviti
pengembangan dapat di jalankan di negara ini. Agensi tersebut mempunyai peranan yang
tertentu dalam bidang yang telah ditetapkan. Terdapat tiga kumpulan yang berperanan terlibat
dalam agensi pertanian di Malaysia.

Agensi
Institusi
Pengembangan Masyarakat
Penyelidikan
Pertanian

Institusi Penyelidikan Agensi Pengembangan Pertanian Masyarakat


Pusat Penyelidikan Jabatan Pertanian Petani
Pertanian Lembaga Pertubuhan Penternak
Institut Penyelidikan Peladang (LPP) Nelayan
Getah Malaysia (RRIM) Lembaga Lada Malaysia
Pekebun kecil
Pusat Penyelidikan Dan (LLM)
getah
Pembangunan Koko Lembaga Kemajuan Ikan
Pekebun kecil
(LKM) Malaysia (LKIM)
kelapa sawit
Institut Penyelidikan Lembaga Pemasaran
Usahawan kecil
Perikanan Pertanian (FMA)
dan sederhana
Institut Penyelidikan dan Lembaga Kemajuan
Kemajuan Pertanian KEMUBU (KADA)
Malaysia (MARDI) Lembaga Kemajuan
Lembaga Minyak Sawit Pertanian Muda (MADA)
Malaysia (MPOB) Lembaga Perindustrian
Institut Penyelidikan Nanas Malaysia (LPNM)
Perhutanan Malaysia Lembaga Koko Malaysia
(FRIM) (LKM)
Lembaga Perindustrian Lembaga Getah Malaysia

Nanas Malaysia (MPIB) (LGM)


Institut Agro- Jabatan Perkhidmatan dan

23 | P a g e
Bioteknologi Malaysia Perusahaan Ternak
(ABI) Lembaga Minyak Sawit
Jabatan Perkhidmatan Malaysia (MPOB)
Veterinar (DVS)

4.2 Peranan Setiap Agensi

1. Jabatan Pertanian
Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat
dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri
hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang berkualiti dan mencukupi
untuk keperluan negara.
Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi
meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

2. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)


Meningkatkan daya pengeluaran peladang menerusi penyediaan
perkhidmatan, meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian yang pesat
menerusi usaha penyusunan semula pertanian.
Meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan dalam bidang
pertanian,meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti penghidupan peladang
dan mengimbangi pembangunan perusahaan asas tani di kawasan luar bandar.

3. Lembaga Lada Malaysia (LLM)


Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perunding dan perkhidmatan
yang berkaitan termasuk latihan kepada industri lada.
Mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan makumat dan menyelenggara
rekod semua perkara yang relevan berkaitan industri lada.

4. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)


Memperbaiki kedudukan sosioekonomi nelayan dengan memberi tumpuan
kepada peningkatan pendapatan serta mengembang dan memajukan
perusahaan perikanan negara.
Menggalakkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan
mengenai perusahaan-perusahaan perikanan dan pemasaran ikan.

5. Lembaga Pemasaran Pertanian (FMA)


Membangun dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian
berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian.

24 | P a g e
Menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian, memperbaiki sistem
pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil
pertanian Malaysia.

6. Lembaga Kemajuan KEMUBU (KADA)


Melaksanakan peningkatan hasil dan mutu padi melalui penggunaan teknologi
input, dan pengurusan moden.
Menjalankan aktiviti pengembangan dan latihan bagi meningkatkan
pendapatan dan pengeluaran golongan sasar dalam pengeluaran padi.
Melaksanakan transformasi dalam industri padi melalui kesesuaian teknologi
dalam pengawalan dan pengeluaran padi di kawasan KADA.

7. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)


Melahirkan peladang-peladang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam
teknologi dan sistem pengurusan pertanian moden.
Melengkapkan golongan sasar dengan kemahiran mengendali dan
menyelenggarakan jentera-jentera pertanian moden dan canggih.
Melahirkan usahawan tani di dalam rantaian nilai industri padi dan menjana
pertumbuhan sumber ekonomi yang menguntungkan

8. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)


Menguruskan sektor penanaman nanas dan memaksimakan pengeluaran
secara berterusan.
Meningkatkan Program Kawalan Mutu bagi menjamin kualiti hasil yang
berterusan.
Mengekalkan dan mengukuhkan pasaran yang sedia ada dan menerokai
pasaran baru.
Menjadi pusat maklumat dan rujukan kepada industri nanas.

9. Lembaga Koko Malaysia (LKM)


Meningkatkan perkongsian pasaran untuk biji koko dan produk koko Malaysia
dalam pasaran antarabangsa dan domestik.
Menyediakan perkhidmatan teknikal dan nasihat kepada penanam koko dan
industri hiliran.
Meningkatkan produktiviti koko pekebun kecil daripada kurang 0.5
tan/ha/tahun kepada lebih 1.5 tan/ha/tahun dan mewujudkan usahawan
Malaysia yang terlibat dalam industri coklat buatan tangan melalui
pemindahan teknologi, pembangunan produk dan mesin, mengadakan pusat

25 | P a g e
bekalan kovertur coklat, pasaran dan promosi, serta pemberian khidmat
nasihat dan teknikal.

10. Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam
semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan
getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk
getah.
Membantu dalam pembentukan dasar kebangsaan dan memberi keutamaan
kepada pembangunan industri getah Malaysia.

11. Jabatan Perkhidmatan dan Perusahaan Ternak


Memajukan industri ternakan di Malaysia melalui pemberian subsidi dan
pelbagai bantuan kepada penternak.

12. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)


Untuk mengawal selia , mendaftarkan , menyelaras dan menggalakkan segala
kegiatan yang berhubungan dengan penanaman , pembekalan, penjualan,
pembelian, pengalihan, pergerakan, penyimpanan, pengukuran, pengujian,
pemeriksaan, pembrokeran, pengeksportan dan pengimportan keluaran kelapa
sawit , dan pengilangan buah kelapa sawit.
Merancang dan melaksanakan program latihan dan pembangunan sumber
manusia selaras dengan keperluan industri kelapa sawit.
Menjadi pusat sumber dan maklumat bagi industri kelapa sawit termasuk
penerbitan dan penyebaran maklumat mengenai kelapa sawit serta minyak dan
lelemak lain.

13. Masyarakat :Petani ,Penternak, Nelayan, Pekebun kecil, Usahawan kecil dan
sederhana
Masyarakat petani sebagai golongan penerima ilmu pertanian termasuklah
pengurusan tanaman, penggunaan teknologi moden dan peluang pemasaran
dari semasa ke semasa untuk mengembangkan potensi aktivti pertanian
mereka. Selain itu, mereka juga boleh berkongsi ilmu dengan masyarakat lain.

26 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai