Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SMK Kangkar Pulai


Bandar Baru Kangkar Pulai Telefon : 07-5574737
81300 Skudai Faks : 07-5574736
lohor Darul Ta’zim Email : JEA1100@smkkp

Ruj kami : SMKKP. 600-5/1/5 ( )


Tarikh : 10 / 10 / 2022

Kepada,
Pengarah
Koperasi
SMK Kangkar Pulai,
Bandar Baru Kangkar Pulai,Johor bahru,

Melalui dan salinan,


Pengetua,
SMK Kangkar Pulai,
Bandar Baru Kangkar Pulai,Johor bahru,

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2022/23

Perkara di atas adalah dirujuk. Pihak sekolah telah merancang satu program khusus untuk pelajar
Tingkatan 5 tahun 2022 dalam mempertingkatkan kualiti mutu peperiksaan awam yang bakal yang
diduduki oleh calon sekolah ini. Program Perkampungan Ilmu ini memastikan semua calon
didedahkan dengan pelbagai teknik menjawab soalan serta diasah kemahiran akademik serta
meningkatkan motivasi mereka sebelum menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.

2. Sehubungan dengan itu pihak kami dengan rendah hati memohon sumbangan sebanyak
RM 5000.00 dari pihak Koperasi bagi menampung kos program dan melancarkan perjalanan
program tersebut.

3. Sumbangan dan Kerjasama dari pihak Koperasi didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………
SITI ASMAH BINTI PARLAN
SU Kecemerlangan SPM
SMK Kangkar Pulai.

s.k : Pengetua
Fail

Anda mungkin juga menyukai