Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN MAKMAL SEKOLAH

SMK RAJA MUDA MUSA


BESTARI JAYA, SELANGOR

1.

PENDAHULUAN
Persekitaran makmal yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan
persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran. Juga
mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga
sekolah. Keceriaan dan kebersihan makmal adalah penting bagi meningkat
mutu pendidikan kerana mempunyai makmal yang ceria, tenang dan selesa
ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.
Di masa yang sama makmal SMKRMM terpilih untuk pertandingan keceriaan
makmal peringkat negeri. Penyelenggaraan diperlukan bagi mencapai tujuan
tersebut.

2.

RASIONAL
Keadaan makmal yang mengalami banyak kerosakkan kerana telah lama
tidak diselenggara dan dibaikpulih.

3.

OBJEKTIF
3.1 Menceriakan persekitaran makmal.
3.2 Membaiki kerosakan meja dan perabot makmal.
3.3 Membaikpulih sistem paip dan sinki.
3.3 Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi seluruh warga sekolah

4.

KEPERLUAN
4.1 Menggantikan papan meja.
4.2 Mengecat papan dan dinding meja yang telah digantikan.
4.3 Membaiki kebocoran paip dan sinki.
4.4 Membaikpulih perabot makmal

5.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Seperti yang dinyatakan dalam Invois.
Sumber-PCG sekolah

6.

PENUTUP
Kerja penyelenggaraan makmal ini sangat diperlukan supaya persekitaran
yang kondusif dan ceria dapat dihasilkan untuk keperluan semua warga
sekolah . Diharapkan kerja penyelenggaran ini juga dapat membantu dalam
mendapat tempat untuk pertandingan keceriaan makmal peringkat negeri
nanti. Di samping itu diharapkan juga ianya dapat membantu murid untuk
menjalankan amali sains dengan baik.

Disediakan oleh:
.
(MAIMUNAH BT MOHD ZAIN)
KP Panitia Sains
SMKRMM
Disahkan oleh :
..
(PN NORLIZA BT FATAHUR RAJI)
GK Sains Dan Matematik
SMKRMM

Anda mungkin juga menyukai