Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN MENGECAT BANGUNAN DAN

ALAT PERMAINAN LUAR PRASEKOLAH SERTA BAIK PULIH RUNTUHAN


LONGKANG DI TEMPAT BASUH TANGAN MURID.

1.0 PENDAHULUAN

Prasekolah SK Tawar bercadang untuk menaiktaraf keceriaan bangunan yang


terkopak cat dan alat taman permainan. Ini bagi menyediakan suasana pembelajaran
yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk murid-murid. Selain itu, permohonan
ini juga untuk baik pulih kawasan runtuhan yang menyebabkan kawasan koridor
tempat murid membasuh tangan dan membuat amali mengambil wuduk menjadi
merekah dan senget. Menaiktaraf keceriaan ini bagi memastikan perkembangan
mental dan fizikal yang seimbang melalui pembelajaran dan pengajaran di luar bilik
darjah semasa aktiviti luar di taman permainan prasekolah apabila boleh digunakan
kelak.

Ia juga adalah selaras dengan kehendak kurikulum standard prasekolah kebangsaan


yang memerlukan peruntukan masa selama 120 minit seminggu untuk aktiviti luar
meliputi aktiviti fizikal dan main bebas serta 1080 seminggu untuk melakukan aktiviti
pembelajaran di dalam kelas.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menceriakan pandangan luar bangunan prasekolah..

2.2 Menjaga keselamatan murid prasekolah semasa melakukan aktiviti luar di taman
permainan.

2.3 Menyediakan suasana pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif.

2.4 Menyediakan tempat yang selamat dan selesa untuk murid membasuh tangan
dan amali mengambil air sembahyang.

3.0 RASIONAL

3.1 Cat bangunan prasekolah sudah banyak terkopak terutama di bahagian bawah
kerana terdedah hujan dan panas.

3.2 Terdapat bahagian alat permainan luar sudah berkarat,boleh melukakan tangan
murid ketika bermain dan semua lapik getah keselamatan sudah tertanggal.

3.2 Kekurangan sumber dana prasekolah untuk menyediakan sendiri peralatan


untuk mengecat.

3.3 Pihak pengurusan sekolah telah memberikan dana untuk mengecat keseluruhan
bangunan dapur termasuk ruang makan dan tandas murid pada awal tahun
2021.
4.0 ANGGARAN KEPERLUAN MENGECAT DAN HARGA

Bi Item Harga Kuantiti Jumlah


l (RM)
1. Cat tin besar (5 liter) RM 120.00 4 tong RM 480.00
(Hijau Turquiose)
2. Cat undercoat (tong besar) RM 60.00 2 tong RM 120.00
3. Cat besi (cat alat permainan RM 100.00 3 tong RM 300.00
luar)
 Biru
 Perang
 Kuning
4. Berus besar 3 “ RM 5.00 2 berus RM 10.00
5. Berus sederhana 2” RM 4.00 5 berus RM 20.00
6. Berus kecil 1 “ RM 3.00 2 berus RM 6.00
7. Roller 7 “ RM 12.00 2 roll RM 24.00
8. Thinner tin 3L RM 38.00 1 tin RM 38.00
Jumlah Keseluruhan RM 998.00

5.0 PENUTUP

Bangunan luar prasekolah perlu dicat semula memandangkan keadaan bangunan


sekarang yang dicat oleh kontraktor 4 tahun lepas sudah pudar warna dan terkopak.
Manakala, alat permainan luar pula sudah berkarat, dikhuatiri mencederakan tangan
murid apabila boleh digunakan kelak. Bahagian lapik getah keselamatan juga sudah
lama tertanggal. Selain itu, terdapat runtuhan tanah yang besar di kawasan longkang
prasekolah dan sinki basuh tangan murid sehingga kawasan koridor senget, merekah
dan longkang pecah besar. Diharapkan, permohonan mendapat perhatian dan
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Baling.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SITI MUNIRAH BINTI ROSLAN) (ZURIDAH BINTI WAHAB)


GURU PRASEKOLAH GURU BESAR
SK TAWAR SK TAWAR
LAPORAN BERGAMBAR BAHAGIAN LUAR BANGUNAN KELAS PRASEKOLAH
KEADAAN LUAR DINDING TEPI KIRI DAN KANAN BANGUNAN PRASEKOLAH
KEADAAN LUAR DINDING DEPAN BANGUNAN PRASEKOLAH
KEADAAN ALAT PERMAINAN LUAR PRASEKOLAH

CAT ALAT PERMAINAN LUAR SUDAH LUNTUR DAN TERDAPAT BAHAGIAN YANG
SUDAH BERKARAT.
LAPIK GETAH KESELAMATAN SUDAH TERTANGGAL KESELURUHANNYA DI
KAWASAN BUAIAN DAN GELONGSOR.

KARAT BOLEH MENYEBABKAN TANGAN MURID TERLUKA DAN LAPIK YANG


TERTANGGAL MENYEBABKAN MURID TERJATUH AKIBAT TERSEPAK KETIKA
BERMAIN.
KEADAAN RUNTUHAN LONGKANG BERDEKATAN TEMPAT BASUH TANGAN MURID,
TEMPAT GOSOK GIGI DAN TEMPAT AMALI WUDUK.
KAWASAN KORIDOR DI TEMPAT RUNTUHAN MENJADI RETAK DAN SENGET.
DIKHUATIRI RUNTUH KETIKA ADA MURID SEDANG MENGGUNAKAN SINKI.

Anda mungkin juga menyukai