Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAR

KERTAS KERJA

KREATIVITI LEGO
PRASEKOLAH
2021

ANJURAN
PRASEKOLAH SK TAWAR
KERTAS KONSEP

AKTIVITI KREATIVITI LEGO PRASEKOLAH


1. PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua


aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk memasuki alam sekolah rendah. Kanak-kanak secara semulajadi
mempunyai sifat ingin tahu dan sentiasa bermotivasi untuk belajar perkara baru pada
setiap masa. Aktiviti bermain paling digemari kanak-kanak. Melalui bermain, mereka
dapat belajar memahami, mencuba dan menyelesaikan sesuatu cabaran yang diberi.
Aktiviti ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melahirkan
perasaan, mencungkil bakat dan perkembangan daya kreativiti mereka.

2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak.

2.2 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat dan daya
kreativiti masing-masing.

2.3 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina sikap berani,


bertanggungjawab dan berketrampilan.

2.4 Wujud kerjasama antara waris dan guru untuk memperkembangkan potensi
murid.

3. SYARAT DAN PERATURAN AKTIVITI

3.1 Pihak prasekolah menyediakan 2 set lego (transform 2D ke 3D).

3.2 Waris dan murid dipinjamkan alatan lego untuk bermain di rumah selama 2
minggu.

3.2 Waris bertanggungjawab memastikan alatan yang diterima, dipulangkan dalam


keadaan baik dan mencukupi kepada guru atau PPM.

3.3 Murid dikehendaki mereka cipta bentuk ikut kreativiti.

3.4 Pada minggu ke-2, pertandingan antara 2 murid dijalankan di rumah melalui
aplikasi Whatsapp.

3.5 Murid yang berjaya mencipta bentuk yang menarik dan menggunakan setiap
item secara maksimum adalah pemenang.

3.6 Tempoh mereka cipta ialah sejam setengah.

3.7 Guru akan tentukan hari dan masa pertandingan. Guru akan maklumkan sehari
awal.

3.8 Waris dikehendaki mengambil gambar semua alatan yang belum dipasang 15
minit sebelum pertandingan.
3.9 Waris dikehendaki mengambil gambar dan memuat naik dalam tempoh 5 minit
selepas tamat masa pertandingan.

4. ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber daripada peruntukan kokurikulum prasekolah.

Bil Perkara Harga


1. Cenderahati pertandingan RM 90.00
RM 5 x 18 orang

5. PENUTUP

Aktiviti Kreativiti Lego Prasekolah ini dicadangkan akan menjadi program prasekolah
pada masa akan datang kerana mampu meningkatkan kreativiti murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SITI MUNIRAH BINTI ROSLAN) (ZURIDAH BINTI WAHAB)


GURU PRASEKOLAH GURU BESAR
SK TAWAR SK TAWAR

PROJEK RINTIS (19.9.2021 – 2.10.2021)

Anda mungkin juga menyukai