Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROJEK MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

TAJUK AKTIVITI

Menghasilkan Model Bandar Teknologi Hijau dengan menggunakan barang-barang terpakai.

LATAR BELAKANG

Kesan bahaya hasil daripada aktiviti manusia menyebabkan pelbagai masalah pada alam semulajadi.
Isu pencemaran alam dan pemanasan global menjadi topik utama dalam isu sejagat yang tidak boleh
diambil mudah. Maka sesuatu perlu dibuat dengan mempelbagaikan langkah termasuklah dalam
sektor pendidikan. Maka dengan itu, terbitlah janaan idea seperti penghasilan projek Model Bandar
Hijau-STEM bagi memupuk semangat cintakan alam semulajadi sedari kecil.

SEJARAH

Murid memulakan projek ini pada 25 Julai 2022, dengan mengumpulkan bahan-bahan terbuang.
Kemudian perbincangan dengan guru penyelaras dilakukan tentang tujuh sektor dalam model
perbandaran. Selepas itu gerak kerja bermua dengan membina 7 model berdasarkan kehendak
pertandingan.

RINGKASAN
Tarik Mula : 25 JULAI 2022
Masa : 2pm-5pm (setiap petang)
Lokasi : Bilik Seni SK Mahmud.
Penglibatan Murid : 3 orang

TUJUAN AKTIVITI

Menghasilkan model bandar teknologi hijau mengikut ciri-ciri dikehendaki pertandingan STEM.

PENGENDALIAN AKTIVITI

Abdul Warits Al-Amien


-Mengendalikan model Sektor Bangunan,Sektor Tenaga dan Sektor Telekomunikasi dan ICT.
-Mencari bahan-bahan yang sesuai untuk pembinaan model.

Azib Zaqri
- Mengendalikan model Sektor Industri.
-Menulis, menaip dan berbincang dengan guru teks pembentangan.
-Mencari bahan-bahan yang sesuai untuk pembinaan model.

SASSTI DEVAR
-Mengendalikan model Sektor Sisa dan Sisa Air, Sektor Bangunan dan Sektor Pertanian.
-Mencari bahan-bahan yang sesuai untuk pembinaan model.

ZULKIFLI
-Guru penyelaras yang membantu murid dalam setiap sudut.
PENCAPAIAN AKTIVITI

Aktiviti ini dijalankan oleh 3 orang murid dan seorang Guru Penyelaras di Bilik Seni dibantu juga oleh
seorang guru seni yang lain. Murid berasa sangat teruja ketika aktiviti ini dijalankan. Akhirnya model
bandar hijau ini berjaya dihasilkan dengan semangat yang begitu tinggi.

KEMAJUAN AKTIVITI

Murid berjaya menambahkan ilmu pengetahuan tentang teknologi yang dicadangkan dalam 7 sektor
bandar Teknologi Hijau.

CADANGAN

Moga pertandingan seperti ini dapat dijalankan setiap tahun demi memupuk dan menyuntik teknologi
sedari usia kecil.

RUMUSAN

Pertandingan seperti ini amat dihargai kerana ianya menambah ilmu pengetahuan murid sejak masa
bermulanya penghasilan model. Banyak input-input teknologi yang diketahui mereka selepas
perbincangan dengan guru. Respon sebegini amatlah diharapkan untuk membina modal insan yang
gemilang agar alam semulajadi dapat diwariskan pada generasi hadapan.

Disediakan oleh,

-----------------------------------
(ZULKIFLI BIN ZULKORNAIN)

Anda mungkin juga menyukai