Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

STEM YOUNG INNOVATORS FAIR


1.0 PENGENALAN

Peningkatan minat dan kesedaran terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan


Matematik (STEM) adalah penting dalam menghadapi cabaran abad ke-21. STEM
YOUNG INNOVATORS FAIR adalah sebuah aktiviti tajaan Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi Sabah yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum
bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Pejabat
Pendidikan Daerah Tambunan dan Pejabat Pendidikan Daerah Telupid / Tongod.
Pameran ini bertujuan menjadi platform bagi murid-murid sekolah untuk
mempamerkan dan mengetengahkan idea dan penemuan mereka berdasarkan tema
yang ditetapkan.

Pameran ini bertujuan untuk menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam
menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran
yang dapat dikembangkan melalui pameran ini meliputi kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengkaji dan
menganalisis, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran bekerja secara berkumpulan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan dan mengoptimumkan minat serta bakat murid dalam bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

2.2 Memperkukuh dan menyokong pengajaran dan pembelajaran bagi mata


pelajaran STEM dengan pelibatan murid secara aktif dan terbimbing.

2.2 Memperkenalkan inovasi dan teknologi terkini dalam bidang STEM.

2.3 Menginspirasi dan mendorong generasi muda untuk mengejar kerjaya dalam
bidang STEM.

2.4 Meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan STEM dalam


bidang kerjaya bagi menghadapi Era Revolusi Industri 4.0.

3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Penyertaan pameran ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah ( Tahun 4,
5 dan 6 atau gabungan antara Tahun 4, 5 dan 6) dan sekolah menengah rendah
( Tingkatan 1, 2 dan 3 atau gabungan Tingkatan 1, 2 dan 3) yang belajar di
sekolah rendah dan sekolah menengah dan mestilah warganegara Malaysia.

Kertas Konsep STEM Young Innovators Fair Program STEM Fiesta Sabah 2023| SaSTEM23
3.2 Setiap daerah boleh menghantar tiga penyertaan sahaja (semua dari sekolah
rendah atau semua sekolah menengah rendah atau sebahagian sekolah rendah
dan sebahagian sekolah menengah rendah).

3.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru
pembimbing dari sekolah yang sama.

3.4 Hanya guru pembimbing sahaja yang dibenarkan untuk mengurus borang
penyertaan peserta mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

3.5 Borang penyertaan hendaklah dihantar melalui pautan google forms penyertaan
yang tertera pada poster hebahan. Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada
jam 11.59 malam 14 Ogos 2023 (Isnin).

3.6 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang
berkaitan.

3.7 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan lewat atau melanggar syarat-
syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

3.8 Sijil penyertaan bertaraf peringkat negeri disediakan kepada setiap peserta
pameran.

Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan butiran yang diisi pada borang
penyertaan yang dibuat secara dalam talian.

4.0 MAKLUMAT PAMERAN

Peserta perlu membina dan menyediakan projek beserta laporan berdasarkan tema
yang telah ditetapkan oleh penganjur.

4.1 Tema

“Inovasi STEM Pemangkin Kehidupan Berkualiti”

5.0 FORMAT PAMERAN

5.1 Pameran inovasi akan dijalankan secara bersemuka.

5.2 Peserta perlu menerangkan proses penghasilan dan kebolehfungsian projek


secara terperinci. Pelibatan setiap ahli adalah diwajibkan.

5.3 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris semasa
pembentangan.

5.4 Laporan projek hendaklah merangkumi pengenalan, penyataan masalah,


objektif, metodologi, keputusan dan perbincangan, kesimpulan, rancangan
masa hadapan dan rujukan.

Kertas Konsep STEM Young Innovators Fair Program STEM Fiesta Sabah 2023| SaSTEM23
6.0 Tarikh dan Lokasi Pameran

Tarikh: 06 - 07 September 2023 (Rabu & Khamis)


Tempat: Dewan Masyarakat Ranau

7.0 Deskripsi Pameran

7.1 Penjelasan tentang STEM

STEM merupakan singkatan bagi Sains (Science), Teknologi (Technology),


Kejuruteraan (Engineering), dan Matematik (Mathematics). Pameran ini akan
memaparkan peranan bidang STEM dalam memajukan masyarakat dan
mengatasi cabaran global.

7.1 Konsep Pameran

Pameran ini akan melibatkan pelbagai stesen interaktif, demonstrasi,


persembahan, dan paparan multimedia untuk memperlihatkan inovasi terkini
dalam bidang STEM. Pengunjung akan diberi peluang untuk menyertai
eksperimen dan aktiviti praktikal.

7.2 Jenis Pameran


7.2.1 Demonstrasi teknologi inovatif.
7.2.2 Projeksi multimedia dan persembahan.
7.2.3 Stesen interaktif dan eksperimen.
7.2.4 Perbincangan panel dan sesi dengan pakar STEM.

7.3 Sasaran peserta Pempamer


7.3.1 Peserta
a) Sekolah rendah
b) Sekolah menengah

7.3.2 Rancangan Acara oleh pempamer


a) Persembahan inovasi
b) Demonstrasi inovasi dan teknologi oleh peserta pameran.
c) Stesen interaktif dan eksperimen untuk pengunjung.

7.4 Kemudahan dan Peralatan


7.4.1 Ruang Pameran
Menyediakan kawasan pameran yang luas dengan ruang untuk stesen
interaktif, demonstrasi, dan persembahan.

7.5 Peralatan Pameran


1. Meja dan kerusi.
2. Poster
3. Paparan skrin (boleh dibawa peserta sendiri jika perlu)
4. Laptop (boleh dibawa sendiri peserta jika perlu)

Kertas Konsep STEM Young Innovators Fair Program STEM Fiesta Sabah 2023| SaSTEM23

Anda mungkin juga menyukai