Anda di halaman 1dari 8

Malaysia Techlympics

2023
"Kelestarian Ekosistem Teknologi"

Merakyatkan Sains Menginsankan


Teknologi
#Luar Biasa #Global #Inklusif

EZ Cute Robots Sdn Bhd


B-01-02, Block B, Sekitar26, Persiaran Hulu Selangor, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor
Penerangan Pertandingan
INOVASI,KREATIF UNTUK
KESEJAHTERAAN
RAKYAT
Inovasi, Kreativiti untuk Kesejahteraan Rakyat
Cabaran Binaan Dunia Virtual Metaverse Malaysia Madani (Redbrick)

Penerangan Teknologi Metaverse merujuk kepada teknologi yang menghubungkan interaksi antara
satu sama lain di dalam Dunia Metaverse. Peserta akan mereka cipta produk, membina
bilik darjah virtual atau menghasilkan sekolah virtual mereka di dunia metaverse. Di
peringkat sekolah mereka akan dilatih untuk menghasilkan objek-objek berbeza di
platform metaverse. Peserta juga perlu membuat promosi atau pitching untuk mendapat
undian bilik darjah metaverse terbaik untuk berjaya ke peringkat seterusnya. Kemudahan
yang ada di “World Creator Red Brick” boleh digunakan oleh semua peserta secara
percuma.

Objektif 1. Membawa kreativiti peserta ke bilik darjah.


2. Menggabungkan kreativiti peserta dan mencungkil kemahiran peserta.
3. Menyediakan platform untuk peserta mencipta produk berasaskan digital grafik.
4. Mendidik peserta tentang cara memanipulasi dan mencipta objek dalam
persekitaran 3D.
5. Melahirkan bakal “content creator” yang berdaya saing.
6. Memperkenalkan ekosistem industri kreatif digital

Kategori Kanak-kanak, Remaja

Maklumat Lanjut https://bit.ly/BinaanMetaverse


Inovasi, Kreativiti untuk Kesejahteraan Rakyat

Cabaran Cetakan 3D
Penerangan Keunikan cetakan 3D membolehkan reka bentuk yang lebih rumit dan
kompleks dihasilkan dengan lebih mudah dan efisien, memberi ruang kepada
inovasi dan perkembangan dalam pelbagai industri. Dalam memahami
kepentingan cetakan 3D, kita dapat melihat bagaimana teknologi ini
membuka jalan ke arah masa depan yang lebih baik dan membawa impak
yang besar terhadap dunia kita.

Objektif 1. Meningkatkan kemahiran melukis 3D terutamanya secara digital serta


memupuk daya kreativiti peserta dengan menggalakkan mereka untuk
berfikir di luar kotak dan mencipta reka bentuk yang unik dan menarik.
2. Meningkatkan kesedaran peserta tentang teknologi pencetakan 3D dan
memperlihatkan kelebihan serta potensinya dalam pelbagai bidang.
3. Meningkatkan kemahiran teknikal mereka dalam bidang penggunaan
perisian pemodelan 3D dan mesin percetakan 3D.
4. Menyumbang kepada perkembangan teknologi dan inovasi dalam
bidang percetakan 3D, dengan mendorong penyelidikan dan
pembangunan dalam aplikasi baru teknologi.

Kategori Remaja, Belia

Maklumat Lanjut https://bit.ly/Cabaran3D


Inovasi, Kreativiti untuk Kesejahteraan Rakyat

Cabaran Rekabentuk Kreatif dan Inovasi (AR/VR)


Penerangan Peserta sekolah rendah dan menengah akan diuji dengan kemahiran
pengekodan dan kreativiti reka bentuk dalam cabaran AR/VR ini. Peserta
akan mereka bentuk persekitaran berkaitan STEM dan menghasilan
media AR dan VR yang boleh dikongsi. Peserta akan menemui dan
meneroka ciptaan 3D dalam VR boleh menambah nilai kepada
pengalaman pembelajaran dan merupakan faktor motivasi utama, kerana
ia membolehkan peserta menyelami ciptaan mereka.

Objektif 1. Mempromosikan penggunaan AR dan VR sebagai alat paparan.


2. Menyediakan platform untuk peserta mencipta produk berasaskan
VR/AR.
3. Mendidik peserta tentang cara memanipulasi dan mencipta objek
dalam persekitaran 3D.

Kategori Remaja, Belia

Maklumat Lanjut https://bit.ly/Cabaranrekabentuk


Inovasi, Kreativiti untuk Kesejahteraan
Rakyat
Cabaran Bandar Pintar
Penerangan Inovasi dan rekabentuk bandar pintar adalah keperluan utama dalam membangunkan
sebuah bandar yang mengoptimumkan fungsi bandar dan menggalakkan pertumbuhan
ekonomi di samping meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan menggunakan teknologi
pintar dan analisis data. Cabaran Bandar Pintar akan mengumpulkan peserta dari seluruh
Malaysia untuk berinovasi dalam sektor berikut: perumahan, pengangkutan, kesihatan, air,
sistem makanan, pendidikan, jalur lebar, infrastruktur, tenaga, keselamatan awam dan
banyak lagi untuk menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat. Peserta akan mencari
penyelesaian yang dapat membantu bandar berkembang, beroperasi dan memenuhi
permintaan penduduk sepanjang dekad akan datang. Peserta akan membina sebuah
bandar pintar yang menyelesaikan masalah penduduk.

Objektif 1. Mendorong dan memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta.
2. Membina kesedaran mengenai kepentingan rekabentuk produk dalam pembangunan
produk dan kejayaan pasaran
3. Menyediakan platform untuk peserta mempelajari dan mengaplikasikan kemahiran
dalam penghasilan produk yang inovatif dan berkualiti tinggi.
4. Memberi ruang untuk pemikiran kreatif dalam mencipta produk yang lebih baik dan
memberi nilai tambah.

Kategori Kanak-kanak, Remaja

Maklumat Lanjut https://bit.ly/Cabaranbandarpintar


Inovasi, Kreativiti untuk Kesejahteraan
Rakyat

Cabaran Membina Aplikasi Peranti Mudah Alih


Penerangan Cabaran ini akan menguji kebolehan dan kepakaran peserta dan golongan
belia dalam membina aplikasi peranti mudah alih yang berfungsi, sama
ada untuk Android atau iOS. Tema cabaran akan disediakan dan aplikasi
yang dibangunkan haruslah menepati tema yang diberi untuk mendapat
markah yang tertinggi.

Objektif 1. Menyediakan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk


menghasilkan aplikasi mudah alih yang berjaya.
2. Memberi inspirasi kepada peserta untuk menjadi pencipta teknologi
dan bukan pengguna.
3. Menghasilkan aplikasi yang akan membantu menyelesaikan
pernyataan masalah yang menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia.

Kategori Remaja

Maklumat Lanjut https://bit.ly/AplikasiMudahAlih

Anda mungkin juga menyukai