Anda di halaman 1dari 14

LAMPIRAN B

1.0 PENERANGAN AKTIVITI INNOFEST 2014


Terdapat pelbagai ekspo, pameran dan seminar yang berhubung kait dengan
sains, teknologi dan inovasi akan dilaksanakan untuk International Innovation
Festival 2014. Berikut merupakan ekspo-ekspo yang akan dilaksanakan:

1.1 WASTE TO CREATIVITY EXPO


Waste to Creativity Expo merupakan satu pertandingan berbentuk ekspo
dimana para peserta akan membawa hasil inovasi mereka yang telah disiapkan
sebelumnya untuk dipertandingkan pada hari pertandingan dengan menggunakan
barang-barang terbuang/kitar semula. Ekspo ini terbuka kepada pelajar sekolah
rendah sahaja.

1.2 CREATIVE JUNIORS EXPO


Pertandingan ini dilaksanakan untuk pelajar sekolah menengah sahaja.
Ekspo ini terbahagi kepada dua iaitu Responsible Citizen dan Teenagers Invention.
Responsible Citizen menekankan kepentingan terhadap kesedaran global.
Kesedaran global adalah pemahaman berdasarkan pengetahuan berkenaan konsep
yang memberi kesan kepada alam sekitar, budaya, sosial, politik dan hubungan
ekonomi. Perkembangan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi telah
membawa kepada pelbagai masalah kepada alam sekitar, budaya, sosial, politik dan
ekonomi. Sehubungan dengan itu, pertandingan ini dijalankan utuk memupuk
generasi akan datang untuk mengemukakan cara-cara penggunaan sains dan
teknologi dengan betul yang akan mengelakkan masalah kepada alam sekitar,
budaya, sosial, politik dan ekonomi. Teenagers Invention merupakan ekspo yang
memupuk para pelajar sekolah menengah untuk melibatkan diri dalam budaya
berinovasi dimana mereka dikehendaki mencipta hasil inovasi mengikut tema yang
diberikan.

1.3 SKILLS EXPLORATION EXPO


Ekspo ini terbuka kepada para pelajar yang menyambung pelajaran di
peringkat sijil sahaja. Ekspo ini memberi platform kepada pelajar untuk
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam mencipta hasil produk mereka
yang memberi impak kepada masyarakat, alam sekitar, ekonomi atau industri. Setiap
kumpulan harus mencipta hasil produk mereka mengikut salah satu bidang yang
ditetapkan oleh pihak penganjur.
1.4 INNOVATIVE INVENTION EXPO
Innovative Invention Expo terbuka kepada semua mahasiswa yang mengikuti
kursus peringkat diploma sahaja. Ekspo yang akan dilaksanakan ini seharusnya
mempamerkan produk, proses, sistem atau perkhidmatan mengikut tema yang
ditetapkan seperti teknologi hijau, teknologi mendatang, usahawan muda dan
teknologi interaksi manusia. Penghasilan produk menerusi pertandingan ini akan
membuka peluang pasaran yang lebih luas, selepas ianya dinilai oleh juri industri
serta dapat diperkembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi untuk
pembangunan masa depan.

1.5 INTERNATIONAL INNOVATION AND DESIGN EXPO


Ekspo ini melibatkan mahasiswa yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda
di ipt Malaysia dan juga luar negara. Ekspo ini memfokuskan kepada empat kategori
iaitu masyarkat, bisnes, teknologi dan kejuruteraan dimana para peserta dikehendaki
membawa hasil inovasi mereka mengikut salah satu kategori yang ditetapkan.
Pertandingan ini menyediakan peluang kepada para mahasiswa untuk
mempamerkan hasil inovasi mereka di peringkat antarabangsa.

1.6 INTERNATIONAL RESEARCH DAN INNOVATION EXPO


Ekspo ini selaras dengan Tahun Pengkomersialan Produk yang dilancarkan
oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Setiap kumpulan
dikehendaki menghasilkan produk untuk dikomersialkan dan seharusnya mempunyai
nilai kebolehpasaran yang tinggi. Ekspo ini terbuka kepada pelajar pasca siswazah,
PhD serta juga para penyelidik bahagian penyelidikan dan pembangunan
kebangsaan dan juga antarabangsa.

2.0 ANJURAN
ASSOCIATION OF INVENTIVE, INNOVATIVE AND CREATIVE THINKERS UTeM
(ASIIC).

3.0 DENGAN KERJASAMA


Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Kerajaan Negeri Melaka, Agensi-Agensi Inovasi Mosti.
4.0 TARIKH
AKTIVITI KATEGORI TARIKH
SKILLS EXPLORATION EXPO SIJIL KEMAHIRAN 4 MEI 2014
INNOVATIVE INVENTION EXPO DIPLOMA 4 MEI 2014
WASTE TO CREATIVITY EXPO SEKOLAH RENDAH 11 MEI 2014
CREATIVE JUNIORS EXPO SEKOLAH MENEGAH 11 MEI 2014
INTERNATIONAL INNOVATION AND
IJAZAH SARJANA MUDA 18 MEI 2014
DESIGN EXPO
PASCA SISWAZAH,PhD,
INTERNATIONAL RESEARCH AND
PENSYARAH DAN 18 MEI 2014
INNOVATION EXPO
PENYELIDIK

5.0 TERMA DAN SYARAT

5.1 PENYERTAAN
i) Setiap kumpulan semestinya mempunyai seorang PENGIRING kumpulan
KECUALI untuk INTERNATIONAL RESEARCH AND INNOVATION
EXPO.
ii) Berikut merupakan tarikh tutup penyertaan mengikut aktiviti-aktiviti yang
akan dilaksanakan sepanjang INNOFEST 2014 dan sebarang penyertaan
selepas tarikh tutup ini TIDAK AKAN DILAYAN;
AKTIVITI TARIKH TUTUP PENYERTAAN
SKILLS EXPLORATION EXPO 14 APRIL 2014
INNOVATIVE INVENTION EXPO 14 APRIL 2014
WASTE TO CREATIVITY EXPO 14 APRIL 2014
CREATIVE JUNIORS EXPO 14 APRIL 2014
INTERNATIONAL INNOVATION AND
18 APRIL 2014
DESIGN EXPO
INTERNATIONAL RESEARCH AND
18 APRIL 2014
INNOVATION EXPO

iii) Setiap institusi yang berminat layak menyertai LEBIH DARIPADA SATU
kumpulan tanpa sebarang HAD MAKSIMUM.
iv) Jikalau mana-mana kumpulan MENARIK DIRI sebelum tarikh tutup yang
dinyatakan maka, kumpulan tersebut seharusnya MEMBERITAHU pihak
penganjur dengan kadar segera.
v) Jawatankuasa Penganjur memelihara hak menerima atau menolak
penyertaan pertandingan tanpa memberi penjelasan.
vi) Pihak institusi DIKEHENDAKI mengisi borang penyertaan yang
dilampirkan berserta dengan jemputan ini atau boleh didapati di
http://innofest.utem.edu.my atau laman facebook: INNOFEST UTeM 2014.
vii) Borang penyertaan hendaklah dihantar melalui emel kepada
asiic.innofest@outlook.my untuk mengesahkan penyertaan.
viii) Sebarang perubahan nama dan bilangan peserta harus dimaklumkan
selewat-lewatnya 3 MINGGU sebelum hari pertandingan.
ix) Sebarang penukaran tajuk dan kategori projek TIDAK BOLEH dilakukan
selepas tarikh tutup penyertaan.

5.2 YURAN
i) Yuran tidak termasuk penginapan dan pengangkutan.
ii) Yuran penyertaan hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran
pertandingan di kampus. Yuran pendaftaran dalam bentuk tunai/wang
pos/cek/draft bank hendaklah dijelaskan atas nama UNIVERSITI
TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA bernombor akaun 04042010000833 di
Bank Islam.
iii) Pihak institusi HENDAKLAH mengemukakan bukti pembayaran kepada
Jawatankuasa Penganjur sebelum hari pendaftaran. Pihak institusi
DIKEHENDAKI mengisi borang bukti pembayaran yuran yang dilampirkan
berserta dengan jemputan ini atau boleh didapati di
http://innofest.utem.edu.my atau laman facebook: INNOFEST UTeM 2014
dan sertakan salinan bukti pembayaran seperti resit/penyata bank/cek atau
lain-lain dokumen bersama borang bukti pembayaran dan hantar ke
alamat e-mel, asiic.innofest@outlook.my
iv) Kumpulan yang GAGAL menghantar borang bukti pembayaran bersama
bukti pembayaran sebelum hari pertandingan berkemungkinan tidak akan
dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
v) Penganjur TIDAK AKAN MEMULANGKAN duit yuran sekiranya kumpulan
ingin menarik diri selepas pembayaran dijelaskan dan/atau selepas tarikh
tutup penyertaan.
5.3 PERATURAN DAN KOD ETIKA
i) Setiap kumpulan DIKEHENDAKI mengemukakan hasil ciptaan/proposal
mereka seperti kehendak pertandingan masing-masing.
ii) Setiap kumpulan DIKEHENDAKI menghantar ABSTRAK inovasi mereka
kepada para penganjur 3 minggu sebelum tarikh pertandingan ke alamat
e-mel, asiic.innofest@outlook.my
iii) Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Peserta mesti akur pada
keputusan Panel Juri atau Jawatankuasa Penganjur. Pihak penganjur
berhak meminda/menambah/menolak apa-apa peraturan atau syarat bagi
tujuan kelancaran dan kelangsungan pertandingan ini.
iv) Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab untuk mengurus,
mengangkut atau menyimpan barangan peserta. Jawatankuasa Penganjur
tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan
barangan di atas.
v) Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau ganti rugi jika terdapat
sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau
berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan
pertandingan.
vi) Peralatan logistik seperti speaker, bunting, projektor, dan lain-lain yang
berkaitan dengan persembahan produk/projek adalah DI BAWAH
TANGGUNGJAWAB kumpulan masing-masing.
vii) Setiap peserta MESTI mengikut kod etika pakaian institusi masing-masing
atau berpakaian kemas seperti memakai baju kemeja, seluar slack, tali
leher dan kasut berwarna gelap. Setiap pengiring juga MESTI berpakaian
kemas.
viii) Setiap kumpulan juga MESTI menjaga kawasan pertandingan dan
peralatan yang disediakan dengan baik, membuang sampah ditempat
yang disediakan dan mematuhi peraturan am.
ix) Sebarang kerosakan harta benda universiti akan dikenakan DENDA.

5.4 ANUGERAH DAN HADIAH


i) Markah maksimum adalah 100%.
ii) Setiap pasukan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas atau
Perak atau Gangsa atau Saguhati.
iii) Anugerah khas (Special Awards) akan diberikan kepada rekacipta-
rekacipta terbaik keseluruhan yang akan diberikan oleh syarikat industri
antarabangsa seperti Acer, Dell, Bosch, Sony, Honda , Citibank dan lain-
lain untuk setiap kategori semasa Majlis Penyampaian Hadiah dan
Penutupan INNOFEST 2014 (18/5/2014).
iv) Sijil penyertaan akan diberi kepada semua peserta dan guru/supervisor.

6.0 SYARAT PERTANDINGAN

6.1 WASTE TO CREATIVITY EXPO


i) Pertandingan ini dilaksanakan untuk pelajar sekolah rendah. Setiap
kumpulan dikehendaki menghasilkan ciptaan mereka dengan
menggunakan bahan-bahan kitar semula.
ii) Pertandingan ini memupuk budaya pemikiran kreatif dalam penghasilan
produk menggunakan bahan-bahan kitar semula serta memberi kesedaran
terhadap mesra alam. Selain itu, pertandingan ini juga mencungkil bakat
dan semangat berinovasi yang berterusan di kalangan pelajar sekolah
rendah.
iii) Setiap kumpulan harus terdiri daripada 2 ORANG PELAJAR dan seorang
GURU SEBAGAI PENGIRING kumpulan.
iv) Pertandingan ini terbuka kepada maksimum 128 kumpulan sahaja.
Bayaran yuran adalah sebanyak RM 10.
v) Pelajar diberi masa selama 10 MINIT sahaja untuk membentangkan hasil
kajian di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk
menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh juri.
vi) Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan dianugerahkan berdasarkan
peratusan markah yang diperolehi seperti berikut:

EMAS : 80 % 100%
PERAK : 65% 79%
GANGSA : 55 % 64%
SAGUHATI : 54% & KE BAWAH

vii) Setiap pasukan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas,


Perak, Gangsa atau Saguhati.
viii) Anugerah khas (Special Awards) akan diberikan kepada rekacipta-
rekacipta terbaik keseluruhan.
6.2 CREATIVE JUNIORS EXPO
6.2.1 Responsible Citizen:
Ekspo ini selaras dengan kesedaran global. Kesedaran global adalah
pemahaman berdasarkan pengetahuan berkenaan konsep yang memberi
kesan kepada alam sekitar, budaya, sosial, politik dan hubungan ekonomi.
Perkembangan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi telah membawa
kepada pelbagai masalah kepada alam sekitar, budaya, sosial, politik dan
ekonomi. Sehubungan dengan itu, ekspo ini dilaksanakan untuk memberi
penekankan kepada para pelajar terhadap kepentingan kesedaran global
serta memupuk mereka untuk menjadi warganegara global yang
bertanggungjawab dalam mengaplikasikan sains dan teknologi dengan cara
yang betul.

i) Setiap kumpulan dikehendaki mengemukakan 1 (SATU) proposal


penyelesaian berkenaan penggunaan sains dan teknologi dengan cara
yang betul yang mengelakkan masalah kepada alam sekitar, budaya,
sosial, politik dan ekonomi.
ii) Ekspo ini memupuk kepentingan kesedaran global serta mendidik generasi
akan datang untuk menjadi insan yang bertanggungjawab dalam
penyelesaian masalah global.
iii) Mencungkil pemikiran kreatif di kalangan pelajar sekolah menengah dalam
meyelesaikan masalah global akibat daripada perkembangan teknologi.
iv) Setiap kumpulan harus terdiri daripada 2 ORANG PELAJAR dan seorang
GURU SEBAGAI PENGIRING kumpulan. Bilangan penyertaan untuk
pertandingan ini ialah maksimum 64 kumpulan yang terawal.
v) Bayaran yuran adalah sebanyak RM 20. Pelajar diberi masa selama 15
MINIT sahaja untuk membentangkan hasil kajian di dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk menjawab soalan yang diberikan
oleh juri.
vi) Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan dianugerahkan berdasarkan
peratusan markah yang diperolehi seperti berikut:

EMAS : 80 % 100%
PERAK : 65% 79%
GANGSA : 55 % 64%
SAGUHATI : 54% & KE BAWAH
vii) Setiap pasukan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas,
Perak, Gangsa atau Saguhati.
viii) Anugerah khas (Special Awards) akan diberikan kepada rekacipta-
rekacipta terbaik keseluruhan.

6.2.2 Teenagers Invention:


Merupakan ekspo berbentuk merekacipta dimana setiap kumpulan
dikehendaki menghasilkan 1 (SATU) rekacipta mengikut tema yang yang
disenaraikan seperti berikut:

a) Renewable Energy
b) Environmentally Friendly
c) Power Efficiency

i) Setiap kumpulan harus terdiri daripada 3 ORANG PELAJAR dan seorang


GURU SEBAGAI PENGIRING kumpulan. Bilangan penyertaan untuk
pertandingan ini ialah maksimum 64 kumpulan yang terawal.
ii) Bayaran yuran adalah sebanyak RM 30. Pelajar diberi masa selama 15
MINIT sahaja untuk membentangkan hasil kajian di dalam Bahasa Melayu
atau Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk menjawab soalan yang diberikan
oleh juri.
iii) Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan dianugerahkan berdasarkan
peratusan markah yang diperolehi seperti berikut:

EMAS : 80 % 100%
PERAK : 65% 79%
GANGSA : 55 % 64%
SAGUHATI : 54% & KE BAWAH

iv) Setiap pasukan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas,


Perak, Gangsa atau Saguhati.
v) Anugerah khas (Special Awards) akan diberikan kepada rekacipta-
rekacipta terbaik keseluruhan.
6.3 SKILLS EXPLORATION EXPO
i) Terbuka kepada pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat sijil.
Ekspo ini memberi platform kepada pelajar untuk mengaplikasikan
kemahiran yang dipelajari dalam mencipta hasil produk mereka yang
memberi impak kepada masyarakat, alam sekitar, ekonomi atau industri.
Setiap kumpulan harus mencipta hasil produk mereka mengikut salah satu
bidang yang disenaraikan dibawah:

(a) Elektrik
(b) Mekanikal
(c) Sistem Komputer
(d) Pertanian
(e) Landskap
(f) Pembinaan

ii) Setiap kumpulan harus terdiri daripada 3 ORANG PELAJAR dan seorang
PENSYARAH SEBAGAI SUPERVISOR kumpulan.
iii) Bilangan penyertaan untuk pertandingan ini ialah maksimum 128
kumpulan yang terawal. Bayaran yuran adalah sebanyak RM 50.
iv) Pelajar diberi masa selama 20 MINIT sahaja untuk membentangkan hasil
kajian di dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk
menjawab soalan yang diberikan oleh juri.
v) Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan dianugerahkan berdasarkan
peratusan markah yang diperolehi seperti berikut:

EMAS : 85 % 100%
PERAK : 65% 84%
GANGSA : 55 % 64%
SAGUHATI : 54% & KE BAWAH

vi) Setiap pasukan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas atau
Perak atau Gangsa atau Saguhati.
vii) Anugerah khas (Special Awards) akan diberikan kepada rekacipta-
rekacipta terbaik keseluruhan.
6.4 INNOVATIVE INVENTION EXPO
i) Innovative Invention Expo terbuka kepada semua mahasiswa yang
mengikuti kursus peringkat diploma. Setiap kumpulan dikehendaki
mencipta produk, sistem atau perkhidmatan mengikut tema yang
disenaraikan seperti berikut:

Teknologi Hijau
Teknologi Interaksi Manusia
Usahawan Muda
Teknologi Mendatang

ii) Setiap kumpulan harus terdiri daripada MAKSIMUM 3 ORANG PELAJAR


dan seorang PENSYARAH SEBAGAI SUPERVISOR kumpulan.
iii) Bilangan penyertaan untuk pertandingan ini ialah maksimum 128
kumpulan yang terawal. Bayaran yuran adalah sebanyak RM 70.
iv) Pelajar diberi masa selama 20 MINIT sahaja untuk membentangkan hasil
kajian di dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk
menjawab soalan yang diberikan oleh juri.
v) Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan dianugerahkan berdasarkan
peratusan markah yang diperolehi seperti berikut:

EMAS : 85 % 100%
PERAK : 65% 84%
GANGSA : 55 % 64%
SAGUHATI : 54% & KE BAWAH

vi) Setiap pasukan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas atau
Perak atau Gangsa atau Saguhati.
vii) Anugerah khas (Special Awards) akan diberikan kepada rekacipta-
rekacipta terbaik keseluruhan.
6.5 INTERNATIONAL INNOVATION AND DESIGN EXPO
i) Ekspo jenis peringkat antarabangsa ini dilaksanakan kepada para
mahasiswa yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda. Setiap kumpulan
dikehendaki membawa hasil inovasi berbentuk produk atau rekacipta
mengikut kategori yang diberikan seperti berikut:

(a) Society
Disable people
Elderly citizen
Residential
Children
Customer
Others

(b) Business
Digital marketing
Retail marketing
Community marketing
Others

(c) Technology
Biotechnology
Information and communication technology
Nano technology
Food technology
Environmental Technology
Health Technology
Energy/Power technology
Construction Technology
Automobile Technology
Manufacturing Technology
Others
(d) Engineering
Industry Automation
System engineering
Safety engineering
Textile engineering
Instrumentation engineering
Robotics
Others

ii) Setiap kumpulan terdiri daripada 3 ORANG PELAJAR dan seorang


PENSYARAH SEBAGAI SUPERVISOR kumpulan.
iii) Bilangan penyertaan untuk pertandingan ini ialah maksimum 128
kumpulan yang terawal. Bayaran yuran adalah sebanyak RM 100.
iv) Pelajar diberi masa selama 20 MINIT sahaja untuk membentangkan hasil
kajian di dalam Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk menjawab soalan yang
diberikan oleh juri.
v) Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan dianugerahkan berdasarkan
peratusan markah yang diperolehi seperti berikut:

EMAS : 85 % 100%
PERAK : 65% 84%
GANGSA : 55 % 64%
SAGUHATI : 54% & KE BAWAH

vi) Setiap pasukan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas atau
Perak atau Gangsa atau Saguhati.
vii) Anugerah khas (Special Awards) akan diberikan kepada rekacipta-
rekacipta terbaik keseluruhan.
6.6 INTERNATIONAL RESEARCH AND INNOVATION EXPO
i) Ekspo ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pasca siswazah dan
PhD, pensyarah serta penyelidik. Ekspo ini selaras dengan Tahun
Pengkomersialan Produk yang dilancarkan oleh Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Setiap kumpulan dikehendaki
menghasilkan produk untuk dikomersialkan.
ii) Tema bagi ekspo ini ialah Research Towards Commercialization.
iii) Setiap kumpulan terdiri daripada MAKSIMUM 2 ORANG PESERTA.
Bilangan penyertaan untuk pertandingan ini ialah maksimum 64 kumpulan
yang terawal.
iv) Bayaran yuran adalah sebanyak RM 200.
v) Peserta diberi masa selama 20 MINIT sahaja untuk membentangkan hasil
kajian di dalam Bahasa Inggeris dan 10 minit untuk menjawab soalan yang
diberikan oleh juri.
vi) Markah maksimum adalah 100%. Pingat akan dianugerahkan berdasarkan
peratusan markah yang diperolehi seperti berikut:

EMAS : 85 % 100%
PERAK : 65% 84%
GANGSA : 55 % 64%
SAGUHATI : 54% & KE BAWAH

vii) Setiap pasukan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas atau
Perak atau Gangsa atau Saguhati.
viii) Anugerah khas (Special Awards) akan diberikan kepada rekacipta-
rekacipta terbaik keseluruhan.
7.0 PROSES MENYERTAI PERTANDINGAN

Penerimaan jemputan
pertandingan

Memahami kesemua syarat


pertandingan

Mengisi borang penyertaan dan


hantar kepada penganjur

Membuat TIDAK
bayaran Penyertaan ditolak
sebelum hari
pertandingan?

YA

Membuat bayaran dan menghantar


borang bukit pembayaran serta
bukit pembayaran kepada
penganjur

Menerima surat pengesahan


daripada penganjur

Menghadiri pertandingan

Anda mungkin juga menyukai