Anda di halaman 1dari 5

SAINS DAN KEMALANGAN

10) Titanic Kos: US$150Juta Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, di mana Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada 15 April 1912, Titanic, kapal yang paling besar dan mewah pernah dibina pada masa itu. Tragedi Titanic melanggar Iceberg semasa membuat percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini nelibatkan kos $7Juta untuk dibina (US$150Juta sekarang).

9) Tanker Truck vs Brigde Kos: $358Juta Pada Ogos, 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 90 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan load-bearing jambatan tersebut. Kerja-kerja sementara untuk membaiki jambatan ini melibatkan $40Juta dan kos menukarkan jambatan $318Juta.

SAINS DAN KEMALANGAN


8. Metro-Link Crash Kos: $500 Juta Pada September 2008, ianya dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California, 25 orang terbunuh. Ianya berlaku akibat dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS, dan tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.

7) B-2 Bomber Crash Kos: $ 1.4 Billion B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, kemalangan ini disebabkan oleh Flight Computer System di mana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan pesawat membuat nose-up move menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.

SAINS DAN KEMALANGAN


6) Exxon Valdez Kos: $2.5 Billion Pada March 1989, tumpahan lebih 10.8juta gelen minyak di Teluk Prince William di mana untuk ke kawasan tumpahan hanya boleh didekati dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.

5) Piper Alpha Oil Rig Kos: $ 3.4 Billion Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia, pada Julai 1988 kerja-kerja penyelenggaraan teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 tiub valve yang menyalurkan gas cecair, kesilapan terjadi apabila salah seorang juruteknik terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada malamnya operasi akan dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan satu letupan dasyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 orang pekerja mati.

SAINS DAN KEMALANGAN


4) Challenger Explosion Kos: $ 5.5 Billion Pada Januari 1986 NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal faulty O-Ring di mana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas di dalam tangki. Bebanan pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan maha dasyat. Kos untuk menggantikan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan memakan kos hampir 5billion dollars.

3) Prestige Oil Spill Kos: $12 Billion Pada November 2002, Kapal yang dinamakan The Prestige membawa 77,000 tan minyak mentah, kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Kerisauan jika kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari Kapten kapal. The Prestige malah diarahkan keluar dari perairan mereka. Kapten memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal tetapi perkara yang sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan lagi lalu ianya tengelam ditelan laut menyebabkan 20juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke lautan. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung.

SAINS DAN KEMALANGAN


2) Space Shuttle Columbia Kos: $13 Billion Kapal Angkasa Columbia yang musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada Februari 2003, hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Kos membina Kapal Columbia memakan jumlah $2bilion pada 1978 ($6.3bilion jumlah kini). $500 juta dihabiskan untuk tujuan penyiasatan mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi di dunia.

1) Chernobyl (LETUPAN REAKTOR NUKLEAR) Kos: $200 Billion Pada April 1986 terjadi malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl. Ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan dan lebih 1.7juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat kesan seperti kanser disebabkan radiasi beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. kemalangan di Chernobyl ini, meyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

Anda mungkin juga menyukai