Anda di halaman 1dari 3

9 kemajuan saintifik terbesar dalam satu dekad (10 tahun)

1. Higgs Boson

Dikenali sebagai zarah Tuhan (infamously). dihipotesiskan wujud pada sekitar tahun 1960-an.
Ditemui pada tahun 2012 dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 2013. Zarah ini telah hampir
melengkapi Model Piawaian (Standard Model) yang telah menjadi model blok ciptaan (building
block model) alam ini. Sekiranya saintis menjumpai pembawa daya graviti, kita akan
melengkapkan model tersebut dan menemui Theory of Everything.

2. Sintetik Hidupan

Kajian sintetik hidupan bermula dengan objektif untuk mengkaji asal-usul hidupan serta sifat-
sifatnya.

Saintis telah dapat mencipta hidupan buatan (mikroorganism) pada tahun 2010. Dengan kata lain,
saintis telah sel buatan daripada sel hidup yang lain. Bayangkan sekiranya anda mempunyai
tangan anda semula walaupun dah putus.

3. CRISPR

CRISPR ialah teknologi untuk mengubah gen dan DNA yang bertujuan untuk menjadikan kita
kebal daripada sebarang penyakit. Juga menjadikan kita dapat beradaptasi dengan pelbagai
persekitaran. Pada tahun 2018, pengubahan DNA telah dilakukan ke atas pasangan bayi kembar,
dan hal itu menimbulkan kontroversi berkenaan etika.

Penggunaan CRISPR secara meluas di masa depan mungkin akan melahirkan manusia mutan
seperti X-men dan seperti apa yang dijangka oleh Harari dalam Homo Deus (Manusia Dewa).

4. Gelombang kegravitian

Gelombang ini ditemui pada tahun 2016, seterusnya membuktikan bahawa teori kenisbian
(relativity) umum Einstein adalah benar. Ruang-masa merupakan satu fabrik entiti dan jisim jasad
mempengaruhinya. Penemuan ini menerima Hadiah Nobel pada tahun 2017. Salah seorang
penerimanya, Kip Thorne telah menjadi konsultan dalam filem ikonik Christopher Nolan,
Interstellar.

Sekiranya berlaku getaran ruang masa yang kuat di sekeliling kita, tubuh badan kita akan
"distort" dan jadi seperti maggie.

5. Imej lohong hitam

Buat pertama kalinya kita dapat mencerap lohong hitam, seterusnya membuktikan kewujudan
lohong hitam pertama dunia.

6. AlphaZero

AlphaGo telah menjadi puncak (pinnacle) terkini kepintaran (intelligence) A.I. apabila telah
menewaskan Lee Sedol (kedudukan no.2 antarabangsa dalam permainan Go) pada tahun 2016.

Penerusnya, Alpha Zero telah menjadi A.I. terbaik kerana mampu menguasai permainan dan
menjadi pemain catur dan Go terbaik dunia dengan belajar sendiri dalam tempoh yang singkat.
Alpha Zero mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia. A.I. ini belajar sendiri tanpa
disumbat data-data permainan sebelum ini.

7. Komputer kuantum

Google dan IBM telah mencipta komputer kuantum pada tahun 2019 yang mampu melakukan
tugasan yang beribu kali lebih pantas berbanding mana-mana superkomputer di muka Bumi.

Pembangunan komputer kuantum akan mempercepatkan lagi penyelidikan manusia seterusnya


melajukan lagi pembagunan teknologi.

8. Memanipulasi Ingatan
Saintis telah dapat memanipulasi ingatan tikus dengan membuang atau menambah apa-apa
bentuk memori yang tidak pernah dialaminya. Hal ini telah menghangatkan kajian untuk
memanipulasi ingatan manusia, bertujuan untuk membantu mereka yang mengalami trauma dan
PTSD.

9. Proxima Centauri

Lebih 10 tahun yang lalu, kita telah menemui 400+ planet di luar sistem suria. Kini, kita telah
menemui sekitar 4000+ planet. Paling signifikan ialah Proxima Centauri B yang berada di
kedudukan untuk berhabitata dan berada hanya 4.2 tahun cahaya dari Bumi. Penemuan
eksoplanet (planet di luar sistem suria) telah mendapat Hadiah Nobel pada tahun 2019. 

Anda mungkin juga menyukai