Anda di halaman 1dari 23

MODUL AKTIVITI

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN


PERTANDINGAN

PERTANDINGAN
REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau merupakan satu pertandingan
yang diadakan untuk memberi pendedahan dan menggalakan budaya
rekacipta inovasi berfokuskan Teknologi Hijau. Pertandingan ini diharap
mampu membuka minda peserta untuk lebih menghargai alam sekitar
dengan rekaan teknologi berasaskan Teknologi Hijau.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Pertandingan Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau ini diadakan untuk:
i. Meningkatkan kemahiran membuat penyelidikan serta
menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan
produk inovasi Teknologi Hijau.
ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea
inovasi serta pengetahuan dalam bidang Teknologi Hijau untuk
menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menghasilkan
rekaan baru.
iii. Mewujudkan titik fokus bagi pembangunan dan penggalakan
budaya rekacipta dan inovasi Teknologi Hijau dalam usaha
membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.
iv. Mewujudkan jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian
bestari (smart partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan,
badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan
usahawan dan orang persendirian sewaktu membangunkan produk
inovasi Teknologi Hijau.
v. Menjadi usaha ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi
Teknologi Hijau yang dihasilkan oleh peserta.

3.0 TEMA
3.1 Tema pertandingan ialah Innovating Technologies Towards Sustainable
Tomorrow
3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian
bidang Teknologi Hijau dan penghasilan produk inovasi yang mesra
pengguna.

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 1


4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
4.1 Penyertaan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah
(tingkatan 1 hingga 4) sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja.
4.2 Setiap pasukan diwakili oleh maksima 3 peserta dan seorang guru
pembimbing.
4.3 Semua penyertaan hendaklah dibuat atas nama sekolah yang
disahkan oleh Pengetua sekolah berkenaan.
4.4 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri PERLU menghantar SATU penyertaan
bagi mewakili negeri tersebut ke peringkat kebangsaan.
4.5 Segala kos berkaitan penghasilan projek adalah di atas tanggungan
sekolah yang mengambil bahagian.

5.0 SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU


5.1 Projek inovasi Teknologi Hijau yang akan dipertandingkan perlu
mempunyai satu atau lebih sektor Teknologi Hijau seperti berikut:
i. Tenaga (Energy)
ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and Wastewater)
iii. Bangunan (Building)
iv. Pengangkutan (Transportation)
v. Industri (Industry)
vi. Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)
vii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology (ICT))

6.0 KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN


6.1 Pertandingan Rekacipta Inovasi Teknologi Hijau menekankan kepada 2
kategori produk yang dipertandingkan:
i. Invention/Penciptaan Penciptaan proses atau produk inovasi baru
ii. Innovation/Inovatif Penambahbaikan kepada proses atau produk
sedia ada

7.0 KAEDAH PERTANDINGAN


7.1 Jika negeri ingin menganjurkan pertandingan ini di peringkat negeri,
JPN berkaitan diminta menghebahkan pertandingan ini kepada

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 2


sekolah-sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian. Pengelola
peringkat negeri perlu mengikut syarat-syarat dan garis panduan yang
telah ditetapkan bagi pertandingan ini. Satu projek terbaik boleh
dicadangkan untuk mengambil bahagian di peringkat kebangsaan.
7.2 Jika JPN tidak mengadakan pertandingan ini di peringkat negeri, JPN
berkaitan hendaklah mengenalpasti satu pasukan yang akan mewakili
negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan.

8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


8.1 Syaratsyarat bagi menyertai Pertandingan Rekacipta Inovasi Teknologi
Hijau adalah seperti berikut:
i. Projek inovasi rekacipta yang dihasilkan mestilah selari dengan tema
pertandingan.
ii. Idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan idea
plagiat.
iii. Bahasa yang digunakan dalam kertas projek dan sesi
pembentangan ialah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
iv. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan
sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta
pertandingan.
v. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam
penghasilan projek adalah sangat digalakkan.
vi. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima selagi
aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil
kreativiti.
vii. Idea reka bentuk projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersial,
dipamer atau dimajukan kepada mana-mana sektor pembuatan.
viii. Penggunaan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan selagi
sah di sisi Undang-Undang Siber Malaysia.
ix. Penggunaan perisian komputer adalah tanggungjawab peserta
dan sebarang kesan negatif adalah tanggungan pasukan yang
mengambil bahagian.
x. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 3


9.0 PENGECUALIAN / LARANGAN
9.1 Berikut adalah penyertaan yang tidak diterima:
i. Rekacipta, inovasi atau reka bentuk yang telah dibangunkan oleh
pihak lain.
ii. Rekacipta yang sukar untuk diterangkan seperti prinsip sains dan
teori abstrak.

10.0 PANDUAN PESERTA PERTANDINGAN


10.1 Bahan-bahan beracun, letupan, radioaktif yang dianggap boleh
membahayakan orang ramai hendak diawasi dengan rapi dan
dilabelkan dengan terang.
10.2 Setiap pasukan diminta untuk menyediakan papan pameran masing-
masing untuk poster-poster, carta-carta dan lain-lain untuk digunakan
semasa pameran tersebut.
10.3 Untuk makluman spesifikasi papan pameran yang telah ditetapkan
adalah seperti berikut:
i. Bahan : Papan lapis (ketebalan 12 mm)
ii. Warna : Putih
iii. Bilangan kepingan papan lapis : 3 keping (setiap satu bersaiz
2 kaki (lebar) x 4 kaki (tinggi)
x 0.5 inci (tebal)
i v . Saiz keseluruhan : 6 kaki (lebar) x 4 kaki (tinggi)
x 0.5 inci (tebal)

PAPAN PAMERAN

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 4


10.4 Setiap pasukan dilarang menggunakan dinding dewan untuk tujuan
menampal sebarang maklumat projek. Peserta-peserta adalah
bertanggungjawab menyusun dan menanggalkan projek pameran
serta membersihkan ruang pameran masing-masing setelah tamat
pameran.
10.5 Bahan-bahan hakis yang digunakan mesti disimpan dengan betul
supaya tidak berlaku kemungkinan kerosakan perabut dan bahaya
kepada pelawat-pelawat.
10.6 Peserta yang bercadang hendak menggunakan haiwan dalam
pameran ini mesti bertanggungjawab menjaga kebajikannya
sepanjang beberapa hari pameran ini dijalankan.
10.7 Haiwan yang digunakan adalah dihadkan kepada invertebrata atau
haiwan kecil seperti ikan, tikus, hamsters, tikus belanda atau arnab.
Sebaik-baiknya elakkan daripada menjalankan eksperimen yang
menyeksa haiwan dan eksperimen yang menggunakan
mikroorganisma yang boleh mendatangkan keracunan makanan
10.8 Bahan-bahan yang digunakan untuk binaan alat-alat mestilah kuat dan
tahan. Semua bahagian yang bergerak mesti dipasang kukuh.
Bahagian yang digerakkan dengan kuasa elektrik mesti ditutup dengan
pelindung.
10.9 Suis picit dan suis tuas mesti dipasang dengan kukuh di atas bahan
yang dipamerkan. Jangan memasangkannya di atas meja, skrin atau
dinding di dewan pameran.
10.10 Semua projek pameran yang memerlukan penggunaan kuasa elektrik
biasa A.C. mesti direka bagi kira-kira 230 A.C.
10.11 Semua radas elektrik mesti dibina mengikut aturan keselamatan elektrik
TNB.
10.12 Semua radas elektrik mestilah dibekalkan dengan kabel 3 teras
yang sesuai, sekurang-kurangnya 2 meter panjang dan dipasang
dengan satu plug 13A piawai yang berfius (bentuk segiempat).
10.13 Tidak menggunakan suis loceng untuk mengawal radas-radas 230V. Suis
tidak bertebat seperti suis pisau TIDAK dibenarkan.
10.14 Semua sambungan dawai elektrik mesti dipateri dengan betul dan
bertebat.

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 5


10.15 Semua dawai yang digunakan untuk binaan barang pameran mesti
ditebat sesuai dengan voltan yang digunakan.
10.16 Semua pendawaian, suis dan bahagian-bahagian logam yang
membawa arus elektrik mesti bertutup dengan pelindung untuk
mengelakkan pelawat daripada menyentuhnya dan menerima
renjatan elektrik.
10.17 Peserta yang mahu menggunakan elektrik atau air mesti
menunjukkannya dalam Borang Penyertaan yang perlu dihantar 2
minggu sebelum tarikh pertandingan.
10.18 Peserta yang memerlukan bekalan air mesti membawa bekas mengisi
air sendiri. Air pili yang mengalir tidak dibekalkan.
10.19 Peserta yang memerlukan bekalan gas mesti membawa "labo gas
sendiri.

11.0 KOD ETIKA PERTANDINGAN


11.1 Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta
mestilah menjaga integriti.
11.2 Peserta hendaklah mengelakkan kesalahan saintifik atau penipuan,
seperti memalsukan data, cetak rompak atau plagiarism atau
menggunakan karya perekacipta lain.
11.3 Sebuah projek kajian mungkin mengulang sebahagian kajian yang
lebih besar dilakukan oleh para saintis profesional. Peserta hanya boleh
mempamerkan hasil kajian yang diinovasikan sahaja.

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 6


12.0 FORMAT KERTAS PROJEK
Format kertas projek PERLU mengandungi perkara-perkara berikut:
PERKARA PENERANGAN

Sektor Teknologi Hijau Nyatakan Sektor Teknologi Hijau yang terlibat dalam
projek
Nyatakan tajuk projek, nama peserta, guru pembimbing
Tajuk Projek dan sekolah. Tajuk perlu ditulis dengan 'bold' dan
mudah dibaca.

Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan


Abstrak persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil, analisis
dan kesimpulan kajian)

Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan


Pengenalan kajian, takrif istilah, skop dan batasan. Perbandingan
kajian lepas (jika ada).
Metodologi / Proses Reka bentuk dan perincian projek, bahan dan alatan,
Kajian dan prosedur yang dijalankan.

Terangkan proses kerja yang digunakan dalam


Proses pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto
serta lakaran bahan projek atau penyelidikan. Proses
kerja boleh direkod dalam buku data.

Hasil Kajian Analisis kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.

Bahagian paling penting. Keputusan dan perbincangan


perlu dianalisis secara terperinci, membuat
Perbincangan dan perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan
Keputusan dapatan kajian berkaitan daripada jurnal.
Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta
ringkasan perlu spesifik.
Senarai bahan rujukan hendaklah disertakan jika
melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian
Rujukan mengikut format tertentu. (Contoh: tajuk buku, artikel,
jurnal, nama pengarang, tahun terbitan, muka surat
dsb.)

13.0 KERTAS PROJEK DAN MAKLUMAT PAMERAN


13.1 Setiap pasukan diminta menyediakan 2 salinan kertas projek bagi
tujuan penghakiman dan pameran
13.2 Setiap pasukan diminta menyediakan maklumat berikut untuk tujuan
pameran:

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 7


14.0 FORMAT MAKLUMAT PAMERAN
NAMA PROJEK

Gambar / Jadual / Graf

Abstrak Proses
Sinopsis kepada keseluruhan kajian (sila Terangkan proses kerja yang
nyatakan persoalan kajian, hipotesis, digunakan dalam kajian
hasil, analisis dan kesimpulan kajian)
Hasil Kajian
Pengenalan Analisis kajian, tafsiran keputusan dan
Latarbelakang projek, pernyataan hasil dapatan
masalah, signifikan ujian, takrif istilah,
skop dan batasan. Perbandingan Perbincangan dan Keputusan
kajian lepas dengan kajian yang Keputusan dan perbincangan perlu
dilakukan. dianalisis secara terperinci, membuat
perbandingan antara nilai teori dan
Metodologi praktikal, semakan data di jurnal dan
Rekabentuk dan perincian projek, sebagainya. Bincangkan inovasi atau
bahan dan alatan, dan prosedur yang pembaharuan jika ada serta ringkasan
dijalankan pengumpulan data dan perlu spesifik
pemerhatian. Sertakan foto serta
lakaran bahan projek atau Rujukan
penyelidikan. Proses kerja boleh Senarai bahan rujukan hendaklah
direkod dalam buku data disertakan jika melibatkan
dokumentasi yang bukan hasil
Lencana Nama Ahli Kumpulan
Sekolah Nama Sekolah persendirian mengikut format tertentu.
No Tel Sekolah
Alamat Emel (Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal,
nama pengarang, tahun terbitan,
muka surat

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 8


15.0 PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN
15.1 Peserta akan diberi masa selama 7 minit bagi membentangkan hasil
kajian/inovasi projek dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris. Hakim
akan bersoal jawab dengan pasukan setelah selesai 7 minit
pembentangan (3 minit).
15.2 Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai
dan memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti,
kegunaan dan aplikasi, potensi komersial/kebolehpasaran,
persembahan dan demonstrasi.
15.3 Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan peserta
mengenai projek rekacipta Teknologi Hijau yang dipertandingkan
termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi model serta status
rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan, pembangunan dan
penyediaan untuk hasil tersebut.

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 9


16.0 KRITERIA PENILAIAN PERTANDINGAN
BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA PERATUS
Persembahan Pameran Projek Menggunakan pengetahuan 10
(40%) (20%) kejuruteraan, prinsip sains,
matematik dan Teknologi Hijau

Mengaplikasikan pengetahuan
sains, matematik, Teknologi Hijau
yang menjurus kepada
penyelesaian masalah dan
penggunaan teknologi terkini
Keaslian / kreativiti / inovasi yang 05
digunakan
Menggunakan komputer atau 05
teknikal grafik

Penggunaan multimedia / media


cetak, sebagai platform
penyebaran maklumat
Penyampaian Kemahiran penyampaian individu 10
Laporan (20%) / pasukan; kemahiran
berkomunikasi, sebutan yang
lancar / jelas dan penerangan
teratur dan sistematik

Kemahiran saintifik dan kreativiti 03

Melihat kepada objektif yang


disasarkan, pengembangan
potensi dan kemahiran saintifik
dan kemahiran dalam
penyelidikan dan pembangunan
inovasi
Kemahiran interaksi dan 05
menjawab soalan
Berkebolehan berinteraksi dan
kebijaksanaan dalam
menghuraikan jawapan
Personaliti keseluruhan 02
Kesesuaian pakaian, keyakinan
diri dan penampilan yang
beretika
Produk Dokumentasi Abstrak/ringkasan projek 02
(60%) (20%) Sinopsis keseluruhan kajian
melibatkan persoalan kajian,
hipotesis, metodologi, hasil analisis
dan kesimpulan
Pengenalan 03

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 10


Latar belakang projek,
penyataan masalah, signifikan
kajian
Metodologi dan perincian projek 05
Keputusan, hasil dapatan dan 05
perbincangan
Analisis data, tafsiran keputusan
dan hasil dapatan serta
perbincangan analisis.
Kesimpulan dan cadangan kajian 05
Melakukan ringkasan keputusan
dan perbincangan inovasi dan
pembaharuan.
Kesignifikanan Pemikiran saintifik / maklumat
Projek inovasi menepati tema
(15%)
Memenuhi matlamat inovasi dan
tema pertandingan.
Efisien (kecekapan)
Jimat masa, jimat kos, tingkatkan
produktiviti dan mudah
digunakan.
Kesan kepada kualiti alam sekitar
dan masyarakat
Implikasi terhadap alam sekitar,
penggunaan bahan tempatan
kitar semula dan mesra alam
Prototaip Keselamatan 05
(20%) Mudah, mesra pengguna, stabil,
kukuh dan selamat digunakan
Ciptaan Inovasi 10
Potensi komersial / kos 05
Memenuhi kehendak pengguna,
kebolehpasaran, novelti dan
dapat meningkatkan
perkembangan Teknologi Hijau di
Malaysia.
Rujukan Khidmat nasihat pakar 05
(5%)
Buku, jurnal, suratkhabar, internet

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 11


17.0 PANDUAN PENGELOLA
17.1 Persediaan Tempat
i. Dewan untuk mempamerkan bilangan projek inovasi (16 projek
peringkat kebangsaan).
ii. 2 Meja lipat/meja kelas berukuran 50cm x 60cm bagi setiap pasukan
iii. 2 buah kerusi bagi setiap pasukan
iv. Sistem Siaraya
v. Bilik Mesyuarat Hakim
vi. Sumber tenaga elektrik (plug point) disediakan kepada setiap
pasukan.
17.2 Penyediaan Projek
i. Setiap projek mesti disusun mengikut sektor (tenaga,
pengangkutan,..etc)
ii. Setiap pasukan diberi masa selama 1 jam untuk menyediakan
bahan pameran (produk, poster, maklumat projek)
iii. Peserta tidak dibenarkan menukar kedudukan yang telah
ditetapkan dengan peserta lain
iv. Tidak dibenarkan pihak luar membantu penyediaan projek
termasuk guru pembimbing.
17.3 Proses Penghakiman
i. Proses penghakiman akan dijalankan secara lawatan ke setiap
projek sebanyak 2 pusingan.
ii. Peserta diminta bersedia di meja projek masing-masing semasa
proses penghakiman berlangsung
iii. Pengelola hendaklah memastikan hanya peserta sahaja yang
berada di dalam dewan semasa penghakiman berlangsung
iv. Borang-borang penghakiman dan clip file perlu disediakan untuk
keperluan hakim
v. Hakim akan bermesyuarat bagi menentukan keputusan di bilik
mesyuarat yang disediakan
vi. Keputusan pertandingan diserahkan kepada Pengelola
Pertandingan
vii. Setiap pasukan yang bertanding perlu menghantar satu salinan
kertas projek kepada urusetia sebelum pertandingan bermula

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 12


17.4 Pameran Projek
i. Lawatan projek akan dibuka kepada pelawat selepas proses
penghakiman selesai
ii. Peserta atau wakil perlu berada di meja projek masing-masing
iii. Sepanjang pameran, keselamatan projek adalah di bawah
tanggungjawab setiap peserta
iv. Seorang jurucakap boleh dilantik bagi memberi info tentang projek-
projek yang bertanding dari masa ke semasa
17.5 Keselamatan Projek
i. Sepanjang pertandingan, pihak pengelola diminta mengambil kira
aspek keselamatan projek-projek yang bertanding
ii. Pintu masuk Dewan hendaklah dikunci apabila tidak digunakan
iii. Setiap peserta hendaklah memastikan semua projek dikemaskan
dan tidak meninggalkan sebarang bahan atau peralatan projek
sebaik sahaja tamat pertandingan

18.0 PAMERAN
Setiap peserta akan disediakan ruang pameran yang merangkumi dua meja
lipat dan dua kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi rekacipta /
inovasi sepanjang pameran berlangsung. Peserta perlu menyediakan bahan
keperluan untuk mempamerkan dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi
mereka. Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap
booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta
sendiri.

19.0 PENGISYTIHARAN PEMENANG


19.1 Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan
hadiah yang diberi pada hari pertandingan.
19.2 Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengisytiharkan tiada
pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.

20.0 PENAFIAN
20.1 Jawatankuasa Penganjur dan jawatankuasa pertandingan akan
bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 13


model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh pasukan
(jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur dan
jawatankuasa teknikal tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa
kerosakan dan kehilangan barangan di atas.
20.2 Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah
muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau
Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut
bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos
perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan
pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan
20.3 Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di
kebanyakan negara lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan
akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-
undang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta
dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan
berlakunya rampasan hakcipta akibat pendedahan rahsia ini.
Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas
sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana
pasukan dalam penyertaan ini.

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 14


SENARAI KEPERLUAN
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

BIL PERKARA KUANTITI CATATAN

1 Dewan tertutup 1 buah (16 projek)


Meja lipat / meja kelas berukuran
2 2 buah x 1 projek x 16 negeri = 32
50cm x 60cm
3 Kerusi bagi setiap pasukan 2 buah x 1 projek x 16 negeri = 32

4 Sistem Siaraya 1 set

5 Bilik Mesyuarat Hakim 1 buah (10 hingga 15 orang)

6 Clip File 10 buah

7 Borang penghakiman 3 hakim x 16 projek x 2 pusingan

8 Pen penghakiman 10 batang

9 Pembantu Hakim 10 orang

10 Alas Meja 16 keping

11 Streamer Pertandingan 2 keping

12 Plug point 1 unit bagi setiap projek

13 First Aid Kit 1 set

14 Alat Pemadam Api 1

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 15


BORANG PENILAIAN PROJEK
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

KOD KUMPULAN : ................................................................................................................................................................................


TAJUK PROJEK : .................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................
SEKTOR TH : TENAGA / PENGANGKUTAN / BANGUNAN / INDUSTRI /
PERTANIAN DAN PERHUTANAN / PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA / ICT

BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA SKALA PEMARKAHAN CATATAN

Mengaplikasikan pengetahuan
Sains, Matematik, Teknologi Hijau
yang menjurus kepada penyelesaian 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
masalah dan penggunaan Teknologi
Terkini
Keaslian / Kreativiti / Inovasi yang
PAMERAN PROJEK 1 2 3 4 5
digunakan
20%
Menggunakan komputer atau
Teknikal Grafik yang membantu
PERSEMBAHAN pembangunan projek serta terdapat
1 2 3 4 5
40% penggunaan Multimedia atau
Media Cetak sebagai platform
penyebaran maklumat
Kemahiran menyampaikan
maklumat berkaitan projek dengan
jelas, teratur dan sistematik. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
PENYAMPAIAN
kemahiran berkomunikasi, sebutan
LAPORAN PROJEK
yang lancar serta jelas
20%
Kemahiran saintifik dalam
penyelidikan serta pembangunan 1 2 3
inovasi

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 16


Kemahiran berinteraksi dan
kebijaksanaan dalam menghuraikan 1 2 3 4 5
jawapan

Kesesuaian pakaian, keyakinan diri


1 2
dan penampilan beretika
Sinopsis keseluruhan kajian
melibatkan persoalan kajian,
1 2
hipotesis, metodologi, hasil analisis
dan kesimpulan
Latar belakang projek, pernyataan
1 2 3
masalah dan signifikan kajian
DOKUMENTASI
20% Metodologi dan perincian projek 1 2 3 4 5

Analisis data, tafsiran keputusan, hasil


1 2 3 4 5
dapatan dan perbincangan analisis

Kesimpulan projek dan cadangan


1 2 3 4 5
kajian inovasi akan datang
PRODUK
60% Memenuhi matlamat inovasi dan
1 2 3 4 5
tema pertandingan
Menjimatkan masa, kos,
PROJEK meningkatkan produktiviti dan 1 2 3 4 5
SIGNIFIKAN 15% mudah digunakan
Projek menggunakan bahan kitar
semula, mesra alam dan mampu
1 2 3 4 5
memberi implikasi terhadap alam
sekitar
Mudah digunakan, mesra
digunakan, stabil, kukuh dan selamat 1 2 3 4 5
PROTOTAIP digunakan
20%
Nilai keaslian inovasi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 17


Memenuhi kehendak pengguna,
mempunyai potensi komersil dan
mampu meningkatkan 1 2 3 4 5
perkembangan Teknologi Hijau
Negara
Mendapat kerjasama dan rujukan
RUJUKAN
daripada pakar, buku, jurnal, 1 2 3 4 5
5%
suratkhabar, internet

JUMLAH MARKAH /100

Ulasan hakim:
.....................................................................................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan hakim : .................................................... Disahkan oleh,


Nama hakim : ...................................................... .........................................
Tarikh : ...................................................... (

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 18


SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

PETUGAS PERINCIAN TUGAS


1. Menyediakan tempat pertandingan mengikut senarai
semak peralatan oleh pengelola
2. Mengenalpasti hakim dan mendapatkan
biodata/detail hakim
3. Mengiringi hakim ke tempat pertandingan
4. Menyediakan alat tulis dan keperluan hakim
5. menjalankan taklimat kepada hakim, guru
pembimbing, peserta dan pembantu teknikal
6. Membuat pendaftaran peserta
7. Mengumpul Kertas Projek untuk diserahkan kepada
hakim
8. Menjalankan pengundian tempat pameran
9. Memberikan taklimat akhir sebelum pertandingan
Pegawai Teknikal
bermula
10. Menetapkan masa penyediaan tempat pameran
11. Memastikan hanya peserta sahaja yang membuat
persediaan
12. Membantu hakim semasa proses penilaian
13. Mengumpul keputusan pertandingan untuk diserahkan
kepada pihak pengelola
14. Mengedarkan borang soal selidik kepada peserta dan
guru pembimbing
15. Memastikan keselamatan tempat pameran (mengunci
dewan pameran)
16. Memastikan kebersihan dewan setelah selesai
pertandingan
1. Mendapatkan maklumat pertandingan dari Pegawai
Teknikal
2. Menerima borang pemarkahan dan peralatan yang
diperlukan
3. Meneliti kertas projek yang diterima
4. Menjalankan 2 kali penilaian kepada setiap pasukan
i. Penilaian Individu
ii. Penilaian Berpasukan
5. Peserta diberi masa 7 minit untuk membuat
Hakim
persembahan projek
6. Hakim diberi masa 3 minit untuk bersoaljawab dengan
peserta
7. Melengkapkan borang pemarkahan
8. Mengadakan mesyuarat bersama Pegawai Teknikal
untuk menetapkan pemenang mengikut kategori
9. Wakil hakim membuat rumusan pertandingan
10. Mengisi borang soal selidik untuk penambahbaikan
program

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 19


1. Membantu Pegawai Teknikal untuk menyediakan
tempat pertandingan mengikut senarai semak
peralatan oleh pengelola
2. Mengedarkan alat tulis dan keperluan hakim
3. Membantu proses pendaftaran peserta
4. Menyerahkan Kertas Projek kepada hakim
5. Menetapkan ruang pameran untuk setiap peserta
6. Memastikan hanya peserta sahaja yang berada di
tempat pertandingan sepanjang masa persediaan
dan pertandingan
Pembantu Teknikal 7. Memberi bantuan kepada peserta jika diperlukan
8. Membantu hakim jika diperlukan
9. Mengawal pergerakan peserta semasa pertandingan
10. Mengedarkan borang soal selidik kepada peserta dan
guru pembimbing
11. Memastikan keselamatan tempat pameran (mengunci
dewan pameran)
12. Memastikan kebersihan dewan setelah selesai
pertandingan
13. Memastikan peserta bersedia di kawasan projek
masing-masing sepanjang lawatan daripada luar

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 20


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

Innovating Technologies Towards Sustainable Tomorrow

NEGERI:

BUTIRAN SEKOLAH
NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL

GURU PEMBIMBING
SAIZ
NAMA JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL
T-SHIRT

PESERTA
BANGSA SAIZ
BIL NAMA JANTINA MYKAD
M C I L T-SHIRT

BILANGAN VEGETARIAN
GURU MURID

KATEGORI
SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU NAMA PRODUK

KEPERLUAN UNTUK PAMERAN


TENAGA/PENGANGKUTAN/
BANGUNAN/INDUSTRI/
PERTANIAN &
PERHUTANAN/PENGURUSAN
SISA DAN AR SISA/ICT JIKA PROJEK PERNAH MENYERTAI SEBARANG PERTANDINGAN LAIN, SILA NYATAKAN
PENAMBAHBAIKAN YANG TELAH DILAKUKAN

Pengesahan:
Cop Rasmi :
...........................................................
( ) Tarikh

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur


TARIKH TERIMA PENERIMA TANDATANGAN

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 21


BORANG MAKLUM BALAS
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

NAMA PERTANDINGAN :
NEGERI PASUKAN :
NAMA PEGAWAI/GURU :
NO. TELEFON :

KELEMAHAN / ISU :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

_____________________________
NAMA :
NO. TEL :

REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 22

Anda mungkin juga menyukai