Anda di halaman 1dari 33

KERJAYA DALAM

BIDANG TEKNOLOGI
HIJAU
MOHD SYUKRI BIN KAMIS, KB, PA, NFNLP, SPT, PLF
OBJEKTIF
 TAHU CABANG-CABANG PENDIDIKAN DAN KERJAYA
TEKNOLOGI HIJAU
 TAHU PELUANG PENDIDIKAN DAN KERJAYA DALAM
BIDANG TEKNOLOGI HIJAU
 TAHU PERKARA YANG BOLEH DITEROKA DALAM
BIDANG TEKNOLOGI HIJAU
 MERANCANG PENDIDIKAN DAN KERJAYA DALAM
BIDANG TEKNOLOGI HIJAU
 MEREBUT PELUANG MENGEMBANGKAN BIDANG
PENDIDIKAN DAN KERJAYA TEKNOLOGI HIJAU
SOALAN PELAJAR (TAHUN 2016)
 Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.
 Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘Kejuruteraan
Teknologi Hijau’ yang dijangka akan menjadi salah satu kerjyaya ‘hot’
menjelang tahun 2020. Namun, saya tidak menjumpai maklumat yang
pasti bagaimana halatuju yang sebenarnya untuk menceburi bidang
tersebut. Antara soalan yang bermain di fikiran saya sekarang dan
belum terjawab adalah;
 Bidang ini sebenarnya termasuk dalam kursus apa di universiti?
 Universiti apakah yang menawarkan kursus ini?
 Apakah contoh kerjaya yang boleh dilakukan pada masa akan datang?
 Saya berharap agar pihak kaunselor atau sesiapa sahaja dapat
memberikan jawapan bagi soalan-soalan di atas. Malah, jika ada
maklumat tambahan atau menyeluruh bagi bidang kerjaya ini
amatlah saya hargai. Terima kasih.
JAWAPAN UNTUK SOALAN PELAJAR
 Dalam bidang kejuruteraan, ada empat bidang yang
menjadi asas iaitu kimia, awam, elektrik dan mekanikal.
Kesemua bidang ini – adalah asas kepada kejuruteraan lain
seperti automotif, atau nanoteknologi atau sebagainya –
dan dalam bidang-bidang ini juga ada belajar tentang
teknologi hijau.
 Cuma yang paling penting ialah adik menguasai bidang asas
kejuruteraan awam pada peringkat pra-universiti atau
ijazah sarjana muda sebelum mencari bidang dalam
teknologi hijau pada peringkat sarjana nanti. Teknologi ini
semakin penting terutamanya dalam usaha negara untuk
mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil.
SOALAN DEWAN RAKYAT
 Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan apakah bentuk-bentuk kekangan yang
dihadapi oleh pihak Kerajaan dalam membangunkan
teknologi hijau di Malaysia dan apakah pihak
Kerajaan bercadang untuk menggalakkan syarikat
multinasional di Malaysia mengaplikasikan konsep
teknologi hijau kepada bangunan dan urusan
perniagaan.
JAWAPAN DEWAN RAKYAT (1) TAHUN 2012
 Terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang telah ditempuh
sepanjang tempoh 3 tahun penubuhan Kementerian ini.

Antara kekangan-kekangan adalah seperti berikut:

i) permintaan tempatan yang rendah terhadap produk dan


perkhidmatan di kalangan rakyat Malaysia di samping kos yang tinggi;

ii) cabaran dalam mewujudkan kerjasama daripada pelbagai pihak
dalam pengaplikasian teknologi hijau;

 iii) kekurangan kepakaran tempatan dalam bidang teknologi hijau;

 iv) kekurangan aktiviti R&D, pemindahan teknologi dan ilmu


pengetahuan dalam bidang teknologi hijau; dan

 v) tahap kesedaran, kefahaman dan penerimaan tentang teknologi


hijau yang masih rendah
JAWAPAN DEWAN RAKYAT (2)
 Selaras dengan usaha kerajaan dalam menggalakkan dan
mempromosikan teknologi hijau, sektor swasta juga adalah
digesa untuk memainkan peranan dalam memperluaskan
aplikasi teknologi dalam bidang masing-masing seiring
dengan corak perubahan global masa kini.

 Dari segi ekonomi pula, industri teknologi hijau berpotensi


untuk mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor
pembuatan dan perkhidmatan di samping meningkatkan
pertumbuhan industri negara.
JAWAPAN DEWAN RAKYAT (3)
 Program Pelabelan Hijau Malaysia yang menyelaras label-label hijau yang
terdapat di Malaysia.
 Bertujuan menggalakkan perolehan hijau serta memperluas pasaran dan
permintaan terhadap produk dan perkhidmatan hijau.
 Kerana perdagangan antarabangsa pada masa kini semakin cenderung ke arah
pasaran yang bercirikan mesra alam berikutan pengenalan dasar
perolehan/pembelian hijau di kebanyakan negara-negara maju.
 Usahawan tempatan perlu berubah ke arah perniagaan hijau dan
memperkukuhkan jenama produk tempatan untuk menembusi pasaran baru
yang menekankan kepada pemeliharaan sumber asli dan perlindungan alam
sekitar.
 Produk/perkhidmatan mereka yang mendapat status eko/hijau ini adalah lebih
diyakini dan menjadi pilihan pengguna pada masa kini berbanding
produk/perkhidmatan konvensional. Inisiatif ini juga berupaya menggalakkan
syarikat-syarikat kecil dan sederhana supaya lebih aktif dalam menghasilkan
produk/perkhidmatan mesra alam dan tidak ketinggalan berbanding syarikat-
syarikat yang lebih besar dari dalam dan luar negara bagi memasarkan
produk/perkhidmatan mereka.
JAWAPAN DEWAN RAKYAT (4)
 Jalinan kerjasama dengan agensi-agensi seperti:
1. MARA,
2. SME Corp.,
3. SIRIM,
4. Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC),
5. Pusat Khidmat Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKPKS) Melaka dan
 sebagainya turut diwujudkan bagi membimbing dan
membangunkan kapasiti usahawan tempatan untuk
terlibat dalam bidang teknologi hijau.
DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU
 Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau
sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1. Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;
2. ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau
(GHG) yang rendah atau sifar;
3. ia selamat untuk digunakan dan menyediakan
persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan;
4. Menjimatkan tenaga dan sumber asli;
5. dan Menggalakkan sumber-sumber yang boleh
diperbaharui.
Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau
Negara

• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga

• Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan
kepada alam sekitar

• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi
negara melalui penggunaan teknologi; dan

• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Sektor Utama
 Kemajuan yang signifikan dan
peningkatan utama dalam empat sektor
utama yang berikut:
i) Sektor Tenaga

• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau
dalam;
 penjanaan tenaga dan
 pengurusan bekalan tenaga,
 termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor
industri dan komersial; dan
 • Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau
dalam semua sektor penggunaan tenaga dan
 dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan:
 Menerima pakai Teknologi Hijau dalam;
 pembinaan,
 pengurusan,
 pemuliharaan dan
 pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
 Menerima pakai Teknologi Hijau dalam;
 pengurusan dan penggunaan sumber air,
 rawatan kumbahan,
 sisa pepejal dan
 kawasan pelupusan sampah
iv) Sektor Pengangkutan
 Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam
prasarana pengangkutan dan kenderaan,
 khususnya biobahan api dan
 pengangkutan jalan awam.
MATLAMAT
i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
1. Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program
sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi
Hijau;
2. Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi
produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui
piawaian, perkadaran, pelabelan;
3. Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan
Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs)
yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi
Hijau; dan
4. Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi
mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi
mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi
mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka Sederhana
(Rancangan Malaysia ke-11)
1. Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan
perkhidmatan;
2. Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding
dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau
dalam pasaran serantau;
3. Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
4. Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh
universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui
kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
5. Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran
global; dan
6. Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan
Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
1. Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
2. Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber
secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi
negara;
3. Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
4. Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
5. Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global;
dan
6. Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti
tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Risiko nanoteknologi

boleh diluaskan kepada 3 bahagian:

1. risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang


berpunca daripada zarah dan jirim nano
2. risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau
penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
3. risiko yang datangnya daripada masyarakat
sendiri.
TERAS STRATEGIK

1. Mengukuhkan kerangka institusi


2. Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau
yang Kondusif
3. Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi
Hijau
4. Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
5. Promosi dan Kesedaran Awam
i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi
Penyusunan institusi yang kukuh untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:
1. Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian,
agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi
Hijau yang efektif;
2. Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana
Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
3. Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan
usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;
4. Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat
pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
5. Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan
tanggungjawab masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan
Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan
global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai
melalui:
1. Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-
langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau
selaras dengan objektif dan matlamatnya;
2. Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan
rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;
3. Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu
perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan
industri tempatan;
4. Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan
daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan
5. Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam
Teknologi Hijau
 Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif dicapai melalui;

1. Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan
kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;
2. Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi
Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;
3. Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber
manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;
4. Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam
bidang Teknologi Hijau; dan
5. Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam
sektor Teknologi Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting
dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan
kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Ianya melalui:

1. Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;
2. Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
3. Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat
kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan
Teknologi Hijau;
4. Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,
5. Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan
serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.
v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam
 Promosi yang efektif dan kesedaran awam penting kerana perkara tersebut
memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan
termasuklah:

1. Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui


program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi
Hijau;
2. Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang
efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;
3. Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap
peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
4. Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
5. Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang
berhubung dengan kerajaan.
KERJASAMA PINTAR

1. Pekerjaan Hijau (Green Jobs)


2. Integrasi Topik-Topik Hijau Dalam Sukatan dan Kurikulum di Semua
Peringkat Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi
3. ICT Hijau (Green ICT)
4. Kerjasama Malaysia dan Republik Korea Selatan di dalam Bidang
Teknologi Hijau
a) Pekerjaan Hijau (Green Jobs)
Kementerian telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),
Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk membangunkan:
1. Occupational Analysis (OA) dan National Competency Standard (NCS) dalam bidang
Teknologi Hijau. Dokumen-dokumen OA dan NCS tersebut telahpun diluluskan oleh
KSM pada tahun 2010.
2. Occupational Analysis (OA) merupakan proses sistematik untuk mengumpul maklumat
mengenai tugas-tugas yang penting dalam sesuatu pekerjaan.
3. Bagi NCS pula, tujuan NCS dibangunkan adalah untuk menyenaraikan kompentensi
generik sesuatu pekerjaan yang perlu dicapai untuk dijadikan pekerjaan hijau.
4. Sektor Teknologi Hijau juga atas inisiatifnya sendiri telah berhubung dengan pihak
International Labour Organization (ILO) untuk mendapatkan bantuan dalam
menyediakan “roadmap” untuk green jobs di Malaysia.
5. Tujuan penyediaan “roadmap” ini adalah untuk memberi hala tuju kepada pihak
industri dalam pelbagai sektor yang berkaitan Teknologi Hijau mengenai kepentingan
green job dalam menjamin masa depan kita.
b) Integrasi Topik-Topik Hijau Dalam
Sukatan dan Kurikulum di Semua Peringkat
Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

 Kementerian telah menjalankan analisis sukatan


dan kurikulum berkaitan dengan Teknologi Hijau di
peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah
menengah. Hasil daripada analisis tersebut
mendapati integrasi topik-topik hijau adalah tidak
menyeluruh dan perlu dikemaskinikan mengikut
peringkat dan tahap pemahaman.
c) ICT Hijau (Green ICT)

 Kementerian mendapati bahawa bidang ICT turut


memainkan peranan penting di dalam pengurangan
pelepasan GHG (Green House Gas). Sehubungan
dengan itu, Kementerian melalui Sektor Teknologi
Hijau telah bekerjasama dengan Bahagian Dasar dan
Perancangan ICT, MAMPU dalam mengumpul input
mengenai aplikasi Teknologi Hijau di dalam ICT.
d) Kerjasama Malaysia dan Republik Korea
Selatan di dalam Bidang Teknologi Hijau
 Pada 11-14 Oktober 2009, Y.B. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengadakan satu lawatan kerja ke
Republik Korea untuk bertemu T.Y.T. Kim Young Hak, Timbalan Menteri di Ministry of Knowledge Economy
Republik Korea.
 Kerjasama Pintar Seterusnya, pada 25-29 September 2010, satu lawatan kerja berkaitan Teknologi Hijau ke
Republik Korea telah diadakan.
 Pada 22-23 November 2010, satu Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknologi Hijau telah diadakan dan diketuai oleh
Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Perancangan Dasar, KeTTHA. di Hotel Le Meridian, Kota
Kinabalu, Sabah. Kerjasama ini memberi faedah kepada Malaysia seperti perkara-perkara berikut:
 1. perkongsian maklumat mengenai rangka dasar dan regulatori dalam bidang teknologi hijau;
 2. pembangunan sumber manusia, termasuk latihan, seminar, bengkel dan sebagainya;
 3. projek kerjasama, termasuk dalam bidang R&D;
 4. perjumpaan di antara entiti perniagaan Malaysia-Republik Korea dalam bidang Teknologi
Hijau; dan
 5. mempromosi perdagangan dan pelaburan dalam bidang tersebut di antara Malaysia - Republik
Korea.
RUMUSAN
ANTARA KERJAYA YANG DAPAT DISENARAIKAN ADALAH
DALAM BIDANG:
 UNDANG – UNDANG  PENYIARAN  AKTIVIS
 PELUPUSAN SAMPAH / SISA  LATIHAN  PERLADANGAN
 KEJURUTERAAN  KOMUNIKASI  PENTERNAKAN
 ICT  EKONOMI  PENERBITAN
 PENGANGKUTAN  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN  PENULISAN
 KEUSAHAWANAN  PERANCANGAN  KAWALAN PENCEMARAN
 MEDIA  PENYELIDIKAN  PERIKANAN
 PENDIDIKAN  PENGAIRAN DAN SALIRAN  GEOGRAFI
 PEMBUATAN  REKABENTUK INDUSTRI  TENAGA DIPERBAHARUI
 PERTANIAN  ALAM SEKITAR  PERNIAGAAN
 PEGAWAI PERUNDINGAN  PENTERJEMAH  PERINYU BANGUNAN
 ARKITEK / SENIBINA
KESIMPULAN
 KREATIVITI
DAN INOVASI KITA ADALAH
PENTING DALAM MENGHASILKAN PELBAGAI
PENDIDIKAN DAN KERJAYA BARU
KHUSUSNYA LAGI YANG BERKAITAN
DENGAN TEKNOLOGI HIJAU
 SELAMATBELAJAR DAN BEKERJA DALAM
USAHA MENCAPAI KEJAYAAN DAN
KEBAHAGIAAN HIDUP DI DUNIA DAN DI
AKHIRAT

Anda mungkin juga menyukai