Anda di halaman 1dari 15

MODUL: Ekosistem

Sesi Intervensi
Panduan Mengajar

Pengenalan

Sesi intervensi satu jam ini bertujuan untuk membantu para murid berlatih menjawab item
pentaksiran TIMSS yang mentaksir idea utama yang membentuk komponen Ekosistem adalah
satu daripada rangka kerja cara TIMSS. Intervensi ini juga membolehkan murid berlatih
menerangkan konsep utama dan mengaplikasikan pemahaman mereka.

Idea utama disenaraikan di bawah. Pertama sekali, beri waktu kepada para murid untuk
menjawab soalan 1-11, kemudian membincangkan jawapan.

Bentuk soalan 12 bertujuan untuk menguji pemahaman murid terhadap semua konsep
utama.

Sila ambil perhatian: Adalah sangat penting untuk anda mengambil waktu untuk menerangkan
jawapan kepada item pentaksiran ketika anda membincangkannya bersama murid.

Idea utama
Tumbuh-tumbuhan ialah pengeluar. Tenaga daripada matahari diperangkap oleh tumbuh-
tumbuhan dan digunakan untuk mensintesis gula daripada karbon dioksida dan air melalui
proses fotosintesis. Proses ini juga menghasilkan oksigen.
Haiwan ialah pengguna kerana haiwan memakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan lain.
Pengurai memecahkan tumbuhan-tumbuhan dan haiwan yang telah mati dan mereput.
Rantai makanan bermula dengan tumbuhan (pengeluar), kemudian haiwan herbivor
(pengguna) yang memakan tumbuhan, dan diikuti dengan haiwan karnivor (pengguna)
yang memakan haiwan herbivor. Anak panah diarahkan daripada tumbuhan ke herbivor,
dari tumbuhan ke karnivor, dan seterusnya untuk menunjukkan arah pengaliran tenaga.
Tenaga dalam bentuk makanan dipindahkan di sepanjang rantai makanan atau rantai
makanan dari jaringan makanan oleh pengguna yang memakan tumbuh-tumbuhan.
Gula dalam makanan digunakan untuk membebaskan tenaga dalam proses respirasi yang
memerlukan oksigen. Oksigen dihasilkan oleh tumbuhan semasa proses fotosintesis.
Respirasi menghasilkan karbon dioksida, tenaga dan air. Tumbuh-tumbuhan menggunakan
karbon dioksida semasa proses fotosintesis. Oleh itu, oksigen dan karbon dioksida dikitar
melalui proses fotosintesis dan respirasi.
Perlu diketahui bahawa tumbuh-tumbuhan bernafas juga berfotosintesis.
Tenaga yang dihasilkan daripada respirasi digunakan untuk menjalani semua proses
kehidupan.
Hanya tenaga yang digunakan dalam pembinaan sel dan yang disimpan akan dipindahkan
apabila sesuatu organisma dimakan.

1
Jika bilangan pengeluar berkurang, bilangan haiwan (pengguna) yang memakan pengeluar,
dan haiwan lain yang memakan haiwan tersebut juga akan berkurang.
Jika bilangan pengguna pada kedudukan paling atas rantai makanan mengurang,
bilangan haiwan yang dimakan oleh pengguna ini akan bertambah. Tetapi ini juga akan
menyebabkan bilangan haiwan yang dimakan oleh haiwan ini berkurang.
Jika bilangan pengguna di tengah rantai makanan berkurang, bilangan haiwan yang
memakan pengguna ini juga akan berkurang. Sebaliknya, bilangan haiwan atau tumbuhan
yang dimakan oleh pengguna yang berkurang itu akan bertambah.
Bilangan pengeluar menurun secara mendadak disebabkan oleh penyakit, bencana alam
atau aktiviti manusia (memburu, menangkap ikan, pencemaran).
Kemasukan organisma baru ke dalam ekosistem boleh membawa kepada berkurangnya
bilangan pengguna lain akibat persaingan untuk mendapatkan makanan atau akibat
organisma baharu tersebut memakan organisma lain. Kesannya bergantung kepada
kedudukan organisma-organisma tersebut dalam rantai makanan.

2
Jawapan pentaksiran

1. Yang manakah antara berikut adalah benar tentang organisma pengguna?

A Organisma pengguna menggunakan tenaga daripada matahari untuk


membuat makanan.

B Organisma pengguna tenaga daripada haiwan perumah.

C Organisma pengguna mendapat tenaga dengan memakan benda hidup.



D Organisma pengguna mendapat tenaga dengan menguraikan tumbuhan dan
haiwan yang mati.
(1 markah untuk jawapan yang betul)

2. Yang manakah antara berikut adalah benar tentang organisma pengeluar?

A Organisma pengeluar menggunakan tenaga daripada matahari untuk


membuat makanan.

B Organisma pengeluar tenaga daripada haiwan perumah.

C Organisma pengeluar mendapat tenaga dengan memakan benda hidup.

D Organisma pengeluar mendapat tenaga dengan menguraikan tumbuhan dan


haiwan yang mati.
(1 markah untuk jawapan yang betul)

3. Yang manakah antara berikut adalah benar tentang organisma pengurai?

A Organisma pengurai menggunakan tenaga daripada matahari untuk


membuat makanan.

B Organisma pengurai tenaga daripada haiwan perumah.

C Organisma pengurai mendapat tenaga dengan memakan benda hidup.

D Organisma pengurai mendapat tenaga dengan menguraikan tumbuhan dan


haiwan yang mati.
(1 markah untuk jawapan yang betul)

3
4. Satu siratan makanan yang tidak lengkap telah dilukis untuk anda.
Lengkapkannya dengan mengisi setiap bulatan kosong dengan
angka yang mewakili senarai haiwan dan tumbuhan di bawah.
Perlu diingat bahawa anak panah menunjukkan arah aliran tenaga
daripada pembekal tenaga kepada pengguna.
1 Ulat bulu

2 Jagung

3 Helang

2 Tikus 4 Ular

4 3
Cahaya
Matahari

Punai
Pokok
Oak 1

(1 markah untuk setiap label yang betul)

4
5. Isikan setiap bulatan dalam siratan makanan berikut dengan angka
yang mewakili tumbuhan atau haiwan daripada senarai di bawah.
Perlu diingat bahawa anak panah menunjukkan arah aliran tenaga
daripada pembekal tenaga kepada pengguna tenaga.

Musang
1 1 Burung hantu

2 Bunga mawar

3 Rumput

4 4 Arnab
3 Skunk

2
Cahaya
Lebah
Matahari

(1 markah bagi setiap label yang betul)

5
6. Hutan yang mempunyai pokok, burung, monyet, pokok menjalar, katak dan cahaya matahari.
Terangkan sebab setiap komponen berikut penting untuk mengekalkan ekosistem dalam
hutan.

A Pokok
Pokok menghasilkan oksigen dan/atau menggunakan karbon dioksida.

Contoh:
Pokok menghasilkan oksigen.
Pokok adalah penting kerana ekosistem memerlukan oksigen yang dihasilkan oleh pokok.
Pokok membantu hutan dengan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen.
Pokok mengitar semula karbon dioksida yang dikeluarkan oleh haiwan.

Jawapan lain: Pokok menghasilkan makanan atau tenaga.

Contoh:
Makanan/tenaga untuk haiwan
Haiwan makan daun atau buah dari pokok.
Pokok membekalkan tenaga kepada ekosistem.
Jawapan lain: Pokok menyediakan tempat berteduh atau perlindungan atau tempat tinggal
kepada haiwan.
(1 markah untuk 1 jawapan yang betul)

B Matahari

Matahari diperlukan untuk fotosintesis (oleh tumbuhan).

Contoh:
Matahari memberikan sumber cahaya kepada tumbuhan untuk boleh membesar menggunakan
fotosintesis.
Matahari memberikan tenaga kepada klorofil dalam tumbuhan untuk melakukan fotosintesis.
Matahari diperlukan oleh klorofil dalam tumbuhan untuk menghasilkan makanan.
Matahari memberikan tenaga.

Jawapan lain: Matahari memanaskan hutan.

(1 markah untuk 1 jawapan yang betul)

6
7. Sebuah akuarium mempunyai cahaya dan dua ekor ikan, siput babi, tumbuhan dan batu.
Terangkan sebab setiap komponen berikut penting untuk mengekalkan ekosistem dalam
akuarium.

A Tumbuhan

Tumbuhan menghasilkan oksigen dan/atau menggunakan karbon dioksida.

Contoh:
Tumbuhan menghasilkan oksigen.
Tumbuhan penting kerana ekosistem memerlukan oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan.
Tumbuhan membantu akuarium dengan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen.
Tumbuhan mengitar semula karbon dioksida yang dikeluarkan oleh haiwan.

Jawapan lain: Tumbuhan menghasilkan makanan atau tenaga.

Contoh:
Makanan tenaga untuk haiwan.
Siput babi makan tumbuhan.
Tumbuhan membekalkan tenaga kepada ekosistem.

(1 markah untuk 1 jawapan yang betul)


B Cahaya

Cahaya diperlukan untuk fotosintesis (oleh tumbuhan).

Contoh:
Cahaya membekalkan tenaga cahaya untuk tumbuhan supaya tumbuhan dapat membesar
melalui fotosintesis.
Cahaya memberikan tenaga kepada klorofil dalam tumbuhan untuk melakukan fotosintesis.
Cahaya diperlukan oleh klorofil dalam tumbuhan untuk menghasilkan makanan.
Cahaya memberikan tenaga.

Jawapan lain: Cahaya memanaskan akuarium.

(1 markah untuk 1 jawapan yang betul)

7
8. Apakah yang kejadian yang mungkin berlaku jika spesies baharu diperkenalkan ke dalam
kawasan tertentu? Berikan satu contoh.

Berlaku persaingan dengan spesies asal (seperti berlebihan populasi, makan sumber
makanan yang terhad)

Contoh: Spesies baharu memakan tumbuhan yang diperlukan oleh organisma lain untuk hidup

Spesies baharu membiak dengan pantas

Spesies baharu boleh membawa penyakit (bakteria, virus, parasit)


Contoh: Spesies baharu menyebarkan virus yang membunuh spesies lain

Berlaku kesan pemangsaan (spesies baharu membunuh spesies lain atau sebaliknya)
Contoh: Spesies baharu boleh membunuh spesies lain dalam ekosistem

Spesies baharu tidak dapat hidup dalam ekosistem baharu (kepupusan disebabkan habitat
yang tidak sesuai)

Contoh: Spesies baharu mungkin menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dan mati
Berlaku gangguan siratan makanan atau keseimbangan ekosistem

Contoh: Spesies itu boleh merosakkan siratan makanan dan mengubah alam sekitar
Berlakunya proses mengawan spesies sedia ada

Contoh: Dapat melahirkan spesies yang baharu

8
9. Kepulauan Galapagos, satu gugusan kepulauan gunung berapi, pada mulanya didiami oleh
organisma (tumbuhan dan haiwan). Apabila manusia datang untuk tinggal di pulau itu,
mereka membawa bersama beberapa jenis haiwan seperti kucing dan kambing.

Nyatakan satu kesan kehadiran kucing dan kambing terhadap tumbuhan dan haiwan yang
mendiami pulau itu.

A. Kesan kehadiran kucing

Merujuk peranan kucing sebagai pemangsa kepada organisma lain, atau yang setara (yang
memberi kesan kepada pengurangan populasi)

Contoh
Kucing akan makan burung dan haiwan lain.
Kucing akan membantu burung dan haiwan lain dengan memakan tikus.
Mangsa boleh menjadi pupus.

Jawapan lain yang betul: Kucing mungkin menyebarkan penyakit kepada haiwan lain.

(1 markah untuk 1 jawapan yang betul)


B. Kesan kehadiran kambing

Merujuk kambing yang makan tumbuhan (yang memberi kesan kepada pengurangan jumlah
tumbuhan yang hidup di pulau itu)

Contoh:
Kambing akan makan semua rumput di pulau.
Kambing boleh menyebabkan hakisan kerana kambing melicinkan tanah dengan memakan
semua tumbuhan.
Sejumlah besar rumput akan lenyap apabila dimakan oleh kambing.

Jawapan lain:
Merujuk kesan kambing kepada haiwan lain (seperti persaingan untuk makanan/ habitat,
sebagai sumber makanan kepada pemangsa dll.)

Contoh:
Haiwan yang makan kambing dapat lebih banyak makanan
Kambing boleh menjadi sumber makanan
Kambing makan tumbuhan dan menyebabkan populasi yang bergantung pada tumbuhan akan
berkurangan

(1 markah untuk 1 jawapan yang betul)

9
C. Nasihat kepada para penyokong pemuliharaan

Para penyokong pemuliharaan harus menghalang orang tempatan membawa masuk


haiwan domestik seperti kucing dan kambing ke pulau. Kucing akan membunuh haiwan
lain dan mungkin menyebabkan penurunan bilangan haiwan tersebut, bahkan mungkin
menyebabkan kepupusan. Kucing juga akan bersaing dengan pemangsa untuk
mendapatkan makanan yang menyebabkan berkurangnya pemangsa. Kambing akan
bersaing dengan herbivor untuk mendapatkan makanan yang boleh menyebabkan
herbivor lain berkurangan atau pupus. Bilangan kambing ini juga boleh meningkat
sehingga menyebabkan pupusnya beberapa spesis tumbuhan. Kami mencadangkan
agar kucing dan kambing tersebut ditangkap dan dipindahkan ke tanah besar,
atau dibunuh sekiranya pemindahan ke kawasan lain tidak dapat dilakukan. Untuk
menghalang terjadinya perkara seperti yang diterangkan, para penyokong pemuliharaan
perlu memastikan tindakan membawa masuk haiwan domestik ke pulau tersebut
sebagai menyalahi undang-undang.

10
10. Ini adalah sebahagian siratan makanan di sebuah tasik.

Satu spesies baharu ikan telah diperkenalkan. Ikan ikan kerakap


Alewife makan kutu air dan udang. Spesies ini lebih kecil
daripada ikan kerakap.

kutu air dan


udang
Alewife

Terangkan dua kemungkinan kesan daripada alga


memperkenalkan ikan alewife.

2 markah bagi sebab-sebab yang berasaskan tenaga atau rantai makanan.

Jumlah ikan baharu akan meningkat/ Jumlah ikan kerakap akan berkurang/ jumlah kutu air dan
udang akan berkurang/ jumlah alga akan meningkat
Jumlah ikan kerakap akan berkurang kerana makanan/tenaga yang boleh digunakan oleh ikan
kerakap , ATAU Jumlah kutu air dan udang akan berkurang kerana terdapat lebih banyak ikan
yang akan memakan mereka, ATAU jumlah alga akan meningkat kerana terdapat kurang kutu
air dan udang yang akan yang akan memakannya.

Berikan markah kepada 2 bahagian jawapan yang memberikan satu kesan dan implikasi
rantai makanan yang berurutan seperti Jumlah ikan alewife akan bertambah lebih daripada
ikan kerakap, maka ikan alewife akan makan sebahagian besar kutu air dan udang.
ATAU Jika terdapat kurang kutu air dan udang (KESAN) maka ikan kerakap akan mula mema-
kan ikan alewife (IMPLIKASI).

JANGAN berikan markah yang menyebut dua kesan tanpa sebarang alasan dinyatakan

Berikan 2 markah bagi sebab-sebab berdasarkan tenaga DAN rantai makanan, DAN hubungan
yang jelas antara keduanya: jumlah ikan baru akan meningkat kerani ikan ini membiak dengan
lebih cepat, ATAU jumlah ikan kerakap akan berkurang kerana persaingan daripada spesies
baharu, akan mengurangkan makanan/biojisim/tenaga yang boleh digunakan oleh ikan
kerakap.

JANGAN berikan markah untuk jawapan yang hanya menyatakan jumlah yang bertambah/
berkurang.

11
11. Yang berikut ialah rantai makanan dalam satu ekosistem.

Rantai makanan

Tumbuhan Cengkerik Katak Ular Helang

a) i) Namakan pengeluar.

Tumbuhan

ii) Terangkan sebab organisma in dilabelkan sebagai pengeluar.


Organisma ini dipanggil pengeluar kerana boleh menggunakan tenaga daripada
matahari untuk menghasilkan gula daripada karbon dioksida dan air.
(1 markah untuk jawapan betul)

b) i) Jika tumbuhan mati ketika musim kemarau, populasi cengkerik berkemungkinan sekali
akan:

Tandakan pada satu kotak

Berkurang Bertambah Kekal sama

Terangkan jawapan anda.


Cengkerik memakan tumbuhan. Jadi, sekiranya tumbuhan mati, cengkerik akan
kehilangan bekalan makanan dan bilangannya juga akan berkurangan.

ii) Jika bilangan katak bertambah, populasi ular paling mungkin akan:

Tandakan pada satu kotak

Berkurang Bertambah Kekal sama



Terangkan jawapan anda.
Ular memakan katak. Jika populasi katak bertambah, akan terdapat banyak makanan
untuk ular. Ini akan menyebabkan populasi ular bertambah.

12
12. Kaji jaringan makanan ini dan kemudian jawab soalan-soalan di bawah.

Tuna
Jerung

Zooplankton
Hering

Ikan Paus
Fitoplankton

a. Organisma yang manakah dalam jaringan makanan ini merupakan pengeluar?

Fitoplankton

b. Organisma yang manakah dalam jaringan makanan ini merupakan pengguna?

Zooplankton, ikan paus, hering, tuna and jerung

c. Dari manakah datangnya tenaga untuk ekosistem ini?


Matahari

d. Organisma yang manakah dalam jaringan makanan di atas memerangkap tenaga ini?
Fitoplankton

13
e. i) Bagaimanakah organisma ini memerangkap tenaga?

Pigmen hijau yang dipanggil klorofil memerangkap tenaga.



ii) Apakah proses yang berlaku?

Fotosintesis

iii) Huraikan proses tersebut.

Tenaga matahari digunakan untuk menggabungkan air dan karbon dioksida untuk
menghasilkan gula. Oksigen juga terbebas dalam proses ini.

f. Bagaimanakah tenaga tersebut dipindahkan melalui jaringan makanan ini?

Zooplankton memakan fitoplankton. Jadi, sebahagian daripada tenaga dalam


bentuk kanji dan gula dipindahkan ke zooplankton. Zooplankton dimakan oleh
hering dan ikan paus dan tenaga dipindahkan melalui pemakanan. Tenaga
dipindahkan kepada tuna, dan kemudiannya kepada jerung kerana tuna memakan
hering dan jerung memakan tuna.

g. Apakah kegunaan tenaga tersebut?

Gula digunakan untuk proses respirasi untuk membebaskan tenaga yang


digunakan untuk menjalankan proses kehidupan organisma. Sebahagian daripada
gula itu digunakan untuk membina sel dan sebahagiannya lagi disimpan.

h. Adakah semua tenaga dipindahkan? Terangkan jawapan anda.

Tidak. Cuma tenaga yang digunakan untuk membina sel organisma dan tenaga
yang disimpan disimpankan.

i. Apakah yang akan terjadi kepada populasi jerung sekiranya tuna ditangkap secara
berlebihan? Terangkan jawapan anda.

Jerung memakan tuna. Maka, jika bilangan tuna menurun, populasi jerung juga
berkurang kerana kuranyanya makan untuk mengekalkan populasi jerung.

j. Apakah kesan jaringan makanan sebagai akibat penangkapan ikan hering secara
berlebihan.

Populasi tuna akan berkurang kerana kurangnya makanan untuk tuna. Ini
menyebabkan populasi jerung juga berkurang kerana berkurangnya populasi tuna.
Zooplankton akan bertambah kerana kurangnya hering yang memakannya dan ini
akan menyebabkan bertambahnya populasi ikan paus kerana pertambahan
makanannya. Zooplankton yang makin bertambah akan memakan lebih banyak
fitoplankton lantas menyebabkan berkurangnya populasi fitoplankton tersebut.
Kesimpulannya, semua organisma dalam jaringan makanan akan terjejas.

14
k. Apakah nasihat anda terhadap pegawai perikanan dan nelayan yang menangkap ikan
di kawasan rantai makanan ini? Berikan sebab-sebab bagi nasihat anda.

Mereka mesti memastikan bahawa populasi ikan hering dan tuna dikekalkan pada
satu tahap yang tetap dengan menggunakan sistem kuota terhadap para nelayan
bagi sebab-sebab yang digariskan diatas.

l. i) Gas apakah yang dihasilkan oleh fitoplankton pada waktu siang? Terangkan jawapan
anda.

Fitoplankton menghasilkan oksigen semasa proses fotosintesis.

ii) Bagaimanakah ikan hering menggunakan gas ini? Terangkan jawapan anda.

Ikan hering menggunakan oksigen dalam proses respirasi untuk mengeluarkan


tenaga yang digunakan untuk menjalankan semua proses kehidupan.

iii) Apakah gas yang dikeluarkan oleh ikan hering?

Karbon dioksida yang juga dihasilkan semasa proses respirasi. Tumbuh-tumbuhan


menggunakan gas ini dalam proses fotosintesis.

iv) Gas apakah yang dihasilkan oleh fitoplankton pada waktu malam? Terangkan
jawapan anda.

Fitoplankton menghasilkan karbon dioksida pada waktu malam melalui proses
respirasi.

m. Apakah yang terjadi kepada organisma dalam jaringan makanan tersebut apabila
organisma tersebut mati?

Organisma akan dimakan atau diurai oleh pengurai di dasar laut.

15

Anda mungkin juga menyukai