Anda di halaman 1dari 2

CONTOH 3

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua Guru
Besar. Oleh kerana kekangan masa dengan kesibukan bengkel, taklimat dan mesyuarat
berkaitan program-program Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang
perlu dicapai KPI pada peringkat PPD, JPN dan KPM, Mesyuarat Pengurusan Kewangan
dan Akaun Pengetua dan Guru Bil.2/2014 terpaksa ditunda beberapa kali sehingga hari ini.
Mesyuarat kali ini diutamakan untuk semua Guru Besar sahaja memandangkan para
Pengetua adalah Ketua PTJ sekolah masing-masing dan di samping itu ramai yang sibuk
dengan aktiviti-aktiviti sekolah.

1.2 Pengerusi mengingatkan semua Guru Besar supaya mematuhi prosedur kewangan.
Mesyuarat Pengurusan Kewangan dan Akaun Peringkat Sekolah hendaklah diadakan 4 kali
setahun.

1.3 Semua Pembantu Tadbir Kewangan (PT) hendaklah memastikan segala dokumen
kewangan seperti fail, rekod dan bukti kemaskini dan mudah dikesan.

1.4 Semua Guru Besar WAJIB menghantar Penyata Kewangan kepada pihak Bahagian Audit
Sekolah setiap tahun. Tugas mengawal, mengurus perolehan dan membuat pembayaran
mengikut tatacara yang betul adalah terangkum dalam pakej tanggungjawab Guru Besar.
Perkara ini disentuh dalam AP11 : Kewajipan dan Kawalan. Dalam Mesyuarat Pengurusan
Kewangan dan Akaun Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Negeri Sarawak kerap
ditegur berkaitan audit tanpa pendapat. Maka semua PPD dikehendaki sentiasa
memperingatkan dan menegaskan kepatuhan AP11 kepada semua sekolah di bawah
penyeliaan masing-masing.

1.5 Ketua Jabatan perlu lebih aktif memantau pengurusan Kumpulan Wang Kerajaan (KWK).
Terdapat beberapa perkara pihak Guru Besar dan guru perlu beri perhatian berkaitan
penggunaan KWK :
Wang KWAPM digunakan untuk pembayaran hal-hal lain.
Membuat kutipan baju tetapi tidak diberi baju
Memalsukan tandatangan Ketua Jabatan
Membuat tuntutan papan notis tetapi tidak ada bekalan.

1.6 Penggunaan Face book sebagai media komunikasi haruslah wajar, bijak dan profesional
dalam konteks pendidikan dan bukan dijadikan medan untuk melepaskan perasaan dan
mengkritik.

1.7 Semua permohonan pembelian peralatan ICT hendaklah mendapatkan kelulusan


Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri terlebih dahulu. Permohonan perlu mendapatkan
sokongan PPD dan pembelian hendaklah daripada syarikat kontrak pusat.

1.8 Pihak Jabatan Audit Negara dalam pengauditan pengurusan asrama telah membawa isu
enrolmen berintegriti agar bilangan enrolmen murid asrama adalah sama dengan bilangan
murid yang tinggal di asrama. Baki peruntukan PCG daripada ketidakselarasan antara
bilangan enrolmen dan bilangan yang tinggal di asrama hendaklah dikembalikan kepada
KPM.

Tindakan : Makluman

1
2

Anda mungkin juga menyukai