Anda di halaman 1dari 12

Pengurusan Kewangan SMK Kenanga 2014

Amdan bin Embong, Saaut Mohd Said, Arbaenah Masud, Ruzita Zainuddin, Hasnah Yusoff
SMK Kenanga, Negeri Sembilan

Suntingan Oleh
Dr. Nor Foniza Binti Maidin
Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilakukan bagi menyelesaikan masalah kelemahan pengurusan


kewangan dalam kalangan staf di sekolah Menengah Kebangsaan Kenanga,
Negeri Sembilan. Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan seramai 28 orang staf
yang terdiri dari penolong kanan, guru kanan bidang, ketua panitia dan kerani
kewangan. Kajian tindakan ini dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik,
analisis dokumen dan temu bual. Kajian ini dilaksanakan selama tiga bulan.
Berdasarkan dapatan kajian, menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang
kepada pengurusan kewangan tidak cekap adalah pengetahuan yang kurang,
tiada pendedahan dan latihan berkaitan pengurusan kewangan kepada pelaksana
dan pemantauan yang kurang mantap. Berdasarkan dapatan awal ini, satu
program intervensi dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ini iaitu Program
KEBEKSYA yang melibatkan beberapa aktiviti. Aktiviti bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dilaksanakan melalui kaedah latihan kepada semua
terlibat dan coaching kepada kerani dan Penolong Kanan Kurikulum. Pemantauan
berkala dilaksanakan oleh juruaudit dalaman untuk memastikan segala pekeliling
dan prosedur dipatuhi. Dapatan juga menunjukkan bahawa program intervensi
yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang baik berdasarkan laporan audit
dalaman, pengurusan fail panitia dan proses pembelian yang lebih teratur. Walau
bagaimanapun, masih terdapat beberapa pihak yang belum mematuhi segala
prosedur. Oleh itu kekurangan dalam intervensi yang dilaksanakan perlu dinilai
semula dan intervensi seterusnya dilaksanakan agar sekolah mencapai
pengurusan kewangan cemerlang.

1.1 PENGENALAN

Peranan pengetua semakin hari semakin mencabar sesuai dengan perkembangan


dunia pendidikan dalam arus pemodenan ini. Pengetua sebagai pemimpin sekolah
bertanggungjawab memikul semua perkara dalam sistem sekolah termasuk kewangan.
Bidang kepimpinan pengetua yang sungguh luas ini menuntut mereka untuk sentiasa
mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Salah satu daripada tugas mencabar
bagi pengetua ialah mengurus kewangan sekolah. Pengetua atau guru besar di Malaysia
bertanggungjawab dalam banyak hal yang berkaitan dengan kewangan sekolah seperti
mengurus dan mentadbir kewangan sekolah dan ini termasuklah merancang belanjawan,
mengurus perbelanjaan, mengurus aset dan penyelenggara aset . Pengetua juga harus
menyelenggarakan segala jenis akaun penerimaan dan pembayaran serta menyediakan
laporan kewangan tahunan sekolah untuk tujuan audit dan sebagainya. Pengetua

1
bertanggungjawab sepenuhnya bagi menentukan pengurusan kewangan sekolah berjalan
mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan. Oleh itu,
pemimpin sekolah mesti mempunyai pengetahuan dalam semua aspek pengurusan
kewangan bagi membolehkan mereka membuat perancangan kewangan di samping
menyelia kerja-kerja perkeranian dengan berkesan. Pengetua sebagai seorang pegawai
pengawal atau orang yang diwakilkan kuasa wajib memastikan urusan kewangan sentiasa
dalam keadaan sempurna (Akta Prosedur Kewangan, 1957; Arahan Perbendaharaan,
1997). Pengetua tidak boleh menggunakan alasan tidak tahu peraturan ataupun arahan
untuk mengelak daripada dikenakan tindakan jika terdapatnya ketidakpatuhan terhadap
peraturan-peraturan dan undang-undang dalam melaksanakan tugasnya (Arahan
Perbendaharaan, 1997).

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dijalankan kepada 20 orang terdiri daripada Ketua Panitia, Ketua Bidang dan
kerani. Sekolah telah menerima teguran audit bersyarat sejak 3 tahun yang lepas walaupun
telah membuat beberapa penambahbaikan kerana proses pelaksanaan kewangan ini
melibatkan beberapa pihak. Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk menyelesaikan
masalah ini agar sekolah dapat mencapai audit kewangan memuaskan atau baik pada
tahun akan datang. Tinjauan awal yang dilaksanakan oleh Panitia Perakaunan, masalah ini
disumbangkan oleh penguasaan ilmu berkaitan perbelanjaan dan pembayaran.

1.3 MASALAH KAJIAN

Pernyataan Masalah Pengurusan kewangan sekolah yang berkesan merupakan adalah


aspek yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Ini kerana
kecekapan seorang pengetua dalam mengurus wang sekolah sangat penting kerana
mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan aspek kewangan sekolah dilaksanakan
mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Namun demikian terdapat juga
sekolah yang menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan. Salah satu punca dari
masalah ini ialah kurangnya penglibatan pihak pengurusan atasan dalam hal-hal kewangan
dan akaun. Sesetengah guru besar atau pengetua menyerahkan tugas pengurusan
kewangan kepada pembantu tadbir sepenuhnya. Pengurusan kewangan dilakukan pula
tidak mengikut peraturan dan sekolah dikenakan audit bersyarat. Perkara ini berlaku adalah
disebabkan sikap kurang bertanggungjawab di kalangan pemimpin sekolah dan juga kurang
pengetahuan dalam pengurusan kewangan. Pengetua mendapati sekolah telah menerima
teguran audit bersyarat beberapa tahun kebelakangan maka adalah mustahil bagi sekolah
menerima kecemerlangan walaupun mendapat lonjakan keputusan yang baik.

1.4 TUJUAN

2
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kecekapan pelaksanaan pengurusan
kewangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Progresif.

1.5 OBJEKTIF

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

i. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelaksanaan perbelanjaan


tidak cekap.
ii. Untuk melaksanakan program intervensi agar dapat meningkatkan kecekapan
pengurusan kewangan

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan yang berikut:

i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelaksanaan perbelanjaan tidak cekap?


i. Sejauhmana program intervensi dapat membantu meningkatkan kecekapan
pengurusan kewangan sekolah?

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah audit bersyarat dalam


pengurusan kewangan. Penguasaan ilmu pengurusan kewangan ini, diharapkan pihak yang
terlibat secara langsung dapat meningkatkan penguasaan dalam pengurusan kewangan.
Hal ini juga diharapkan dapat membantu pihak sekolah melaksanakan proses-proses
kewangan secara keseluruhan dengan lebih berkesan. Perkara ini adalah sangat penting
dalam memastikan sekolah dapat melonjakkan prestasi dan menjadi sekolah kluster. Kajian
tindakan ini juga diharapkan dapat membantu sekolah-sekolah yang menghadapi masalah
yang sama.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Dalam mana-mana organisasi, pengurusan kewangan merupakan satu aspek penting yang
menjadi keutamaan. Bahkan, perkara ini boleh dianggap sebagai nadi penggerak kepada
setiap perancangan dan program yang akan dijalankan sepanjang tahun. Pendapat ini
disokong oleh Soaib (2003) yang menyifatkan sumber kewangan sebagai faktor penentu
dan pengawal utama kepada sistem pengurusan organisasi sekolah. Ini kerana setiap
aktiviti yang dirancang memerlukan kos atau perbelanjaan yang besar untuk menyediakan
bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang akan atau
sedang diadakan.

Pengurusan kewangan merupakan satu bidang yang memerlukan kebijaksanaan


dan intergriti pihak pentadbir terutamanya ketua organisasi atau guru besar dan pengetua
3
jika di sekolah. Tidak terkecuali juga keseluruhan warga organisasi atau sekolah itu sendiri.
Sejajar dengan itu, pengurusan kewangan haruslah diurus dengan cekap dan bersistematik
seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Pengetahuan dalam semua
aspek pengurusan kewangan mestilah dikuasai guru besar bagi membolehkan mereka
membuat perancangan kewangan di samping menyelia kerja-kerja perkeranian dengan
berkesan (Zaidatul, 2001). Kajian mendapati Pengetua sekolah tidak menguasai
pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan untuk menguruskan kewangan sehingga
menyerahkannya kepada kakitangan pentadbiran (Shahril @ Charil Marzuki, 2005). Selain
itu, didapati terdapat pengetua sekolah PTj yang memperuntukkan dana besar untuk tujuan
yang salah. Sekolah PTj banyak yang tidak konsisten dalam mengawasi catatan kewangan
semasa penggunaan dana sekolah (Muhammad Faizal A. Ghani, Norfaiza Mohd Radzi &
Saedah, 2013). Pengetua sebagai seorang pegawai pengawal atau orang yang diwakilkan
kuasa wajib memastikan urusan kewangan sentiasa dalam keadaan sempurna (Akta
Prosedur Kewangan, 1957; Arahan Perbendaharaan, 1997) dan tiada alasan tidak tahu
peraturan ataupun arahan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan jika terdapat
ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan dan undang-undang dalam melaksanakan
tugasnya (Arahan Perbendaharaan, 1997).

Kajian mengenai disentralisasi kewangan di sekolah-sekolah Malaysia yang menjurus


kepada strategi pelaksanaan berkesan mendapati terdapat beberapa strategi penting yang
perlu difokuskan oleh sekolah-sekolah di kedua-dua peringkat individu dan sekolah agar
berjaya menguruskan kewangan sekolah (Fariza; Faizal, Saedah dan Afshari (2012).
Kerjasama dan usaha bersama daripada semua pihak yang berkepentingan dijangka
membawa transformasi terhadap sekolah berkesan berasaskan pengurusan kewangan di
Malaysia.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan sebagai satu kaedah yang bertujuan untuk mempunyai kedua-dua hasil
tindakan dan hasil penyelidikan. Kaedah kajian tindakan ini adalah bersifat praktikal dan
kolaboratif. Oleh itu, kajian tindakan merupakan kajian yang melibatkan penambahbaikan
amalan pengkaji dalam menangani isu-isu sosial. Untuk melihat isu seperti ini, pengkaji
perlu meninjau tentang amalan tersebut dalam konteks melalui dirinya sendiri atau pun
melibatkan rakan sejawat (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap
pembangunan dan pembelajaran. Menurut Creswell (2005) kajian tindakan penyertaan
has a social and community orientation and an emphasis on research that contributes to
emancipation or change in our society. (h. 555). Kajian tindakan ini adalah recursive
(reflektif atau dialektikal) dan memberi fokus tentang perubahan (change) dalam sesuatu
amalan. Ini berlaku dalam bentuk gelung (spiral) refleksi dan tindakan. Apabila pengkaji
mereflek tentang peranan mereka di sekolah, mereka akan cuba tindakan demi tindakan
sehingga mereka berjaya dalam tindakan mereka.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

4
Kajian Tindakan ini melibatkan beberapa proses yang bermula dengan bentuk inkuiri dan
seterusnya mencari kaedahkaedah dalam melaksanakan penambahbaikan. Ini bermakna
individu mula menjalankan kajian berhubung dengan amalan diri mereka sendiri. Dalam
proses ini, pengkaji meneliti bagaimana pemahaman dan kemahiran mereka dalam
melaksanakan tugas berdasarkan amalan tindakan mereka sendiri. Pengkaji mula membuat
refleksi dengan meneroka aspek-aspek amalan pengurusan kewangan seperti komunikasi,
pembangunan kemahiran, penghasilan pengetahuan, dan struktur sosial organisasi dengan
tujuan mengurangkan perkara yang tidak rasional, tidak produktif, tidak adil, atau tidak
mempunyai interaksi yang memuaskan. Seterusnya pengkaji mencari tindakan untuk
membantu individu membebaskan diri daripada sesuatu kekangan seperti pemahaman,
kemahiran, prosedur kerja, dan apa-apa berhubungan dengan pengurusan kewangan
sekolah.

Kajian ini dijalankan melalui beberapa fasa. Teknik penggumpulan data adalah seperti
berikut:
i. Refleksi menganalisis laporan audit, temu bual dengan kerani, soal selidik kepada
guru terlibat
ii. Merancang mengumpul amalan terbaik sekolah berhampiran, sumbang saran
untuk merancang tindakan yang akan diambil.
iii. Melaksana -menjalankan beberapa langkah yang telah diputuskan
iv. Memerhati mengumpul maklumat berkaitan tindakan yang diambil melalui analisis
dokumen laporan kewangan dan audit dalaman, temu bual kepada guru-guru
terlibat dan audit dalaman
v. Mereflek membuat refleksi berdasarkan pemerhatian tindakan diambil

Tinjauan Awal
Pengumpulan data awal
bagi mengesahkan &
mengenal pasti isu
sebenar

5
Mereflek Merancang
Muhasabah/Mereflek tindakan bagi
bagi melihat kekuatan mengatasi
& kelemahan sendiri masalah difokus

Memerhati Bertindak
Kumpul dan analisis Melaksanakan
data bagi menilai tindakan bagi atasi
keberkesanan masalah di fokus
tindakan

3.2 RESPONDEN KAJIAN

Kumpulan sasaran kajian ialah seramai 20 orang terdiri daripada Ketua Panitia, empat orang
Ketua Bidang dan kerani kewangan. Kajian dijalankan selama dua bulan. Teknik
Persampelan Secara Bertujuan (Purposive Sampling) digunakan, yang mana semua yang
terlibat dengan pengurusan kewangan.

3.3 TEKNIK MENGUMPUL DATA

Pengumpulan data awal bagi mengenal pasti isu sebenar diperolehi melalui analisis
dokumen dan dua kaedah. Kaedah yang pertama adalah melalui laporan audit 3 tahun
kebelakangan. Setiap item dianalisis dengan melihat punca kepada laporan audit bersyarat
dari segi kesilapan pembantu tadbir, ketua panitia, ketua bidang dan pihak pengurusan.
Analisis ini juga mengenal pasti adakah punca ini melibatkan pembekal atau sistem
kewangan yang digunakan.

Bagi menjawab soalan pertama kajian tindakan ini, satu soal selidik dilaksanakan
keatas semua pihak yang terlibat dengan proses pembelian di sekolah berkaitan dengan
pengetahuan dan kemahiran. Beberapa guru panitia yang baharu dilantik ditemu bual untuk
mengetahui bagaimana mereka membuat tempahan barang untuk keperluan pdp. Selain itu,
pengkaji juga menemu bual kerani yang terlibat dengan kewangan. Soalan temu bual adalah
berkisar tentang masalah yang dihadapi dalam mematuhi prosedur kewangan dan
bagaimana mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tugasan. Dapatan
soal selidik dan temu bual dianalisis, satu kertas cadangan kajian tindakan dibina hasil
daripada perbincangan kumpulan pengurusan dan guru akaun. Pada minggu ketiga, satu

6
ujian ringkas tentang pengurusan kewangan melibatkan semua ketua panitia dilaksanakan
untuk membantu penyediaan kursus dalaman sebagai pembangunan kemahiran mereka
sebagai satu intervensi.

Jadual 2: Carta Gantt Pelaksanaan Kajian Tindakan Pengurusan Kewangan

Bil Perkara / Aktiviti Bulan Jan Bulan Bulan Bulan


Feb Mac April
i Mesyuarat pengurusan untuk
mengenal pasti masalah kewangan
bersyarat.
ii Membuat soal selidik untuk
mendapat maklumat pengetahuan
dan kemahiran guru mengendalikan
perihal pengurusan kewangan
iii Membina kertas cadangan kajian
tindakan
iv Melaksanakan analisis dapatan awal
v Melaksanakan Program LDP
melibatkan semua KP dan kerani
vi Membuat semakan buku kewangan
bersama kerani kewangan daerah
(audit dalaman dan kerani)
vii Melaksanakan Audit dalaman
viii Menganalis dapatan audit
ix Menulis laporan kajian tindakan
x Pembentangan

3.4 TEKNIK MENGANALISIS DATA

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kenanga. Kajian melibatkan


seramai 26 staf yang terdiri daripada 4 orang penolong kanan, 4 orang Ketua Bidang,
kerani kewangan, 14 orang Ketua Panitia, Setiausaha sukan, setiausaha badan beruniform
dan setiausaha persatuan di sekolah ini.

Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat
mengenai pengetahuan dan kemahiran sampel kajian. Item-item soalan yang berkaitan
prosedur kewangan untuk mendapatkan maklumat berkenaan tahap pengetahuan dan
kemahiran mereka dalam mengendalikan proses pembelian dan penyimpanan barang,
penggunaan kewangan untuk pembelajaran murid dan prosedur berkaitan pekeliling
kewangan. Soal selidik merupakan satu cara berkesan untuk mendapatkan maklumat
daripada responden dalam mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian
kewangan audit berteguran. Contoh soalan:

Bil Kategori ( Prosedur Pembelian) Ya Tidak


1. Saya mesti mendapatkan sebut harga daripada 3 orang pembekal 24 2
2. Saya perlu mengisi nota minta setelah membuat pesanan daripada 20 6
7
pembekal
3. Saya hanya boleh membuat pembelian dalam bentuk buku dan carta 18 8
sahaja untuk menyokong proses pembelajaran murid

Data bagi temu bual direkodkan untuk memastikan semua maklumat dapat
dikumpulkan untuk dianalisis. Proses dimulakan dengan mentranskripsikan temu bual
secara verbatim (perkataan demi perkataan) seperti mana yang dituturkan oleh responden.
Data mentah yang telah ditranskripsikan, dikategorikan berdasarkan tema yang khusus.
Contoh:

....semasa saya dilantik menjadi ketua panitia, saya tak tahu macam mana
nak guna duit yang diturunkan ke panitia saya. Semasa mesyuarat pada
bulan Ogos, saya dimaklumkan bahawa wang peruntukan panitia saya
masih banyak dan belum dibelanjakan. Saya tak tahu, jadi tanya pada
rakan panitia lain. Rakan saya beri buku panduan untuk saya rujuk.

Pernyataan yang diberikan di atas boleh dikategorikan tiada latihan.

....saya baru dilantik menjadi kerani kewangan jadi perlu banyak belajar.
Saya dah pergi kursus tapi ada juga yang kurang faham bila kendalikan
buku akaun ni. Saya perlu bantuan rasanya.

Pernyataan yang diberikan di atas boleh dikategorikan sebagai kurang mahir akaun.

....saya ambil borang minta dan tulis aje barang yang diperlukan.
Kemudian serah pada PK untuk tandatangan dan beri pada kerani. Call
pembekal untuk hantar barang.Lepas tu saya rekod dalam buku.

Pernyataan yang diberikan di atas boleh dikategorikan sebagai pemantauan prosedur.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Faktor-faktor Penyebab

Faktor-faktor yang menyebabkan 26 orang staf yang terlibat dengan perbelanjaan kewangan
sekolah tidak cekap setelah dianalisis adalah kurang pendedahan terhadap pekeliling dan
prosedur kewangan manakala kerani juga kurang kemahiran. Selain itu, pemantauan
terhadap pengurusan kewangan juga kurang mantap.

Berdasarkan hasil dapatan ini satu program intervensi (KELBESYA) di lakasanakan


setelah membuat sumbang saran. Program ini terdiri daripada beberapa aktiviti iaitu LADAP
Pengurusan Kewangan, Coaching dari PPD dan Audit dalaman. Program KELBESYA ini

8
membangunkan keupayaan staf dan memantau keberkesanan untuk penambahbaikan
pengurusan kewangan.

4.2 Keberkesanan Program Intervensi

Perbandingan telah dibuat berdasarkan dapatan audit dalaman yang dilaksanakan


mendapati fail telah dikemas kini. Setiap panitia mempunyai rekod masing-masing dan mula
mematuhi prosedur kewangan kerana telah diberikan salinan pekeliling dan memahami
prosedur. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa panitia belum bertindak. Juru audit
dalaman yang terdiri daripada guru akaun dan matematik cuba membantu mereka.
Penolong Kanan Kurikulum dan Kokurikulum juga mula lebih peka apabila ingin meluluskan
permohonan. Kerani memastikan segala urus niaga mesti melalui pejabat bukan berurusan
secara lansung dengan guru. Wakil pembekal hanya boleh berurusan di pejabat sahaja
membantu pemantauan pengurusan kewangan.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian, semua yang terlibat dengan kewangan mesti diberikan latihan
dan dipantau segala urusan. Ini dapat membantu berlakunya ketidakpatuhan pekeliling dan
prosedur yang menyebabkan kewangan mendapat audit syarat. Penubuhan audit dalaman
juga membantu mengenalpasti kesilapan dalam buku akaun yang boleh dibaiki sebelum
audit sebenar daripada pihak luar dilaksanakan.

Dapatan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa semua objektif yang disasarkan
tercapai. Dapatan juga menunjukkan bahawa program intervensi yang dilaksanakan telah
menunjukkan hasil yang baik dengan adanya peningkatan dalam pengurusan kewangan.
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa orang yang masih belum mematuhi
pengurusan kewangan ditetapkan maka perlu untuk membincangkan bagaimana untuk
memastikan semua dapat mencapai standard yang sama.

RUJUKAN

Arkinson, Sue. (1994). Rethinking the principles and practice of action research: The
tensions for the teacher-researcher. Dalam Education Action Research: An
International Journal, Vol 2, No. 3, 1994.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


(2005). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Bahagian Akaun. (2012). Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah.


Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

9
Foo, S. F., Zakaria Kasa, Rosnani Jusoh & Noridah Ab Rahim. (2004). Amalan pengurusan
kewangan pengetua-pengetua sekolah menengah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia, 6, 31-42.

Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi & Saedah Siraj (2013). Implementing a
type of financial managements in Malaysian public schools: An initial study. Global
Business and Economics Research Journal, 2(2), 29-51.

Nor Fariza Mohd Radzi, Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj & Mojgan Afshari.
(2012). Financial decentralization in Malaysian schools: strategies for effective
implementation. The Malaysian Online Journal of Educational Science, 1(3).

Shahril @ Charil Marzuki. (2005). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.

Shahril @ Charil Marzuki. (2005). Pengurusan kewangan di sekolah rendah dan menengah
di Malaysia: Isu, masalah dan cadangan untuk mengatasinya. Masalah Pendidikan,
28, 143-152.

Shahril @ Charil Marzuki. (2006). Mengurus kewangan sekolah, (2nd ed.). Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing.

10
Lampiran 1

Soalan-soalan Temu Bual (Protokol Temu Bual)

Soalan Untuk Penolong Kanan, Ketua Bidang, Panitia dan Guru yang terlibat dengan
pembelian aset di sekolah

1. Boleh cikgu kongsi dengan saya apakah pembelian yang telah pernah cikgu terlibat?

a. Cerita apa proses yang perlu cikgu lalui keseluruhan proses ini

b. Apa masalah yang cikgu hadapi dalam proses pembelian ini sebelum buat
tempahan, semasa dan selepas barang sampai ?

c. Sekiranya cikgu di beri peluang apakah penambahbaikan yang boleh kita


buat?

2. Bagaimanakah pihak pengurusan boleh bantu dalam mengatasi masalah-masalah


yang cikgu hadapi?

Soalan kepada kerani kewangan

1. Apakah sebab-sebab utama pada pandangan Tn/Pn sekolah mendapat teguran


audit?

2. Bagaimana kita dapat atasi masalah ini?

3. Apakah sudut yang pihak pengurusan dapat bantu untuk meningkatkan pengurusan
kewangan sekolah? Latihan/coaching/kawalan dll

** Setiap soalan perlu buat probing untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci. Ini
dapat membantu pengkaji membuat intervensi dan mendapat punca masalah sebenar.

11
Lampiran 2

Soalselidik Pengetahuan dan kemahiran Pengurusan kewangan.

1. Prosedur

2. Pekeliling

3. Pegawai bertanggungjawab

4. Pematuhan

5. Pengendalian

12

Anda mungkin juga menyukai