Anda di halaman 1dari 7

ISU TEKNOLOGI HIJAU

Definisi Teknologi Hijau


Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam
sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia

Teknologi Hijau
Teknologi Keterangan
Tenaga suria akan diserap ke dalam panel suria dan
Sistem tenaga solar seterusnya tenaga suria yang diserap itu akan bertukar
kepada bentuk kuasa elektrik
Air yang deras dapat menggerakkan dinamo dan seterusnya
Kuasa hidroelektrik
kuasa hidroelektrik akan terhasil
Turbin angin digandingkan dengan penjana untuk
Kuasa angin menghasilkan kuasa elektrik semasa bilah-bilah turbin
berputar
Produk yang mudah terurai oleh tindakan bakteria atau
Produk biodegradasi
mikroorganisma
Bahan api yang dihasilkan daripada sumber karbon biologi
Biobahan api
sama ada berbentuk pepejal, gas atau cecair
Alat elektrik yang menggunakan sama ada elektrik atau
Alat kenderaan elektrik
kedua-dua elektrik dan minyak petrol sebagai sumber
atau hibrid
tenaga
DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara


Tunggak Keterangan
Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan
Tenaga
tenaga
Alam Sekitar Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan
Ekonomi
teknologi
Sosial Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara


 Untuk menyelaraskan pertumbuhan industri teknologi hijau dan meningkatkan
sumbangan teknologi hijau terhadap ekonomi Negara
 Untuk membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau dan meningkatkan
sumbangannya kepada ekonomi Negara
 Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau
dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabangsa
 Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar sekitar
untuk generasi akan datang
 Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau
dan menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau

Matlamat Mengikut Jangka Masa


Jangka Masa Matlamat
 Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui
program-program sokongan dan komitmen untuk
penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau
 Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau
dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di
pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran,
pelabelan
Jangka Masa Pendek
 Pelaburan langsung asing dan tempatan yang lebih
besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
Teknologi Hijau
 Institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian
tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan
dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah
pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai
Jangka Masa Matlamat
 Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih
produk dan perkhidmatan
 Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang
lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan
menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau
dalam pasaran serantau
 Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau
tempatan
Jangka Masa Sederhana  Peningkatan Penyelidikan dan Pembangunan serta
Inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan
institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui
kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat
multinasional
 Peningkatan perniagaan PKS tempatan dalam
Teknologi Hijau ke pasaran global
 Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam
kebanyakan sektor ekonomi
 Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia
 Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan
penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping
mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara
 Pengurangan signifikan dalam penggunaan tenaga
negara
Jangka Masa Panjang
 Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan
persekitaran Malaysia menjadi pengeluar utama
Teknologi Hijau dalam pasaran global
 Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan
universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan
industri Teknologi Hijau
Teras Strategik Dasar Teknologi Hijau Negara dan Langkah Pelaksanaan
Teras Langkah Pelaksanaan
 Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi
yang inovatif dengan disokong langkah kewangan
dan fiskal bagi membantu peningkatan pertumbuhan
teknologi hijau
 Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan
terhadap industri teknologi hijau dan rantaian nilai
Penyediaan persekitaran melalui program peningkatkan industri
pembangunan teknologi  Mempromosikan pelaburan langsung asing terhadap
hijau yang kondusif teknologi hijau yang membantu perkembangan
pelaburan langsung tempatan serta penglibatan dan
pembangunan industri tempatan
 Menubuhkan hab teknologi hijau yang strategik di
seluruh Negara
 Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk
teknologi hijau
 Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan
pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber
manusia dalam bidang teknologi hijau
 Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang
mengikuti kursus teknologi hijau di peringkat ijazah
sarjana muda dan pascaijazah
Pengukuhan pembangunan  Program melatih semula dan skim pelapis untuk
modal insan dalam bidang meningkatkan kemahiran sumber manusia yang
teknologi hijau separa terlatih
 Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan
bagi pekerja yang cekap dalam bidang teknologi
hijau
 Pengeksploitasian program brain gain bagi
mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor
teknologi hijau
 Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan
swasya dalam penyelidikan, pembangunan, inovasi
dan pengkomersialan
 Keperluan teknologi hijau pada masa hadapan
 Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk
Penggiatan penyelidikan penyelidikan, pembangunan inovasi dan pusat
dan inovasi teknologi penyelidikan yang baharu untuk perkembangan
hijau teknologi hijau
 Perkongsian pintar antara kerajaan, industri dan pusat
penyelidikan
 Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi
penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat
penyelidikan antarabangsa dalam penyelidikan,
pembangunan dan inovasi teknologi hijau
Teras Langkah Pelaksanaan
 Promosi berterusan yang efektif melalui pendidikan
yang komprehensif
 Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan
pihak berkepentingan yang efektif untuk
mempromosikan teknologi hijau
 Memupuk budaya menghayati teknologi hijau dalam
Promosi dan kesedaran
kalangan pelajar melalui pembangunan sukatan
awam
pelajaran yang efektif
 Program demonstrasi secara efektif dalam aplikasi
teknologi hijau
 Menerima pakai teknologi hijau dalam semua
kemudahan kerajaan dan entiti yang berhubung
dengan kerajaan

Kepentingan Teknologi Hijau


Kepentingan Huraian
 Teknologi hijau dapat menjana pendapatan yang
Memajukan ekonomi lumayan kepada negara
negara  Teknologi hijau boleh dipasarkan kepada pengguna
sama di dalam negara atau di luar negara
 Teknologi hijau dapat mengurangkan aktiviti
penerokaan sumber alam yang boleh menyumbang
Alam sekitar terpelihara kepada pencemaran alam sekitar
 Teknologi hijau boleh menghasilkan tenaga tanpa
menyebabkan sebarang pencemaran alam sekitar
 Sebahagian besar sumber alam terutamanya bahan
api fosil, petroleum tidak boleh diperbaharui
 Penggunaan teknologi hijau dapat memelihara dan
Sumber alam terpelihara
memulihara sumber alam yang amat terhad dengan
mengurangkan kebergantungan kepada sumber alam
yang tidak boleh diperbaharui
 Tenaga yang dijanakan boleh digunakan rakyat untuk
men-jalankan aktiviti-aktiviti seharian
Meningkatkan kualiti
 Tenaga yang dijanakan juga penting kepada peniaga
hidup rakyat
dan juga kilang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
perniagaan dan perindustrian
 Teknologi hijau dapat menghasilkan tenaga dengan
kos yang rendah
Menjimatkan kos
 Teknologi hijau juga dapat mengurangkan kos
penerokaan sumber alam
PERSOALAN
Teknologi hijau bukan lagi merupakan suatu alternatif tetapi suatu keperluan. Oleh
itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi meningkatkan sumbangannya.
Bincangkan.
Bentuk esei: 3+2 / 2+3
Kehendak soalan: Faedah teknologi hijau dan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan
bagi meningkatkan sumbangan teknologi hijau

Pendahuluan
Teknologi hijau bukan lagi merupakan suatu alternatif tetapi suatu keperluan. Oleh
itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi meningkatkan sumbangannya.

Cadangan Isi
Kehendak Isi Huraian
 Teknologi hijau dapat menjana
pendapatan yang lumayan kepada negara
Memajukan ekonomi
 Teknologi hijau boleh dipasarkan kepada
negara
pengguna sama di dalam negara atau di
luar negara
 Teknologi hijau dapat mengurangkan
aktiviti penerokaan sumber alam yang
boleh menyumbang kepada pencemaran
Alam sekitar terpelihara alam sekitar
 Teknologi hijau boleh menghasilkan
Faedah
tenaga tanpa menyebabkan sebarang
pencemaran alam sekitar
 Sebahagian besar sumber alam
terutamanya bahan api fosil, petroleum
tidak boleh diperbaharui
 Penggunaan teknologi hijau dapat
Sumber alam terpelihara
memelihara dan memulihara sumber alam
yang amat terhad dengan mengurangkan
kebergantungan kepada sumber alam
yang tidak boleh diperbaharui
 Aktiviti penyelidikan dan pembangunan
teknologi hijau mesti diperbanyak supaya
Mempergiat aktiviti banyak lagi teknologi hijau dapat
penyelidikan dan diterokai
Usaha
pembangunan teknologi  Negara harus bekerjasama dengan saintis-
hijau saintis dan juga sektor swasta untuk
melakukan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan teknologi hijau
Kehendak Isi Huraian
 Kempen-kempen ini harus diadakan
untuk mempertingkatkan kesedaran
masyarakat mengenai kepentingan
Mempertingkatkan
teknologi hijau
kesedaran masyarakat
 Negara boleh bekerjasama dengan
mengenai teknologi
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
hijau melalui kempen
seperti Greenpeace untuk menganjurkan
kempen kesedaran mengenai teknologi
hijau
 Negara boleh memberi subsidi kepada
Usaha pengeluar bagi meng-galakkan mereka
Memperbanyak insentif mengeluarkan teknologi hijau
kepada pengeluar dan  Negara juga boleh memberi rebat kepada
pengguna pengguna yang membeli teknologi hijau
bagi menggalakkan pembelian teknologi
hijau
 Negara hendaklah mengkaji pelaksanaan
Memantapkan dasar teknologi hijau yang sedia ada dari
pelaksanaan dasar masa ke semasa supaya dasar adalah
teknologi hijau seiring dengan perkembangan teknologi
hijau terkini di dunia

Kesimpulan
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam meningkatkan sumbangan teknologi
hijau agar kelestarian alam sekitar terjamin

Anda mungkin juga menyukai