Anda di halaman 1dari 30

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013

HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NAMA NO.MATRIK NO.K/P NO.TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

ZAITON BINTI NAYAN 690605025376001 690605025376 013-9461500 zaitonnayan@ymail.com.my JOHOR BAHRU

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 2.0

Pengenalan Teknologi Hijau 2.1 Definisi Teknologi Hijau 2.2 Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara 2.3 Objektif Teknologi Hijau 2.4 Sektor Utama Teknologi Hijau 2.5 Matlamat Teknologi Hijau di Malaysia 2.6 Produk Teknologi Hijau

3 3 4 5 5 5 6 7 9 10 11 14 15 15 17 18 19 20 21 22 23 25 25 26 27 28

3.0

Tenaga Solar 3.1 Penukaran Tenaga Suria kepada Tenaga Elektrik 3.2 Loji Pengumpulan Kuasa Suria 3.3 Penghasilan Elektrik oleh sel suria 3.4 Jenis Penjana Elektrik bagi loji kuasa solar 3.5 Produk Tenaga Solar

4.0

Lampu Jalan menggunakan Tenaga Solar 4.1 Bahagian-bahagian Lampu Jalan LED Tenaga Solar 4.2 Projek Reka Cipta Lampu Jalan LED Tenaga Solar 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 4.2.7 4.2.8 Panel solar Litar Penyambungan sel solar Bateri Simpanan Tenaga Perumah Lampu Pensuisan Lampu Solar Litar Lampu Solar Litar Pengecasan Solar Pengkalisan Cuaca (Weather Proofing)

5.0 Kesimpulan Rujukan

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

1.0

Pengenalan. YAB Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Bin Tun Razak telah

mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air pada 9 April tahun 2013 bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.Beliau percaya penekanan terhadap teknologi hijau adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi.Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia.Sebagai penduduk dunia adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersamasama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini sebagai satu tempat yang lebih baik untuk kita tinggal. Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan.Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan.Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan.Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita.Mengikut unjuran pihak kementerian, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta,para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan mempromosikan produk teknologi hijau.

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

2.0 2.1

Teknologi Hijau. Definisi Teknologi Hijau Menurut Dato Dr. Halim Bin Man,Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air, Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia.Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang. Kesimpulannya Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti

manusia.Teknologi Hijau merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: 1. Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran. 2. Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar. 3. Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. 4. Menjimatkan tenaga dan sumber asli. 5. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

2.2 Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara 1.Tenaga- Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga 2.Alam sekitar-Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar. 3.Ekonomi -Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui teknologi. 4. Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua. 2.3 Objektif Teknologi Hijau Teknologi Hijau mempunyai objektif seperti berikut: a) Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi. b) Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara. c) Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di peringkat antarabangsa. d) Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang. e) Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. 2.4 Sektor Utama Teknologi Hijau Terdapat 4 sektor utama yang terlibat untuk kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama iaitu: i) Sektor Tenaga Sektor Bekalan Tenaga - Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial. penggunaan

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Sektor Penggunaan Tenaga - Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. ii) Sektor Bangunan Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan. iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah. iv)Sektor Pengangkutan Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan

dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. 2.5 Matlamat Teknologi Hijau di Malaysia.

Malaysia sudah membuat perancangan untuk Teknologi Hijau iaitu perancangan jangka pendek,sederhana dan jangka panjang. i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10) a) Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau. b) Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran dan pelabelan. c) Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau. d) Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

ii.

Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11) a) Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan. b) Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau. c) Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan. d) Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional. e) Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global. f) Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii.

Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh seterusnya). a) Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia. b) Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. c) Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara. d) Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran. e) Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global. f) Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

2.5

Produk Teknologi Hijau.

Gambarajah 2.0 : Kereta dari tenaga solar.

Gambarajah 2.1 : Produk bio baja cecair

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Bioliquifert iaitu sejenis bio baja dalam bentuk cecair,PomiSpot Welder merupakan pengimpal titik mudah alih dan berkos rendah dan Saygo Bio-Plastic yang digunakan untuk pembungkusan makanan.Bioliquifert digunakan dalam perladangan moden negara seperti dalam sistem tanpa tanah iaitu fertigasi dan hidroponik. Ia juga adalah adalah produk pelbagai fungsi, sesuai untuk pelbagai sistem pertanian, ekonomi dan mesra alam. Di samping itu ia juga mampu melengkapkan keberkesanan baja kimia.

Gambarajah 2.2 : Pelancaran oleh Holcim Malaysia Sdn. Bhd. Holcim Top Standart merupakan produk hijau iaitu simen pelbagai guna dan berupaya memberi hasil yang terbaik bagi aplikasi dalam pembinaan manakala Holcim Duracem pula mempunyai dua variasi.Variasi pertama dirumus terutama untuk kawasan yang terdedah kepada bahan kimia dan variasi kedua lebih khusus bagi aplikasi berskala besar seperti struktur asas bangunan atau pembinaan empangan yang memerlukan permukaan simen yang luas.

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

3.0

Tenaga Solar. Matahari telah membekalkan tenaga sejak dahulu lagi.Tenaga suria adalah

sinaran matahari (radiasi suria) yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.Apabila tenaga suria ini ditukarkan kepada tenaga haba, ia boleh digunakan untuk memanaskan air untuk kegunaan di rumah, bangunan atau kolam renang, memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan bangunan lain. Menurut Haniza Lockman (2002),Sel suria menyediakan satu lagi cara menggunakan tenaga matahari.Setiap sel dibina daripada lapisan bahan yang menghasilkan tenaga elektrik apabila cahaya menyinarinya.Sel suria ini menukarkan tenaga matahari kepada tenaga elektrik. Sally dan Adrian Morgan (2003), menyatakan tenaga suria terhasil dalam tindak balas rantai nukleus yang besar yang berlaku di dalam matahari.Tindak balas ini membebaskan secara berterusan sejumlah besar tenaga dalam semua arah. Terry Jennings (2002),matahari mengeluarkan tenaga yang banyak.Kita boleh menggunakan tenaga daripada matahari.Kita menyebutnya sebagai tenaga suria.Sel suria menggunakan cahaya daripada matahari.

3.1

Penukaran Tenaga Suria Kepada Tenaga Elektrik.

Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam dua cara iaitu melalui alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria dan juga melalui loji kuasa suria.

10

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Gambarajah 3.0 : Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria.

Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik.Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar.

3.2

Loji Pengumpulan Kuasa Suria

Loji pengumpulan kuasa suria menjana elektrik dengan menggunakan haba daripada pengumpul terma suria untuk memanaskan cecair yang mana akan menghasilkan stim memberi kuasa kepada generator.

11

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Gambarajah 3.1 : Loji Pengumpulan Kuasa Suria

Loji kuasa terma suria menggunakan sinaran matahari untuk memanaskan cecair ke satu suhu yang amat tinggi.Cecair itu kemudiannnya dialirkan menerusi paip.Oleh itu ia boleh memindahkan habanya kepada air untuk menghasilkan stim. Stim ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau kinetik dalam turbin dan kemudian kepada elektrik oleh generator yang disambungkan kepada turbin.Tenaga terma suria selalunya digunanakan untuk memanaskan air yang digunakan di rumah dan juga kolam renang dan untuk memanaskan bahagian dalam bangunan (pemanasan ruang).

12

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Gambarajah 3.2 : Stesen kuasa suria di Gurun Mojave,California. 3.3 Penghasilan Elektrik oleh Sel-sel Suria.

Cahaya Matahari mengandungi foton, atau zarah zarah tenaga suria. Foton foton ini terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang bergantung kepada perbezaan panjang gelombang cahaya spektrum suria.

Gambarajah 3.2 : Penghasilan Elektrik oleh sel-sel suria.


13

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap.Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik.Apabila cukup cahaya matahari (tenaga) yang diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron akan terkeluar daripada atom bahan.Oleh itu elektron secara semulajadi bergerak menuju ke permukaan. Apabila elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk lubang. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel sel pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus elektrik akan mengalir.

Gambarajah 3.3: Loji tenaga suria yang menggunakan sel suria dan panel suria.

14

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

3.4

Jenis Penjana Elektrik Bagi Loji Kuasa Solar.

Terdapat tiga jenis utama penjana elektrik untuk loji kuasa solar dalam menumpukan kuasa solar iaitu parabola-palung, enjin, dan menara kuasa.

a) Sistem parabola-palung menumpukan seluruh tenaga matahari ke cermin (berbentuk-U) melengkung. Cermin yang condong ke arah matahari, memberi tumpuan cahaya matahari pada paip yang mengalir sepanjang tengah palung dan ini memanaskan minyak yang mengalir melalui paip. Minyak panas dengan itu boleh digunakan untuk mendidihkan air di dalam penjana stim konvensional untuk mengeluarkan tenaga elektrik. b) Sistem enjin menggunakan cermin (sama dengan cakera satelit yang sangat besar). Permukaan berbentuk hidangan mengumpul dan menumpu kepanasan matahari ke penerima, yang menyerap haba dan berlaku pemindahan bendalir dalam enjin. Haba menyebabkan cecair mengembang dan menggerakkan omboh atau turbin untuk menghasilkan kuasa mekanik. Kuasa mekanikal ini kemudiannya digunakan untuk menjalankan penjana atau alternator untuk mengeluarkan tenaga elektrik. c) Sistem kuasa menara menggunakan medan besar cermin untuk menumpukan cahaya matahari ke atas menara di mana penerima berada. Ini memanaskan garam lebur mengalir melalui penerima. Kemudian garam panas digunakan untuk menjana tenaga elektrik melalui penjana stim konvensional. Garam lebur mengekalkan haba dengan cekap, oleh itu ia boleh disimpan selama beberapa hari sebelum ditukar kepada elektrik. Ini bermakna elektrik boleh dihasilkan pada hari mendung atau malah beberapa jam selepas matahari terbenam.

3.5

Produk Teknologi Hijau daripada Tenaga Solar.

Kini tenaga solar dibangunkan sehingga berjaya memberi kesan yang baik kepada kehidupan manusia.Penggunaan teknologi berkuasa tinggi dapat mengatasi kepupusan sumber asli yang semakin merosot pada masa kini.Tenaga solar Berjaya menjadi sumber alternative bagi menjana tenaga elektrik.Tambahan pula tenaga solar dapat menggantikan sumber petroleum yang digunakan dalam kenderaan.

15

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Tenaga solar dapat digunakan dalam : a) Pemanasan air b) Automobil c) Penjanaan Elektrik d) Industri perhotelan e) Industri makanan f) Industri kecil dan sederhana g) Aktiviti pelancongan

Gambarajah 3.4 : Tangki Air Panas Tenaga solar

16

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

4.0

Lampu Jalan Menggunakan Tenaga Solar.

Gambarajah 4.0 : Lampu Jalan Tenaga Solar

Bersesuaian dengan Teknologi Hijau, penggunaan lampu solar semakin banyak digunakan sama ada menjadi lampu jalan,lampu kolam, dinding tembok, lampu sorot, lampu gantung dan lampu keselamatan.Lampu solar menjimatkan tenaga kerana tidak menggunakan elektrik atau bahan api seperti gas atau petrol. Menariknya, seberapa banyak lampu solar yang diletakkan, kosnya hanya ketika membeli lampu berkenaan manakala kos selepas digunakan adalah sifar.Kebanyakan lampu solar mudah
17

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

dipasang dan diletakkan di kawasan laman mengikut kreativiti masing-masing.Lampu solar tidak memerlukan sebarang sistem pendawaian serta sifar kemalangan dan litar pintas. Penggunaan lampu solar bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi menjimatkan wang kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan membaik pulih atau kos penyelenggaraan yang rendah jika anda mahu memindah atau menukarkan gaya pencahayaan untuk kawasan. Oleh kerana lampu solar bergantung kepada cahaya suria dan sesetengahnya bantuan bateri, maka tidak perlu mencaj tenaga selalu malah kita tidak perlu membuka suis lampu.

4.1

Bahagian-bahagian Lampu Jalan LED Tenaga Solar.

A. Panel Solar.

Gambarajah 4.1 : Panel Solar

18

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

B. LED Tenaga Solar. C. Controller.

Gambarajah 4.2 : Kotak Kawalan 4.2 Projek Rekacipta Lampu Jalan Tenaga Solar.

Rekaan lampu solar ini menggunakan solar panel (panel Photovoltaic / PV) buatan sendiri yang digunakan untuk mengecas bateri Asid-Plumbum (Lead-Acid) melalui teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging.Litar pensuisan bertindak mengecas bateri di waktu siang dan akan menyalakan lampu LED secara automatik apabila

19

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

mengesan cahaya persekitaran menjadi malap.Tahap sensitiviti atau kepekaan pengesanan cahaya pula boleh dilaras melalui tombol pada bahagian hadapan lampu.

Gambarajah 4.3 : Panel Solar dibina menggunakan unit-unit kecil sel solar dengan rating 5V, 50mA. 4.2.1 Panel solar

Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik di mana di bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA.Pelantar panel diperbuat daripada plat akrilik (Acrylic) yang dipotong menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan akses kepada contact point setiap sel solar.

20

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Gambarajah 4.4 : Membina sel solar Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik. 4.2.2 Litar Penyambungan Sel Solar.

Rajah 4.5 : Penyambungan wayar kepada setiap sel adalah secara kombinasi selari dan bersiri.

21

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Gambarajah 4.6 : Panel solar yang telah siap. Sisi solar panel dirivetkan dengan stok aluminum L bar.Bahagian atas solar panel diletakkan Phototransistor untuk pensuisan dan pengesanan cahaya.Di bawah sinaran matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt.

4.2.3

Bateri Simpanan Tenaga.

Bateri simpanan berfungsi menyimpan tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel di waktu siang, dan berfungsi membekalkan tenaga yang tersimpan tersebut untuk menyalakan lampu LED di waktu malam.Terdapat pelbagai jenis bateri, namun bateri-bateri daripada jenis Asid Plumbum (Lead-Acid), Nickel Cadmium (Ni-Cad), Lithium-Ion (Li-Ion), Lithium Polymer (Li-Po) dan Nickel-Metal Hydride (NiMh) boleh dicas semula (rechargeable). Daripada kesemua jenis bateri ini pula, bateri jenis Ni-Cad dan LiIon memerlukan arus dan voltan yang malar serta litar kawalan pengecasan agar ianya dapat dicas dengan selamat tanpa risiko terlebih cas (overcharging). Kedua-dua bateri ini tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi rekacipta berkaitan solar kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk kepada keadaaan cuaca.

22

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Gambarajah 4.7 : Contoh-contoh bateri yang boleh dicas semula (rechargeable).

Bateri Ni-Mh dan Lead-Acid mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arus pengecasan yang berubah-ubah.Dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging, bateri Ni-Mh dan Lead-Acid dapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa menggunakan litar kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi 10% rating arus bateri tersebut. Jika dibandingkan prestasi antara bateri Ni-Mh dan Lead-Acid, bateri

jenis Lead-Acid mempunyai keupayaan kapasiti menyimpan cas yang lebih tinggi berbanding Ni-Mh. Mengambilkira kesemua faktor ini, bateri Lead-Acid adalah pilihan paling ideal untuk rekacipta sebegini, dan tidak hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasi-aplikasi tenaga solar komersil.

23

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

4.2.4

Perumah Lampu

Gambarajah 4.8 : Perumah Lampu Perumah lampu yang memuatkan litar dan bateri.Pemilihan bateri LeadAcid 6V (rating paling rendah dan agak mudah diperolehi).Rating arus bagi bateri ini adalah 4.5AH (Amp Hour).Maka ianya dapat dicas melalui teknik Trickle Charging dengan arus tidak melebihi 450 mA (10% rating arus bateri). Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagian Charging Instruction bateri di atas adalah panduan bagi penggunaan litar pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil yang menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak boleh diaplikasikan secara terus untuk konteks Trickle Charging dan janakuasa tenaga boleh baharu.

24

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

4.2.5

Pensuisan Lampu Solar.

Gambarajah 4.9 : Litar pengecasan / pensuisan lampu solar.

4.2.6

Litar Lampu Solar.

Rajah 4.10 : Litar Skematik. Tujuh butir LED putih yang disambung secara selari membentuk lampu LED.

25

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

4.2.7

Litar Pengecasan Solar.

Ia merupakan litar pensuisan secara manual (menggunakan suis Single Pole Double Throw - SPDT).Secara idealnya, voltan daripada solar panel perlu sekurangkurangnya 110% daripada voltan bateri, dan arus solar panel perlulah tidak lebih 10% arus bateri.

Rajah 4.11 : Litar Pengecasan Solar

Gambarajah 4.12 : Suis Single Pole Double Throw (SPDT).


26

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

4.2.8

Pengkalisan Cuaca (Weather Proofing).

Pengkalisan cuaca atau wheather proofing adalah langkah tambahan bagi lampu solar yang akan diletakkan di persekitaran yang terdedah kepada elemen cuaca (seperti hujan, panas dan kelembapan).Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen eletronik serta menutup segala lubang dan penyambungan dengan menggunakan hot melt glue atau glue gun.

27

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

5.0

Kesimpulan Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan

teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesankesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang.Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini. Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang.Walau bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini.Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia.Kita sebagai pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat. Contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalanamalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang.Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang.Oleh yang demikian,semua warga Malaysia mestilah mula mendekati amalanamalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga, air dan sebagainya.
28

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek.Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau.Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks.Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan.Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu.Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga dan air.Rekaan baru haruslah menghasilkan rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport. Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian.Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan.Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air.Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah. Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga.Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga.Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga.Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar.Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu.Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau.Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
29

HBLS 3203

ZAITON NAYAN 690605025376001

RUJUKAN

Haniza Lockman . (2002). Menggunakan Tenaga. Kuala Lumpur : DBP Mohd.Noh Sarip, Ng Ka Kui .(2011). Modul Asas Elektrik dan Elektronik. Selangor : Meteor Doc.Sdn.Bhd. Sally, Adrian Morgan. (2003). Menggunakan Tenaga. Kuala Lumpur : DBP Jennings, Terry J. (2002). Tenaga. Selangor : Dawama Sdn.Bhd.

RUJUKAN INTERNET.
Kelebihan Tenaga Solar dicapai pada 19 September 2013 melalui http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/4185-teknologi-hijau.html http://persatuansains-harris.blogspot.com/2012/12/kelebihan-tenaga-solar.html Tenaga Solar (2012) dicapai pada 19 September 2013 melalui http://www.scribd.com/doc/50153776/TENAGA-SOLAR Tenaga Suria-tenaga solar (2012) dicapai pada 19 September 2013 melalui http://infotenaga.blogspot.com/2012/04/tenaga-suria-tenagasolar.html#sthash.g6C7y7gI.dpuf Green Energy (2012) dicapai pada 19 September 2013 melalui http://green-energy.zxq.net/tenagasuria.html Teknologi Hijau (2013) dicapai pada 19 September 2013 melalui http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/4185-teknologi-hijau.html

30

Anda mungkin juga menyukai