Anda di halaman 1dari 90

EDISI PERTAMA

Dibiayai oleh:
Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

MODUL TEKNOLOGI HIJAU

BIOLOGI
AKTIVITI MURID

KEMENTERIAN TENAGA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YAYASAN HIJAU


TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA) MALAYSIA

Program di bawah kerjasama:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)
BIOLOGI 1
2 BIOLOGI
CETAKAN KETIGA
JANUARI 2018
Hak cipta © 2018 oleh CETREE – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh
Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau ©. Semua hak cipta terpelihara.
Melainkan sebagaimana yang diizinkan di bawah Akta Hakcipta Malaysia,
tidak ada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dihasilkan
semula atau diedarkan dalam sebarang bentuk atau menerusi sebarang cara, atau
disimpan dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula, tanpa keizinan
bertulis daripada penerbit.

Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Data Penerbitan


Modul Teknologi Hijau : Biologi (Aktiviti Murid)

Ketua Editor:
Hashimah Mohd Yunus

Editor:
Mohd Wira Mohd Shafiei
Mohd Sukri Shafie
Nurul Syazwani Mansor
Sazwani Ansian
Nurul Husna Baharuddin

Teknikal Penerbitan:
Badrol Hisham Mohd Nowani
Maznah Mohamed Saipon
Syafiq Saifullah Azmi
Shahrul Fadli Abd Rahman

Ilustrator/Grafik:
Sherrilaida Aidarus
Mohd Raffi Rosmi

ISBN:
978-967-394-311-1

Penerbit:
CETREE,
Bangunan TORAY-USM, Aras Bawah (G),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang
Tel: 604-653 3888
Fax: 604-653 6701

Teks dan Paparan:


CETREE

Dicetak oleh:
CETREE

Edisi Pertama
Bil. Cetakan : 03

BIOLOGI 3
ISI KANDUNGAN
Kata Alu-aluan

Teknologi Hijau 1
i. Pengenalan
ii. Definisi Teknologi Hijau
iii. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
iv. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
v. Sektor Teknologi Hijau

Sektor Bekalan Tenaga 7

Kecekapan Tenaga 9

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 11

Sektor Bangunan 13

Sektor Pengangkutan 15

Panduan Menggunakan Modul Aktiviti Murid 18

Jadual IPCC (2014) 21

Teknologi Penanaman Vertikal ke Arah Pertanian Lestari 28

Memahami Impak Mikroorganisma ke atas Sisa untuk Kehidupan


yang Lestari 40

Enzim Teknologi Hijau 56

Pengawetan Sisa Organik dalam Teknologi Hijau 66

Amalan Dapur Hijau 74

Panel Penulis 83

4 BIOLOGI
TEKNOLOGI HIJAU

Pengenalan
Populasi masyarakat dunia kini semakin meningkat secara eksponen berikutan peningkatan taraf
hidup, kemudahan kesihatan, keperluan harian serta prasarana kehidupan yang semakin selesa.
Bagi sesebuah negara yang membangun, pola peningkatan populasi penduduk kini memerlukan
penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan, perubatan, pentadbiran dan sebagainya.
Oleh itu, semakin bertambah penduduk dunia maka kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan
dan sumber semula jadi turut meningkat secara mendadak.

Namun, pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang boleh menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar dan ketidakseimbangan ekosistem bio. Penebangan hutan tidak terkawal,
pelepasan asap berbahaya dari kilang dan kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, pembuangan
sisa-sisa pepejal dan air sisa ke dalam sungai, penerokaan tanah yang berleluasa menjadi antara
faktor utama terjejasnya kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Sekiranya hal ini berterusan sehingga
beberapa tahun lagi tanpa pengawasan dan tidak diatasi, nescaya bumi yang kita diami ini akan
musnah.

Masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim
dan keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif
demi memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada
masa akan datang. Di Malaysia khususnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
telah diamanahkan untuk memegang satu portfolio berkaitan Teknologi Hijau. Teknologi Hijau telah
dikenal pasti sebagai salah satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.

Definisi Teknologi Hijau


Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Segala alat, produk serta sistem yang
dapat mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau,
jimat tenaga dan sumber asli, menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat pada alam
sekitar adalah merupakan TH (Iskandar, 2015). Jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada, TH
merupakan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara.

BIOLOGI 1
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
Pada Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada aspek pemacuan
pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. DTHK mempunyai empat (4) tonggak
utama iaitu:

i. Tenaga – Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan


tenaga
ii. Alam sekitar – Meminimumkan kesan dan memulihara alam sekitar
iii. Ekonomi – Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
iv. Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Teknologi Hijau didapati dapat menjana tenaga dengan kos yang lebih murah selain selamat dan
mesra pengguna justeru menjadikan Teknologi Hijau berpotensi besar sebagai alternatif dalam
memacu pembangunan negara. DTHK memberi fokus kepada empat (4) sektor utama iaitu:

i. Sektor Bekalan Tenaga


ii. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
iii. Sektor Bangunan
iv. Sektor Pengangkutan

Namun begitu menurut Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC, 2014),
terdapat tambahan tiga (3) sektor lagi yang boleh difokuskan dalam Teknologi Hijau iaitu:

i. Sektor Industri
ii. Sektor Pertanian dan Perhutanan
iii. Sektor ICT

Intergovernmental Panel on Climate Change


(IPCC)
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang ditubuhkan pada 1988 ialah badan
antarabangsa yang terlibat dalam bidang sains berkaitan perubahan iklim. Badan ini telah
ditubuhkan oleh World Meteorological Organization (WMO) dan United Nations Environment
Programme (UNEP). Badan ini bertanggungjawab dalam menyediakan penilaian tetap
kepada penggubal dasar mengenai dasar saintifik perubahan iklim, kesan dan risikonya pada
masa hadapan serta langkah untuk menyesuaikan dan mengurangkannya. Salah satu daripada
kaedahnya ialah melalui Teknologi Hijau.

2 BIOLOGI
Sektor Teknologi Hijau
Secara umumnya, terdapat tujuh (7) sektor Teknologi Hijau yang utama iaitu Sektor Bekalan Tenaga,
Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Industri, Pertanian dan Perhutanan serta
ICT. Berikut adalah penerangan ringkas bagi sektor-sektor tersebut:

A Sektor Bekalan Tenaga

Pasaran industri dunia hingga ke hari ini didominasi oleh keperluan dan penggunaan bahan
api secara berterusan. Contoh bahan api fosil adalah seperti arang batu, petroleum dan gas
asli. Bahan api fosil ini terhasil daripada pereputan hidupan mati yang tertanam di dasar lautan.
Proses ini mengambil masa selama jutaan tahun sebelum terbentuknya bahan api fosil yang
digunakan sekarang. Namun begitu, permintaan yang sangat tinggi terhadap bahan api fosil ini
menjadikan stok bekalannya hampir berkurang selain pembakaran bahan ini yang menyumbang
kepada pencemaran alam. Justeru, satu pendekatan yang proaktif dan berkesan harus diambil
bagi mencari alternatif untuk menggantikan bahan api fosil ini. Salah satu cara adalah melalui
Sektor Bekalan Tenaga yang banyak memfokus kepada Tenaga Boleh Baharu.

Tenaga Boleh Baharu merujuk kepada tenaga yang boleh dijana di sepanjang hayat manusia.
Tenaga Boleh Baharu juga dikenali sebagai ‘Tenaga Bersih’ atau ‘Tenaga Hijau’ kerana tidak
mencemarkan udara dan air. Antara contoh Tenaga Boleh Baharu yang semakin meluas
penggunaannya ialah tenaga hidroelektrik, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga geoterma,
tenaga solar, tenaga ombak dan bahan api bio.

B Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

Definisi sisa ialah apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun apa-apa
bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah dan lusuh. Sisa boleh dijana melalui
beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas. Sisa khas merujuk kepada sisa terkawal yang perlu dilupuskan menggunakan
kaedah yang tertentu kerana sifatnya yang bahaya ataupun memudaratkan kesihatan. Contoh
sisa khas adalah seperti bahan toksik yang dihasilkan dari premis perindustrian yang tidak
boleh dihapuskan di tapak pelupusan biasa. Bahan sisa ini jika tidak dibuang dan dilupuskan
secara terkawal akan menyebabkan pencemaran alam.

Manakala, air sisa ialah air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa
manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada
beberapa jenis. Sebagai contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air
larian stormwater. Pengurusan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu
kecekapan penggunaan sumber dan kesihatan awam.

Justeru, TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting bagi
meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam. Sisa yang dibuang boleh diolah
menjadi suatu benda yang baharu contohnya seperti baja kompos. Salah satu pendekatan
yang diketahui umum ialah konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle).

BIOLOGI 3
C Sektor Bangunan

Pembebasan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berterusan menyumbang
kepada faktor utama pemanasan global. Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi
mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau ke udara melalui Sektor Bangunan.
Menurut United States Green Building Council (2006), Bangunan Hijau merujuk kepada aplikasi
pembangunan lestari dalam Sektor Bangunan yang mengarah kepada sifat tanggungjawab
kepada alam, keuntungan ekonomi serta tempat yang sihat untuk manusia bekerja dan tinggal.

Bangunan Hijau boleh dibina dengan menitikberatkan kepada orientasi optimal bangunan di
atas tapak bina, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap,
penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan, dan penghasilan sisa pepejal yang
minimum.

D Sektor Pengangkutan

Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum) sebagai


bahan bakar. Pembakaran bahan api fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke
udara sekaligus meningkatkan jejak karbon negara. TH dalam Sektor Pengangkutan lebih
menekankan kepada aspek prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan
awam.

Pengangkutan hijau (lestari) merujuk pada sebarang bentuk pengangkutan yang memberi
impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang membebaskan kadar gas
rumah hijau yang rendah, contoh seperti kenderaan yang menggunakan Tenaga Boleh
Baharu. Antara bentuk pengangkutan hijau ialah berjalan kaki, berbasikal dan kenderaan
hijau (menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar). Kereta hibrid merupakan salah satu
contoh kenderaan hijau.

E Sektor Industri

Bidang industri menggunakan satu per tiga daripada penggunaan tenaga keseluruhan.
Perkembangan industri pembuatan dan industri pemprosesan yang agak pesat telah
menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Hal ini disebabkan
oleh pembebasan gas rumah hijau dalam kadar yang agak tinggi ke udara dan menyebabkan
jerebu dan seterusnya fenomena hujan berasid. Program kecekapan tenaga dan pengurusan
tenaga merupakan contoh inisiatif TH yang sesuai bagi Sektor Industri. Inisiatif tersebut perlu
dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif daripada sektor ini.

4 BIOLOGI
F Sektor Pertanian dan Perhutanan

Gas karbon dioksida banyak terhasil daripada pembakaran bahan api fosil bagi menghasilkan
tenaga. Kandungan gas karbon dioksida di dalam udara ini boleh dikurangkan dengan adanya
tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon dioksida untuk membuat
makanan dan membebaskan gas oksigen ke udara melalui proses fotosintesis.

Peratus gas karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dengan menanam lebih
banyak pokok serta mengawal aktiviti pembalakan. Selain itu, penggunaan baja kompos
untuk meningkatkan nutrien tanah, pengurusan pengairan tanaman (menggunakan air hujan
untuk menyiram tumbuhan) serta menambah baik amalan penanaman juga merupakan salah
satu pendekatan TH bagi Sektor Pertanian dan Perhutanan.

G Sektor ICT

TH dalam Sektor ICT merangkumi amalan dan kajian dalam penggunaan komputer dan
alat komunikasi. Amalan dan kajian ini memfokuskan kepada pembuatan, reka bentuk,
penggunaan dan pelupusan alat komputer. Contoh tindakan dan pendekatan yang boleh
diambil dalam mengamalkan ICT hijau ialah mengurangkan penggunaan bahan berbahaya,
menjimatkan tenaga elektrik, memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan secara efektif
serta mempromosikan produk ICT yang boleh dikitar semula ataupun terbiodegradasi.

Walau bagaimanapun hanya 6 sektor sahaja yang sesuai diterapkan dalam


modul ini iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan,
Pengangkutan, Pertanian dan Perhutanan serta Industri kecuali Sektor ICT. Sektor-
sektor tersebut diterapkan mengikut kesesuaian dengan konsep dan tajuk dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Biologi.

Seterusnya, infografik disediakan sebagai ringkasan keseluruhan maklumat


berkenaan TH diikuti dengan penerangan secara ringkas mengenai sebahagian
daripada sektor-sektor tersebut disertakan dalam modul ini. Penerangan Sektor
Bekalan Tenaga, Kecekapan Tenaga, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor
Bangunan dan Sektor Pengangkutan dijelaskan oleh pakar-pakar TH dari Universiti
Sains Malaysia.

BIOLOGI 5
6
INFOGRAFIK TENTANG TEKNOLOGI HIJAU
FENOMENA PERUBAHAN IKLIM Merujuk kepada bekalan tenaga, fokus kepada Tenaga Boleh Baharu
yang dikenali sebagai Tenaga Bersih atau Tenaga Hijau yang boleh
dijana sepanjang hayat
Disebabkan oleh
SOLAR GEOTERMA
ANGIN TENAGA LAUTAN

BIOLOGI
HIDRO
PENEBANGAN
INDUSTRI
HUTAN

Merujuk kepada pengangkutan berkonsepkan Teknologi Hijau dengan


PEMBAKARAN
AKTIVITI PEMBUANGAN penggunaan Tenaga Boleh Baharu yang tidak mencemarkan
BAHAN API persekitaran
MANUSIA SISA DAN AIR
SISA
BAHAN API ALTERNATIF
Intergovernm
gsa - enta
raban l Pa
nta ne AMALAN PEMANDUAN
PENGANGKUTAN A lO EKO
ab n
aw C
j li

g
m

un
at
SEKTOR

gg
Apa sahaja lebihan atau keluaran yang tidak dikehendaki,

n
Membebaskan BEKALAN SEKTOR

Ch
Teknologi Hijau berperanan bagi meminimumkan kesan

rta
a
pembuangan sisa dan air sisa dengan konsep 3R (Reduce, Reuse

n
GHG TENAGA PENGANGKUTAN

Be
& Recycle), pengurangan dan kitar semula sisa elektronik dan rawatan

ge
air sisa

an
CH4 KITAR SEMULA SISA RAWATAN AIR
BAHAN SISA
SISA
ELEKTRONIK PUSAT PENGUMPULAN DAN KITAR SEMULA SISA

(IPC

Bad
Metana TH C)
TEKNOLOGI HIJAU
Penyelesaian SEKTOR Pembangunan dan aplikasi
SEKTOR
GAS
CO2 melalui produk, peralatan serta sistem untuk PENGURUSAN
CFC RUMAH HIJAU INDUSTRI
Klorofluoro GREEN HOUSE GASES memelihara alam sekitar dan alam
Karbon semula jadi serta meminimumkan
SISA Merujuk kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau
-karbon (GHG)
dioksida atau mengurangkan kesan negatif DAN AIR (GHG) Pengaturan Bangunan Hijau yang sempurna
daripada aktiviti manusia
N2O SISA PENGGUNAAN BAHAN PENCAHAYAAN
(KeTTHA, 2016)
HA)

BINAAN MESRA SEMULA JADI

Bada
ALAM
Nitrus oksida
eTT

nB
r (K

ert
SEKTOR
Ai

SEKTOR

an
n

PERTANIAN DAN

g
BANGUNAN
da

gu
PERHUTANAN
Memberi kesan

ng
au

ja j Penggunaan sisa pertanian dan pemeliharaan perhutanan untuk


w Hi mengawal keseimbangan persekitaran dan pengurusan sisa
ab gi tanaman untuk pembuatan baja kompos lestari
Ma
n olo
la y PERHUTANAN SEMULA
sia Tek
- Kem g a,
e n t e ri a n T e n a
KEMARAU
PENGURUSAN
BERPANJANGAN
TERNAKAN

SUHU
YANG
BANJIR
TERLALU
MELAMPAU
PANAS
DAN
Teknologi Hijau berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas
SEJUK
KESAN rumah hijau yang tinggi daripada perindustrian dengan penggunaan
tenaga secara cekap

RIBUT, TAUFAN KEHILANGAN


DAN PUTING BIODIVERSITI KECEKAPAN
BELIUNG TENAGA
SEKTOR BEKALAN TENAGA
Oleh:
Profesor Haslan Bin Abu Hassan
Pengarah
Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Sektor Bekalan Tenaga merupakan sektor dalam TH yang paling utama dibandingkan dengan
sektor-sektor TH yang lain. Ini kerana tenaga memainkan peranan penting dalam Sektor Bangunan,
Pengangkutan, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Pertanian dan Perhutanan, Industri dan ICT.

Terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Sektor Bekalan Tenaga. Pertama, cara
tenaga tersebut dijana atau dibekalkan, dan kedua, cara tenaga yang telah dihasilkan itu diagih atau
diguna dengan cekap tanpa pembaziran.

Tenaga yang dijana oleh sumber fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli diklasifikasikan
sebagai tenaga tidak hijau atau tidak boleh baharu. Ini kerana sumber fosil yang diperoleh dari
bawah permukaan bumi dibentuk beratus juta tahun yang lalu dan tidak dapat diganti dengan cepat
selepas habis digunakan. Sejak terciptanya kereta bermotor berkuasa petroleum pada tahun 1865,
petroleum telah digunakan dengan meluas bagi memacu kenderaan tersebut. Ketika ini, lebih kurang
70% penghasilan petroleum dunia diguna dalam bidang pengangkutan. Selain petroleum, arang
batu dan gas asli dapat juga diguna bagi menjana elektrik. Kebergantungan kepada sumber fosil ini
telah meningkatkan kandungan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida (CO2) di atmosfera
seterusnya menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim.

Perdana Menteri Malaysia telah membuat aku janji pada tahun 2009 semasa menghadiri Persidangan
Perubahan Iklim (COP 15) di Copenhagen bahawa Malaysia akan mengurangkan pengeluaran
keamatan karbon sebanyak 40% pada tahun 2020 dibandingkan dengan angka keamatan karbon
pada tahun 2005. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah mengenal pasti sektor-sektor yang boleh
diimplementasikan dengan TH. Bagi Sektor Bekalan Tenaga, penggunaan tenaga boleh baharu dan
amalan kecekapan tenaga telah dikenal pasti dapat membantu pengurangan keamatan karbon.

Seperti yang diketahui sumber tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber tenaga boleh
baharu (boleh dijana semula) dan sumber tenaga tidak boleh baharu (tidak boleh dijana semula).
Sumber tenaga hijau atau boleh baharu ditakrifkan sebagai tenaga yang dapat diganti atau dihasilkan
semula dalam tempoh hayat manusia. Tenaga juga boleh dikategorikan kepada tenaga primer dan
tenaga sekunder. Tenaga primer ialah tenaga mentah yang terkandung dalam sumber-sumber
semula jadi seperti arang batu, minyak, cahaya matahari dan biojisim yang tidak menjalani sebarang
penukaran. Manakala tenaga sekunder ialah tenaga yang ditukarkan daripada bahan api lain atau
sumber tenaga utama. Sebagai contohnya, bagi menjana atau menghasilkan tenaga elektrik kita
boleh memilih sama ada untuk membakar bahan api fosil ataupun menggunakan sumber tenaga
boleh baharu seperti solar, angin, biojisim, hidro, geoterma dan ombak. Namun di Malaysia, tumpuan
tenaga boleh baharu adalah kepada solar, hidro dan biojisim, masing-masing kerana wujud sinaran
matahari yang berterusan, taburan hujan yang banyak dan sumber organik yang mencukupi. Malaysia
mensasarkan lebih daripada 10% daripada jumlah keseluruhan bekalan tenaga negara dijana oleh
sumber tenaga boleh baharu menjelang 2020.

BIOLOGI 7
Contoh

Terdapat dua jenis sistem solar. Jenis pertama dipanggil solar terma yang menghasilkan tenaga
haba bagi pemanasan dan pengeringan. Sebenarnya solar terma ini telah lama diamalkan bagi
pengeringan baju dan makanan. Apabila reka bentuk peralatannya ditambah baik dengan teknologi,
pemanasan yang dihasilkan menjadi lebih cekap sehingga dapat memanas air bagi penggunaan
domestik dan industri. Sistem solar jenis kedua dipanggil solar fotovolta yang menghasilkan elektrik
secara terus oleh panel solar apabila disinari oleh matahari. Bahan panel solar kebiasaannya terdiri
daripada bahan semikonduktor dengan kecekapan tertinggi menghampiri 21% menukar sinaran
matahari ke elektrik.

Sistem hidro menukar tenaga keupayaan dan kinetik air yang mengalir dari tanah tinggi ke tanah
rendah kepada tenaga mekanik dan kinetik turbin dan seterusnya ditukar menjadi tenaga elektrik
oleh penjana. Antara semua sumber Tenaga Boleh Baharu, tenaga hidro paling meluas diguna bagi
menjana elektrik di Malaysia.

Biojisim ialah sebarang bahan organik termasuk tumbuhan, sisa perbandaran, rumpai laut dan sisa
haiwan yang dapat diguna sebagai sumber tenaga. Sumber asal tenaga biojisim adalah daripada
matahari. Biojisim bertindak sebagai stor tenaga kimia. Tenaga kimia ini dapat ditukar kepada tenaga
dalam bentuk haba, bahan api cecair dan gas dengan menggunakan teknologi canggih. Contohnya,
cecair etanol iaitu bahan api alkohol hasil daripada penapaian selulosa biojisim seperti jagung,
tebu, ubi kayu, gandum, beras, kentang dan sisa perladangan. Najis binatang, sisa makanan yang
telah diproses dan sisa perbandaran ialah contoh-contoh biojisim yang dicerna oleh bakteria bagi
menghasilkan biogas metana.

Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil sebagai bekalan tenaga
negara. Tenaga Boleh Baharu ditetapkan sebagai komponen kelima sumber tenaga negara selepas
petroleum, gas asli, arang batu dan hidro. Justeru, pemindahan ilmu berkaitan dengan Tenaga Boleh
Baharu perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kesedaran, penerimaan dan penggunaan Tenaga
Boleh Baharu dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah dengan
mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat rendah seterusnya menengah. Isi kandungan
subjek sekolah yang dapat dikaitkan dengan Tenaga Boleh Baharu mesti diperluaskan supaya
merangkumi teknologi terkini tentang Tenaga Boleh Baharu yang berkaitan. Bidang pekerjaan pada
masa depan dijangka lebih berunsurkan TH. Justeru itu, pakar tenaga hijau yang terdiri daripada
saintis dan jurutera mesti dilahirkan bagi menjamin keselamatan tenaga dan kelestarian negara.

8 BIOLOGI
KECEKAPAN TENAGA
Oleh:
Dr Mardiana Idayu Ahmad
Pusat Pengajian Teknologi Industri
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Setelah kita memahami tentang tenaga, maka lebih mudah bagi kita untuk memahami maksud
kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga bermaksud penggunaan tenaga yang kurang untuk
menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.
Kecekapan tenaga juga ditafsirkan sebagai nisbah tenaga yang digunakan oleh sesuatu sistem
terhadap input tenaganya. Ini merangkumi tenaga yang dibekalkan pada bangunan, pencahayaan,
sistem pemanasan, sistem pendingin hawa, kelengkapan elektrik, proses industri, pengangkutan
atau kenderaan dan sebagainya. Daripada definisi ini, kita dapat lihat bahawa kecekapan tenaga
boleh merujuk kepada penggunaan teknologi untuk mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk
sesuatu tujuan atau perkhidmatan. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada sikap dan kesedaran
kita sebagai pengguna melalui penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Amalan
kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan
pembaziran.

Contoh

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sektor Bangunan menyumbang kepada hampir
40% daripada jumlah tenaga yang digunakan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Berikutan
peratusan ini di samping turun naik harga tenaga dan cabaran perubahan iklim telah menyebabkan
peningkatan permintaan untuk penjimatan tenaga bangunan yang seterusnya membawa kepada
keperluan kecekapan tenaga dalam bangunan. Kecekapan tenaga dalam bangunan boleh ditakrifkan
sebagai menggunakan jumlah minimum tenaga untuk pemanasan, pendinginan, pencahayaan dan
kelengkapan yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan kondusif di dalam sesebuah bangunan.

Selain itu, Sektor Pengangkutan menyumbang kepada 30% daripada peratusan penggunaan tenaga
keseluruhan. Paradigma tenaga dalam sektor ini merangkumi tiga parameter utama iaitu bahan api
kenderaan, perjalanan kenderaan dan populasi kenderaan. Oleh itu, langkah kecekapan tenaga
bagi Sektor Pengangkutan perlu mengambil kira tiga parameter tersebut. Ini termasuk meningkatkan
teknologi kenderaan (meningkatkan kecekapan tenaga kenderaan), sikap dan pemanduan
(menggunakan kurang bahan api per jarak yang dipandu), mengurangkan jarak perjalanan per
kenderaan dan menggunakan pengangkutan yang lebih lestari.

Manakala bagi Sektor Industri pula, penggunaan tenaga memberi pecahan satu per tiga daripada
penggunaan tenaga keseluruhan. Oleh itu, kecekapan tenaga dalam Sektor Industri amat diperlukan
yang menumpu kepada penjimatan tenaga, pengurangan pengeluaran gas karbon dioksida dan
seterusnya membawa kepada pengurangan kos. Antara inisiatif kecekapan tenaga Sektor Industri
ialah program kecekapan tenaga, pengurusan tenaga, insentif tenaga dan penilaian prestasi tenaga.

Penunjuk kecekapan tenaga adalah penting untuk menganalisis interaksi antara ekonomi dan
aktiviti manusia iaitu penggunaan tenaga dan pengeluaran gas karbon dioksida. Selain itu, ia dapat
mengukur prestasi sebenar tenaga dan mengenal pasti amalan pengurusan tenaga yang terbaik dan
sesuai.

BIOLOGI 9
Kesimpulan

Bagi memastikan matlamat kecekapan tenaga ini tercapai, semua pihak harus memainkan peranan
sama ada di peringkat individu, peringkat sektor (ekonomi, industri, pengangkutan, komersil),
peringkat nasional dan juga antarabangsa. Justeru, amalan kecekapan tenaga dan penyampaian
maklumat berkaitan perkara ini wajar dimulakan di peringkat individu sama ada secara formal (di
sekolah) ataupun secara tidak formal.

Komitmen Malaysia dalam kecekapan tenaga dapat dilihat melalui pelaksanaan polisi tenaga
iaitu Pelan Induk Kecekapan Tenaga Nasional oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA). Pelan ini merupakan satu pelan induk untuk menjimatkan penggunaan tenaga negara
dalam tempoh 10 tahun yang menumpukan kepada tiga sektor utama iaitu industri, bangunan dan
kelengkapan elektrik. Bagi merealisasikan objektif pelan ini, antara inisiatif dan usaha yang dijalankan
ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga ialah menerusi label kecekapan tenaga bagi kelengkapan
elektrik, Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index), kempen teknologi cekap tenaga, kempen
penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar dan kempen kesedaran terhadap pengguna
melalui amalan penjimatan tenaga.

10 BIOLOGI
SEKTOR PENGURUSAN SISA
DAN AIR SISA
Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Suffian Yusoff
Timbalan Ketua
Kluster Pengurusan Sisa Pepejal (SWAM@USM)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pertambahan kadar penjanaan sisa pepejal dari tahun ke tahun dipengaruhi oleh pertambahan
penduduk dunia, peredaran zaman, perubahan gaya hidup dan sosio budaya, pertambahan
prasarana dan peningkatan ekonomi. Secara tidak langsung, penjanaan, pelupusan dan penguraian
sisa menyumbang kepada penjanaan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) serta perubahan
iklim dunia. Amalan pengurusan sisa yang lestari berupaya mengurangkan pelepasan GHG. Inisiatif
industri dan negara di seluruh dunia untuk menangani kesan karbon daripada aktiviti sektor sisa
membuka peluang untuk pengurangan karbon yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Pendekatan TH oleh sektor sisa menawarkan satu portfolio yang mantap, teknologi yang praktikal
dan kos yang efektif serta boleh menyumbang kepada pengurangan GHG. TH yang disesuaikan
dan digunakan selari dengan tradisi dan keperluan tempatan boleh membantu ke arah pengurangan
pelepasan GHG global secara signifikan. Amalan TH dalam pencegahan penjanaan, pengurangan,
penggunaan semula dan kitar semula sisa semakin meningkat di seluruh dunia. Malah, amalan
tersebut telah menunjukkan potensi yang semakin memberangsangkan dalam usaha mencegah
pelepasan GHG melalui pemuliharaan bahan-bahan mentah dan bahan api fosil.

Contoh

Menerusi teknologi rawatan biologi aerobik dan anaerobik, sisa organik boleh diperoleh semula
dan diubah menjadi penstabil tanah dan baja organik. Proses-proses ini mengurangkan pelepasan
GHG melalui pencegahan karbon biogenik dalam tanah, meningkatkan sifat-sifat fizikal tanah, dan
menambah nutrien tanah. Sisa juga berpotensi menjadi sumber penting kepada Tenaga Boleh
Baharu. Teknologi pembakaran, penunuan serta pelbagai rawatan haba yang lain untuk penukaran
sisa kepada tenaga, perolehan dan penggunaan gas tapak pelupusan, serta penggunaan pencerna
biogas anaerobik memainkan peranan yang penting dalam pengurangan penggunaan bahan api
fosil dan pelepasan GHG.

Pengkomposan merupakan proses penguraian sisa organik seperti sisa pertanian, sisa makanan,
sisa dapur dan sisa taman kepada baja kompos secara semula jadi. Lambakan sisa makanan yang
terjana sehingga melebihi 40% daripada jumlah sisa pepejal negara boleh ditukar kepada barangan
berharga yang tidak mencemarkan alam sekitar. Kompos ialah bahan organik yang telah terurai
dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian
organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan organik di kawasan luar
dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Teknologi pengkomposan
seperti sistem windrow (windrow system), timbunan statik berudara dan dalam bejana merupakan
kaedah konvensional yang dilaksanakan pada skala kecil dan komersial.

BIOLOGI 11
Pencernaan anaerobik untuk penjanaan biogas khususnya metana daripada sisa organik melalui
proses penguraian tanpa oksigen adalah salah satu TH bagi menukarkan sisa kepada tenaga.
Bahan yang sesuai untuk dijadikan suapan kepada loji reaktor anaerobik termasuklah enapcemar
kumbahan, sisa pertanian, tinja haiwan dan sisa makanan. Gas metana yang terhasil boleh digunakan
untuk kegunaan dapur dan menghidupkan jana kuasa elektrik. Penjanaan biogas boleh dijalankan
pada skala kecil di rumah manakala penjanaan komersial memerlukan teknologi yang tinggi.

Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan pembakaran bahan
dan/atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang dipanggil penunu
atau insinerator. Penunuan atau insinerator adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk
menghindarkan sisa daripada memenuhi ruang tapak pelupusan. Keberkesanan teknologi moden
yang lestari sehingga 90% mampu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan dan mengurangkan
kesan pencemaran terhadap alam sekitar kerana penghasilan gas metana dan larut lesap (leachate)
dari tapak pelupusan dapat dihindarkan. Terdapat pelbagai teknologi penunuan seperti rotary kiln,
stocker grate, pirolisis, plasma dan lain-lain. Hasil sampingan proses penunuan ini adalah haba yang
panas boleh menghasilkan stim serta menjana tenaga elektrik.

Air sisa merupakan air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa
makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada beberapa jenis. Sebagai
contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air larian stormwater. Pengurusan
air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu kecekapan penggunaan sumber
dan kesihatan awam. Hal ini kerana pengurusan air sisa dan penggunaannya semula merupakan
langkah yang tepat dalam menangani masalah kekurangan bekalan air dan mampu meningkatkan
kecekapan penggunaan sumber. Selain itu, ianya mampu mengatasi masalah eutrofikasi akibat
daripada pelepasan air sisa ke kawasan persekitaran seperti sungai atau perairan pantai.

Loji rawatan efluen yang diwujudkan untuk merawat air kumbahan yang terhasil daripada sumber
perbandaran merupakan contoh pengurusan air sisa yang efisien. Loji rawatan air seperti ini mampu
mengurangkan kos rawatan air mentah untuk menukar air buangan yang terpilih dengan penggunaan
pelbagai teknologi rawatan air. Loji rawatan air sisa kebiasaannya direka untuk mengurangkan
beban pepejal organik dan pepejal terampai. Proses rawatan air sisa kebanyakannya terdiri daripada
pelbagai kombinasi operasi fizikal, kimia dan biologi untuk menyingkirkan bahan cemar seperti bahan
organik dan nutrien daripada air.

Kesimpulan

Kaedah pengurusan sisa yang lestari bermula daripada penjanaan sehinggalah pelupusan boleh
membantu dalam mengurangkan pengeluaran GHG serta menghindarkan pencemaran alam sekitar.
Penjanaan sisa yang kian meningkat dari hari ke hari memerlukan komitmen daripada segenap
lapisan masyarakat. Pendekatan TH boleh diamalkan pada setiap peringkat hierarki pengurusan sisa.
Oleh itu pemindahan ilmu berkaitan dengan amalan pengurusan sisa lestari perlu dilaksanakan bagi
mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah
dengan mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat pra sekolah, rendah, menengah dan
seterusnya. Kandungan mata pelajaran kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah perlu diterapkan
dengan kesedaran pengurusan sisa dan air sisa yang lestari disertai aplikasi TH.

12 BIOLOGI
SEKTOR BANGUNAN
Oleh:
Profesor Madya Dr Mohd Wira Bin Mohd Shafiei
Pengarah
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)

Pengenalan

Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Intergovernmental Panel for Climate Change (IPCC,
2014), bangunan menggunakan 32% daripada jumlah penggunaan tenaga dunia dan mengeluarkan
19% daripada pengeluaran gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berkaitan dengan
tenaga. Adalah dijangkakan jumlah guna tenaga dan pengeluaran GHG ini akan bertambah sebanyak
dua kali ganda malah hal ini berkemungkinan mencecah sehingga tiga kali ganda pada tahun 2050
sekiranya pola penggunaan tenaga sekarang tidak berubah. Pertambahan populasi dunia, migrasi
ke bandar-bandar besar, peningkatan tahap kekayaan dan perubahan gaya hidup selesa adalah
faktor-faktor utama yang meningkatkan penggunaan tenaga di dalam bangunan. Bagi menghadapi
perubahan ini, masyarakat dunia umumnya, dan Malaysia khasnya, perlu mempunyai rancangan
dan tindakan yang menyeluruh supaya guna tenaga bangunan berada pada tahap yang selamat.

Contoh

Antara ciri-ciri utama reka bentuk bangunan hijau adalah: (1) tapak, orientasi dan bentuk bangunan;
(2) spesifikasi sampul bangunan yang berprestasi tinggi; (3) memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga
bangunan seperti pencahayaan siang, penyejukan bangunan dan ventilasi; (4) sistem mekanikal
bangunan yang cekap tenaga; (5) penggunaan alatan dan peranti individu yang cekap tenaga; dan
(6) sistem berpiawai di dalam pentauliahan (commissioning) bangunan, sistem dan alatan di dalam
bangunan. Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak perubahan positif dan penting telah berjaya
dicapai bagi menambahkan kecekapan tenaga di dalam bangunan. Antaranya ialah pencahayaan
semula jadi dan pencahayaan berelektrik, alatan elektrik di rumah, bahan penebat (insulator)
bangunan, pam haba, penggunaan sistem kawalan automasi bangunan yang berdigital, penggunaan
meter pintar (smart meter) dan grid sebagai cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik semasa
waktu puncak, dan kemajuan di dalam penghasilan tenaga boleh baharu.

Pengalaman pengurusan tenaga bangunan yang cekap menunjukkan penjimatan guna tenaga boleh
dicapai secara lebih efektif dengan membuat usaha penjimatan pada tahap sistem, bukannya sekadar
pada alatan dan peranti individu seperti pam, motor, kipas, dan sistem penyejukan. Penggunaan
kaedah Proses Reka Bentuk Bersepadu (Integrated Design Process) membolehkan penjimatan
pada tahap sistem dibuat dengan jayanya. Lebih penjimatan boleh diperoleh sekiranya kesemua
pasukan projek pereka seperti arkitek dan jurutera berbincang bersama-sama untuk mereka bentuk
bangunan daripada peringkat awal projek.

BIOLOGI 13
Mutakhir ini, kemajuan yang telah dicapai dalam sektor ini ialah amalan reka bentuk dalam
pembinaan bangunan dan perubahan sikap pengguna tenaga di dalam bangunan menunjukkan
penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak dua sehingga sepuluh kali ganda bagi bangunan
baru. Bagi bangunan sedia ada pula, penjimatan tersebut adalah di antara dua sehingga empat kali
ganda pengurangannya. Kemajuan TH juga membolehkan bangunan cekap tenaga dan bangunan
sifar-tenaga dibina dengan keupayaan untuk memberikan pulangan positif kepada pelaburan yang
dibuat semasa tempoh hayat bangunan tersebut. Bagi stok bangunan yang sedia ada, bukti yang
menunjukkan kaedah penyesuaian semula (retrofit) bangunan mampu memberikan penjimatan
tenaga sebanyak 50 sehingga 90 peratus. Selain daripada itu, alatan elektrik cekap tenaga,
pencahayaan rendah tenaga, dan teknologi informasi komunikasi mampu menambahkan lagi kadar
penjimatan tenaga bagi menghadapi cabaran guna tenaga masa hadapan.

Kesimpulan

Bangunan adalah elemen yang cukup kritikal dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG
yang berkaitan dengan tenaga. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah dalam
menggalakkan perkembangan bangunan yang lebih cekap tenaga. Usaha yang boleh diambil ialah
dengan merangka instrumen polisi tenaga yang efektif dan menyeluruh. Seterusnya pihak kerajaan
boleh membuat pembaharuan terhadap undang-undang kecil berkaitan bangunan. Contohnya,
dengan memudahkan proses pembiayaan kewangan dan memberikan insentif kepada industri
binaan yang bercirikan TH. Selain itu, pihak berkepentingan dalam industri binaan perlu membuat
perubahan dengan melaksana amalan terbaik bangunan cekap tenaga. Salah satu kaedah ialah
menjalankan program kecekapan tenaga, menggalakkan penggunaan penjimatan guna tenaga
dan penggunaan TH secara menyeluruh di dalam bangunan. Oleh yang demikian, usaha untuk
mewujudkan kesedaran pada peringkat sekolah boleh dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Sebagai contoh, menggalakkan penggunaan alatan elektrik yang cekap tenaga dan
penggunaan pencahayaan yang rendah tenaga di dalam bangunan sekolah. Maka dengan aktiviti
ini hasrat kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau daripada bangunan dapat
dicapai.

14 BIOLOGI
SEKTOR PENGANGKUTAN
Oleh:
Prof Madya Dr Soib bin Taib
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pencemaran daripada pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim


dunia iaitu menghampiri 25% pengeluaran CO2. Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 75%
daripada jumlah pengeluaran CO2 adalah berpunca daripada pengangkutan jalan dan jumlah ini
semakin bertambah dari semasa ke semasa. Didapati hampir 95% daripada Sektor Pengangkutan
ini menggunakan bahan api minyak dan ini merupakan 60% daripada penggunaan minyak dunia.
Usaha yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan dalam sektor ini bagi mengurangkan
pencemaran udara dan juga untuk mencapai persekitaran yang lestari. Oleh sebab itu, penjenamaan
Pengangkutan Hijau adalah berteraskan aktiviti pengangkutan yang mesra alam dan memberi
kesan positif terhadap persekitaran sedia ada. Dalam hal ini Pengangkutan Hijau akan melibatkan
kecekapan penggunaan sumber dan penstrukturan semula sistem pengangkutan supaya lebih
selamat dan selesa.

Contoh

Rajah 1 menunjukkan huraian bagi Hierarki Mod Pengangkutan Hijau:

i. Pejalan kaki. Setiap orang digalakkan berjalan kaki dalam setiap aktiviti. Kaedah berjalan
kaki tidak akan melibatkan pencemaran sebarang gas rumah hijau (Green House Gases,
GHG) serta percuma di samping menyihatkan badan.

ii. Basikal. Merupakan mod pengangkutan lebih cepat daripada berjalan kaki dan juga kos
yang lebih murah serta aktiviti yang menyihatkan badan. Pembelian dan
penyelenggaraannya juga murah dan mudah berbanding kereta.

iii. Pengangkutan awam. Merupakan pengangkutan terbesar dalam bandar yang menyediakan
infrastruktur yang baik. Pengangkutan yang baik dan murah terutamanya bagi kumpulan
warga emas dan pelajar.

iv. Kenderaan perkhidmatan atau pengangkutan barang. Kenderaan mod ini menyumbang
hampir 9% pengeluaran gas rumah hijau. Kebanyakan kenderaan mod ini menggunakan
diesel dan elektrik atau bateri.

v. Teksi. Penggunaan teksi yang lebih mesra alam iaitu kenderaan hibrid atau kenderaan
elektrik merupakan mod pengangkutan terbaik dan menjadi pilihan utama.

vi. Kenderaan penumpang berkumpulan. Juga dikenali sebagai ‘carpool’. Merupakan salah
satu mod Pengangkutan Hijau. Sekumpulan rakan-rakan, pekerja atau sebagainya
menggunakan pengangkutan yang sama ke tempat yang sama secara berterusan.
Berbanding 5 orang berlainan menggunakan 5 jenis kereta menuju tempat yang sama,
maka mod ini adalah lebih ekonomik dan mengurangkan pencemaran.

BIOLOGI 15
vii. Kenderaan individu. Mod terakhir dalam Pengangkutan Hijau yang menggunakan teknologi
pembakaran terkini.

Rajah 1 : Mod Pengangkutan Hijau

Kelebihan Pengangkutan Hijau

Pengangkutan Hijau mempunyai pelbagai kebaikan dari segi persekitaran, kesihatan ekonomik
dan perbelanjaan. Berikut adalah beberapa faedah yang diperoleh menerusi penggunaan
Pengangkutan Hijau:

i. Persekitaran yang bersih. Pengeluaran CO2 daripada pembakaran bahan fosil daripada
kenderaan merupakan penyumbang utama GHG. Oleh itu penggunaan kenderaan hijau
adalah aktiviti penting bagi mengurangkan pencemaran udara.
ii. Kesihatan lebih terkawal. Didapati banyak aktiviti berkaitan Pengangkutan Hijau dapat
meningkatkan kualiti kesihatan dan cara hidup manusia. Berjalan kaki atau mengayuh
basikal menyumbang kepada latihan fizikal badan manakala kurangnya pencemaran
udara mampu mengurangkan kesan negatif pada sistem pernafasan. Selain itu, kurangnya
kesesakan jalan raya mengurangkan masa dan tenaga serta menjadikan jalan raya lebih
selamat.
iii. Pembangunan kelestarian lebih ekonomik. Penghasilan dan pembuatan produk kenderaan
hijau atau pembaharuan sistem pengangkutan menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan, sekaligus memperbaiki ketidakseimbangan sosio-ekonomik.
iv. Jimat wang. Aktiviti mod Pengangkutan Hijau dapat mengurangkan penggunaan minyak
dan secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan.

16 BIOLOGI
Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan pencemaran daripada aktiviti pengangkutan kerana aktiviti ini
telah menghasilkan sebanyak 25% pengeluaran CO2. Malah, aktiviti ini turut menjadi penyumbang
kepada perubahan iklim dunia. Pelepasan Gas Rumah Hijau (Green House Gases, GHG) melalui
aktiviti pengangkutan boleh meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding aktiviti yang lain,
contohnya, aktiviti perindustrian. Melalui pengurangan pembebasan GHG secara agresif dan
berterusan adalah perlu untuk memastikan pembebasan GHG yang rendah atau sifar. Hal ini kerana
kesan positif dihasilkan dapat mengurangkan perubahan iklim dan boleh membantu mengekalkan
keadaan alam sekitar yang lebih lestari. Oleh yang demikian, kesedaran mengenai penggunaan
Pengangkutan Hijau perlu ditingkatkan dalam masyarakat Malaysia.

BIOLOGI 17
PANDUAN MENGGUNAKAN
MODUL AKTIVITI MURID

18 BIOLOGI
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL AKTIVITI MURID
Pengenalan

Bahagian pengenalan Modul Aktiviti Murid telah memberikan maklumat tentang Teknologi Hijau
(TH). Murid perlu memahami tentang Teknologi Hijau dahulu sebelum dapat menggunakan
modul ini dengan berkesan. Definisi Teknologi Hijau serta Dasar Teknologi Hijau juga
diterangkan untuk membantu murid memahami dengan jelas kepentingan Teknologi Hijau
untuk disebar luas kepada murid-murid sebagai persediaan mereka untuk memahami dan
mempunyai kesedaran tentang fenomena perubahan iklim. Di samping itu, terdapat sedikit
penerangan daripada pakar tentang sektor Teknologi Hijau yang tertentu diguna pakai dan
sesuai dengan konsep yang diajar dalam mata pelajaran Biologi. Modul Aktiviti Murid Teknologi
Hijau ini memuatkan beberapa aktiviti berkaitan Teknologi Hijau merentasi mata pelajaran
Biologi. Bagi setiap mata pelajaran, konsep yang telah dipilih daripada sukatan pelajaran
adalah berdasarkan kesesuaian konsep tersebut untuk diintegrasikan dengan sektor Teknologi
Hijau berdasarkan Jadual IPCC (2014).

Modul Aktiviti Murid yang disediakan ini bertujuan untuk murid menjadi murid yang aktif dan
terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Murid juga akan memperoleh kemahiran belajar abad
ke-21 melalui modul aktiviti ini. Kebanyakan kaedah menggunakan Pembelajaran Berasaskan
Projek/Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan murid berbincang, mencari maklumat
dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti. Modul Aktiviti Murid ditulis dalam format yang
tertentu. Berikut merupakan penerangan tentang format bagi setiap aktiviti:

• Tajuk
Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti yang menarik.

• Objektif
Menyatakan objektif aktiviti yang akan dilaksanakan serta menunjukkan perkaitan
dengan sektor TH yang bersesuaian.

• Latar Belakang
Menyatakan konsep mata pelajaran yang terlibat dalam aktiviti serta menerangkan
perkaitan konsep tersebut dengan sektor TH yang dinyatakan dalam Jadual IPCC
(2014). Bahagian ini juga menyatakan sektor TH bagi setiap aktiviti yang dijalankan
dalam tajuk tersebut. Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti tersebut
juga dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan Jadual
IPCC (2014). Jadual tersebut menyenaraikan sektor dan kategori TH yang terletak di
bawah sektor berkenaan. Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori yang terletak
di bawah sektor ini ialah Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga Boleh Baharu.
Tenaga Boleh Baharu terdiri daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim dan Biotenaga,
Geoterma, Solar Fotovolta dan lain-lain sebagai kaedah menyelesaikan masalah
perubahan iklim menggunakan TH.

• Glosari
Senarai glosari diberikan bagi setiap aktiviti. Perkataan atau istilah yang baru
disertakan bertujuan memberikan kefahaman dan penjelasan ringkas untuk
kefahaman murid bagi TH yang berkaitan dalam setiap aktiviti.

• Bahan dan Peralatan


Senarai bahan dan peralatan (per kumpulan) yang diperlukan bagi menjalankan
aktiviti disertakan. Walau bagaimanapun murid boleh/bebas menggunakan bahan
atau peralatan lain mengikut kreativiti murid.

BIOLOGI 19
• Kaedah
Kaedah yang diikuti oleh murid ialah mengikut Pembelajaran Berasaskan Projek/
Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan murid berbincang, mencari maklumat
dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti. Kaedah sebegini yang memerlukan
murid untuk menghasilkan produk akan mengambil tempoh masa yang panjang.

Guru akan membimbing murid dalam proses pembelajaran sepanjang tempoh masa
yang diperlukan untuk menghasilkan produk. Semasa menjalankan aktiviti murid perlu
bekerja sebagai satu kumpulan. Murid harus sedar aktiviti seperti ini memerlukan
mereka untuk bekerjasama secara kolaboratif dalam mencari maklumat terutama
melalui laman sesawang di internet dan lain-lain sumber rujukan serta berbincang
untuk menghasilkan produk. Produk yang dihasilkan perlu menunjukkan kreativiti
murid.

• Pemerhatian
Bahagian ini menyenaraikan arahan atau soalan yang mengarah murid melakukan
pemerhatian bagi setiap aktiviti yang murid lakukan (bergantung kepada aktiviti).
Murid perlu berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan atau
penyelesaian.

• Soalan Perbincangan
Senarai soalan perbincangan diberikan supaya murid dapat berbincang dalam
kumpulan semasa aktiviti dijalankan. Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) ini bertujuan membantu murid berfikir dengan lebih kritis. Soalan-soalan
tersebut bertujuan menguji kefahaman murid tentang konsep Biologi dan konsep TH
yang diintegrasikan dalam aktiviti berkenaan.

• Kesimpulan
Murid perlu berbincang dan menuliskan kesimpulan daripada aktiviti tersebut dan
perlu mengaitkan konsep Biologi dengan TH yang telah diaplikasikan.

• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau


Beberapa pekerjaan yang sesuai diberikan mengikut aktiviti supaya murid mempunyai
pengetahuan tentang pekerjaan yang bersesuaian dengan TH yang tertentu.
Maklumat tersebut dapat membuka minda murid serta menarik minat mereka ke arah
TH dan Biologi.

• Sumber Rujukan
Modul Aktiviti Murid juga diberikan senarai rujukan untuk makluman murid. Rujukan
diasingkan mengikut aktiviti untuk memudahkan murid mencari maklumat dan
membuat rujukan lanjut di laman sesawang bagi aktiviti yang spesifik.

20 BIOLOGI
REPORT OF
INTERGOVERNMENTAL PANEL
ON CLIMATE CHANGE (IPCC)
2014

Cambridge University Press


32 Avenue of the Americas
New York
United States of America
www.cambridge.org

BIOLOGI 21
22
REPORT OF THE INTERGOVERNMENTAL PANEL ON CLIMATE
CHANGE (IPCC, 2014)

BIOLOGI
(*Adapted from IPCC report)

ENERGY SUPPLY

SECTOR ENERGY SUPPLY


CATEGORY FOSSIL ENERGY NUCLEAR ENERGY RENEWABLE
Coal and Peat Nuclear Waste Management Hydroelectricity
- Fuel repository
Gaseous Fuel - Improving proliferation Wind
resistance
Petroleum Fuels Biomass and Bioenergy
Uranium Exploration, Extraction and Refining
Unconventional Oil - reprocessing the spent fuel Geothermal
and extracting the unused
uranium Solar Thermal Electric

Nuclear Fusion Solar Photovoltaic


- fusion of heavy hydrogen fuel
- fusion-power production Solar Heating and Cooling

Ocean Energy

Biofuels

Hydrogen and Fuel Cells

Thermoelectric Generators
WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT

SECTOR WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT


PREVENTION AND SEPARATION AND COLLECTION AND TREATMENT AND ULTIMATE DISPOSAL AND WASTEWATER
CATEGORY
MINIMIZATION RECYCLING TRANSFER PROCESSING LANDFILL TREATMENT
- Food waste - Waste Collection method Physical treatment - Landfill mining - Utilization of sludge in
prevention segregation - Mechanical - Minimization of - Methane gas industrial and
- Hotel waste and semi- volume and weight. bioreactor agricultural.
prevention - Waste mechanical. - Alteration - Volatile fatty - Biogas production
- Paper waste recycling of waste form and acids extraction from sludge
minimization Scheduling and Routing shape from landfill
- Cleaner - E-waste - Waste to animal food leachate
production - Minimization - Landfill leachate
- Alternatives of collection Thermal Process treatment
practices for and transfer - Waste to energy methods.
plastic film/ time
Styrofoam - Minimization Biological Process
container of fuel - Waste to energy
consumption - Waste to fertilizer
- Utilization of - Biogas production
biofuel. - Bioethanol
production
- Bio-hydrogen
production

WASTE
INCINERATION AND WASTE REDUCTION,
MANAGEMENT AND CH4 MANAGEMENT
OTHER THERMAL RE-USE AND WASTEWATER AND
CATEGORY GHG- AT LANDFILLS BIOLOGICAL TREATMENT
PROCESSES RECYCLING SLUDGE TREATMENT
MITIGATION
TECHNOLOGIES
-Controlled landfilling - Industrial - Composting -Waste minimization
a) landfill gas co-combustion - Anaerobic Digestion
recovery -Fluidized bed technology - MBT (Mechanical
b) without landfill Biological Treatment)
gas recovery

- Optimization
microbial
methane

BIOLOGI
oxidation in
landfills cover soil
(biocovers)

23
24
TRANSPORT

SECTOR TRANSPORT

BIOLOGI
CATEGORY ROAD TRANSPORT RAIL AVIATION SHIPPING
Reducing Vehicles Load Reducing Aerodynamic Technology Developments Applying Current Energy-Saving
-Use lightweight materials Resistance Strategies
-Apply aerodynamic Engine Developments
improvement Reducing Train Weight Load Optimization
-Mobile air conditioning (MAC) system Aircraft Developments
Regenerative Braking Maintenance
Improving Drive Train Efficiency Alternative Fuels for Aviation
-Advanced direct injection Higher Efficiency
- Gasoline / Diesel engines and Propulsion System Aviation Potential Practices
transmission
-Hybrid drive trains Lower Flight Speeds

Alternative Fuels
-Biofuels
-Natural Gas (CNG / LNG / GTL)
-Hydrogen / fuel cells
-Electric vehicles

Well-to-Wheels Analysis of
Technical Mitigation Options
a) Road transport: mode
shifts
-Public transport
-Non-motorized
transport (NMT)

Eco-Driving Practices
BUILDINGS

SECTOR BUILDINGS
HEATING, HOUSEHOLD
ACTIVE
INDOOR VENTILATION APPLIANCES,
COOLING BUILDING COLLECTION
ENVIRONMENTAL AND AIR CONSUMER
THERMAL AND ENERGY AND DOMESTIC LIGHTING
CATEGORY QUALITY CONDITIONING DAYLIGHTING ELECTRONICS
ENVELOPE COOLING MANAGEMENT TRANSFORMATION WATER SYSTEMS
(IEQ) (HVAC) AND OFFICE
LOADS SYSTEMS OF RENEWABLE
SYSTEMS EQUIPMENT
ENERGY

Water High Use of Natural Standby and Low


Insulation Air Quality Reducing the Alternative Commissioning Building-Integrated Saving Efficiency Lighting Power Mode
Cooling Load HVAC PV (BiPV) Fixtures Electric
Windows Comfortable Systems in Operation, Lighting Efficiency of
Humidity Passive and Commercial Maintenance and Solar Thermal Water Biomass Stoves
Air Leakage Low-Energy Buildings Performance Energy for Heating Efficient
Temperature Cooling -Radiant chilled -Cogeneration and Hot Water Washing Improved
Techniques ceiling cooling and District Machine Access to Clean
-Natural -Displacement Heating/ Landscape Cooking Fuels
and ventilation Cooling -solar garden Insulated
night-time Water Solar Cookers
ventilation Wind Energy Heaters
-Evaporative Small Electric
cooling Air-source Cooking
-Passive or Equipment
cooling Exhaust-air
techniques Heat Pumps

Air Solar
Conditioners Thermal
and Vapor Water
Compression Heaters
Chillers
Water
Recycling

Rainwater
Harvesting

CATEGORY MATERIALS

Use of Green Materials

Volatile Organic Compound (VOC) Paints

BIOLOGI
Renewable Raw Materials

25
26
AGRICULTURE AND FORESTRY

SECTOR AGRICULTURE AND FORESTRY

BIOLOGI
GRAZING LAND MANAGEMENT AND MANAGEMENT OF ORGANIC/PEATY
CATEGORY CROPLAND MANAGEMENT FORESTRY
PASTURE IMPROVEMENT SOILS
Improved Agronomic Practices Grazing Intensity Restoration of Degraded Lands Reducing Deforestation
and Degradation
Nutrient Management Increased Productivity Livestock Management
Afforestation/Reforestation
Tillage/Residue Management Nutrient Management - Improved feeding practices
- Specific agents and dietary Forest Management to
Water Management Fire Management additives Increase Stand and
- Longer-term management Landscape-Level Carbon
Rice Management Species Introduction changes and animal breeding Density

Agro-Forestry Increasing Off-Site Carbon


Manure Management Stocks in Wood Products and
Land Cover (use) change Enhancing Product and
Bioenergy Fuel Substitution

- Residues from agriculture


- Dedicated energy crops
INDUSTRY

SECTOR INDUSTRY
ENERGY FUEL POWER MATERIAL CARBON
CATEGORY RENEWABLES
EFFICIENCY SWITCHING RECOVERY EFFICIENCY SEQUESTRATION
Energy Management Coal to Natural Cogeneration Biomass Recycling Oxy-Fuel
Systems Gas and Oil Combustion
Pre-Coupled Gas Biogas High Strength
Efficient Motor Waste Fuels Turbine Steel CO2 Separation
Systems Wind Turbines from Flue Gas
Biogas Pressure Recovery Reduction Process
Lighting and Turbine Hydropower Losses Hydrogen
HVAC Biomass Reduction
Hydrogen Recovery Biofuels Thinner Film and
Shoe Press Landfill Gas Coating Oxygen Use in
Anaerobic Digestion Solar Drying Blast Furnaces
Efficient Drying Increased Efficiency
Gasification Solar Cooling Transport Sector Application to
Refinery Gas Ammonia,
Waste Energy Solar Re-usable Containers Ethylene Oxide
Recovery Process Processes
Heat Closed Water Use
O2 Combustion in Kiln
Heat pumps
O2 Combustion

BIOLOGI
27
TEKNOLOGI PENANAMAN
VERTIKAL KE ARAH
PERTANIAN LESTARI

28 BIOLOGI
AKTIVITI 1

Objektif

i. Mengenal pasti kesan pertambahan populasi dunia kepada bidang pertanian dan alam
sekitar (tanaman dan ternakan).
ii. Menyediakan peta minda dalam kumpulan pembelajaran koperatif (cooperative) untuk
menggambarkan hubungan sebab-akibat dengan bersandarkan kepada fakta sebenar.
iii. Menerangkan keperluan meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan sebagai strategi untuk
mengelakkan kekurangan makanan disebabkan oleh pertambahan populasi dunia dalam
menangani masalah ini.

Latar Belakang

Pertumbuhan populasi manusia adalah suatu keadaan yang memberi impak kepada
persekitaran dan masyarakat. Sektor Pertanian dan Perhutanan adalah salah satu sektor yang
banyak memberi kesan terhadap alam sekitar. Aktiviti pertanian seperti penerokaan hutan
untuk tujuan pertanian secara besar-besaran, penggunaan racun dan baja, perikanan yang
berlebihan adalah contoh-contoh aktiviti manusia yang mengganggu ekologi dan diversiti alam
sekitar. Melalui aktiviti ini, kita dapat memahami kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
pada masa akan datang, seiring dengan pertambahan populasi dunia. Aplikasi TH dalam Sektor
Pertanian dan Perhutanan melalui kategori Pengurusan Tanah Pertanian menggunakan kaedah
Amalan Pertanian yang Lebih Baik perlu diterapkan dan dipertingkat bagi memastikan kelestarian
alam.

Glosari

Agronomi – Cabang sains yang melibatkan pengurusan tanah pertanian dan pengeluaran hasil
pertanian.

Amalan Pertanian yang Lebih Baik – Amalan pertanian yang efisien dan lestari dalam
meningkatkan mutu dan hasil pertanian.

Sektor Pertanian dan Perhutanan – Merupakan salah satu sektor daripada tujuh sektor utama
TH; melibatkan pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan
perhutanan.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

Penggunaan ICT / kertas mahjung dan pen penanda (marker pen).

BIOLOGI 29
Kaedah

i. Tonton video ringkas berkenaan pertambahan populasi penduduk dunia yang disediakan
oleh guru.
ii. Bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang ahli bagi satu kumpulan.
iii. Dalam kumpulan anda, gunakan tajuk “10 Bilion Penduduk Dunia” untuk membina peta
minda. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan peta minda yang menarik.
iv. Bincangkan impak pertambahan populasi dunia terhadap aktiviti pertanian. Lukis anak
panah untuk menunjukkan perkaitan antara sebab dan akibat pertambahan populasi dunia
kepada aktiviti pertanian.
v. Setiap kumpulan harus melantik seorang wakil untuk memberi penerangan tentang peta
minda yang telah dibina. Manakala ahli kumpulan yang lain dikehendaki bergerak dari satu
kumpulan ke kumpulan yang lain untuk melihat dan mencatat komen-komen yang membina
berdasarkan peta konsep kumpulan-kumpulan tersebut (kaedah gallery walk).
vi. Setelah selesai sesi gallery walk, anda dikehendaki kembali semula ke kumpulan
masing-masing dan bincangkan soalan perbincangan.
vii. Setelah selesai, anda dikehendaki untuk berbincang dengan guru dan seluruh kelas tentang
soalan perbincangan tersebut.

Soalan Perbincangan

i. Adakah anda bersetuju dengan hubungan sebab-akibat yang dinyatakan dalam peta minda
rakan anda? Berikan alasan anda.
ii. Adakah terdapat pola yang berkaitan dengan hubungan sebab-akibat yang dapat
diperhatikan bagi setiap peta minda yang dipamerkan?
iii. Gabungkan idea dalam peta minda daripada setiap kumpulan bagi menggambarkan
keseluruhan idea yang lebih kompleks.
iv. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelak atau membantu
mengurangkan impak pertambahan populasi seperti yang dibincangkan.

Kesimpulan

Berdasarkan aktiviti ini, apakah kesimpulan yang boleh dibuat oleh kumpulan anda berkaitan
dengan kesan pertambahan populasi dunia kepada pertanian? Kaitkan aktiviti ini dengan
konsep TH yang anda gunakan dalam perbincangan kumpulan.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Saintis Alam Sekitar


• Saintis Pertanian dan Makanan
• Ahli Agronomi Lestari (Sustainability Agronomist)

30 BIOLOGI
Sumber Rujukan

i. Overpopulation: A Growing Problem (Infographic)


https://youtu.be/CAUVGYz3pZw
ii. Overpopulation and Our Environment
https://www.youtube.com/watch?v=B7lrCMoZKUU
iii. The Effect of Overpopulation
http://www.everythingconnects.org/overpopulation-effects.html
iv. The Effects of Overpopulation
https://www.youtube.com/watch?v=l7wiU_o4UlA
v. United Nations, Department of Economic and Social Affairs, Population
Division (2017).
World Population Prospects: The 2017 Revision, Key Findings and Advance Tables.
Working Paper No.ESA/P/WP/248

BIOLOGI 31
AKTIVITI 2

Objektif

i. Memperkenalkan kaedah penanaman vertikal sebagai salah satu aplikasi TH.


ii. Menerapkan cara-cara meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan melalui
kaedah pertanian vertikal.

Latar Belakang

Pertanian vertikal (vertical farming) adalah amalan pertanian dalam susunan menegak atau pada
permukaan condong sama ada di dalam atau di luar bangunan tertutup (Rujuk Gambar 1 dan 2).
Aktiviti pertanian vertikal ini kebiasaannya turut menggunakan teknologi Controlled-Environment
Agriculture (CEA) iaitu semua faktor persekitaran tidak akan menjejaskan tanaman. Dengan
teknologi ini, tumbuhan boleh ditanam dalam persekitaran terkawal misalnya mengikut suhu dan
kelembapan yang dikehendaki. Aplikasi TH dalam bidang pertanian seperti Amalan Pertanian
yang Lebih Baik dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan dapat mengurangkan kesan negatif
aktiviti pertanian kepada alam sekitar dan secara tidak langsung turut melibatkan pengurangan
penebangan dan kemusnahan hutan. Aktiviti pertanian vertikal secara tidak langsung dapat
Mengurangkan Penebangan dan Kemusnahan Hutan dalam kategori Perhutanan. Dengan
menggunakan pengetahuan murid dalam topik fotosintesis, satu kajian tentang penanaman vertikal
akan dijalankan untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah pertanian di kawasan bandar.

Gambar 1
Pertanian Vertikal di Singapura

32 BIOLOGI
Gambar 2
Ladang Vertikal di Pennsylvania, AS

Glosari

Pengurusan Tanah Pertanian – Kategori dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan yang
melibatkan pengurusan tanah pertanian secara lestari iaitu mengurangkan pelepasan gas rumah
hijau tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Ia turut melibatkan amalan pengurusan
tanah yang dapat meminimumkan kehilangan nutrien tanah dengan memelihara kesuburan serta
aktiviti biologi tanah melalui penggunaan mikroorganisma serta menggunakan kaedah yang sesuai
seperti penanaman kekacang dan penggiliran tanaman.

Pertanian Vertikal – Pertanian vertikal adalah satu teknologi pertanian berskala besar yang
melibatkan penanaman dalam bangunan di kawasan bandar. Pertanian vertikal merupakan
strategi intensif yang menggunakan teknik canggih seperti hidroponik dan aeroponik untuk
menghasilkan tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran secara berterusan yang dapat
memenuhi keperluan penduduk di kawasan tersebut.

Sektor Pertanian dan Perhutanan – Merupakan salah satu sektor daripada tujuh sektor utama
TH; melibatkan pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan
perhutanan.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

Video dan artikel tentang pertanian vertikal, contohnya :

i. The Future of Vertical Farming : Sustainable Gardens, Sustainable Agriculture:


https://www.youtube.com/watch?v=fnFwkYyy3kA
ii. Vertical Organic Urban Farming:
https://www.youtube.com/watch?v=MPvgkZhrWUA
iii. Vertical Farms Solve Land Problem :
https://www.youtube.com/watch?v=cY7O5YNxKuI

BIOLOGI 33
iv. Vertical Farming : The Future of Food Energy
https://www.youtube.com/watch?v=VvuJRgKaumQ
v. The Vertical Farm :
http://www.verticalfarm.com/
vi. How Vertical Farming is Revolutionizing the Way We Grow Food :
http://io9.gizmodo.com/how-vertical-farming-is-revolutionizing-the-way-we-grow-1730550597

Kaedah

i. Tonton video ringkas berkenaan pertanian vertikal yang disediakan guru.

ii. Bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang ahli bagi satu kumpulan.
Bincangkan tentang kesesuaian menjalankan projek pertanian vertikal di Bandaraya Kuala
Lumpur yang tinggi kepadatan penduduknya dan jauh dari kawasan pertanian.

iii. Tulis satu kertas kerja dalam kumpulan masing-masing. Anda diberi masa selama 1 minggu
untuk menjalankan kajian tentang aktiviti pertanian vertikal.

iv. Kertas kerja perlu menerangkan perkara berikut:


• Penerangan tentang pertanian vertikal dan langkah untuk menjalankan projek.
• Keperluan tanaman untuk tumbesaran.
• Menerangkan tentang keadaan fizikal tumbuhan yang ditanam menggunakan prinsip dan
teknik penanaman vertikal berpandukan pengetahuan fotosintesis sedia ada.
• Menyatakan faktor-faktor yang dapat membantu tanaman tumbuh dengan baik dalam
bangunan yang tertutup.
• Kebaikan dan keburukan pertanian vertikal.
• Faedah daripada pertanian vertikal.
• Golongan yang akan terkesan jika pertanian vertikal dijalankan di Bandaraya Kuala
Lumpur.
• Kesesuaian penanaman vertikal untuk dijalankan di Bandaraya Kuala Lumpur yang tinggi
kepadatan penduduknya.
• Nyatakan pandangan anda jika anda mempunyai pendapat berbeza tentang pelaksanaan
pertanian vertikal di Kuala Lumpur (pandangan anda harus disokong dengan hujah dan
contoh yang bersesuaian).

v. Serahkan kertas kerja kumpulan masing-masing kepada guru untuk penilaian.

Soalan Perbincangan

i. Bagaimanakah teknologi pertanian vertikal dalam pertanian dapat membantu dalam


menangani krisis makanan dunia?
ii. Bagaimanakah pertanian vertikal dapat membantu menangani kesan negatif pertanian
terhadap alam sekitar?
iii. Bagaimanakah pertanian vertikal dapat membantu dalam bidang kesihatan?

34 BIOLOGI
Kesimpulan

Berdasarkan aktiviti ini, apakah kesimpulan yang boleh dibuat oleh kumpulan anda berkaitan
dengan pelaksanaan pertanian vertikal di Bandaraya Kuala Lumpur? Kaitkan aktiviti ini dengan
konsep TH.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Saintis Alam Sekitar


• Saintis Pertanian dan Makanan
• Ahli Agronomi Lestari (Sustainability Agronomist)
• Usahawan Tani Moden

Sumber Rujukan

i. How Vertical Farming Is Revolutionizing The Way We Grow Food


http://io9.gizmodo.com/how-vertical-farming-is-revolutionizing-the-way-we-grow-
1730550597
ii. Pennsylvania builds world’s largest vertical farm
https://sourceable.net/pennsylvnia- builds-worlds-biggest-vertical-farm/
iii. The Future of Vertical Farming: Sustainable Gardens, Sustainable Agriculture
https://www.youtube.com/watch?v=fnFwkYyy3kA
iv. The Vertical Farm
http://www.verticalfarm.com/
v. Vertical Farming: The Future of Food Energy
https://www.youtube.com/watch?v=VvuJRgKaumQ
vi. Vertical Farms Solve Land Problem
https://www.youtube.com/watch?v=cY7O5YNxKuI
vii. Vertical Organic Urban Farming
https://www.youtube.com/watch?v=MPvgkZhrWUA

BIOLOGI 35
AKTIVITI 3

Objektif

i. Menjalankan Projek Green Wall dalam Taman Sumber Sains atau kawasan sekolah
menggunakan bahan terpakai.
ii. Memupuk sikap menghargai tumbuhan dalam kalangan murid melalui aktiviti Taman
Vertikal.

Latar Belakang

Taman Vertikal atau dinding hijau (Green Wall) adalah dinding yang sebahagian atau sepenuhnya
dilitupi oleh tumbuhan. Taman Vertikal boleh dilaksanakan sama ada di luar atau di dalam bangunan,
melekat pada dinding sedia ada serta terdapat dalam pelbagai saiz (Rujuk Gambar 3 dan 4).
Kebanyakan dinding hijau atau Taman Vertikal ini dijumpai di kawasan bandar dan berfungsi untuk
menurunkan suhu bangunan. Punca utama peningkatan haba di bandar-bandar disebabkan oleh
proses insolasi iaitu penyerapan sinaran suria oleh jalan raya serta bangunan di bandar. Haba ini
akan tersimpan dalam bahan binaan bangunan. Dengan adanya dinding hijau, proses transpirasi
oleh tumbuhan akan menyebabkan suhu permukaan dinding tidak akan naik dengan tinggi. Oleh
itu, penanaman tumbuhan di dinding luar bangunan dilihat sebagai alternatif untuk mengawal suhu
bangunan di kawasan bandar di samping mengurangkan kesan Pulau Haba Bandar. Taman Vertikal
dalam bangunan dapat memberikan kualiti udara yang lebih bersih sekaligus menyerap toksin
berbahaya seperti formaldehid dan benzena daripada perabot untuk mengekalkan suasana kondusif
di dalam sesebuah bangunan. Taman Vertikal turut memberi ketenangan minda kepada mereka
yang melihatnya. Projek Taman Vertikal yang dijalankan di sekolah secara tidak langsung dapat
memupuk peribadi murid untuk mengamalkan sikap menghargai tumbuhan dan alam semula jadi.
Aktiviti ini mengaplikasikan Sektor Bangunan berdasarkan kategori Kualiti Persekitaran Dalaman
dan kategori Sampul Bangunan. Penggunaan bahan terpakai dalam pelaksanaan Taman Vertikal
adalah berdasarkan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

Gambar 3
Dinding Hijau di Ben’s, Publika

36 BIOLOGI
Gambar 4
Dinding Hijau di EcoSky, Kuala Lumpur

Glosari

Bangunan Hijau – Bangunan hijau adalah bangunan yang memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga
bangunan seperti pencahayaan siang, penyejukan bangunan dan ventilasi.

Insolasi – Sinaran suria yang diterima di permukaan bumi.

Kecekapan Tenaga – Kecekapan tenaga dalam bangunan boleh ditakrifkan sebagai penggunaan
jumlah minimum tenaga untuk pemanasan, pendinginan, pencahayaan dan kelengkapan yang
diperlukan untuk mengekalkan keadaan kondusif dalam sesebuah bangunan.

Kualiti Persekitaran Dalaman (Indoor Environmental Quality, IEQ) – Merujuk kepada kualiti
persekitaran dalam sesebuah bangunan dan merupakan komponen penting dalam konteks
bangunan mesra alam yang akan menentukan tahap kualiti kesihatan dan kesejahteraan penghuni
di dalam bangunan tersebut. IEQ ditentukan oleh banyak faktor termasuk pencahayaan, kualiti
udara dan kelembapan.

Penebat Haba – Penebat haba dalam bangunan merupakan faktor penting untuk mencapai
keselesaan bagi penghuninya. Penebat mengurangkan penggunaan tenaga dalam bangunan
dengan mencegah pertambahan atau kehilangan haba melalui sampul bangunan (thermal
envelope).

Pulau Haba Bandar (PHB) – Merujuk kepada fenomena mikroiklim bandar yang mempunyai
purata suhu lebih panas berbanding dengan kawasan pinggiran dan luar bandar yang disebabkan
oleh aktiviti manusia.

Sampul Bangunan – Sampul bangunan merupakan komponen bangunan yang mengawal


pergerakan tenaga di antara permukaan luar bangunan dengan permukaan dalam bangunan. Ia
memainkan peranan penting dalam melindungi pengguna dan bangunan itu sendiri. Sesebuah
sampul bangunan yang baik mestilah menyeimbangkan suhu, haba terma dan kelembapan pada
waktu siang dan malam.

BIOLOGI 37
Sektor Bangunan – Menerima pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

Bergantung kepada projek yang akan dijalankan oleh murid. Kebiasaannya projek menggunakan
botol plastik terbuang dan diguna semula untuk penanaman pokok kecil. Murid digalakkan untuk
menggunakan prinsip TH seperti penggunaan bahan kitar semula, penggunaan air hujan yang
ditakung dan baja kompos mesra alam.

Kaedah

i. Tonton klip video ringkas berkaitan projek Taman Vertikal yang ditayangkan oleh guru anda.
ii. Bentukkan satu kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang ahli bagi satu kumpulan.
iii. Kumpul maklumat tentang projek penanaman vertikal daripada pelbagai sumber seperti
internet atau majalah.
iv. Bincangkan dalam kumpulan anda tentang teknik dan bahan yang akan digunakan untuk
menjalankan Projek Green Wall mengikut kreativiti masing-masing.
v. Hasilkan satu kertas kerja projek sebelum menjalankan projek.
vi. Jalankan projek selama 4 minggu di bawah penyeliaan guru (lihat Gambar 5 sebagai
contoh).
vii. Di akhir projek, setiap kumpulan akan membawa guru dan rakan-rakan untuk melawat
Taman Vertikal masing-masing dan guru akan menilai hasil kerja setiap kumpulan.

Gambar 5
Contoh Projek Taman Vertikal

38 BIOLOGI
Soalan Perbincangan

i. Cadangkan aplikasi TH yang dapat diterapkan semasa penanaman tumbuhan bagi projek
ini.
ii. Bincangkan kebaikan Taman Vertikal kepada alam sekitar terutamanya di kawasan bandar
raya.

Kesimpulan

Berdasarkan aktiviti ini, apakah kesimpulan yang boleh dibuat oleh kumpulan anda berkaitan
dengan projek Taman Vertikal ini? Kaitkan aktiviti ini dengan konsep TH.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Arkitek Landskap
• Jurutera Bangunan Hijau
• Perancang Bandar Hijau

Sumber Rujukan

i. 39 Insanely Vertical Garden


http://www.buzzfeed.com/marcelle/39-insanely-cool-vertical-gardens
ii. How To Build Vertical Garden Using Soda Bottles
http://www.wikihow.com/Build-a-Vertical-Garden-from-Soda-Bottles
iii. How To Make A Hanging Disposable Bottle Garden
https://www.youtube.com/watch?v=CHago_djZiw
iv. Singapore’s First Commercial Vertical Farm, Urban Growth.
http://www.urban-growth.com/ 2013/04/Singapores vertical-urban-farm.html
v. Tanaman Vertikal Dari Botol Plastik Terbuang
https://www.youtube.com/watch?v=JT_9M5earLA
vi. The Green Wall – Educational Vertical Garden Bottle System Project
https://www.youtube.com/watch?v=UCtAQOP3xuk

BIOLOGI 39
MEMAHAMI IMPAK
MIKROORGANISMA
KE ATAS SISA UNTUK
KEHIDUPAN YANG
LESTARI

40 BIOLOGI
AKTIVITI 4

Objektif

Mengitar semula sisa dapur seperti kulit buah-buahan, kulit telur, air sisa basuhan beras dan
makanan yang sudah melepasi tarikh luput untuk menghasilkan baja semula jadi atau penggalak
pertumbuhan tanaman.

Latar Belakang

Bahan buangan dari dapur yang dibuang begitu sahaja akan mencemarkan alam sekitar lebih-
lebih lagi jika bahan buangan ini tidak diurus dengan baik. Sisa dari dapur yang tidak diurus dengan
baik turut menghasilkan bau yang busuk. Bahan buangan dapur seperti sisa sayur-sayuran, buah-
buahan, kulit telur, roti, dan lain-lain boleh ditukar menjadi bahan yang berguna kepada tanaman.
Sektor TH yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melibatkan
kategori Pengasingan dan Kitar Semula. Secara spesifiknya, aktiviti ini melibatkan Kitar Semula
Bahan Buangan.

Glosari

Kitar Semula Bahan Buangan – Proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan
bahan baharu bertujuan mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan
mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke
tapak pelupusan sebagai sisa.

Pengasingan dan Kitar Semula – Tindakan mengasingkan dan memanfaatkan semula sisa
domestik sebelum dihantar ke tapak pelupusan. Sisa dipisahkan mengikut jenis bahan dan diubah
menjadi bahan baharu yang berguna.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

BIOLOGI 41
Bahan dan Peralatan

i. 4 keping Roti yang sudah melepasi tarikh luput


ii. 500 g Kulit buah pisang / limau / nanas
iii. 4 - 5 biji Kulit telur
iv. 250 g Gula merah
v. 2 sudu Cuka epal
vi. 1 botol Minuman susu kultur
vii. 1500 ml Air beras

Kaedah

i. Pembentukan Kumpulan
• Anda perlu membentuk kumpulan dengan 4 orang ahli dalam setiap kumpulan.

ii. Pengenalan
• Analisis gambar-gambar berikut :

Gambar 6
Sisa dapur dan pelbagai jenis sisa dalam tong sampah

iii. Bincangkan :
• Mengapakah mengasing sisa adalah penting sebelum sisa dikitar semula?
• Apakah kepentingan untuk mengitar semula bahan buangan daripada dapur?
• Jelaskan keburukan bahan sisa dapur yang tidak diurus dengan baik kepada manusia.

iv. Pelan Projek


Setiap kumpulan perlu :
• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh: melantik ketua kumpulan,
pencatat dan sebagainya.
• Mencari maklumat daripada pelbagai laman web dan merangka pelan tindakan untuk
mengatasi masalah timbunan sisa dapur yang tidak diasingkan dengan mengaitkannya
dengan TH iaitu Sektor Sisa dan Pengurusan Sisa, kategori Pengasingan dan Kitar
Semula.
• Merangka pelan tindakan untuk membuat baja semula jadi berbentuk cecair dan
membuktikan bahawa baja semula jadi berbentuk cecair yang dihasilkan daripada sisa
dapur ini lebih baik daripada baja kimia.
• Membina hipotesis dan menentukan pemboleh ubah bagi aktiviti ini.
• Hasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

42 BIOLOGI
v. Tugasan Projek
Setiap kumpulan perlu :
• Berbincang untuk melaksanakan projek penghasilan baja semula jadi berbentuk cecair
dengan menggunakan pelan yang telah anda persetujui bersama dan mengikut
pembahagian tugas yang telah ditetapkan.
• Berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dengan menentukan pemboleh
ubah.

vi. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut :
• Tajuk
• Hipotesis
• Bahan / Peralatan
• Prosedur
• Pemerhatian
• Analisis Pemerhatian
• Kesimpulan
• Setiap kumpulan boleh membuat pembentangan projek ini dengan menggunakan
persembahan slaid atau tayangan rakaman video.
• Masa untuk mendapatkan hasil yang baik bagi projek ini ialah 7 hari (seminggu).

Pemerhatian

i. Nyatakan pemerhatian anda untuk jenis sisa yang bagus dan menyumbang kepada
pembiakan bakteria dengan baik melalui Pengasingan dan Kitar Semula.
ii. Nyatakan pemerhatian yang anda dapati untuk dijadikan sebagai bukti bahawa baja semula
jadi yang anda cipta telah berjaya dihasilkan.
iii. Nyatakan perbezaan lebar daun dan ketinggian tanaman yang anda gunakan sebagai
sampel kajian mengikut setiap pemboleh ubah yang anda telah tetapkan.

Soalan Perbincangan

i. Mengapakah mengasing sisa mengikut jenis sisa adalah penting sebelum sisa-sisa itu
dikitar semula?
ii. Bincangkan kesan pengumpulan sisa dapur yang tidak diurus dengan baik ke atas
kesihatan manusia dan alam sekitar.
iii. Apakah peranan kulit pisang, kulit limau dan kulit nanas dalam aktiviti ini?
iv. Apakah peranan cuka epal dan gula merah?
v. Apakah kebaikan menggunakan air sisa basuhan beras dalam aktiviti ini?
vi. Pada pendapat anda, adakah aktiviti yang dijalankan membantu dalam TH? Bagaimana?
Apakah impaknya pada masyarakat?

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang pengasingan sisa
dapur untuk dijadikan baja semula jadi berbentuk cecair dengan membuat perhubungan
dengan fungsi mikroorganisma. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor TH yang diaplikasikan.

BIOLOGI 43
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pakar Alam Sekitar


• Pengurus Kelestarian

Sumber Rujukan

i. Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah


http://www.kebunbandar.com/cara-buat-baja-organik-cecair-baja-buah/
ii. Importance of Lactobacilli in Food and Feed Biotechnology – Science Direct
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0923250810000549

44 BIOLOGI
AKTIVITI 5

Objektif

Merawat air sisa dan enapcemar dalam sistem saliran seperti longkang di kawasan kantin sekolah
dan kawasan perumahan dengan menggunakan serum bakteria Lactobacillus sp.

Latar Belakang

Menyingkirkan bahan enapcemar pada longkang dengan menggunakan cecair atau serbuk pencuci
kimia memerlukan masa dan tenaga malah hasil cucian juga tidak memberangsangkan kecuali jika
disental dengan bersungguh-sungguh. Dengan menggunakan semburan serum Lactobacillus sp.,
enapcemar boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa kudrat manusia. Selain dapat merawat air sisa,
kaedah ini juga bersifat mesra alam. Sektor TH yang berkaitan dengan aktiviti ini ialah Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa dengan menggunakan kategori Rawatan Air Sisa dan Enapcemar.

Glosari

Air Sisa – Sebarang jenis air yang sudah berubah kualitinya disebabkan oleh aktiviti manusia
contohnya air kumbahan dari kawasan perumahan, industri, bandar, pertanian, penternakan dan
pembalakan.

Enapcemar – Bahan pencemar yang melekat pada tebing sungai, parit dan dinding longkang.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

i. 1 cawan Beras berkanji


ii. 300 g Gula merah
iii. 1 L Susu UHT / segar
iv. 1500 ml Air tanpa klorin / air bertapis / air hujan / air suling
v. 2 unit Balang kecil 1.5 L
vi. 1 unit Balang besar 2.5 L
vii. 1 unit Penapis teh

BIOLOGI 45
Kaedah

i. Pembentukan Kumpulan
• Anda perlu membentuk kumpulan dengan 4 orang ahli dalam setiap kumpulan.

ii. Pengenalan
• Analisis gambar berikut :

Gambar 7
Enapcemar pada dinding longkang

iii. Bincangkan :
• Mengapakah air sisa dan enapcemar dalam longkang perlu dirawat?
• Apakah kaedah yang biasa dijalankan untuk mencuci enapcemar degil dalam longkang?
• Apakah kesan jangka panjang sekiranya cecair pencuci kimia sering digunakan untuk
mencuci longkang tersebut?
• Adakah anda mengetahui bahawa terdapat bakteria baik yang boleh membantu
membersihkan enapcemar degil pada dinding longkang?

iv. Pelan Projek


Setiap kumpulan perlu :
• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh : melantik ketua
kumpulan, pencatat dan sebagainya.
• Mencari maklumat daripada pelbagai laman web dan merangka pelan tindakan untuk
mengatasi masalah enapcemar pada dinding longkang seterusnya mengaitkannya
dengan TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, kategori Rawatan Air Sisa dan
Enapcemar.
• Merangka pelan tindakan untuk menghasilkan bahan pencuci yang terdiri daripada
mikroorganisma efektif iaitu serum Lactobacillus sp. yang boleh berfungsi sebagai bahan
pencuci enapcemar secara semula jadi.
• Membina hipotesis dan menentukan pemboleh ubah bagi aktiviti ini.

v. Tugasan Projek
Setiap kumpulan perlu :
• Berbincang untuk melaksanakan projek penghasilan serum Lactobacillus sp. yang boleh
bertindak sebagai bahan pencuci enapcemar dengan menggunakan pelan yang
telah dipersetujui bersama dan mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.
• Berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dengan menentukan pemboleh
ubah terlebih dahulu.

46 BIOLOGI
vi. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut :
• Tajuk
• Hipotesis
• Bahan / Peralatan
• Prosedur
• Pemerhatian
• Analisis Pemerhatian
• Kesimpulan
• Setiap kumpulan boleh membuat pembentangan projek ini dengan menggunakan
persembahan slaid atau tayangan rakaman video.
• Masa untuk setiap kumpulan menyiapkan projek dan mendapatkan hasil yang baik
ialah lebih kurang 14 hari (2 minggu).

Pemerhatian

i. Perhatikan lapisan-lapisan yang terbentuk selepas seminggu air basuhan beras diperam.
ii. Perhatikan warna serum Lactobacillus sp. yang dihasilkan.
iii. Perhatikan sama ada terdapat perubahan dari segi ketebalan enapcemar sebelum rawatan
dan selepas rawatan dengan serum Lactobacillus sp.

Soalan Perbincangan

i. Mengapakah air bebas klorin digunakan dalam penyediaan serum Lactobacillus sp.?
ii. Bagaimanakah serum bakteria Lactobacillus sp. bertindak untuk mengurangkan enapcemar
pada longkang?
iii. Pada pendapat anda, adakah aktiviti yang dijalankan membantu dalam TH? Apakah sektor
dalam TH yang diguna pakai?

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang keupayaan bahan
pencuci semula jadi yang terdiri daripada mikroorganisma efektif yang terdapat dalam serum
Lactobacillus sp. dalam menanggalkan kesan enapcemar dalam longkang. Kaitkan aktiviti ini
dengan sektor dan kategori dalam TH yang diaplikasikan.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pegawai Penyelidik Mikrob


• Jurutera Alam Sekitar

Sumber Rujukan

i. Lactobacillus Serum – The Unconventional Farmer


http://theunconventionalfarmer.com/recipes/lactobacillus-serum/
ii. MOL (Mikro Organisma Lokal) – Cara Membuat & Menggunakannya
http://www.tinohtin.com/2015/08/cara-pembuatan-penggunaan-mol.html

BIOLOGI 47
AKTIVITI 6

Objektif

Menjelaskan cara Lactobacillus sp. meningkatkan kadar proses pereputan sisa dalam pembuatan
kompos.

Latar Belakang

Penggunaan bahan kimia dalam bidang pertanian dapat memberi impak dengan memendekkan
tempoh penuaian. Walau bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, bahan kimia ini akan
meninggalkan sisa toksik dalam tanah. Kesannya, kualiti tanah akan menurun sekaligus menjejaskan
kualiti hasil tuaian. Lama-kelamaan, petani terpaksa menggunakan bahan kimia yang lebih pekat,
kerap atau pelbagai. Salah satu cara yang selamat untuk menjamin keseragaman dan kualiti medium
penanaman yang digunakan adalah dengan menggunakan baja kompos. Baja kompos ialah bahan
organik yang telah reput. Membuat baja kompos daripada bahan buangan organik bukan sahaja
dapat mengurangkan sisa dan sampah, malah dapat menyuburkan tanah. Sektor TH yang berkaitan
dengan aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa sementara kategori yang dirujuk ialah
Rawatan dan Pemprosesan yang melibatkan Proses Biologi iaitu Sisa kepada Baja.

Glosari

Pengurusan Sisa – Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau


pembuangan, dan pengawasan bahan sisa. Pengurusan sisa boleh membabitkan pepejal, cecair,
gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya berbeza-beza.

Proses Biologi – Satu proses tindak balas kimia yang berlaku dalam organisma hidup.
Penghasilan kompos merupakan salah satu proses biologi yang melibatkan proses penguraian
(pereputan) bahan sisa organik semula jadi seperti sisa tumbuhan, kertas dan sisa makanan
menjadi bahan baharu yang berfaedah kepada kehidupan dan alam sekitar.

Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan
yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa
termasuk pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa
menjadi bahan yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

48 BIOLOGI
Bahan dan Peralatan

i. 1 kg Rumput kering
ii. 1 kg Rumput hijau
iii. 1 kg Sisa sayur-sayuran
iv. 1 kg Kulit buah-buahan
v. 10 biji Kulit telur
vi. 500 g Kertas
vii. 200 g Hampas teh dan kopi
viii. 300 g Serpihan sabut kelapa
ix. 2 sudu besar Kapur makan
x. 2 unit Bekas polistirena bersaiz besar
xi. 100 ml Serum Lactobacillus sp.
xii. 500 ml Air beras
xiii. 500 ml Gula merah
xiv. 500 g Tanah

Kaedah

i. Pembentukan Kumpulan
• Anda perlu membentuk kumpulan dengan 4 orang ahli dalam setiap kumpulan.

ii. Pengenalan
• Analisis gambar-gambar berikut :

Gambar 8
Sisa kebun dan sisa dapur

BIOLOGI 49
iii. Bincangkan :
• Apakah bahan yang berfaedah yang boleh dihasilkan daripada sisa-sisa yang
ditunjukkan?
• Apakah proses biologi yang penting dalam pembentukan bahan yang anda nyatakan?
• Bagaimanakah cara untuk mempercepatkan proses tersebut?
• Apakah faktor biotik yang boleh mempengaruhi kadar proses biologi tersebut?

iv. Pelan Projek


Setiap kumpulan perlu :
• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh : melantik ketua
kumpulan, pencatat dan sebagainya.
• Mencari maklumat daripada pelbagai laman web dan merangka pelan tindakan untuk
mengatasi masalah timbunan sisa dapur dan kebun dengan TH iaitu Sektor Pengurusan
Sisa dan Air Sisa melalui kategori Rawatan dan Pemprosesan (Sisa kepada Baja).
• Merangka pelan tindakan untuk menghasilkan baja kompos.
• Membina hipotesis dan menentukan pemboleh ubah bagi aktiviti ini.

v. Tugasan Projek
Setiap kumpulan perlu :
• Berbincang untuk melaksanakan projek untuk mempercepatkan kadar penghasilan baja
kompos dengan menggunakan pelan yang telah dipersetujui bersama dan mengikut
pembahagian tugas yang telah ditetapkan.
• Berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dengan menentukan pemboleh
ubah terlebih dahulu.

vi. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut :
• Tajuk
• Hipotesis
• Bahan / Peralatan
• Prosedur
• Pemerhatian
• Analisis Pemerhatian
• Kesimpulan
• Setiap kumpulan boleh membuat pembentangan projek ini dengan menggunakan
persembahan slaid atau tayangan rakaman video.
• Masa untuk setiap kumpulan menyiapkan projek ini dengan sempurna ialah lebih kurang
3 bulan.

Pemerhatian

• Rekodkan masa yang diambil untuk pembentukan kompos yang sempurna bagi setiap
kotak kompos. Pemerhatian dibuat dengan merekod masa pembentukan kompos paling
pantas. Kompos terbentuk dengan sempurna apabila semua bahan dalam bekas hancur
menjadi humus.

50 BIOLOGI
Soalan Perbincangan

i. Bincangkan peranan serum bakteria Lactobacillus sp. dalam proses pembuatan kompos.
ii. Senaraikan faktor-faktor lain yang anda ketahui dapat mempertingkatkan kadar pereputan
sisa dalam pembuatan kompos.
iii. Pada pendapat anda, adakah aktiviti yang dijalankan membantu dalam TH? Apakah sektor
dan kategori dalam TH yang diguna pakai?

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang keberkesanan
serum Lactobacillus sp. terhadap kadar pemprosesan sisa untuk menjadi baja kompos.
Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dan kategori dalam TH yang diaplikasikan.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pakar Perhubungan Awam dan Alam Sekitar


• Pengurus Kelestarian
• Guru Sekolah
• Pensyarah

Sumber Rujukan

i. Bokashi Composting System


http://eftepe.kabel1.cz/em/bokashi/bokashi-compost-jillvannortwick.pdf
ii. Bokashi – The Fermentation of Organic Wastes – Compost Guy
http://www.compostguy.com/bokashi-resource-page/

BIOLOGI 51
AKTIVITI 7

Objektif

Menghasilkan pelbagai saiz bebola tanah liat yang mengandungi ‘bokashi’ kertas surat khabar lama
dan serum Lactobacillus sp. bagi tujuan mengurangkan tahap pencemaran ekosistem akuatik.

Latar Belakang

Pertambahan bahan cemar dalam sungai akan meningkatkan nilai BOD air seterusnya menjejaskan
hidupan mikroorganisma akuatik. Penggunaan mikroorganisma efektif adalah sangat sesuai bagi
merawat air sungai yang tercemar kerana kehadiran mikrob yang bermanfaat ini dapat mengawal
pertumbuhan alga dengan cara mengurangkan nutrien dalam sungai. Sektor TH yang berkaitan
dengan aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pencegahan dan
Pengurangan iaitu Pengurangan Sisa Kertas.

Glosari

BOD (Biochemical Oxygen Demand) – Kuantiti oksigen terlarut yang diperlukan oleh mikroorganisma
pengurai untuk menguraikan bahan organik dalam ekosistem akuatik.

‘Bokashi’ – Bahan organik yang sudah mengalami proses fermentasi bagi tujuan menghasilkan
pembawa mikroorganisma baik.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke
tapak pelupusan sebagai sisa.

Pengurangan Sisa Kertas – Satu proses untuk mengurangkan sisa daripada semua jenis kertas.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

i. 500 ml Serum Lactobacillus sp.


ii. 2.5 kg Tanah liat
iii. 5 helai Surat khabar lama
iv. 1 unit Besen
v. 5 unit Plastik berzip
vi. 1 unit Dulang (tray)
vii. 500 ml Air gula merah (Molasses)
viii. 500 ml Air hujan / air tanpa klorin

52 BIOLOGI
Kaedah

i. Pembentukan Kumpulan
• Anda perlu membentuk kumpulan dengan 4 orang ahli dalam setiap kumpulan.

ii. Pengenalan
• Analisis gambar-gambar berikut :

Gambar 9
Beberapa batang sungai yang tercemar dan timbunan kertas surat
khabar lama

iii. Bincangkan :
• Apakah kesan buruk air sungai yang tercemar ke atas kehidupan akuatik?
• Namakan kaedah untuk menentukan tahap pencemaran air sungai.
• Apakah kaedah rawatan semula jadi yang anda ketahui untuk mengurangkan pencemaran
sungai?
• Namakan beberapa kaedah yang anda ketahui untuk mengurangkan sisa kertas.
• Bolehkah sisa kertas digunakan untuk merawat sungai tercemar? Jika boleh digunakan,
bagaimanakah caranya?

BIOLOGI 53
iv. Pelan Projek
Setiap kumpulan perlu :
• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh : melantik ketua
kumpulan, pencatat dan sebagainya.
• Mencari maklumat daripada pelbagai laman web dan merangka pelan tindakan
untuk mengatasi masalah pencemaran sungai secara semula jadi yang melibatkan
mikroorganisma dengan TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, kategori
Pencegahan dan Pengurangan (Pengurangan Sisa Kertas).
• Merangka pelan tindakan untuk menghasilkan bebola tanah liat yang mengandungi
‘bokashi’.
• Membina hipotesis dan menentukan pemboleh ubah bagi aktiviti ini dan menyediakan
kertas projek.

v. Tugasan Projek
Setiap kumpulan perlu :
• Berbincang untuk melaksanakan projek untuk mengurangkan tahap pencemaran air
sungai dengan menggunakan pelan yang telah dipersetujui bersama dan mengikut
pembahagian tugas yang telah ditetapkan.
• Berbincang untuk membuktikan hipotesis yang dibina dengan menentukan pemboleh
ubah terlebih dahulu.

vi. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut :
• Tajuk
• Hipotesis
• Bahan / Peralatan
• Prosedur
• Pemerhatian
• Analisis Pemerhatian
• Kesimpulan
• Setiap kumpulan boleh membuat pembentangan projek ini dengan menggunakan
persembahan slaid atau tayangan rakaman video.
• Masa untuk menyiapkan projek ini ialah lebih kurang 30 hari. Pemerhatian terhadap
keberkesanan produk yang dihasilkan bergantung pada kejayaan projek anda.

Pemerhatian

i. Rekodkan pemerhatian terhadap warna sampel air sungai sebelum rawatan dan selepas
rawatan.
ii. Rekodkan pemerhatian terhadap warna kertas litmus yang dicelupkan ke dalam sampel air
sungai sebelum dan selepas rawatan.
iii. Rekodkan nilai BOD sampel air sungai sebelum dan selepas rawatan.

Soalan Perbincangan

i. Terangkan kaedah menentukan nilai BOD dalam sampel air sungai.


ii. Apakah yang anda faham dengan nilai BOD air sungai?
iii. Bagaimana mikroorganisma efektif dalam bebola tanah liat itu dapat memperbaiki kualiti air
sungai yang tercemar? Jelaskan.
iv. Pada pendapat anda, adakah aktiviti yang dijalankan membantu dalam TH? Apakah sektor
dan kategori yang diguna pakai?

54 BIOLOGI
Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang keberkesanan
bebola tanah liat pelbagai saiz yang mengandungi ‘bokashi’ kertas surat khabar lama dalam
mengurangkan nilai BOD sampel air sungai yang tercemar. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor
dan kategori dalam TH yang diaplikasikan.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pegawai Penyelidik Mikrob


• Pakar Alam Sekitar
• Pengurus Kelestarian

Sumber Rujukan

i. Bokashi – The Unconventional Farmer


http://theunconventionalfarmer.com/natural-techniques/bokashi/
ii. Lactobacillus Serum – The Unconventional Farmer
http://theunconventionalfarmer.com/recipes/lactobacillus-serum/

BIOLOGI 55
ENZIM TEKNOLOGI HIJAU

56 BIOLOGI
AKTIVITI 8

Objektif

Menghasilkan eko-enzim daripada sisa buah-buahan bagi mengurangkan dan meminimumkan


sisa.

Latar Belakang

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan dapat menukar
sisa domestik terutamanya sisa buah-buahan kepada bahan yang berfaedah iaitu eko-enzim. Eko-
enzim yang dihasilkan melalui proses penapaian merupakan hasil semula jadi dan lebih selamat
untuk alam sekitar.

(Cadangan: Guna buah yang manis, tinggi kandungan gula dan kanji seperti manggis, rambutan
atau anggur.)

Glosari

Enzim – Sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindak
balas dalam tubuh badan manusia.

Fermentasi – Suatu proses penguraian zat daripada molekul kompleks menjadi molekul yang lebih
sederhana menggunakan enzim pengurai dan menghasilkan tenaga.

Larutan eko-enzim – Larutan yang dihasilkan daripada proses fermentasi sisa buangan oleh bakteria
semula jadi di persekitaran.

Mikroorganisma – Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang sedia wujud di persekitaran


dan memainkan peranan penting dalam menyokong dan mengekalkan keseimbangan alam semula
jadi dan kehidupan.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke
tapak pelupusan sebagai sisa.

Pengasingan dan Kitar Semula – Tindakan mengasingkan dan memanfaatkan semula sisa
domestik sebelum dihantar ke tapak pelupusan. Sisa dipisahkan mengikut jenis bahan dan diubah
menjadi bahan baharu yang berguna.

Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula
atau pembuangan, dan pengawasan bahan sisa dan air sisa. Frasa ini biasanya dikaitkan dengan
bahan yang dihasilkan oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk
mengurangkan kesannya pada kesihatan, persekitaran atau estetik. Pengurusan sisa dan air sisa
boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya
berbeza-beza.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

BIOLOGI 57
Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

i. 1 L Air
ii. 100 g Gula merah
iii. 300 g Kulit buah-buahan
iv. Botol atau tong plastik berpenutup berkapasiti 1.5 L

Kaedah

i. Permulaan
• Anda dikehendaki menonton klip video yang disediakan oleh guru anda. Bincangkan
soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru anda.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid dalam
satu kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Anda dikehendaki berbincang secara berkumpulan untuk menganalisis masalah yang
dikenal pasti daripada video. Kumpulkan maklumat berkaitan masalah ini daripada sumber
bacaan atau internet.
• Anda perlu membuat pengagihan tugas secara berkumpulan bagi menghasilkan eko-
enzim.
• Hasilkan satu kertas kerja projek sebelum memulakan projek anda.

iv. Tugasan Projek


• Anda dikehendaki berbincang secara berkumpulan bagi merangka langkah penghasilan
eko-enzim.
• Laksanakan projek anda seperti yang telah dirancang dalam kertas kerja projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil produk dengan menggunakan persembahan
slaid atau tayangan rakaman video.

Soalan Perbincangan

i. Apakah sumbangan yang telah anda lakukan apabila menghasilkan larutan eko-enzim?
ii. Bagaimana TH terlibat dalam proses penghasilan larutan eko-enzim?

58 BIOLOGI
Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan hasil aktiviti yang dijalankan dengan mengaitkan Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pencegahan dan Pengurangan.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Usahawan Hijau
• Pengurus Pelupusan Sisa dan Air Sisa
• Pekerja Pemuliharaan Alam Sekitar

Sumber Rujukan

i. Amano enzyme Inc. (2007). What is enzyme?


https://www.amano-enzyme.co.jp/eng/enzyme/about.html
ii. Choesf. (2009).Recipe For Homemade Citrus Enzyme Cleaner – Natural, Really Cheap
(Almost Free) & Effective!
http://happyhomemaker88.com/2009/05/02/recipe-for-homemade-citrus-enzyme-a-
natural-cheap-effective-all-purpose-cleaner/
iii. Green Pal. (2014). How to Make and Use Garbage Enzyme.
https://www.youtube.com/ watch?v=DGSh3OMvb_s
iv. Holmes FL (2003). “Enzymes”. In Heilbron JL. The Oxford Companion to the History
of Modern Science. Oxford: Oxford University Press.
v. Novozymes.(2015).Enzymes Are Fully Biodegradable.
http://www.novozymes.com/en/about-us/our-business/what-are-enzymes/pages/
default.aspx

BIOLOGI 59
AKTIVITI 9

Perhatian: Gunakan hasil larutan eko-enzim daripada Aktiviti 8.

Objektif

i. Menjalankan uji kaji mengesan pembersihan oleh detergen komersial dan eko-enzim.
ii. Membandingkan keberkesanan detergen komersial dengan eko-enzim.
iii. Menyedarkan murid tentang sumbangan yang boleh dilakukan dalam penjagaan alam
sekitar dengan menghasilkan bahan cuci daripada bahan semula jadi dan mesra alam.

Latar Belakang

Larutan eko-enzim yang dihasilkan dengan menggunakan sisa buah-buahan boleh memberi
sumbangan kepada Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Dalam aktiviti ini, eko-enzim yang
dihasilkan akan diuji. Kepentingan aktiviti ini adalah memastikan ujian yang dijalankan adalah adil
secara saintifik dan dapat membuktikan bahawa eko-enzim yang dihasilkan dapat menjadi bahan
pencuci. Eko-enzim yang dibuktikan berkesan akan memenuhi keperluan bagi Sektor Pengurusan
Sisa dan Air Sisa berdasarkan kategori Pencegahan dan Pengurangan (Penghasilan Lebih Bersih).

Glosari

Enzim – Sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindak
balas dalam tubuh badan manusia.

Fermentasi – Suatu proses penguraian zat daripada molekul kompleks menjadi molekul yang lebih
sederhana menggunakan enzim pengurai dan menghasilkan tenaga.

Larutan eko-enzim – Larutan yang dihasilkan daripada proses fermentasi sisa buangan oleh
bakteria semula jadi di persekitaran.

Mikroorganisma – Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang sedia wujud di


persekitaran dan memainkan peranan penting dalam menyokong dan mengekalkan keseimbangan
alam semula jadi dan kehidupan.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke
tapak pelupusan sebagai sisa.

Pengasingan dan Kitar Semula – Tindakan mengasingkan dan memanfaatkan semula sisa
domestik sebelum dihantar ke tapak pelupusan. Sisa dipisahkan mengikut jenis bahan dan diubah
menjadi bahan baharu yang berguna.

Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula
atau pembuangan, dan pengawasan bahan sisa dan air sisa. Frasa ini biasanya dikaitkan dengan
bahan yang dihasilkan oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk
mengurangkan kesannya pada kesihatan, persekitaran atau estetik. Pengurusan sisa dan air sisa
boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya
berbeza-beza.

60 BIOLOGI
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

i. Kain putih
ii. Gunting
iii. Gincu
iv. Kanji
v. Pes Kari
vi. 15 Bikar 200 ml
vii. 15 Rod kaca untuk mengacau larutan
viii. 3 jenis Larutan eko-enzim yang telah disediakan
ix. Detergen (sabun serbuk – 5 g dalam 1 L air)
x. Tisu dapur

Kaedah

i. Permulaan
• Anda dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru tentang eko-enzim.

ii. Penyiasatan
• Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid dalam
satu kumpulan.
• Anda perlu berbincang dan merancang dalam kumpulan untuk menjalankan
penyiasatan dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru bagi menguji
keberkesanan eko-enzim sebagai agen pencuci.
• Anda dikehendaki melaksanakan penyiasatan yang telah dirancang.

iii. Membina Pengetahuan


• Setiap kumpulan dikehendaki menterjemah dapatan penyiasatan dalam bentuk yang
ringkas di atas kertas mahjung dan dipamerkan di hadapan kelas.

iv. Perbincangan
• Anda dikehendaki membincangkan hasil penyiasatan daripada setiap kumpulan dan
membuat rumusan tentang keberkesanan eko-enzim sebagai agen pembersih dan
sumbangannya dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

v. Membuat Refleksi
• Anda dikehendaki membuat refleksi dengan merujuk kembali soalan yang dikemukakan
oleh guru dan seterusnya menjawab soalan perbincangan di bawah.

BIOLOGI 61
Soalan Perbincangan

i. Campuran larutan mana yang paling cepat menanggalkan kotoran?


ii. Adakah larutan detergen dapat melunturkan lemak, karbohidrat dan warna pes kari?
Mengapa?
iii. Di manakah semua larutan pencuci yang anda gunakan akan berakhir? Jangkakan perkara
yang akan berlaku.
iv. Apakah kesan penghasilan larutan eko-enzim dalam TH?
v. Adakah TH perlu untuk kehidupan sekarang? Mengapa?
vi. Darah pada kain sangat sukar dibersihkan. Jika kain yang terkena darah dibasuh dalam air
panas, protein akan melekat lebih kuat. Oleh itu darah mesti dibasuh dalam suhu 30°C.
• Apakah larutan yang sesuai digunakan untuk mencuci darah pada kain?
• Apakah kegunaan lain untuk larutan eko-enzim yang disediakan?
• Mengapa kain yang mempunyai darah mesti dibasuh pada suhu 30°C?
vii. Apakah keuntungan yang boleh diperoleh daripada penggunaan larutan eko-enzim semula
jadi?
viii. Bagaimana larutan eko-enzim boleh menyumbang dalam TH?
ix. Apakah kegunaan dan kebaikannya jika buah-buahan yang segar serta proses yang lebih
bersih dilakukan untuk membuat larutan eko-enzim?

Kesimpulan

Bincangkan kebolehan eko-enzim sebagai agen pembersih dan sumbangannya dalam Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Saintis Alam Sekitar


• Perunding Tanah yang Tercemar

Sumber Rujukan

i. Amano enzyme Inc. (2007). What is Enzyme?


https://www.amano-enzyme.co.jp/eng/enzyme/about.html
ii. Novozymes. (2015).Enzymes are Fully Biodegradable.
http://www.novozymes.com/en/about-us/our-business/what-arenzymes/pages/default.
aspx

62 BIOLOGI
AKTIVITI 10

Objektif

i. Merancang uji kaji keberkesanan eko-enzim sebagai pengurai minyak dan seterusnya dapat
membersihkan saliran secara mesra alam.
ii. Membuat rumusan bahawa enzim yang terdapat dalam eko-enzim boleh memecahkan
lemak gris kepada molekul-molekul kecil dan menjadikan proses pembersihan lebih
berkesan dan mesra alam.
iii. Mencadangkan kegunaan-kegunaan lain eko-enzim dan sumbangan eko-enzim dalam TH.

Latar Belakang

Penggunaan eko-enzim sebagai pembersih bahan berminyak dari longkang atau saliran,
contohnya di kawasan rumah atau kedai mengaplikasikan TH dalam Sektor Pengurusan Sisa dan
Air Sisa melalui kategori Rawatan dan Pemprosesan. Sisa buah-buahan apabila diolah melalui
proses fermentasi menjadi lebih berfaedah dan bermanfaat kepada kehidupan serta mesra
alam. Sisa buah-buahan yang diolah mengandungi enzim dan boleh memecahkan lemak serta
gris kepada molekul-molekul kecil sekaligus menjadikan proses pembersihan lebih berkesan.
Lemak dan gris yang telah bertukar menjadi molekul-molekul kecil lebih mudah mengalir dan
tidak menyumbatkan saliran bangunan. Selain itu, hasil kumbahan yang dirawat dengan eko-
enzim adalah lebih selamat dan mesra alam apabila dilepaskan ke dalam sistem saliran.

Glosari

Enzim – Sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindak
balas dalam tubuh badan manusia.

Fermentasi – Suatu proses penguraian zat daripada molekul kompleks menjadi molekul yang lebih
sederhana menggunakan enzim pengurai dan menghasilkan tenaga.

Larutan eko-enzim – Larutan yang dihasilkan daripada proses fermentasi sisa buangan oleh bakteria
semula jadi di persekitaran.

Mikroorganisma – Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang sedia wujud di persekitaran


dan memainkan peranan penting dalam menyokong dan mengekalkan keseimbangan alam semula
jadi dan kehidupan.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke
tapak pelupusan sebagai sisa.

Pengasingan dan Kitar Semula – Tindakan mengasingkan dan memanfaatkan semula sisa
domestik sebelum dihantar ke tapak pelupusan. Sisa dipisahkan mengikut jenis bahan dan diubah
menjadi bahan baharu yang berguna.

BIOLOGI 63
Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula
atau pembuangan, dan pengawasan bahan sisa dan air sisa. Frasa ini biasanya dikaitkan dengan
bahan yang dihasilkan oleh kegiatan manusia, dengan pengurusan sisa umumnya dilakukan untuk
mengurangkan kesannya pada kesihatan, persekitaran atau estetik. Pengurusan sisa dan air sisa
boleh membabitkan pepejal, cecair, gas, atau bahan radioaktif, dengan kaedah dan kepakarannya
berbeza-beza.

Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan
yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa termasuk
pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan
yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

i. 9 Botol mineral berkapasiti 500 ml


ii. Minyak gris
iii. Minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan
iv. Pencuci pinggan
v. Eko-enzim
vi. Minyak hitam motor

Kaedah

i. Permulaan
• Anda dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru tentang eko-enzim.

ii. Penyiasatan
• Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid dalam satu
kumpulan.
• Anda perlu berbincang dan merancang dalam kumpulan untuk menjalankan penyiasatan
fungsi eko-enzim bagi membersihkan bahan berminyak dari longkang atau saliran rumah
atau kedai.
• Anda dikehendaki melaksanakan penyiasatan yang telah dirancang.
• Rancang dan laksanakan eksperimen di dalam makmal yang boleh menguji
keberkesanan eko-enzim untuk mengelakkan longkang tersumbat dengan
menggunakan bahan dan peralatan yang disediakan.
• Catat pemerhatian berdasarkan perubahan yang berlaku.
• Buat kesimpulan berdasarkan dapatan yang dikumpul.

iii. Membina Pengetahuan


• Setiap kumpulan dikehendaki menterjemah hasil penyiasatan dalam bentuk yang ringkas
di atas kertas mahjung dan dipamerkan di hadapan kelas.

64 BIOLOGI
iv. Perbincangan
• Anda dikehendaki membincangkan hasil penyiasatan daripada setiap kumpulan dan
membuat rumusan tentang keberkesanan eko-enzim sebagai agen pembersih dan
sumbangannya dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Rawatan dan
Pemprosesan.

v. Membuat Refleksi
• Anda dikehendaki membuat refleksi dengan merujuk kembali soalan yang dikemukakan
oleh guru dan seterusnya menjawab soalan di bawah.

Soalan Perbincangan

i. Adakah eko-enzim dapat memecahkan gris? Mengapa?


ii. Apakah yang akan berlaku jika eko-enzim dimasukkan ke dalam sungai?
iii. Jelaskan perbezaan penggunaan detergen dengan eko-enzim dalam menjaga ekosistem
sungai dan saliran.
iv. Cadangkan penggunaan lain bagi eko-enzim yang dihasilkan.
v. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dibuat ke atas eko-enzim yang dihasilkan untuk
dikomersialkan.

Kesimpulan

Bincangkan hasil aktiviti dan laporkan. Dalam laporan anda, kaitkan peranan eko-enzim
sebagai penyumbang kepada Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Perunding Alam Sekitar


• Pengurus Pelupusan Sisa dan Air Sisa

Sumber Rujukan

i. Dr Lucy Lum. (2009). Making Your Home an Eco-Friendly Place.


https://www.youtube.com/watch?v=rAgPMPod2WQ
ii. S. C. David. (2001). The McGraw-Hill Recycling Handbook. Characterization of Waste
Streams, pg. 3.13. New York: McGraw Hill.

BIOLOGI 65
PENGAWETAN SISA
ORGANIK DALAM
TEKNOLOGI HIJAU

66 BIOLOGI
AKTIVITI 11

Objektif

Menghasilkan baja foliar daripada sisa dapur seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan manis
yang telah rosak atau busuk untuk digunakan sebagai penggalak tanaman sayur-sayuran.

Latar Belakang

Baja yang telah diekstrak daripada sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang telah layu atau rosak
ini bertindak sebagai penggalak tanaman (plant booster) pada tanaman sayur-sayuran. Kaedah
penghasilan baja foliar ini mengaplikasikan konsep osmosis dengan mengkaji kesan larutan hipertonik
terhadap sap sel tumbuhan. Larutan gula yang berkepekatan tinggi mampu memberhentikan
tindakan mikroorganisma pada sisa sayur-sayuran dan buah-buahan (seperti dalam pengawetan
penjerukan makanan) dan segala nutrien yang terdapat dalam sisa organik ini akan terkandung
dalam larutan gula. Hasil ekstrak ini akan dijadikan baja semburan pada daun sayur-sayuran. Baja
foliar yang dihasilkan adalah di bawah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan Sektor Pertanian
dan Perhutanan dalam TH.

Glosari

Baja Foliar – Baja jenis cecair yang digunakan pada daun tumbuhan.

Pengurusan Nutrien – Nutrien tambahan yang diberikan pada daun (sayur-sayuran) untuk
mempercepat pertumbuhan dan kematangannya.

Pengurusan Tanah Pertanian – Kategori dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan yang melibatkan
pengurusan tanah pertanian secara lestari iaitu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau tanpa
menjejaskan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Ia turut melibatkan amalan pengurusan tanah
yang dapat meminimumkan kehilangan nutrien tanah dengan memelihara kesuburan serta aktiviti
biologi tanah melalui penggunaan mikroorganisma serta menggunakan kaedah yang sesuai seperti
penanaman kekacang dan penggiliran tanaman.

Proses Biologi – Satu proses tindak balas kimia yang berlaku dalam organisma hidup.

Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan
yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa termasuk
pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan
yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Pertanian dan Perhutanan – Merupakan salah satu sektor daripada tujuh sektor utama TH;
melibatkan pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

BIOLOGI 67
Bahan dan Peralatan

i. 500 g Sayur-sayuran hijau yang telah rosak


ii. 500 g Buah-buahan manis yang telah rosak
iii. 1 kg Gula merah
iv. Air suling
v. 2 unit Pisau
vi. 2 unit Papan pemotong
vii. 1 unit Penapis
viii. 2 unit Bekas plastik bersama penutupnya
ix. 2 unit Botol reagen jernih
x. 1 unit Alat penimbang
xi. 2 unit Bikar 500 ml
xii. 1 unit Bikar 2000 ml
xiii. 1 unit Silinder penyukat
xiv. 1 unit Penunu Bunsen
xv. 1 unit Tungku kaki tiga

Gambar 10
Peralatan dan Bahan untuk Aktiviti 11

Kaedah

Anda perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga murid dalam setiap kumpulan.

i. Bincangkan soalan berkenaan :


• Apakah ciri-ciri buah-buahan dan sayur-sayuran yang rosak?
• Apakah yang menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut mudah menjadi
rosak? Terangkan.
• Apakah teknik pengawetan yang digunakan pada buah-buahan dan sayur-sayuran segar
untuk menjadikannya tahan lebih lama?
• Apakah kemungkinan yang akan berlaku pada alam sekitar dan kehidupan sekiranya
makanan yang rosak ini tidak diurus dengan baik?

ii. Penyiasatan
• Anda perlu berbincang dalam kumpulan dan mencari maklumat daripada internet untuk
cara menyediakan larutan gula hipertonik bagi sisa sayur-sayuran dan buah-buahan yang
disediakan. Daripada larutan gula hipertonik, hasilkan baja foliar semasa kelas.

68 BIOLOGI
• Anda perlu berbincang dalam kumpulan untuk melakukan penyiasatan terhadap jenis
sayur-sayuran atau tanaman berdaun sebagai sampel eksperimen. Dalam perbincangan,
pastikan perkara berikut diberi perhatian :
• Waktu semburan yang ditetapkan supaya menjadi faktor yang dimalarkan sepanjang
tempoh masa kajian.
• Melakukan penyiasatan hasil daripada kesan semburan baja foliar pada daun sayuran
yang telah dipilih.
• Penyiasatan perlu dilakukan selama 7 hari dan rekodkan pemerhatian anda dalam
jadual.

iii. Membina Pengetahuan


• Anda perlu berbincang dalam kumpulan berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada
penyiasatan tersebut iaitu kesan semburan baja foliar pada daun sayur-sayuran dengan
mengaitkan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan Sektor Pertanian dan Perhutanan.

iv. Perbincangan
• Anda perlu berbincang dalam kumpulan tentang :
• Hasil yang diperoleh sebelum dan selepas semburan baja foliar daripada ekstrak
sayur-sayuran hijau pada daun.
• Hasil yang diperoleh sebelum dan selepas semburan baja foliar daripada ekstrak
buah-buahan pada daun.
• Hasil yang diperoleh sebelum dan selepas semburan air biasa pada daun.
• Kesan sebelum dan selepas semburan baja foliar pada daun sayur-sayuran.
• Perbandingan keberkesanan kedua-dua jenis baja foliar pada sayur-sayuran yang
dipilih dan menentukan baja foliar yang paling berkesan berdasarkan hasil
pemerhatian.
• Peranan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dan Sektor Pertanian dan Perhutanan
dalam melestarikan pengurusan sisa pepejal ke arah TH.

v. Membuat Refleksi
• Dalam kumpulan, anda perlu membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan
dengan membuat perkaitan antara konsep biologi dengan sektor yang dirancang.

Pemerhatian

i. Ukur panjang dan lebar daun sayur-sayuran sebelum semburan baja foliar. Rekod bacaan
awal. Pastikan panjang dan lebar daun yang dipilih adalah sama ukurannya.
ii. Catat bacaan panjang dan lebar daun selepas semburan baja daripada ekstrak buah-
buahan, ekstrak sayur-sayuran dan air biasa.
iii. Catatkan pemerhatian anda dalam jadual selama tujuh (7) hari bagi mendapatkan purata
panjang dan lebar daun yang sebenar.
iv. Bandingkan keberkesanan semburan baja foliar pada daun yang dipilih.

Soalan Perbincangan

i. Daripada hasil pemerhatian, semburan baja foliar yang manakah paling berkesan pada
daun sayur-sayuran yang dipilih?
ii. Mengapakah larutan gula perlu disediakan dengan kepekatan yang tinggi daripada sap sel
tumbuhan?
iii. Mengapakah pokok boleh menyerap nutrien melalui daun tanpa melalui sistem akar?
iv. Apakah kelebihan menggunakan baja foliar organik berbanding baja kimia?
v. Bagaimana aktiviti ini penting dalam TH?

BIOLOGI 69
Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan kesan semburan
baja foliar organik pada daun sayur-sayuran. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dalam TH yang
digunakan.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pegawai Penyelidik (MARDI)


• Pembekal Bahan Pertanian
• Pakar Perhubungan Awam dan Alam Sekitar

Sumber Rujukan

i. 7 Tip Pemberian Baja Foliar (Baja Semburan) Untuk Tanaman


http://www.tinohtin.com/2015/07/7-tip-pemberian-baja-foliar-baja.html
ii. Cara Membuat Penggalak Tanaman
http://www.ilmutani.com/?s=cara+membuat+penggalak+tanaman
iii. Nutrient Sprays
http://www.tfrec.wsu.edu/Horticulture/nutspray.html

70 BIOLOGI
AKTIVITI 12

Objektif

Menghasilkan tepung daripada kulit pisang untuk dijadikan bahan dalam pembuatan plastisin
semula jadi.

Latar Belakang

Pokok pisang adalah salah satu tumbuhan pelbagai guna. Hampir kesemua bahagian daripada
tanaman pisang dapat dimanfaatkan seperti daun, batang, pelepah dan buah. Bahagian pisang
yang selama ini jarang dimanfaatkan adalah kulit pisang. Kulit pisang diolah menjadi tepung
dengan mengaplikasikan kategori Rawatan dan Pemprosesan melalui kaedah Rawatan Fizikal iaitu
Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan. Tepung kulit pisang ini akan menjadi salah
satu bahan dalam pembuatan plastisin semula jadi dan hasilnya dapat digunakan sebagai bahan
bantu mengajar guru dan murid. Aktiviti ini adalah di bawah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

Glosari

Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan
yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa termasuk
pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa menjadi bahan
yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Bahan dan Peralatan

i. Kulit pisang yang telah ranum


ii. Gunting
iii. Mesin pengisar kering
iv. 70 g Tepung jagung
v. 150 g Tepung gandum
vi. 30 ml Minyak masak
vii. Pewarna makanan (3 jenis warna)
viii. 100 ml Air suling
ix. 1 spatula Garam halus
x. 1 unit Alat penimbang

BIOLOGI 71
Kaedah

i. Permulaan
• Murid melihat sisa kulit pisang yang dibawa oleh guru.
• Bincangkan soalan-soalan berikut :
• Apakah khasiat yang terkandung dalam kulit buah pisang yang telah ranum?
• Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menguruskan sisa kulit pisang?
• Apakah hasil yang diperoleh daripada aktiviti pengurusan sisa pepejal dan impak
terhadap alam sekitar?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Anda perlu memilih rakan anda untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga
orang murid bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Setiap kumpulan perlu :
• Membuat pembahagian tugas dalam kumpulan untuk menghasilkan plastisin semula
jadi daripada bahan-bahan yang telah disediakan.
• Mencari maklumat daripada media cetak atau elektronik berkaitan dengan soalan
yang diajukan oleh guru serta maklumat tentang cara menghasilkan plastisin
semula jadi.
• Merangka pelan tindakan seterusnya untuk mengolah plastisin semula jadi dan
membentuk model sel dan organel berserta fungsinya.

iv. Tugasan Projek


• Setiap kumpulan perlu :
• Berbincang untuk melaksanakan pembinaan model sel dan organel yang telah
dipersetujui dan mengikut pembahagian tugas yang telah ditetapkan.
• Berbincang dan memilih wakil ahli kumpulan untuk membentangkan hasil model
kumpulan.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Model)


• Setiap kumpulan perlu membentangkan model yang dihasilkan dengan merujuk pada
struktur sel dan organel yang dibentuk dan fungsinya.

Pemerhatian

i. Anda perlu mengumpulkan maklumat mengenai organel-organel yang terdapat dalam sel
haiwan dan sel tumbuhan serta fungsi-fungsinya.
ii. Setiap kumpulan dikehendaki mengkaji model sel dan organel yang telah dihasilkan.

Soalan Perbincangan

i. Mengapa pihak kerajaan ingin melaksanakan pengasingan sisa pepejal dalam kalangan
rakyat Malaysia?
ii. Bagaimanakah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa membantu dalam mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar di tapak pelupusan sampah?
iii. Dapatkan maklumat daripada media cetak atau elektronik dan cadangkan beberapa produk
lain yang boleh dihasilkan daripada kulit pisang.

72 BIOLOGI
Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini tentang manfaat daripada
pengurusan sisa pepejal. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dalam TH yang diaplikasikan.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Juruteknik Air Sisa


• Pereka Model Ekologi

Sumber Rujukan

i. Perusahaan Makanan Berasaskan Pisang


http://perusahaanpisang.blogspot.my/2015/01/perusahaan-makanan-berasaskan-
pisang.html?m=1
ii. How to Preserve Food by Drying
http://www.partselect.com/JustForFun/Preserving-Food-by-Drying.aspx

BIOLOGI 73
AMALAN DAPUR HIJAU

74 BIOLOGI
AKTIVITI 13

Objektif

i. Membina satu pencerna biogas yang menghasilkan gas metana untuk menjana Tenaga
Boleh Baharu.
ii. Menghasilkan biogas daripada sisa pepejal organik.

Latar Belakang

Biogas telah digunakan pada zaman dahulu dan masih digunakan sehingga kini. Satu pencerna
ringkas dibina untuk menghasilkan sejumlah gas untuk pembakaran. Sisa pepejal organik dari
dapur yang digunakan bertindak sebagai bahan yang dicerna. Proses penguraian sisa pepejal oleh
bakteria pengurai dalam keadaan tanpa oksigen dikenali sebagai pencernaan anaerobik menepati
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dengan kategori Rawatan dan Pemprosesan melalui Proses
Biologi. Hasil pencernaan anaerobik adalah karbon dioksida dan gas metana. Apabila sesuatu
bahan organik terurai, gas metana kebiasaannya akan terbebas ke atmosfera dan boleh menyumbang
kepada pemanasan global. Justeru, sumber gas metana boleh digunakan sebagai alternatif bagi
menggantikan gas memasak selaras dengan kategori Tenaga Boleh Baharu dalam Sektor Bekalan
Tenaga. Gas metana merupakan salah satu komponen dalam gas asli dan secara relatif
menghasilkan pembakaran yang bersih, tidak berwarna dan tidak berbau menepati kategori
Perkakasan Rumah dalam Sektor Bangunan.

Glosari

Biogas – Campuran gas berbeza yang mudah terbakar yang terhasil daripada proses penguraian
bahan organik.

Pencernaan Anaerobik – Penguraian bahan organik yang berlaku tanpa kehadiran oksigen.

Penghasilan Biogas – Penghasilan biogas (gas metana) daripada tindak balas anaerobik.

Peningkatan Capaian ke Arah Bahan Api yang Bersih untuk Memasak – Peningkatan kemudahan
bahan api memasak yang lebih bersih dan mesra alam.

Proses Biologi – Satu proses tindak balas kimia yang berlaku dalam organisma hidup.

Sektor Bangunan – Menerima pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Sektor Bekalan Tenaga – Aplikasi TH dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga,
termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

BIOLOGI 75
Bahan dan Peralatan

i. 2 Botol minuman plastik 2 L


ii. Sisa pepejal organik dari dapur (sisa nasi, sisa roti, sisa buah-buahan, sisa sayur-sayuran)
iii. 1 Botol minuman susu kultur
iv. 2 Penahan dua lubang
v. 2 Penahan satu lubang
vi. 3 Salur penyambung
vii. Larutan natrium hidroksida cair
viii. Air kapur
ix. 2 Belon Mylar
x. 1 Tiub getah kecil

Gambar 11
Bahan dan Peralatan bagi
Aktiviti 13

Kaedah

i. Permulaan
• Anda dikehendaki menonton tayangan klip video yang ditunjukkan oleh guru dan
menjawab soalan yang dikemukakan.
• Anda dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk menjawab soalan berikut :
o Bagaimanakah masalah ini dapat diatasi?
o Berikan justifikasi.
o Mengapakah sisa pepejal organik dari dapur perlu diproses dengan lebih baik?
o Apakah kesan pembuangan sisa pepejal organik secara berleluasa kepada manusia
dan alam sekitar?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Anda dikehendaki bekerja secara berkumpulan (3 murid / kumpulan).

iii. Pelan Projek


• Dalam kumpulan anda, bincangkan langkah-langkah dan bahan sisa pepejal yang dipilih
untuk menjalankan aktiviti ini.
• Senaraikan pembahagian tugas di dalam kumpulan masing-masing.
• Kumpul maklumat tentang proses penghasilan biogas sebagai sumber Tenaga Boleh
Baharu menggunakan sisa pepejal organik dari dapur berdasarkan kategori Tenaga Boleh
Baharu dalam Sektor Bekalan Tenaga.

76 BIOLOGI
• Lakarkan model pencerna biogas yang telah dibincangkan.
• Tentukan jenis sisa organik yang sesuai digunakan dalam proses penghasilan biogas.
• Rancang langkah-langkah penyiasatan.
• Hasilkan satu kertas kerja projek sebelum menjalankan projek.

iv. Tugasan Projek


• Anda dikehendaki menjalankan penyiasatan dengan menggunakan sisa pepejal organik
dapur menjadi biogas bagi menepati Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor Bekalan
Tenaga dan Sektor Bangunan.
• Anda boleh menggunakan maklumat untuk penghasilan biogas dalam pelan projek untuk
melaksanakan penyiasatan ini.
• Anda dikehendaki berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah
dan kekangan yang timbul semasa melakukan penyiasatan.

v. Pembentangan Hasil Projek


• Setiap kumpulan membentangkan hasil projek yang dihasilkan.

Pemerhatian

i. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada sisa pepejal organik selepas beberapa hari.
ii. Bagaimanakah anda menguji kehadiran gas karbon dioksida semasa eksperimen?
iii. Bagaimanakah anda menguji kehadiran gas metana semasa eksperimen?

Soalan Perbincangan

i. Gas pertama yang terbebas adalah tidak terbakar. Gas ini adalah karbon dioksida.
Bagaimanakah gas karbon dioksida terhasil? Gas yang terhasil seterusnya adalah metana.
Bagaimanakah gas metana terhasil?
ii. Pada pendapat anda, adakah bahan yang berbeza akan menghasilkan gas metana pada
kadar yang berbeza? Terangkan jawapan anda.
iii. Apakah kegunaan biogas?
iv. Gas metana adalah sejenis Tenaga Boleh Baharu. Jelaskan.
v. Nyatakan kelebihan dan kelemahan menggunakan biogas sebagai bahan api.

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan dengan
penggunaan sisa pepejal organik dalam penghasilan biogas. Kaitkan aktiviti ini dengan sektor
dalam TH yang digunakan.

BIOLOGI 77
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pengurus Pembinaan
• Pengurus Pertanian
• Mekanik Peralatan Industri
• Ejen Jual Beli Biogas

Sumber Rujukan

i. Biogas as a Source of Energy


http://www.build-a-biogas-plant.com/PDF/BiogasGrades-3-4-Lesson-3.PDF
ii. DIY Methane Generator
http://www.small-farm-permaculture-and-sustainable-living.com/methane_generator.html
iii. Energy Education – National Renewable Energy Laboratory (NREL)
http://www.nrel.gov/education/pdfs/educational_resources/middle_school/biogas_
generator.pdf
iv. Food Waste – A Story of Excess
https://www.youtube.com/watch?v=EwVuz0UJl2A
v. Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning – PBL)
https://pendidik21.files.wordpress.com/2010/05/brosur-pbl_pendidik21.pdf
vi. School Bio Gas Kit
http://www.build-a-biogas-plant.com/school-bio-gas-kits/
vii. The Big Waste: Why Do We Throw Away So Much Food?
https://www.youtube.com/watch?v=1aH7RwOD0RE

78 BIOLOGI
AKTIVITI 14

Objektif

Mengkaji keberkesanan bahan semula jadi sebagai penghalau semut bagi menggantikan
semburan aerosol.

Latar Belakang

Koloni semut boleh dijumpai hampir di semua tempat. Apabila semut keluar mencari makanan,
mereka menanda laluan dari sarang ke sumber makanan menggunakan laluan feromon. Semut
lain akan mengesan laluan feromon dan mengikuti laluan tersebut. Semut boleh dibunuh dan laluan
tersebut boleh dibersihkan, namun tidak lama kemudian, lebih banyak semut akan muncul dan
memulakan proses tersebut sekali lagi. Sesetengah bauan botani akan mengganggu laluan feromon
tersebut dan boleh digunakan sebagai bahan penghalau semut bagi menggantikan semburan
aerosol yang mengurangkan kualiti udara. Bahan semula jadi seperti kulit kayu manis, bawang putih
dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan penghalau semut dan menepati kategori Kualiti
Persekitaran Dalaman dalam Sektor Bangunan.

Glosari

Koloni Semut – Sekumpulan semut yang hidup dalam satu sarang yang mempunyai peranan yang
berbeza.

Kualiti Persekitaran Dalaman (Indoor Environmental Quality, IEQ) – Merujuk kepada kualiti
persekitaran dalam sesebuah bangunan dan merupakan komponen penting dalam konteks bangunan
mesra alam yang akan menentukan tahap kualiti kesihatan dan kesejahteraan penghuni di dalam
bangunan tersebut. IEQ ditentukan oleh banyak faktor termasuk pencahayaan, kualiti udara dan
kelembapan.

Kualiti Udara – Tahap keadaan udara di sekeliling, sama ada bebas pencemaran yang dinilai melalui
beberapa indikator atau petunjuk pencemaran.

Sektor Bangunan – Menerima pakai TH dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan


pemusnahan bangunan.

Semut Pekerja – Kumpulan semut betina yang berperanan mengangkut makanan ke sarang.

Serangga Sosial – Serangga yang membentuk koloni dan mempunyai pembahagian tugas yang
berbeza.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

BIOLOGI 79
Bahan dan Peralatan

i. Semut (20 ekor bagi setiap bahan yang diuji)


ii. 2 Botol plastik 500 ml
iii. Tiub vinil / plastik jernih
iv. Gelang getah
v. Beg plastik
vi. Jarum peniti
vii. Pita selofan
viii. Makanan bergula
ix. Bawang putih
x. Kulit telur
xi. Serbuk kayu manis
xii. Serbuk lada sulah
xiii. Garam
xiv. Kertas pasir

Gambar 12
Bahan dan Peralatan bagi Aktiviti 14

Kaedah

Anda perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga orang bagi setiap kumpulan.

i. Bincangkan soalan berkenaan :


• Mengapakah semburan aerosol yang terdapat di pasaran perlu diganti dengan bahan
semula jadi?
• Jelaskan kebaikan menggunakan bahan semula jadi berbanding semburan aerosol.
• Cadangkan bahan semula jadi yang sesuai digunakan untuk menghasilkan penghalau
serangga (semut) semula jadi.

ii. Penyiasatan
• Anda perlu berbincang cara untuk menjalankan penyiasatan untuk menghasilkan
penghalau serangga semula jadi.
• Anda perlu berbincang dalam kumpulan bagi melakukan penyiasatan untuk mengenal
pasti bahan yang sesuai digunakan sebagai penghalau semut.

iii. Membina Pengetahuan


• Anda perlu berbincang dalam kumpulan berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada
penyiasatan tersebut iaitu bahan yang sesuai digunakan sebagai penghalau semut.

80 BIOLOGI
iv. Perbincangan
• Anda perlu berbincang dalam kumpulan tentang :
o Keberkesanan setiap bahan untuk dijadikan penghalau semut.
o Kesan penggunaan penghalau semula jadi terhadap kualiti udara.

v. Membuat Refleksi
• Anda perlu membuat refleksi dalam kumpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan
dengan membuat perkaitan antara konsep biologi dengan sektor yang diaplikasikan.

Pemerhatian

i. Kira bilangan semut yang terdapat dalam botol yang mengandungi makanan.
ii. Kenal pasti bahan yang sesuai digunakan sebagai bahan penghalau semut.

Soalan Perbincangan

i. Cari maklumat secara saintifik tentang keberkesanan setiap bahan tersebut.


ii. Adakah terdapat bahan penghalau yang berkesan seratus-peratus?
iii. Berdasarkan eksperimen, adakah terdapat dua bahan penghalau yang mempunyai
keberkesanan yang sama sebagai penghalau semut?
iv. Cadangkan bahan lain yang boleh digunakan sebagai penghalau semut. Jelaskan jawapan
anda.
v. Terangkan kepentingan menggantikan semburan aerosol dengan bahan semula jadi
sebagai penghalau semut berdasarkan kategori Kualiti Persekitaran Dalaman.

Kesimpulan

Bincang dan tulis kesimpulan yang anda dapat daripada aktiviti ini berkaitan bahan semula
jadi yang sesuai digunakan untuk menghalau semut bagi menggantikan semburan aerosol.
Kaitkan aktiviti ini dengan sektor dalam TH yang digunakan.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pengurus Kawalan Vektor dan Serangga Perosak


• Pegawai Kawalan Vektor dan Serangga Perosak
• Perkhidmatan Pengawalan Serangga Perosak
• Pengurus Serangga Perosak

BIOLOGI 81
Sumber Rujukan

i. 10 Interesting Facts About Ants You Need to Know


http://www.rentokil.com/blog/10-interesting-facts-about-ants-you-need-to-know/
ii. Ant Repellent (Search Results)
http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/search.shtml?v=&s=ant+repellent
iii. Drawing Circles Around Ants
http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/project_ideas/Zoo_p025.shtml#
summary
iv. If an Ant Scout Doesn’t Return to Their Nest, Do Other Ants Go Searching for Him or
Do They Not Notice He’s Gone Because of How Many Ants is In the Colony?
– Ask Science
https://www.reddit.com/r/askscience/comments/zsz1o/if_an_ant_scout_doesnt_
return_to_ their_nest_do/

82 BIOLOGI
PANEL PENULIS

1. Dr. Hidayah Mohd. Fadzil Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains,


Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM)

2. Juriah Abu Bakar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau


Pinang

3. Dr. Maimunah Nasir SMK Ibrahim, Kedah

4. Nor Afisyah Saat SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Pulau Pinang

5. Ummi Kalsom Mustafar SMK Tasek, Pulau Pinang

TURUT MENYUMBANG
1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
Universiti Sains Malaysia (USM)

2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM

3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa
Pepejal (SWAM@USM), USM

4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Pengarah Pusat Pendidikan dan
Shafiei Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
(CETREE), USM

5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik


dan Elektronik, USM

BIOLOGI 83
PENGHARGAAN

1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


(BKK)

2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah Sains, Teknologi,


Kejuruteraan dan Matematik,
Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK)

3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK

4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan
Vokasional, BPK

5. Puan Zalina Kamis Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik


dan Teknologi, BKK

6. Puan Norhashimah Ismail Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,


BPK

7. Puan Suriani Ngatiman Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,


BPK

8. Encik Kasdi Kamin Penolong Pengarah Unit Sains


Menengah, BPK

9. Puan Norfadhillah Yusoff Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

10. Encik Anandan a/l Kanniapan Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

11. Puan Nor’Aidah Nordin Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

12. Prof. Dr. Rohaida Mohd. Saat Profesor, Jabatan Pendidikan Matematik dan
Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
(UM)

84 BIOLOGI
BIOLOGI 85
86 BIOLOGI

Anda mungkin juga menyukai