Anda di halaman 1dari 12

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee
(1889-1975), adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Sejarah
revolusi bermula pada 1800 (1760-1830), Industri 1.0 adalah mengenai kuasa wap untuk
digunakan dalam kilang-kilang. Ia bergantung lebih kepada kegunaan air ataupun wap yang
berupaya menggerakkan jentera berasaskan kuasa wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya
oleh kudrat manusia. Maka terciptalah steam engine yang turut membawa perubahan besar
kepada sistem pengangkutan selain jentera-jentera lain yang berupaya pula meningkatkan
aktiviti perindustrian.

Manakala Industri 2.0 pada tahun 1900 (sekitar 1870-1914) pula menggunakan
kuasa elektrik. Perkembangan teknologi yang melibatkan kuasa eletrik jelas membawa satu
lagi lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan besar-besaran sepertimana pada
hari ini. Revolusi Industri 3.0 pada tahun 2000 menggunakan komputer dan teknologi
maklumat. Di peringkat akhir revolusi ketiga timbul pula teknologi automasi, yakni satu
keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan
jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia dimuatkan dengan program
komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang.

Pada tahun 2016 bermula Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) adalah
kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian Internet dan
proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem berbentuk siber-fizikal. Industri 4.0
iaitu tentang penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi,
analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of
Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya. Ia melibatkan teknologi automasi memberi
cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan
perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing dan
merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan


baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Dengan kata lain,
teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan
manusia secara langsung. Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan
terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia
pekerjaan.

Menurut Azalya (2003), industri memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam
penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan aktiviti kerja yang dilakukan. Namun begitu,
kebelakangan ini perkembangan aktiviti ekonomi menjadi satu kebimbangan akibat
daripada peningkatan mengenai perubahan iklim, keselamatan tenaga dan kekurangan
sumber asli hasil daripada kegiatan manusia lakukan. Masalah ini telah pun dijelaskan di
dalam al-Quran, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia,
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” (Rum : 41)

Bagi menjamin kelestarian alam sekitar, setiap lapisan masyarakat dan juga pihak
industri haruslah mempunyai sikap cintakan alam sekitar. Dengan ini dapat dilihat bahawa
kemahiran generik pada individu tidak cukup seandainya terjadi kemusnahan pada alam
sekitar. Kemahiran generik yang ada pada individu perlu ditambahkan lagi dengan sikap
mencintai alam bagi menjamin kelestarian alam sekitar. Merujuk kepada Majlis Kerajaan
Australia (2009), kemahiran teknikal, pengetahuan, nilai-nilai dan sikap yang diperlukan
dalam tenaga kerja untuk membangunkan dan menyokong hasil sosial, ekonomi dan alam
sekitar yang mapan dalam perniagaan, industri dan masyarakat dikaitkan dengan kemahiran
generik ‘hijau’.

Teknologi hijau merujuk kepada teknologi alam sekitar yang mengaplikasikan sains
alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan membendung
kesan negatif aktiviti manusia (Zaini 2011; Ahmad Zairin 2013). Teknologi hijau juga boleh
ditakrifkan sebagai pelbagai produk, perkhidmatan dan proses yang memanfaatkan bahan-
bahan yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang dapat mengurangkan penggunaan
sumber semula jadi, pelepasan dan bahan buangan berbahaya (Rosnani 2007).

Pengenalan terhadap teknologi hijau adalah penyelesaian terbaik dalam memenuhi


permintaan tenaga yang yang semakin meningkat dalam kekangan kemerosotan alam
sekitar (Kamaruddin et al. 2011). Ahmadi, Dincer dan Rosen (2011) merumuskan, tenaga
dan teknologi hijau dijangka memainkan peranan penting dalam kestabilan sektor
kelestarian tenaga dan teknologi (Ding et al. 2012). Teknologi turut memainkan peranan
penting dalam pembangunan mapan dan turut digunakan dalam pemprosesan sumber
semula jadi untuk keperluan manusia bagi meningkatkan kualiti hidup (Wan Nadzri, Zulkifli
& Dani 2012).

Teknologi hijau juga dikenali sebagai Environmental Technology dan Clean


Technology. Istilah yang digunapakai merujuk kepada maksud yang sama dan juga fungsi
yang sama. Menurut Kamarudin et al.(2011), teknologi hijau ialah satu inisiatif
menggabungkan pelbagai kaedah dan bahan-bahan tertentu, daripada teknik penjanaan
elektrik kepada produk mesra alam iaitu yang bebas daripada sumber-sumber pencemaran
seperti pembebasan karbon dioksida. Selain itu, didefinisikan juga sebagai gabungan sains
alam sekitar dan teknologi dijadikan komponen utama untuk diaplikasikan kepada
penghasilan produk dan sistem yang bertujuan untuk mengurangkan kesan negatif kepada
alam sekitar akibat daripada aktiviti manusia (Farawahida et al., 2013).

Teknologi hijau merupakan salah satu penggunaan teknologi ke arah melestarikan


alam sekitar. Menurut Laupa Junus (2009), dulunya nama teknologi hijau belum disebut-
sebut sebaliknya hanyalah satu pencarian kepada satu teknologi yang mesra alam. Menurut
Saifollah dan Mohamad Rusop (2009), teknologi hijau boleh ditakrifkan sebagai yang mesra
alam dan mengambil kira pengekalan alam sekitar dalam proses penggunaannya dan juga
produk yang dihasilkan. Teknologi hijau sebenarnya dapat ditakrifkan dengan lebih luas iaitu
teknologi yang mesra alam dan mesra kehidupan.

Teknologi hijau juga adalah satu bentuk inovasi tenaga (Puvanasvaran, Miza Farhana,
Zaid Ahmaed Al-Hayali, & Mukhiffun, 2012). Aplikasi teknologi hijau terhasil daripada tenaga
hijau yang diterokai manusia. Tanpa teknologi hijau, tenaga hijau sukar untuk direalisasikan
dalam kehidupan manusia kerana tiada peralatan, aplikasi atau sistem. Teknologi hijau
dikatakan sebagai inovasi tenaga kerana daripada tenaga hijau, ia telah membawa kepada
teknologi hijau yang dibentuk menjadi sebuah aplikasi, peralatan, dan sistem yang
memudahkan manusia menggunakannya tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar.

Menurut Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (KeTTHA, 2009), teknologi hijau merujuk
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar
dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi
kriteria-kriteria berikut:

I. Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan Gas


Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan
menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan
II. Menjimatkan tenaga dan sumber asli
III. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

Aplikasi teknologi hijau ini diperlukan dalam merealisasikan komitmen Malaysia ke


arah memperbaiki kualiti alam sekitar seperti yang dinyatakan pada Persidangan Perubahan
Iklim di Copenhagen pada tahun 2010 bahawa Malaysia akan berusaha mengurangkan 40
peratus pencemaran asap karbon menjelang tahun 2020. Teknologi hijau juga dilihat
sebagai sesuatu yang berpotensi besar menjadi sumber perniagaan global menjelang abad
ke 21.

1.2 Latar Belakang Masalah

Era globalisasi telah mengubah ekonomi negara daripada ekonomi yang berasaskan
pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian dan kini ekonomi berasaskan
pengetahuan (Ghosh, 1997). Dalam usaha menuju ke arah globalisasi ini, negara perlu
membuat pelbagai strategi untuk menghasilkan ekonomi berdaya saing. Bagi menghasilkan
ekonomi berdaya saing, negara haruslah memastikan sumber manusia mencukupi dan
mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu berdaya saing di peringkat negara mahupun
peringkat global.

Kajian Kamaruddin et al. (2011) mendapati, terdapat beberapa faktor yang


mendorong kepada penerimaan teknologi hijau di Malaysia seperti faktor permintaan dalam
sektor tenaga hijau, bangunan hijau, dan teknologi hijau nano dan green chemistry serta
bergantung kepada sistem inovasi negara, sokongan industri dan penerimaan masyarakat.
Industri global kini menghadapi dua cabaran yang besar yang berkaitan dengan
tenaga iaitu menyediakan bekalan yang mencukupi dan kesan terhadap alam sekitar akibat
aktiviti penggunaan dan cari gali tenaga yang tidak cekap. Permintaan tenaga dunia dijangka
meningkat sebanyak lebih daripada 50% pada 2003-2030, datang dari negara-negara
membangun seperti China, India, Brazil dan Afrika Selatan (Peter, 2009). Menurut Peter
(2009), pembangunan hijau adalah penyelesaian untuk menangani masalah perubahan iklim
dan kekurangan sumber tenaga. Hal ini kerana, teknologi hijau dapat dijadikan pilihan dan
alternatif lain bagi mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Namun hal yang demikian, industri sekarang masih tidak sedar akan kepentingan
teknologi hijau tersebut. Tidak dinafikan juga ada sesetengah masyarakat tidak tahu
langsung tentang apa itu teknologi hijau. Ini menunjukan tahap kesedaran masyarakat di
Malaysia amat rendah berbanding negara-negara barat. Walaupun gerakan teknologi hijau
di Malaysia dan negara sedang membangun yang lain sedang berkembang tetapi
perkembangannya masih berada pada kadar yang lambat (Mohd Rafi et al.2003).

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia sedang menghadapi cabaran yang


besar dalam memastikan pembangunan lestari dan mampan. Kualiti udara di Bandar, kualiti
air sungai, kemusnahan kawasan hutan rimba, sisa buangan isi rumah, dan sisa berbahaya
merupakan beberapa contoh isu alam sekitar yang dihadapi oleh negara kita (Aini et al
2003). Memandangkan kesan alam sekitar terhadap manusia adalah tanpa sempadan dan
kualiti hidup generasi sekarang dan akan datang bergantung pada perlindungan dan
penjagaan ekosistem, alam sekitar kita memerlukan keprihatinan oleh seluruh dunia. Pada
masa yang sama, adalah penting untuk pengguna membina rasa tanggungjawab terhadap
ekosistem yang semakin tenat ini dengan membeli dan menggunakan produk yang dapat
membantu bumi kita (Winchip, 2003).
Pengetahuan mengenai teknologi hijau oleh pemilik industri dalam kelestarian dan
amalan hijau dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemilik seterusnya
memastikan penglibatan pekerja dalam industri dalam pembangunan lestari (Shahrom et al,
2009). Pengetahuan mengenai teknologi hijau sememangnya berkait rapat dengan peranan
pemilik industri, khususnya dimana mereka berperanan dalam pelaksanaan kerja berdisiplin
yang mempunyai pengetahuan mengenai teknologi hijau, secara tidak langsung memastikan
pemilik industri mengaplikasikan teknologi hijau dalam amalan kerja di industri mereka.
Pemilik industri khususnya harus memastikan kefahaman tentang teknologi hijau
memandangkan pemilik ini mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan sistem amalan
dan organisasi dalam kehidupan pekerjaan mereka. Pemilik industri juga mempunyai
pengetahuan dan ilmu yang tinggi dalam amalan teknologi hijau. Justeru, pemilik industri
dilihat sebagai rujukan dan sumber yang berinformasi dalam usaha mendapatkan
kefahaman dan nasihat mengenai teknologi hijau pada organisasi dan pekerja industri
mereka . Oleh yang demikian, adalah penting bagi pemilik industri untuk memastikan
kesedaran dan pengetahuan tentang teknologi hijau dilaksanakan dalam pengoperasian dan
organisasi industri.

Fenomena pemanasan global terjadi disebabkan oleh dua faktor penting iaitu, kesan
rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Walaupun terdapat punca-punca semulajadi tetapi
aktiviti manusia lebih banyak menyumbang terhadap kedua-dua faktor tersebut. Aktiviti
seperti perindustrian, penggunaan enjin mesin dan kenderaan, pembakaran terbuka, ujian
nuclear dan sebagainya telah menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida di
atmosfera. Lantaran itu, penekanan terhadap pengaplikasian “teknologi hijau” dalam
kehidupan adalah suatu alternative yang tepat dalam menangani masalah pemanasan
global. Ia juga selaras dengan agenda utama kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang
memberi keutamaan kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca
dunia. Manusia perlu lebih bertanggungjawab dalam menangani masalah ini, bersama-sama
memainkan peranan masing-masing dalam menjadikan dunia ini sebagai a better place to
live in (Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2012; Siti Rohani, 2013).
Selain daripada itu, isu pencemaran alam sekitar daripada sisa industri turut
mendapat perhatian. Kesan daripada pencemaran mengakibatkan kemusnahan yang sangat
serius kepada alam sekitar. Menurut Rosen & Kishawy (2012), impak terhadap alam sekitar
daripada operasi dan aktiviti pembuatan semakin mendapat perhatian sektor industri.
Bahan-bahan buangan seperti enapcemar logam, racun perosak, cecair kimia, getah, kertas
dan plastik memberikan kesan negatif sekiranya tiada penyelenggaraan dilakukan. Isu ini
mendapat perhatian di kalangan pengeluar-pengeluar dalam meneruskan kelangsungan
produk keluaran mereka. Ia disokong oleh disokong oleh Sarkis (1998) yang menyatakan
kemajuan, keuntungan, produktiviti, dan pemeliharaan alam sekitar, kini dilihat sebagai
faktor penting yang perlu diambilkira oleh industri pembuatan dalam membangunkan
strategi kebolehsaingan mereka.

Justeru itu, pembangunan lestari digunapakai sebagai kerangka pembangunan


seimbang bagi menangani konflik di antara alam sekitar dan pembangunan di pelbagai
sektor organisasi dan industri. (Burke & Gaughran, 2007).

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, wujud persoalan khusus bagi
kajian ini mengenai peranan industri dalam pelaksanaan teknologi hijau. Ini kerana
penyelidik mahu mendapatkan pandangan pemilik industri mengenai Teknologi Hijau pada
pengetahuan mereka dan amalan teknologi hijau yang di praktikkan di sistem operasi
industri . Ini juga kerana peranan pemilik industri adalah untuk mengamalkan amalan
industri berteknologi hijau yang mempunyai pengetahuan dan dapat menerapkan Teknologi
Hijau dalam sistem operasi dan organisasi mereka. Secara tidak langsung pemilik industri
dapat mengelurakan produk pembuatan berkualiti serta pengurusan pekerjaan yang bukan
sahaja memilih kemahiran teknikal malah mempunyai kemahiran generik hijau. kemahiran
generik hijau amat penting pada era globalisasi kini. Hal ini demikian kerana, kebanyakan
majikan pada masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal
tetapi juga memerlukan kemahiran generik hijau untuk meningkatkan produktiviti industri
dan berdaya saing serta tidak mencemarkan alam sekitar.

Ilmu yang lengkap dilihat sebagai satu cara yang terbaik bagi membentuk
pemahaman yang berpengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar.
Pengetahuann tentang ilmu alam sekitar merupakan asas bagi mewujudkan suasana kerja di
industri yang mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, dengan itu akan dapat
melahirkan persekitaran kerja di industri yang lebih beretika. Dengan membekalkan
pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan keprihatinan (sikap) seterusnya akan
melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang lebih positif terhadap alam sekitar
(Kollmuss dan Agyeman, 2002).

Dalam kajian ini, penyelidik berpendapat bahawa berkemungkinan juga pendapat


setiap pemilik industri berbeza mengenai Teknologi Hijau ini. Walaubagaimanapun, hasil
persepsi pemilik industri tersebut dapat membantu dalam mantaksirkan mengenai amalan
Teknologi Hijau . Oleh itu, penyelidik berpendapat adalah wajar agar kajian terhadap
pemilik industri dalam pengetahuan dan pemahaman mereka mengenai amalan teknologi
hijau. Justeru, kajian ini dijalankan bagi Peranan Industri Dalam Perlaksanaan Teknologi
Hijau.
1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai beberapa objektif. Antara objektif kajian
ini adalah seperti :

I. Mengenalpasti Peranan Industri dalam Perlaksanaan Teknologi Hijau.


II. Mengenalpasti Amalan Teknologi Hijau yang digunakan dalam sistem Operasi dan
Organisasi di Industri .
III. Mengenalpasti halangan dalam Perlaksaaan Amalan Teknologi Hijau di Industri.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, persoalan yang dikaji untuk peranan industri dalam pelaksanaan
teknologi hijau ialah :

I. Apakah persepsi pemilik industri mengenai Teknologi Hijau ?


II. Bagaimana Amalan Teknologi Hijau digunakan dalam sistem operasi dan organisasi di
industri ?
III. Apakah halangan dalam Perlaksaaan Amalan Teknologi Hijau di Industri ?

1.6 Kepentingan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat yang berguna kepada
industri dan terutama sekali untuk negara tercinta. Dengan kajian ini dapat memberi
kesedaran dan pengetahuan tentang perlaksanaan teknologi hijau di industri dalam
memajukan negara Malaysia. Ini juga untuk menjadikan amalan teknologi hijau di industri
adalah satu teknologi utama di Malaysia suatu hari nanti. Kajian yang dijalankan ini untuk
melihat sejauhmana peranan industri dalam pelaksanan teknologi hijau. Kajian ini berharap
dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti berikut.
1.6.1 Pihak Industri

Kepentingan kajian ini adalah untuk menjadikan industri sebuah sumber


pengeluaran yang berpaksikan Teknologi Hijau dalam sistem pengoperasian dan organisasi.
Ini juga dapat menjadikan industri ini adalah pengasas berkaitan teknologi hijau. Sejajar
dengan peranan industri dengan pegeluarkan produk serta pembuatan yang memenuhi
kehendak pasaran dan dapat mengaplikasikan amalan teknologi hijau semasa dalam
industri. Industri juga dapat melahirkan melahirkan pekerja pelbagai disiplin yang
mempunyai kefahaman mendalam berkaitan konsep kelestarian dan mempunyai
keprihatinan yang tinggi terhadap alam sekitar. Secara tidak langsung, dapat mewujudkan
pelan pembangunan industri sebagai pusat Sustainable Industry di mana ia boleh memberi
panduan untuk menjadi peneraju dalam pembangunan industri lestari berteknologi hijau. Ia
juga dapat membantu pihak industri untuk menangani isu-isu kemampanan industri dengan
cara yang sistematik, teratur, dan cekap, dengan menyediakan kepimpinan pentadbiran dan
penyelarasan bagi sistem operasi serta organisasi di seluruh industri atas kemampanan.

1.6.2 Pemilik industri

Kepentingan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pemilik industri bahawa
amalan Teknologi Hijau itu penting dalam sistem operasi serta organisasi dalam industri
pada masa kini. Ia boleh memberi idea dan inovasi dalam bidang pengoperasian dan
organisasi kepada penciptaan peralatan dan sistem yang memfokuskan kepada Teknologi
Hijau. Selagi itu juga dapat memastikan pembangunan produk dan pembuatan dapat
dilaksanakan sejajar dengan Teknologi Hijau.

1.6.3 Pekerja

Kepentingan kajian ini akan memberi kesedaran kepada pekerja bahawa


pengetahuan dan pengaplikasian amalan Teknologi Hijau ini penting dalam sistem pekerjaan
operasi serta organisasi di industri , di samping dapat meminimumkan kesan negatif aktiviti
kerja di dalam industri seterusnya memelihara alam sekitar. Bukan itu sahaja, ia boleh
membuka minda pekerja dalam dunia pembangunan prodek serta pembuatan yang
memfokuskan kepada Teknologi Hijau.

1.7 Batasan Kajian

Menurut Zulhairi (2014), pengkaji tidak mampu mengkaji semua aspek yang
berkaitan dengan masalah kajian. Oleh hal demikian, kajian yang dijalankan mempunyai
batasan atau had tertentu terhadap permasalahan yang dihadapi. Keputusan hasil kajian
mungkin tidak dapat merangkumi semua aspek yang boleh memberi penyelesaian kepada
masalah yang berkaitan. Batasan kajian ini dalam hanya merangkumi skop kajian peranan
industri dalam pelaksanaan teknologi hijau. Oleh hal demikian, pemilihan industri adalah
terhad yang hanya mempunyai sumber produk dan pembuatan yang berasaskan bidang
sains dan teknologi sahaja. Penyelidik hanya memilih industri dari kawasan perindustrian
Kempas yang terpilih daripada keseluhuran perindustrian yang terdapat di negeri Johor.
Beberapa industri yang dipilih adalah industri yang berteraskan Industri Pembuatan, Industri
Pembinaan, Industri Elektronik dan Industri Pemprosesan . Pemilihan industri dalam kajian
ini adalah kerana industri tersebut merupakan industri yang berkaitan dengan sains,
kejuruteraan dan teknologi yang mana bidang yang berkait rapat dengan Teknologi Hijau.

Anda mungkin juga menyukai