Anda di halaman 1dari 149

EDISI PERTAMA

Dibiayai oleh:
Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

MODUL TEKNOLOGI HIJAU

SAINS
PANDUAN GURU

KEMENTERIAN TENAGA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YAYASAN HIJAU


TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA) MALAYSIA

Program di bawah kerjasama:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau)
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)
1 SAINS
CETAKAN KETIGA
JANUARI 2018

Hak cipta © 2018 oleh CETREE – Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh
Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau ©. Semua hak cipta terpelihara.
Melainkan sebagaimana yang diizinkan di bawah Akta Hakcipta Malaysia,
tidak ada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini yang boleh dihasilkan
semula atau diedarkan dalam sebarang bentuk atau menerusi sebarang cara, atau
disimpan dalam pangkalan data atau sistem dapatan semula, tanpa keizinan
bertulis daripada penerbit.

Pengkatalogan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Data Penerbitan


Modul Teknologi Hijau : Sains (Panduan Guru)

Ketua Editor:
Hashimah Mohd Yunus

Editor:
Mohd Wira Mohd Shafiei
Mohd Sukri Shafie
Nurul Syazwani Mansor
Sazwani Ansian
Nurul Husna Baharuddin

Teknikal Penerbitan:
Badrol Hisham Mohd Nowani
Maznah Mohamed Saipon
Syafiq Saifullah Azmi
Shahrul Fadli Abd Rahman

Ilustrator/Grafik:
Sherrilaida Aidarus
Mohd Raffi Rosmi

ISBN:
978-967-394-305-0

Penerbit:
CETREE,
Bangunan TORAY-USM, Aras Bawah (G),
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang
Tel: 604-653 3888
Fax: 604-653 6701

Teks dan Paparan:


CETREE

Dicetak oleh:
CETREE

Edisi Pertama
Bil. Cetakan : 03
ISI KANDUNGAN

Teknologi Hijau 1
i. Pengenalan
ii. Definisi Teknologi Hijau
iii. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
iv. Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)
v. Sektor Teknologi Hijau

Sektor Bekalan Tenaga 7

Kecekapan Tenaga 9

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 11

Sektor Bangunan 13

Sektor Pengangkutan 15

Panduan Menggunakan Modul 18

Jadual IPCC (2014) 24

Sisa Menjadi Wira Hijau 31

Eko-Enzim: Merungkai Masalah Duniaku 72

Tenaga Solar Pilihan Hatiku 96

Tulenkan Aku 117

Panel Penulis 142


TEKNOLOGI HIJAU

Pengenalan
Populasi masyarakat dunia kini semakin meningkat secara eksponen berikutan peningkatan taraf
hidup, kemudahan kesihatan, keperluan harian serta prasarana kehidupan yang semakin selesa.
Bagi sesebuah negara yang membangun, pola peningkatan populasi penduduk kini memerlukan
penyediaan tenaga kerja dalam bidang industri, pendidikan, perubatan, pentadbiran dan sebagainya.
Oleh itu, semakin bertambah penduduk dunia maka kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan
dan sumber semula jadi turut meningkat secara mendadak.

Namun, pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang boleh menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar dan ketidakseimbangan ekosistem bio. Penebangan hutan tidak terkawal,
pelepasan asap berbahaya dari kilang dan kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, pembuangan
sisa-sisa pepejal dan air sisa ke dalam sungai, penerokaan tanah yang berleluasa menjadi antara
faktor utama terjejasnya kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Sekiranya hal ini berterusan sehingga
beberapa tahun lagi tanpa pengawasan dan tidak diatasi, nescaya bumi yang kita diami ini akan
musnah.

Masalah utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia sekarang ialah isu perubahan iklim
dan keselamatan tenaga. Kedua-dua cabaran ini harus ditangani dengan bijak dan secara kolektif
demi memastikan kelangsungan hidup penghuni bumi baik manusia, haiwan dan tumbuhan pada
masa akan datang. Di Malaysia khususnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
telah diamanahkan untuk memegang satu portfolio berkaitan Teknologi Hijau. Teknologi Hijau telah
dikenal pasti sebagai salah satu cara dan penyelesaian dalam melestarikan alam sekitar.

Definisi Teknologi Hijau


Teknologi Hijau (TH) didefinisikan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2016). Segala alat, produk serta sistem yang
dapat mengurangkan degradasi kualiti persekitaran, rendah atau sifar pembebasan gas rumah hijau,
jimat tenaga dan sumber asli, menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu serta selamat pada alam
sekitar adalah merupakan TH (Iskandar, 2015). Jika dibandingkan dengan teknologi sedia ada, TH
merupakan teknologi yang mesra alam dan lebih rendah kadar pembebasan karbon ke udara.

SAINS 1
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
Pada Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DTHK) yang menekankan kepada aspek pemacuan
pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari. DTHK mempunyai empat (4) tonggak
utama iaitu:

i. Tenaga – Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan


tenaga
ii. Alam sekitar – Meminimumkan kesan dan memulihara alam sekitar
iii. Ekonomi – Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
iv. Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Teknologi Hijau didapati dapat menjana tenaga dengan kos yang lebih murah selain selamat dan
mesra pengguna justeru menjadikan Teknologi Hijau berpotensi besar sebagai alternatif dalam
memacu pembangunan negara. DTHK memberi fokus kepada empat (4) sektor utama iaitu:

i. Sektor Bekalan Tenaga


ii. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
iii. Sektor Bangunan
iv. Sektor Pengangkutan

Namun begitu menurut Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC, 2014),
terdapat tambahan tiga (3) sektor lagi yang boleh difokuskan dalam Teknologi Hijau iaitu:

i. Sektor Industri
ii. Sektor Pertanian dan Perhutanan
iii. Sektor ICT

Intergovernmental Panel on Climate Change


(IPCC)
Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang ditubuhkan pada 1988 ialah badan
antarabangsa yang terlibat dalam bidang sains berkaitan perubahan iklim. Badan ini telah
ditubuhkan oleh World Meteorological Organization (WMO) dan United Nations Environment
Programme (UNEP). Badan ini bertanggungjawab dalam menyediakan penilaian tetap
kepada penggubal dasar mengenai dasar saintifik perubahan iklim, kesan dan risikonya pada
masa hadapan serta langkah untuk menyesuaikan dan mengurangkannya. Salah satu daripada
kaedahnya ialah melalui Teknologi Hijau.

2 SAINS
Sektor Teknologi Hijau
Secara umumnya, terdapat tujuh (7) sektor Teknologi Hijau yang utama iaitu Sektor Bekalan Tenaga,
Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan, Pengangkutan, Industri, Pertanian dan Perhutanan serta
ICT. Berikut adalah penerangan ringkas bagi sektor-sektor tersebut:

A Sektor Bekalan Tenaga

Pasaran industri dunia hingga ke hari ini didominasi oleh keperluan dan penggunaan bahan
api secara berterusan. Contoh bahan api fosil adalah seperti arang batu, petroleum dan gas
asli. Bahan api fosil ini terhasil daripada pereputan hidupan mati yang tertanam di dasar lautan.
Proses ini mengambil masa selama jutaan tahun sebelum terbentuknya bahan api fosil yang
digunakan sekarang. Namun begitu, permintaan yang sangat tinggi terhadap bahan api fosil ini
menjadikan stok bekalannya hampir berkurang selain pembakaran bahan ini yang menyumbang
kepada pencemaran alam. Justeru, satu pendekatan yang proaktif dan berkesan harus diambil
bagi mencari alternatif untuk menggantikan bahan api fosil ini. Salah satu cara adalah melalui
Sektor Bekalan Tenaga yang banyak memfokus kepada Tenaga Boleh Baharu.

Tenaga Boleh Baharu merujuk kepada tenaga yang boleh dijana di sepanjang hayat manusia.
Tenaga Boleh Baharu juga dikenali sebagai ‘Tenaga Bersih’ atau ‘Tenaga Hijau’ kerana tidak
mencemarkan udara dan air. Antara contoh Tenaga Boleh Baharu yang semakin meluas
penggunaannya ialah tenaga hidroelektrik, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga geoterma,
tenaga solar, tenaga ombak dan bahan api bio.

B Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

Definisi sisa ialah apa sahaja lebihan, keluaran yang tidak dikehendaki ataupun apa-apa
bahan yang perlu dilupuskan kerana sudah rosak, pecah dan lusuh. Sisa boleh dijana melalui
beberapa medium antaranya sisa isi rumah, sisa industri, sisa pembinaan, sisa komersial
serta sisa khas. Sisa khas merujuk kepada sisa terkawal yang perlu dilupuskan menggunakan
kaedah yang tertentu kerana sifatnya yang bahaya ataupun memudaratkan kesihatan. Contoh
sisa khas adalah seperti bahan toksik yang dihasilkan dari premis perindustrian yang tidak
boleh dihapuskan di tapak pelupusan biasa. Bahan sisa ini jika tidak dibuang dan dilupuskan
secara terkawal akan menyebabkan pencemaran alam.

Manakala, air sisa ialah air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa
manusia, sisa makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada
beberapa jenis. Sebagai contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air
larian stormwater. Pengurusan air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu
kecekapan penggunaan sumber dan kesihatan awam.

Justeru, TH bagi Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa adalah sangat penting bagi
meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam. Sisa yang dibuang boleh diolah
menjadi suatu benda yang baharu contohnya seperti baja kompos. Salah satu pendekatan
yang diketahui umum ialah konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle).

SAINS 3
C Sektor Bangunan

Pembebasan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berterusan menyumbang
kepada faktor utama pemanasan global. Banyak pendekatan yang boleh diambil bagi
mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau ke udara melalui Sektor Bangunan.
Menurut United States Green Building Council (2006), Bangunan Hijau merujuk kepada aplikasi
pembangunan lestari dalam Sektor Bangunan yang mengarah kepada sifat tanggungjawab
kepada alam, keuntungan ekonomi serta tempat yang sihat untuk manusia bekerja dan tinggal.

Bangunan Hijau boleh dibina dengan menitikberatkan kepada orientasi optimal bangunan di
atas tapak bina, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap,
penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan, dan penghasilan sisa pepejal yang
minimum.

D Sektor Pengangkutan

Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum) sebagai


bahan bakar. Pembakaran bahan api fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke
udara sekaligus meningkatkan jejak karbon negara. TH dalam Sektor Pengangkutan lebih
menekankan kepada aspek prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan
awam.

Pengangkutan hijau (lestari) merujuk pada sebarang bentuk pengangkutan yang memberi
impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang membebaskan kadar gas
rumah hijau yang rendah, contoh seperti kenderaan yang menggunakan Tenaga Boleh
Baharu. Antara bentuk pengangkutan hijau ialah berjalan kaki, berbasikal dan kenderaan
hijau (menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar). Kereta hibrid merupakan salah satu
contoh kenderaan hijau.

E Sektor Industri

Bidang industri menggunakan satu per tiga daripada penggunaan tenaga keseluruhan.
Perkembangan industri pembuatan dan industri pemprosesan yang agak pesat telah
menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Hal ini disebabkan
oleh pembebasan gas rumah hijau dalam kadar yang agak tinggi ke udara dan menyebabkan
jerebu dan seterusnya fenomena hujan berasid. Program kecekapan tenaga dan pengurusan
tenaga merupakan contoh inisiatif TH yang sesuai bagi Sektor Industri. Inisiatif tersebut perlu
dilaksanakan bagi mengurangkan impak negatif daripada sektor ini.

4 SAINS
F Sektor Pertanian dan Perhutanan

Gas karbon dioksida banyak terhasil daripada pembakaran bahan api fosil bagi menghasilkan
tenaga. Kandungan gas karbon dioksida di dalam udara ini boleh dikurangkan dengan adanya
tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon dioksida untuk membuat
makanan dan membebaskan gas oksigen ke udara melalui proses fotosintesis.

Peratus gas karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dengan menanam lebih
banyak pokok serta mengawal aktiviti pembalakan. Selain itu, penggunaan baja kompos
untuk meningkatkan nutrien tanah, pengurusan pengairan tanaman (menggunakan air hujan
untuk menyiram tumbuhan) serta menambah baik amalan penanaman juga merupakan salah
satu pendekatan TH bagi Sektor Pertanian dan Perhutanan.

G Sektor ICT

TH dalam Sektor ICT merangkumi amalan dan kajian dalam penggunaan komputer dan
alat komunikasi. Amalan dan kajian ini memfokuskan kepada pembuatan, reka bentuk,
penggunaan dan pelupusan alat komputer. Contoh tindakan dan pendekatan yang boleh
diambil dalam mengamalkan ICT hijau ialah mengurangkan penggunaan bahan berbahaya,
menjimatkan tenaga elektrik, memanjangkan jangka hayat sesuatu peralatan secara efektif
serta mempromosikan produk ICT yang boleh dikitar semula ataupun terbiodegradasi.

Walau bagaimanapun hanya 6 sektor sahaja yang sesuai diterapkan dalam


modul ini iaitu Sektor Bekalan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Bangunan,
Pengangkutan, Pertanian dan Perhutanan serta Industri kecuali Sektor ICT. Sektor-
sektor tersebut diterapkan mengikut kesesuaian dengan konsep dan tajuk dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sains.

Seterusnya, infografik disediakan sebagai ringkasan keseluruhan maklumat


berkenaan TH diikuti dengan penerangan secara ringkas mengenai sebahagian
daripada sektor-sektor tersebut disertakan dalam modul ini. Penerangan Sektor
Bekalan Tenaga, Kecekapan Tenaga, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Sektor
Bangunan dan Sektor Pengangkutan dijelaskan oleh pakar-pakar TH dari Universiti
Sains Malaysia.

SAINS 5
6
INFOGRAFIK TENTANG TEKNOLOGI HIJAU
FENOMENA PERUBAHAN IKLIM Merujuk kepada bekalan tenaga, fokus kepada Tenaga Boleh Baharu
yang dikenali sebagai Tenaga Bersih atau Tenaga Hijau yang boleh
dijana sepanjang hayat
Disebabkan oleh
SOLAR GEOTERMA

SAINS
ANGIN TENAGA LAUTAN
HIDRO
PENEBANGAN
INDUSTRI
HUTAN

Merujuk kepada pengangkutan berkonsepkan Teknologi Hijau dengan


PEMBAKARAN
AKTIVITI PEMBUANGAN penggunaan Tenaga Boleh Baharu yang tidak mencemarkan
BAHAN API persekitaran
MANUSIA SISA DAN AIR
SISA
BAHAN API ALTERNATIF
Intergovernm
gsa - enta
raban l Pa
nta ne AMALAN PEMANDUAN
PENGANGKUTAN A lO EKO
ab n
aw C
j li

g
m

un
at
SEKTOR

gg
Apa sahaja lebihan atau keluaran yang tidak dikehendaki,

n
Membebaskan BEKALAN SEKTOR

Ch
Teknologi Hijau berperanan bagi meminimumkan kesan

rta
a
pembuangan sisa dan air sisa dengan konsep 3R (Reduce, Reuse

n
GHG TENAGA PENGANGKUTAN

Be
& Recycle), pengurangan dan kitar semula sisa elektronik dan rawatan

ge
air sisa

an
CH4 KITAR SEMULA SISA RAWATAN AIR
BAHAN SISA
SISA
ELEKTRONIK PUSAT PENGUMPULAN DAN KITAR SEMULA SISA

(IPC

Bad
Metana TH C)
TEKNOLOGI HIJAU
Penyelesaian SEKTOR Pembangunan dan aplikasi
SEKTOR
GAS
CO2 melalui produk, peralatan serta sistem untuk PENGURUSAN
CFC RUMAH HIJAU INDUSTRI
Klorofluoro GREEN HOUSE GASES memelihara alam sekitar dan alam
Karbon semula jadi serta meminimumkan
SISA Merujuk kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau
-karbon (GHG)
dioksida atau mengurangkan kesan negatif DAN AIR (GHG) Pengaturan Bangunan Hijau yang sempurna
daripada aktiviti manusia
N2O SISA PENGGUNAAN BAHAN PENCAHAYAAN
(KeTTHA, 2016)
HA)

BINAAN MESRA SEMULA JADI

Bada
ALAM
Nitrus oksida
eTT

nB
r (K

ert
SEKTOR
Ai

SEKTOR

an
n

PERTANIAN DAN

g
BANGUNAN
da

gu
PERHUTANAN
Memberi kesan

ng
au

ja j Penggunaan sisa pertanian dan pemeliharaan perhutanan untuk


w Hi mengawal keseimbangan persekitaran dan pengurusan sisa
ab gi tanaman untuk pembuatan baja kompos lestari
Ma
n olo
la y PERHUTANAN SEMULA
sia Tek
- Kem g a,
e n t e ri a n T e n a
KEMARAU
PENGURUSAN
BERPANJANGAN
TERNAKAN

SUHU
YANG
BANJIR
TERLALU
MELAMPAU
PANAS
DAN
Teknologi Hijau berusaha untuk mengurangkan pembebasan gas
SEJUK
KESAN rumah hijau yang tinggi daripada perindustrian dengan penggunaan
tenaga secara cekap

RIBUT, TAUFAN KEHILANGAN


DAN PUTING BIODIVERSITI KECEKAPAN
BELIUNG TENAGA
SEKTOR BEKALAN TENAGA
Oleh:
Profesor Haslan Bin Abu Hassan
Pengarah
Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Sektor Bekalan Tenaga merupakan sektor dalam TH yang paling utama dibandingkan dengan
sektor-sektor TH yang lain. Ini kerana tenaga memainkan peranan penting dalam Sektor Bangunan,
Pengangkutan, Pengurusan Sisa dan Air Sisa, Pertanian dan Perhutanan, Industri dan ICT.

Terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam Sektor Bekalan Tenaga. Pertama, cara
tenaga tersebut dijana atau dibekalkan, dan kedua, cara tenaga yang telah dihasilkan itu diagih atau
diguna dengan cekap tanpa pembaziran.

Tenaga yang dijana oleh sumber fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli diklasifikasikan
sebagai tenaga tidak hijau atau tidak boleh baharu. Ini kerana sumber fosil yang diperoleh dari
bawah permukaan bumi dibentuk beratus juta tahun yang lalu dan tidak dapat diganti dengan cepat
selepas habis digunakan. Sejak terciptanya kereta bermotor berkuasa petroleum pada tahun 1865,
petroleum telah digunakan dengan meluas bagi memacu kenderaan tersebut. Ketika ini, lebih kurang
70% penghasilan petroleum dunia diguna dalam bidang pengangkutan. Selain petroleum, arang
batu dan gas asli dapat juga diguna bagi menjana elektrik. Kebergantungan kepada sumber fosil ini
telah meningkatkan kandungan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida (CO2) di atmosfera
seterusnya menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim.

Perdana Menteri Malaysia telah membuat aku janji pada tahun 2009 semasa menghadiri Persidangan
Perubahan Iklim (COP 15) di Copenhagen bahawa Malaysia akan mengurangkan pengeluaran
keamatan karbon sebanyak 40% pada tahun 2020 dibandingkan dengan angka keamatan karbon
pada tahun 2005. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah mengenal pasti sektor-sektor yang boleh
diimplementasikan dengan TH. Bagi Sektor Bekalan Tenaga, penggunaan tenaga boleh baharu dan
amalan kecekapan tenaga telah dikenal pasti dapat membantu pengurangan keamatan karbon.

Seperti yang diketahui sumber tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber tenaga boleh
baharu (boleh dijana semula) dan sumber tenaga tidak boleh baharu (tidak boleh dijana semula).
Sumber tenaga hijau atau boleh baharu ditakrifkan sebagai tenaga yang dapat diganti atau dihasilkan
semula dalam tempoh hayat manusia. Tenaga juga boleh dikategorikan kepada tenaga primer dan
tenaga sekunder. Tenaga primer ialah tenaga mentah yang terkandung dalam sumber-sumber
semula jadi seperti arang batu, minyak, cahaya matahari dan biojisim yang tidak menjalani sebarang
penukaran. Manakala tenaga sekunder ialah tenaga yang ditukarkan daripada bahan api lain atau
sumber tenaga utama. Sebagai contohnya, bagi menjana atau menghasilkan tenaga elektrik kita
boleh memilih sama ada untuk membakar bahan api fosil ataupun menggunakan sumber tenaga
boleh baharu seperti solar, angin, biojisim, hidro, geoterma dan ombak. Namun di Malaysia, tumpuan
tenaga boleh baharu adalah kepada solar, hidro dan biojisim, masing-masing kerana wujud sinaran
matahari yang berterusan, taburan hujan yang banyak dan sumber organik yang mencukupi. Malaysia
mensasarkan lebih daripada 10% daripada jumlah keseluruhan bekalan tenaga negara dijana oleh
sumber tenaga boleh baharu menjelang 2020.

SAINS 7
Contoh

Terdapat dua jenis sistem solar. Jenis pertama dipanggil solar terma yang menghasilkan tenaga
haba bagi pemanasan dan pengeringan. Sebenarnya solar terma ini telah lama diamalkan bagi
pengeringan baju dan makanan. Apabila reka bentuk peralatannya ditambah baik dengan teknologi,
pemanasan yang dihasilkan menjadi lebih cekap sehingga dapat memanas air bagi penggunaan
domestik dan industri. Sistem solar jenis kedua dipanggil solar fotovolta yang menghasilkan elektrik
secara terus oleh panel solar apabila disinari oleh matahari. Bahan panel solar kebiasaannya terdiri
daripada bahan semikonduktor dengan kecekapan tertinggi menghampiri 21% menukar sinaran
matahari ke elektrik.

Sistem hidro menukar tenaga keupayaan dan kinetik air yang mengalir dari tanah tinggi ke tanah
rendah kepada tenaga mekanik dan kinetik turbin dan seterusnya ditukar menjadi tenaga elektrik
oleh penjana. Antara semua sumber Tenaga Boleh Baharu, tenaga hidro paling meluas diguna bagi
menjana elektrik di Malaysia.

Biojisim ialah sebarang bahan organik termasuk tumbuhan, sisa perbandaran, rumpai laut dan sisa
haiwan yang dapat diguna sebagai sumber tenaga. Sumber asal tenaga biojisim adalah daripada
matahari. Biojisim bertindak sebagai stor tenaga kimia. Tenaga kimia ini dapat ditukar kepada tenaga
dalam bentuk haba, bahan api cecair dan gas dengan menggunakan teknologi canggih. Contohnya,
cecair etanol iaitu bahan api alkohol hasil daripada penapaian selulosa biojisim seperti jagung,
tebu, ubi kayu, gandum, beras, kentang dan sisa perladangan. Najis binatang, sisa makanan yang
telah diproses dan sisa perbandaran ialah contoh-contoh biojisim yang dicerna oleh bakteria bagi
menghasilkan biogas metana.

Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada sumber fosil sebagai bekalan tenaga
negara. Tenaga Boleh Baharu ditetapkan sebagai komponen kelima sumber tenaga negara selepas
petroleum, gas asli, arang batu dan hidro. Justeru, pemindahan ilmu berkaitan dengan Tenaga Boleh
Baharu perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kesedaran, penerimaan dan penggunaan Tenaga
Boleh Baharu dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah dengan
mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat rendah seterusnya menengah. Isi kandungan
subjek sekolah yang dapat dikaitkan dengan Tenaga Boleh Baharu mesti diperluaskan supaya
merangkumi teknologi terkini tentang Tenaga Boleh Baharu yang berkaitan. Bidang pekerjaan pada
masa depan dijangka lebih berunsurkan TH. Justeru itu, pakar tenaga hijau yang terdiri daripada
saintis dan jurutera mesti dilahirkan bagi menjamin keselamatan tenaga dan kelestarian negara.

8 SAINS
KECEKAPAN TENAGA
Oleh:
Dr Mardiana Idayu Ahmad
Pusat Pengajian Teknologi Industri
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Setelah kita memahami tentang tenaga, maka lebih mudah bagi kita untuk memahami maksud
kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga bermaksud penggunaan tenaga yang kurang untuk
menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.
Kecekapan tenaga juga ditafsirkan sebagai nisbah tenaga yang digunakan oleh sesuatu sistem
terhadap input tenaganya. Ini merangkumi tenaga yang dibekalkan pada bangunan, pencahayaan,
sistem pemanasan, sistem pendingin hawa, kelengkapan elektrik, proses industri, pengangkutan
atau kenderaan dan sebagainya. Daripada definisi ini, kita dapat lihat bahawa kecekapan tenaga
boleh merujuk kepada penggunaan teknologi untuk mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk
sesuatu tujuan atau perkhidmatan. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada sikap dan kesedaran
kita sebagai pengguna melalui penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Amalan
kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan
pembaziran.

Contoh

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sektor Bangunan menyumbang kepada hampir
40% daripada jumlah tenaga yang digunakan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Berikutan
peratusan ini di samping turun naik harga tenaga dan cabaran perubahan iklim telah menyebabkan
peningkatan permintaan untuk penjimatan tenaga bangunan yang seterusnya membawa kepada
keperluan kecekapan tenaga dalam bangunan. Kecekapan tenaga dalam bangunan boleh ditakrifkan
sebagai menggunakan jumlah minimum tenaga untuk pemanasan, pendinginan, pencahayaan dan
kelengkapan yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan kondusif di dalam sesebuah bangunan.

Selain itu, Sektor Pengangkutan menyumbang kepada 30% daripada peratusan penggunaan tenaga
keseluruhan. Paradigma tenaga dalam sektor ini merangkumi tiga parameter utama iaitu bahan api
kenderaan, perjalanan kenderaan dan populasi kenderaan. Oleh itu, langkah kecekapan tenaga
bagi Sektor Pengangkutan perlu mengambil kira tiga parameter tersebut. Ini termasuk meningkatkan
teknologi kenderaan (meningkatkan kecekapan tenaga kenderaan), sikap dan pemanduan
(menggunakan kurang bahan api per jarak yang dipandu), mengurangkan jarak perjalanan per
kenderaan dan menggunakan pengangkutan yang lebih lestari.

Manakala bagi Sektor Industri pula, penggunaan tenaga memberi pecahan satu per tiga daripada
penggunaan tenaga keseluruhan. Oleh itu, kecekapan tenaga dalam Sektor Industri amat diperlukan
yang menumpu kepada penjimatan tenaga, pengurangan pengeluaran gas karbon dioksida dan
seterusnya membawa kepada pengurangan kos. Antara inisiatif kecekapan tenaga Sektor Industri
ialah program kecekapan tenaga, pengurusan tenaga, insentif tenaga dan penilaian prestasi tenaga.

Penunjuk kecekapan tenaga adalah penting untuk menganalisis interaksi antara ekonomi dan
aktiviti manusia iaitu penggunaan tenaga dan pengeluaran gas karbon dioksida. Selain itu, ia dapat
mengukur prestasi sebenar tenaga dan mengenal pasti amalan pengurusan tenaga yang terbaik dan
sesuai.

SAINS 9
Kesimpulan

Bagi memastikan matlamat kecekapan tenaga ini tercapai, semua pihak harus memainkan peranan
sama ada di peringkat individu, peringkat sektor (ekonomi, industri, pengangkutan, komersil),
peringkat nasional dan juga antarabangsa. Justeru, amalan kecekapan tenaga dan penyampaian
maklumat berkaitan perkara ini wajar dimulakan di peringkat individu sama ada secara formal (di
sekolah) ataupun secara tidak formal.

Komitmen Malaysia dalam kecekapan tenaga dapat dilihat melalui pelaksanaan polisi tenaga
iaitu Pelan Induk Kecekapan Tenaga Nasional oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA). Pelan ini merupakan satu pelan induk untuk menjimatkan penggunaan tenaga negara
dalam tempoh 10 tahun yang menumpukan kepada tiga sektor utama iaitu industri, bangunan dan
kelengkapan elektrik. Bagi merealisasikan objektif pelan ini, antara inisiatif dan usaha yang dijalankan
ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga ialah menerusi label kecekapan tenaga bagi kelengkapan
elektrik, Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index), kempen teknologi cekap tenaga, kempen
penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar dan kempen kesedaran terhadap pengguna
melalui amalan penjimatan tenaga.

10 SAINS
SEKTOR PENGURUSAN SISA
DAN AIR SISA
Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Suffian Yusoff
Timbalan Ketua
Kluster Pengurusan Sisa Pepejal (SWAM@USM)
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pertambahan kadar penjanaan sisa pepejal dari tahun ke tahun dipengaruhi oleh pertambahan
penduduk dunia, peredaran zaman, perubahan gaya hidup dan sosio budaya, pertambahan
prasarana dan peningkatan ekonomi. Secara tidak langsung, penjanaan, pelupusan dan penguraian
sisa menyumbang kepada penjanaan gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) serta perubahan
iklim dunia. Amalan pengurusan sisa yang lestari berupaya mengurangkan pelepasan GHG. Inisiatif
industri dan negara di seluruh dunia untuk menangani kesan karbon daripada aktiviti sektor sisa
membuka peluang untuk pengurangan karbon yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Pendekatan TH oleh sektor sisa menawarkan satu portfolio yang mantap, teknologi yang praktikal
dan kos yang efektif serta boleh menyumbang kepada pengurangan GHG. TH yang disesuaikan
dan digunakan selari dengan tradisi dan keperluan tempatan boleh membantu ke arah pengurangan
pelepasan GHG global secara signifikan. Amalan TH dalam pencegahan penjanaan, pengurangan,
penggunaan semula dan kitar semula sisa semakin meningkat di seluruh dunia. Malah, amalan
tersebut telah menunjukkan potensi yang semakin memberangsangkan dalam usaha mencegah
pelepasan GHG melalui pemuliharaan bahan-bahan mentah dan bahan api fosil.

Contoh

Menerusi teknologi rawatan biologi aerobik dan anaerobik, sisa organik boleh diperoleh semula
dan diubah menjadi penstabil tanah dan baja organik. Proses-proses ini mengurangkan pelepasan
GHG melalui pencegahan karbon biogenik dalam tanah, meningkatkan sifat-sifat fizikal tanah, dan
menambah nutrien tanah. Sisa juga berpotensi menjadi sumber penting kepada Tenaga Boleh
Baharu. Teknologi pembakaran, penunuan serta pelbagai rawatan haba yang lain untuk penukaran
sisa kepada tenaga, perolehan dan penggunaan gas tapak pelupusan, serta penggunaan pencerna
biogas anaerobik memainkan peranan yang penting dalam pengurangan penggunaan bahan api
fosil dan pelepasan GHG.

Pengkomposan merupakan proses penguraian sisa organik seperti sisa pertanian, sisa makanan,
sisa dapur dan sisa taman kepada baja kompos secara semula jadi. Lambakan sisa makanan yang
terjana sehingga melebihi 40% daripada jumlah sisa pepejal negara boleh ditukar kepada barangan
berharga yang tidak mencemarkan alam sekitar. Kompos ialah bahan organik yang telah terurai
dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian
organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan organik di kawasan luar
dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Teknologi pengkomposan
seperti sistem windrow (windrow system), timbunan statik berudara dan dalam bejana merupakan
kaedah konvensional yang dilaksanakan pada skala kecil dan komersial.

SAINS 11
Pencernaan anaerobik untuk penjanaan biogas khususnya metana daripada sisa organik melalui
proses penguraian tanpa oksigen adalah salah satu TH bagi menukarkan sisa kepada tenaga.
Bahan yang sesuai untuk dijadikan suapan kepada loji reaktor anaerobik termasuklah enapcemar
kumbahan, sisa pertanian, tinja haiwan dan sisa makanan. Gas metana yang terhasil boleh digunakan
untuk kegunaan dapur dan menghidupkan jana kuasa elektrik. Penjanaan biogas boleh dijalankan
pada skala kecil di rumah manakala penjanaan komersial memerlukan teknologi yang tinggi.

Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan pembakaran bahan
dan/atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang dipanggil penunu
atau insinerator. Penunuan atau insinerator adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk
menghindarkan sisa daripada memenuhi ruang tapak pelupusan. Keberkesanan teknologi moden
yang lestari sehingga 90% mampu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan dan mengurangkan
kesan pencemaran terhadap alam sekitar kerana penghasilan gas metana dan larut lesap (leachate)
dari tapak pelupusan dapat dihindarkan. Terdapat pelbagai teknologi penunuan seperti rotary kiln,
stocker grate, pirolisis, plasma dan lain-lain. Hasil sampingan proses penunuan ini adalah haba yang
panas boleh menghasilkan stim serta menjana tenaga elektrik.

Air sisa merupakan air yang telah digunakan termasuklah bahan-bahan seperti sisa manusia, sisa
makanan, minyak, sabun dan bahan kimia. Air sisa terbahagi kepada beberapa jenis. Sebagai
contoh, air sisa domestik, air sisa daripada perindustrian dan air larian stormwater. Pengurusan
air sisa secara efisien memainkan peranan penting dalam isu kecekapan penggunaan sumber
dan kesihatan awam. Hal ini kerana pengurusan air sisa dan penggunaannya semula merupakan
langkah yang tepat dalam menangani masalah kekurangan bekalan air dan mampu meningkatkan
kecekapan penggunaan sumber. Selain itu, ianya mampu mengatasi masalah eutrofikasi akibat
daripada pelepasan air sisa ke kawasan persekitaran seperti sungai atau perairan pantai.

Loji rawatan efluen yang diwujudkan untuk merawat air kumbahan yang terhasil daripada sumber
perbandaran merupakan contoh pengurusan air sisa yang efisien. Loji rawatan air seperti ini mampu
mengurangkan kos rawatan air mentah untuk menukar air buangan yang terpilih dengan penggunaan
pelbagai teknologi rawatan air. Loji rawatan air sisa kebiasaannya direka untuk mengurangkan
beban pepejal organik dan pepejal terampai. Proses rawatan air sisa kebanyakannya terdiri daripada
pelbagai kombinasi operasi fizikal, kimia dan biologi untuk menyingkirkan bahan cemar seperti bahan
organik dan nutrien daripada air.

Kesimpulan

Kaedah pengurusan sisa yang lestari bermula daripada penjanaan sehinggalah pelupusan boleh
membantu dalam mengurangkan pengeluaran GHG serta menghindarkan pencemaran alam sekitar.
Penjanaan sisa yang kian meningkat dari hari ke hari memerlukan komitmen daripada segenap
lapisan masyarakat. Pendekatan TH boleh diamalkan pada setiap peringkat hierarki pengurusan sisa.
Oleh itu pemindahan ilmu berkaitan dengan amalan pengurusan sisa lestari perlu dilaksanakan bagi
mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Salah satu kaedah yang paling berkesan ialah
dengan mendidik murid sekolah bermula daripada peringkat pra sekolah, rendah, menengah dan
seterusnya. Kandungan mata pelajaran kurikulum dan aktiviti kokurikulum sekolah perlu diterapkan
dengan kesedaran pengurusan sisa dan air sisa yang lestari disertai aplikasi TH.

12 SAINS
SEKTOR BANGUNAN
Oleh:
Profesor Madya Dr Mohd Wira Bin Mohd Shafiei
Pengarah
Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE)

Pengenalan

Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Intergovernmental Panel for Climate Change (IPCC,
2014), bangunan menggunakan 32% daripada jumlah penggunaan tenaga dunia dan mengeluarkan
19% daripada pengeluaran gas rumah hijau (Green House Gases, GHG) yang berkaitan dengan
tenaga. Adalah dijangkakan jumlah guna tenaga dan pengeluaran GHG ini akan bertambah sebanyak
dua kali ganda malah hal ini berkemungkinan mencecah sehingga tiga kali ganda pada tahun 2050
sekiranya pola penggunaan tenaga sekarang tidak berubah. Pertambahan populasi dunia, migrasi
ke bandar-bandar besar, peningkatan tahap kekayaan dan perubahan gaya hidup selesa adalah
faktor-faktor utama yang meningkatkan penggunaan tenaga di dalam bangunan. Bagi menghadapi
perubahan ini, masyarakat dunia umumnya, dan Malaysia khasnya, perlu mempunyai rancangan
dan tindakan yang menyeluruh supaya guna tenaga bangunan berada pada tahap yang selamat.

Contoh

Antara ciri-ciri utama reka bentuk bangunan hijau adalah: (1) tapak, orientasi dan bentuk bangunan;
(2) spesifikasi sampul bangunan yang berprestasi tinggi; (3) memaksimumkan ciri-ciri pasif tenaga
bangunan seperti pencahayaan siang, penyejukan bangunan dan ventilasi; (4) sistem mekanikal
bangunan yang cekap tenaga; (5) penggunaan alatan dan peranti individu yang cekap tenaga; dan
(6) sistem berpiawai di dalam pentauliahan (commissioning) bangunan, sistem dan alatan di dalam
bangunan. Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak perubahan positif dan penting telah berjaya
dicapai bagi menambahkan kecekapan tenaga di dalam bangunan. Antaranya ialah pencahayaan
semula jadi dan pencahayaan berelektrik, alatan elektrik di rumah, bahan penebat (insulator)
bangunan, pam haba, penggunaan sistem kawalan automasi bangunan yang berdigital, penggunaan
meter pintar (smart meter) dan grid sebagai cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik semasa
waktu puncak, dan kemajuan di dalam penghasilan tenaga boleh baharu.

Pengalaman pengurusan tenaga bangunan yang cekap menunjukkan penjimatan guna tenaga boleh
dicapai secara lebih efektif dengan membuat usaha penjimatan pada tahap sistem, bukannya sekadar
pada alatan dan peranti individu seperti pam, motor, kipas, dan sistem penyejukan. Penggunaan
kaedah Proses Reka Bentuk Bersepadu (Integrated Design Process) membolehkan penjimatan
pada tahap sistem dibuat dengan jayanya. Lebih penjimatan boleh diperoleh sekiranya kesemua
pasukan projek pereka seperti arkitek dan jurutera berbincang bersama-sama untuk mereka bentuk
bangunan daripada peringkat awal projek.

SAINS 13
Mutakhir ini, kemajuan yang telah dicapai dalam sektor ini ialah amalan reka bentuk dalam
pembinaan bangunan dan perubahan sikap pengguna tenaga di dalam bangunan menunjukkan
penjimatan penggunaan tenaga elektrik sebanyak dua sehingga sepuluh kali ganda bagi bangunan
baru. Bagi bangunan sedia ada pula, penjimatan tersebut adalah di antara dua sehingga empat kali
ganda pengurangannya. Kemajuan TH juga membolehkan bangunan cekap tenaga dan bangunan
sifar-tenaga dibina dengan keupayaan untuk memberikan pulangan positif kepada pelaburan yang
dibuat semasa tempoh hayat bangunan tersebut. Bagi stok bangunan yang sedia ada, bukti yang
menunjukkan kaedah penyesuaian semula (retrofit) bangunan mampu memberikan penjimatan
tenaga sebanyak 50 sehingga 90 peratus. Selain daripada itu, alatan elektrik cekap tenaga,
pencahayaan rendah tenaga, dan teknologi informasi komunikasi mampu menambahkan lagi kadar
penjimatan tenaga bagi menghadapi cabaran guna tenaga masa hadapan.

Kesimpulan

Bangunan adalah elemen yang cukup kritikal dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan GHG
yang berkaitan dengan tenaga. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah dalam
menggalakkan perkembangan bangunan yang lebih cekap tenaga. Usaha yang boleh diambil ialah
dengan merangka instrumen polisi tenaga yang efektif dan menyeluruh. Seterusnya pihak kerajaan
boleh membuat pembaharuan terhadap undang-undang kecil berkaitan bangunan. Contohnya,
dengan memudahkan proses pembiayaan kewangan dan memberikan insentif kepada industri
binaan yang bercirikan TH. Selain itu, pihak berkepentingan dalam industri binaan perlu membuat
perubahan dengan melaksana amalan terbaik bangunan cekap tenaga. Salah satu kaedah ialah
menjalankan program kecekapan tenaga, menggalakkan penggunaan penjimatan guna tenaga
dan penggunaan TH secara menyeluruh di dalam bangunan. Oleh yang demikian, usaha untuk
mewujudkan kesedaran pada peringkat sekolah boleh dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Sebagai contoh, menggalakkan penggunaan alatan elektrik yang cekap tenaga dan
penggunaan pencahayaan yang rendah tenaga di dalam bangunan sekolah. Maka dengan aktiviti
ini hasrat kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau daripada bangunan dapat
dicapai.

14 SAINS
SEKTOR PENGANGKUTAN
Oleh:
Prof Madya Dr Soib bin Taib
Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan

Pencemaran daripada pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim


dunia iaitu menghampiri 25% pengeluaran CO2. Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 75%
daripada jumlah pengeluaran CO2 adalah berpunca daripada pengangkutan jalan dan jumlah ini
semakin bertambah dari semasa ke semasa. Didapati hampir 95% daripada Sektor Pengangkutan
ini menggunakan bahan api minyak dan ini merupakan 60% daripada penggunaan minyak dunia.
Usaha yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan dalam sektor ini bagi mengurangkan
pencemaran udara dan juga untuk mencapai persekitaran yang lestari. Oleh sebab itu, penjenamaan
Pengangkutan Hijau adalah berteraskan aktiviti pengangkutan yang mesra alam dan memberi
kesan positif terhadap persekitaran sedia ada. Dalam hal ini Pengangkutan Hijau akan melibatkan
kecekapan penggunaan sumber dan penstrukturan semula sistem pengangkutan supaya lebih
selamat dan selesa.

Contoh

Rajah 1 menunjukkan huraian bagi Hierarki Mod Pengangkutan Hijau:

i. Pejalan kaki. Setiap orang digalakkan berjalan kaki dalam setiap aktiviti. Kaedah berjalan
kaki tidak akan melibatkan pencemaran sebarang gas rumah hijau (Green House Gases,
GHG) serta percuma di samping menyihatkan badan.

ii. Basikal. Merupakan mod pengangkutan lebih cepat daripada berjalan kaki dan juga kos
yang lebih murah serta aktiviti yang menyihatkan badan. Pembelian dan
penyelenggaraannya juga murah dan mudah berbanding kereta.

iii. Pengangkutan awam. Merupakan pengangkutan terbesar dalam bandar yang menyediakan
infrastruktur yang baik. Pengangkutan yang baik dan murah terutamanya bagi kumpulan
warga emas dan pelajar.

iv. Kenderaan perkhidmatan atau pengangkutan barang. Kenderaan mod ini menyumbang
hampir 9% pengeluaran gas rumah hijau. Kebanyakan kenderaan mod ini menggunakan
diesel dan elektrik atau bateri.

v. Teksi. Penggunaan teksi yang lebih mesra alam iaitu kenderaan hibrid atau kenderaan
elektrik merupakan mod pengangkutan terbaik dan menjadi pilihan utama.

vi. Kenderaan penumpang berkumpulan. Juga dikenali sebagai ‘carpool’. Merupakan salah
satu mod Pengangkutan Hijau. Sekumpulan rakan-rakan, pekerja atau sebagainya
menggunakan pengangkutan yang sama ke tempat yang sama secara berterusan.
Berbanding 5 orang berlainan menggunakan 5 jenis kereta menuju tempat yang sama,
maka mod ini adalah lebih ekonomik dan mengurangkan pencemaran.

SAINS 15
vii. Kenderaan individu. Mod terakhir dalam Pengangkutan Hijau yang menggunakan teknologi
pembakaran terkini.

Rajah 1 : Mod Pengangkutan Hijau

Kelebihan Pengangkutan Hijau

Pengangkutan Hijau mempunyai pelbagai kebaikan dari segi persekitaran, kesihatan ekonomik
dan perbelanjaan. Berikut adalah beberapa faedah yang diperoleh menerusi penggunaan
Pengangkutan Hijau:

i. Persekitaran yang bersih. Pengeluaran CO2 daripada pembakaran bahan fosil daripada
kenderaan merupakan penyumbang utama GHG. Oleh itu penggunaan kenderaan hijau
adalah aktiviti penting bagi mengurangkan pencemaran udara.
ii. Kesihatan lebih terkawal. Didapati banyak aktiviti berkaitan Pengangkutan Hijau dapat
meningkatkan kualiti kesihatan dan cara hidup manusia. Berjalan kaki atau mengayuh
basikal menyumbang kepada latihan fizikal badan manakala kurangnya pencemaran
udara mampu mengurangkan kesan negatif pada sistem pernafasan. Selain itu, kurangnya
kesesakan jalan raya mengurangkan masa dan tenaga serta menjadikan jalan raya lebih
selamat.
iii. Pembangunan kelestarian lebih ekonomik. Penghasilan dan pembuatan produk kenderaan
hijau atau pembaharuan sistem pengangkutan menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan, sekaligus memperbaiki ketidakseimbangan sosio-ekonomik.
iv. Jimat wang. Aktiviti mod Pengangkutan Hijau dapat mengurangkan penggunaan minyak
dan secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan.

16 SAINS
Kesimpulan

Kerajaan berhasrat mengurangkan pencemaran daripada aktiviti pengangkutan kerana aktiviti ini
telah menghasilkan sebanyak 25% pengeluaran CO2. Malah, aktiviti ini turut menjadi penyumbang
kepada perubahan iklim dunia. Pelepasan Gas Rumah Hijau (Green House Gases, GHG) melalui
aktiviti pengangkutan boleh meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding aktiviti yang lain,
contohnya, aktiviti perindustrian. Melalui pengurangan pembebasan GHG secara agresif dan
berterusan adalah perlu untuk memastikan pembebasan GHG yang rendah atau sifar. Hal ini kerana
kesan positif dihasilkan dapat mengurangkan perubahan iklim dan boleh membantu mengekalkan
keadaan alam sekitar yang lebih lestari. Oleh yang demikian, kesedaran mengenai penggunaan
Pengangkutan Hijau perlu ditingkatkan dalam masyarakat Malaysia.

SAINS 17
PANDUAN MENGGUNAKAN
MODUL

18 SAINS
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
Pengenalan

Bahagian pengenalan modul telah memberikan maklumat tentang Teknologi Hijau (TH). Para
guru perlu memahami tentang Teknologi Hijau dahulu sebelum dapat menggunakan modul ini
dengan berkesan. Definisi Teknologi Hijau serta Dasar Teknologi Hijau juga diterangkan untuk
membantu guru memahami dengan jelas kepentingan Teknologi Hijau untuk disebar luas
kepada murid-murid sebagai persediaan mereka untuk memahami dan mempunyai kesedaran
tentang fenomena perubahan iklim. Di samping itu terdapat sedikit penerangan daripada pakar
tentang sektor Teknologi Hijau yang tertentu diguna pakai dan sesuai dengan konsep yang
diajar dalam mata pelajaran Sains dalam modul ini. Modul pengajaran dan pembelajaran
Teknologi Hijau ini memuatkan beberapa aktiviti berkaitan Teknologi Hijau merentasi mata
pelajaran Sains. Bagi setiap mata pelajaran, konsep yang telah dipilih daripada sukatan
pelajaran adalah berdasarkan kesesuaian konsep tersebut untuk diintegrasikan dengan sektor
Teknologi Hijau berdasarkan Jadual IPCC (2014).

Setiap modul disampaikan dalam satu pakej yang mengandungi dua komponen iaitu:

i. Modul Panduan Guru


ii. Modul Aktiviti Murid

Modul Panduan Guru

Modul ini ditulis dalam format yang tertentu. Berikut merupakan penerangan tentang format
bagi setiap aktiviti:

• Tajuk
Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti.

• Konsep Teknologi Hijau


Bahagian ini menyatakan sektor dalam TH bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam
tajuk tersebut. Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti tersebut juga
dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan Jadual IPCC
(2014). Jadual tersebut menyenaraikan sektor TH dan kategori TH yang terletak di
bawah sektor berkenaan.

Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori yang terletak di bawah sektor ini ialah
Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri
daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim dan Biotenaga, Geoterma, Solar Fotovolta dan
lain-lain sebagai kaedah menyelesaikan masalah perubahan iklim menggunakan TH.

• Konsep Teknologi Hijau Dalam Sains


Bahagian ini memberi penerangan lebih lanjut tentang sektor TH yang terlibat bagi
setiap aktiviti dalam mata pelajaran Sains. Sektor tersebut dikaitkan dengan konsep
dalam mata pelajaran Sains yang ingin disampaikan dalam mata pelajaran mengikut
tajuk aktiviti tertentu yang dirancang dalam modul. Bahagian ini juga menyatakan
sektor dan kategori TH bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam tajuk tersebut.
Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti tersebut juga dinyatakan.
Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan Jadual IPCC (2014).
Jadual tersebut menyenaraikan sektor TH dan kategori TH yang terletak di bawah
sektor berkenaan.

SAINS 19
Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori yang terletak di bawah sektor ini ialah
Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri
daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim dan Biotenaga, Geoterma, Solar Fotovolta dan
lain-lain sebagai kaedah menyelesaikan masalah perubahan iklim menggunakan TH.

• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau


Senarai kerjaya yang berkaitan dengan setiap aktiviti diberikan. Senarai ini diberikan
supaya dapat memberikan rangsangan kepada murid bahawa terdapat pekerjaan yang
memerlukan pengetahuan dan kemahiran TH sekiranya mereka ingin menceburkan
diri dalam bidang berkenaan.

• Soalan Utama
Senarai soalan-soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjana
idea serta memberi gambaran awal kepada murid tentang aktiviti yang dijalankan.
Soalan ini disusun mengikut aktiviti yang disediakan. Guru disaran menggunakan
soalan ini untuk tujuan mencetuskan fikiran murid ke arah konsep TH dan kaitannya
dengan konsep tajuk mata pelajaran tertentu.

• Tujuan Pembelajaran
Menyatakan tujuan dan matlamat bagi setiap aktiviti yang akan dilaksanakan serta
perkaitannya dengan sektor TH yang diintegrasikan.

• Latar Belakang
Bahagian ini menerangkan latar belakang konsep bagi tajuk aktiviti termasuk
penyataan masalah dan perancangan aktiviti untuk mengatasi masalah berpandukan
sektor TH. Bahagian ini bertujuan membantu guru mendapatkan maklumat perkaitan
konsep Sains dengan TH yang boleh diintegrasikan.

• Strategi Pengajaran
Menyatakan strategi pengajaran yang diaplikasikan bagi setiap aktiviti berserta proses
pelaksanaan langkah demi langkah dengan terperinci. Strategi ini diterjemahkan dalam
Modul Aktiviti Murid tanpa maklumat yang telah disediakan untuk guru bagi membantu
murid. Sedangkan modul murid hanyalah langkah yang mereka perlu lakukan supaya
mereka dapat melalui proses pembelajaran secara aktif. Kebanyakan strategi yang
dirancangkan dalam modul ini ialah Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk bagi
memastikan dan menyediakan murid memperolehi kemahiran pembelajaran abad
ke-21. Oleh yang demikian guru perlu merancang pengajaran ini bukan untuk dua
waktu pengajaran tetapi merancang mengikut cadangan modul untuk murid berupaya
menghasilkan produk atau prototaip dalam memahami dan mencuba menyelesaikan
masalah dunia sebenar dengan aplikasi TH. Guru perlu sedar strategi ini adalah untuk
tempoh masa penghasilan produk yang agak panjang bersesuaian dengan strategi
Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk.

• Glosari
Mengandungi penerangan bagi setiap istilah TH yang digunakan di dalam modul serta
beberapa istilah penting yang lain.

• Aktiviti
Merumuskan semua tajuk setiap aktiviti, strategi pengajaran yang digunakan dan
tempoh waktu pembelajaran yang diperuntukkan untuk melaksanakan aktiviti.

20 SAINS
• Tajuk Aktiviti
Bahagian ini menerangkan perincian bagi setiap aktiviti termasuk:
o Objektif,
o Latar belakang aktiviti,
o Bahan dan peralatan yang diperlukan (per kumpulan),
o Kaedah,
o Maklumat untuk Guru,
o Pemerhatian,
o Soalan Perbincangan,
o Kesimpulan,
o Kerjaya dalam Teknologi Hijau.

Guru disaran untuk memberi fokus kepada soalan perbincangan serta kesimpulan yang
boleh dibuat berdasarkan konsep dalam mata pelajaran dan konsep TH yang diperoleh
melalui aktiviti bersama murid. Maklumat dalam perincian aktiviti juga diberikan dalam
Modul Aktiviti Murid kecuali maklumat guru dan cadangan jawapan soalan
perbincangan. Perkara ini adalah untuk memastikan strategi Pembelajaran Berasaskan
Produk/Projek yang merangkumi Pembelajaran Koperatif serta Inkuiri berdasarkan
Pendekatan STEM seperti saranan daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Sumber Rujukan
Bahagian ini menyenaraikan sumber rujukan bagi makluman guru. Rujukan diasingkan
mengikut aktiviti. Ini adalah bertujuan memudahkan guru untuk membuat rujukan lanjut
di laman sesawang.

• Cadangan Jawapan Soalan Perbincangan


Bahagian ini memberikan cadangan jawapan bagi setiap soalan perbincangan
mengikut aktiviti. Ini adalah bertujuan membantu guru untuk membimbing murid supaya
dapat memahami konsep Sains dan perkaitannya dengan TH.

SAINS 21
Modul Aktiviti Murid

Modul Aktiviti Murid ditulis berdasarkan Modul Panduan Guru tetapi tidak semua maklumat
kepada guru dibekalkan kepada murid. Ini bertujuan untuk murid menjadi murid lebih aktif dan
terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Kebanyakan kaedah menggunakan Pembelajaran
Berasaskan Projek/Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan murid berbincang, mencari
maklumat dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti. Modul Aktiviti Murid juga ditulis
dalam format yang tertentu. Berikut merupakan penerangan tentang format bagi setiap aktiviti:

• Tajuk
Menyatakan tajuk, fokus atau isu utama keseluruhan aktiviti yang menarik.

• Objektif
Menyatakan objektif aktiviti yang akan dilaksanakan serta menunjukkan perkaitan
dengan sektor TH yang bersesuaian.

• Latar Belakang
Menyatakan konsep mata pelajaran yang terlibat dalam aktiviti serta menerangkan
perkaitan konsep tersebut dengan sektor TH yang dinyatakan dalam Jadual IPCC
(2014). Bahagian ini juga menyatakan sektor dan kategori TH bagi setiap aktiviti yang
dijalankan dalam tajuk tersebut. Penerangan secara ringkas kaitan TH dengan aktiviti
tersebut juga dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai sektor TH adalah berdasarkan
Jadual IPCC (2014). Jadual tersebut menyenaraikan sektor TH dan kategori TH yang
terletak di bawah sektor berkenaan. Contoh: Bagi Sektor Bekalan Tenaga, kategori
yang terletak di bawah sektor ini ialah Tenaga Fosil, Tenaga Nuklear dan Tenaga
Boleh Baharu. Tenaga Boleh Baharu terdiri daripada Hidroelektrik, Angin, Biojisim
dan Biotenaga, Geoterma, Solar Fotovolta dan lain-lain sebagai kaedah
menyelesaikan masalah perubahan iklim menggunakan TH.

• Glosari
Senarai glosari diberikan bagi setiap aktiviti. Perkataan atau istilah yang baru
disertakan bertujuan memberikan penjelasan ringkas untuk kefahaman murid bagi
TH yang berkaitan dalam setiap aktiviti.

• Bahan dan Peralatan


Senarai bahan dan peralatan (per kumpulan) yang diperlukan bagi menjalankan
aktiviti disertakan. Walau bagaimanapun murid boleh/bebas menggunakan bahan
atau peralatan lain mengikut kreativiti mereka.

• Kaedah
Penggunaan kaedah adalah mengikut strategi yang dicadangkan dalam Modul
Panduan Guru tetapi diubah suai dalam bentuk langkah yang perlu dilakukan oleh
murid secara berkumpulan. Kaedah yang diikuti oleh murid ialah mengikut
Pembelajaran Berasaskan Projek/Produk, Inkuiri dan Koperatif yang memerlukan
murid berbincang, mencari maklumat dan perlu menghasilkan produk di akhir aktiviti.
Kaedah sebegini yang memerlukan murid untuk menghasilkan produk akan
mengambil tempoh masa yang panjang. Guru akan membimbing murid dalam
proses pembelajaran sepanjang tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan
produk. Semasa menjalankan aktiviti, murid perlu bekerja sebagai satu kumpulan.
Murid harus sedar aktiviti seperti ini memerlukan mereka untuk bekerjasama
secara kolaboratif dalam mencari maklumat terutama melalui laman sesawang di
internet dan lain-lain sumber rujukan serta berbincang untuk menghasilkan produk.
Produk yang dihasilkan perlu menunjukkan kreativiti murid.

22 SAINS
• Pemerhatian
Arahan atau soalan yang mengarah murid melakukan pemerhatian
bagi setiap aktiviti yang mereka lakukan dinyatakan dalam
bahagian kaedah. Murid perlu berbincang dalam kumpulan untuk
mendapatkan jawapan atau penyelesaian.

• Soalan Perbincangan
Senarai soalan perbincangan juga diberikan dalam bahagian kaedah supaya
murid dapat berbincang dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan. Soalan
berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini bertujuan membantu
murid berfikir dengan lebih kritis. Soalan-soalan tersebut bertujuan menguji
kefahaman murid tentang konsep Sains dan konsep TH yang diintegrasikan
dalam aktiviti berkenaan.

• Kesimpulan
Murid perlu berbincang dan menuliskan kesimpulan daripada aktiviti tersebut dan
perlu mengaitkan konsep Sains dengan TH yang telah diaplikasikan.

• Kerjaya Dalam Teknologi Hijau


Beberapa pekerjaan yang sesuai diberikan mengikut aktiviti supaya murid
mempunyai pengetahuan tentang pekerjaan yang bersesuaian dengan TH yang
tertentu. Maklumat tersebut dapat membuka minda murid serta menarik minat
mereka ke arah TH dan Sains.

• Sumber Rujukan
Modul Aktiviti Murid juga diberikan senarai rujukan untuk makluman murid. Rujukan
diasingkan mengikut aktiviti untuk memudahkan murid untuk mencari maklumat dan
membuat rujukan lanjut di laman sesawang bagi aktiviti yang spesifik.

SAINS 23
REPORT OF
INTERGOVERNMENTAL PANEL
ON CLIMATE CHANGE (IPCC)
2014

Cambridge
Cambridge UniversityPress
University Press
3232
Avenue
Avenueof the Americas
of the Americas
New
NewYork
York
United States
United Statesof America
of America
www.cambridge.org
www.cambridge.org

24 SAINS
REPORT OF THE INTERGOVERNMENTAL PANEL ON CLIMATE
CHANGE (IPCC, 2014)
(*Adapted from IPCC report)

ENERGY SUPPLY

SECTOR ENERGY SUPPLY


CATEGORY FOSSIL ENERGY NUCLEAR ENERGY RENEWABLE
Coal and Peat Nuclear Waste Management Hydroelectricity
- Fuel repository
Gaseous Fuel - Improving proliferation Wind
resistance
Petroleum Fuels Biomass and Bioenergy
Uranium Exploration, Extraction and Refining
Unconventional Oil - reprocessing the spent fuel Geothermal
and extracting the unused
uranium Solar Thermal Electric

Nuclear Fusion Solar Photovoltaic


- fusion of heavy hydrogen fuel
- fusion-power production Solar Heating and Cooling

Ocean Energy

Biofuels

Hydrogen and Fuel Cells

Thermoelectric Generators

SAINS
25
WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT

26
SECTOR WASTE AND WASTEWATER MANAGEMENT
PREVENTION AND SEPARATION AND COLLECTION AND TREATMENT AND ULTIMATE DISPOSAL AND WASTEWATER
CATEGORY
MINIMIZATION RECYCLING TRANSFER PROCESSING LANDFILL TREATMENT

SAINS
- Food waste - Waste Collection method Physical treatment - Landfill mining - Utilization of sludge in
prevention segregation - Mechanical - Minimization of - Methane gas industrial and
- Hotel waste and semi- volume and weight. bioreactor agricultural.
prevention - Waste mechanical. - Alteration - Volatile fatty - Biogas production
- Paper waste recycling of waste form and acids extraction from sludge
minimization Scheduling and Routing shape from landfill
- Cleaner - E-waste - Waste to animal food leachate
production - Minimization - Landfill leachate
- Alternatives of collection Thermal Process treatment
practices for and transfer - Waste to energy methods.
plastic film/ time
Styrofoam - Minimization Biological Process
container of fuel - Waste to energy
consumption - Waste to fertilizer
- Utilization of - Biogas production
biofuel. - Bioethanol
production
- Bio-hydrogen
production

WASTE
INCINERATION AND WASTE REDUCTION,
MANAGEMENT AND CH4 MANAGEMENT
OTHER THERMAL RE-USE AND WASTEWATER AND
CATEGORY GHG- AT LANDFILLS BIOLOGICAL TREATMENT
PROCESSES RECYCLING SLUDGE TREATMENT
MITIGATION
TECHNOLOGIES
-Controlled landfilling - Industrial - Composting -Waste minimization
a) landfill gas co-combustion - Anaerobic Digestion
recovery -Fluidized bed technology - MBT (Mechanical
b) without landfill Biological Treatment)
gas recovery

- Optimization
microbial
methane
oxidation in
landfills cover soil
(biocovers)
TRANSPORT

SECTOR TRANSPORT
CATEGORY ROAD TRANSPORT RAIL AVIATION SHIPPING
Reducing Vehicles Load Reducing Aerodynamic Technology Developments Applying Current Energy-Saving
-Use lightweight materials Resistance Strategies
-Apply aerodynamic Engine Developments
improvement Reducing Train Weight Load Optimization
-Mobile air conditioning (MAC) system Aircraft Developments
Regenerative Braking Maintenance
Improving Drive Train Efficiency Alternative Fuels for Aviation
-Advanced direct injection Higher Efficiency
- Gasoline / Diesel engines and Propulsion System Aviation Potential Practices
transmission
-Hybrid drive trains Lower Flight Speeds

Alternative Fuels
-Biofuels
-Natural Gas (CNG / LNG / GTL)
-Hydrogen / fuel cells
-Electric vehicles

Well-to-Wheels Analysis of
Technical Mitigation Options
a) Road transport: mode
shifts
-Public transport
-Non-motorized
transport (NMT)

Eco-Driving Practices

SAINS
27
28
BUILDINGS

SECTOR BUILDINGS
HEATING, HOUSEHOLD
ACTIVE

SAINS
INDOOR VENTILATION APPLIANCES,
COOLING BUILDING COLLECTION
ENVIRONMENTAL AND AIR CONSUMER
THERMAL AND ENERGY AND DOMESTIC LIGHTING
CATEGORY QUALITY CONDITIONING DAYLIGHTING ELECTRONICS
ENVELOPE COOLING MANAGEMENT TRANSFORMATION WATER SYSTEMS
(IEQ) (HVAC) AND OFFICE
LOADS SYSTEMS OF RENEWABLE
SYSTEMS EQUIPMENT
ENERGY

Water High Use of Natural Standby and Low


Insulation Air Quality Reducing the Alternative Commissioning Building-Integrated Saving Efficiency Lighting Power Mode
Cooling Load HVAC PV (BiPV) Fixtures Electric
Windows Comfortable Systems in Operation, Lighting Efficiency of
Humidity Passive and Commercial Maintenance and Solar Thermal Water Biomass Stoves
Air Leakage Low-Energy Buildings Performance Energy for Heating Efficient
Temperature Cooling -Radiant chilled -Cogeneration and Hot Water Washing Improved
Techniques ceiling cooling and District Machine Access to Clean
-Natural -Displacement Heating/ Landscape Cooking Fuels
and ventilation Cooling -solar garden Insulated
night-time Water Solar Cookers
ventilation Wind Energy Heaters
-Evaporative Small Electric
cooling Air-source Cooking
-Passive or Equipment
cooling Exhaust-air
techniques Heat Pumps

Air Solar
Conditioners Thermal
and Vapor Water
Compression Heaters
Chillers
Water
Recycling

Rainwater
Harvesting

CATEGORY MATERIALS

Use of Green Materials

Volatile Organic Compound (VOC) Paints

Renewable Raw Materials


AGRICULTURE AND FORESTRY

SECTOR AGRICULTURE AND FORESTRY


GRAZING LAND MANAGEMENT AND MANAGEMENT OF ORGANIC/PEATY
CATEGORY CROPLAND MANAGEMENT FORESTRY
PASTURE IMPROVEMENT SOILS
Improved Agronomic Practices Grazing Intensity Restoration of Degraded Lands Reducing Deforestation
and Degradation
Nutrient Management Increased Productivity Livestock Management
Afforestation/Reforestation
Tillage/Residue Management Nutrient Management - Improved feeding practices
- Specific agents and dietary Forest Management to
Water Management Fire Management additives Increase Stand and
- Longer-term management Landscape-Level Carbon
Rice Management Species Introduction changes and animal breeding Density

Agro-Forestry Increasing Off-Site Carbon


Manure Management Stocks in Wood Products and
Land Cover (use) change Enhancing Product and
Bioenergy Fuel Substitution

- Residues from agriculture


- Dedicated energy crops

SAINS
29
30
INDUSTRY

SECTOR INDUSTRY
ENERGY FUEL POWER MATERIAL CARBON

SAINS
CATEGORY RENEWABLES
EFFICIENCY SWITCHING RECOVERY EFFICIENCY SEQUESTRATION
Energy Management Coal to Natural Cogeneration Biomass Recycling Oxy-Fuel
Systems Gas and Oil Combustion
Pre-Coupled Gas Biogas High Strength
Efficient Motor Waste Fuels Turbine Steel CO2 Separation
Systems Wind Turbines from Flue Gas
Biogas Pressure Recovery Reduction Process
Lighting and Turbine Hydropower Losses Hydrogen
HVAC Biomass Reduction
Hydrogen Recovery Biofuels Thinner Film and
Shoe Press Landfill Gas Coating Oxygen Use in
Anaerobic Digestion Solar Drying Blast Furnaces
Efficient Drying Increased Efficiency
Gasification Solar Cooling Transport Sector Application to
Refinery Gas Ammonia,
Waste Energy Solar Re-usable Containers Ethylene Oxide
Recovery Process Processes
Heat Closed Water Use
O2 Combustion in Kiln
Heat pumps
O2 Combustion
SISA MENJADI WIRA HIJAU

SAINS 31
SISA MENJADI WIRA HIJAU

1.0 TAJUK

Sisa Menjadi Wira Hijau

1.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti jadual di bawah :

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau


1 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pencegahan dan Pengurangan
(Waste and Wastewater (Prevention and Minimization)
Management) • Pengurangan Sisa Makanan
(Food Waste Prevention)
• Rawatan dan Pemprosesan
(Treatment and Processing)
• Proses Biologi
(Biological Process)

ii. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu


(Energy Supply) (Renewable)
• Biojisim dan Biotenaga
(Biomass and Bioenergy)

2 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pencegahan dan Pengurangan


(Waste and Wastewater (Prevention and Minimization)
Management) • Pengurangan Sisa Makanan
(Food Waste Prevention)

ii. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu


(Energy Supply) (Renewable)
• Biojisim dan Biotenaga
(Biomass and Bioenergy)

32 SAINS
Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau
3 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pencegahan dan Pengurangan
(Waste and Wastewater (Prevention and Minimization)
Management) • Pengurangan Sisa Makanan
(Food Waste Prevention)
• Rawatan dan Pemprosesan
(Treatment and Processing)
• Rawatan Fizikal
(Physical Treatment)
• Pengurangan Isipadu dan
Berat Sisa
(Minimization of Volume
and Weight)
• Pengubahsuaian Bentuk
dan Keadaan Bahan
Buangan
(Alteration of Waste Form
and Shape)

ii. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu


(Energy Supply) (Renewable)
• Biojisim dan Biotenaga
(Biomass and Bioenergy)

4 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pencegahan dan Pengurangan


(Waste and Wastewater (Prevention and Minimization)
Management) • Pengurangan Sisa
Makanan
(Food Waste Prevention)
• Rawatan dan Pemprosesan
(Treatment and Processing)
• Rawatan Fizikal
(Physical Treatment)
• Pengurangan Isipadu dan
Berat Sisa
(Minimization of Volume
and Weight)
• Pengubahsuaian Bentuk
dan Keadaan Bahan
Buangan
(Alteration of Waste Form
and Shape)

ii. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu


(Energy Supply) (Renewable)
• Biojisim dan Biotenaga
(Biomass and Bioenergy)

SAINS 33
1.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM SAINS

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa menerapkan TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air dan sisa pepejal kawasan pelupusan sampah. Walau bagaimanapun, fokus
sektor yang terlibat dalam aktiviti ini hanya melibatkan sisa pepejal makanan isi rumah. Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa boleh dilaksanakan melalui Pengurangan Sisa Makanan. Sisa
pepejal seperti sisa makanan isi rumah dijana sebanyak 15,000 tan sehari. Aplikasi TH dalam
pengurusan sisa pepejal mampu mengurangkan timbunan sisa pepejal yang semakin meningkat
setiap hari. Kaedah ini diperlukan bagi mengurangkan kos tapak pelupusan sampah dan mampu
dicapai dengan mengaplikasikan TH dalam kehidupan seharian melalui pendidikan berkenaan
Pengurangan Sisa Makanan. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa ini merangkumi penyelesaian
menggunakan kategori Rawatan dan Pemprosesan secara Proses Biologi, iaitu sisa makanan
diolah kepada biogas seperti metana yang merupakan bahan api yang cekap. Rawatan dan
Pemprosesan juga boleh dijalankan melalui Pengurangan Isipadu dan Berat Sisa. Hal ini boleh
dilaksanakan dengan pengurangan sisa melalui Pengubahsuaian Bentuk Bahan Buangan dengan
menukarkan sisa tersebut kepada reka bentuk produk yang mesra alam seperti kertas, bioplastik dan
sebagainya.

Aktiviti 1: Penghasilan gas metana oleh bahan sisa makanan dari rumah seperti sisa sayur-sayuran
dan buah-buahan

Sisa makanan isi rumah (sisa domestik) yang terdiri daripada kulit buah-buahan dan
sayur-sayuran dikumpulkan, dirawat serta diproses (Rawatan dan Pemprosesan) dan
dijadikan biogas iaitu gas metana. Sektor Bekalan Tenaga meliputi kategori Tenaga Boleh
Baharu adalah sumber tenaga yang dijana daripada sumber-sumber tenaga yang tidak akan habis.

• Dalam kaedah perawatan ini, sisa sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihancurkan
dicampur dengan air, dan sewaktu proses ini berlangsung, terdapat bakteria yang hadir
secara semula jadi.
• Bakteria ini akan menjalankan proses penguraian secara anaerobik terhadap sisa sayur-
sayuran dan buah-buahan.
• Bakteria ini dikenali sebagai bakteria metanogen (methanogenic bacteria) kerana ia
menghasilkan gas metana yang merupakan komponen utama dalam biogas.
• Biogas yang dikumpulkan boleh digunakan sebagai bahan ganti kepada gas asli dan boleh
digunakan untuk memasak.
• Kulit sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan bahan Biojisim yang boleh dijadikan
sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu dan dapat diolah menjadi biogas seperti metana.
• Dalam aktiviti ini, biogas yang dihasilkan daripada sisa makanan boleh dijadikan sebagai
alternatif kepada bahan api fosil.
• Penggunaan Biojisim sebagai sumber tenaga adalah sangat menarik memandangkan
Biojisim merupakan sumber tenaga yang tidak menyumbang kepada pelepasan gas rumah
hijau.

34 SAINS
Aktiviti 2: Penghasilan dan penggunaan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif bagi
mengurangkan pencemaran sisa-sisa makanan isi rumah yang boleh digunakan untuk tujuan
pencucian

Pengurangan sisa makanan isi rumah yang terdiri daripada kulit buah-buahan dan sayur-
sayuran dikumpulkan dan dapat dijadikan sebagai Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif (Effective
Microorganism Mudball). Sektor Bekalan Tenaga dalam kategori Tenaga Boleh Baharu adalah
sumber tenaga yang dijana daripada bahan biojisim.

• Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif mengandungi mikroorganisma berfaedah dan dapat


bertindak menguraikan bahan-bahan yang menjadi punca pencemaran air.
• Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif boleh digunakan untuk merawat air yang tercemar
akibat buangan air kumbahan, pereputan bahan organik, mendapan selut, kandungan
ammonia terlarut yang tinggi, dan peningkatan organisma patogenik di dalam air.
• Secara tidak langsung, kualiti air meningkat ke tahap yang lebih selamat untuk digunakan.
• Kulit sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan bahan biojisim dan merupakan sumber
Tenaga Boleh Baharu. Maka, bahan-bahan ini boleh dikumpulkan dan bukannya dibuang
(Pengurangan Sisa Makanan).
• Sisa kulit sayur-sayuran dan buah-buahan diolah, dirawat dan diproses untuk menghasilkan
cecair Mikroorganisma Efektif.
• Dalam aktiviti ini, sisa kulit sayur-sayuran dan buah-buahan diperam supaya dapat
diuraikan oleh mikroorganisma secara berkesan.
• Cecair yang diperam kemudian digaulkan bersama tanah merah bagi membentuk Bebola
Lumpur Mikroorganisma Efektif yang boleh digunakan untuk merawat masalah pencemaran
air.

Aktiviti 3: Penghasilan kertas daripada serat batang pisang

Rawatan Fizikal dijalankan bagi Mengurangkan Isipadu dan Berat Sisa seperti batang pokok pisang
dan Mengubah Suai Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan kepada kertas. Sektor Bekalan Tenaga
dalam kategori Tenaga Boleh Baharu adalah sumber tenaga yang dijana daripada bahan biojisim.

• Serat batang pisang boleh digunakan untuk menghasilkan kertas yang berkualiti tinggi.
Kebiasaannya batang pisang akan ditebang dan dibuang setelah buahnya diambil.
• Dengan mengubah suai batang pisang (Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan
Buangan) kepada kepingan kertas, maka pengurangan sisa batang pisang (Pengurangan
Isipadu dan Berat Sisa) dapat dijalankan.
• Penghasilan kertas daripada bahan Biojisim seperti batang pokok pisang mampu
meminimumkan pembuangan lambakan sisa batang pisang (Pengurangan Isipadu dan
Berat Sisa) dan menukarkan bahan buangan (Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan
Buangan) ini kepada bahan yang bersifat mesra alam seperti kertas.
• Kertas yang dihasilkan daripada serat batang pisang ini merupakan alternatif TH yang dapat
menyelesaikan masalah penebangan pokok secara berleluasa.

SAINS 35
Aktiviti 4: Penghasilan bioplastik daripada kulit pisang

Rawatan Fizikal dijalankan bagi Mengurangkan Isipadu dan Berat Sisa seperti kulit buah
pisang dan Mengubah Suai Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan kepada bioplastik. Sektor
Bekalan Tenaga meliputi kategori Tenaga Boleh Baharu adalah sumber tenaga yang dijana daripada
sumber-sumber tenaga yang tidak akan habis.

• Kulit buah pisang kebiasaannya dibuang dan menyebabkan berlakunya pencemaran sisa
makanan.
• Maka Rawatan Fizikal dijalankan bagi mengurangkan sisa pepejal ini dan
mengubahsuainya kepada bahan yang mesra alam seperti bioplastik.
• Bioplastik telah dikenal pasti sebagai bahan yang mesra alam dan tidak mencemarkan.
• Bioplastik bersifat terbiodegradasi dan merupakan alternatif bagi menggantikan plastik
konvensional yang tidak terbiodegradasi dan menyebabkan lambakan sampah di
persekitaran.
• Kajian mendapati bahawa kulit pisang mengandungi hampir 68.9% air dan karbohidrat
(zat pati) hampir 18.5%. Kandungan karbohidrat yang tinggi menyebabkan kulit pisang
dapat diolah menjadi plastik polimer semula jadi.

1.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Juruteknik Loji Biojisim


• Operator Loji Biogas
• Eksekutif Pemasaran Industri Biojisim
• Operator Rawatan Air Kumbahan
• Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
• Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
• Penolong Pegawai Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
• Konsultan Persekitaran
• Juruteknik Pertanian
• Juruteknik Bahan
• Guru Pendidikan Vokasional
• Juruteknik Kimia
• Pembantu Penganalisis Kawalan Kualiti
• Pembantu Penyelidik Sains
• Pembantu Makmal Kimia
• Juruteknik Bahan

36 SAINS
1.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 1

i. Mengapakah sisa makanan isi rumah perlu diolah?


ii. Adakah aktiviti pengolahan sisa makanan ini melibatkan tindakan mikroorganisma?
iii. Jelaskan kesan pembuangan sisa makanan isi rumah tersebut kepada alam sekitar
sekiranya ia tidak diolah mengikut cara yang betul.

Aktiviti 2

i. Mengapakah sisa sayur-sayuran dan kulit buah-buahan perlu diperam dalam suatu jangka
masa yang lama sehingga berbulan-bulan?
ii. Jelaskan proses sains yang terlibat.
iii. Bagaimanakah sisa sayur-sayuran dan kulit buah-buahan yang diperam dapat
membersihkan air yang tercemar? Jelaskan.

Aktiviti 3

i. Apakah kelebihan kertas yang dihasilkan daripada batang pisang berbanding dengan kertas
biasa di pasaran?
ii. Apakah implikasi penghasilan kertas daripada batang pisang terhadap sektor ekonomi dan
alam sekitar? Jelaskan.
iii. Bolehkah batang pisang digantikan dengan bahan biojisim yang lain untuk menghasilkan
kertas?

Aktiviti 4

i. Mengapakah penggunaan bioplastik dikatakan bersifat mesra alam berbanding penggunaan


plastik konvensional? Berikan sebab.
ii. Apakah impak penghasilan bioplastik daripada kulit buah pisang terhadap sektor ekonomi
dan alam sekitar? Jelaskan.

1.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Mengaplikasikan TH iaitu mengolah sisa makanan isi rumah dan sisa domestik yang lain untuk
diolah menjadi bahan yang berguna dan tidak mencemarkan alam sekitar.

SAINS 37
1.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan


1 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Sisa makanan diolah bagi memastikan
• Pencegahan dan Pengurangan Sisa Makanan dapat
Pengurangan dilaksanakan. Melalui kaedah ini, sisa
• Pengurangan Sisa makanan yang terdiri daripada sisa
Makanan buah-buahan dan sayur-sayuran
• Rawatan dan Pemprosesan dikumpulkan. Sisa tersebut dirawat melalui
• Proses Biologi Rawatan dan Pemprosesan secara biologi
oleh mikroorganisma melalui pencernaan
ii. Bekalan Tenaga anaerob (fermentasi). Hasilnya, sisa
• Tenaga Boleh Baharu tersebut dapat ditukarkan kepada biogas
• Biojisim dan Biotenaga iaitu gas metana.

• Gas metana yang terhasil boleh digunakan


sebagai bahan bakar yang cekap untuk
digunakan sebagai gas memasak. Selain
itu, sektor yang turut terlibat ialah Sektor
Bekalan Tenaga melibatkan kategori
Tenaga Boleh Baharu iaitu tenaga Biojisim
kerana gas metana yang terhasil daripada
aktiviti ini berasal daripada tumbuh-
tumbuhan.

2 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
• Pencegahan dan boleh digunakan dalam aktiviti ini, iaitu sisa
Pengurangan buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi
• Pengurangan Sisa cecair mikroorganisma efektif bagi
Makanan menghasilkan Bebola Lumpur
Mikroorganisma Efektif atau Effective
ii. Bekalan Tenaga Microorganism Mudball. Hal ini
• Tenaga Boleh Baharu memastikan kategori Pencegahan dan
• Biojisim dan Biotenaga Pengurangan dijalankan melalui
Pengurangan Sisa Makanan.

• Melalui kaedah ini, sisa makanan yang


terdiri daripada sisa buah-buahan dan
sayur-sayuran dikumpulkan untuk tujuan
Rawatan dan Pemprosesan secara biologi
oleh mikroorganisma melalui pencernaan
anaerob.

• Penggunaan Bebola Lumpur


Mikroorganisma Efektif berupaya untuk
meningkatkan tahap kesihatan manusia,
memberi faedah ekonomi, mudah
digunakan, mesra alam dan produktiviti
yang berkualiti. Selain itu, sektor yang turut
terlibat ialah Sektor Bekalan Tenaga yang
meliputi tenaga Biojisim.

38 SAINS
Aktiviti Sektor Penerangan
3 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Bahan buangan tumbuh-tumbuhan yang
• Pencegahan dan tidak digunakan lagi seperti batang pisang
Pengurangan boleh digunakan untuk menghasilkan
• Pengurangan Sisa kertas. Ini melibatkan pengaplikasian
Makanan Sektor Bekalan Tenaga meliputi kategori
• Rawatan dan Pemprosesan Tenaga Boleh Baharu seperti biojisim yang
• Rawatan Fizikal terdiri daripada bahan semula jadi seperti
• Pengurangan Isipadu tumbuh-tumbuhan.
dan Berat Sisa
• Pengubahsuaian • Selain itu, pengolahan batang pokok pisang
Bentuk dan Keadaan kepada kertas mampu mengurangkan
Bahan Buangan pencemaran alam sekitar kerana
kebanyakan batang pisang yang tidak
ii. Bekalan Tenaga digunakan biasanya akan dibuang dan
• Tenaga Boleh Baharu dibakar.
• Biojisim dan Biotenaga
• Justeru, penghasilan kertas daripada
batang pokok pisang ini turut mengguna
pakai Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
kerana hasil olahan batang pisang mampu
untuk mengurangkan berat sisa pepejal
yang dibuang (Pengurangan Isipadu dan
Berat Sisa) melalui pengolahan bentuk sisa
batang pisang (Pengubahsuaian Bentuk
dan Keadaan Bahan Buangan) tersebut
kepada kertas.

4 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Lambakan sampah-sarap yang terdiri


• Pencegahan dan daripada plastik tidak terbiodegradasi telah
Pengurangan menimbulkan kesedaran untuk mencari
• Pengurangan Sisa alternatif kepada plastik terbiodegradasi.
Makanan Contohnya plastik terbiodegradasi atau
• Rawatan dan Pemprosesan bioplastik boleh dihasilkan daripada kulit
• Rawatan Fizikal buah-buahan seperti pisang merangkumi
• Pengurangan Isipadu Sektor Bekalan Tenaga iaitu Biojisim.
dan Berat Sisa
• Pengubahsuaian • Selain itu, pengolahan kulit buah pisang
Bentuk dan Keadaan kepada bioplastik mampu mengurangkan
Bahan Buangan pencemaran alam sekitar kerana
kebiasaannya hanya buah pisang yang
ii. Bekalan Tenaga dimakan manakala kulitnya dibuang begitu
• Tenaga Boleh Baharu sahaja.
• Biojisim dan Biotenaga
• Maka ia turut mengguna pakai Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa kerana hasil
olahan kulit buah pisang mampu untuk
mengurangkan berat sisa pepejal yang
dibuang (Pengurangan Isipadu dan Berat
Sisa) melalui pengolahan bentuk kulit buah
pisang (Pengubahsuaian Bentuk dan
Keadaan Bahan Buangan) tersebut kepada
bioplastik.

SAINS 39
1.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan bagi aktiviti yang terdapat dalam tajuk ini adalah
Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP).

Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP)

PBP merupakan satu strategi yang berpusatkan murid iaitu murid akan bekerjasama dalam
kumpulan untuk menghasilkan produk. Bagi memulakan strategi ini, guru perlu memulakan
pengajaran mengikut langkah berikut:

i. Permulaan
• Guru mengemukakan soalan kepada murid seperti berikut;
o Bagaimanakah masalah ini diatasi?
o Berikan justifikasi.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid bekerja secara berkumpulan (3 murid / kumpulan).

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan membentangkan produk yang dihasilkan.

1.8 GLOSARI

Biogas – Campuran gas berbeza yang mudah terbakar yang terhasil daripada proses penguraian
bahan organik.

Biojisim – Merujuk kepada bahan-bahan organik seperti sisa domestik, kayu, tanaman dan lain-
lain yang dapat digunakan sebagai sumber tenaga. Sumber asal tenaga dalam biojisim adalah
daripada cahaya matahari.

Metana – Gas utama yang terhasil daripada biogas dan dapat digunakan sebagai bahan bakar.

Pencegahan dan Pengurangan – Satu proses untuk menyokong kehidupan manusia yang lestari
melalui penyingkiran dan pengurangan jumlah sisa yang dihasilkan oleh manusia dan penyingkiran
sisa yang berbahaya serta menghalang dan mengurangkan sisa domestik daripada dihantar ke
tapak pelupusan sebagai sisa.

Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan – Pengolahan ini dilakukan secara
fizikal di mana bentuk asal bahan sisa diubah kepada produk tertentu. Hasilnya, bentuk dan
keadaan asal bahan sisa tersebut dapat ditukarkan kepada sesuatu yang baharu.

Pengurangan Berat dan Isipadu Sisa – Pengolahan ini dilakukan secara fizikal di mana isipadu
dan jisim asal bahan sisa diubah suai. Hasilnya, berat dan isipadu bahan sisa tersebut dapat
dikurangkan.

40 SAINS
Pengurangan Sisa Makanan – Kaedah pencegahan untuk mengurangkan jumlah bahan sisa
makanan yang dihasilkan oleh masyarakat. Dengan itu bahan buangan tersebut dapat diolah
kepada bentuk tertentu, bagi membentuk masyarakat yang mampan.

Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan
yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa
termasuk pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa
menjadi bahan yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Bekalan Tenaga – Aplikasi TH dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga,
termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Tenaga Boleh Baharu – Menggunakan sumber-sumber tenaga alternatif seperti tenaga cahaya
(suria), tenaga angin dan tenaga air (kuasa hidro) untuk menghasilkan bekalan tenaga bukan
berasaskan bahan bakar fosil.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

1.9 AKTIVITI

Terdapat empat aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh

1 Pembelajaran Berasaskan Produk 2 minggu

2 Pembelajaran Berasaskan Produk 3 bulan

3 Pembelajaran Berasaskan Produk 1 hari

4 Pembelajaran Berasaskan Produk 1 jam setengah

SAINS 41
AKTIVITI 1

Objektif

Mengolah dan memproses sisa makanan isi rumah untuk menghasilkan biogas (metana).

Latar Belakang

Rawatan dan Pemprosesan merupakan salah satu kategori di bawah Sektor Pengurusan Sisa dan
Air Sisa. Sisa makanan ini akan dirawat dengan menggunakan proses biologi (fermentasi) bagi
memastikan Pengurangan Sisa Makanan dalam kategori Pencegahan dan Pengurangan berlaku dan
akhirnya ditukarkan kepada biogas seperti metana. Fermentasi melibatkan pencernaan anaerobik
iaitu pemecahan bahan organik oleh bakteria tanpa kehadiran oksigen. Biogas yang terhasil boleh
dibersihkan, dimampatkan dan dibakar untuk menghasilkan haba seterusnya menjana elektrik.
Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan. Aktiviti
ini juga melibatkan Sektor Bekalan Tenaga di bawah kategori Tenaga Boleh Baharu yang terdiri
daripada Biojisim dan Biotenaga.

Bahan dan Peralatan

i. 100 g Sisa sayur-sayuran


ii. 100 g Sisa buah-buahan
iii. 1000 ml Air suling
iv. 3 unit Belon getah – pastikan belon getah yang tebal dan kenyal
v. 3 unit Botol mineral / minuman berkarbonat bersaiz 1.5 L – botol kosong yang telah
dibersihkan
vi. Sarung tangan pakai buang
vii. Alat penimbang
viii. Corong dapur (kitchen funnel) / corong turas
ix. Pita pelekat
x. Mesin pengisar
xi. Gunting
xii. 1 unit Bikar berkapasiti 1000 ml – untuk menimbang bahan

42 SAINS
Kaedah

i. Permulaan
• Murid memerhati Gambar 1.

Gambar 1
Contoh pembuangan sisa makanan isi rumah

• Murid perlu memikirkan dan membincangkan soalan berikut:


o Apakah implikasi pembuangan sisa makanan berlebihan terhadap alam
sekitar?
o Apakah gas yang terhasil daripada pembuangan sisa makanan tersebut?
o Bagaimanakah gas yang terhasil daripada sisa makanan tersebut dapat
diolah untuk kegunaan harian?
o Kaitkan gas tersebut dengan sumber Tenaga Boleh Baharu.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid perlu bekerja secara berkumpulan (3 murid / kumpulan) dan seorang ketua
perlu dilantik bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Ketua kumpulan mengagihkan tugasan kepada setiap ahli kumpulan.
• Murid membuat pelan projek untuk mengkaji penghasilan gas metana oleh bahan
sisa makanan dari rumah seperti sisa sayur-sayuran dan buah-buahan.
• Murid ditugaskan untuk mencari maklumat berkenaan penghasilan gas metana
daripada sisa makanan menggunakan sumber seperti internet dan buku.
• Murid berkongsi idea dan melakarkan carta alir yang akan dijalankan menggunakan
bahan dan peralatan yang disediakan.
• Murid berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan
projek serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih perlu menepati Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa di bawah kategori Pencegahan dan Pengurangan
melalui Pengurangan Sisa Makanan serta kategori Rawatan dan Pemprosesan
melalui Proses Biologi. Kaedah ini juga perlu menepati Sektor Bekalan Tenaga di
bawah kategori Tenaga Boleh Baharu melalui proses Biojisim dan Biotenaga yang
melibatkan proses biologi oleh mikroorganisma.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid menjalankan aktiviti mengikut pelan projek.

SAINS 43
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid membentangkan projek yang dihasilkan secara berkumpulan berdasarkan
laporan.

Maklumat Untuk Guru

i. 3 botol mineral / minuman berkarbonat dibersihkan dan dilabelkan seperti di bawah :


• Kulit buah-buahan
• Sisa sayur-sayuran seperti kulit ubi kentang, lobak merah
• Eksperimen kawalan

ii. Isikan 100 g sisa / kulit sayur-sayuran ke dalam mesin pengisar. Kemudian tambahkan
300 ml air. Hidupkan suis mesin pengisar.
iii. Bahan sisa sayur-sayuran yang telah dikisar dimasukkan ke dalam bikar, kemudian
ditimbang dan direkodkan.
iv. Hasil kisaran bahan buangan dapur dimasukkan ke dalam botol mineral / minuman
berkarbonat yang dilabelkan dengan sisa sayur-sayuran.
v. Ulang langkah i – iv dengan menggantikan sisa sayur-sayuran dengan kulit buah-
buahan.
vi. Untuk eksperimen kawalan, masukkan 400 ml air suling bagi menggantikan sisa
sayur-sayuran.
vii. Tutup mulut botol dengan cara meletakkan belon di atasnya dan dilekatkan dengan
menggunakan pita pelekat.
viii. Biarkan botol tersebut di dalam makmal selama tujuh hari.
ix. Perhatikan biogas yang dihasilkan dengan menyukat perimeter belon setiap hari.
x. Rekod pemerhatian dengan menggunakan Jadual 1 sebagai panduan guru.

44 SAINS
Rujuk Rajah 1 (carta alir prosedur kerja) dan carta alir bergambar untuk prosedur kerja
penghasilan biogas menggunakan sisa kulit buah-buahan dan sayur-sayuran.

Bersihkan dan label 3 botol


100 g sisa / kulit sayur-sayuran
mineral / minuman berkarbonat
Bahan dan peralatan dikisar dengan
seperti berikut: kulit buah-
disediakan. 300 ml air menggunakan mesin
buahan, sisa sayur-sayuran,
pengisar.
eksperimen kawalan.

Masukkan sisa sayur-sayuran Bahan sisa sayur-sayuran yang


Ulang eksperimen dengan yang telah ditimbang ke dalam telah dikisar dimasukkan ke
menggunakan sisa / kulit botol berlabel dalam bikar kemudian ditimbang
buah-buahan. sisa sayur-sayuran. dan direkodkan.

Eksperimen kawalan: Perhatikan penghasilan


Setiap botol ditutup dengan
Masukkan 400 ml air / separas biogas dengan mengukur
belon dan dilekatkan dengan pita
dengan hasil kisaran dalam botol perimeter belon sekali sehari
pelekat. Biarkan semua botol di
sisa sayur-sayuran dan buah- selama 7 hari. Catat keputusan
dalam makmal.
buahan. dalam jadual.

Rajah 1
Carta alir prosedur kerja penghasilan biogas menggunakan sisa kulit buah-buahan dan sayur-
sayuran

SAINS 45
Botol mineral / minuman Sisa / kulit sayur- Kisar campuran
berkarbonat yang telah sayuran diisi ke dalam sisa / kulit sayur-sayuran
dilabel. mesin pengisar. dan air.

Sisa sayur-sayuran yang


Hasil kisaran dituang ke
Botol ditutup dengan telah dikisar dimasukkan
dalam botol berlabel
belon dan pita pelekat. ke dalam bikar dan
sayur-sayuran.
ditimbang.

Botol dibiarkan di dalam


makmal.

Rajah 2
Carta alir bergambar prosedur penghasilan biogas menggunakan sisa kulit
buah-buahan dan sayur-sayuran

46 SAINS
Pemerhatian

i. Perhatikan perubahan perimeter belon sebelum dan selepas tindak balas berlaku.
ii. Catatkan pemerhatian di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jadual Pemerhatian Diameter Belon Mengikut Label Botol

Diameter belon (cm)


Bahan Hari Hari Hari Hari Hari Hari Hari
1 2 3 4 5 6 7
Kulit buah-buahan
Kulit sayur-sayuran
Eksperimen kawalan

• Murid menggunakan hasil dapatan untuk menjana idea bagi menjawab soalan
perbincangan.

Soalan Perbincangan

i. Bagaimanakah penghasilan gas metana mampu menggantikan sumber tenaga bahan api
fosil seperti petroleum?
ii. Sekiranya harga gas memasak dunia meningkat, cadangkan kaedah alternatif yang dapat
digunakan bagi mengatasi masalah ini. Kaedah yang dipilih haruslah melibatkan Sektor
Bekalan Tenaga atau Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
iii. Bincangkan impak pengolahan sisa makanan terbuang ini terhadap alam sekitar dari sudut
ekonomi dan sosial.

Kesimpulan

Mengolah sisa makanan rumah kepada biogas yang berguna boleh membantu mengurangkan
masalah pencemaran alam sekitar akibat lambakan sisa makanan. Ini menunjukkan bahawa
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa sebagai komponen TH telah diaplikasi untuk memastikan
bahawa sisa makanan yang dibuang dikumpul bagi tujuan Rawatan dan Pemprosesan sisa
makanan tersebut menjadi biogas. Hal ini turut menunjukkan Rawatan dan Pemprosesan
sisa makanan menjadi biogas melalui proses biologi dan secara tidak langsung memastikan
Pengurangan Sisa Makanan yang dilaksanakan mampu menyumbang kepada pengurusan
sisa yang cekap. Selain itu, Sektor Bekalan Tenaga seperti Tenaga Boleh Baharu dalam TH
seperti Biojisim dan Biotenaga turut diaplikasi apabila sisa makanan daripada sayur-sayuran
dan buah-buahan diolah kepada biogas.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Juruteknik Loji Biojisim


• Operator Loji Biogas
• Eksekutif Pemasaran Industri Biojisim

SAINS 47
AKTIVITI 2

Objektif

i. Mengolah sisa dapur bagi menghasilkan cecair Mikroorganisma Efektif.


ii. Menghasilkan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif dengan menggunakan cecair
Mikroorganisma Efektif untuk perawatan air tercemar.

Latar Belakang

Salah satu sektor dalam TH ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Ia meliputi
kategori Pencegahan dan Pengurangan secara Pengurangan Sisa Makanan iaitu
bahan sisa dapur seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diolah menggunakan
proses biologi menjadi agen pencuci seperti Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif bagi merawat
sumber air yang tercemar selain bersifat terbiodegradasi. Penghasilan Bebola Lumpur
Mikroorganisma Efektif juga mampu mengurangkan masalah pembuangan sisa makanan
domestik yang meningkat setiap hari. Mikroorganisma Efektif (EM) tidak mengandungi
mikroorganisma yang khusus, tetapi merupakan campuran mikroorganisma terpilih yang
berupaya memeberikan pelbagai faedah. Semua mikroorganisma ini wujud secara
semula jadi di persekitaran kita dan berkebolehan menguraikan bahan organik, seterusnya
menghasilkan bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino, gula, alkohol, hormon dan
sebatian organik. Penggunaan bahan-bahan sisa domestik yang merupakan bahan biojisim
mengaplikasikan Sektor Bekalan Tenaga melibatkan kategori Tenaga Boleh Baharu (Biojisim
dan Biotenaga).

Bahan dan Peralatan

i. 1 kg Gula merah
ii. 3 kg Sisa makanan (sisa sayur-sayuran, kulit buah-buahan)
iii. 10 L Air
iv. 1 botol Minuman susu kultur (Yakult)
v. 3 kg Dedak beras
vi. 6 kg Tanah merah
vii. Bekas plastik 20 L (kosong)
viii. Kayu pengacau
ix. 3000 ml Cecair Mikroorganisma Efektif
x. 1 unit Besen / bekas untuk mengadun Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif
xi. Kotak kosong untuk menyimpan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif

48 SAINS
Kaedah

i. Permulaan
• Murid memerhatikan gambar berkenaan pembuangan sisa dapur dan sumber air
tercemar (Gambar 2).

Gambar 2
Pembuangan sisa dapur dan sumber air tercemar

• Murid perlu memikirkan dan membincangkan soalan seperti:


o Apakah kesan pembuangan sisa dapur tersebut kepada alam sekitar?
o Bagaimanakah sisa dapur tersebut dapat diolah menjadi bahan yang dapat
membersihkan sumber air yang tercemar secara semula jadi?
o Adakah aktiviti pengolahan sisa dapur ini melibatkan tindakan mikroorganisma?
o Namakan contoh bahan yang boleh dihasilkan daripada sisa domestik untuk
merawat sumber air yang tercemar.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid perlu bekerja secara berkumpulan (3 murid / kumpulan) dan seorang ketua dilantik
bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Ketua kumpulan mengagihkan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk menjalankan
projek yang telah dirancang kepada dua fasa iaitu:
o Menghasilkan cecair Mikroorganisma Efektif
o Menghasilkan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif
• Murid membuat pelan projek untuk mengkaji penghasilan cecair Mikroorganisma Efektif
daripada sisa dapur.
• Murid ditugaskan untuk mencari maklumat berkenaan penghasilan Bebola Lumpur
Mikroorganisma Efektif daripada bahan sisa dapur yang boleh digunakan untuk merawat
sumber air tercemar daripada internet dan buku.
• Murid berkongsi idea dan melakarkan carta alir proses projek yang akan dijalankan
mengikut bahan dan peralatan yang disediakan.
• Murid berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan projek
serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang merangkumi kategori Pencegahan dan Pengurangan
secara Pengurangan Sisa Makanan serta Sektor Bekalan Tenaga meliputi kategori
Tenaga Boleh Baharu melibatkan penghasilan Biojisim.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

SAINS 49
iv. Tugasan Projek
• Murid melaksanakan tugasan mengikut pelan projek yang telah dirancang dan
dipersetujui.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid membentangkan projek yang dihasilkan secara berkumpulan berdasarkan laporan.

Maklumat Untuk Guru

A) Kaedah menghasilkan Mikroorganisma Efektif (EM) ialah :

i. Sediakan satu bekas plastik 20 L kosong yang dicuci bersih berserta dengan penutup yang
kosong.
ii. Masukkan 10 L air.
iii. Masukkan 1 kg gula merah dan kacau sehingga semua gula tadi telah cair sepenuhnya.
iv. Masukkan 1 botol minuman susu kultur (Yakult).
v. Masukkan 3 kg sisa makanan seperti sisa sayur-sayuran dan kulit buah-buahan yang
dicincang terlebih dahulu ke dalam bekas plastik.
vi. Tinggalkan 1/3 ruang dalam bekas untuk fermentasi.
vii. Seterusnya bekas ditutup penutupnya dan diletakkan di tempat yang redup.
viii.Penutup gas dibuka setiap hari untuk mengeluarkan gas yang terkumpul dan kemudian
ditutup semula.
ix. Bahan-bahan di dalam bekas dikacau setiap 3 hari untuk mempercepatkan proses
pereputan. Campuran bahan tersebut dibiarkan selama 3 bulan.
x. Semua cecair yang terhasil hendaklah ditapis dan bahan-bahan campuran tadi diperah.
xi. Akhirnya, campuran tersebut mengeluarkan bau masam-harum. Jika bau busuk terhasil,
cecair ini tidak boleh digunakan.

50 SAINS
Rujuk Rajah 3 (carta alir prosedur kerja) dan Rajah 4 [carta alir bergambar untuk prosedur
kerja penghasilan cecair Mikroorganisma Efektif (EM)]. Rajah 5 boleh dijadikan panduan proses
fermentasi bagi penghasilan cecair Mikroorganisma Efektif (EM).

Masukkan 1 kg gula merah ke


Masukkan 10 L air ke dalam
Bahan dan peralatan dalam bekas. Kacau hingga larut
bekas plastik 20 L (bekas plastik
disediakan. sepenuhnya. Masukkan 1 botol
berpenutup).
minuman susu kultur (Yakult).

Buka penutup bekas setiap hari Tinggalkan 1/3 ruang


Kemudian masukkan 3 kg sisa
untuk mengeluarkan gas dalam bekas untuk fermentasi.
sayur-sayuran / kulit buah-
terkumpul. Kemudian, tutup Tutup dan simpan bekas di
buahan yang telah dicincang.
semula bekas. tempat yang redup.

Kacau bahan di dalam bekas Tapiskan semua cecair yang


setiap 3 hari untuk Cecair Mikroorganisma terhasil dan perah bahan
mempercepatkan proses Efektif boleh digunakan selepas campuran dalam bekas tersebut.
pereputan. Kacau bahan-bahan 3 bulan. Pastikan pH di bawah 3.5 dan
terapung. mempunyai bau masam-harum.

Rajah 3
Carta alir prosedur kerja penghasilan cecair Mikroorganisma Efektif (EM)

Sisa sayur-sayuran dan kulit


Bekas 20 L diisi dengan 10 L air dan Minuman susu kultur (Yakult)
buah-buahan dicincang terlebih
1 kg gula merah. Kacau sehingga dimasukkan ke dalam larutan gula
dahulu sebelum dicampur ke dalam
larut. merah.
larutan gula dan susu kultur tadi.

Bekas plastik dengan campuran


Bahan-bahan di dalam bekas plastik bahan sisa, gula dan susu kultur Tinggalkan 1/3 ruang dalam bekas
dikacau setiap 3 hari bagi ditutup dan disimpan di tempat tadi untuk proses fermentasi.
mempercepatkan proses pereputan. redup.

Rajah 4
Carta alir bergambar prosedur penghasilan cecair Mikroorganisma Efektif (EM)

SAINS 51
1/3 BAHAGIAN BEKAS
MESTI KOSONG

AIR 10 LITER
Boleh menggunakan air hujan
ataupun air paip yang sudah
ditakung beberapa hari

CAMPURAN SISA DAPUR, TUMBUH-


TUMBUHAN, BUAH-BUAHAN = 3 kg
Buah nanas yang tidak dibuang kulit
dan buah labu amat digalakkan

GULA MERAH 1 kg +
1 BOTOL YAKULT

Rajah 5
Panduan proses fermentasi bagi penghasilan Cecair Mikroorganisma
Efektif (EM)

B) Kaedah menghasilkan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif ialah :

i. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif


seperti cecair Mikroorganisma Efektif, dedak beras, dan tanah merah disediakan.
ii. Masukkan cecair Mikroorganisma Efektif (3000 ml) ke dalam bekas yang bersih.
iii. Masukkan 3 kg dedak beras dalam cecair Mikroorganisma Efektif.
iv. Bahan campuran digaul hingga sebati.
v. Campuran tersebut dimasukkan kepada 6 kg tanah merah.
vi. Gaulkan sehingga rata dan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif kemudian dibentuk.
vii. Bebola Lumpur yang telah siap kemudian dimasukkan ke dalam bekas kosong dan
diletakkan di tempat yang redup selama 2 minggu.
viii. Bebola Lumpur kemudian diuji dengan cara melemparkannya ke dalam kolam sekolah,
akuarium atau kawasan persekitaran.

52 SAINS
Rujuk Rajah 6 (carta alir prosedur kerja) dan Rajah 7 [carta alir bergambar untuk prosedur kerja
penghasilan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif (EM)].

3 kg dedak beras dimasukkan


3000 ml cecair Mikroorganisma
Bahan dan peralatan ke dalam bekas berisi cecair
Efektif dimasukkan ke dalam
disediakan. Mikroorganisma Efektif. Gaul
bekas yang bersih.
hingga sebati.

Setelah selesai, simpan Bentukkan adunan tadi Campuran dedak beras


kesemua bebola tersebut ke menjadi bebola (mula dan cecair Mikroorganisma
dalam kotak / bekas kosong. membentuk Bebola Lumpur dicampurkan bersama 6 kg
Simpan di tempat yang redup Mikroorganisma Efektif). tanah merah. Gaul rata.
selama 2 minggu.

Uji Bebola Lumpur Catat pemerhatian kesan


Mikroorganisma Efektif sebelum dan selepas Bebola
dengan melemparkannya ke Lumpur Mikroorganisma Efektif
dalam kolam sekolah, akuarium dimasukkan ke dalam kolam /
atau kawasan persekitaran. akuarium.

Rajah 6
Carta alir prosedur kerja penghasilan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif (EM)

SAINS 53
1 2

3000 ml cecair Mikroorganisma 3 kg dedak beras dimasukkan ke


Efektif dimasukkan ke dalam bekas dalam bekas yang telah diisi dengan
yang bersih. cecair Mikroorganisma Efektif.

3 4

Campuran dedak beras dan cecair


Dedak beras digaul dengan cecair
Mikroorganisma Efektif
Mikroorganisma Efektif hingga
dicampurkan bersama 6 kg tanah
sebati.
merah. Gaul rata.

5 6

Bebola Lumpur Mikroorganisma Bebola lumpur disimpan di tempat


Efektif dibentukkan. yang redup selama 2 minggu
sebelum diuji.

Rajah 7
Carta alir bergambar prosedur penghasilan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif (EM)

54 SAINS
Pemerhatian

i. Perhatikan perubahan bau cecair Mikroorganisma Efektif sebelum dan selepas 3 bulan
terhasil.
ii. Perhatikan pH cecair Mikroorganisma Efektif yang terhasil.
iii. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada air kolam atau akuarium sebelum dan selepas
Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif dimasukkan ke dalamnya.

• Murid menggunakan dapatan pemerhatian untuk menjana idea bagi menjawab soalan
perbincangan.

Soalan Perbincangan

i. Secara umumnya, TH boleh dikaitkan dengan teknologi persekitaran dan teknologi yang
bersih. Kaitkan penghasilan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif dengan TH.
ii. Bagaimanakah penghasilan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif daripada sisa dapur yang
terdiri daripada sisa sayur-sayuran dan buah-buahan mampu menangani masalah sisa sifar
melalui Pengurangan Sisa Makanan?
iii. Apakah implikasi penghasilan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif terhadap alam sekitar
dan ekonomi setempat?

Kesimpulan

Mengolah sisa buangan domestik dengan menggunakan kategori Pencegahan dan


Pengurangan melalui Pengurangan Sisa Makanan dapat menghasilkan Bebola Lumpur
Mikroorganisma Efektif. Ini dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran alam
sekitar akibat lambakan sisa makanan. Justeru, Sektor Pengurusan Sisa dan
Air Sisa dalam TH telah dipatuhi dengan memastikan sisa dapur diolah menjadi
Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif untuk merawat sumber air yang tercemar.
Tindakan ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada pengurusan sisa
yang cekap. Selain itu, Sektor Bekalan Tenaga yang melibatkan kategori Tenaga
Boleh Baharu dalam TH yang berkaitan penghasilan biojisim turut dipatuhi.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Operator Rawatan Air Kumbahan


• Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
• Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
• Penolong Pegawai Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

SAINS 55
AKTIVITI 3

Objektif

Mengolah bahan buangan batang pisang bagi mengurangkan berat bahan buangan dan
menukarkannya kepada bentuk kertas.

Latar Belakang

Kebiasaannya, batang pokok pisang tidak lagi digunakan apabila buah dan daunnya diambil
dan sering kali batangnya dibakar atau dibiarkan begitu sahaja sehingga mencemarkan alam.
Kegunaan pokok pisang bukan sahaja terletak pada buah dan daunnya sahaja bahkan batangnya
juga boleh dimanfaatkan. Penggunaan batang pisang dalam penghasilan kertas menepati sektor
dalam TH seperti Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Sektor ini merangkumi kategori Rawatan
dan Pemprosesan secara Rawatan Fizikal melalui dua cara iaitu Pengurangan Isipadu dan
Berat Sisa serta Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan. Dengan cara
ini, akhirnya batang pisang diolah kepada bentuk baharu iaitu kertas. Hal ini secara tidak
langsung mampu mengurangkan berat sisa pepejal yang dibuang (kategori Pencegahan
dan Pengurangan yang melibatkan Pengurangan Sisa Makanan). Selain itu, Sektor
Bekalan Tenaga turut digunakan melibatkan kategori Tenaga Boleh Baharu seperti Biojisim.

Bahan dan Peralatan

i. Batang pisang
ii. 24 L Air (12 L untuk rendaman dan 12 L untuk rebusan)
iii. Pisau
iv. Baldi
v. 1 unit Bikar berkapasiti 2 L (boleh juga menggunakan periuk)
vi. Mesin pengisar
vii. 2 unit Bingkai kain segi empat tepat (silk screen)
viii. 1 unit Bekas segi empat tepat besar
ix. Sekoji
x. Cermin kaca segi empat tepat / papan
xi. Kertas fotostat A4
xii. 1 unit Tungku kaki tiga
xiii. 1 unit Dawai kasa
xiv. 1 unit Penunu Bunsen
xv. 1 unit Pemegang bikar (Beaker tongs) / Pemegang tabung uji (Test tube holder)

56 SAINS
Kaedah

i. Permulaan
• Murid memerhati dan mengkaji Gambar 3 yang ditunjukkan.

Gambar 3
Bahagian-bahagian pokok pisang

• Murid memikirkan dan membincangkan soalan yang dikemukakan oleh guru seperti:
o Setelah buah pisang dipungut, jantung dan daunnya diambil untuk kegunaan harian,
apakah yang dilakukan terhadap batang pisang?
o Apakah produk yang boleh dihasilkan daripada batang pisang?
o Bagaimanakah pengolahan batang pisang kepada sesuatu produk mampu
menangani masalah pencemaran alam sekitar?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid perlu bekerja secara berkumpulan (3 murid / kumpulan) dan seorang ketua
perlu dilantik bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Ketua kumpulan mengagihkan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk
menjalankan projek yang telah dirancang.
• Murid membuat pelan projek untuk mengkaji penghasilan kertas daripada batang
pokok pisang.
• Murid ditugaskan untuk mencari maklumat berkenaan cara menghasilkan kertas
dengan menggunakan batang pisang daripada internet dan buku.
• Murid berkongsi idea dan lakarkan carta alir proses projek yang akan dijalankan
mengikut bahan dan peralatan yang disediakan.
• Murid berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan
projek serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati
sektor yang terdapat di dalam TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dalam
kategori Rawatan dan Pemprosesan iaitu Rawatan Fizikal melalui Pengurangan
Isipadu dan Berat Sisa serta Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan.
Sektor Bekalan Tenaga merangkumi kategori Tenaga Boleh Baharu seperti Biojisim
turut terlibat.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan tugasan mengikut pelan projek yang telah dirancang dan
dipersetujui.

SAINS 57
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid membentangkan projek yang dihasilkan secara berkumpulan berdasarkan
laporan.

Maklumat Untuk Guru

i. Sediakan bahan dan radas yang diperlukan.


ii. Potong batang pisang daripada pohonnya.
iii. Kemudian batang pisang dipotong kepada saiz yang lebih kecil.
iv. Rendamkan batang pisang di dalam baldi yang dipenuhi air selama 24 jam.
v. Kemudian, panaskan batang pisang di dalam air yang mendidih sehingga lembut.
vi. Kisar batang pisang tersebut dengan menggunakan mesin pengisar.
vii. Selepas itu, masukkan hasil kisaran ke dalam bekas segi empat tepat yang besar.
viii. Kemudian rendam bingkai kain segi empat ke dalam kisaran tersebut bagi memastikan hasil
kisaran terenap pada bahagian atas kain.
ix. Kemudian ratakan kisaran batang pisang tersebut dengan menggunakan sudu.
x. Selepas itu, letakkan cermin / papan kosong, telangkupkan bingkai tersebut dengan
bahagian yang mengandungi kisaran batang pisang berada pada papan atau cermin.
xi. Kemudian tekan dan ratakan hasil kisaran tersebut dengan menggunakan sekoji untuk
menyingkirkan air yang berlebihan.
xii. Seterusnya, angkat bingkai kain segi empat tersebut di mana kepingan kisaran pisang yang
telah dibuang air akan melekat pada permukaan kaca atau papan dan menjadi kertas.
xiii. Keringkan kertas yang terhasil di bawah sinaran matahari dan pisahkan daripada cermin
kaca / papan.

58 SAINS
Rujuk Rajah 8 (carta alir prosedur kerja) dan Rajah 9 (carta alir bergambar untuk prosedur kerja
penghasilan kertas daripada serat batang pisang).

Panaskan batang pisang di


Batang pisang dipotong kepada
dalam air yang mendidih
Bahan dan peralatan saiz yang lebih kecil sebelum
sehingga lembut. Kemudian
disediakan. direndam dalam baldi berisi air.
kisar menggunakan mesin
Rendam semalaman.
pengisar.

Ratakan kisaran batang pisang


menggunakan sudu. Bingkai Rendam bingkai kain segi empat ke Masukkan kisaran batang
ditelangkupkan di atas bingkai / dalam kisaran tersebut.
pisang ke dalam bekas segi
papan kosong untuk memindahkan Pastikan hasil kisaran terenap pada
bahagian atas kain. empat yang besar.
kisaran batang pisang yang
diratakan tadi.

Hasil kisaran diratakan di atas Bingkai kain segi empat Keringkan di bawah sinaran
bingkai / papan dan ditekan diangkat dan kepingan kisaran
matahari sehingga kertas benar-
menggunakan sekoji untuk benar kering. Angkat kertas yang
batang pisang akan melekat terhasil daripada permukaan kaca /
menyingkirkan air yang pada permukaan kaca / papan.
berlebihan. papan.

Rajah 8
Carta alir prosedur kerja penghasilan kertas daripada serat batang pisang

SAINS 59
1 2 3

Batang pisang yang telah dipotong Batang pisang direndam semalaman


Batang pisang dipotong kecil-kecil.
dari pohonnya. di dalam baldi yang berisi air.

4 5 6

Batang pisang yang telah dikisar


Batang pisang dipanaskan di dalam air Batang pisang yang telah dimasukkan ke dalam bekas segi
yang mendidih sehingga lembut. direndam dikisar. empat tepat yang besar.

7 8 9

Bingkai kain segi empat direndam di


Kisaran batang pisang diratakan di Bingkai ditelangkupkan di atas cermin
dalam bekas segi empat tepat yang
atas bingkai kain segi empat. atau papan.
berisi bahan kisar.

10 11 12

Kertas batang pisang yang telah


Bingkai kain diangkat dan kepingan
Hasil kisaran diratakan dan ditekan dikeringkan di bawah sinar matahari
kisaran pisang akan melekat pada
menggunakan sekoji. diangkat daripada permukaan kaca /
permukaan kaca / papan.
papan.

Rajah 9
Carta alir bergambar prosedur penghasilan kertas daripada serat batang pisang

60 SAINS
Pemerhatian

i. Bandingkan kertas yang diperbuat daripada batang pisang dengan kertas fotostat A4
(kertas pulpa pokok) dari segi ketebalan, tekstur, kekuatan dan warna.
ii. Pemerhatian dicatatkan di dalam jadual (sila rujuk Jadual 2).

Jadual 2: Jadual Pemerhatian Ciri Kertas Batang Pisang dan Kertas Fotostat A4

Ciri Kertas batang pisang Kertas fotostat A4


Ketebalan
Tekstur
Kekuatan
Warna

• Murid menggunakan dapatan pemerhatian untuk menjana idea bagi menjawab soalan
perbincangan.

Soalan Perbincangan

i. Bincangkan perkaitan di antara penggunaan batang pisang untuk menghasilkan produk


seperti kertas dengan sektor TH seperti Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui
Rawatan Fizikal.
ii. Bagaimanakah penghasilan dan penggunaan kertas daripada batang pisang mampu
mengurangkan masalah penyahhutanan (deforestation)? Kaitkan dengan Sektor Bekalan
Tenaga meliputi kategori Tenaga Boleh Baharu seperti Biojisim.
iii. Cadangkan bahan biojisim lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan kertas selain
daripada batang pisang. Terangkan pilihan jawapan anda.
iv. Apakah implikasi dari segi ekonomi sekiranya batang pokok pisang digunakan untuk
menghasilkan kertas secara besar-besaran?

SAINS 61
Kesimpulan

Pengolahan batang pokok pisang daripada sumber semula jadi mampu menghasilkan
bahan yang mesra alam seperti kertas. Maka, Sektor Bekalan Tenaga melibatkan kategori
Tenaga Boleh Baharu seperti Biojisim sebagai komponen dalam TH telah dipatuhi. Hal ini
kerana batang pokok pisang merupakan satu sumber tenaga yang tidak akan habis dan
sentiasa dijanakan sepanjang tempoh hayat manusia. Selain itu, pengolahan sisa batang
pisang yang tidak terpakai dan dibuang begitu sahaja dapat menunjukkan bahawa Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa sebagai komponen TH melalui Pengurangan Isipadu dan Berat
Sisa serta Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan telah dipatuhi. Akhirnya,
batang pokok pisang dapat diolah kepada kertas yang berguna dan seterusnya mampu
mengurangkan jisim bahan buangan batang pisang yang dibuang begitu sahaja.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Konsultan Persekitaran
• Juruteknik Pertanian
• Juruteknik Bahan
• Guru Pendidikan Vokasional

62 SAINS
AKTIVITI 4

Objektif

Mengolah bahan buangan kulit pisang bagi mengurangkan berat bahan buangan dan
menukarkannya kepada bentuk bioplastik.

Latar Belakang

Bioplastik adalah plastik yang dihasilkan daripada bahan biojisim atau bahan yang boleh
baharu. Jenis plastik ini adalah berbeza daripada plastik konvensional yang kebiasaannya
diperbuat daripada petroleum. Kulit pisang digunakan sebagai bioplastik kerana kulitnya
mengandungi hampir 17% pati yang boleh dijadikan sebagai bahan asas bioplastik. Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa digunakan bagi mengolah sisa tersebut menjadi bioplastik.
Sektor ini merangkumi kategori Rawatan dan Pemprosesan iaitu Rawatan Fizikal melalui dua cara
iaitu Pengurangan Isipadu dan Berat Sisa serta Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan
Buangan. Dengan cara ini, kulit pisang dapat diolah kepada bentuk baharu iaitu bioplastik. Hal ini
secara tidak langsung mampu mengurangkan pencemaran dan berat sisa pepejal yang dibuang
(kategori Pencegahan dan Pengurangan yang melibatkan Pengurangan Sisa Makanan). Selain itu,
Sektor Bekalan Tenaga turut terlibat merangkumi kategori Tenaga Boleh Baharu seperti Biojisim.

Bahan dan Peralatan

i. 50 ml Pati kisaran kulit pisang – [50 g kulit pisang dikisar dengan 100 ml air]
ii. 5 g Tepung jagung
iii. 5 ml Cuka makan
iv. 8 ml Gliserol
v. Alat penimbang
vi. Mesin pengisar
vii. Periuk kecil / bikar 150 ml
viii. Sudu kecil / sudu plastik
ix. Dulang kecil
x. Penapis
xi. Mangkuk kecil
xii. Cawan penyukat / silinder penyukat
xiii. 1 unit Bikar berkapasiti 2 L
xiv. 1 unit Tungku kaki tiga
xv. 1 unit Dawai kasa
xvi. 1 unit Penunu Bunsen
xvii. 1 unit Pemegang bikar (Beaker tongs) / Pemegang tabung uji (Test tube holder)

SAINS 63
Kaedah

i. Permulaan
• Murid memerhatikan gambar berkenaan lambakan sisa buangan kulit pisang (Gambar 4)
dan kemudian menonton video berkenaan pencemaran sisa plastik yang ditayangkan oleh
guru.

Gambar 4
Lambakan sisa buangan kulit
pisang

• Murid perlu memikirkan dan membincangkan soalan seperti berikut:


o Apakah yang biasanya dilakukan terhadap kulit pisang setelah buahnya dimakan?
o Bagaimanakah plastik konvensional boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar?
o Apakah jenis plastik yang sepatutnya dibangunkan bagi menghindar pencemaran
alam sekitar?
o Bagaimana kulit pisang boleh diolah untuk menghasilkan plastik yang bersifat mesra
alam? Bincangkan.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid perlu bekerja secara berkumpulan (3 murid / kumpulan) dan seorang ketua perlu
dilantik bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Ketua kumpulan mengagihkan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk menjalankan
projek yang telah dirancang.
• Murid membuat pelan projek untuk mengkaji bioplastik daripada sisa kulit pisang.
• Murid ditugaskan untuk mencari maklumat berkenaan penghasilan bioplastik daripada sisa
kulit pisang daripada internet dan buku.
• Murid berkongsi idea dan lakarkan carta alir proses projek yang akan dijalankan mengikut
bahan dan peralatan yang disediakan.
• Murid berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan projek
serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati sektor yang
terdapat dalam TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa merangkumi kategori
Rawatan dan Pemprosesan secara Rawatan Fizikal melalui Pengurangan Isipadu dan
Berat Sisa serta Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan. Sektor Bekalan
Tenaga yang terdiri daripada kategori Tenaga Boleh Baharu seperti Biojisim turut terlibat.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan tugasan mengikut pelan projek yang telah dirancang dan
dipersetujui.

64 SAINS
v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)
• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid secara berkumpulan membentangkan projek yang dihasilkan berdasarkan laporan.

Maklumat Untuk Guru

i. Sediakan bahan-bahan seperti yang diperlukan di atas.


ii. Kemudian, kumpulkan kulit pisang dan timbang 50 g kulit pisang.
iii. Masukkan kulit pisang ke dalam mesin pengisar dan tambahkan 100 ml air, kemudian kisar.
iv. Selepas itu, masukkan kulit pisang yang telah dikisar ke dalam penapis yang diletakkan
mangkuk kecil di bawahnya.
v. Kemudian gunakan sudu untuk menekan hasil kisaran tersebut supaya pati kulit pisang dapat
dikumpulkan.
vi. Kemudian sukat 50 ml pati kulit pisang dengan menggunakan cawan penyukat.
vii. Selepas itu, masukkan 5 g tepung jagung ke dalam hasil kisaran tersebut dan dikacau
sehingga sebati.
viii. Kemudian masukkan 5 ml cuka makan ke dalam hasil kisaran tersebut dan dikacau sehingga
sebati.
ix. Masukkan 8 ml gliserol ke dalam hasil kisaran dan dikacau sehingga sebati.
x. Kemudian masukkan campuran ke dalam periuk kecil dan panaskan selama 1-2 minit.
xi. Selepas itu biarkan campuran menyejuk selama 1 minit dan masukkan campuran ke dalam
dulang kecil.
xii. Kemudian ratakan campuran tersebut dengan menggunakan sudu.
xiii. Biarkan campuran menyejuk sehingga bertukar menjadi bioplastik.

SAINS 65
Rujuk Rajah 10 (carta alir prosedur kerja) dan Rajah 11 (carta alir bergambar untuk prosedur kerja
penghasilan bioplastik daripada kulit pisang).

Hasil kisaran kulit pisang


Timbang 50 g kulit pisang. Kisar ditapis ke dalam mangkuk kecil.
Bahan dan peralatan
bersama-sama 100 ml air Sukat 50 ml pati kulit pisang
disediakan.
menggunakan mesin pengisar. dengan menggunakan cawan
penyukat.

8 ml gliserol dimasukkan ke Masukkan 5 ml cuka makan ke Masukkan 5 g tepung jagung ke


dalam hasil kisaran / pati kulit dalam hasil kisaran / pati kulit dalam hasil kisaran / pati kulit
pisang. Kacau sehingga sebati. pisang. Kacau sehingga sebati. pisang. Kacau sehingga sebati.

Panaskan campuran di dalam


periuk kecil di atas api / dapur Pindahkan campuran tersebut Biarkan campuran menyejuk
selama 1-2 minit. Kemudian ke dalam dulang kecil dan sehingga bertukar menjadi
biarkan campuran menyejuk ratakan menggunakan sudu. bioplastik.
selama 1 minit.

Rajah 10
Carta alir prosedur kerja penghasilan bioplastik daripada kulit pisang

66 SAINS
1 2 3

Timbang 50 g kulit pisang. Tapis hasil kisaran kulit pisang.


Bahan-bahan yang Sukat 50 ml pati kulit pisang
Kemudian kisar bersama
diperlukan. menggunakan cawan penyukat.
100 ml air.

4 5 6

5 g tepung jagung dimasukkan 5 ml cuka makan dimasukkan 8 ml gliserol dimasukkan ke


ke dalam pati kulit pisang dan ke dalam pati kulit pisang dan dalam pati kulit pisang dan
dikacau sebati. dikacau sebati. dikacau sebati.

7 8 9

Sejukkan campuran pati kulit Campuran pati kulit pisang


Campuran pati kulit pisang pisang sebelum diletakkan di atas
disejukkan sehingga bertukar
dipanaskan di atas api. dulang kecil. Ratakan campuran
menjadi bioplastik.
menggunakan sudu.

Rajah 11
Carta alir bergambar prosedur penghasilan bioplastik daripada kulit pisang

SAINS 67
Pemerhatian

i. Uji ketahanan plastik yang terhasil dari segi:


a) Ketahanan terhadap kepanasan;
b) Ketahanan regangan;
c) Ketahanan terhadap air panas.

• Murid menggunakan dapatan pemerhatian untuk menjana idea bagi menjawab soalan
perbincangan.

Soalan Perbincangan

i. Bagaimanakah bioplastik mampu menggantikan plastik konvensional dari segi kegunaan


harian? Apakah impaknya terhadap sektor ekonomi?
ii. Kaitkan penghasilan bioplastik dengan sektor TH iaitu Pengurusan Sisa dan Air Sisa.
iii. Sejauh manakah penghasilan bioplastik ini berupaya mendidik masyarakat bagi
mengurangkan penggunaan plastik yang mampu mencemarkan alam sekitar?
iv. Bagaimana penghasilan bioplastik daripada tumbuhan mampu menyelesaikan krisis
pencemaran plastik konvensional pada masa depan? Bincangkan.

Kesimpulan

Pengolahan kulit pisang daripada sumber semula jadi mampu menghasilkan bahan yang
mesra alam seperti bioplastik. Hal ini menepati Sektor Bekalan Tenaga sebagai komponen
TH meliputi kategori Tenaga Boleh Baharu seperti Biojisim kerana kulit pisang merupakan
satu sumber tenaga yang tidak akan habis dan sentiasa dijanakan sepanjang tempoh
hayat manusia selagi wujud. Selain itu, pengolahan sisa kulit pisang yang terbuang dapat
menunjukkan bahawa Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa sebagai komponen TH telah
dipatuhi. Sektor ini meliputi kategori Rawatan dan Pemprosesan secara Rawatan Fizikal
melalui Pengurangan Isipadu dan Berat Sisa serta Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan
Bahan Buangan. Kulit pisang akhirnya diolah kepada bioplastik yang berguna dan seterusnya
mampu mengurangkan berat bahan buangan kulit pisang yang dibuang begitu sahaja.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Juruteknik Kimia
• Pembantu Penganalisis Kawalan Kualiti
• Pembantu Penyelidik Sains
• Pembantu Makmal Kimia
• Juruteknik Bahan

68 SAINS
1.9.1 SUMBER RUJUKAN

Aktiviti 1

i. Biomass Energy Backgrounder


http://www.re-energy.ca/docs/biomass-energy-bg.pdf
ii. Potensi Sumber Tenaga Alternatif Biojisim – Utusan Online
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0907&pub=utusan_malaysia&sec=
Rencana&pg=re_06.htm

Aktiviti 2

i. Applications EM & Recipes & Charts


http://healthyearth.ca/applications-em-recipes-charts/
ii. Bebola Lumpur EM
http://puspatani.blogspot.my/2013/06/bebola-lumpur-em.html
iii. Cara Mudah Membuat EM – KebunHilmi
http://kebunhilmi.blogspot.my/2013/11/cara-mudah-membuat-em.html

Aktiviti 3
i. Hasilkan Kertas daripada Serat Batang Pisang
http://web10.bernama.com/kpdnhep/v2/index.php?lang=my&sid=featuresdetailk
bbm&id=420315
ii. Proses-proses Membuat Kertas Pisang
http://mybahuluhouse.blogspot.my/2013/06/proses-proses-membuat-kertas-pisang.html

Aktiviti 4
i. 8 Juta Kilogram Makanan Terbazir Setiap Hari – Astro Awani
https://www.youtube.com/watch?v=vFP5aQ7rp7w
ii. Pembuatan Bioplastik dari Kulit Pisang
http://muktafakhri.blogspot.my/2014/01/bab-i-pendahuluan-a_21.html

SAINS 69
1.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

AKTIVITI 1

i. Gas metana dihasilkan daripada bahan biojisim seperti sisa sayur-sayuran dan kulit buah-
buahan maka ia merupakan sejenis Tenaga Boleh Baharu. Biojisim merupakan alternatif untuk
menggantikan bahan api fosil seperti petroleum. Malaysia berpotensi menghasilkan tenaga
biojisim kerana terdapat banyak bahan buangan dan sisa organik.
ii. Bagi mengatasi masalah ini, penggunaan biogas daripada sisa buangan makanan atau sisa
buangan haiwan seperti najis lembu adalah dicadangkan. Contohnya sisa buangan najis
lembu yang dihasilkan setiap hari boleh dikumpulkan di satu tangki yang disediakan di
kawasan perkampungan bagi menghasilkan biogas yang dapat disalurkan ke setiap rumah
seperti yang dilakukan di negara India. Hal ini menepati Sektor Bekalan Tenaga dalam kategori
Tenaga Boleh Baharu merangkumi Biojisim dan Biotenaga serta Sektor Pengurusan Sisa dan
Air Sisa meliputi kategori Pencegahan dan Pengurangan melalui Pengurangan Sisa Makanan.
iii. Impak pengolahan sisa makanan terbuang terhadap alam sekitar, tapak pelupusan sampah,
kebersihan dan ekonomi:
- Alam sekitar: memastikan kesejahteraan dan kelangsungan alam sekitar kekal
terpelihara.
- Tapak pelupusan sampah: Bilangan tapak pelupusan sampah dapat dikurangkan
kerana sisa makanan terbuang telah berkurangan.
- Ekonomi: membantu menjana ekonomi negara di samping dapat mengurangkan beban
kewangan yang besar kepada kerajaan tempatan dan syarikat terbabit kerana kos
operasi sisa pepejal yang sangat tinggi.

AKTIVITI 2

i. Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif dihasilkan daripada sisa buangan makanan seperti sisa
sayur-sayuran dan kulit buah-buahan. Hal ini secara tidak langsung menyokong penggunaan
konsep sisa sifar. TH pula merujuk kepada sistem yang dapat meminimumkan dan
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
ii. Sisa sayur-sayuran dan buah-buahan dikumpulkan dan tidak dibuang seperti biasa untuk
menghasilkan cecair Mikroorganisma Efektif. Cecair ini kemudian digunakan untuk
menghasilkan bebola lumpur. Akhirnya masalah sisa sifar dapat ditangani melalui
Pengurangan Sisa Makanan.
iii. Implikasi penghasilan Bebola Lumpur Mikroorganisma Efektif terhadap alam sekitar dan
ekonomi setempat:
- Alam sekitar: Khususnya pengurusan dan pemuliharaan sungai dan takungan-takungan
air, di mana bebola lumpur ini mudah dilontar dan tenggelam di dalam air serta bertindak
secara perlahan-lahan dari dasar air yang bertujuan untuk memecahkan molekul-
molekul organik seperti sisa sampah, lumpur, logam berat dan sebagainya. Hasilnya
dapat dilihat dalam masa yang singkat dan kualiti air sungai yang tercemar dapat
menjadi lebih bersih.
- Ekonomi: Dapat membantu lonjakan ekonomi melalui penubuhan pusat penghasilan
bebola lumpur seperti yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
kerana teknologi penghasilan bebola lumpur mendapat permintaan yang tinggi bagi
merawat sungai-sungai yang tercemar.

70 SAINS
AKTIVITI 3

i. Pokok pisang merupakan tumbuhan yang hanya berbuah sekali sahaja sepanjang hidupnya.
Batang pisang yang telah berbuah akan dibuang dan menjadi sumber penyakit dan perumah
perosak di ladang. Maka, batang pisang tersebut boleh ditransformasikan kepada bentuk
baharu iaitu kertas, selaras dengan dasar TH untuk menggalakkan penggunaan sumber-
sumber yang boleh baharu melalui Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa di mana batang
pokok tersebut dirawat secara fizikal dan ditukarkan kepada bentuk baharu.
ii. Batang pisang merupakan sejenis Tenaga Boleh Baharu kerana ia berasal daripada
bahan biojisim. Maka ia boleh dikaitkan dengan Sektor Bekalan Tenaga. Ia mengandungi
kandungan serat (selulosa) yang tinggi seperti kayu sehingga dapat digunakan sebagai bahan
pembuatan kertas. Maka ia dapat digunakan untuk menghasilkan kertas sama seperti kertas
yang dihasilkan daripada kayu.
iii. Serat daun nanas, kerana ia adalah serat semula jadi yang kukuh. Serat daun nanas
digunakan sebagai bahan asas penghasilan kertas kerana kandungan selulosa yang tinggi.
iv. Meningkatkan ekonomi, kerana penghasilan teknologi berasaskan batang pisang bagi
menghasilkan kertas dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Ia juga boleh
dikomersialkan untuk dijadikan bahan-bahan cenderamata seperti beg kertas dan sebagainya.

AKTIVITI 4

i. Bioplastik mempunyai fungsi yang sama seperti plastik konvensional biasa cuma ia bersifat
terbiodegradasi berbanding plastik konvensional yang tidak terbiodegradasi. Sebagai
contohnya, Kerajaan Negeri Melaka telah menetapkan peraturan di mana selepas akhir tahun
2015, tiada lagi penggunaan beg plastik dibenarkan ke atas mana-mana premis perniagaan di
negeri tersebut. Pasar raya hanya dibenarkan membekal atau menjual pembungkus alternatif
seperti beg bioplastik yang diperbuat daripada tumbuhan dan mudah dilupuskan. Akibatnya
permintaan terhadap bioplastik akan meningkat dan mampu melonjakkan sektor ekonomi.
ii. Penghasilan bioplastik mematuhi sektor dalam TH iaitu Sektor Pengurusan Sisa dan Air
Sisa kerana ia mampu memulihara dan meminimumkan kesan pencemaran dan degradasi
persekitaran yang disebabkan oleh plastik konvensional.
iii. Penghasilan bioplastik perlu didedahkan sejak di peringkat sekolah rendah bagi
memastikan kanak-kanak diberi pendedahan sejak di peringkat rendah. Ini bagi memastikan
masyarakat mendapat pendedahan tentang kelebihan penggunaan bioplastik yang kurang
mencemarkan alam sekitar berbanding penggunaan plastik konvensional yang biasa.
iv. Bioplastik bersifat terbiodegradasi kerana ia dihasilkan daripada bahan-bahan organik.
Manakala plastik konvensional pula bersifat tidak terbiodegradasi iaitu ia akan kekal berada
dalam keadaan asal sehingga beratus-ratus tahun. Maka penggunaan bioplastik mampu
menangani masalah ini kerana lebih bersifat mesra alam.

SAINS 71
EKO-ENZIM: MERUNGKAI
MASALAH DUNIAKU

72 SAINS
EKO-ENZIM: MERUNGKAI MASALAH DUNIAKU

2.0 TAJUK

Eko-Enzim: Merungkai Masalah Duniaku

2.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti jadual di bawah :

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau


5 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Rawatan dan Pemprosesan
(Waste and Wastewater (Treatment and Processing)
Management) • Proses Biologi
(Biological Process)
6 ii. Pengangkutan • Penyenggaraan
(Transport) (Maintenance)
7 iii. Pertanian dan Perhutanan • Pengurusan Tanah Pertanian
(Agriculture and Forestry) (Cropland Management)
• Amalan Pertanian yang
Lebih Baik
(Improved Agronomic
Practices)

2.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM SAINS

Sektor Pengurusan Air dan Air Sisa ialah apabila pengurusan dan guna semula sisa domestik ini
dilakukan dengan meluas oleh rakyat Malaysia. Kos pengangkutan sisa domestik dan masalah
kawasan tapak pelupusan sampah boleh diatasi apabila sisa domestik tidak dibuang dengan
berleluasa.

Aktiviti 5 : Menghasilkan larutan eko-enzim dengan mengolah sisa domestik melalui proses biologi

• Aktiviti 5 menggalakkan murid mengintegrasikan konsep TH di bawah Sektor Pengurusan


Sisa dan Air Sisa dengan menggunakan kategori Rawatan dan Pemprosesan melalui
Proses Biologi.
• Sisa domestik yang dibiarkan secara semula jadi akan menghasilkan gas metana. Gas
metana akan menyebabkan persekitaran menjadi lebih panas 21 kali ganda berbanding gas
karbon dioksida. Pemanasan ini boleh membawa kepada kesan pemanasan global.
• Mengitar semula sisa domestik seperti kulit buah-buahan atau baki sayur-sayuran dapat
membantu mengurangkan masalah pembuangan sisa domestik, pencemaran air dan kos
pelupusan sampah.

SAINS 73
• Larutan eko-enzim dihasilkan daripada proses fermentasi sisa domestik terpilih. Proses
fermentasi berlaku melalui kegiatan bakteria dan kulat (fungi) yang memecahkan molekul
kompleks seperti gula kepada molekul ringkas seperti karbon dioksida dan alkohol.
• Larutan eko-enzim merupakan bahan organik yang boleh diurai secara semula jadi, mesra
alam dan tidak berbahaya.

Aktiviti 6 : Menggunakan larutan eko-enzim sebagai bahan pencuci minyak dan gris yang terdapat
pada enjin kenderaan bermotor

• Aktiviti 6 menggalakkan murid mengintegrasikan konsep TH di bawah Sektor Pengangkutan


dengan melakukan penyenggaraan terhadap enjin kenderaan.
• Enjin kenderaan bermotor yang diselaputi minyak dan gris apabila dicuci dengan bersih
menggunakan larutan eko-enzim dapat membantu meningkatkan kecekapan tenaga dalam
kenderaan bermotor.
• Larutan eko-enzim berperanan untuk memecahkan protein dan lemak dalam kotoran.
• Walaupun larutan eko-enzim dihasilkan dengan kos yang rendah, namun kesan dan kuasa
pembersihannya hampir sama seperti bahan pencuci komersil atau detergen.
• Pencucian dengan menggunakan larutan eko-enzim dapat mengurangkan pencemaran air
dan membantu memberi keseimbangan ekosistem.
• Penggunaan detergen yang banyak akan mengemulsi lemak dan gris yang akhirnya akan
mencemarkan saliran sungai. Sebaliknya penggunaan larutan eko-enzim berperanan
sebagai pemangkin aktif untuk memecahkan lemak dan gris kepada molekul-molekul kecil
yang lebih mesra alam sekitar.

Aktiviti 7 : Menggunakan larutan eko-enzim sebagai baja untuk tanaman (pokok bawang)

• Aktiviti 7 menggalakkan murid mengintegrasikan konsep TH dalam Sektor Pertanian dan


Perhutanan di bawah kategori Pengurusan Tanah Pertanian menerusi Amalan Pertanian
yang Lebih Baik.
• Larutan eko-enzim mengandungi nutrien yang sesuai untuk tanaman.
• Walaupun larutan eko-enzim dihasilkan dengan kos yang rendah, namun kesan
penggunaannya hampir sama seperti penggunaan baja kimia tertentu untuk tanaman.
• Jika larutan eko-enzim digunakan sebagai baja tanaman, maka ia boleh membantu
mengelakkan pencemaran air dan memberi pengaruh positif terhadap keseimbangan
ekosistem kerana larutan eko-enzim bersifat mesra alam.
• Sebaliknya penggunaan baja kimia tertentu secara berlebihan akan mengakibatkan
pencemaran sungai dan seterusnya mengganggu ekosistem dan hidupan akuatik.

2.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Pengilang (Manufacturer) Larutan Eko-enzim


• Pegawai Pertanian / Pegawai MARDI
• Juruteknik Indah Water / Juruteknik Rawatan Air Buangan
• Mekanik Kenderaan
• Petani Moden
• Operator Pencucian Kenderaan

74 SAINS
2.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 5

i. Apakah yang berlaku apabila sisa domestik tidak diurus dengan sewajarnya?
ii. Apakah gas yang dihasilkan daripada sisa domestik contohnya kulit pisang atau baki
sayur-sayuran?
iii. Apakah kesan gas ini terhadap alam sekitar?
iv. Apakah proses sains yang terlibat untuk mengolah sisa makanan menjadi eko-enzim?
v. Apakah bahan yang terdapat dalam eko-enzim yang dihasilkan?

Aktiviti 6

i. Apakah yang boleh anda gunakan untuk mencuci pakaian yang terkena minyak?
ii. Apakah kesan penggunaan bahan pencuci terhadap alam sekitar?
iii. Bolehkah larutan eko-enzim mencuci enjin kenderaan bermotor?
iv. Adakah larutan eko-enzim bersifat mesra alam?

Aktiviti 7

i. Apakah baja yang anda gunakan untuk tanaman?


ii. Apakah kesan penggunaan baja kimia kepada sungai?
iii. Bolehkah larutan eko-enzim digunakan sebagai baja untuk tanaman?
iv. Adakah larutan eko-enzim bersifat mesra alam?

2.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Menghasilkan larutan eko-enzim dengan mengolah sisa domestik melalui proses fermentasi.
Larutan eko-enzim boleh digunakan sebagai alternatif kepada bahan pencuci dan baja
tanaman.

SAINS 75
2.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan


5 i. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan
• Rawatan dan Pemprosesan dan kesedaran kepada murid berkenaan Sektor
• Proses Biologi Pengurusan Sisa dan Air Sisa bagi mengelakkan
pencemaran alam sekitar.

• Sisa domestik boleh diolah menjadi suatu bahan


baharu yang boleh digunakan semula menerusi
proses biologi iaitu fermentasi.

• Contohnya sisa kulit buah-buahan atau sisa


sayur-sayuran boleh diolah menjadi bahan yang
serba guna iaitu larutan eko-enzim.

• Kitar semula sisa domestik ini dapat membantu


mengurangkan masalah lambakan sampah yang
menjadi salah satu punca pencemaran alam.

6 i. Pengangkutan • Larutan eko-enzim adalah larutan pembersih


• Penyenggaraan semula jadi yang bebas bahan kimia berbahaya.

• Larutan eko-enzim mampu memecahkan minyak


atau gris yang terlekat pada pakaian atau pada
enjin kenderaan bermotor.

• Jika enjin kenderaan bermotor selalu dibersihkan


maka kecekapan penggunaan tenaga dapat
ditambah di mana prestasi enjin turut meningkat.

• Baki larutan eko-enzim yang dibebaskan ke sungai


tidak membahayakan hidupan akuatik.

• Larutan eko-enzim bersifat mesra alam dan


penggunaannya dapat membantu mengatasi
pencemaran alam sekitar.

7 i. Pertanian dan Perhutanan • Larutan eko-enzim mengandungi nutrien yang


• Pengurusan Tanah Pertanian dapat membantu tumbesaran tumbuhan.
• Amalan Pertanian yang
Lebih Baik • Tanaman yang ditanam dengan menggunakan
larutan eko-enzim mampu menghasilkan
kesuburan dan pertumbuhan yang lebih baik.

• Penggunaan larutan eko-enzim yang bersifat


mesra alam mampu mengatasi pencemaran air
yang diakibatkan oleh baja kimia.

• Jika larutan eko-enzim digunakan dengan meluas,


maka masalah lambakan sampah yang merupakan
masalah alam sekitar dapat diatasi.

76 SAINS
2.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti ini adalah Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBP) dan Inkuiri-Penemuan. Walau bagaimanapun, guru boleh menggunakan kedua-dua strategi
ataupun salah satu daripadanya mengikut kreativiti masing-masing.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan satu strategi yang berfokuskan murid iaitu murid
akan bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan produk. Bagi memulakan strategi ini, guru
perlu memulakan pengajaran mengikut langkah berikut:

i. Permulaan
• Guru menunjukkan video bertajuk “What can we do with food waste”.
• Guru mengemukakan soalan kepada murid seperti berikut;
o Apakah cara-cara lain untuk mengatasi lebihan sisa domestik?
o Berikan justifikasi.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid bekerja secara berkumpulan (5 murid / kumpulan).

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Murid menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan membentangkan produk yang dihasilkan.
• Murid membuat refleksi terhadap projek yang dijalankan.

SAINS 77
2.8 GLOSARI

Amalan Pertanian yang Lebih Baik – Amalan agronomi yang efisien (cekap) dan lestari dalam
meningkatkan mutu dan hasil pertanian.

Enzim – Sejenis protein yang berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindak
balas dalam tubuh badan manusia.

Fermentasi – Suatu proses penguraian zat daripada molekul kompleks menjadi molekul yang lebih
sederhana menggunakan enzim pengurai, dan menghasilkan tenaga.

Larutan eko-enzim – Larutan yang dihasilkan daripada proses fermentasi sisa buangan oleh
bakteria semula jadi di persekitaran.

Pengangkutan Jalan – Sistem pengangkutan di darat seperti kereta, bas, lori dan lain-lain.

Pengurusan Tanah Pertanian – Kategori dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan yang
melibatkan pengurusan tanah pertanian secara lestari iaitu mengurangkan pelepasan gas rumah
hijau tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti hasil pertanian.

Proses Biologi – Satu proses menghasilkan larutan eko-enzim yang terhasil melalui proses
fermentasi sisa domestik terpilih.

Rawatan dan Pemprosesan – Satu proses untuk menjadikan sisa dan air sisa menjadi bahan
yang spesifik yang boleh digunakan semula oleh organisma hidup. Teknologi rawatan sisa
termasuk pengurangan dan penggunaan semula sisa. Pemprosesan ialah menukarkan sisa
menjadi bahan yang berguna kepada kehidupan.

Sektor Pengangkutan – Memasukkan elemen TH dalam prasarana pengangkutan dan


kenderaan, khususnya bahan api bio (biofuel) dan pengangkutan jalan awam tanpa membebaskan
gas-gas tercemar.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Sektor Pertanian dan Perhutanan – Merupakan salah satu sektor daripada tujuh sektor utama
TH; melibatkan pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan
perhutanan.

Sisa Domestik – Sisa buangan dapur yang terdiri daripada kulit buah-buahan dan baki sayur-
sayuran tidak termasuk sisa ikan, daging dan ayam, bahan pepejal, plastik dan kaca.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.

78 SAINS
2.9 AKTIVITI

Terdapat tiga aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh

5 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) 3 bulan

6 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) 2 jam

7 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) 2 minggu

Larutan eko-enzim yang dihasilkan daripada Aktiviti 5 boleh digunakan


CATATAN untuk menjalankan Aktiviti 6 dan Aktiviti 7 selepas 3 bulan.

SAINS 79
AKTIVITI 5

Objektif

Menghasilkan larutan eko-enzim dengan mengolah sisa domestik melalui proses fermentasi.

Latar Belakang

Setiap hari sisa domestik dihasilkan dengan banyak. Jika sisa domestik (khususnya bahan organik)
tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi timbunan sampah yang menggunakan ruang yang
besar dan berbahaya pada kesihatan. Sisa domestik seperti kulit buah-buahan, ubi kentang,
bawang dan sayur-sayuran boleh dijadikan eko-enzim. Penghasilan eko-enzim ini dapat membantu
mengurangkan pembuangan sisa domestik seterusnya mengurangkan kesan pemanasan global.
Sisa domestik yang terdiri daripada bahan organik boleh diolah menjadi eko-enzim yang sangat
berguna serta dapat membantu mengatasi masalah alam sekitar. Konsep TH yang terlibat dalam
aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa di bawah kategori Rawatan dan
Pemprosesan menerusi Proses Biologi iaitu fermentasi. Di akhir aktiviti, murid akan menghasilkan
larutan eko-enzim.

Bahan dan Peralatan

i. 100 g Gula merah


ii. 1 L Air
iii. 300 g Sisa domestik (contohnya kulit limau)
iv. 1 unit Bikar 1.5 L
v. 1 unit Botol plastik 1.5 L

Kaedah

i. Permulaan
• Murid menonton video bertajuk “What can we do with food waste”.
• Murid membincangkan soalan-soalan berikut:
o Apakah masalah utama yang ditunjukkan dalam video tersebut?
o Apakah yang berlaku apabila sisa domestik (sisa makanan) jika tidak diurus
dengan sewajarnya?
o Apakah gas yang terhasil daripada sisa domestik contohnya kulit limau atau baki
sayur-sayuran?
o Apakah kesan gas yang terhasil itu terhadap alam sekitar?
o Bolehkah sisa domestik diolah menjadi larutan eko-enzim? Jelaskan.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima orang dalam satu kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Murid perlu membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh: melantik
ketua kumpulan, pencatat dan sebagainya.
• Murid perlu membuat pelan projek.

80 SAINS
• Murid ditugaskan untuk mencari maklumat berkenaan penghasilan larutan eko-enzim
daripada sisa domestik menggunakan sumber seperti internet dan buku.
• Murid perlu berkongsi idea dan melakarkan carta alir proses projek dengan menggunakan
bahan dan peralatan yang disediakan.
• Murid berbincang dan menyenaraikan kaedah yang sesuai bagi melaksanakan projek
serta tempoh masa pelaksanaan.
• Kaedah yang dipilih haruslah menepati Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa di bawah
kategori Rawatan dan Pemprosesan melalui Proses Biologi.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid secara berkumpulan membentangkan projek yang dihasilkan.
• Murid membuat refleksi terhadap projek yang dijalankan.

SAINS 81
Maklumat Untuk Guru

Berikut adalah kaedah untuk mengolah sisa domestik menjadi larutan eko-enzim :

i. Timbang 100 g gula merah.


ii. Masukkan gula merah yang telah ditimbang ke dalam bikar 1.5 L.
iii. Tambahkan 1 L air.
iv. Kacau sehingga gula merah larut.
v. Masukkan larutan gula merah ke dalam botol plastik 1.5 L.
vi. Timbang 300 g sisa domestik (contohnya baki kulit limau).
vii. Masukkan sisa domestik ke dalam botol plastik 1.5 L tadi.
viii. Tutup botol plastik tersebut dan simpan dalam tempat gelap selama 3 bulan.
ix. Bebaskan gas yang terhasil dalam botol plastik setiap hari selama sebulan.
x. Selepas 3 bulan asingkan larutan eko-enzim dan sisa buangan.

Gambar 5
Larutan eko-enzim yang
dihasilkan

Peringatan!

• Larutan eko-enzim yang ideal dihasilkan sepatutnya berwarna perang. Jika ia bertukar ke
warna hitam, tambahkan gula merah dalam kuantiti yang sama dan mulakan proses
fermentasi semula.
• Jika permukaan campuran larutan itu bertukar menjadi warna putih atau hitam, biarkannya.
Tindak balas kimia akan berterusan hingga selesai.
• Elakkan botol daripada terdedah kepada pancaran matahari.
• Jangan simpan eko-enzim dalam peti sejuk.
• Larutan eko-enzim yang dihasilkan TIDAK BOLEH DIMINUM.
• Elakkan daripada menghasilkan eko-enzim menggunakan barangan terbuang bukan
organik seperti kertas, plastik, logam atau kaca.
• Elakkan juga daripada menggunakan sisa makanan bermasak seperti ikan atau daging.
(Bahan ini boleh dijadikan baja komposit).
• Baki yang tertinggal dalam botol boleh diguna semula untuk penghasilan eko-enzim
seterusnya dengan menambah sisa domestik yang baru.

82 SAINS
Pemerhatian

i. Apakah yang diperhatikan semasa proses fermentasi berlaku?


ii. Apakah warna akhir larutan tersebut?

• Murid menggunakan dapatan pemerhatian untuk menjana idea bagi menjawab soalan
perbincangan.

Soalan Perbincangan

i. Mengapakah gas yang terhasil perlu dibebaskan setiap hari?


ii. Apakah kesan pembebasan gas tersebut terhadap alam sekitar?
iii. Bagaimanakah sisa domestik boleh ditukar menjadi larutan eko-enzim?
iv. Apakah sektor TH yang terlibat dalam aktiviti ini? Huraikan.

Kesimpulan

Mengolah sisa domestik dengan menggunakan kategori Rawatan dan Pemprosesan melalui
Proses Biologi dapat menghasilkan larutan eko-enzim. Kitar semula sisa domestik dapat
membantu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar akibat lambakan sisa makanan.
Justeru, Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dalam TH telah dipatuhi dengan memastikan
sisa domestik dikumpul dan dirawat untuk menjadi larutan eko-enzim. Tindakan ini secara
tidak langsung telah menyumbang kepada pengurusan sisa yang cekap.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pengilang (Manufacturer) Larutan Eko-enzim


• Juruteknik Indah Water / Juruteknik Rawatan Air Buangan

SAINS 83
AKTIVITI 6

(Larutan eko-enzim yang dihasilkan daripada Aktiviti 5 boleh digunakan untuk menjalankan
Aktiviti 6 selepas 3 bulan)

Objektif

Menggunakan larutan eko-enzim sebagai bahan pencuci minyak dan gris yang terdapat pada enjin
kenderaan bermotor.

Latar Belakang

Bahan pencuci konvensional mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti fosfat, nitrat,
ammonia dan klorin. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan pencemaran air menerusi air bawah tanah,
sungai dan laut. Pengumpulan bahan-bahan ini akan mencemarkan alam sekitar. Larutan eko-enzim
yang dihasilkan daripada pengolahan sisa domestik mengandungi enzim yang berperanan untuk
memecahkan protein dan lemak dalam kotoran. Dalam aktiviti ini, larutan eko-enzim boleh digunakan
untuk mencuci enjin kenderaan bermotor yang mengandungi minyak dan gris. Enjin yang bersih
mampu menghasilkan prestasi yang lebih baik kepada kenderaan dan seterusnya akan menjimatkan
penggunaan bahan api. Manakala enjin kenderaan yang kotor akan memberi kesan kepada prestasi
kenderaan tersebut. Konsep TH yang terlibat dalam aktiviti ini ialah Sektor Pengangkutan dengan
melakukan penyenggaraan terhadap enjin kenderaan bermotor.

Bahan dan Peralatan

i. 5 ml Larutan eko-enzim
ii. 2 L Air
iii. Minyak enjin terpakai
iv. 10 g Serbuk pencuci / detergen
v. 6 unit Botol air mineral terpakai (500 ml)

Gambar 6
Contoh bahan pencuci atau pembersih enjin
kenderaan bermotor

84 SAINS
Kaedah

i. Permulaan
• Murid membincangkan soalan-soalan berikut:
o Apakah bahan yang anda gunakan untuk mencuci pakaian yang terkena minyak?
o Apakah kesan penggunaan bahan pencuci tersebut kepada alam sekitar?
o Bolehkah larutan eko-enzim mencuci enjin kenderaan bermotor?
o Adakah larutan eko-enzim bersifat mesra alam?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid perlu bekerja secara berkumpulan (5 murid / kumpulan) dan seorang ketua dilantik
bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Murid perlu membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh: melantik
ketua kumpulan, pencatat dan sebagainya.
• Murid perlu membuat pelan projek.
• Murid diberikan tugasan untuk mencari maklumat berkenaan keberkesanan tindakan
pencucian eko-enzim untuk mencuci minyak dan gris serta mencuci enjin kenderaan
bermotor daripada internet dan buku.
• Murid perlu berbincang dua kaedah untuk membanding tahap keberkesanan tindakan
pencucian eko-enzim dengan larutan pencuci yang lain.
• Murid perlu berkongsi idea serta melakarkan carta alir proses projek yang akan dijalankan
mengikut bahan dan peralatan yang disediakan.
• Murid perlu berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan
projek serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati Sektor
Pengangkutan yang merangkumi proses Penyenggaraan kenderaan bermotor.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan tugasan mengikut pelan projek yang telah dirancang dan dipersetujui
mengikut kertas projek yang dihasilkan.
• Murid perlu membuat pemerhatian dan merekodkan dapatan perbandingan tahap
pencucian eko-enzim mereka.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid secara berkumpulan membentangkan projek yang dihasilkan.

SAINS 85
Maklumat Untuk Guru

Berikut ialah panduan untuk guru membimbing murid melakukan penyiasatan bagi mengenal pasti
kesan penggunaan sabun pencuci dan larutan eko-enzim terhadap air dan enjin kenderaan yang
berminyak dan bergris.

a) Kaedah 1
i. Sediakan tiga botol air mineral terpakai berisipadu 500 ml.
ii. Isikan setiap botol dengan bahan berikut:
• Botol A: 300 ml air + 0.5 ml minyak enjin terpakai
• Botol B: 300 ml air + 0.5 ml minyak enjin terpakai + 5 g serbuk pencuci / detergen
• Botol C: 300 ml air + 0.5 ml minyak enjin terpakai + 5 g serbuk pencuci / detergen +
5 ml eko-enzim
iii. Goncangkan ketiga-tiga botol tersebut.
iv. Perhatikan dan kenal pasti botol yang paling bersih.

b) Kaedah 2
i. Sediakan tiga botol air mineral terpakai berisipadu 500 ml.
ii. Isikan setiap botol dengan bahan berikut:
• Botol X: 300 ml air
• Botol Y: 300 ml air + 5 g serbuk pencuci / detergen
• Botol Z: 300 ml air + 5 ml eko-enzim
iii. Goncangkan ketiga-tiga botol tersebut.
iv. Sediakan tiga bahagian enjin kenderaan bermotor yang kotor.
v. Cuci setiap satu bahagian enjin kenderaan bermotor yang kotor dengan bahan dari botol
X, Y dan Z.
vi. Perhatikan dan kenal pasti bahagian enjin kenderaan yang paling bersih.
• Murid mencatatkan pemerhatian berikut:
o Tindakan pencucian terhadap minyak dalam botol A, B dan C.
o Tindakan pencucian terhadap enjin kereta dalam botol X, Y dan Z.
• Pemerhatian boleh dicatatkan dalam bentuk jadual.

86 SAINS
Pemerhatian

a) Kaedah 1
• Botol manakah yang telah dicuci dengan lebih bersih?

Air + Minyak +
Air + Minyak +
Air + Minyak Serbuk Pencuci +
Serbuk Pencuci
Eko-enzim

Gambar 7
Botol air mineral yang telah diisi dengan 3 bahan
berbeza

b) Kaedah 2
• Bahan dari botol manakah dapat mencuci enjin kenderaan bermotor dengan lebih baik?
Jelaskan pemerhatian anda.

Selepas Pencucian Menggunakan


Sebelum Pencucian
Semburan Eko-enzim

Gambar 8
Gambar enjin sebelum dan selepas dicuci menggunakan
semburan eko-enzim

• Murid menggunakan dapatan pemerhatian untuk menjana idea bagi menjawab soalan
perbincangan.

SAINS 87
Soalan Perbincangan

i. Bahan apakah yang anda gunakan untuk mencuci pakaian yang terkena minyak?
ii. Bahan manakah yang lebih berkesan sebagai pencuci: serbuk pencuci atau larutan
eko-enzim?
iii. Antara serbuk pencuci dan larutan eko-enzim, bahan manakah yang akan anda pilih untuk
mencuci enjin kenderaan? Mengapa?
iv. Adakah larutan eko-enzim boleh mencemarkan air sungai?
v. Apakah kesan pencucian enjin yang bersih kepada prestasi kenderaan? Kaitkan jawapan
anda dengan kesan terhadap Sektor Pengangkutan.

Kesimpulan

Larutan eko-enzim dapat mencuci minyak, gris atau kotoran dengan tahap keberkesanan
yang hampir sama dengan bahan pencuci yang terdapat di pasaran. Larutan eko-enzim dapat
digunakan untuk melakukan penyenggaraan bahagian enjin kenderaan bermotor dengan baik
seterusnya meningkatkan prestasi enjin kenderaan. Justeru, Sektor Pengangkutan dalam TH
telah dipatuhi dengan melakukan pencucian enjin kenderaan bermotor. Penggunaan larutan
eko-enzim yang bersifat mesra alam dapat membantu mengatasi pencemaran alam sekitar.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Operator Pencucian Kenderaan


• Mekanik Kenderaan

88 SAINS
AKTIVITI 7

(Larutan eko-enzim yang dihasilkan daripada Aktiviti 5 digunakan untuk menjalankan Aktiviti 7
selepas 3 bulan)

Objektif

Menggunakan larutan eko-enzim sebagai baja untuk tanaman.

Latar Belakang

Senario 1:

“Pokok naga di sebuah ladang di Seremban yang disembur enzim sayur-sayuran dan buah-buahan
(larutan eko-enzim) dapat mengeluarkan sehingga 40 biji buah bagi sebatang pokok, sedangkan
pokok naga pekebun lain hanya dapat mengeluarkan maksimum 10 biji. Peningkatan pengeluarannya
sebanyak empat kali ganda.”

Senario 2:

“Seorang wanita yang mempunyai 60 pasu pokok bunga orkid pernah merungut pokok yang ditanam
sukar untuk berbunga, tetapi selepas menyembur enzim yang dihasilkan sendiri (larutan eko-enzim),
bunga orkidnya berkembang sehingga 60 peratus lebih banyak tanpa bantuan baja kimia.”

Kedua-dua senario di atas adalah curahan rasa pencinta pokok naga dan bunga orkid. Mereka
menggunakan semula sisa domestik dan menukarkannya menjadi larutan eko-enzim yang
mengandungi garam nitrat dan karbonat yang terbentuk bersama. Kedua-dua elemen ini dapat
membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan.
Sekiranya baki larutan eko-enzim ini dilepaskan ke sungai, ia tidak mencemarkan sungai kerana ia
adalah bahan organik yang mesra alam. Konsep TH yang digunakan dalam aktiviti ini ialah Sektor
Pertanian dan Perhutanan dalam kategori Pengurusan Tanah Pertanian menerusi Amalan Pertanian
yang Lebih Baik.

Bahan dan Peralatan

i. Air
ii. Larutan eko-enzim
iii. Baja tumbuhan (baja kimia)
iv. 3 unit Bawang
v. 3 unit Pasu – setiap satu dilabel A, B dan C

SAINS 89
Kaedah

i. Permulaan
• Murid menonton video bertajuk “What can we do with food waste”.
• Murid membincangkan soalan-soalan berikut:
o Apakah masalah utama yang ditunjukkan dalam video tersebut?
o Apakah yang berlaku apabila sisa domestik jika tidak diurus dengan sewajarnya?
o Apakah gas yang dihasilkan daripada sisa domestik contohnya kulit pisang atau baki
sayur-sayuran?
o Apakah kesan gas tersebut kepada alam sekitar?
o Bolehkah sisa makanan diolah menjadi bahan berguna contohnya menjadi eko-
enzim?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid perlu bekerja secara berkumpulan (5 murid / kumpulan) dan seorang ketua dilantik
bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Ketua kumpulan perlu mengagihkan tugasan kepada setiap ahli kumpulan untuk
menjalankan projek yang telah dirancang.
• Murid perlu membuat pelan projek.
• Murid diberikan tugasan untuk mencari maklumat berkenaan kaedah penyuburan
tanaman menggunakan larutan eko-enzim daripada internet dan buku.
• Murid perlu berkongsi idea dan melakarkan carta alir proses projek yang akan dijalankan
mengikut bahan dan peralatan yang disediakan.
• Murid perlu berbincang dan menyenaraikan kaedah bersesuaian bagi melaksanakan
projek serta tempoh masa pelaksanaan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati sektor TH
iaitu Sektor Pertanian dan Perhutanan dalam kategori Pengurusan Tanah Pertanian
menerusi Amalan Pertanian yang Lebih Baik.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan tugasan mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Hipotesis
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Setiap kumpulan membentangkan projek / produk yang dihasilkan.

90 SAINS
Maklumat Untuk Guru

Berikut ialah cara guru membimbing murid melakukan penyiasatan bagi mengenal pasti kesan
penggunaan baja kimia dan larutan eko-enzim terhadap tanaman bawang.
i. Sediakan tiga pasu tumbuhan dengan kandungan tanah seperti berikut :
• Pasu A : Tanah + bawang
• Pasu B : Tanah + bawang
• Pasu C : Tanah + bawang

ii. Sediakan bahan semburan eko-enzim dengan nisbah eko-enzim : air = 1 ml : 1000 ml.
iii. Setiap pasu disembur seperti berikut :
• Pasu A disembur dengan air sahaja
• Pasu B disembur dengan baja kimia sahaja
• Pasu C disembur dengan larutan eko-enzim sahaja

iv. Murid mengukur dan mencatat ketinggian pokok setiap dua hari untuk tempoh dua
minggu.
v. Pemerhatian dicatatkan dalam bentuk jadual (sila rujuk Jadual 3).

Pemerhatian

Tumbuhan dalam pasu manakah yang tumbuh dengan lebih tinggi?

Jadual 3: Ketinggian Tumbuhan

Ketinggian Tumbuhan
Pasu/Hari 2 4 6 8 10 12 14
A
B
C

SAINS 91
Pasu A Pasu B Pasu C

Hari Pertama Hari Pertama Hari Pertama

Hari ke-8 Hari ke-8 Hari ke-8

Gambar 9
Perbandingan pertumbuhan tanaman bawang dalam setiap pasu

• Tanaman bawang dalam Pasu B dan Pasu C tumbuh dengan subur.


• Murid menggunakan dapatan pemerhatian untuk menjana idea bagi menjawab soalan
perbincangan.

Soalan Perbincangan

i. Tanaman dalam pasu manakah yang lebih subur? Jelaskan.


ii. Bandingkan tumbuhan dalam setiap pasu. Bahan manakah yang anda akan pilih untuk
digunakan sebagai bahan penyubur tumbuhan? Berikan alasan anda.
iii. Bolehkah larutan eko-enzim digunakan untuk tanaman sayur-sayuran selain daripada
bawang? Beri alasan untuk jawapan anda.
iv. Apakah sektor TH yang terlibat dalam aktiviti ini? Huraikan.

92 SAINS
Kesimpulan

Penggunaan larutan eko-enzim boleh menyuburkan tanaman serta meningkatkan Amalan


Pertanian yang Lebih Baik dalam Sektor Pertanian dan Perhutanan. Justeru, Sektor Pertanian
dan Perhutanan dalam TH telah dipatuhi dengan memastikan tanaman dapat tumbuh subur
dengan menggunakan larutan eko-enzim. Larutan eko-enzim yang diolah dari sisa domestik
dan bersifat mesra alam mampu membantu mengatasi pencemaran alam sekitar.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Pegawai Pertanian / Pegawai MARDI


• Petani Moden

SAINS 93
2.9.1 SUMBER RUJUKAN

Aktiviti 5

i. Eco Enzyme
http://www.justlifeshop.com
ii. Recipe For Homemade Citrus Enzyme Cleaner (2009)
http://happyhomemaker88.com/2009/05/02/recipe-for-homemade-citrus-enzyme-a-
natural-cheap-effective-all-purpose-cleaner/
iii. What are enzymes?
http://www.novozymes.com/en/about-us/our-business/what-are-enzymes/pages/default.
aspx
iv. What can we do with food waste?
https://www.youtube.com/watch?v=ntxnb3HyHV8
v. What is enzyme?
https://www.amano-enzyme.co.jp/eng/enzyme/about.html

Aktiviti 6

i. Kegunaan Eko-Enzim
http://www.enzymesos.com/439-2/kegunaan-eco-enzim.

Aktiviti 7

i. Cara Buat Baja Organik Cecair


http://www.kebunbandar.com/cara-buat-baja-organik-cecair-baja-buah/
ii. Kad Keahlian Rakan Alam Sekitar
https://ras.doe.gov.my/v2/
iii. Kegunaan Eko-Enzim
http://www.enzymesos.com/439-2/kegunaan-eco-enzim
iv. What can we do with food waste?
https://www.youtube.com/watch?v=ntxnb3HyHV8

94 SAINS
2.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

AKTIVITI 5

i. Gas metana perlu dibebaskan untuk mengelakkan botol plastik pecah.


ii. Gas metana akan meningkatkan kesan rumah hijau. Oleh itu, suhu bumi akan meningkat.
iii. Sisa buangan domestik boleh ditukar menjadi larutan eko-enzim melalui proses fermentasi.
iv. Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa.

AKTIVITI 6

i. Serbuk pencuci atau detergen.


ii. Kedua-dua bahan berkesan sebagai bahan pencuci.
iii. Larutan eko-enzim akan dipilih kerana kesan pencuciannya adalah sama dan tidak
mencemarkan alam sekitar.
iv. Larutan eko-enzim tidak mencemarkan air sungai.
v. Apabila bahagian enjin kenderaan dicuci dengan bersih, suhu enjin akan dapat
dikurangkan. Ini dapat meningkatkan kecekapan enjin serta hayat enjin tersebut. Enjin yang
beroperasi dengan cekap tidak membebaskan gas berbahaya melebihi tahap yang
dibenarkan.

AKTIVITI 7

i. Pasu C kerana larutan eko-enzim membekalkan sebatian organik daripada rantaian protein
dan mineral.
ii. Larutan eko-enzim akan dipilih sebagai penyubur tumbuhan kerana larutan eko-enzim
adalah bahan organik yang mesra alam. Larutan eko-enzim tidak mencemarkan alam
sekitar serta tidak memberi kesan negatif kepada tumbuhan, tanah dan persekitaran.
iii. Larutan eko-enzim boleh digunakan untuk tanaman sayur-sayuran kerana ia boleh
membekalkan mineral dan nutrien yang diperlukan untuk proses pertumbuhan.
iv. Sektor TH yang terlibat dalam aktiviti ini ialah Sektor Pertanian dan Perhutanan
dengan menggunakan Amalan Pertanian yang Lebih Baik. Larutan eko-enzim telah
digunakan sebagai alternatif kepada baja kimia. Penghasilan larutan eko-enzim daripada
sisa domestik ini dapat mengurangkan masalah pengurusan sisa domestik dan membantu
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

SAINS 95
TENAGA SOLAR PILIHAN
HATIKU

96 SAINS
TENAGA SOLAR PILIHAN HATIKU

3.0 TAJUK

Tenaga Solar Pilihan Hatiku

3.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti jadual di bawah :

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau


8 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu
(Energy Supply) (Renewables)
• Pemanasan Solar
(Solar Heating)
ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengurangan, Guna Semula dan
(Waste and Wastewater Kitar Semula Sisa
Management) (Waste Reduction, Reuse and
Recycling)
• Pengurangan Sisa
(Waste Minimization)
9 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu
(Energy Supply) (Renewables)
• Solar Fotovolta
(Solar Photovoltaic)
ii. Pengangkutan • Pengangkutan Jalan
(Transport) (Road Transport)
• Bahan Api Alternatif
(Alternative Fuels)
iii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Pengurangan, Guna Semula dan
(Waste and Wastewater Kitar Semula Sisa
Management (Waste Reduction, Reuse and
Recycling)
• Pengurangan Sisa
(Waste Minimization)

SAINS 97
3.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM SAINS

Sektor Bekalan Tenaga dalam tajuk ini menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga untuk
memasak dan menggerakkan kenderaan. Kategori Tenaga Boleh Baharu yang diaplikasikan dapat
mengelakkan berlakunya pencemaran udara kerana tiada gas tercemar dihasilkan apabila tenaga
solar digunakan sebagai sumber tenaga. Dalam Aktiviti 8 melalui proses Pemanasan Haba, tenaga
solar dapat ditukarkan kepada tenaga haba manakala dalam Aktiviti 9, Solar Fotovolta digunakan
untuk menukar tenaga solar kepada tenaga elektrik yang akan digunakan untuk menggerakkan
kenderaan.

Sektor Pengangkutan melalui kategori Pengangkutan Jalan dalam Aktiviti 9 menggunakan Bahan
Api Alternatif yang dapat mengelakkan pencemaran udara. Bahan Api Alternatif yang digunakan
untuk menggerakkan kenderaan ialah tenaga elektrik. Penggunaan tenaga elektrik menggantikan
minyak petrol atau diesel dapat mengelakkan pembebasan gas tercemar melalui pembakaran bahan
api fosil.

Aktiviti 8 : Ketuhar Solar

• Sektor Bekalan Tenaga adalah tenaga yang boleh dijana dalam tempoh kewujudan hayat
manusia.
• Tenaga solar merupakan sumber sedia ada yang digunakan dalam aktiviti ini. Kategori yang
digunakan ialah Tenaga Boleh Baharu melalui proses Pemanasan Solar.
• Teknologi Pemanasan Solar digunakan untuk mengumpul tenaga haba daripada cahaya
matahari dan menggunakan haba ini untuk menghasilkan ruang pemanasan (space
heating).
• Dalam membina ketuhar solar, konsep sains yang digunakan ialah tenaga boleh berubah
bentuk iaitu daripada tenaga solar kepada tenaga haba. Tenaga haba yang terhasil akan
digunakan untuk memanaskan makanan tanpa membebaskan gas yang akan
mencemarkan udara dan secara tidak langsung dapat memulihara alam sekitar.
• Cahaya dapat dipantulkan dan penggunaan bahan-bahan yang sesuai seperti kerajang
aluminium dan kertas warna hitam yang berfungsi sebagai penyerap haba yang baik
digunakan untuk mereka cipta ketuhar solar yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan
tenaga supaya sumber tenaga solar dapat digunakan secara optimum.
• Penggunaan kotak piza sebagai ketuhar membolehkan bahan terpakai digunakan semula.
Kategori Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula dapat diaplikasikan dalam aktiviti
ini dan menggalakkan murid mengintegrasikan konsep TH dalam Sektor Pengurusan Air
dan Air Sisa.

Aktiviti 9 : Kereta Solar

• Kereta solar merupakan sistem Pengangkutan yang efisien kerana sistem ini menggunakan
tenaga solar untuk menggerakkan kenderaan. Sel fotovolta dan bahan-bahan terpakai
digunakan untuk membina kereta solar dalam aktiviti ini.
• Tenaga solar ditukarkan kepada tenaga elektrik oleh sel fotovolta (photovoltaic cell) untuk
mengerakkan kenderaan.
• Dengan cara ini, pencemaran alam sekitar oleh gas-gas yang dihasilkan oleh enjin kereta
yang menggunakan minyak petrol dapat diatasi. Penggunaan solar tidak membebaskan gas
karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan bumi.
• Penggunaan bahan-bahan terbuang seperti botol mineral, kotak dan CD dalam membina
kereta solar menggalakkan kitar semula bahan buangan.
• Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dengan mengaplikasikan kategori Pengurangan,
Guna Semula dan Kitar Semula Sisa dapat meminimumkan penghasilan sisa bahan
terpakai.

98 SAINS
3.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Juruteknik Sistem Tenaga Solar


• Jurutera Elektrik (Tenaga Boleh Baharu)
• Ketua Operasi untuk Solar Fotovolta
• Pemasang Solar Fotovolta
• Guru Pendidikan Vokasional
• Juruteknik Automotif
• Pengendali Alat Mesin Kawalan Komputer

3.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 8

i. Apakah peranan tenaga solar dalam kehidupan manusia selain daripada membekalkan
sumber cahaya?
ii. Bagaimanakah kita dapat melakukan aktiviti memasak tanpa melibatkan pembebasan gas
karbon dioksida yang akan mencemarkan alam sekitar?
iii. Apakah kesan yang timbul sekiranya gas karbon dioksida dibebaskan ke persekitaran?
iv. Bagaimanakah konsep sains yang telah dipelajari dapat diaplikasikan dalam menghasilkan
ketuhar solar?
v. Berapakah masa yang diambil untuk sosej itu masak di dalam ketuhar solar yang dibina?
vi. Apakah cara untuk menjadikan ketuhar solar ini lebih efisien?
vii. Apakah kelebihan ketuhar solar jika dibandingkan dengan ketuhar elektrik?

Aktiviti 9

i. Bagaimanakah tenaga solar boleh digunakan untuk menggerakkan kenderaan?


ii. Apakah kelebihan menggunakan kenderaan solar jika dibandingkan dengan kenderaan
yang menggunakan minyak petrol?
iii. Apakah yang perlu anda lakukan supaya kereta solar anda bergerak lebih laju? Berikan
alasan anda.
iv. Apakah kelebihan kereta solar jika dibandingkan dengan kereta biasa yang menggunakan
petrol atau diesel?
v. Bagaimanakah kereta solar dapat mewujudkan kelestarian alam sekitar dalam TH?

SAINS 99
3.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Menggunakan tenaga solar untuk melaksanakan aktiviti harian. Penggunaan tenaga solar
menggantikan penggunaan bahan api fosil dapat mengelakkan pembebasan gas tercemar yang
menyebabkan pencemaran udara.

3.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan


8 i. Bekalan Tenaga • Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah
• Tenaga Boleh Baharu memberi pendedahan dan kesedaran
• Pemanasan Solar kepada murid berkenaan sumber tenaga
alternatif (solar, angin dan air) yang boleh
ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa digunakan dan mengelakkan pencemaran
• Pengurangan, Guna Semula alam sekitar. Sumber tenaga alternatif atau
dan Kitar Semula Sisa dikenali sebagai Tenaga Boleh Baharu
• Pengurangan Sisa dalam aktiviti ini ialah tenaga solar (suria).
Tenaga solar daripada sumber cahaya
matahari boleh digunakan untuk
menghasilkan haba dalam Aktiviti 8 dan
arus elektrik dalam Aktiviti 9. Tidak seperti
bahan bakar fosil, sumber Tenaga Boleh
Baharu tidak menghasilkan gas-gas
rumah hijau dan secara tidak langsung
dapat mengelakkan fenomena pemanasan
global.
9 i. Bekalan Tenaga
• Tenaga Boleh Baharu • Pemanasan global yang semakin hangat
• Solar Fotovolta diperkatakan di seluruh dunia dilihat
mempunyai hubungan langsung dengan
ii. Pengangkutan peningkatan gas rumah hijau terutamanya
• Pengangkutan Jalan karbon dioksida dan metana. Kajian yang
• Bahan Api Alternatif dijalankan oleh Scripps Institution of
Oceanography, Amerika Syarikat yang
bermula pada 1958 sehingga kini
menunjukkan pola peningkatan karbon
dioksida yang begitu ketara dan keadaan ini
menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
pakar kaji cuaca.

100 SAINS
Aktiviti Sektor Penerangan
9 iii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa • Situasi ini membuatkan kita sedar bahawa
(Sambungan) • Pengurangan, Guna Semula pemanasan iklim global yang berlaku hari
dan Kitar Semula Sisa ini bukan lagi sekadar proses semula jadi
• Pengurangan Sisa malahan turut didorong dan dipengaruhi
oleh aktiviti manusia. Sebagai warga dunia
yang prihatin, kita harus bimbang dengan
fenomena pemanasan global yang
semakin kritikal dan sewajarnya satu
tindakan secara bersama dan drastik
dilakukan untuk mengurangkan pelepasan
gas rumah hijau. Pengurusan sisa yang
terancang dapat menghasilkan bahan yang
berfaedah dan menguntungkan. Sisa dan
bahan buangan boleh diolah semula untuk
memberi manfaat dalam kehidupan
seharian. Sektor Pengurusan Sisa dan Air
Sisa dengan kategori Pengurangan, Guna
Semula dan Kitar Semula Sisa boleh
digunakan untuk meminimumkan sisa.

3.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang digunakan bagi semua aktiviti ini ialah Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBP).

Pembelajaran Berasaskan Produk/Projek (PBP)

PBP merupakan satu strategi yang berpusatkan murid iaitu murid akan bekerjasama dalam
kumpulan untuk menghasilkan produk. Bagi memulakan strategi ini, guru perlu memulakan
pengajaran dengan langkah berikut:

i. Permulaan
• Guru menunjukkan klip video yang berkaitan.
• Guru mengemukakan soalan kepada murid seperti berikut:
o Bagaimanakah masalah ini boleh diatasi?
o Berikan justifikasi.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid bekerja secara berkumpulan (3-5 murid / kumpulan).

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan membentangkan produk yang dihasilkan.

SAINS 101
3.8 GLOSARI

Bahan Api Alternatif – Merujuk kepada mana-mana teknologi menjanakan enjin yang tidak
melibatkan petroleum (contoh: kereta elektrik, kenderaan elektrik hibrid, kuasa solar).

Solar Fotovolta – Berfungsi sebagai pengumpul tenaga cahaya daripada matahari yang akan
ditukarkan kepada tenaga elektrik.

Kereta solar – Kenderaan darat yang menggunakan tenaga solar untuk bergerak.

Ketuhar solar – Tenaga haba yang digunakan untuk memasak dihasilkan daripada tenaga solar
(suria).

Pemanasan dan Penyejukan Solar – Sistem Tenaga Boleh Baharu yang mengumpul tenaga
daripada matahari dalam bentuk haba.

Pemindahan haba – Aliran haba dari satu jasad ke satu jasad lain menerusi kaedah pancaran,
olakan, atau konduksi.

Pengangkutan Jalan – Sistem pengangkutan di darat seperti kereta, bas, lori dan lain-lain.

Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula Sisa – Mengitar semula bahan terpakai bagi tujuan
meminimumkan pengurusan sisa pepejal dengan menggunakan semula untuk tujuan yang berbeza.

Pengurangan Sisa – Mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dalam masyarakat dan membantu
untuk menghapuskan penjanaan sisa berbahaya dan berterusan.

Sektor Bekalan Tenaga – Aplikasi TH dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga
dalam industri dan komersial.

Sektor Pengangkutan – Memasukkan elemen TH dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan,


khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam tanpa membebaskan gas-gas tercemar.

Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa – Menerima pakai TH dalam pengurusan dan penggunaan
sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Tenaga Boleh Baharu – Menggunakan sumber-sumber tenaga alternatif seperti tenaga cahaya
(suria), tenaga angin dan tenaga air (kuasa hidro) untuk menghasilkan bekalan tenaga bukan
berasaskan bahan bakar fosil.

102 SAINS
3.9 AKTIVITI

Terdapat dua aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan tempoh
waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh

8 Pembelajaran Berasaskan Produk/Projek 1 minggu

9 Pembelajaran Berasaskan Produk/Projek 1 minggu

SAINS 103
AKTIVITI 8

Objektif

Menggunakan bahan terpakai kotak piza untuk membina ketuhar solar.

Latar Belakang

Ketuhar solar merupakan sebuah ketuhar yang direka dengan menggunakan Sektor Bekalan
Tenaga yang menggunakan kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu tenaga solar (suria) sebagai
sumber tenaga haba untuk memasak makanan. Dalam mereka bentuk ketuhar solar,
konsep sains seperti penyerapan haba, pantulan cahaya dan tenaga boleh berubah bentuk
diaplikasikan untuk membolehkan penyerapan haba yang maksimum. Reka bentuk ketuhar yang
bersesuaian membolehkan makanan dipanaskan sehingga masak. Penggunaan bahan terpakai
dalam mereka bentuk ketuhar solar menggunakan Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui
kategori Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula Sisa dapat meminimumkan pembuangan
bahan terpakai. Aktiviti ini boleh memulihara dan meminimumkan kesan pencemaran kepada
alam sekitar.

Bahan dan Peralatan

i. 1 unit Kotak piza (kotak yang besar adalah lebih baik untuk digunakan sebagai ketuhar)
ii. 1 unit Pensel atau pen
iii. 1 unit Pembaris
iv. 1 unit Pisau (pastikan pelajar berada dalam kawalan guru semasa menggunakan pisau)
v. 1 unit Kerajang aluminium
vi. 1 unit Pita selofan
vii. 1 unit Pembalut plastik
viii. 1 unit Kertas hitam
ix. 1 unit Piring kecil
x. Makanan (sosej, elakkan bahan yang mentah seperti daging) – 1 batang sosej
xi. 1 unit Termometer
xii. 1 unit Gunting

104 SAINS
Kaedah

i. Permulaan
• Murid menonton klip video berkenaan pencemaran udara yang dihasilkan daripada aktiviti
harian.
o https://www.youtube.com/watch?v=aELeIVRqdDM
o https://www.youtube.com/watch?v=JjkIg5XTb7c
• Murid perlu memikirkan dan membincangkan soalan berikut:
o Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada video yang ditunjukkan?
o Apakah kesannya terhadap manusia dan alam sekitar?
o Bagaimanakah aktiviti harian seperti memasak dapat dilaksanakan tanpa
membebaskan gas tercemar (asap)?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid bekerja secara berkumpulan (3-5 murid / kumpulan) dan seorang ketua perlu
dilantik bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Murid membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh: melantik ketua
kumpulan, pencatat dan sebagainya.
• Murid membuat pelan projek untuk menghasilkan ketuhar solar daripada bahan-bahan
terpakai.
• Murid ditugaskan mencari maklumat berkenaan penghasilan ketuhar solar daripada
pelbagai sumber.
• Murid berkongsi idea dan merancang projek yang akan dilaksanakan mengikut bahan dan
peralatan yang disediakan.
• Murid berbincang untuk menentukan kaedah yang sesuai bagi melaksanakan projek serta
tempoh yang diperlukan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati Sektor Bekalan Tenaga
yang menggunakan kategori Tenaga Boleh Baharu melalui proses Pemanasan Solar,
serta Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa yang menggunakan kategori Pengurangan,
Guna Semula dan Kitar Semula Sisa melalui kaedah Pengurangan Sisa.
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid menjalankan aktiviti mengikut pelan projek yang telah dirancang.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Murid perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid secara berkumpulan membentangkan ketuhar solar yang dihasilkan dengan
memfokuskan kepada:
o Reka bentuk ketuhar solar (konsep sains yang diaplikasikan).
o Suhu yang diperoleh dan keadaan makanan.

SAINS 105
Maklumat Untuk Guru

Cara membina ketuhar solar ialah :

i. Balut permukaan dalam kotak piza pada bahagian atas (penutup) dengan kerajang
aluminium.
ii. Kemudian, balut bahagian dalam kotak piza pada permukaan bawah dengan kertas hitam
yang bertujuan untuk menyerap haba. Rujuk Gambar 10.

Gambar 10
Cara menggunakan kerajang aluminium dan kertas hitam

iii. Letakkan makanan anda di atas pinggan di dalam kotak. Jangan gunakan bahan yang
mentah seperti daging kerana berkemungkinan tidak dapat masak sepenuhnya. Pembalut
plastik digunakan untuk menutup makanan pada bahagian kotak di bawah.

Gambar 11
Ketuhar solar diletak menghadap cahaya matahari

iv. Letakkan kedudukan kotak menghadap matahari. Laraskan penutup kotak supaya semua
cahaya dapat dipantulkan ke arah makanan (Rujuk Gambar 11).
v. Letakkan termometer di dalam ketuhar solar yang dibina.
vi. Biarkan sekurang-kurangnya selama 60 minit di bawah pantulan cahaya matahari terik
(pada waktu tengah hari).
vii. Ambil bacaan suhu setiap 15 minit dan perhatikan perubahan keadaan sosej.
viii. Murid mencatatkan pemerhatian dari segi suhu dan keadaan makanan dalam tempoh masa
selang 15 minit selama 60 minit.

106 SAINS
Pemerhatian

Jadual 4 : Contoh Jadual Pemerhatian

Masa Suhu/°C Keadaan Makanan


15 minit
30 minit
45 minit
60 minit

• Murid menggunakan dapatan pemerhatian untuk menjana idea bagi menjawab soalan
perbincangan.

Soalan Perbincangan

i. Apakah tujuan anda menggunakan kerajang aluminium?


ii. Mengapakah bahagian dalam penutup kotak perlu dibalut dengan kerajang aluminium?
iii. Mengapakah bahagian bawah di dalam kotak perlu dibalut dengan kertas hitam?
iv. Mengapakah pembalut plastik perlu menutup permukaan atas kotak dengan sepenuhnya
dan tidak bocor?
v. Adakah ketuhar solar anda panas? Jika tidak, mengapa?
vi. Berapa lamakah masa yang diambil untuk sosej itu masak di dalam ketuhar solar yang
dibina?
vii. Berapakah suhu yang sepatutnya untuk sosej itu masak?
viii. Bagaimanakah untuk menjadikan ketuhar solar ini lebih efisien?
ix. Bagaimanakah kepanasan ketuhar solar jika dibandingkan dengan ketuhar sebenar?
x. Adakah anda berpuas hati dengan hasil masakan anda?
xi. Apakah kelebihan ketuhar solar anda jika dibandingkan dengan ketuhar elektrik?
xii. Apakah sektor TH yang terlibat dalam aktiviti ini? Huraikan.

SAINS 107
Kesimpulan

Hasil daripada pemerhatian menunjukkan penggunaan tenaga solar dapat menghasilkan


haba yang diperlukan untuk memanaskan makanan tanpa membebaskan gas yang akan
mencemarkan udara. Penggunaan ketuhar solar dapat mengurangkan pengeluaran gas
karbon dioksida terhadap alam sekitar. Di Malaysia kita menerima pancaran cahaya matahari
melebihi 6 jam sehari sepanjang tahun. Oleh itu, tenaga solar (suria) amat berpotensi
digunakan di Malaysia sebagai Tenaga Boleh Baharu, iaitu salah satu kaedah yang dapat
digunakan dalam Sektor Bekalan Tenaga untuk menggelakkan pencemaran udara. Aktiviti
ini juga menunjukkan bahawa Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dalam TH telah dipatuhi
dengan melakukan kaedah kitar semula barangan terpakai.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Juruteknik Bahan
• Juruteknik Sistem Tenaga Solar
• Guru Pendidikan Vokasional
• Pengendali Alat Mesin Kawalan Komputer

108 SAINS
AKTIVITI 9

Objektif

Menggunakan bahan terpakai botol minuman untuk membina kereta solar.

Latar Belakang

Pencemaran udara disebabkan oleh pembebasan gas tercemar daripada kenderaan semakin
meningkat memandangkan bilangan kenderaan semakin bertambah setiap tahun. Oleh itu,
penggunaan kereta solar melalui Bahan Api Alternatif (Sektor Pengangkutan) iaitu tenaga
elektrik untuk menggerakkan kenderaan dapat mengatasi masalah pencemaran udara ini.
Di samping itu, penggunaan kereta solar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap
tenaga tidak boleh baharu yang bakal kehabisan. Sel Fotovolta berfungsi sebagai pengumpul
tenaga cahaya yang akan ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan kenderaan.
Sumber cahaya semula jadi daripada matahari boleh didapati secara langsung dan percuma
dan digunakan untuk menjana elektrik. Dalam aktiviti ini, bahan terpakai yang digunakan untuk
membina kereta solar menggunakan kategori Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula Sisa
dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa dapat meminimum pembuangan bahan terpakai.

Bahan dan Peralatan

i. Sel fotovolta (Photovoltaic cell) - 5V dan 50mA


ii. Motor kereta mainan terpakai - 3V dan 10mA
iii. Bahan-bahan terbuang seperti:
• Botol air
• Penutup botol
• CD
• Getah
• Lidi sate
• dan bahan-bahan lain yang bersesuaian.
iv. 1 unit Gunting
v. 1 unit Pita Selofan
vi. 1 unit Gam UHU
vii. 1 unit Pisau pemotong
viii. 1 unit Alat pemateri & timah

*Nota: Nilai voltan dan arus sel fotovolta perlu lebih tinggi daripada nilai voltan dan arus kereta
mainan.

SAINS 109
Kaedah

i. Permulaan
• Murid menonton klip video berkenaan masalah pencemaran udara yang dihasilkan
daripada kenderaan.
o https://www.youtube.com/watch?v=kVrDR3bFPyo-
o https://www.youtube.com/watch?v=e5vmJAD5WNw
• Murid perlu membincangkan soalan berikut:
o Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada video yang ditunjukkan?
o Apakah kesannya terhadap manusia dan alam sekitar?
o Bagaimanakah masalah ini boleh diatasi?

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid perlu bekerja secara berkumpulan (3-5 murid / kumpulan) dan seorang ketua perlu
dilantik bagi setiap kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Murid membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh: melantik ketua
kumpulan, pencatat dan sebagainya.
• Murid membuat pelan projek untuk menghasilkan kereta solar daripada bahan-bahan
terpakai.
• Murid ditugaskan mencari maklumat berkenaan penghasilan kereta solar daripada
pelbagai sumber.
• Murid berkongsi idea dan merancang projek yang akan dilaksanakan mengikut bahan dan
peralatan yang disediakan.
• Murid berbincang untuk menentukan kaedah yang sesuai bagi melaksanakan projek serta
tempoh yang diperlukan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati Sektor Bekalan Tenaga
yang menggunakan kategori Tenaga Boleh Baharu (Solar Fotovolta), Sektor
Pengangkutan melibatkan kategori Pengangkutan Jalan (Bahan Api Alternatif) serta Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa menggunakan kategori Pengurangan, Guna Semula dan
Kitar Semula Sisa (Pengurangan Sisa).
• Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid menjalankan aktiviti mengikut pelan projek yang telah dirancang.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Murid secara berkumpulan membentangkan projek yang dihasilkan dengan memfokuskan
kepada:
o Reka bentuk kereta (konsep sains yang diaplikasikan).
o Kelajuan kereta (tetapkan jarak dan masa yang diambil untuk menentukan kelajuan).
• Murid secara berkumpulan mengadakan pertandingan untuk menentukan kereta yang
paling laju.

110 SAINS
Maklumat Untuk Guru

i. Berdasarkan kreativiti, murid boleh membina sebuah kereta solar dengan menggunakan
bahan-bahan terbuang.
ii. Keluarkan motor kereta daripada kereta mainan terpakai dan sambungkan kepada sel
fotovolta (rujuk Gambar 12).
iii. Pastikan motor kereta masih boleh digunakan apabila disambung kepada sel fotovolta
(Gambar 13). Cara mudah untuk membuat penyambungan wayar kepada sel fotovolta
adalah dengan memateri (welding) secara terus. Sel fotovolta di atas adalah 5V dan 50mA,
namun secara realitinya nilai paling tinggi yang boleh dijana oleh sel fotovolta tersebut di
bawah matahari terik hanyalah sekitar 4.2V dan 20mA.
iv. Dengan menggunakan bahan-bahan terpakai, bina satu model kereta solar. Guru boleh
menggunakan penutup minuman sebagai tayar kereta dan balutkan penutup minuman
dengan getah bagi mengurangkan geseran. Lidi sate digunakan sebagai pemegang roda
kereta. Kemaskan kedudukan roda dengan menggunakan getah (sila rujuk Gambar 14).
Bahan lain juga boleh digunakan mengikut kreativiti pelajar.
v. Sel fotovolta disambungkan kepada motor yang akan menerima tenaga elektrik untuk
menggerakkan roda kereta.
vi. Contoh kereta solar yang telah dihasilkan seperti Gambar 15 (guru boleh membina kereta
solar mengikut idea guru sendiri). Bahan terpakai yang digunakan mestilah terdiri daripada
bahan yang ringan supaya kenderaan mudah untuk bergerak. Bentuk aerodinamik
membolehkan kereta meluncur laju. Kereta yang mempunyai pusat graviti yang rendah
akan bergerak lebih laju daripada kereta yang mempunyai pusat graviti yang tinggi.

SAINS 111
Gambar 12
Sel fotovolta dan motor daripada kereta mainan terpakai

Gambar 13
Penyambungan wayar motor kereta kepada sel fotovolta

Gambar 14
Badan kereta dihasilkan daripada botol air mineral

Gambar 15
Contoh kereta solar yang telah dihasilkan

112 SAINS
Pemerhatian

• Pemerhatian dicatatkan dalam bentuk jadual. Murid mencatatkan pemerhatian dalam


Jadual 5 yang mengandungi maklumat nama kereta, reka bentuk kereta, dan kelajuan
pergerakan kereta yang mereka cipta.

Jadual 5 : Contoh Jadual Pemerhatian

Kelajuan
Nama Kereta Reka bentuk kereta
pergerakan kereta

• Murid menggunakan dapatan pemerhatian untuk menjawab soalan perbincangan.

Soalan Perbincangan

i. Bagaimanakah Sektor Bekalan Tenaga mengaplikasi kategori Tenaga Boleh Baharu boleh
digunakan untuk menggerakkan kenderaan?
ii. Bagaimana geseran pada roda kereta yang menggunakan penutup minuman boleh
dikurangkan?
iii. Adakah kereta solar yang dibina bergerak? Berikan justifikasi anda.
iv. Jika kereta solar anda bergerak, bagaimanakah cara untuk anda menentukan kelajuan
kereta solar anda?
v. Apakah yang perlu anda lakukan supaya kereta solar anda bergerak lebih laju? Berikan
justifikasi anda.
vi. Apakah kelebihan kereta solar jika dibandingkan dengan kereta biasa yang menggunakan
petrol atau diesel?
vii. Bagaimanakah kereta solar dapat mewujudkan kelestarian alam sekitar dalam TH?

SAINS 113
Kesimpulan

Hasil daripada pemerhatian menunjukkan penggunaan tenaga solar dapat menghasilkan


tenaga elektrik yang diperlukan untuk menggerakkan kereta solar tanpa membebaskan gas
yang akan mencemarkan udara. Kereta solar dihasilkan berdasarkan kreativiti murid dengan
menggunakan bahan-bahan yang terpakai. Keadaan ini dapat meminimumkan degradasi
kualiti alam persekitaran hasil daripada aktiviti manusia. Sektor Bekalan Tenaga melalui
kategori Tenaga Boleh Baharu menggunakan tenaga solar untuk menghasilkan tenaga
elektrik dalam aktiviti ini dapat menggantikan penggunaan bahan api fosil. Penggunaan
bahan terpakai untuk membina kereta solar melibatkan Sektor Pengurusan Sisa dan Air
Sisa melalui kategori Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula Sisa dapat meminimum
pembuangan bahan terpakai.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Juruteknik Sistem Tenaga Solar


• Ketua Operasi untuk Solar Fotovolta
• Pemasang Solar Fotovolta
• Guru Pendidikan Vokasional
• Juruteknik Automotif
• Pengendali Alat Mesin Kawalan Komputer

114 SAINS
3.9.1 SUMBER RUJUKAN

Aktiviti 8

i. Build a Solar Oven.


http://www.hometrainingtools.com/a/build-a-solar-oven-project
ii. Impact of Smoke from Traditional Cooking Method by the Nigerian Alliance for Clean
Cook Stove.
https://www.youtube.com/watch?v=aELeIVRqdDM
iii. Indoor Air Pollution.
https://www.youtube.com/watch?v=JjkIg5XTb7c
iv. Projek Solar Cooker: SMK Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan, Pahang.
http://www.smart.edu.my/sekolahlestari/index.php?option=com_content&view=
article&id=81&Itemid=49
v. Robert Winston (2014). How it works Book of Science Experiments. UK: Imagine
Publishing Ltd.
vi. SCInet Wiki. (2014, April 22). “Minimum” Solar Box Cooker.
http://solarcooking.wikia.com/wiki/Minimum_Solar_Box_Cooker

Aktiviti 9

i. How Does a Solar Car Electric Work


http://www.carsdirect.com/green-cars/how-does-a-solar-electric-car-work
ii. John Connors (2007), “Solar Vehicles and Benefits of the Technology”, ICCEP Paper.
iii. Particulate Matter dan VOC akibat Polusi Asap Kenderaan (Jumbo Project – 2009)
https://www.youtube.com/watch?v=kVrDR3bFPyo-
iv. Pencemaran Udara.
https://www.youtube.com/watch?v=e5vmJAD5WNw
v. Prathiba Bharathi et al., (2015). Car Run by Solar Energy. International Journal of
Mechanical Engineering and Robotic Research.Vol 4, 572-579.

Nota
Untuk mendapatkan maklumat tentang sel fotovolta, guru boleh melayari laman web berikut:
• www.pekat.com.my/SolarPV/Photovoltaic
• http://www.ditrolic-solar.com/residential/solar-facts/benefits-solar

SAINS 115
3.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

AKTIVITI 8

i. Kerajang aluminium digunakan untuk membantu dalam proses penyerapan cahaya


matahari dan ditukarkan kepada tenaga haba.
ii. Permukaan kerajang aluminium yang berkilat membolehkan cahaya matahari dipantulkan
ke arah makanan.
iii. Penggunaan kertas hitam bertujuan untuk menghasilkan permukaan yang gelap untuk
membantu dalam proses penyerapan cahaya dan ditukarkan kepada tenaga haba yang
digunakan untuk memanaskan makanan.
iv. Pembalut plastik digunakan untuk memerangkap haba. Tenaga haba yang terperangkap
dalam kotak tidak dapat melepasi penutup plastik yang digunakan.
v. Jawapan bergantung kepada pemerhatian pelajar.
vi. Jawapan bergantung kepada cuaca ketika aktiviti dilaksanakan.
vii. Suhu tertinggi yang boleh dicapai oleh ketuhar solar ini ialah 75°C bergantung kepada
cuaca (keadaan) ketika aktiviti dilaksanakan.
viii. Boleh gunakan kotak yang lebih dalam dan pelbagaikan sudut pantulan cahaya.
ix. Berdasarkan pemerhatian pelajar.
x. Berdasarkan pemerhatian pelajar.
xi. Ketuhar solar menggunakan tenaga cahaya (suria) iaitu tenaga yang percuma dan tidak
terbatas, tidak memerlukan modal yang tinggi serta menggunakan bahan kitar semula
sedangkan penggunaan ketuhar elektrik memerlukan tenaga elektrik untuk memanaskan
ketuhar dan penggunaannya akan terbatas dan memerlukan kos yang tinggi untuk
menghasilkan ketuhar elektrik.
xii. Sektor TH yang terlibat dalam aktiviti ini ialah Sektor Bekalan Tenaga merangkumi Tenaga
Boleh Baharu iaitu tenaga solar sebagai sumber tenaga haba untuk memanaskan makanan.
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa melalui kategori Pengurangan, Guna Semula dan
Kitar Semula Sisa terlibat dalam mereka bentuk ketuhar solar. Penggunaan bahan terpakai
dalam aktiviti ini boleh memulihara dan meminimumkan kesan pencemaran kepada alam
sekitar.

AKTIVITI 9

i. Sektor Bekalan Tenaga melalui kategori Tenaga Boleh Baharu yang digunakan dalam
aktiviti ini adalah Tenaga Solar. Tenaga Solar diperoleh daripada sumber cahaya semula
jadi iaitu daripada matahari yang boleh didapati secara langsung dan percuma untuk
menjana elektrik bagi menggerakkan kenderaan. Sel solar fotovolta berfungsi sebagai
pengumpul tenaga cahaya dan ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan
kenderaan.
ii. Mengurangkan beban pada kereta dan menggunakan permukaan yang licin pada roda
kereta.
iii. Jawapan berdasarkan pemerhatian pelajar.
iv. Kelajuan dapat ditentukan melalui kiraan menggunakan formula jarak yang dilalui oleh
kereta/masa yang diambil.
v. Kurangkan geseran dan tambahkan nilai arus.
vi. Dapat mengurangkan pencemaran udara kerana penggunaan kereta solar tidak melibatkan
proses pembakaran bahan api yang akan membebaskan gas-gas tercemar seperti karbon
monoksida, sulfur dioksida dan lain-lain lagi.
vii. Kereta solar merupakan kenderaan mesra alam kerana kenderaan ini dapat mengurangkan
pembebasan asap pencemaran (beroperasi tanpa mengeluarkan asap tercemar atau zero
emission).

116 SAINS
TULENKAN AKU

SAINS 117
TULENKAN AKU

4.0 TAJUK

Tulenkan Aku

4.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Konsep TH yang diaplikasikan dalam aktiviti ini adalah seperti jadual di bawah :

Aktiviti Sektor Aplikasi Teknologi Hijau


10 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu
(Energy Supply) (Renewables)
• Pemanasan Solar
(Solar Heating)

ii. Industri • Tenaga Boleh Baharu


(Industry) (Renewables)
• Solar Menghasilkan Haba
(Solar Process Heat)

11 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu


(Energy Supply) (Renewables)
• Pemanasan Solar
(Solar Heating)

12 i. Bekalan Tenaga • Tenaga Boleh Baharu


(Energy Supply) (Renewables)
• Pemanasan Solar
(Solar Heating)

ii. Industri • Tenaga Boleh Baharu


(Industry) (Renewables)
• Solar Menghasilkan Haba
(Solar Process Heat)

118 SAINS
4.2 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU DALAM SAINS

Konsep TH yang ingin difokuskan dalam tajuk ini berkenaan dengan penggunaan tenaga solar
sebagai sumber alternatif bahan api fosil dengan mengaitkannya dengan Sektor Bekalan Tenaga
bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Pemanasan Solar dan juga Sektor Industri bagi kategori
Tenaga Boleh Baharu melalui Solar Menghasilkan Haba.

Aktiviti 10: Menggunakan dapur solar untuk menggantikan bahan api fosil

• Bagi menggantikan kebergantungan terhadap penunu Bunsen yang boleh mendatangkan


pencemaran terhadap alam sekitar, dapur solar boleh digunakan sebagai alternatif untuk
melaksanakan sesuatu eksperimen ataupun bagi tujuan aktiviti harian contohnya memasak.
• Dapur solar dilengkapi dengan ciri cekap tenaga dan juga Tenaga Boleh Baharu yang
menggunakan sumber tenaga solar secara optimum.
• Ini kerana dapur solar dapat memerangkap lebih haba dan hanya kehilangan sedikit haba.
• Sektor Bekalan Tenaga bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Pemanasan Solar
menerapkan konsep TH dalam penggunaan tenaga solar sebagai bahan api alternatif bagi
menggantikan bahan api fosil.
• Sektor Industri bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Solar Menghasilkan Haba
menerapkan konsep TH dalam penggunaan solar sebagai bahan utama.

Aktiviti 11: Menggunakan kaedah penulenan untuk menghasilkan hablur garam

• Konsep sains yang ingin diterapkan ialah kaedah penulenan iaitu penghabluran dengan
menggunakan air laut yang dihablurkan untuk menghasilkan garam.
• Bagi mendapatkan garam, konsep pemanasan dapur solar digunakan untuk mengaplikasikan
TH bagi menggantikan penggunaan penunu Bunsen.
• Selain itu juga, penggunaan air laut merupakan kaedah yang bijak dalam memanfaatkan
sumber sedia ada dan boleh baharu.
• Maka, aktiviti ini menggunakan dapur solar untuk melaksanakan kaedah penulenan dengan
mengaplikasikan TH melalui Sektor Bekalan Tenaga yang melibatkan Pemanasan Solar.

Aktiviti 12: Menggunakan alat desalinasi untuk penyulingan air laut kepada air bersih

• Air laut boleh digunakan dalam proses penyulingan untuk menghasilkan sumber air
bersih. Malaysia mempunyai kelebihan kerana kaya dengan sumber air laut. Kita boleh
menghasilkan air minuman dengan menggunakan kaedah menyahmasin atau desalinasi
(penyahgaraman) air laut.
• Kaedah desalinasi yang menggunakan Sektor Bekalan Tenaga melibatkan kategori Tenaga
Boleh Baharu melalui Pemanasan Solar iaitu Tenaga Solar akan menukarkan air laut kepada
air bersih dengan melibatkan proses penyejatan air.
• Sektor Industri menerima pakai TH bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Solar
Menghasilkan Haba dalam menguruskan air laut kepada air yang boleh digunakan untuk
tujuan aktiviti harian.

SAINS 119
4.3 KERJAYA DALAM TEKNOLOGI HIJAU

• Konsultan Persekitaran
• Juruteknik Bahan
• Guru Pendidikan Vokasional
• Juruteknik Sistem Tenaga Solar
• Jurutera
• Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

4.4 SOALAN UTAMA

Aktiviti 10

i. Adakah tenaga solar bersifat boleh baharu? Mengapa?


ii. Apakah kegunaan tenaga solar dalam kehidupan seharian? Jelaskan.
iii. Apakah kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan bahan api fosil?
iv. Banding dan bezakan kebaikan dan keburukan menggunakan bahan api fosil dan juga
tenaga solar.

Aktiviti 11

i. Bagaimanakah cara memanfaatkan air laut untuk kegunaan manusia?


ii. Apakah faktor yang mempengaruhi proses penghabluran garam?
iii. Jelaskan tentang proses yang terlibat dalam penghasilan garam.

Aktiviti 12

i. Terangkan faktor yang mempengaruhi proses menyahmasin atau desalinasi air laut.
ii. Apakah faktor yang mempengaruhi proses penyejatan?
iii. Mengapakah kondensasi terhasil apabila air dipanaskan? Jelaskan.
iv. Pada pendapat anda, adakah alat desalinasi yang mempunyai tapak bawah berwarna hitam
adalah lebih efektif berbanding dengan tapak yang berwarna putih? Kaitkan jawapan anda
dengan konsep pemindahan haba.

4.5 TUJUAN PEMBELAJARAN

Mengaplikasikan TH iaitu menggunakan tenaga solar bagi mengurangkan kebergantungan


terhadap bahan api fosil.

120 SAINS
4.6 LATAR BELAKANG

Aktiviti Sektor Penerangan


10 i. Bekalan Tenaga • Tenaga solar ialah tenaga percuma, boleh
• Tenaga Boleh Baharu baharu serta tidak mendatangkan
• Pemanasan Solar kemudaratan.

ii. Industri • Di Malaysia, kita menerima cahaya matahari


• Tenaga Boleh Baharu melebihi 6 jam sehari sepanjang tahun.
• Solar Menghasilkan Haba
• Oleh yang demikian, dengan bekalan
tersebut, kita dapat mengurangkan
kebergantungan terhadap pembakaran
bahan api fosil malah dalam masa yang
sama dapat mengamalkan TH dalam
kehidupan seharian.

11 i. Bekalan Tenaga • Sektor Bekalan Tenaga bagi kategori


• Tenaga Boleh Baharu Tenaga Boleh Baharu yang melibatkan
• Pemanasan Solar pemanasan solar dapat memanfaatkan
sumber sedia ada iaitu air laut.

• Oleh yang demikian, adalah merugikan


sekiranya kita tidak memanfaatkan sumber
yang boleh baharu ini dengan menggunakan
semula air laut untuk sesuatu yang boleh
mendatangkan hasil, contohnya garam.

• Air laut dikeringkan dengan menggunakan


dapur solar. Hal ini berkaitan dengan Sektor
Industri yang perlu menghasilkan garam
dalam jumlah yang banyak.

• Maka, ini membantu dalam Sektor Industri


kerana dapat menjimatkan kos
pengeluaran di samping menjamin
persekitaran yang bersih.

SAINS 121
Aktiviti Sektor Penerangan
12 i. Bekalan Tenaga • Selain itu, air laut juga dapat digunakan
• Tenaga Boleh Baharu semula untuk kegunaan harian manusia.
• Pemanasan Solar
• Secara umumnya air menutupi sekitar ¾
ii. Industri permukaan bumi, hanya 3% sahaja
• Tenaga Boleh Baharu merupakan air bersih namun tidak semua
• Solar Menghasilkan Haba daripada jumlah tersebut selamat untuk
diminum.

• Bagi mengatasi masalah kekurangan air,


pelbagai teknik pengolahan air masin /
payau telah dilakukan antaranya ialah RO
(Reverse Osmosis), penulenan,
pengewapan dan penyejatan.

• Walau bagaimanapun, teknik pengolahan air


payau menelan belanja yang tinggi
kerana menggunakan bahan api fosil dan
bahan tersebut semakin berkurang hari demi
hari.

• Satu alternatif lain telah dikenal pasti


dengan menggunakan tenaga solar untuk
proses penulenan air laut iaitu dengan
menggunakan kaedah desalinasi.

• Kaedah ini juga membantu Sektor Industri


bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui
Solar Menghasilkan Haba.

122 SAINS
4.7 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran yang boleh digunakan bagi semua aktiviti ialah Pembelajaran Berasaskan
Produk (PBP) dan Inkuiri-Penemuan. Walau bagaimanapun, guru boleh menggunakan kedua-dua
strategi ataupun salah satu mengikut kreativiti masing-masing.

Pembelajaran Berasaskan Produk (PBP)

PBP merupakan satu strategi yang berpusatkan murid iaitu murid akan bekerjasama dalam kumpulan
untuk menghasilkan produk. Bagi memulakan strategi ini, guru perlu memulakan pengajaran dengan
langkah berikut:

i. Permulaan
• Guru menunjukkan gambar yang berkaitan.
• Guru mengemukakan soalan kepada murid seperti berikut:
o Bagaimanakah masalah ini dapat diatasi?
o Berikan justifikasi.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Murid bekerja secara kumpulan (5 murid / kumpulan).

iii. Pelan Projek


• Murid menyenaraikan pembahagian tugas.
• Murid menyediakan satu kertas projek sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid berbincang mencari penyelesaian.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan membentangkan produk yang dihasilkan.

Inkuiri-Penemuan

Dalam strategi ini, guru mengemukakan soalan bagi membolehkan murid menjalankan
penyiasatan dengan melakukan eksperimen (aktiviti hands-on dan minds on). Bagi memulakan
strategi ini, langkah yang diperlukan ialah:

i. Soalan dikemukakan oleh guru. Sebagai contoh:


• Berapakah suhu yang paling sesuai untuk proses desalinasi? Jelaskan.
• Adakah air laut selamat digunakan semula? Mengapa?

ii. Penyiasatan
• Murid menjalankan penyiasatan dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan
oleh guru.

iii. Membina Pengetahuan


• Murid membina kefahaman dan pengetahuan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

iv. Perbincangan
• Murid akan berbincang hasil penemuan daripada eksperimen yang dijalankan.

v. Membuat Refleksi
• Murid membuat refleksi dengan merujuk kembali soalan yang dikemukakan oleh guru.

SAINS 123
4.8 GLOSARI

Hablur atau Kristal – Merupakan bahan pepejal yang terdiri daripada gugusan atom, molekul ion
yang tersusun dalam ragam tertib yang menjangkau ketiga-tiga dimensi ruang.

Larutan Tepu – Larutan yang mengandungi kuantiti bahan terlarut yang maksimum.

Pemanasan Solar – Sumber tenaga yang dihasilkan daripada proses semula jadi yang boleh baharu.

Penghabluran – Kaedah penulenan yang dijalankan untuk memperoleh hablur tulen daripada suatu
larutan tepu bahan tersebut.

Penulenan – Proses pengasingan bendasing daripada sesuatu bahan.

Penyulingan / Desalinasi – Kaedah pengasingan bahan berdasarkan kemeruapan.

Sektor Bekalan Tenaga – Aplikasi TH dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga
dalam industri dan komersial.

Sektor Industri – Menerima pakai aplikasi TH dalam sektor perindustrian, pengilangan, perusahaan,
elektronik dan sebagainya.

Teknologi Hijau (TH) – Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia.

Tenaga Boleh Baharu – Menggunakan sumber-sumber tenaga alternatif seperti tenaga cahaya
(suria), tenaga angin dan tenaga air (kuasa hidro) untuk menghasilkan bekalan tenaga bukan
berasaskan bahan bakar fosil.

4.9 AKTIVITI

Terdapat tiga aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tajuk ini. Berikut ialah aktiviti, strategi dan
tempoh waktu pembelajaran:

Aktiviti Strategi Tempoh

10 Pembelajaran Berasaskan Produk 1 minggu

11 Inkuiri-Penemuan 2 jam

12 Inkuiri-Penemuan 4 jam

124 SAINS
AKTIVITI 10

Objektif

Mereka cipta dapur solar dengan menggunakan konsep Tenaga Boleh Baharu.

Latar Belakang

Dapur solar merupakan reka cipta model yang dilengkapi ciri cekap tenaga dengan
menggunakan sumber tenaga solar secara optimum. Ini dapat menjimatkan bahan api dan
secara tidak langsung dapat memulihara alam sekitar. Aktiviti ini menggunakan Sektor
Bekalan Tenaga bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Pemanasan Solar dan juga
Sektor Industri meliputi kategori Tenaga Boleh Baharu iaitu Solar Menghasilkan Haba.
Aktiviti ini juga bertujuan untuk menyemai sikap bertanggungjawab dalam penggunaan tenaga
dengan cekap.

Bahan dan Peralatan

i. Cat sembur (Spray paint: Flat Black no. 29)


ii. Batang perekat (Glue stick)
iii. Pita perekat (Duct tape)
iv. Gam polistirena
v. Kertas aluminium
vi. Bod lekap (Mounting board)
vii. Kanta pembesar
viii. Pistol perekat panas (Hot glue gun)
ix. Batu kelikir _ saiz sederhana
x. Polistirena
xi. Pisau pemotong
xii. Pembalut plastik (tebal)

SAINS 125
Kaedah

i. Permulaan
• Guru meminta murid menganalisis gambar di bawah (rujuk Gambar 16).

Gambar 16
Contoh gambar yang perlu dianalisa

• Guru meminta murid membincangkan soalan-soalan berikut:


o Apakah perbezaan yang dapat diperhatikan dalam setiap gambar?
o Berdasarkan pemerhatian, bagaimanakah tenaga solar boleh dimanfaatkan untuk
menggantikan bahan api fosil?
o Banding dan bezakan tentang kebaikan dan keburukan menggunakan bahan api fosil
dan juga tenaga solar.

ii. Pembentukan Kumpulan


• Guru meminta murid untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima orang dalam
satu kumpulan.

iii. Pelan Projek


• Guru meminta ketua kumpulan membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai
contoh: pencatat dan sebagainya.
• Murid membuat pelan projek untuk membuat dapur solar.
• Murid ditugaskan untuk mencari maklumat daripada pelbagai sumber dan merangka pelan
tindakan tentang penggunaan tenaga solar sebagai sumber alternatif bahan api fosil
dengan mengaitkannya dengan TH yang berkaitan.
• Murid berbincang untuk menentukan kaedah yang sesuai bagi melaksanakan projek serta
tempoh yang diperlukan. Kaedah yang dipilih haruslah menepati TH yang berkaitan.
• Murid menghasilkan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

iv. Tugasan Projek


• Murid menjalankan aktiviti mengikut pelan projek.

v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk)


• Setiap kumpulan perlu menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut:
o Tajuk
o Bahan / Peralatan
o Prosedur
o Pemerhatian
o Analisis Pemerhatian
o Kesimpulan
• Setiap kumpulan membentangkan projek / produk yang dihasilkan.

126 SAINS
Maklumat Untuk Guru

Pembinaan Dapur Solar adalah seperti berikut :

i. Sediakan kepingan bod lekap seperti di bawah (dapur).


a.

60 cm = 1 keping

60 cm

Rajah 12
Rajah 13

b.

24 cm = 4 keping

60 cm

Rajah13
Rajah 14

SAINS 127
ii. Sediakan kepingan bod lekap seperti di bawah (tempat letak periuk).
a.
20 cm

15 cm = 10 keping

62 cm 62 cm

10 cm

Rajah 14
Rajah 15

2 cm 2 cm = 1 keping

b. 13 cm

15.5 cm = 9 keping

62 cm 62 cm

6 cm

Rajah15
Rajah 16

2c 2 cm = 1 keping

128 SAINS
iii. Sediakan kepingan bod lekap seperti di bawah (penutup dapur solar).

a.

62 cm = 1 keping

62 cm

Rajah 16
17

b.
= 4 keping

62 cm

Rajah 17
18

iv. Bina dapur solar mengikut kreativiti murid (Gambar 17).

Gambar 17
Contoh dapur solar

SAINS 129
v. Untuk mengelakkan kehilangan haba, polistirena digunakan sebagai bahan penebat haba,
manakala kepingan aluminium diletakkan di bahagian bawah kotak sebagai konduktor
kepada periuk.

Pemerhatian

Murid mencatatkan pemerhatian yang diperoleh daripada projek yang telah dijalankan
(rujuk Jadual 6). Maklumat pemerhatian terdiri daripada:

Jadual 6 : Contoh Jadual Pemerhatian

Suhu (0C)
Warna
Dapur Solar Tapak Dapur
Hitam 80 80
Aluminium 54 54

Soalan Perbincangan

i. Apakah konsep yang digunakan dalam penghasilan dapur solar?


ii. Terangkan dengan terperinci tentang ciri-ciri TH yang terlibat semasa pembinaan dapur
solar.
iii. Cadangkan penambahbaikan yang boleh digunakan dalam pembinaan dapur solar bagi
mendapatkan hasil yang lebih baik. Jelaskan.
iv. Apakah sektor TH yang terlibat? Huraikan.

130 SAINS
Kesimpulan

Tenaga solar termasuk dalam Sektor Bekalan Tenaga iaitu Tenaga Boleh Baharu kerana
tidak terbatas dan boleh diperolehi secara percuma. Tenaga solar tidak menghasilkan
pencemaran dan tidak memerlukan modal yang tinggi. Di Malaysia, kita menerima cahaya
matahari melebihi 6 jam sehari sepanjang tahun. Oleh itu, tenaga solar amat berpotensi
untuk digunakan di Malaysia. Penggunaan pemanas solar boleh mengurangkan pengeluaran
karbon dioksida kepada alam sekitar. Selain itu, aktiviti ini juga melibatkan Sektor Industri
bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Solar Menghasilkan Haba yang menjimatkan kos.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Jurutera
• Konsultan Persekitaran
• Juruteknik Bahan
• Guru Pendidikan Vokasional
• Juruteknik Sistem Tenaga Solar

SAINS 131
AKTIVITI 11

Objektif

Meneutralkan air laut melalui proses penghabluran garam dengan menggunakan dapur solar.

Latar Belakang

Solar ataupun cahaya matahari merupakan sumber tenaga yang percuma, mudah
didapati di Malaysia serta merupakan tenaga alternatif untuk manfaat masa depan. Oleh yang
demikian, air laut ataupun yang seumpama dengannya (larutan garam kuprum dan larutan
kalium nitrat) boleh dineutralkan dan menghasilkan garam kristal dengan mengaplikasikan TH
iaitu menggunakan dapur solar. Konsep yang digunakan ialah memisahkan pepejal daripada
larutan tepunya (larutan yang mempunyai kuantiti maksimum bahan terlarut). Aktiviti ini
menggunakan Sektor Bekalan Tenaga yang melibatkan kategori Tenaga Boleh Baharu melalui
Pemanasan Solar.

Bahan dan Peralatan

i. Kalium nitrat, KNO3


ii. Kuprum (II) sulfat, CuSO4
iii. Air suling
iv. 2 unit Bikar 100 cm3
v. 2 unit Mangkuk penyejat
vi. 2 unit Piring penyejat
vii. 2 unit Rod kaca
viii. Dapur solar
ix. 2 unit Corong turas
x. 2 unit Kertas turas
xi. 2 unit Kaki retort

132 SAINS
Kaedah

Guru perlu membentuk kumpulan dengan lima murid bagi setiap kumpulan.

i. Guru mengemukakan soalan:


• Bagaimanakah cara memanfaatkan air laut untuk kegunaan manusia?
• Apakah faktor yang mempengaruhi proses penghabluran garam?
• Jelaskan tentang proses yang terlibat dalam penghasilan garam.

ii. Penyiasatan
• Murid perlu berbincang dalam kumpulan bagi melakukan penyiasatan untuk menulenkan
hablur garam iaitu hablur kuprum (II) sulfat dan kalium nitrat dengan mengaplikasikan
konsep TH dengan menggunakan dapur solar.
o Menggunakan dapur solar sebagai sumber Tenaga Boleh Baharu.
o Menggunakan garam kuprum (II) sulfat, CuSO4 dan kalium nitrat, KNO3 untuk
membuat perbandingan terhadap hablur yang terhasil.
o Melengkapkan proses penulenan. Sila rujuk Rajah 18.
• Murid melakukan penyiasatan bagi menulenkan dua jenis hablur garam.
• Murid melakukan penyiasatan terhadap hasil yang diperoleh.

iii. Membina Pengetahuan


• Murid membina kefahaman berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan
tersebut iaitu murid mengetahui bahawa dapur solar boleh digunakan dalam proses
penulenan hablur garam dengan menggunakan kategori Tenaga Boleh Baharu melalui
Pemanasan Solar dalam Sektor Bekalan Tenaga.

iv. Perbincangan
• Murid perlu berbincang tentang hasil penemuan yang diperoleh daripada aktiviti yang
dijalankan seperti berikut:
o Hasil yang diperoleh apabila menggunakan kuprum (II) sulfat.
o Hasil yang diperoleh apabila menggunakan kalium nitrat.
o Peranan Sektor Bekalan Tenaga dalam melestarikan air laut.
o Keadaan fizikal hablur sebelum dan selepas proses penghabluran.

v. Membuat Refleksi
• Murid membuat refleksi dalam kumpulan terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan
membuat perkaitan antara konsep sains dengan sektor TH yang diaplikasikan.

SAINS 133
Maklumat Untuk Guru

Guru boleh merujuk Rajah 18 untuk panduan melengkapkan proses penulenan.

A B
Bikar Bikar

Rod kaca Rod kaca

Air suling + hablur


Larutan kalium
kuprum (II) sulfat,
nitrat, KNO3
CuSO4

Dapur solar Dapur solar

Larutan tepu Larutan tepu


kuprum (II) sulfat, kalium nitrat,
CuSO4 KNO3

Hablur CuSO4 Hablur KNO3

Rajah 18
Proses Penulenan Hablur Garam

134 SAINS
Pemerhatian

i. Perhatikan warna hablur garam sebelum dan selepas proses penghabluran.


ii. Perhatikan hasil yang diperolehi bagi kedua-dua jenis hablur garam dan catatkan
pemerhatian di dalam jadual (rujuk Jadual 7).

Jadual 7: Contoh Jadual Pemerhatian

Jenis Larutan Pemerhatian


Larutan garam kuprum (II) sulfat Hablur garam terhasil
Larutan kalium nitrat Hablur garam terhasil

Soalan Perbincangan

i. Mengapa hablur garam perlu dibilas dengan sedikit air suling? Jelaskan.
ii. Apakah keadaan larutan yang paling sesuai untuk proses penghabluran?
iii. Terangkan apakah faktor yang mempengaruhi proses penghabluran.
iv. Apakah sektor TH yang terlibat? Huraikan.

Kesimpulan

Garam kuprum (II) sulfat dan kalium nitrat yang tidak tulen dapat ditulenkan melalui kaedah
penghabluran semula iaitu bertindak balas dengan membersihkan garam daripada larutan
tepu yang tidak tulen. Penggunaan dapur solar merupakan satu alternatif kepada Sektor
Bekalan Tenaga bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Pemanasan Solar.

Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Jurutera
• Konsultan Persekitaran
• Juruteknik Bahan
• Guru Pendidikan Vokasional
• Juruteknik Sistem Tenaga Solar
• Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

SAINS 135
AKTIVITI 12

Objektif

Meneutralkan air laut dengan mengaplikasikan konsep penyulingan melalui kaedah desalinasi bagi
menghasilkan air bersih.

Latar Belakang

Peningkatan populasi penduduk menyebabkan sumber air bersih semakin berkurang. Oleh
yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, kita perlu memanfaatkan sumber sedia ada
dengan cara menjalankan proses penulenan iaitu penyulingan air laut yang juga dikenali
sebagai proses desalinasi. Bagi mengelakkan kebergantungan kepada bahan api fosil, kita
mengaplikasikan konsep TH dengan memanfaatkan sumber solar. Dalam aktiviti ini,
sektor TH yang terlibat adalah Sektor Bekalan Tenaga bagi kategori Tenaga Boleh Baharu
melalui Pemanasan Solar dan Sektor Industri bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Solar
Menghasilkan Haba.

Bahan dan Peralatan

i. Air
ii. Garam
iii. Alat desalinasi

Kaedah

Guru perlu membentuk kumpulan dengan lima murid bagi setiap kumpulan.

i. Bincangkan soalan berkenaan:


• Mengapakah air laut perlu diolah?
• Bagaimanakah air laut diolah?
• Apakah hasil olahan air laut tersebut?

ii. Penyiasatan
• Murid melakukan penyiasatan bagi mengenal pasti cara untuk menulenkan air laut dengan
menggunakan kaedah desalinasi dan mengaplikasikan TH dengan cara:
o Menggunakan larutan air garam bagi menggantikan air laut,
o Melengkapkan set desalinasi.
• Murid melakukan penyiasatan bagi mendapatkan air bersih daripada air laut serta mencari
maklumat daripada internet dan sumber lain untuk menghasilkan set alat desalinasi.
• Murid melakukan penyiasatan terhadap hasil yang diperoleh iaitu dari segi jumlah dan
warna air yang terkondensasi.

iii. Membina Pengetahuan


• Murid membina kefahaman berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada penyiasatan
tersebut iaitu murid mengetahui bahawa konsep penulenan iaitu penyulingan air laut boleh
digunakan untuk mengolah air laut menjadi air bersih dengan mengaplikasikan Sektor
Bekalan Tenaga bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Pemanasan Solar dan Sektor
Industri bagi kategori Tenaga Boleh Baharu melalui Solar Menghasilkan Haba.

136 SAINS
iv. Perbincangan
• Murid perlu berbincang tentang hasil penemuan yang diperoleh daripada aktiviti yang
dijalankan seperti berikut:
o Hasil yang diperoleh.
o Peranan Sektor Bekalan Tenaga dan Sektor Industri dalam melestarikan air laut.

v. Membuat Refleksi
• Murid membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan dengan membuat perkaitan
antara konsep sains dengan sektor dalam TH yang diaplikasikan.

Maklumat Untuk Guru

Berikut ialah contoh model peralatan desalinasi seperti dalam Gambar 18.

Plastik
penutup
“Washer” makanan

Corong
plastik

Bekas plastik
Air garam

Plastisin Penyedut
minuman
Gelas
pengumpulan

Gambar 18
Peralatan Desalinasi

SAINS 137
Pemerhatian

i. Perhatikan perubahan warna air laut sebelum dan selepas proses desalinasi.
ii. Perhatikan aspek berikut dan catatkan dalam jadual seperti di bawah (rujuk Jadual 8):

Jadual 8: Jadual Pemerhatian

Jumlah air
Jenis tapak Masa (minit) Suhu (0C) Warna air
kondensasi (ml)

Warna Hitam

Warna Putih

Soalan Perbincangan

i. Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses desalinasi.


ii. Apakah yang berlaku sekiranya tapak berkenaan digantikan dengan kerajang aluminium?
Adakah kerajang aluminium masih mampu membantu dalam proses pemanasan air?
Jelaskan.
iii. Luas permukaan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan.
Adakah perubahan luas permukaan berkait dengan perubahan tahap kondensasi?
iv. Air laut mempunyai takat didih yang tinggi berbanding dengan air bersih. Adakah ini
bermakna sekiranya menggunakan air bersih, kadar penyejatan akan meningkat?
Mengapa?
v. Bagaimanakah suhu air laut mempengaruhi kadar penyejatan?
vi. Apakah sektor TH yang terlibat? Huraikan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sumber cahaya matahari merupakan aplikasi TH di dalam Sektor Bekalan


Tenaga bagi kategori Tenaga Boleh Baharu agar dapat menjadikan air laut sebagai air bersih
serta digunakan oleh semua hidupan. Aktiviti ini juga turut mengaplikasikan Sektor Industri
bagi kategori Tenaga Boleh Baharu, iaitu Solar Menghasilkan Haba yang dapat memanaskan
air laut dan membantu dalam proses kondensasi. Selain daripada itu, terdapat faktor lain
yang turut menyumbang dalam menghasilkan sumber air bersih dengan menggunakan
tenaga solar. Antaranya ialah luas permukaan dan tahap ketepuan air yang diuji. Oleh
yang demikian, demi memanfaatkan alam semula jadi dan menjaga alam sekitar, kita patut
memperbanyakkan penggunaan TH untuk alam sekitar demi manfaat bersama.

138 SAINS
Kerjaya Dalam Teknologi Hijau

• Jurutera
• Konsultan Persekitaran
• Juruteknik Bahan
• Guru Pendidikan Vokasional
• Juruteknik Sistem Tenaga Solar
• Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

4.9.1 SUMBER RUJUKAN

Aktiviti 10

i. Bahan Bakar Alternatif


https://tetyafriani.wordpress.com/2013/04/03/bahan-bakar-alternatif/
ii. Dapur Solar
http://www.slideshare.net/anuar032/kajian-dapur-solar-15599251
iii. How To Build A Solar Oven – With Cardboard
https://www.youtube.com/watch?v=eNkBranK7JQ
iv. How To Make A Simple Solar Cooker To Understand The Use Of Solar Energy
https://www.youtube.com/watch?v=v5CdNH3sQT0
v. Kelebihan dan Kekurangan Solar PV
http://hafizrahim.com/kelebihan-dan-kekurangan-solar-pv/
vi. Kepentingan Tenaga Suria kepada Manusia
https://www.scribd.com/doc/231961432/Kepentingan-Tenaga-Suria-Kepada-Manusia

Aktiviti 11

i. Aktiviti Makmal 4.7.2: Proses Penghabluran


http://onelearningsolution.blogspot.my/2015/06/aktiviti-makmal-472-proses-
penghabluran.html
ii. Eksperimen Bab 4 Tingkatan 4: Penulenan Bahan
https://maribelajarsains.wordpress.com/eksperimen/experimen-bab-4-tingkatan-5-
penulenan-bahan/
iii. Laporan Amali Kimia: Penghabluran Semula
http://www.slideshare.net/eepapoppins/laporan-amali-penghabluran-semula
iv. SCE1014 Amali 2 – Penghabluran Semula
http://www.slideshare.net/NurulAshakirin/amali-2-penghabluran-semula-57121304

Aktiviti 12

i. Masakan Solar / Solar Cooker


http://kppm2.tripod.com/id7.html
ii. Projek Solar Cooker
http://www.smart.edu.my/sekolahlestari/index.php?option=com_content&view=
article&id= 81& Itemid=49

SAINS 139
4.9.2 CADANGAN JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

AKTIVITI 10

i. 3 prinsip asas yang digunakan dalam penghasilan dapur solar ialah:


a) Cahaya matahari
• Dapur solar diletakkan di kawasan panas.
• Dapur tidak akan berfungsi apabila hari mendung atau pada waktu malam.
• Jumlah kemasukan cahaya bergantung kepada reka bentuknya.
b) Menukar cahaya matahari kepada haba
• Pemerangkapan haba seperti warna hitam digunakan pada dapur solar serta
permukaan yang berkilat seperti kerajang aluminium dapat membantu dalam proses
penyerapan cahaya matahari dan akan ditukarkan kepada haba.
• Periuk atau kuali hitam akan menyerap haba dan haba tersebut akan digunakan untuk
memasak.
c) Pemerangkapan haba
• Bahan seperti plastik atau kaca boleh digunakan untuk menyerap cahaya
matahari dan ditukarkan kepada haba.
• Plastik atau kaca akan memerangkap haba yang terdapat pada dapur solar.
• Cahaya matahari akan diserap oleh periuk atau kuali hitam serta pelapik hitam yang
diletakkan di bawah periuk atau kuali, kemudian cahaya matahari akan ditukarkan
kepada tenaga haba dan memanaskan periuk atau kuali yang terdapat dalam kotak
solar.
• Tenaga haba akan terperangkap di dalam kotak solar yang bertutup kerana haba tidak
dapat melepasi penutup yang digunakan untuk kotak solar.
• Haba yang terperangkap dalam kotak solar bertindak balas dengan permukaan yang
berwarna gelap dan menghasilkan haba.
ii. Dapur solar merupakan model yang dilengkapi dengan ciri kecekapan tenaga dengan
menggunakan tenaga solar secara optimum. Dapur solar merupakan satu dapur mesra alam
dan tidak menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar serta menjimatkan kos kerana
tiada bahan api seperti kayu, arang batu atau gas digunakan. Dapur solar ini merupakan
sumber alternatif iaitu daripada Tenaga Boleh Baharu yang diperolehi daripada pancaran
cahaya matahari.
iii. Antara cadangan penambahbaikan ialah:
a) Mempelbagaikan reka bentuk dan sudut pantulan.
b) Menggunakan kanta OHP (Overhead Projector lens)
c) Mempelbagaikan penggunaan cermin:
o Kotak (24.5 x 18 x 10.8 cm) dan satu cermin.
o Kotak (24.5 x 18 x 10.8 cm) dengan tiga cermin.
o Kotak (21.5 x 38 x 40.5 cm) dengan tiga cermin.
iv. Sektor Bekalan Tenaga iaitu kategori Tenaga Boleh Baharu (Pemanasan Solar) dan juga
Sektor Industri melalui kategori Tenaga Boleh Baharu (Solar Menghasilkan Haba). Ini kerana
solar merupakan tenaga yang boleh baharu dan ia juga dapat menghasilkan haba untuk
pemanasan dapur.

140 SAINS
AKTIVITI 11

i. Untuk menyingkirkan sebarang bendasing daripadanya.


ii. Larutan tepu.
iii. Antara faktor yang mempengaruhi proses penghabluran:
• Suhu.
• Tahap ketepuan larutan yang digunakan.
• Luas permukaan bekas yang digunakan.
iv. Menggunakan Sektor Bekalan Tenaga yang melibatkan kategori Tenaga Boleh Baharu
(Pemanasan Solar). Ini kerana dapur solar digunakan untuk memanaskan larutan tepu bagi
menggantikan penggunaan bahan api fosil. Solar merupakan Tenaga Boleh Baharu.

AKTIVITI 12

i. Antara faktor yang mempengaruhi proses desalinasi:


• Suhu.
• Tahap ketepuan larutan yang digunakan.
• Luas permukaan bekas yang digunakan.
• Pemasangan alat desalinasi.
ii. Hasil yang diperolehi lebih kurang sama dengan tapak hitam kerana kerajang aluminium dapat
membantu dalam proses penyerapan cahaya matahari dan akan ditukarkan kepada haba.
Haba berkenaan akan memanaskan air laut dalam bekas plastik yang dialas dengan tapak
kerajang aluminium. Haba yang terperangkap akan bertindak balas dengan permukaan
kerajang aluminium dan menghasilkan haba dan seterusnya dapat membantu
mempercepatkan proses kondensasi air laut.
iii. Ya. Hal ini kerana semakin besar luas permukaan, semakin banyak air laut tersejat; maka
semakin tinggi kebarangkalian untuk proses kondensasi berlaku.
iv. Kadar penyejatan air bersih lagi cepat kerana kandungan zarahnya yang lebih rendah
berbanding dengan air laut.
v. Suhu air laut yang tinggi dapat mempercepatkan proses penyejatan berlaku.
vi. Sektor TH yang terlibat adalah Bekalan Tenaga, melibatkan kategori Tenaga Boleh Baharu
(Pemanasan Solar) dan Sektor Industri melibatkan kategori Tenaga Boleh Baharu (Solar
Menghasilkan Haba).

SAINS 141
PANEL PENULIS

1. Shahani Ismail SMK Sri Muda, Pulau Pinang

2. Anwar Hj. Sulaiman Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau


Pinang

3. Dr. Fazliza Che Amat IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah

4. Mior Shaharuddin Mior Abu Bakar IPG Kampus Pulau Pinang

5. Wan Norziana Wan Yaacob SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang

TURUT MENYUMBANG

1. Prof. Haslan Abu Hassan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP)


Universiti Sains Malaysia (USM)

2. Dr. Mardiana Idayu Ahmad Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM

3. Prof. Madya Dr. Mohd Suffian Yusoff Timbalan Ketua Kluster Pengurusan Sisa
Pepejal (SWAM@USM), USM

4. Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Pengarah Pusat Pendidikan dan
Shafiei Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau
(CETREE), USM

5. Prof. Madya Dr. Soib Taib Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik


dan Elektronik, USM

142 SAINS
PENGHARGAAN

1. Puan Rozainum Ahmad Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


(BKK)

2. YBhg. Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah Sains, Teknologi,


Kejuruteraan dan Matematik,
Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK)

3. YBrs. Dr. Rusilawati Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik, BPK

4. Tuan Hj. Naza Idris Saadon Ketua Sektor Pendidikan Teknik dan
Vokasional, BPK

5. Puan Zalina Kamis Penolong Pengarah Sub Unit Sains, Matematik


dan Teknologi, BKK

6. Puan Norhashimah Ismail Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,


BPK

7. Puan Suriani Ngatiman Penolong Pengarah Unit Kejuruteraan Awam,


BPK

8. Encik Kasdi Kamin Penolong Pengarah Unit Sains


Menengah, BPK

9. Puan Norfadhillah Yusoff Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

10. Encik Anandan a/l Kanniapan Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

11. Puan Nor’Aidah Nordin Penolong Pengarah Unit Sains Tulen, BPK

SAINS 143
144 SAINS
SAINS 145

Anda mungkin juga menyukai