Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN 

PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM


KAWASAN XXX UNTUK TAHUN 2020.
Pembukaan/ Assalam mualaikum warahmatullah hibarakatuh, Salam sejahtera dan salam
Aluan 1Malaysia
Yang berusaha, Encik (Nama); Pegawai Pelajaran Daerah XXX
Yang berusaha, Encik (Nama); Pengetua Cemerlang SMK (Nama Sekolah)
merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kejohanan.
Yang Berusaha, Puan (Nama), Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK
(Nama Sekolah).
Ahli-ahli  jawatankuasa Kejohanan,
Pengetua-pengetua Sekolah yang bertanding,
wakil-wakil pengetua
Pegawai-pegawai Kejohanan,
Para guru dan Guru-guru pengiring
pasukan-pasukan yang bertanding
Para pelajar.
serta hadirin dan hadirat sekalian

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat


Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian 
Penutupan Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan XXX untuk tahun 2020.
Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa
seribu makna kepada kita semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,

……………………………………………………………………………………………
…………………………….
Pegawai Pelajaran Daerah XXX ke Majlis Perasmian  Penutupan Kejohanan
Bola Sepak MSSM Kawasan XXX untuk tahun 2020 kelolaan SMK (Nama
Sekolah).  Sesungguhnya, kehadiran Yang berusaha Tuan PPD ialah lambang
keprihatinan terhadap sumbangan sekolah-sekolah di Daerah XXX dalam
mencapai kecemerlangan.

Hadirin hadirat sekalian,

Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan XXX pada tahun ini telah bermula dari
24hb April. 

Untuk makluman,  objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk
-mempopularkan permainan bola sepak kepada para pelajar sekolah
menengah
-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum.
mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan
berdisiplin tinggi bagi mewakili MSS Melaka ke peringkat yang lebih tinggi.

Ucapan Anak muda mengalun qasidah


Pengerusi Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan

Majlis menjemput Yang Berusaha, Encik (Nama) Pengetua Cemerlang SMK


(Nama Sekolah) selaku pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan Bola
Sepak MSSM Kawasan XXX tahun 2020 menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Encik (Nama), Pengetua Cemerlang SMK
Perasmi (Nama Sekolah) di atas ucapan tadi . Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik (Nama),


Pegawai Pelajaran Daerah XXX menyampaikan ucapan dan seterusnya
menutup dengan rasminya. Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan XXX tahun
2020. Dipersilakan.

Penyampaia Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan penutup oleh Yang Berusaha
n Hadiah Encik (Nama), Pegawai Pelajaran Daerah XXX sebentar tadi.

Jalan lengkok redup berkalis


Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan 9
buah sekolah bagi kategori Bawah 15 Tahun manakala  11 buah sekolah
beraksi untuk kategori bawah 18 tahun.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah


_________________________________________________

Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi kategori


bawah 15 Tahun.

Semua anggota kontinjen pasukan bola sepak kategori bawah 15 tahun yang
berjaya mendapat pingat dipersilakan bersedia {diatas pentas penerimaaan
hadiah}
Menjemput
Penyampai
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik (Nama)i diiringi Puan
Hadiah
(Nama), menjemput dan mengiringi Yang berusaha Encik (Nama)bergerak ke
tempat penyampaian hadiah.
Penyampaia Bagi kategori 15 tahun kebawah
n Hadiah Tempat keempat jatuh kepada SMK ____________
Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______
__ berbalas __
Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________
Dan JOHAN  Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan XXX tahun 2020 bagi
kategori bawah 15 tahun di sandang oleh SMK ___________ yang
menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____ berbalas _____
Penyampaia Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi kategori bawah 18
n Hadiah tahun.

Tempat keempat jatuh kepada SMK


Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________ yang mengatasi SMK _______
__ berbalas __
Naib johan jatuh kepada pasukan SMK ____________
Dan JOHAN  Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan XXX tahun 2020 bagi
kategori bawah 18 tahun di sandang oleh SMK ___________ yang
menewaskan SMK _________ dengan jumlah gol ____ berbalas _____

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Penyampaia Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik
n (Nama), Pengetua Cemerlang SMK (Nama Sekolah)  menyampaikan
Cenderamat cenderamata kepada Yang berusaha Encik (Nama), Pegawai Pelajaran Daerah
a XXX.
Ucapan Terima kasih di ucapkan kepada Yang berusaha Encik (Nama), Pegawai
Terima Kasih Pelajaran Daerah XXX yang sudi menyempurnakan upacara penyampaian
hadiah sebentar tadi.

Bacaan Doa Sebagai tanda syukur bahawa majlis pada hari ini berjalan dengan jayanya,
dengan hormatnya dipersilakan al-Fadil Ustaz __________ untuk memimpin
bacaan doa. Tafaddhal ya ustaz.
Undangan Terima kasih al-Fadil Ustaz ________________
Jamuan

Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi Encik (Nama) menjemput dan


mengiringi Encik (Nama)ke bilik jamuan makan tengah hari. Semua tetamu
jemputan juga dipersilakan bergerak ke bilik jamuan untuk menikmati juadah
yang telah disediakan.

Penutup Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa bersua lagi.

Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang.

(Pengumuman kepada semua wakil semua kontinjen dan para petugas. Di


jemput ke ____________ bagi mendapatkan pek makanan tengah tengah
hari. )

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai