Anda di halaman 1dari 6

KARNIVAL KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI

1. OBJEKTIF
a) Memperkembangkan kebolehan dan kemahiran penciptaan di kalangan murid berkeperluan
pendidikan khas ke platform yang lebih tinggi.
b) Memupuk budaya rekacipta di kalangan murid dan guru.
c) Mencungkil bakat murid dan guru dalam penghasilan inovasi.
c) Memberi pengiktirafan kepada murid dan guru yang menghasilkan inovasi.

2. KELAYAKAN PENYERTAAN
a) Pertandingan ini terbuka kepada murid berkeperluan pendidikan khas yang bersekolah di WP
Kuala Lumpur yang memiliki kad OKU.
b) Penyertaan secara berkumpulan yang terdiri daripada 3 orang murid dan seorang guru
pembimbing.
c) Inovasi yang pernah memenangi dalam mana-mana pertandingan tidak layak bertanding.
d) Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

3. KATEGORI PERTANDINGAN
Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu:
i. Kategori Terbuka Sekolah Rendah
ii. Kategori Terbuka Sekolah Menengah

4. BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.

5. PENGECUALIAN
Berikut adalah penyertaan yang tidak diterima :
a) Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan peringkat negeri atau
pertandingan lain di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak dicalonkan.

6. JUMLAH PENYERTAAN
Penyertaan dihadkan kepada 1 penyertaan sahaja untuk setiap sekolah.
7. BUTIRAN INOVASI
Inovasi yang dihasilkan mestilah berbentuk produk (fizikal, digital) atau tanpa produk (amalan
terbaik, idea dan proses).

a) Inovasi Produk Fizikal


i. Produk fizikal merupakan sesuatu barangan fizikal yang dihasilkan oleh manusia,
mesin, proses semulajadi yang boleh digunapakai (memberi manfaat).
ii. Inovasi ialah pengenalan sesuatu produk baru atau pembaharuan/
penambahbaikan produk sedia ada ke atas ciri-ciri penggunaannya.
iii. Contohnya, peralatan membantu golongan OKU dan lain-lain.

b) Inovasi Produk Digital


i. Produk digital melibatkan inovasi berteraskan dunia digital yang dibangunkan
menggunakan perisian tertentu dan teknologi digital terkini.
ii. Contohnya, MOOC, mobile learning, animasi 3D, permodelan pentadbiran berbentuk
digital, augmented reality dan lain-lain.

c) Inovasi Idea
i. Inovasi yang melibatkan amalan terbaik, idea dan proses.

Subtema inovasi adalah seperti berikut:


 Pengajaran dan Pembelajaran
 Pendidikan Inklusif
 Gamifikasi dan digital
 Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dan Vokasional
 Teknologi IoT

8. BUTIRAN PERTANDINGAN
a) Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian pada 26 April 2024.
b) Masa dan tentatif pertandingan akan diberikan oleh penganjur.
c) Peserta perlu menyediakan slaid dan membentangkan inovasi berpandukan slaid.
d) Pembentangan perlu dibuat oleh murid.
e) Masa pembentangan hanya 20 minit sahaja (15 minit pembentangan dan 5 minit sesi soal
jawab)
f) Peserta juga perlu menyediakan video berdurasi 5 minit yang memfokuskan kepada cara-cara
penggunaan inovasi.

9. PENDAFTARAN PERTANDINGAN
a) Berikut merupakan pautan borang pendaftaran pertandingan.
Pautan: _________________________
b) Pendaftaran dibuka pada 15 – 20 April 2024
c) Peserta perlu memuatnaik video dan slaid pembentangan pada atau sebelum 23 April
2024. Pautan untuk memuatnaik video dan slaid akan diberikan oleh penganjur.

10. PANDUAN PENYEDIAAN SLAID PEMBENTANGAN


Slaid pembentangan perlu mengandungi butiran berikut:
i. Nama calon
ii. Nama institusi
iii. Tajuk inovasi
iv. Objektif inovasi
v. Sinopsis/Ringkasan inovasi
vi. Kumpulan sasaran
vii. Latar belakang (penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi)
viii. Isu/Masalah yang ditangani oleh bahan inovasi
ix. Huraian inovasi
 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi.
 Cara inovasi digunakan dalam PdP. (WAJIB: sertakan video penggunaan bahan
inovasi dalam situasi sebenar PdP berdurasi tidak lebih dari 5 minit)
 Kos bagi menghasilkan inovasi.
 Keberkesanan inovasi (sertakan bukti berasaskan data).
x. Potensi untuk inovasi disebarluaskan kepada pihak lain.
xi. Keterangan lain yang berkaitan.

11. KRITERIA PENGADILAN


a) Panel hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan
memilih pemenang berdasarkan kriteria berikut:
i) Kreativiti dan Inovasi
ii) Bentuk Inovasi
iii) Aplikasi Inovasi
iv) Penggunaan Hasil Inovasi
v) Potensi Inovasi Untuk Disebarluaskan
vi) Keberkesanan Kos
b) Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan peserta mengenai
rekacipta yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi
inovasi yang dicipta.
RUJUK KRITERIA PEMARKAHAN

KRITERIA PEMARKAHAN
Instrumen pemarkahan adalah seperti berikut :

Bil Aspek Penyataan


1 A 1.1 Idea yang kreatif (7%)
Kreativiti dan Inovasi 1.2 Berfokus kepada objektif inovasi (7%)
(35%) 1.3 Pendekatan yang kreatif (7%)
1.4 Relevan dengan keperluan masa (7%)
1.5 Inovasi yang menarik perhatian (7%)
2 B 2.1 Jelas, kemas dan teratur (5%)
Bentuk Inovasi 2.2 Mesra pengguna (5%)
(15%) 2.3 Mesra alam (5%)
3 C 3.1 Hasil inovasi memudahkan guru / komuniti /
Aplikasi dan MBPK (10%)
penggunaan inovasi 3.2 Hasil Inovasi boleh dipelbagaikan
(30%) penggunaannya (10%)
3.3 Hasil inovasi berupaya menyelesaikan masalah
(10%)
4 D 4.1 Disebar luas kepada komuniti sekolah (5%)
Potensi inovasi untuk 4.2 Disebar luas kepada komuniti luar
disebar luas (5%)
(10%)
5 E 5.1 Kos penghasilan bahan inovasi yang rendah dan
Keberkesanan kos berpatutan (10%)
(10%)

12. ANUGERAH DAN HADIAH


a) Rekacipta/inovasi akan diberikan markah mengikut lima kriteria yang
disebut seperti di atas. Markah maksimum adalah 100%. Kategori anugerah
dalam bentuk sijil akan diberikan berdasarkan peratusan markah tertinggi
yang diperolehi. Kategori anugerah:
 EMAS
 PERAK
 GANGSA
b) Setiap kumpulan akan berpeluang untuk memenangi
anugerah Emas atau Perak atau Gangsa.
c) Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.
d) Peserta kumpulan terbaik akan menerima Anugerah Khas Juri bagi setiap
kategori Sekolah Rendah dan sekolah Menengah:
 TEMPAT PERTAMA
 TEMPAT KEDUA
 TEMPAT KETIGA

13. TARIKH PENTING


Pendaftaran dibuka : 15 - 20 April 2024
Penghantaran video dan slaid: 21- 23 April 2024
Tarikh tutup pertandingan : 24 April 2024
Pertandingan dalam talian : 26 April 2024

14. PENGUMUMAN PEMENANG


Pemenang akan diumumkan pada 30 April 2024 dan penyampaian hadiah akan dibuat pada hari
yang sama bertempat di SK Seri Tasik.

Anda mungkin juga menyukai