Anda di halaman 1dari 8

PERTANDINGAN INOVASI

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN

1.0 PENGENALAN
Pertandingan inovasi ini merupakan pertandingan inovasi yang akan dijalankan dalam Seminar
Antarabangsa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), PENANG 2022 (ICOSTEM –
PENANG 2022) Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP).

2.0 OBJEKTIF
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan tatacara penulisan laporan kepada peserta yang
menyertai ICOSTEM – PENANG 2022.

3.0 TEMA DAN SUBTEMA


3.1 Tema ICOSTEM – PENANG 2022
“Integrated STEM Education – A Catalyst of National Development”.
3.2 Subtema ICOSTEM – PENANG 2022
i. STEM Teacher Education and Professional Development
ii. STEM Education in Informal ASEAN Context
iii. STEM Education in The New Normal
iv. STEA(arts)M Education in ASEAN Context
v. Computational Thinking in STEM Education

4.0 MAKLUMAT PROGRAM


4.1 Tarikh / Masa / Tempat
Tarikh: 21 – 22 September 2022
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
1
Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
4.2 Anjuran
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
dengan Kerjasama
SEAMEO RECSAM Pulau Pinang

5.0 PENYERTAAN
Pasukan inovasi yang dipertandingkan terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu:
A. Pensyarah IPTA/IPTS dalam dan luar negara
B. Pensyarah (IPG, Matrikulasi, Guru)
C. Guru ASEAN
D. Pelajar IPTA/IPTS dalam dan luar negara
E. Pelajar (IPG, Matrikulasi, Sekolah)

6.0 SYARAT PENERIMAAN


6.1 Laporan inovasi yang ditulis hendaklah merupakan karya asli penulis dan belum pernah
diterbitkan dalam apa jua penerbitan jurnal, prosiding atau seumpamanya di dalam negara
mahupun luar negara. Walau bagaimanapun, adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh
diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
6.2 Projek inovasi yang pernah dipertandingkan sebelum ini masih boleh menyertai dengan syarat
bukti penambahbaikan disertakan.
6.3 Panel hakim berhak menolak penyertaan yang dikenal pasti tidak memberikan maklumat yang
benar seperti di para 6.2.
6.4 Laporan penulisan inovasi perlu dihantar dalam bentuk salinan softcopy dalam format
Microsoft Word seperti yang telah digariskan dalam Perkara 6.0 dan 11.0. Laporan penulisan
inovasi yang tidak mematuhi format penulisan boleh ditolak dan tidak diterima tanpa notis.
6.5 Sekiranya penulis tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa satu (1) bulan dari
tarikh laporan penulisan inovasi dihantar, laporan tersebut dianggap tidak diterima.

7.0 FORMAT PERTANDINGAN


7.1 Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pensyarah Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara,
2
pensyarah dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Guru ASEAN, pelajar IPTA / IPTS
dalam dan luar negara, pelajar Politeknik, pensyarah dan pelajar Matrikulasi.
7.2 Penyertaan boleh secara individu atau pun kumpulan.
7.3 Maksimum empat (4) orang ahli pasukan.
7.4 Setiap penyertaan WAJIB mengemukakan satu (1) laporan penulisan inovasi dan satu (1)
video persembahan projek inovasi.
7.5 Syarat umum video persembahan projek inovasi hendaklah:
i. Berdurasi tidak melebihi 5 minit (lebih daripada 5 minit tidak akan
dipertimbangkan untuk penilaian).
ii. Mengandungi tajuk projek inovasi, nama ahli pasukan, subtema dan organisasi.
iii. Perlulah menonjolkan aspek-aspek projek inovasi seperti:
• Kreativiti
• Kesignifikan
• Replicability
• Keberkesanan kos
• Kecekapan
• Potensi pelaksanaan
7.6 Syarat khusus penyediaan video persembahan projek inovasi:
• Belum pernah diterbitkan atau dipertandingkan di mana-mana platform.
• Hasil karya sendiri dan asli. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya
didapati video yang dihantar adalah bukan karya asli maka penyertaan akan dibatalkan.
• Kualiti video dan audio yang kurang jelas atau kurang sesuai akan menjejaskan
pemarkahan.
• Format video dalam bentuk mp4.
• Save video anda (Tajuk Inovasi_ICOSTEM2022)
Contoh: Inovasi I-MCT_ICOSTEM
7.7 20 penyertaan yang terbaik akan dipilih untuk diterbitkan dalam Kompilasi Inovasi IPGKPP.
Templat laporan penulisan inovasi adalah seperti di pautan https://bit.ly/3n0krhb

3
7.8 Persembahan video hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur.

8.0 PENGISIAN PROGRAM / ATURCARA ICOSTEM – PENANG 2022

TARIKH PENTING PERKARA


1 Julai 2022 Tarikh pendaftaran dibuka
Tarikh akhir penghantaran laporan inovasi dan video
10 Ogos 2022
Tarikh akhir penerimaan pendaftaran ICOSTEM – PENANG 2022
15 - 27 Ogos 2022 Fasa 1 – Penilaian Fasa 1
(Rakaman Video dan Laporan Inovasi)
30 Ogos 2022 Pemakluman kepada semua peserta layak ke penilaian akhir
(Notis akan diemailkan kepada ketua pasukan inovasi / individu)
21 & 22 September 2022 Fasa 2 – Penilaian Akhir
(Secara fizikal / Dalam Talian)
Pengumuman keputusan pertandingan

a) Fasa 1: Penilaian Fasa 1


• Setiap peserta dikehendaki menghantar link bagi video (Durasi tidak melebihi 5 minit dan
laporan inovasi) dalam borang penyertaan.
b) Fasa 2: Penilaian Akhir (Secara Fizikal / dalam talian)
• 20 pasukan inovasi yang terbaik akan dipilih untuk membentangkan inovasi mereka di
hadapan panel (secara fizikal / dalam talian).
• Bagi peserta luar negara (sekiranya tidak dapat hadir secara fizikal, mereka akan
membentangkan secara dalam talian).
• Bagi peserta dalam negara (wajib hadir membentangkan secara fizikal); sekiranya tidak
4
dapat hadir tanpa alasan yang munasabah, tempat mereka akan digantikan kepada
kumpulan yang lain mengikut markah dalam Fasa 1.
• Link bagi sesi dalam talian akan dimaklumkan kepada peserta. Peserta perlu berada di
dalam bilik yang ditetapkan 30 minit sebelum majlis bermula. Mohon tutup mikrofon
kecuali pembentang sahaja.
• Masa untuk pembentangan ialah 15 minit.
• Masa tambahan selama 5 minit untuk sesi soal jawab.

9.0 FORMAT LAPORAN PENULISAN INOVASI


i. Penulisan laporan boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
ii. Wajib ditaip di atas kertas bersaiz A4 dalam jarak langkau satu (single spacing) menggunakan
huruf Times New Roman bersaiz 12.
iii. Ukuran laporan penulisan inovasi dalam kertas A4 menggunakan jidar berikut:
a) Atas : 2.00 cm
b) Bawah : 2.00 cm
c) Kiri : 2.00 cm
d) Kanan : 2.00 cm
iv. Panjang laporan inovasi adalah tidak melebihi lima (5) muka surat termasuk rujukan dan mesti
mengikut format berdasarkan sistem penulisan APA (American Psychological Association) edisi
terkini.

9.1 PENYEDIAAN TAJUK


i. Tajuk hendaklah ringkas dan padat. Nama penuh penulis laporan inovasi diletakkan di bawah tajuk
berserta nama Pusat Pengajian yang diwakili seperti berikut:
a) Tajuk artikel
• Saiz: 12
• Bold & uppercase
• Centered
b) Nama penulis dan gelaran
• Saiz: 12
• Bold & uppercase
c) Nama Pusat Pengajian
5
• Saiz: 12
• Centered
ii. Abstrak adalah merupakan sinopsis laporan inovasi yang padat dan ringkas. Berikut adalah maklumat
penting untuk abstrak:
a) Patah perkataan tidak melebihi 200 patah perkataan
b) Format Italic
c) Bersaiz 11
d) Justified

9.2 KATA KUNCI


Penulis perlu memberikan tiga (3) hingga lima (5) kata kunci dan diletakkan di bawah abstrak. Ia
bertujuan untuk memudahkan pencarian maklumat. Tajuk kata kunci perlu ditulis meggunakan format
normal dan bold. Perkataan bagi kata kuncinya berformat Italic bersaiz 11 dan justified.
9.3 KANDUNGAN
9.3.1 Penulisan laporan inovasi mesti mengandungi bahagian-bahagian berikut iaitu:
a) Pengenalan
b) Kedudukan Sebelum Inovasi Dilaksanakan
c) Objektif
d) Inovasi Yang Telah Dilaksanakan
e) Faedah Dari Inovasi Yang Diperkenalkan
f) Kesimpulan
9.3.2 Tajuk perlu ditulis menggunakan format bold, bersaiz 12 dan centered. Manakala teks
penulisan laporan pula ditulis menggunakan format normal, bersaiz 12 dan justified.
9.3.3 Setiap jadual dan gambar rajah perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum dipersembahkan dan
diikuti dengan keterangan berkaitan jadual dan gambar rajah tersebut. Jadual dan gambar
rajah hendaklah lengkap, ringkas dan jelas serta diberikan tajuk yang bersesuaian.
9.3.4 Jadual atau gambar rajah ini juga hendaklah dinomborkan secara teratur seperti Jadual 1,
Jadual 2 dan seterusnya atau Rajah 1, Rajah 2 dan seterusnya mengikut format sistem
penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.

6
9.4 RUJUKAN
Semua rujukan yang disebut dalam teks mestilah disenaraikan. Senarai rujukan tidak boleh
mengandungi sumber-sumber yang tidak dirujuk dalam laporan inovasi. Senarai rujukan yang
lengkap hendaklah menggunakan sistem penulis – tahun (author – date) mengikut abjad. Senarai
rujukan hendaklah diletakkan di bahagian akhir sesebuah laporan inovasi. Gaya penulisan rujukan
adalah mengikut American Psychological Association (APA) terkini. Rujukan pula ditulis
menggunakan format normal, bersaiz 12 dan Justified.

10.0 SPESIFIKASI JARAK


Selain daripada panduan yang disenaraikan dalam 9.0 di atas, penulis diminta supaya mematuhi panduan
berikut dalam penulisan laporan inovasi:
a) Nama penulis perlu diletakkan di bawah tajuk artikel dengan diselangkan sebanyak satu baris.
b) Maklumat lanjut institusi penulis perlu diletakkan di bawah nama penulis pada muka surat pertama
laporan inovasi berkenaan.
c) Jarak di antara Tajuk dengan Nama Penulis dan Abstrak ialah dua baris. Jarak di antara Abstrak
dengan baris pertama teks ialah satu baris.
d) Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir sebelumnya ialah dua baris.
e) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu baris.
f) Jarak di antara perenggan ialah satu baris.
g) Mulakan sub-judul dari jidar kiri.
h) Mulakan baris pertama perenggan TANPA jarak dari jidar kiri.
i) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah satu baris.
j) Line Spacing ialah 1.0.

11.0 PENGHANTARAN LINK VIDEO BERSAMA LAPORAN INOVASI


Laporan inovasi MESTI dihantar bersama-sama dengan satu (1) video (dalam bentuk link dan format mp4).

12.0 HAK CIPTA


Semua laporan inovasi yang diterima dan akan diterbitkan adalah menjadi hak milik mutlak Jabatan
Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Pihak JPPI
IPGKPP berhak menerbitkan semula laporan inovasi terbabit dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah.

7
13.0 KRITERIA PENILAIAN
a) Kriteria-kriteria penilaian hasil inovasi berdasarkan:
i. Video (50%)
ii. Laporan (50%)

14.0 PENDAFTARAN PENYERTAAN


i. Pendaftaran penyertaan boleh dibuat di pautan https://forms.gle/woqSceLV1fYvtH8K9 atau kod
QR berikut:

ii. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
iii. Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 10 Ogos 2022. Projek inovasi yang dihantar
selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

15.0 HUBUNGI
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1. Pn. Noraini binti Lapawi (+6013-8165340) – Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
2. Dr. Samri bin Chongo (+6019-8955340) – Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
3. Dr. Haizul Rasdy Saidin (+019-5759078) – Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
4. En. Baharulnizam bin Baharum (+6012-5345657) – Marketing Manager, SEAMEO RECSAM

Anda mungkin juga menyukai