Anda di halaman 1dari 27

GARIS PANDUAN DAN SYARAT BAGI PENYERTAAN

KOLOKIUM PENDIDIKAN NEGERI PERAK TAHUN 2023

1. PENGENALAN

Kolokium Pendidikan Negeri Perak merupakan aktiviti tahunan JPN Perak. Ia merupakan
wadah untuk perkongsian hasil kajian tindakan, inovasi dan amalan terbaik pendidikan
daripada warga pendidikan negeri Perak. Program ini juga sejajar dengan inisiatif
Perancangan Strategik Jabatan Pendidikan Negeri Perak: #1&2 Kluster 1 dan #1 Kluster 4
yang bermatlamat untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan kompetensi guru
serta menggalakkan penyertaan penyelidikan, inovasi dan amalan terbaik dalam kalangan
warga pendidikan melalui Program Pembudayaan Kajian Tindakan, inovasi dan amalan
terbaik.

2. TUJUAN

Garis Panduan (GP) ini bertujuan untuk membantu warga pendidikan negeri Perak
khusnya yang berminat untuk mengemukakan permohonan bagi menyertai pembentangan
kertas dalam Kolokium Pendidikan Negeri Perak Tahun 2023. GP ini menggariskan syarat
kelayakan, format laporan dan kriteria penilaian dan pemilihan peserta.

3. KATEGORI PEMBENTANGAN
3.1 Kategori Inovasi PdP
- Inovasi PdP (Aliran Perdana)
- Inovasi PdP Pendidikan Khas (Terbuka kepada guru Pendidikan Khas)
3.2 Kategori Amalan Terbaik
- Kategori Amalan Terbaik PBD
- Amalan Terbaik Pembentukan Sahsiah Murid
- Amalan Terbaik JPN/PPD
3.3 Kategori Kajian Tindakan Pendidikan
3.4 Kategori Kajian Tindakan Sekolah Fokus (Terbuka kepada sekolah Fokus)

4. SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN


4.1 Penyertaan terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) negeri Perak yang masih berkhidmat di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
4.2 Penyertaan terbuka secara individu atau berkumpulan (maksimum tiga (3)
orang satu kumpulan).
4.3 Kertas pembentangan adalah hasil usaha sendiri (asli) pembentang dan
belum pernah dibentangkan dimana-mana seminar/kolokium/persidangan
di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
4.4 Kertas pembentangan belum pernah diterbitkan di mana-mana
jurnal/prosiding.
4.5 Bahasa penulisan kertas kajian dan sesi pembentangan adalah samada
dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
4.6 Peserta dikehendaki menyediakan dan mengemukakan penulisan dan
dokumentasi yang lengkap serta slaid pembentangan.
4.7 Peserta yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk
menghadiri
Sesi Pembentangan dan Penilaian secara dalam talian pada
19-21 September 2023.
4.8. Semua penyertaan adalah melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-
masing.
4.9 Keputusan Panel Penilaian adalah muktamad.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN PELAPORAN
KATEGORI: INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
TAHUN 2023

1. Penyertaan terbuka secara individu atau berkumpulan (maksimum tiga (3) orang
satu kumpulan).
2. Inovasi yang dihasilkan mestilah untuk memperkasakan PdP secara menarik serta
berkesan (learning to learn) dan BUKAN satu usaha untuk memudahkan murid
menjawab soalan peperiksaan (learning to test).
3. Inovasi yang dihasilkan boleh bersifat Inovasi Penciptaan (penciptaan suatu bahan
bantu mengajar atau kaedah PdP yang belum pernah dilaksanakan di Malaysia) atau
Inovasi Penambahbaikan (penambahbaikan sesuatu bahan bantu mengajar atau kaedah
PdP sedia ada melalui kaedah yang inovatif)
4. Peserta dikehendaki menyediakan dan mengemukakan penulisan dan
dokumentasi yang lengkap serta slaid pembentangan.

A. FORMAT KANDUNGAN LAPORAN INOVASI PdP

1. TAJUK INOVASI

2. SINOPSIS/RINGKASAN INOVASI ( Rujuk Lampiran )

3. KUMPULAN SASARAN

4. LATAR BELAKANG MASALAH


● Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan.
Sila huraikan keadaan yang diramalkan sebelum inovasi diperkenalkan.
Huraian ini hendaklah disokong dengan gambar, gambarajah, carta dan
sebagainya tentang keadaan sebelum inovasi dilaksanakan.
● Masalah-Masalah Yang Dihadapi.
Sila nyatakan dengan jelas masalah-masalah utama yang dihadapi sebelum
inovasi diperkenalkan dan berjaya ditangani dengan penggunaan bahan
inovasi.

5. OBJEKTIF INOVASI
6. HURAIAN INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Sila terangkan inovasi yang telah dilaksanakan secara terperinci, memenuhi
kategori berikut;
● Hubungkait dengan teras/teras-teras dalam mana-mana dasar KPM atau
pendekatan PdP atau yang sesuai.
● Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi. Sebagai contoh, inovasi di dalam
bidang penyelidikan dan pembangunan, latihan dan pendidikan, teknologi
maklumat, perundingan, pengurusan, penerbitan atau pendekatan/kaedah PdP
yang hendak diperkenalkan bagi tujuan berubah kepada yang baru atau bagi
tujuan penambahbaikan.
● Deskripsi inovasi dari segi :
i. Kandungan : Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi.
ii. Strategi: Cara inovasi digunakan. (Sila kemukakan video PdP dan foto
penggunaan bahan inovasi dalam situasi sebenar di bilik darjah)
iii. Keluaran atau perkhidmatan baru: Inovasi baharu atau penambahbaikan
● Butir-butir lain seperti tempoh pelaksanaan inovasi, bilangan anggota dan
jumlah kos bagi penghasilan inovasi operasi terlibat.
● Keadaan masalah selepas pelaksanaan inovasi.

7. FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG TELAH DIPERKENALKAN


(Sila nyatakan secara kuantitatif dan kualitatif faedah-faedah hasil daripada inovasi
yang telah/akan dilaksanakan)

● IDEA: Pengenalan kepada idea-idea baru atau penambahbaikan daripada


idea-idea sedia ada (perlu tunjukkan penambahbaikan yang dilakukan).

● HASIL INOVASI (OUTPUT):


Nyatakan sejauh mana inovasi yang dilaksanakan telah meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan peningkatan prestasi
pencapaian akademik. ( sertakan bukti berasaskan data )
Replaceability:
- Boleh dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat/ diaplikasikan dalam
subjek lain.
- Nyatakan sejauh mana inovasi boleh dilaksanakan dengan pengubahsuaian
mengikut keperluan dengan kos yang berpatutan.

● IMPAK (OUTCOME)

▪ Nyatakan setakat mana pelaksanaan inovasi tersebut telah meningkatkan


minat dan penglibatan aktif murid dalam PdP serta pencapaian murid .
▪ Nyatakan jumlah kos operasi yang dapat dikurangkan dengan pelaksanaan
inovasi ini. (sekiranya berkenaan)
▪ Nyatakan setakat mana inovasi tersebut telah menjimatkan masa
menjalankan sesuatu urusan.
▪ Nyatakan sejauh mana inovasi digunapakai/diimplimentasikan memberi
faedah kepada banyak pihak.
▪ Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain.
▪ Keterangan lain yang berkaitan. Cth, mudah diaplikasikan ( user friendly )
8. KOMITMEN PIHAK ATASAN
● Komitmen dalam sumber manusia.
- Mewujudkan persekitaran yang menggalakkan percambahan inovasi.
- Mengiktiraf guru yang menghasilkan inovasi.

● Komitmen dalam pengurusan kewangan/ peralatan.


Bantuan dari segi kewangan dan peralatan untuk menghasilkan inovasi.
- Sertakan bukti yang jelas mengenai penglibatan kepimpinan dan sokongan
pihak pengurusan dalam menghasilkan inovasi.
- Sertakan bukti kolaborasi dalam kumpulan. ( jika ada )

9. PENGIKTIRAFAN DITERIMA (SEKIRANYA ADA)


● Peringkat Daerah
● Peringkat Negeri
● Peringkat kebangsaan
● Peringkat Antarabangsa

10. PENGKOMERSILAN (SEKIRANYA ADA)

● Hak cipta ( untuk inovasi penambahbaikan sahaja)


● Kekuatan pasaran
● Potensi pemasaran

B. PANDUAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI

Peserta dikehendaki menyediakan dan mengemukakan penulisan dan dokumentasi


yang lengkap dengan menggunakan format berikut:

a. Gunakan font Times New Roman bersaiz 12.


b. Saiz tulisan 16 bagi tajuk utama, 14 bagi sub tajuk dan 12 bagi penulisan
c. Gunakan selang 1.5 dan pastikan margin 2cm pada setiap sisi kiri kertas.
d. Portrait orientation.

Penulisan hendaklah tidak melebihi 30 muka surat (tidak termasuk lampiran


dan rujukan).

C. PANDUAN PENYEDIAAN SLAID PEMBENTANGAN

a. Calon dikehendaki menyediakan slaid pembentangan (power point sahaja) tidak melebihi
daripada 10 slaid yang menjelaskan kandungan dokumentasi yang telah disediakan dan
tidak termasuk slaid pertama sebagai pengenalan diri guru.

b. Calon WAJIB menyediakan tiga (3) salinan slaid pembentangan yang telah dicetak untuk
rujukan.
c. Penilaian slaid yang disediakan termasuk dalam pembentangan. Penilaian untuk slaid
adalah khusus dan termasuk dalam pembentangan dengan pemberatan 10 markah sahaja

SKALA PEMARKAHAN DAN KRITERIA PENILAIAN

BIL. KRITERIA UTAMA MARKAH


1. Idea 25
2. Hasil inovasi (output) 20
3. Impak (outcome) 40
4. Komitmen pengurusan atasan 5
5. Persembahan (Penyediaan laporan & 10
Persembahan projek)
JUMLAH 100

D. PENYERAHAN LAPORAN DAN DOKUMENTASI


Penulisan dan dokumentasi yang lengkap serta slaid pembentangan hendaklah
dikemukakan dalam tempoh tarikh 1-7 Ogos 2023, secara salinan lembut (soft copy)
melalui pegawai meja di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing seperti berikut :
● Kategori Inovasi Pendidikan – SISC+ (Bimbingan Guru Cemerlang)
● Kategori Inovasi Pendidikan (Pendidikan Khas) – Unit Pendidikan Khas

E. PEMILIHAN CALON PEMBENTANG


Setiap PPD memilih dan mengemukakan tiga orang (3) calon pembentang
artikel terbaik bagi Kategori Inovasi Pendidikan (kecuali PPD Muallim, dua (2) calon
pembentang) dan satu orang (1) bagi Kategori Inovasi Pendidikan (Pendidikan Khas)
dari daerah masing-masing untuk dihantar ke peringkat negeri.

F. SESI PEMBENTANGAN
Peserta yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menyertai sesi
pembentangan dan penilaian dalam Kolokium Pendidikan yang akan diadakan pada
19-21 September 2023 secara dalam talian.
● Kategori Inovasi Pendidikan – 35 pembentang
● Kategori Inovasi Pendidikan (Pendidikan Khas) – 10 pembentang
Sesi pembentangan adalah secara rakaman (pembentang perlu menyediakan video
pembentangan berdurasi 10 – 15 minit) manakala sesi soal jawab pula selama 5 minit
secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi urus setia :


i. Kategori Inovasi Pendidikan:
En. S Sophiaan Bin Abd Rahman - 010-3247541

ii. Kategori Inovasi Pendidikan (Pendidikan Khas)


En. Ahmad Maswan bin Ahmad Fuaad - 016-4402708

LAMPIRAN
CONTOH SINOPSIS

(Projek Inovasi) Super Slide Board merupakan alat permainan yang agak unik dari
aspek pembinaan yang canggih dan berlainan daripada rupa bentuk atau kegunaan alat
permainan yang lain. (Kaedah Pembuatan) Projek inovasi kami iaitu Super Slide Board
diperbuat daripada papan plastik. Ini kerana ia membantu Super Slide Board
dimanipulasikan atas permukaan air dan juga mudah dibawa ke mana-mana oleh murid.
Super Slide Board ini diperbuat daripada bahan-bahan pemasangan kerana ia dapat
ditanggalkan untuk kegunaan yang lain. Ia juga boleh dibentuk kepada pelbagai cara dari
segi pemasangan papan tersebut disebabkan papan ini terdapat 12 keping papan yang
boleh dicantumkan dalam satu papan yang besar. (Tujuan) Oleh itu, murid-murid dapat
menggunakan papan ini mengikut reka bentuk atau citarasa masing-masing. (Impak
kepada Pengguna) Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam projek inovasi ini adalah seperti
berikut: Membaca perkataan yang ada pada papan mengikut Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Bahasa Tamil; Boleh mengenal pasti warna; Aktiviti lokomotor dan bukan
lokomotor; Kuiz berpengetahuan am; Mengenalpasti nama haiwan dan mengenal pasti
anggota tubuh badan.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN PELAPORAN
KATEGORI: AMALAN TERBAIK PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
TAHUN 2023

1 Penyertaan terbuka secara individu atau berkumpulan (maksimum tiga (3) orang
satu kumpulan).
2 Perkongsian amalan terbaik PBD yang dihasilkan mestilah memberi impak
kepada murid dan sekolah.
3 Peserta dikehendaki menyediakan dan mengemukakan penulisan dan
dokumentasi yang lengkap serta slaid pembentangan.
4 Penulisan perlu mengandungi elemen berikut:

i. Nama calon
ii. Nama institusi
iii. Tajuk amalan terbaik PBD
iv. Objektif amalan terbaik PBD
v. Sinopsis/Ringkasan amalan terbaik PBD : Terangkan dengan jelas amalan
terbaik PBD yang ingin dikongsikan
vi. Kelebihan: Terangkan kelebihan amalan tersebut
vii. Isu/Masalah/cabaran : Terangkan cabaran-cabaran yang timbul semasa
pelaksanaan amalan tersebut
viii. Hasil: Terangkan hasil yang telah dicapai melalui pelaksanaan amalan
tersebut
5 Penulisan hendaklah tidak melebihi 30 muka surat (tidak termasuk lampiran
dan rujukan).

6 Kulit hadapan dokumen hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut (dalam


HURUF BESAR):
a) Tajuk Amalan Terbaik
b) Nama Penuh
c) Kod dan Nama Sekolah
7 Panduan untuk Penyediaan dokumentasi:
a) Gunakan kertas A4
b) Gunakan font Times New Roman
c) Saiz tulisan 16 bagi tajuk utama, 14 bagi sub tajuk dan 12 bagi penulisan
d) Gunakan selang 1.5 dan pastikan margin 2cm pada setiap sisi kiri kertas
e) Setiap penulisan perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja
f) Laras bahasa dan format penulisan perlu disemak sebelum menghantar dokumentasi
kepada urus setia JPN.
g) Setiap penulisan dokumentasi perlu disertakan bukti dan bahan sokongan yang
berkaitan
h) Isi kandungan penulisan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing
bersandarkan kepada penilaian oleh juri.

8 PANDUAN PENYEDIAAN SLAID PEMBENTANGAN

a. Calon dikehendaki menyediakan slaid pembentangan (power point sahaja) tidak melebihi
daripada 10 slaid yang menjelaskan kandungan dokumentasi yang telah disediakan dan
tidak termasuk slaid pertama sebagai pengenalan diri guru.

b. Calon WAJIB menyediakan tiga (3) salinan slaid pembentangan yang telah dicetak untuk
rujukan.

c. Penilaian slaid yang disediakan termasuk dalam pembentangan. Penilaian untuk slaid
adalah khusus dan termasuk dalam pembentangan dengan pemberatan 10 markah sahaja

9 PENYERAHAN LAPORAN DAN DOKUMENTASI

Penulisan Amalan Terbaik PBD dan dokumentasi yang lengkap serta slaid
pembentangan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tarikh 1-7 Ogos 2023, secara
salinan lembut (soft copy) melalui pegawai meja PBD di Pejabat Pendidikan Daerah
masing-masing.

10 PEMILIHAN CALON PEMBENTANG


Setiap PPD memilih dan mengemukakan dua orang (2) calon pembentang
kertas terbaik dari daerah masing-masing untuk dihantar ke peringkat negeri
11 SESI PEMBENTANGAN
15 orang peserta yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menyertai sesi
pembentangan dan penilaian dalam Kolokium Pendidikan yang akan diadakan pada
19-21 September 2023 secara dalam talian. Sesi pembentangan adalah secara
rakaman (pembentang perlu menyediakan video pembentangan berdurasi 10 – 15
minit) manakala sesi soal jawab pula selama 5 minit secara dalam talian.

11 Elemen Penilaian:

BIL PERKARA SKOR


1 Idea 20
2 Kreativiti 20
3 Kaedah Pelaksanaan 15
4 Impak 30
5 Pengiktirafan 5
6 Pendokumentasian 10
JUMLAH 100

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi pihak urus setia:

EN MOHD NORZAINI BIN MOHD ZAIN - 017-9741317


GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN PELAPORAN
KATEGORI: AMALAN TERBAIK SAHSIAH CEMERLANG
TAHUN 2023

8. Penyertaan terbuka secara individu atau berkumpulan (maksimum tiga (3) orang
satu kumpulan).
9. Peserta dikehendaki menyediakan dan mengemukakan penulisan dan dokumentasi yang
lengkap serta slaid pembentangan.
10. Penulisan perlu mengandungi elemen berikut:
a. Abstrak
b. Pengenalan
c. Latar Belakang Masalah
d. Penyataan Masalah (isu / masalah di sekolah yang diketengahkan)
e. Objektif Penulisan
f. Teori yang diaplikasikan dalam pendekatan kepada penyelesaian masalah
g. Kaedah Pelaksanaan (Pendekatan kepada penyelesaian masalah)
h. Kos Pelaksanaan
i. Impak / Kesan kepada masalah dinyatakan
j. Pengiktirafan
k. Kesimpulan
l. Rangka Jadual Kerja
11. Penulisan hendaklah tidak melebihi 30 muka surat (tidak termasuk lampiran dan
rujukan).
12. Kulit hadapan dokumen hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut (dalam
HURUF BESAR):
a. Tajuk Amalan Terbaik
b. Nama Penuh
c. Kod dan Nama Sekolah
13. Panduan untuk Penyediaan dokumentasi:
a. Gunakan kertas A4
b. Gunakan font Times New Roman atau Arial
c. Saiz tulisan 16 bagi tajuk utama, 14 bagi sub tajuk dan 12 bagi penulisan
d. Gunakan selang 1.5 dan pastikan margin 2cm pada setiap sisi kiri kertas
e. Setiap penulisan perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja
f. Laras bahasa dan format penulisan perlu disemak sebelum menghantar
dokumentasi.
g. Setiap penulisan dokumentasi perlu disertakan bukti dan bahan sokongan yang
berkaitan
h. Isi kandungan penulisan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing
bersandarkan kepada penilaian oleh juri.

14. PANDUAN PENYEDIAAN SLAID PEMBENTANGAN

a) Calon dikehendaki menyediakan slaid pembentangan (power point sahaja) tidak


melebihi daripada 10 slaid yang menjelaskan kandungan dokumentasi yang telah
disediakan dan tidak termasuk slaid pertama sebagai pengenalan diri guru.
b) Calon WAJIB menyediakan tiga (3) salinan slaid pembentangan yang telah dicetak
untuk rujukan.
c) Penilaian slaid yang disediakan termasuk dalam pembentangan. Penilaian untuk slaid
adalah khusus dan termasuk dalam pembentangan dengan pemberatan 10 markah
sahaja

15. PENYERAHAN PENULISAN DAN DOKUMENTASI


Penulisan dan dokumentasi yang lengkap serta slaid pembentangan hendaklah dikemukakan
dalam tempoh tarikh 1-7 Ogos 2023, secara salinan lembut (soft copy) melalui pegawai meja
Unit Hal Ehwal Murid, di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

16. PEMILIHAN CALON PEMBENTANG


Setiap PPD memilih dan mengemukakan dua orang ( 2 ) calon pembentang
kertas terbaik dari daerah masing-masing untuk dihantar ke peringkat negeri.

17. SESI PEMBENTANGAN


15 orang peserta yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menyertai sesi
pembentangan dan penilaian dalam Kolokium Pendidikan yang akan diadakan pada 19-21
September 2023 secara dalam talian.
Sesi pembentangan adalah secara rakaman (pembentang perlu menyediakan video
pembentangan berdurasi 10 – 15 minit) manakala sesi soal jawab pula selama 5 minit secara
dalam talian.

18. ELEMEN PENILAIAN :


BIL PERKARA SKOR
1 Idea 20
2 Kreativiti 20
3 Kaedah Pelaksanaan 15
4 Impak 30
5 Pengiktirafan 5
6 Pendokumentasian 10
JUMLAH 100

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi pihak urus setia seperti berikut:

PN HJH ZURAIDAH BT ABDUL HADI - 016-9517817


PN IZLIN HANI BT MOHAMAD MOKHTAR - 012-5655233

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PENULISAN PELAPORAN


KATEGORI: AMALAN TERBAIK JPN/PPD
TAHUN 2023
1. Penyertaan terbuka secara individu atau berkumpulan (maksimum tiga (3) orang
satu kumpulan).
2. Amalan Terbaik yang telah berjaya memberi impak kepada peningkatan
kecekapan
dan mutu kerja serta kualiti perkhidmatan di JPN atau PPD.
3. Peserta dikehendaki menyediakan dan mengemukakan penulisan dan dokumentasi
yang lengkap serta slaid pembentangan.
4. Penulisan perlu mengandungi elemen berikut:

i. Nama calon
ii. Nama institusi
iii. Tajuk amalan terbaik
iv. Objektif amalan terbaik
v. Sinopsis/Ringkasan amalan terbaik : Terangkan dengan jelas amalan
terbaik yang ingin dikongsikan
vi. Kelebihan: Terangkan kelebihan amalan tersebut
vii. Isu/Masalah/cabaran : Terangkan cabaran-cabaran yang timbul semasa
pelaksanaan amalan tersebut
viii. Hasil: Terangkan hasil yang telah dicapai melalui pelaksanaan amalan tersebut

5. Penulisan hendaklah tidak melebihi 30 muka surat (tidak termasuk lampiran


dan
rujukan).

6. Kulit hadapan dokumen hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut (dalam


HURUF BESAR):
a) Tajuk Amalan Terbaik
b) Nama Penuh
c) Nama Institusi

7. PANDUAN UNTUK PENYEDIAAN DOKUMENTASI


a) Gunakan kertas A4
b) Gunakan font Times New Roman
c) Saiz tulisan 16 bagi tajuk utama, 14 bagi sub tajuk dan 12 bagi penulisan
d) Gunakan selang 1.5 dan pastikan margin 2cm pada setiap sisi kiri kertas
e) Setiap penulisan perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja
f) Laras bahasa dan format penulisan perlu disemak sebelum menghantar
dokumentasi kepada urusetia JPN.
g) Setiap penulisan dokumentasi perlu disertakan bukti dan bahan sokongan yang
berkaitan
h) Isi kandungan penulisan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing
bersandarkan kepada penilaian oleh juri.

8. PANDUAN PENYEDIAAN SLAID PEMBENTANGAN

a. Calon dikehendaki menyediakan slaid pembentangan (power point sahaja) tidak melebihi
daripada 10 slaid yang menjelaskan kandungan dokumentasi yang telah disediakan dan
tidak termasuk slaid pertama sebagai pengenalan diri guru.

b. Calon WAJIB menyediakan tiga (3) salinan slaid pembentangan yang telah dicetak untuk
rujukan.

c. Penilaian slaid yang disediakan termasuk dalam pembentangan. Penilaian untuk slaid
adalah khusus dan termasuk dalam pembentangan dengan pemberatan 10 markah sahaja

9. PENYERAHAN LAPORAN DAN DOKUMENTASI

Penulisan Amalan Terbaik dan dokumentasi yang lengkap beserta slaid


pembentangan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tarikh 1-7 Ogos 2023,
secara salinan lembut (softcopy) kepada pegawai meja Sektor Perancangan dan
Pengurusan PPD, JPN Perak.

10. PEMILIHAN CALON PEMBENTANG

15 orang peserta yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menyertai sesi Pembentangan
dan Penilaian dalam Kolokium Pendidikan Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 yang akan
diadakan pada 19-21 September 2023.
Sesi pembentangan adalah secara rakaman (pembentang perlu menyediakan video pembentangan
berdurasi 10 – 15 minit) manakala sesi soal jawab pula selama 5 minit secara dalam talian.

11. ELEMEN PENILAIAN :


BIL PERKARA SKOR
1 Idea 20
2 Kreativiti 20
3 Kaedah Pelaksanaan 15
4 Impak 30
5 Pengiktirafan 5
6 Pendokumentasian 10
JUMLAH 100

12. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi pihak urus setia:

i. Pn Sim Joan Meah - 012-5529232


ii. En Mohd Ezraf bin Mohd Lizan - 013-5949729

GARIS PANDUAN PENYERTAAN DAN PENYEDIAAN PENULISAN PELAPORAN


KATEGORI : KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN /
KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH FOKUS

GARIS PANDUAN A

KANDUNGAN PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


1. BUTIRAN PENGKAJI, TAJUK DAN ABSTRAK

BUTIRAN PENGKAJI
Nama
Tempat Bertugas
E-Mel

TAJUK
● Tajuk yang menggambarkan kandungan dan hala tuju kajian (Mengandungi isu
yang dikaji dan kata kerja yang berkaitan.) Pernyataan berorientasikan tindakan.

ABSTRAK
● Terdiri daripada 200-250 patah perkataan
● Mengandungi perkara berikut:
i. Latar belakang berkaitan isu yang dikaji di peringkat global/lokal;
ii. Kenyataan isu;
iii. Tujuan kajian/ fokus kajian;
iv. Metodologi iaitu kajian tindakan (termasuk model/ reka bentuk dan
penggunaan tindakan/ intervensi dalam kajian)
v. kumpulan sasaran
vi. instrumen kajian
vii. Hasil dapatan kajian
viii. Implikasi kajian/ kepentingan tindakan/intervensi.
● 5 kata kunci

2. PENDAHULUAN
2.1 Latar belakang
- Memberi gambaran menyeluruh tentang bidang kajian.
- Nyatakan tugas hakiki dan portfolio anda sebagai seorang pendidik.
- Perihalkan profil murid/ personel di bawah seliaan anda.
- Terangkan isu yang berlaku dalam amalan tugas hakiki anda sebagai pendidik.
- Nyatakan 2-3 kajian lepas yang menunjukkan isu yang berkaitan dengan isu
yang anda hadapi (cari rujukan literatur)

2.2 Pernyataan masalah


- Nyatakan masalah anda sebagai pendidik berkaitan isu di 1.1.4.
(refleksi kendiri tentang isi kandungan mata pelajaran dan isi kandungan
pedagogi serta pengalaman PdPc sendiri)
- Nyatakan masalah murid/ personel di bawah seliaan yang dikaji.
(Buktikan masalah wujud melalui data awal yang diperolehi, contoh, hasil kerja
murid)
- Nyatakan implikasi jika masalah tidak diatasi.
- Nyatakan justifikasi/ harapan terhadap kajian yang dicadangkan.
3. FOKUS KAJIAN

3.1 Pemilihan Fokus Kajian


- Menghuraikan fokus kajian yang berkaitan dengan pengalaman anda dan
relevan dengan keperluan murid.
- Menilai pemilihan fokus kajian berdasarkan kriteria berikut:
● Kebolehtadbiran (Berkeupayaan menangani masalah / isu yang dihadapi)
● Kepentingan (Perkongsian ilmu dan memberi nilai tambah pedagogi)
● Kebolehgunaan (boleh diaplikasi ke dalam bidang tugas guru)
● Kawalan (Bidang kajian berada dalam ruang lingkup kuasa guru untuk
bertindak termasuk murid, alatan PdP)
● Kolaborasi (Bantuan rakan guru/ sokongan pihak pentadbir sekolah)
● Kesesuaian kepada sekolah. (keperluan menangani masalah)
- Nyatakan apa isu yang anda ingin fokus dan peluang penambahbaikan
dengan jelas.
- Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah/ isu
secara terperinci.
- Menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai data untuk membuat refleksi
amalan PdP.
- Menyatakan perkaitan dan kerelevanan dengan masalah /isu.

3.2 Pengumpulan Data Awal


- Data awal seperti ujian diagnostik, temubual, buku latihan, rekod pencapaian
dan seumpamanya yang berkaitan dengan isu yang dikaji.
- Menunjukkan keprihatinan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Perhatian:
Ulasan literatur haruslah di gabung jalin sepanjang penulisan artikel.
Perkara-perkara berikut haruslah diberi perhatian dalam mengulas literatur:
● Ulasan literatur berkaitan isu kajian.
● Menghubungkaitkan artikel kajian tindakan dengan isu keprihatinan yang
telah dikenalpasti.
● Penggunaan sedutan kata (quotation)
● Penulisan rujukan menggunakan sistem APA terkini
Sekurang-kurangnya 10 sumber pembacaan berkaitan yang merangkumi
bahan-bahan daripada buku, jurnal, artikel ilmiah dari laman web yang sah,
tesis atau kajian terdahulu daripada universiti atau institut pengajian Tinggi
(IPT) lain.

3.3 Tindakan
Kerangka Konseptual Kajian
● Nyatakan model kajian tindakan yang digunakan (contoh: Kemmis &
McTaggart).
● Menghuraikan model penyelidikan tindakan.
● Memperincikan bahan atau sistem yang digunakan sebagai tindakan,
sekiranya ada (iaitu samada permainan, board game seperti sahiba,
monopoli dan seumpamanya)
- Menghuraikan proses menggunakan bahan yang dihasilkan atau
melaksanakan tindakan bagi membaiki isu murid dan amalan guru.
- Memperihalkan teori atau prinsip yang menjadi asas kepada tindakan
secara jelas.
- Membuat perkaitan dengan ulasan literatur yang relevan dengan tindakan
yang dilaksanakan secara jelas.

4. OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

4.1 Objektif
Perlu menulis secara spesifik pernyataan objektif yang berkaitan antara pengkaji
(guru) dan peserta kajian (murid).
● Objektif dapat menjawab isu kajian dan dapat diukur pada akhir kajian.
● Nyatakan aspek amalan yang hendak ditambah baik, berkaitan isu yang
dihadapi.
● Nyatakan aspek murid/ personel di bawah seliaan anda yang hendak
ditambah baik berkaitan isu yang dihadapi.

4.2 Persoalan kajian


Soalan kajian mestilah relevan dengan objektif kajian
● Perincikan objektif kajian dalam perspektif diri sendiri dalam bentuk
persoalan.
● Perincikan objektif kajian dalam perspektif murid/personel di bawah seliaan
dalam bentuk persoalan.

Perhatian:
Elakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan seperti mencari: “perbezaan”,
“perhubungan”, “keberkesanan” dalam pernyataan objektif kerana perkataan
sedemikian tidak menggambarkan konsep Penyelidikan Tindakan. Pernyataan
hipotesis null dan alternatif tidak sesuai dinyatakan dalam kajian.

4.3 Batasan kajian


- Nyatakan bahawa dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasi.
- Semua data yang diperoleh adalah berdasarkan kepada amalan dalam bilik
darjah sendiri
- Semua responden kajian adalah murid sendiri/ personel yang berada di bawah
sediaan diri sendiri sahaja.

5. PESERTA KAJIAN.
Nyatakan profil peserta kajian: murid/ personel yang terlibat dalam kajian ini.
(Bilangan, jantina, lokasi, sekolah dan kelas, prestasi akademik dan ciri-ciri lain
yang bersesuaian peserta kajian)

6. METODOLOGI KAJIAN
- Pendekatan yang diguna, sama ada pendekatan kuantitatif atau pendekatan
kualitatif dalam pengumpulan data.

- Perancangan Pelaksanaan Kajian


i. Langkah-langkah tindakan.
● Memperincikan langkah-langkah/ aktiviti tindakan dengan jelas
● Berikan rasional terhadap tindakan yang dicadangkan.

ii. Perancangan Kaedah mengumpul Data.


● Nyatakan kaedah pengumpulan data untuk menjawab soalan kajian.
Contoh, pemerhatian, temu bual, instrumen yang diguna.
● Nyatakan instrumen yang digunakan dengan terperinci.

iii. Perancangan Cara menganalisis Data.


● Cara analisis data mesti sesuai dengan jenis data yang dikumpul dan perlu
dijelaskan.
Contoh: analisis secara deskriptif menggunakan kekerapan (bilangan dan/atau
Peratusan) atau analisis bertema dalam memberi makna kepada data.

7. DAPATAN KAJIAN
- Mempersembahkan dapatan kajian dalam bentuk yang sistematik- dapatan
kajian dibincangkan dengan tepat, jelas dan terperinci untuk menjawab semua
soalan kajian.
- Menyatakan bukti dari pelbagai sumber data yang amat relevan untuk
menyokong dapatan kajian.
- Data kuantitatif dan kualitatif dibincang dalam cara yang saling sokong
menyokong antara satu sama lain.

8. RUMUSAN, REFLEKSI DAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


- Membincangkan dapatan kajian dengan unsur refleksi. Berdasarkan Refleksi,
- Nyatakan faktor kejayaan/kegagalan intervensi anda. Bahaskan dapatan anda
dengan membandingkan dengan dapatan kajian lepas (tinjauan literatur).
- Menghubungkaitkan dapatan kajian dengan kajian literatur dengan kritis dan
menilai tindakan yang diambil secara kritis (tinjauan literatur).
- Cadangan untuk tindakan susulan dan kajian lanjutan dibincang dengan jelas.

9. KESIMPULAN
- Rumuskan dapatan secara keseluruhan dan kaitkan dengan outcome yang
berkaitan dengan teori/ situasi di peringkat global.
- Nyatakan apakah implikasi kajian tindakan ini kepada Perkembangan /
pembangunan profesionalisme kerjaya anda, kepada sekolah/sistem pendidikan
secara umum yang terkandung dalam Aspirasi PPPM 2013-2025 dll.
- Berikan cadangan untuk menambah baik amalan anda sebagai seorang pendidik.

10. RUJUKAN
- Senaraikan 6-8 rujukan kajian lepas (tahun 2013-2023) daripada pelbagai sumber
merangkumi jurnal, buku dan sumber dalam talian yang boleh dipercayai.
- Senaraikan 1 rujukan teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji.
- Susun mengikut urutan abjad.

11. LAMPIRAN 1
- Lampirkan catatan pembudayaan kajian tindakan

Nota Penting:
Keseluruhan laporan ini adalah antara 3,000-5,000 patah perkataan sahaja.

GARIS PANDUAN B

FORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

1. Artikel ditulis sama ada dalam bahasa Melayu.

2. Panjang artikel mestilah antara 3,000 hingga 5,000 patah perkataan mengikut
th
format berdasarkan sistem penulisan American Psychological Association 7
Edition (APA). Wajib ditaip di atas kertas bersaiz A4 dalam jarak langkau 1.0
(single spacing) menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.

3. Artikel ditaip dalam format MS Words menggunakan jidar berikut:


a) atas: 2.54 cm/1 inci
b) bawah: 2.54 cm/1 inci
c) kiri: 2.54 cm/1 inci
d) kanan: 2.54 cm/1 inci

4. Tajuk artikel perlulah ringkas dan padat. Nama penuh penulis artikel diletakkan di
bawah tajuk beserta nama institusi yang diwakili. Format bagi maklumat ini
adalah seperti berikut:
a) Tajuk artikel:
• saiz: 12
• bold dan uppercase
• centered
b) Nama penulis dan gelaran:
• saiz: 10
• bold dan uppercase
• centered
c) Nama institusi:
• saiz: 10
• bold dan title case
• centered
d) Alamat e-mel:
• saiz: 9
• italic
• Centered
5. Abstrak merupakan sinopsis artikel yang padat, ringkas dan merangkumi
aspek permasalahan, objektif, kaedah, dapatan dan kesimpulan. Jika artikel
ditulis dalam bahasa Melayu, maka abstrak turut ditulis dalam bahasa Melayu
dan sebaliknya. Format bagi penulisan abstrak adalah seperti berikut:
a) 200-250 patah perkataan
b) format italic
c) bersaiz 10
d) justified
6. perlu memberikan lima (5) kata kunci dan diletakkan di bawah abstrak. Tajuk
kata kunci perlu ditulis menggunakan saiz 10 dan format normal, manakala
perkataan bagi kata kunci mestilah italic, bersaiz 10 dan justified.

7. Bahagian dalam artikel perlu mengandungi kandungan seperti di Garis Panduan


A. Tajuk bagi setiap bahagian artikel di atas perlu ditulis dalam format bold, huruf
bersaiz 12 dan centered.

8. Teks artikel pula hendaklah ditulis menggunakan format normal dalam jarak
langkau 1.0 (single spacing), huruf Times New Roman bersaiz 12 dan justified.

9. Setiap jadual dan rajah perlu merujuk terlebih dahulu sebelum dipersembahkan
dan diikuti dengan keterangan berkaitan jadual dan rajah tersebut. Jadual dan
rajah hendaklah lengkap, ringkas dan jelas serta diberikan tajuk yang
bersesuaian.
10. Jadual atau rajah hendaklah dinomborkan secara teratur seperti Jadual 1, Jadual
2 dan seterusnya atau Rajah 1, Rajah 2 dan seterusnya. Tajuk bagi jadual dan
rajah perlu ditulis di atas jadual dan rajah.

11. SPESIFIKASI JARAK

Penulis juga dimohon untuk mematuhi format berikut dalam penulisan jurnal:
a) nama penulis diletakkan di bawah tajuk artikel dengan disilangkan satu
baris;
b) maklumat institusi penulis diletakkan di bawah nama penulis;
c) jarak di antara subjudul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah satu
baris;
d) jarak di antara subjudul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu
baris;
e) jarak di antara perenggan ialah satu baris;
f) permulaan subjudul dari jidar kiri;
g) permulaan baris pertama perenggan dengan jarak dari jidar kiri;
h) jarak di antara ayat terakhir dengan jadual, rajah atau ilustrasi ialah satu
baris; dan
i) jarak langkau teks 1.0.

12. RUJUKAN

Semua rujukan yang disebut dalam teks mestilah disenaraikan. Senarai rujukan
tidak boleh mengandungi sumber-sumber yang tidak dirujuk dalam artikel.
Senarai rujukan yang lengkap hendaklah menggunakan sistem penulis – tahun
(author - date) mengikut abjad. Senarai rujukan hendaklah diletakkan di bahagian
akhir sebuah artikel. Gaya penulisan rujukan adalah mengikut American
Psychological Association (APA) 7th Edition. Rujukan pula ditulis menggunakan
format normal, bersaiz 12 dan justified.
13. HAK CIPTA

Semua artikel yang diterbitkan dalam Buku Persidangan Kajian Tindakan JPN
Perak adalah menjadi hak milik mutlak JPN Perak. JPN Perak berhak
menerbitkan semula artikel ini dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah.

14. PENYERAHAN ARTIKEL

Artikel yang lengkap hendaklah dikemukakan dalam tempoh tarikh 1-7 Ogos
2023, secara salinan lembut (soft copy) melalui pegawai meja Sektor
Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

15. PEMILIHAN CALON PEMBENTANG


Setiap PPD memilih dan mengemukakan empat orang ( 4 ) calon pembentang
artikel terbaik dari daerah masing-masing untuk dihantar ke peringkat negeri .

16. 15 orang peserta yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menyertai
Sesi Pembentangan dan Penilaian secara dalam talian dalam Kolokium
Pendidikan yang akan diadakan pada 19-21 September 2023.Sila rujuk Panduan
Persediaan Pembentangan Kertas seperti di Lampiran.

17. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi pihak urus setia seperti berikut:

Kategori Kajian Tindakan Pendidikan: -

i. Pn Sim Joan Meah - 012-5529232


ii. En Mohd Ezraf bin Mohd Lizan - 013-5949729

Kategori Kajian Tindakan Sekolah Fokus: -


i. En. Noor Azman bin Azizi - 012-4579040

Lampiran

PANDUAN PERSEDIAAN PEMBENTANGAN KERTAS KAJIAN TINDAKAN

i. Persediaan pembentang dibantu oleh JU Kajian Tindakan


i. Pemilihan calon pembentang

a. Pusingan 1

Pemilihan di peringkat daerah


Memilih dan menghantar dua orang (2) calon pembentang artikel terbaik
kategori sekolah rendah dan dua orang (2) calon pembentang artikel terbaik
kategori sekolah menengah untuk dihantar ke peringkat negeri.

b. Pusingan 2

Pemilihan peringkat negeri


Memilih lima belas orang (15) calon pembentang artikel terbaik daripada 48
pembentang artikel yang dicalonkan oleh 12 PPD

ii. Pembentang
Sebelum Pembentangan
 Pembentang menyediakan rakaman pembentangan dan abstrak
pembentangan dalam buku Program kolokium.
 Pembentang perlu menghantar penulisan artikel yang lengkap untuk tujuan
percetakan Jurnal Penyelidikan Pendidikan.

Semasa Pembentangan
 Sesi pembentangan adalah secara rakaman manakala sesi soal jawab adalah
selama 5 minit secara talian.
PENILAIAN KERTAS PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Kajian:
Pembentang :
Bilik Selari :
PENILAIAN KERTAS PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN (100%)

AMAT CEMERLANG MARKAH MARKAH


BIL KRITERIA RUBRIK KAJIAN ASAS / LEMAH SEDERHANA KEPUJIAN CEMERLANG
PENUH PENILAI
1 0.0-2.4 2.5-2.9 3.0-3.7 3.8-4.5 4.6-5.0
TAJUK DAN
a Tajuk menggambarkan kandungan dan Tajuk tidak jelas Tajuk kurang jelas Tajuk agak jelas Tajuk jelas Tajuk sangat jelas
ABSTRAK
hala tuju kajian. Pernyataan berorintasikan
tindakan.
b Tujuan kajian/ Fokus kajian Sebahagian perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian
c Model/ reka bentuk dan penggunaan dinyatakan dengan dinyatakan dengan dinyatakan dinyatakan dengan dinyatakan 5
tindakan/ intervensi dalam kajian tidak jelas kurang jelas dengan agak jelas jelas dengan amat jelas
d Kumpulan sasaran/ peserta kajian
e Instrumen kajian
f Hasil dapatan kajian
g Implikasi kajian/ kepentingan tindakan/
intervensi
2 PENDAHULUAN 0.0-7.4 7.5-8.9 9.0-11.2 11.3-13.4 13.5-15.00
Pengenalan a Dapat memberi gambaran menyeluruh Sebahagian perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian
Konteks tentang bidang kajian dan dapat dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan
Refleksi menghuraikan maklumat tentang pengkaji, tidak jelas kurang jelas agak jelas jelas amat jelas
Pengajaran dan mata pelajaran yang diajar, isi kandungan
Pembelajaran pedagogi, huraian am murid dan sekolah.
b Membuat refleksi kendiri tentang 15
pengalaman PdPc sendiri.
c Menganalisis andaian/ nilai/ kepercayaan
dan jurang di antara nilai dan amalan PdPc
yang dilaksanakan.

Dapat membuktikan masalah wujud


melalui data awal yang diperolehi.
3 FOKUS KAJIAN 0.0-7.4 7.5-8.9 9.0-11.2 11.3-13.4 13.5-15.00 15
Pemilihan Fokus. a Mengenal pasti, menghuraikan dan Sebahagian perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian
Kajian peluang penambahbaikan yang jelas dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan
Pengumpulan Data berkaitan pengalaman pengkaji dan tidak jelas kurang jelas agak jelas jelas amat jelas
Awal. relevan dengan keperluan murid serta
Tindakan. merujuk kepada literatur yang releven dan
berkredibiliti.
b Dapat menilai pemilihan fokus kajian dari
segi
● Kebolehtadbiran
● Kepentingan
● Kebolehgunaan
● Kawalan
● Kolaborasi
● Kesesuaian kepada sekolah
c Dapat menghuraikan model penyelidikan
dengan tepat, proses menggunakan bahan
atau sistem sebagai tindakan dan huraian
proses dinyatakan dalam memperbaiki
amalan murid dan pengkaji.

Dapat menghuraikan model/ prinsip yang


menjadi asas kepada tindakan

Dapat membuat perkaitan ulasan literatur


dengan tindakan
4 OBJEKTIF DAN 0.0-2.4 2.5-2.9 3.0-3.7 3.8-4.5 4.6-5.0
SOALAN KAJIAN
  a Objektif kajian dinyatakan berdasarkan Perincian hanya Semua perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian
perkara berikut dinyatakan tanpa dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan
● Fokus huraian yang jelas kurang jelas agak jelas jelas amat jelas
● Tindakan 5
● Pencapaian tindakan

b Soalan kajian releven dengan objektif


kajian

5 PESERTA KAJIAN 0.0-2.4 2.5-2.9 3.0-3.7 3.8-4.5 4.6-5.0


a Menyatakan ciri-ciri seperti Sebahagian perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian, Semua perincian,
● Bilangan dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan dengan jelas jadual amat jelas
● Jantina tidak jelas kurang jelas agak jelas
● Kelas/ jawatan 5
● Prestasi akademik

atau ciri-ciri yang bersesuaian


Peserta Kajian
6 PERLAKSANAAN 0.0-9.9 10-11.9 12-14.9 15-17.9 18-20
KAJIAN a Dapat memperincikan langkah-langkah/ Sebahagian perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian
Langkah-langkah aktiviti tindakan (PdPc). dibincangkan dengan dibincangkan dibincangkan dinyatakan dan dinyatakan dan
Tindakan. b Dapat memberi rasional terhadap tindakan tidak jelas dengan kurang jelas dengan agak jelas dibincangkan
Kaedah dibincangkan
yang dicadangkan. dengan jelas
Mengumpul Data. dengan amat jelas
c Kaedah pengumpulan data yang sesuai
Kaedah
untuk menjawab soalan kajian. 20
Menganalisis Data.
d Instrumen kajian dijelaskan pada teks atau
lampiran.
e Tatacara analisis data adalah tepat dengan
objektif dan soalan kajian serta sesuai
dengan jenis data yang dikumpul.
f Dapat menginterpretasikan semua data
7 DAPATAN 0.0-7.4 7.5-8.9 9.0-11.2 11.3-13.4 13.5-15.00
a Dapatan kajian dapat dibincangkan dengan Sebahagian perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian, Semua perincian,
tepat, jelas dan terperinci untuk menjawab dihuraikan dengan dihuraikan dengan dihuraikan dengan jadual dan data jadual dan data
semua soalan kajian. tidak jelas kurang jelas agak jelas dihurai dengan jelas dihurai dengan 15

b Dapat menyertakan bukti daripada amat jelas


Jadual dan data tidak Jadual dan data Jadual dan data
pelbagai sumber data yang relevan untuk
menyokong dapatan kajian. jelas kurang jelas agak jelas
c Dapatan kajian dapat dipersembahkan
dalam bentuk yang sesuai dan sistematik.
8 REFLEKSI DAN 0-4.9 5.0-5.9 6.00-7.4 7.5-8.9 9-10
CADANGAN Dapat membincangkan dapatan kajian dengan Sebahagian perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian Semua perincian
TINDAKAN
unsur refleksi. dibincangkan dengan dibincangkan dibincangkan dinyatakan dan dinyatakan dan
SUSULAN
tidak jelas dengan kurang jelas dengan agak jelas dibincangkan dibincangkan
Dapat menghubungkaitkan dapatan kajian
dengan jelas
dengan kajian literatur dengan kritis dengan amat jelas
Dapat membuat justifikasi antara andaian, nilai 10
atau kepercayaan diri dengan amalan pedagogi
terdahulu dengan kritis.

Dapat menilai tindakan yang diambil dengan


kritis
0-4.9 5.0-5.9 6.00-7.4 7.5-8.9 9-10
9 PENGOLAHAN, Mempunyai rujukan yang berkaitan dan Rujukan tidak lengkap Rujukan kurang Rujukan agak Rujukan lengkap Rujukan amat
PENULISAN DAN relevan dengan tajuk kajian. dan tidak mengikut lengkap tetapi tidak lengkap dan dan mengikut format lengkap dan
RUJUKAN Ditulis mengikut peraturan ilmiah yang format APA 7. mengikut format mengikut format APA 7. mengikut format
diiktiraf (spt format APA 7). APA 7. APA 7. APA 7.
Pengolahan isi dan urutan idea. Pengolahan isi dan Pengolahan isi dan
Penggunaan bahasa dalam penulisan ilmiah urutan idea yang tidak Pengolahan isi dan Pengolahan isi urutan idea yang Pengolahan isi
Pengaplikasian etika penyelidikan dalam baik. urutan idea yang dan urutan idea baik. dan urutan idea
penulisan kurang baik. agak baik. yang amat baik.
Penggunaan bahasa Penggunaan bahasa 10
tidak sesuai dan tidak Penggunaan bahasa Penggunaan sesuai dan tepat Penggunaan
tepat dengan penulisan yang kurang sesuai bahasa agak dengan penulisan bahasa amat
ilmiah. dan kurang tepat sesuai dan agak ilmiah. sesuai dan amat
dengan penulisan tepat dengan tepat dengan
Tidak dapat ilmiah. penulisan ilmiah. Dapat mengaplikasi penulisan ilmiah.
mengaplikasi dengan Kurang Dapat dengan baik etika Dapat
baik etika mengaplikasi mengaplikasi penyelidikan dalam mengaplikasi
penyelidikan dalam dengan baik etika dengan agak baik penulisan. dengan amat baik
penulisan penyelidikan dalam etika penyelidikan etika penyelidikan
penulisan dalam penulisan. dalam penulisan.
100%

Ulasan Panel Penilai :

Tandatangan Panel Penilai:

Anda mungkin juga menyukai