Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


Anak-anak yang dikasihi sekalian,

Mudah-mudahan anak-anak semua berada dalam keadaan sihat dan ceria serta terus fokus untuk
menjadi insan cemerlang di masa hadapan. Niat untuk berjaya serta kesungguhan untuk terus
berusaha merupakan asas untuk mencapai apa yang dihajati dalam kehidupan kita sekarang ini.

Anak-anak sekarang berada dalam fasa awal sesi 2023/24. Sepatutnya anak-anak telah berazam
untuk berusaha bersungguh-sungguh sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Gunalah masa sebaik-baiknya di sekolah untuk memenuhkan diri anak-anak dengan ilmu
pengetahuan yang berguna agar dapat membantu anak-anak dalam membina kehidupan dalam
zaman yang serba mencabar kini.

Apakah kepentingan menuntut ilmu? Inilah persoalan yang perlu kita fahami dan sedari sebagai
seorang pelajar. Ilmu boleh diibaratkan sebagai pelita yang menerangi jalan kehidupan kita,
terutamanya dalam mendepani arus pemodenan yang serba mencabar akal dan fikiran manusia.
Antara kelebihan menuntut ilmu ialah,
1. Pelajar dapat melanjutkan pelajaran dengan menguasai ilmu pengetahuan.
- Seorang pelajar semestinya ingin belajar sehingga ke peringkat tertinggi mengikut
minat dan kemampuan masing-masing. Contohnya, seorang pelajar Tingkatan 5 yang
menduduki SPM akan berusaha untuk lulus dengan baik dalam semua subjek,
terutamanya Bahasa Melayu dan Sejarah supaya dapat melanjutkan pelajaran ke IPT.

2. Membantu pelajar mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.


- Ini adalah kerana sesuatu pekerjaan yang baik pastinya memerlukan tenaga kerja
yang pakar dan mahir dalam bidang tersebut.

3. Membantu para pelajar menyelesaikan masaalah dalam kehidupan seharian


- Dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, ilmu tersebut dapat dimanfaatkan
bagi penyelesaian masaalah yang sering membelenggu diri seperti masaalah dalam
pembelajaran, masaalah social dan masaalah agama. Segala ilmu yang telah dipelajari
boleh digunakan untuk memikirkan jalan penyelesaian terbaik.

Sesungguhnya, ilmu pengetahuan amat membantu seseorang bagi memastikan urusan


sehariannya berjalan dengan lancer walau di mana jua ia berada.

Semoga semua yang dikongsikan ini dapat sedikit sebanyak membantu anak-anak dalam
menentukan sasaran yang perlu dicapai . Percayakan potensi diri anak-anak masing-masing dan
kita akan berjaya di masa hadapan. “Stay positive and believe yourself”

Sekian terima kasih. Selamat maju jaya.

Anda mungkin juga menyukai