Anda di halaman 1dari 19

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MENYUMBANG KE ARAH

PENINGKATAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Haryati Shafii (Ph. D)


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstrak

Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan kerana sistem


pendidikan akan melatih tenaga manusia bagi tujuan
pembangunan. Pendidikan alam sekitar sama ada secara formal
dan tidak formal merupakan kaedah yang dapat menyelesaikan
masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah daripada
timbulnya masalah baru. Kertas ini membincangkan bagaimana
pendidikan alam sekitar yang boleh diajar di peringkat sekolah
boleh melahirkan warga yang celik alam sekitar dan mencintai
alam sekitar dapat menyumbang dan seterusnya meningkatkan
kualiti hidup masyarakat. Pendidikan alam sekitar merupakan
aktiviti sepanjang hayat dan bersifat multidisiplin. Pendekatan
dan pengisian dalam pendidikan alam sekitar mengandungi 3
aspek iaitu pendekatan melalui Pendidikan Mengenai Alam
Sekitar, Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar dan Pendidikan
Untuk Alam Sekitar. Perkembangan pendidikan alam sekitar
sejak akhir-akhir ini diasaskan kepada kemampanan alam
sekitar penting bagi mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan
pendidikan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan kualiti
hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

PENGENALAN

Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan kerana sistem pendidikan


merupakan satu proses yang berterusan bagi melatih tenaga manusia
untuk tujuan pembangunan. Sesuatu proses pembelajaran yang berjaya
akan melahirkan individu dan masyarakat yang peka, intelek, aktif,
memahami serta mampu mengenal pasti sesuatu perkara sama ada baik
ataupun buruk. Pendidikan merupakan agen perubahan yang paling
berpengaruh dalam masyarakat/kehidupan kerana mampu membawa
perubahan kepada masyarakat daripada mundur dan terkebelakang
kepada sebuah masyarakat yang maju dan bertamadun. Melalui
pendidikan juga, khasnya pendidikan alam sekitar akan dapat melahirkan

56
masyarakat yang mampu memahami hubungan antara persekitaran
manusia dan persekitaran fizikal. Kemampuan memahami interaksi ini
adalah amat penting kerana kedua-dua persekitaran adalah saling
berkaitan, kerana sebarang kacau ganggu yang berlebihan terhadap
persekitaran fizikal akan memberi impak terhadap persekitaran manusia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia adalah merupakan


suatu pendidikan yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah menggariskan beberapa matlamat yang terkandung di
dalam falsafahnya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada
Lima Rukun Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Selaras
dengan itu, pendidikan alam sekitar juga termaktub dan selaras bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.

Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di Persidangan


UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan meliputi segala aktiviti
pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan komuniti serta apa-apa
aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk populasi manusia yang peka
dan mengambil berat terhadap alam sekitar dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya (Moseley 2000). Selain itu juga, pendidikan alam
sekitar adalah berhasrat untuk membentuk populasi manusia yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap, motivasi dan komitmen untuk
bekerja secara individu dan kolektif dalam menyelesaikan masalah
persekitaran pada masa kini dan mencegah masalah baru daripada
muncul. O Riodan (1981) berpendapat bahawa pendidikan alam sekitar
mempunyai persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang
tujuannya adalah untuk membina komitmen dan tanggungjawab sosial
yang berteraskan pandangan holistik tentang hubungan manusia dan
alamnya.

Pada asasnya kepentingan dan peranan pendidikan dalam alam sekitar


telah banyak diutarakan dan diketengahkan dalam persidangan sama ada
di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Umpamanya dalam
Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar
dan Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil, Persidangan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Persekitaran Manusia

57
(UNCHE) di Stockholm, Sweden 1972, UNESCO dan sebagainya. Inti pati
kepada persidangan ini adalah menekankan keperluan kepada penjagaan,
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar daripada kemerosotan
akibat pembangunan manusia.

Situasi ini diperkuatkan lagi dengan terbitnya laporan Brundtland pada


April 1987 yang menyarankan negara-negara dunia supaya menerapkan
pendekatan baru dalam pengurusan alam sekitar melalui pendekatan
pembangunan berterusan. Pendekatan alam sekitar dewasa ini melihat
perlunya pengurusan alam sekitar melalui konsep pembangunan
berterusan (sustainable development) yang didefinisikan sebagai;

Pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa


menjejaskan keperluan masa depan untuk memenuhi
keperluan mereka

Prinsip tersebut didasari oleh lapan prinsip telah pun diterapkan oleh
Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam rangka strategi pengurusan alam
sekitar di negara ini. Selain daripada itu, kepentingan pendidikan dalam
menuju pembangunan lestari turut diberi perhatian dalam Agenda 21 yang
merupakan pelan tindakan hasil daripada Persidangan di Rio de Janeiro
dalam tahun 1992.

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA

Di Malaysia pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan


dalam konteks pembangunan lestari yang bertunggakkan pembangunan
ekonomi, pembangunan sosial dan perlindungan alam sekitar.
Pembangunan lestari tidak akan tercapai sekiranya satu daripada tunggak
ini dikompromikan. Oleh yang demikian, Dasar Alam Sekitar Negara
(DSN) telah diwujudkan untuk mengambil kira penggabungan ketiga-tiga
tunggak ini. Rajah 1 menunjukkan Dasar Alam Sekitar Malaysia yang
mengutarakan kepentingan kemajuan ekonomi, sosial dan kebudayaan ke
arah pembangunan lestari dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti
hidup masyarakat dan alam sekitar negara.

58
Kemajuan Ekonomi, Sosial
&
Kebudayaan

Pembangunan
Lestari

Meningkatkan Kualiti Hidup


& Alam Sekitar

Rajah 1: Dasar Alam Sekitar Malaysia

Agenda 21: Konsep Kesejahteraan Alam Sekitar Melalui Pendidikan


Dan Kesedaran Terhadap Alam Sekitar

Bagi memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dan lebih baik tentang
konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari dan sikap
prihatin terhadap alam sekitar, pendidikan dan kesedaran terhadap alam
sekitar akan digalakkan secara menyeluruh dengan penggabungan
penyebaran maklumat dan latihan, serta selaras dengan cadangan-
cadangan dalam Agenda 21.

Dalam Agenda 21, isu pendidikan alam sekitar telah diberi tumpuan utama
dalam Chapter 36. Melalui Chapter 36 ini, perkara utama yang
dibincangkan ialah bagaimana untuk mengorientasikan semula sistem
pendidikan alam sekitar ke arah pengkhususan, pengawasan dan
pembangunan berterusan (Nasaruddin 1993). Di samping itu juga,
penekanan diberikan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan kepekaan
orang awam terhadap alam sekitar serta memperkenalkan latihan-latihan
tertentu bagi pengurusan dan pengawalan terhadap alam sekitar.

Jadual 1: Pendidikan dan Kesedaran yang Selaras Dengan Agenda 21

1.1. Pendidikan alam sekitar yang 1.2.Alam sekitar dan pembangunan


formal dan tidak formal yang akan diintegrasikan dalam aktiviti
menyeluruh dan strategi latihan serta pendidikan dari peringkat sekolah
program penyebaran maklumat akan hingga pendidikan tinggi. Kaedah dan
dirumus dan diperkenalkan. bahan yang sesuai akan diwujudkan
untuk program pendidikan alam sekitar.

59
1.3. Pusat kecemerlangan kebangsaan 1.4. Kurikulum pendidikan di semua
akan didirikan untuk penyelidikan dan peringkat akan dikaji semula untuk
pendidikan antara disiplin dalam memastikan pendekatan pelbagai
bidang alam sekitar dan pembangunan disiplin dan isu-isu alam sekitar dan
akan didirikan dengan tujuan pembangunan.
memperkukuh keupayaan negara
dalam bidang yang berkaitan.
1.5. Aktiviti pendidikan tidak formal 1.6. Perkembangan maklumat untuk
akan digalakkan di peringkat tempatan orang awam mengenai alam sekitar dan
dan kebangsaan. Aktiviti ini akan pembangunan akan disediakan dan
melibatkan secara langsung dengan akan merangkumi penggunaan
kumpulan sokongan sosial, dan teknologi maklumat, multimedia dan
mengiktiraf peranan penting yang lain-lain kaedah pandang dengar.
dimainkan oleh unit keluarga dalam Forum awam dan ilmiah untuk
menyemai sikap positif terhadap alam membincangkan isu alam sekitar dan
sekitar. pembangunan akan digalakkan.
1.7. Aktiviti seni dan kebudayaan yang 1.8. Peranan media dalam menyebar
mengandungi mesej positif yang maklumat alam sekitar akan
berkaitan dengan alam sekitar dan dipergiatkan. Bidang kewartawanan
pembangunan akan digalakkan. alam sekitar khususnya dan persatuan
wartawan alam sekitar akan diberi
pengiktirafan dengan tujuan
mempertingkatkan kualiti pelaporan
maklumat alam sekitar.
1.9. Hubungan kerjasama dengan 1.10. Isu alam sekitar dan
media, industri hiburan dan pembangunan akan diintegrasikan ke
pengiklanan akan digalakkan untuk dalam aktiviti pertubuhan-pertubuhan
menggembleng pengalaman mereka termasuk persatuan profesional,
ke arah membentuk tingkah laku dan kesatuan sekerja dan pertubuhan
pola penggunaan orang awam. kebajikan. Penyebaran maklumat dan
latihan akan diperkembangkan
merangkumi pembuat keputusan
pekerja dan majikan.
1.11. Program latihan tenaga manusia
akan direka bentuk untuk
membolehkan pelatih menangani
masalah alam sekitar dan
pembangunan.

Sumber: Dasar Alam Sekitar Negara 2002


(http://www.doe.gov.my/en/content/buku-dasar-alam-sekitar-negara)

60
Di peringkat nasional pula, Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
yang berlangsung pada 12 Oktober 1989 di Langkawi, telah memeterai
Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar. Deklarasi Langkawi telah
menetapkan satu ketetapan yang dicapai oleh negara-negara berkenaan
untuk bertindak secara bersama bagi menyelamatkan alam sekitar
daripada kemusnahan. Antara tindakan yang telah dipersetujui bersama
adalah untuk merancang dan melaksanakan satu program pendidikan
yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar (Kementerian Pendidikan
Malaysia 1998). Melalui pendidikan alam sekitar akan dapat
meningkatkan kemahiran dan sikap terhadap isu-isu alam sekitar serta
membolehkan seseorang individu mengambil bahagian dalam usaha-
usaha melindungi dan memulihara alam sekitar secara aktif.

KONSEP DAN ASAS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Di Malaysia pendidikan alam sekitar boleh diperoleh sama ada melalui


pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Ianya merupakan aktiviti
sepanjang hayat dan bersifat multidisiplin. Sebagaimana yang digariskan
dalam tiga matlamat utama (UNESCO 1980), pendidikan alam sekitar
melibatkan kewajipan seperti kesediaan untuk melibatkan diri sebagai
anggota komuniti, kebolehan untuk memperdebatkan polisi awam dan
kesediaan untuk memberi sumbangan untuk kepentingan orang lain. Tiga
matlamat utama pendidikan alam sekitar (UNESCO 1980) iaitu;

1. Memberi kesedaran tentang saling bergantungan antara sistem


ekonomi, sosial, politik dan ekologi di kawasan bandar dan luar
bandar;
2. Memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapatkan
pengetahuan, membina nilai, sikap dan komitmen serta kemahiran
yang diperlukan untuk memelihara dan memperbaiki keadaan alam
sekitar;
3. Membentuk sikap yang baru dalam diri individu, kumpulan dan
masyarakat dalam menangani permasalahan alam sekitar;

Tiga matlamat yang dinyatakan di atas ternyata selaras dengan konsep


Celik Alam Sekitar atau Environment Literacy (Moseley 2000). Sikap
Celik Alam Sekitar terbina dalam tiga peringkat iaitu Celik Alam Sekitar

61
Nominal (Nominal Environment Literacy), Celik Alam Sekitar Fungsian
(Functional Environment Literacy) dan Celik Alam Sekitar Operasi
(Operational Environment Literacy). Secara rumusnya, setiap satu
peringkat tersebut mempunyai maksud yang berbeza baik daripada segi
keupayaan istilah mahupun dalam menjelaskan tentang sesuatu isu.
Walau bagaimanapun, matlamat akhirnya adalah berasaskan teori yang
bermula dengan kesedaran, mengambil berat, memahami dan akhirnya
mengambil sesuatu tindakan.

Seseorang yang hanya sedar mengenai persekitarannya belum lagi boleh


dikatakan sebagai seorang yang celik alam sekitar. Ianya haruslah
melibatkan pemahaman seseorang individu tentang bahaya kerosakan
atau pencemaran alam sekitar dan mampu untuk menjelaskan kepada
orang lain tentang isu tersebut. Seterusnya dapat mempraktiskannya
dalam bentuk tingkah laku yang boleh membantu mengurangkan masalah
pencemaran, umpamanya melakukan amalan kitar semula bagi
mengurangkan lambakan sampah sarap, berkongsi kereta bagi
mengurangkan pencemaran udara, menjimatkan parking, kereta,
mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

PENDEKATAN, PENGISIAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Tilbury (1995) mengemukakan tiga pendekatan yang boleh diambil dalam


pendidikan alam sekitar iaitu berkenaan dengan Pendidikan Mengenai
Alam Sekitar; Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar; dan Pendidikan Untuk
Alam Sekitar. Pendekatan ini setiap satunya mempunyai pengisian dan
objektif yang khusus bagi memberi pendidikan alam sekitar kepada
masyarakat. Ketiga-tiga pendekatan tersebut adalah menerangkan
berkaitan;

1. Pendidikan Mengenai Alam Sekitar (Education about the


environment) berfokuskan kepada pengetahuan, kesedaran dan
pemahaman tentang interaksi manusia dan alam sekitar. Ianya
biasa digunakan dalam kurikulum sains dan geografi, iaitu alam
sekitar menjadi tajuk atau tema yang diperbincangkan.
2. Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar (Education in the environment)
Pendekatan ini lebih berpusatkan pelajar dan melibatkan
pembelajaran berasaskan aktiviti. Ia melibatkan penglibatan

62
langsung pelajar dalam persekitaran tertentu misalnya melalui kerja
lapangan di hutan atau lawatan ke tapak pelupusan sampah.
3. Pendidikan Untuk Alam Sekitar (Education for the environment).
Pendekatan ini memberi fokus kepada matlamat memperbaiki dan
memelihara alam sekitar. Ia juga cuba membina rasa
tanggungjawab terhadap alam sekitar serta menggalakkan
penglibatan aktif dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.

Perkembangan pendidikan alam sekitar pada masa kini telah


memperlihatkan penekanan terhadap pendidikan untuk kelestarian alam.
Bagi mencapai matlamat kelestarian alam tersebut, ketiga-tiga pendekatan
yang dibincangkan di atas adalah praktikal dalam konteks melahirkan
individu yang bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar, tetapi juga
mengenal pasti masalah yang berlaku dan seterusnya memainkan
peranan sebagai pihak yang aktif menguruskan alam sekitarnya. Sebagai
contoh, para pelajar diberikan tugasan berkenaan dengan pencemaran
alam sekitar di kawasan tempat tinggal (manusia/pelajar). Para pelajar
yang terlibat akan segera menangkap isu dengan melihat masalah alam
sekitar di persekitaran mereka. Mungkin dalam masa tersebut mereka
akan tertarik dengan isu pencemaran sungai, sampah sarap, pencemaran
udara, bunyi/hingar dan sebagainya. Justeru, para pelajar akan terlibat
secara langsung (pembelajaran berasaskan aktiviti) kerja lapangan
dengan melihat sejauh mana pencemaran tersebut berlaku daripada
aspek;

1. Lokasi pencemaran
2. Punca-punca pencemaran
3. Jenis-jenis pencemaran
4. Kesan-kesan pencemaran (mungkin dapat dilihat dengan mata
kasar)
5. Cadangan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut
berlaku pada masa hadapan.

Melalui kerja lapangan ini secara tidak langsung akan menimbulkan


kesedaran dalam kalangan para pelajar akan kepentingan menjaga alam
sekitar berdasarkan pengalaman yang mereka alami sendiri.
Pembelajaran melalui pendekatan ini adalah lebih pratikal kerana para
pelajar bukan sahaja disogokkan dengan teori dan konsep sahaja, bahkan

63
pemahaman mereka menjadi lebih jelas apabila mereka merasai sendiri
pengalaman tersebut. Melalui cara ini isu-isu alam sekitar bukan sahaja
berkisar setakat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para guru
bahkan penglibatan mereka secara langsung akan memberi nilai
keinsafan dan impak yang mendalam berbanding dengan pengajaran di
dalam bilik darjah. Rajah 2 menunjukkan kepentingan pemahaman
terhadap interaksi proses semulajadi, sistem kegunaan manusia dan isu
kemerosotan/konflik kualiti alam sekitar kepada pelajar/masyarakat

PEMAHAMAN PROSES SISTEM KEGUNAAN


SEMULAJADI MANUSIA

Atomsfera Pernafasan, penerbangan,


bekalan air, aktiviti pertanian,
Hidrosfera
pelayaran, perikanan,
Litosfera dan Biosfera petempatan manusia,
pengangkutan, mineral,
makanan , sumber asli &
sebagainya

ISU KEMEROSOTAN/KONFLIK
KUALITI ALAM SEKITAR

Pencemaran udara & bunyi bising.


Pencemaran air sungai & marin.
Pencemaran sampah sarap & bahan
buang toksid & berbahaya.
Penyahhutanan, banjir, kemarau &
sebagainya.

Rajah 2: Kepentingan Pemahaman Terhadap Interaksi Proses Semulajadi,


Sistem Kegunaan Manusia dan Isu Kemerosotan/Konflik Kualiti
Alam Sekitar Kepada Pelajar/Masyarakat (Ubah suai daripada
Jamaluddin Md. Jahi 2001)

Cadangan yang dikemukakan oleh O Riordan (1981) mengenai pengisian


kurikulum pendidikan alam sekitar menggambarkan kepentingan ketiga-
tiga pendekatan iaitu mengenai Alam Sekitar, Di Dalam Alam Sekitar dan
Untuk Alam Sekitar perlu diintegrasikan. Pengintegrasian ini boleh
dilakukan dengan menggabungkan ilmu bidang sains tulen dan persoalan
moral dan etika yang berasaskan kesejahteraan umat manusia. Selain
daripada itu, isu-isu sensitif yang berkaitan dengan alam sekitar

64
seharusnya difahami dengan sejelas mungkin kerana ianya akan
mempengaruhi bentuk dan fungsi bagi sesebuah institusi. Justeru,
ORiordan telah mencadangkan bahawa program pendidikan alam sekitar
sama ada formal mahupun tidak formal seharusnya memasukkan elemen-
elemen berikut bagi menjamin kelestarian dalam pendidikan alam sekitar
kepada individu umumnya. Program pendidikan alam sekitar tersebut
seharusnya mempunyai beberapa perkara tersebut;

1. Pemahaman yang komprehensif tentang hubungan saling


kaitan antara komponen-komponen atmosfera, litosfera,
hidrosfera dan biosfera untuk mewujudkan keseimbangan
dinamik (ORiordan 1981; Goudie 1992 & Park 1997).
2. Kebolehan untuk mengumpul maklumat dan fakta untuk
menguatkan lagi pemahaman seseorang mengenai sesuatu isu
-contohnya dalam setiap kes yang melibatkan alam sekitar
fizikal, sekiranya terdapat gangguan melalui sesuatu proses,
gangguan ini akan menyebabkan berlakunya tindak balas untuk
memperbaiki keadaan (ORiordan 1981 & Jamaluddin Md Jahi
2001).
3. Kebolehan untuk mengorganisasi dan menganalisis mengenai
pelbagai maklumat bagi membina kesedaran terhadap
hubungan antara sistem-sistem yang terlibat. Misalnya
pemahaman terhadap keseimbangan dinamik dapat dicapai
secara semula jadi, tetapi jangka masa keseluruhan proses
tersebut bergantung kepada magnitud gangguan tersebut
(ORiordan 1981; Odum 1971 & Turk et. al 1978).
4. Keprihatinan terhadap isu sosiopolitik yang boleh
mempengaruhi hal-hal berkaitan alam sekitar- umpamanya
pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar.
5. Kebolehan untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat
dengan orang awam dan polisi tentang kesan-kesan daripada
sebarang tindakan (termasuk juga kesan tidak mengambil
sebarang tindakan) dan bagaimana seseorang individu dapat
berperanan secara berkesan dalam komuniti masing-masing.

65
PENDEKATAN BERASASKAN MODEL CELIK ALAM SEKITAR

Matlamat untuk memberi kesedaran dan pemahaman terhadap pendidikan


alam sekitar adalah selaras dengan konsep celik alam sekitar atau
environmental literacy (Moseley 2000). Sikap celik alam sekitar ini terbina
dalam tiga peringkat (model) atau menurut kontinuum berikut;

MODEL CELIK ALAM


SEKITAR

CELIK ALAM CELIK ALAM CELIK


SEKITAR SEKITAR ALAM
SEKITAR
NOMINAL FUNGSIAN

Awam/masyarakat umum Para pelajar Para Profesional

KUALITI HIDUP DAN ALAM SEKITAR MASYARAKAT


SEJAHTERA

Rajah 3: Model Teori Celik Alam Sekitar Secara Kontinuum Applied To Quality
Of Life.
(Ubah suai daripada Moseley 2000)

Celik alam sekitar nominal (Nominal environmental literacy)- maksudnya;


kebolehan untuk mengenal pasti istilah-istilah asas berkenaan dengan
alam sekitar dan mengetahui maknanya secara umum. Pada peringkat ini
seseorang itu meskipun mengetahui istilah-istilah berkenaan tetapi tidak
memahami secara mendalam akan maksudnya. Mereka hanya
mempunyai kemahiran yang asas dan kurang terlibat dalam aktiviti
berkaitan alam sekitar.

66
Manakala Celik alam sekitar fungsian (Functional environmental literacy)
maksudnya; keupayaan untuk menggunakan pengetahuan asas, konsep
dan kemahiran berfikir dan mampu untuk menjelaskan sesuatu isu kepada
pihak ketiga sama ada secara bertulis ataupun secara lisan.

Seterusnya ialah peringkat Celik alam sekitar operasi (Operational


environmental literacy) maksudnya; memilih antara pelbagai pilihan serta
mengambil keputusan dan tindakan yang bersesuaian dengan pendirian
yang dipegang.

Secara teorinya, kontinuum ini akan bermula dengan kesedaran,


mengambil berat, memahami dan akhirnya mengambil sesuatu tindakan.
Seseorang yang hanya sedar mengenai persekitarannya belum lagi boleh
dikatakan sebagai seorang yang celik alam sekitar. Misalnya jika kita
sedar bahawa jerebu boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepada
manusia dan hidupan. Kita seharusnya juga perlu memahami jenis-jenis
gas yang terkandung di dalamnya serta kesannya ke atas manusia,
hidupan dan kesihatan ekosistem serta mampu juga menjelaskan kepada
orang lain. Pada peringkat ini, kita hanya dikatakan celik alam sekitar
Nominal dan Fungsian sahaja. Manakala untuk pergi ke tahap celik alam
sekitar Operasi pula, akan tercapai sekiranya kita turut mempraktiskan
perbuatan/tingkah laku yang secara langsung menjurus kepada
meminimakan masalah pencemaran udara dan faktor-faktor yang
menyumbang ke arah pencemaran tersebut. Contohnya, faktor-faktor yang
menyumbang kepada masalah jerebu, iaitu dengan menghentikan
pembakaran terbuka, mengambil pendekatan berkongsi kereta,
menggunakan pengangkutan hijau, berhenti merokok dan sebagainya.

Apabila seseorang itu sudah berada pada tahap celik alam sekitar
operasi, seseorang itu haruslah juga mengetahui apakah langkah-langkah
yang perlu dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar
daripada terus dicemari. Menurut Tilbury (1995), beliau telah
membahagikan tindakan yang perlu diambil oleh seseorang berdasarkan
enam kategori iaitu;

Perundingan - mengadakan perbincangan mengenai sesuatu isu,


polisi atau amalan-amalan berkaitan dengan alam sekitar.

67
Pemujukan cubaan untuk mengubah persepsi dan tanggapan
orang awam melalui perbahasan, surat, kempen dalam media
massa dan elektronik atau sebaran bahan berkaitan alam sekitar.

Konsumerisme mengambil tindakan memulaukan barangan yang


mencemarkan alam sekitar atau mengenakan sekatan ekonomi ke
atas negara yang mengeluarkan produk yang tidak mesra alam.

Tindakan politik melobi, mengundi atau menyokong pemimpin


yang memperjuangkan alam sekitar, penggubal undang-undang dan
polisi berkaitan alam sekitar.

Tindakan undang-undang membantu dalam penguatkuasaan


undang-undang dan memudahkan kerja-kerja pihak berkenaan-
contoh melaporkan pencemaran yang berlaku di persekitaran.

Eko- pengurusan memelihara dan memperbaiki landskap secara


fizikal.

Justeru, pendidikan alam sekitar dianggap sebagai satu alat pengurusan


alam sekitar yang bersifat jangka panjang. Berbeza dengan pendidikan
perundangan, pendidikan alam sekitar mengambil waktu yang lama
sebelum hasilnya sebagai alat pengurusan alam sekitar benar-benar dapat
dilihat (Rozita Ibrahim 2001). Pendidikan alam sekitar yang berkesan
bukan sahaja dapat mendidik individu menjadi warganegara yang baik,
bahkan hasilnya nanti kepatuhan dan ketaatan kepada undang-undang
dan negara keseluruhannya. Begitu juga dengan pemupukan perasaan
sayangkan tanah air, dengan mengambil kira aspek pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar untuk warisan sejagat.

PENGERTIAN KONSEP KUALITI HIDUP DAN PENDIDIKAN

Kajian kualiti hidup adalah berkaitan dengan keadaan kehidupan yang baik
dan selesa dengan keperluannya diperoleh (Raphael et al. 2001; Carlsson
et al. 2002) dan ianya berkaitan dengan perspektif psikologi dan sosiologi
(Raphael et al. 1996). Kajian kualiti hidup penting bagi menggambarkan
kemampanan manusia/ bandar/modal insan/ apa sahaja yang bertujuan ke
arah kehidupan yang lebih baik dan selesa. Sebagai contoh, pendidikan
dalam sesebuah masyarakat akan dapat meningkatkan kualiti hidup,
kerana proses pembelajaran akan melahirkan insan yang berilmu,

68
berakhlak mulia dan bertanggungjwab. Berdasarkan fenomena kini,
pendidikan alam sekitar akan dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat
berasaskan pembangunan sesebuah negara melalui strategi
pembangunan mampan.

Terdapat tiga pendekatan falsafah yang menentukan kualiti hidup.


Pertama, ciri kehidupan yang sejahtera (good life), ditentukan oleh
kebaikan normatif berasaskan agama, falsafah dan sistem-sistem yang
lain. Kedua, berasaskan kepuasan pilihan (satisfaction of preferences),
iaitu memilih perkara yang meningkatkan kualiti hidup di sebalik kekangan
sumber (dipengaruhi pemikiran ekonomi). Ketiga, mengikut pengalaman
individu iaitu perspektif kesejahteraan subjektif yang digunakan dalam
sains psikologi dan perlakuan (Brock 1993).

Pentakrifan tentang kualiti hidup pula menunjukkan betapa sukar ianya


ditakrifkan, kerana ia membawa kepada konsep yang pelbagai. Kualiti
hidup bukan sahaja melibatkan taraf kehidupan masyarakat, bahkan turut
menggambarkan tentang kebendaan, ketersediaan dan ketersampaian
kemudahan sosial, ekonomi, pengangkutan dan infrastruktur serta pilihan
kemudahan rekreasi dan taman permainan kanak-kanak. Oleh yang
demikian, menurut Cummins (1999) dan Lim et al. (1999), terdapat 100
definisi yang telah diberikan untuk menerangkan aspek kualiti hidup. Ini
menunjukkan bahawa kualiti hidup adalah pelbagai demensi.
Kebiasaannya ia boleh dibahagikan kepada sesuatu yang objektif dan
subjektif. Bersifat objektif di sini bermaksud, ianya boleh dikenal pasti.
Manakala subjektif pula adalah komponen yang melibatkan perasaan
umum terhadap kehidupan (Cummins 1999; Leitmann 1999; Busch 1999;
Carlsson et al. 2002).

Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri (1999), mentakrifkan konsep


kualiti hidup dalam konteks yang lebih luas, iaitu dengan mengambil kira
sebarang aspek dan aktiviti penduduk yang bertujuan meningkatkan tahap
kesejahteraan sosial yang selari dengan aspirasi negara. Takrifan yang
lebih menyeluruh diberikan oleh JPM ini mempunyai hubungan dengan
Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT). Ia
menyifatkan pembangunan ekonomi negara yang pesat boleh
memangkinkan kewujudan peluang-peluang yang dapat meningkatkan
kualiti hidup penduduk (Malaysia 1999).

69
Untuk mengukur kualiti hidup rakyat Malaysia, Jabatan Perdana Menteri
telah memilih sepuluh bidang dan 38 penunjuk untuk mewakili ukuran
agregat kualiti hidup. Sepuluh bidang tersebut termasuklah;

a. Pendapatan dan pengagihan


b. Persekitaran kerja
c. Pengangkutan dan komunikasi
d. Kesihatan
e. Pendidikan
f. Perumahan
g. Alam sekitar
h. Kehidupan berkeluarga
i. Penyertaan sosial
j. Keselamatan awam.

Kualiti hidup bukan hanya melibatkan kebendaan tetapi juga melibatkan


semua perkara yang dapat mempengaruhi tahap kepuasan manusia
mengikut ruang dan masa. Oleh yang demikian, kualiti hidup merujuk
kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat ke satu arah yang
lebih baik, iaitu semakin memenuhi tahap berpuas hati dalam kalangan
masyarakat, bagi meneruskan kelangsungan untuk hidup selesa.

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI


HIDUP MASYARAKAT

Pendidikan alam sekitar merupakan satu pendidikan yang amat penting


bagi melahirkan warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan,
berkemampuan bahkan mempunyai keprihatinan terhadap pengurusan
dan pencemaran alam sekitar. Pendedahan pendidikan ini sejak dari awal
lagi akan melahirkan kelestarian terhadap Cintakan Alam Sekitar. Pelajar-
pelajar yang telah diasuh dan ditanam dengan nilai-nilai mencintai alam
akan lebih sensitif terhadap apa jua pencerobohan yang berlaku di
persekitaran mereka. Dengan cara ini, kekuataan yang dibina akan
menjadi benteng atau penahan diri dan secara tidak langsung boleh
bertindak untuk membimbing diri orang lain bagi menyintai alam sekitar.

Secara jelasnya melalui pendidikan alam sekitar akan melahirkan warga


yang menyintai alam sekitar, prihatin dan sensitif terhadap apa-apa juga
kacau ganggu yang berlaku di persekitaran mereka. Justeru, pelajar-

70
pelajar yang terdedah dengan pendidikan ini akan dapat menyumbang ke
arah peningkatan kualiti hidup kerana mereka akan menentang apa juga
pencemaran, kacau ganggu dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan
manusia lain. Dengan kata lain, pendidikan alam sekitar akan dapat
membentuk jiwa dan diri individu menjadi seorang yang mencintai alam
sekitarnya.

KESIMPULAN

Daripada penelitian di atas, rumusan yang boleh dibuat adalah pendidikan


alam sekitar yang bermodelkan celik alam sekitar dilihat boleh
menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup masyarakat di Malaysia.
Ini kerana pendidikan alam sekitar itu sendiri adalah merupakan satu
bentuk alat pengurusan yang boleh diaplikasi di peringkat sekolah rendah
lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa Melentur Buluh Biarlah
Dari Rebungnya, adalah peribahasa yang sesuai bagi pendekatan yang
cuba digarapkan dalam penelitian ini. Pendekatan yang memerlukan
kurikulum alam sekitar harus diajar dan ditekankan di peringkat awal
pendidikan. Dengan ini akan dapat memastikan modal insan yang
dilahirkan akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar untuk warisan sejagat.

71
RUJUKAN

Brock, D. (1993). Quality of life measures in health care and medical


ethles. In San. A.S. Nussbaum, M. (eds). The quality of life. Oxford:
Claredon press.

Busch, E.W. (1999). Stability and change of subjective indicator of urban


quality of life in switzerland. Dlm. Lim, L.Y.,Yuen, B., Low, C. (pnyt.)
Urban quality of life: critical issues and options. Singapura: NUS.

Carlsson, I., Frederiksen, S.O. & Gottfries, C.G. (2002). Quality of life and
standard of living in a randomly selected groud of psychiatrically
disabled people in sweden 2 years after a psychiatry reform. Eur.
Psychiatry: 17:179-187.

Cummins, R.J. (1999). A psychometric evaluation of the comprehensive


quality of life scale-fifth edition. Dlm. Lim, L.Y., Yuen, B., Low, C.
(pnyt.). Urban quality of life: critical issues and options. Singapura:
NUS.

Goudie, A.S. (1992). Environmental change. Oxford: Oxford University


Press.

Kementerian Sains, Tekonologi & Alam Sekitar (2007). Dasar alam sekitar
negara 2002. http://www.doe.gov.my/en/content/buku-dasar-alam-
sekitar-negara. Tarikh capaian 12 September 2009.

Jamaluddin Md. Jahi. (2001). Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia dari


stockholm ke Rio De Jainero dan seterusnya. Syarahan Perdana.
Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru pendidikan


alam sekitar merentasi kurikulum KBSM. Kuala Lumpur. Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Leitmann, J. (1999). Can city quality of life indicator can be objective and
relevant? toward a tool for sustaining urban development. Dlm. Lim,
L.Y., Yuen, B., Low, C. (Pnyt.). Urban quality of life: critical issues and
options. Singapura: NUS.

Lim, L.Y.,Yuen, B. & Low, C. (1999). Quality of life in city: definition,


approaches and research. Dlm. Lim, L.Y., Yuen, B., Low, C. (Pnyt.).
Urban quality of life: critical issues and options. Singapura: NUS.

72
Malaysia. (1999). Laporan kajian separuh penggal rancangan malaysia
ketujuh. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Moseley, M. (2000). Teaching for environment literacy. Clearing House 74


(1): 23-24.

Nasaruddin Haji Shamsuddin. (1993). Pendidikan alam sekitar. Kursus


pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum bersepadu sekolah
rendah peringkat negeri Sabah 1993. Anjuran Unit Pendidikan Alam
Sekitar, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur. 13-22 Oktober. Dlm. Mohmadisa Hashim.
(2002). Pendidikan alam sekitar sebagai satu cara pembentukan etika
yang berkesan dalam masyarakat di Malaysia. Dlm.Jamaluddin Md.
Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Muhammad Rizal
Razman. (2002). Isu-isu persekitaran di Malaysia. Bangi. Program
Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, UKM.

Odum, E. P. (1971). Fundanmentals of ecology. Philadelphia:


W.B.Saunders Co.

O Riordian, T. (1981). Environmentalism. London: Pion Limited.

Park, C. (1997). The environment. London. Routledge.

Raphael, D., Rukholm, E., Brown, I., Bailey, P.H. & Donato, E. (1996). The
quality of life profil-adolescent version: background, description and
initial validation. Journal of Adolescent Health 19: 366-375.

Raphael, D., Renwick, R., Brown, I., Steinmentz, B., Sehdev, H. & Philips,
S.(2001). Making the links between community structure and
individual well-being: community quality of life in riverdale, toronto,
canada. Healthy and Place 7:179-196.

Rozita Ibrrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: isu dan cabaran.


Dlm.Jamaluddin Md. Jahi & Mohd Jailani Mohd Nor. Proceedings
national seminar on environmental management current development
& future planning. UKM, Bangi. 14-15 August, 2001.

Tilbury, D. (1995). Environmental education for sustainability: defining the


new focus on environmental education in the 1990s. Environmental
Education Research 1 (2): 195-213.

73
Turk, A., J., Wittes, J.T. & Wittes, R. E. (1978). Environmental Science
(2nd edition). Philadelphia: W.B. Saunders Co.

UNESCO. (1980). Environmental Education in The Light of Tiblisi


Conference. Paris: UNESCO.

74

Anda mungkin juga menyukai