Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1

Pengenalan Di dalam dunia pekerjaan, para graduan perlu mempunyai pelbagai kelebihan,kompentensi, pengalaman dan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran pekerjaan. Diploma mahupun ijazah tidak menjamin untuk para graduan untuk mendapatkan sesebuah pekerjaan. Latihan Industri ialah latihan yang dijalani oleh pelajar di organisasi atau syarikat yang berkaitan dalam bidang masing-masing untuk jangka masa yang ditetapkan bagi mendapat pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di pusat pengajian

1.2

Objektif Latihan Industri Di antara objektif program latihan industri ialah untuk: I. II. mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar; mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di pasaran. III. mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing-masing. IV. mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran (terutamanya kemahiran insaniah) dan pengalaman pelajar dengan organisasi. V. melahirkan graduan yang berkompeten.

1.3

Objektif Laporan Akhir Latihan Industri Di antara objektif program laporan akhir industri ialah untuk: I. Merekodkan dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi supaya menjadi bukti latihan industri telah di jalankan. II. Melaksanakan dan melengkapkan salah satu komponen yang dinilai selepas pelajar tamat menjalani kursus Latihan Industri (AT 401) di organisasi latihan. III. Ringkasan aktiviti latihan industri dapat di perincikandan dikembangkan. IV. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali organisasi atau syarikat yang diduduki secara terpeinci. V. Member peluang kepada pelajar untuk member komen mahupun cadangan bersifat constructive bagi tujuan penambahbaikan.

1.4

Kepentingan Latihan Industri Latihan industri ini amat penting dan berguna kepada pelajar. Oleh itu pelajar perlulah menggunakan peluang ini semaksima mungkin untuk mendapatkan pengalaman yang berharga. Antara kepentingan latihan industri ini adalah: I. II. Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar. Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri. III. Dapat mengetahui masalah-masalah yang timbul dan cara mengatasinya serta penyelesaiannya. IV. V. Dapat menambahkan lagi pengalaman dalam bidang tersebut. Dapat memperluaskan pergaulan dengan pekerja-pekerja.

Anda mungkin juga menyukai