Anda di halaman 1dari 2

COVID -19 SATU PENGAJARAN

Pandemik Covid-19 melanda Negara kita secara mendadak pada bulan Mac 2020.
Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 10 Mac 2020
demi mengawal pandemic Covid-19 daripada merebak dan menyelamatkan rakyat Malaysia.
Dalam trmpoh PKP ini ada banyak sekatan kepada pergerakan rakyat. Kita sudah tidak boleh
hidup dan bergerak bebas seperti dulu lagi.

Covid-19 ini memberikan kita banyak pengajaran seperti penjagaan kebersihan diri,
pelajaran kerjaaan. Sebahagian keluarga juga belajar memasak di rumah. Saya pun pandai
memasak mi goreng dan menggoreng telur. Saya juga membantu ibu memotong sayur semasa
memasak.

Yang bagi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah memastikan bilangan pegawai


kesihatan seperti doktor dan jururawat cukup. Selepas itu, kerajaan juga perlu menyediakan
kemudahan dan peralatan perubatan dengan lengkap dan sempurna seperti wad pesakit, alat
bantuan pernafasan,lab perubatan, pakaian pelindung,ubat- ubatan dan pusat kuarantin.

Selain itu, masyarakat haruslah usaha membendung penyeludupan warga asing. Polis
juga hendak mengawal dan menjaga sempadan Negara dengan baik dan serius demi
menggelakkan kedatangan pekerja asing tanpa permit. Ini kerana pekerja asing tanpa permit
ini tidak menjalani pemeriksaan kesihatan di Jabatan Imigresan Malaysia. Mereka mungkin
membawa penyakit berjangkiti. Suasana persekitaran setinggan mereka adalah tidak mencapai
tahap kebersihan yang baik. Bukan ini sahaja, masyarakat juga patut memastikan bekalan
sanitizer, pelitup muka,barangan kegunaan harian, makanan dan alat pengukur suhu badan
cikup supaya tidak menyebabkan keadaan rebut-merebut barangan ini di kalangan rakyat.

Covid -19 membawa banyak masalah kepada manusia. Kita harus mengamalkan
pemakanan yang seimbang terutamanya mengambil sayur –sayuran dan buah-buahan untuk
meningkatkan tahap imuniti kita. Dengan ini, jika kita malangnya dijangkiti pandemik
berkesan dan boleh sembuh dengan cepat. Kita juga patut bersukan, bersukan penting untuk
mengekalkan kesihatan badan kita. Kita digalakkan untuk latihan fizikal sekurang-kurangnya
2 kali seminggu seperti berjoging, berenang, dan bermain badminton. Kita haruslah mematuhi
jarak sosial 1 meter dan elakkan daripada mengunjungi tempat yang terlalu terhimpit dan sesak
seperti pasar malam, taman mainan tema, pusat beli- belah dan lain-lain. Yang penting,rajin
mencuci tangan dan sentiasa memakai pelitup muka.
Untuk orang yang berniaga, dalam hari biasa,haruslah mewujudkan dana rizab yang
mencukupi apabila berlaku PKP lagi,majikan mampu membayar gaji pekerja,sewa dan
pinjaman bank. Dengan ini, tidak akan berlaku pembuangan pekerja dan gulung tikar
perniagaan.

Covid-19 ini menjadikan pelajar tidak boleh belajar di sekolah. Kalau macam ini,
pelajar perlu memastikan kelancaran wifi internet komputer. Pelajar juga patut belajar melalui
google classroom atau aplikasi zoom dan Webex. Pelajar hendak menyiapkan kerja rumah dan
ulang kaji pelajaran secara automatik dalam tanpa penyeliaan guru-guru. Pelajar juga tidak
boleh makamn binatang liar dan menolak segala hidangan makanan daripada binatang liar. Ini
kerana host corona virus dipercayai merupakan binatang liar seperti kelawar, tenggiling atau
musang.

Diharapkan seluruh dunia boleh bekerjasama untuk menghasilkan vaksin yang mujarab
untuk menghapuskan Covid-19 di kalangan manusia.

Dengan itu, barulah kita semua boleh kembali ke hidup yang sebelum ini, ekonomi
Negara boleh pulih dengan cepat dan industri –industri yang tergendala boleh di selamatkan.

Anda mungkin juga menyukai