Anda di halaman 1dari 7

Sejarah Peribahasa

Peribahasa bermula sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca.


Peribahasa dikatakan berasal daripada orang Minangkabau. Ada juga yang
menyatakan peribahasa ini berasal daripada orang Riau SSumatera. Sebelum
orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca, mereka telah dididik melalui
peribahasa. Peribahasa merupakan gubahan bahasa yang tersusun dengan
perkataan-perkataan yang indah serta mengandungi kata-kata nasihat dan
petua. Lantas, peribahasa ini disampaikan dengan gaya dan cara yang menarik.
Selain berfungsi untuk nasihat, peribahasa juga mencerminkan keseluruhan
kehidupan masyarakatMelayu.

Masyarakat dahulu kala tidak berpendidikan formal. Mereka menetap di kawasan


pendalaman dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Masyarakat pada
ketika itu pula berfahaman animisme, yang mempercayai bahawa segala benda
yang wujud mempunyai roh atau semangat. Lantas, untuk mententeramkan roh
dan semangat ini, mereka menyembah roh dan semangat tersebut.

Perhubungan rapat dengan keadaan sekeliling menimbulkan ilham dan kaca


perbandingan bagi mereka, terutama ahli-ahli fikir waktu itu. Alam semula jadi
memberikan mereka ilham untuk dijadikan iktibar di dalam mengharungi
kehidupan seharian. Cara sedemikian merupakan jalan mudah bagi mereka
untuk memberi nasihat, teguran, anjuran atau sindiran agar mudah didengar dan
diteliti pihak yang mempelajari peribahasa tersebut. Isi dan jiwa yang
terkandung di dalam peribahasa menyentuh aspek sejarah, sosial dan kehidupan
mereka pada zaman lampau.

Menurut Mohd Gani Ahmad, ribuan peribahasa yang terdapat dalam masyarakat
kita dicipta oleh ahli fikir, cendekiawan, para pemuka bangsa atau pujangga
sesebuah masyarakat. Kemungkinan peribahasa itu dicipta oleh anggota
masyarakat biasa amat tipis. Jika ada, ini mungkin secara kebetulan sahaja.
Namun demikian, individu yang mencipta peribahasa itu mestilah seorang yang
dihormati kerana kedudukannya dalam masyarakat atau kerana usianya. Orangorang tua zaman dahulu sahaja telah lama merasai asam garam kehidupan,
mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dan seharusnya boleh
dipercayai. Kewibawaan mereka dari segi penuturan telah menghasilkan banyak
kata-kata mutiara.

Pada mulanya, percakapan hanya pertuturan biasa yang kurang indah dan tepat.
Ia kemudiannya diubahsuai, ditokok tambah dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Akhirnya, tercipta peribahasa yang kita kenali sekarang sebagai yang terbaik,
terindah dan berkesan.

Melalui perkembangan sejarah sejak zaman Srivijaya lagi, bahasa Melayu mula
berkembang daripada sebuah bahasa yang rendah nilainya kepada bahasa yang
dapat memperkatakan soal-soal yang berhubung dengan falsafah. Bahkan,
peribahasa merupakan antara salah satu aspek bahasa yang turut berkembang.
Walau bagaimanapun, bahasa Minangkabau berbeza daripada bahasa Melayu.
Namun demikian, proses evolusi yang memakan beberapa ratus tahun telah
sedikit sebanyak menyesuaikan peribahasa Minangkabau dengan bahasa
Melayu. Antara contoh yang dipetik daripada 1000 Pepatah-Pepitih, MamangBidal Pantun-Gurindam oleh H. Idrus Hakimy Dt. Rajo Penghulu ialah:

Barakik-rakik ka hulu, baranang-ranang ka tapian, basugi timbakau jaho.


Basakik-sakik dahulu, basanang-sanang kamudian, marugi mangko balabo.

Peribahasa dalam bahasa Minangkabau jika kita perhatikan sama dengan


peribahasa Melayu iaitu:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Terdapat banyak lagi contoh peribahasa Minangkabau yang hampir serupa


dengan peribahasa Melayu, yang berbeza dari segi sebutan serta ejaannya
sahaja.

Bagai ayam disambat helang


Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar bintang


Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke batu


Sangat sedih

Bagai minyak dengan air


Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan
jadi satu

Bagai murai dicabut ekor


Orang yang suka bercakap banyak

Ada udang di sebalik batu


Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas


Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas

Alah bias tegal biasa


Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya

Alah membeli menang memakai


Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan
sebagainya)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya


Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka

Bagai aur dengan tebing


Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Bagai ayam disambat helang


Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar bintang


Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke batu


Sangat sedih

Bagai kacang lupakan kulit


Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah
menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air


Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan
jadi satu

Bagai murai dicabut ekor


Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan permata


Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak yang penuh


Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Banyak makan garam


Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan
Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu

Belut kena ranjau


Orang yang cerdik kena tipu

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit


dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Baik buruk sama-sama dipikul

Berdiri sama tegak, duduk sama rendah

Sama taraf atau sejajar antara dua pihak

Berkatalah benar walaupun pahit


Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil bertimba


Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bersekutu bertambah mutu


Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi


Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja

Besar pasak daripada tiang


Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan mati adat


Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adat yang dipegang
terpelihara

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga


Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan

Dapat sama laba, cicir sama rugi

Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan
sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung


Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus


dimuntahkan
Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan
lekas ditolak

Jauhari juga mengenal manikam


Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

Anda mungkin juga menyukai