Anda di halaman 1dari 12

~ BAHASA MELAYU 2 ( PM 3312 P4) ~

HOMONIMI
DISEDIAKAN OLEH : BELINDA HII SIAW JIA YE CHEAH YI LIN ROZZA PUNG WONG WEN JING

HOMONIMI
Menurut S. Nathesan, homonim lazimnya diertikan sebagai perkatan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi mendukung makna yang berbeza. Umpamanya, kata haus mengandungi dua pengertian yakni; Contoh ayat : Saya hendak membeli air kerana sungguh haus. Maksud : terasa kering tekak Contoh ayat : Tapak kasut adik sudah haus. Maksud : berkurangan besarnya atau ketebalannya kerana tergosok.

Contoh-contoh homonim dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Buku: - tempat pertemuan dua ruas (buluh, tebu dan lain-lain) Contoh ayat : Setiap ruas tebu akan dipotong di tepi bukunya.

- sendi (jari, tangan, kaki dan lain-lain) Contoh ayat: Atan meluku kepala adiknya dengan buku jari. - kitab ( bahan bacaan atau tulisan) Contoh ayat: Salim sedang membaca buku cerita.

bongkah kecil-kecil (gula, tanah ) Contoh ayat : Nora memasukkan gula buku ke dalam cawan -penjodoh bilangan untuk benda berbongkah Contoh ayat : Rini membeli sebuku sabun di kedai.

Kali
-darab ( diguna untuk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah) Contoh ayat: Lima kali dua ialah sepuluh. -berkemungkinan / tidak semestinya betul Contoh ayat: Amin tidak datang. Barangkali dia sakit. - sungai ( dialek Jawa) Contoh ayat: Siti sedang membasuh di tepi kali.

-waktu Contoh ayat : Kamu hendaklah mandi sekurangkurangnya satu kali sehari.

Sila
- minta dengan hormat Contoh ayat : Sila duduk, tuan.

- duduk dengan kaki berlipat dan bersilang Contoh ayat : Orang tua itu membetulkan silanya sambil mengapur sirih. - perbuatan yang mengikut peraturan Contoh ayat : Kita mestilah mengamalkan tatasusila yang baik.

Homofon
Menurut Kamus Dewan ( 1994), homofon bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Ingeris. Antara contoh-contoh homofon mengikut rujukan Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 1994) adalah seperti berikut: i. bang (seruan atau panggilan untuk bersembahyang ) bank (institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan)

ii. kari ( gulai daging, ikan dan lain-lain yang dimasak dengan rempah ) qari (pembaca Al-Quran lelaki) iii. duit ( wang ) duet (gubahan muzik yang dinyanyikan atau dimainkan oleh dua orang) iv. baka ( asal keturunan ) baqa ( tidak berubah selama-lamanya / kekal ) v. meet ( jumpa ) meat ( daging )

Homograf
Kata homograf merujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan. Lazimnya, homograf merujuk kepada perbezaan makna dalam ayat yang dibina. Berikut adalah beberapa contoh homograf berdasarkan penelitian rujukan daripada Kamus Dewan.

Bela - menjaga / memelihara


Contoh ayat : Kambing itu saya bela sejak kecil lagi.

Bela - tuntut / membalas balik


Contoh ayat : Maruah keluarga akan saya bela demi membersihkan kembali nama keluarga yang tercemar kerana saya memang tidak bersalah.

Rendang - nama masakan / lauk yang dibuat


daripada daging dan lain-lain yang dirempahkan, dibubuh santan dan dimasak sampai kering. Contoh ayat: Ibu menyediakan rendang ayam untuk hidangan pada pagi hari raya.

Rendang - rendah dan banyak daun serta cabangnya. Contoh ayat : Di bawah pokok kayu yang rendang kelihatan sepasang manusia.

Perang - perkelahian ( pertempuran ) dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri dan lain-lain. Contoh ayat : Perang di antara negara Amerika Syarikat dengan Iraq sudah tamat.

Perang - warna merah kehitam-hitaman


Contoh ayat : Rambut budak perempuan itu berwarna perang.

Serak suara yang parau atau garau.


Contoh ayat : Aku harus berteriak sampai serak.

Serak bertabur( tersebar) ke merata-rata


tempat, tidak tersusun, bersepah. Contoh ayat : Segala barang di dalam rumahnya berserak.

Anda mungkin juga menyukai