Anda di halaman 1dari 3

Kemunculan negara Melaka merupakan suatu perkara yang tidak disenangi oleh pihak Siam.

Oleh itu, pemerintah Melaka pada waktu itu telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
China sebagai tanda persahabatan. Empayar Melaka telah menjalinkan hubungan
persahabatan dengan Dinasti Ming antaranya. Terdapat catatan yang agak lengkap dalam
Ming Shi bagaimana proses pembukaan hubungan diplomatik antara Dinasti Ming dengan
Empayar Melaka itu sendiri1

            Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dengan China bermula semasa


pemerintahan Parameswara dan diikuti oleh Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan
Sultan Mahmud Syah. Kesemua pemerintah ini terus menerus menjalinkan hubungan baik
dengan China demi keselamatan dan keamanan Melaka.  Tindakan Parameswara sebagai
pemerintah awal Melaka menjalinkan hubungan baik dengan negara China adalah sebagai
satu langkah berjaga-jaga. Parameswara berhasrat untuk mendapatkan perlindungan dari
kerajaan China kerana takut akan ancaman dari Siam iaitu Kerajaan Majapahit. Ini
disebabkan Siam merupakan musuh Parameswara semasa di Palembang lagi. Lawatan diraja
yang pertama itu telah meletakkan dasar yang kuat untuk mengakrabkan hubungan
persahabatan dan memperdalam rasa persaudaraan antara dua bangsa2

            Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540
orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima
mengadap Maharaja Yung Lo iaitu pemerintah Kerajaan Ming dan Parameswara telah
diiktiraf pada tahun 1406. Lawatan diraja yang kedua telah diteruskan oleh Megat Iskandar
Syah. Baginda telah dua kali melakukan lawatan ke China. Lawatan yang pertama bertujuan
untuk menyampaikan berita kemangkatan ayanhdanya dan lawatan yang kedua pula bersama
dengan isterinya untuk menyampaikan terima kasih serta mendakwa Siam menyerang
Melaka.

            Keadaan ini diperkukuhkan lagi apabila ahli arkeologi menjumpai bukti tulang-tulang
binatang yang tidak terdapat di negeri China di mana hanya terdapat di Alam Melayu sahaja
pada ketika itu serta kitab sejarah yang bertajuk Hou Han Shu. Ini membuktikan bahawa
adanya hubungan persahabatan di antara Melaka dengan China.

            Hubungan persahabatan Melaka dengan China telah menjadikan ramai saudagar Cina
mengunjungi pelabuhan Melaka. Kebolehan pasaran China yang luas membuka peluang
kepada Melaka untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Pedagang-pedagang dari China juga
menjadikan Melaka sebagai tempat persingghan sementara menunggu pertukaran arah angin
dan bertolak ke India. Saudagar dan pedagang dari negara luar seperti dari India juga tertarik
untuk berdagang di Melaka sementara menunggu pertukaran angin kerana keadaan Melaka
yang kukuh dan kurang mendapat ancaman dari pihak luar disebabkan Melaka menjalinkan
hubungan baik dengan China.

            Malahan, Kerajaan Siam terutamanya dan Kerajaan Srivijaya tidak lagi berani
mengancam Melaka. Keadaan ini terus berlarutan dengan pemerintahan anak Parameswara
yang terus menjalinkan hubungan berbaik-baik dengan China.

1
Liji, Liang (1996). Hubungan Empayar Melaka – Dinasti Ming Abad ke-15. Hlm 45

2
Liji, Liang (1996). Hubungan Empayar Melaka – Dinasti Ming Abad ke-15. Hlm 63
            Antara cara untuk memastikan hubungan diplomatik ini tidak terputus ialah di mana
Melaka terus menghantar hadiah yang dikenali sebagai ufti kepada kerajaan China 3 dan
menjalinkan hubungan menerusi perkahwinan. Ini dapat dilihat apabila Sultan Mansur Syah
berkahwin dengan Puteri Hang Li Po yang merupakan anak Maharaja China. Sebagai timbal
balik, kerajaan China turut menghantar Laksamana Cheng Ho iaitu ketua Armada
perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan
antara kedua-dua negara. Sebagai balasan kepada negara China, Parameswara memberinya
hadiah sutera mahal dan payung cahaya. Dengan ini, Melaka mendapat perlindungan dari
pegawai China dari serangan Siam dan Jawa serta mendapat status istimewa di rantau ini di
mana menjadi pelabuhan yang diminati bagi pedagang Cina4

            Secara tuntasnya, perlindungan China merupakan salah satu faktor membantu
kemajuan perdagang Melaka. Terdapat banyak faktor lain yang telah membantu kepesatan
perdagangan Melaka.

3
Liji, Liang (1996). Hubungan Empayar Melaka – Dinasti Ming Abad ke-15. Hlm 46

4
Hooker, Virginia Matheson(2003). A Short History of Malaysia : linking east and west. Hlm 60
Bibliografi/Rujukan

Hooker, Virginia Matheson(2003). A Short History of Malaysia : linking east and west.
Australia: National Library of Australia

Liji, Liang (1996). Hubungan Empayar Melaka – Dinasti Ming Abad ke-15. Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai