Anda di halaman 1dari 26

Kepelbagaian Agama dalam konteks Hubungan

Etnik

Takrifan agama dan kepercayaan


Agama dalam konteks masyarakat Malaysia
Rukun Negara ( Kepercayaan kepada Tuhan)
Agama dan Etnisiti
Nilai kesesagatan
Tolerensi Beragama
Takrifan agama dan kepercayaan

• Hubungan antara manusia dengan sesuatu


kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat
memberikan perlindungan.
• Hubungan yang suci.
• Sistem keyakinan yang dianuti dan diamalkan.
• Adanya konsep hidup selepas mati.
KEPERCAYAAN

• Kepercayaan bermaksud akuan akan


benarnya terhadap sesuatu perkara
misalnya amalan adat dan pantang larang.
• Tiada konsep dosa dan pahala.
• Amalan yang diwarisi secara turun
temurun.
Agama dari Aspek Makna dan Terminologi
• Terminologi agama diambil dari kata akar ‘gam’ dalam bahasa sanskrit
yang bererti ‘pergi’.
• Setelah mendapat awalan ‘a’ dan akhiran ‘a’ ia berubah menjadi
‘jalan’.
• Iaitu jalan yang digariskan Tuhan/pengasas agama tersebut.
• Dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘Religion’ yang diambil dalam bahasa
Belanda dipanggil ‘Religic’. Ia dipanggil ‘Religion’ pula dalam bahasa
Latin yang berasal drp ‘re+leg+lo’. Leg bererti to observe (mengamati),
to gather (berkumpul/bersama), to take up (mengambil) dan to count
(menghitung).
Konsep Agama
• Menurut Sarjana Prof. Dr. Bouquet mendefinisikan agama sebagai
hubungan yang tetap antara diri manusia dengan yang bukan manusia
yang bersifat suci dan bersifat supernature dan yang bersifat berada
dengan sendirinya dan mempunyai kekuasaan yang teguh yang
disebutkan Tuhan.
• HUBUNGAN MANUSIA DENGAN YANG MAHA KUASA.
Mengapakah Manusia Beragama
• Pemikiran tentang agama telah wujud dalam diri manusia semenjak
mereka lahir.
• Faktor keselamatan: kuasa agung yang dipercayai akan menjaga
keselamatannya.
• Agama merupakan ciri yang membezakan kelompok manusia.
• Menurut Durkheim (1915) kepercayaan dan amalan yang sama dalam
sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang menganutinya
dalam satu komuniti bermoral.
PENGGOLONGAN AGAMA
• Agama Samawi Agama yang bersumberkan wahyu
tuhan seperti agama Islam, Kristian dan Yahudi.
• Agama Ciptaan Manusia (Agama Alam) Agama yang
lahir dalam kebudayaan, dibentuk oleh falsafah
masyarakat dan dirumuskan oleh ahli fikir masyarakat
seperti agama Primitif, Anamisme, Buddha, Hindu,
Sikh, Konfucius, Tao, Shinto dan Mesir Kuno.
Kepercayaan di Malaysia

• Agama Islam
• Latar belakang – Dianuti lebih dari 60% masyarakat Malaysia.
• Asal Usul – Seseorang yang beragama Islam bermakna berserah diri
dan mengikut perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi
Muhammada SAW.
• Sumber – Al-Quran, sunah rasullullah, ijtihad, ijmak, qiyas, syura dan
sebagainya.
• Prinsip – Mementingkan keharmonian dan mengiktiraf perbezaan.
• Ciri-ciri sistem ekonomi Islam (menolak monopoli, eksploitasi,
menindas, memeras dan sebagainya)
• Dari aspek politik islam mementingkan musyawarah dan keadilan.
• Dari segi sosial islam mementingkan kehormatan. – Kebebasan
beragama dalam Islam.
• Mementingkan ilmu pengetahuan. – Konsep Halal
• Perayaan – Hari raya Aidilfitri – Hari raya Aidiladha
Agama Buddha
• Latar belakang – Agama kedua terbesar di
Malaysia.
• Majoriti penganut dari etnik Cina.
• Ramai berpegang kepada mazhab Buddha
Mahayana.
• Ada juga yang berpegang kepada mazhab
Theravada terutama bagi komuniti Thai.
• Asal Usul – Diasaskan oleh Siddharta Gautama.
• Mendapat ilham di bawah pokok Bodhi.
• Sumber – Lebih mementingkan aspek moral.
• Satu bentuk perjalanan kerohanian melalui jalan
8 lapis.
• Objektif adalah untuk mencapai Nirvana.
• Prinsip – Ajaran terpentingnya adalah
menghormati kehidupan tidak kira manusia,
tumbuhan mahupun haiwan
• Perayaan – Hari wesak
Agama Hindu
• Latar belakang – Dianuti oleh sebahagian besar
masyarakat India.
• Asal usul – Mengalami evolusi semasa zaman
tamadun Lembah Indus.
• Sumber – Kitab Veda, Upanishad, Mahayana dan
Mahabrata membentuk Etika Hindu.
• Objektif adalah untuk mencapai Moksha
• Prinsip – Konsep trimutri (3 dewa utama): Dewa
Brahma (pencipta) , Dewa Vishnu (memelihara) dan
Dewa Siva (memusnah)
• Sistem kasta
• Perayaan – Deepavali – Thaipusam – Ponggal
Agama Kristian
• Latar belakang – Agama Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan
tuhan.
• Penganut Kristian percaya kepada doktrin Triniti iaitu Tuhan, Anak
Tuhan dan Roh Kudus.
• Asal usul – Mazhab daripada kepercayaan orang Yahudi yang
menerima Jesus sebagai kristus.
• Sumber – Bible: ada perjanjian lama dan baru.
• Prinsip – Setiap manusia dikehendaki
mengikut peraturan moral yang ditetapkan
oleh Tuhan.
• Pembaptisan – Eukaris
• Perayaan – Krismas – Easter – Good Friday
Agama Sikh
• Latar belakang – Dianuti oleh masyarakat Punjabi.
• Identiti mereka memakai serban, berjanggut panjang.
• Nama bagi lelaki berakhir dengan Singh bermakna
singa.
• Nama wanita menggunakan Kaur bermaksud puteri.
• Asal usul – Diasaskan oleh Guru Nanak pada 1469M. – Kemudian
dikembangkan oleh orang Guru lain.
• Sumber – Kitab Suci dikenali Sri Guru Granth Sahib Ji.
• Tempat ibadat dipanggil Gurdwara.
• Prinsip – Penganut Sikh mengamalkan prinsip 5K:
• Kesh (berambut panjang)
• Kangha (sikat)
• Kara (gelang besi)
• Kirpan (pedang kecil)
• • Kachera (seluar pendek khas)
• • Perayaan – Vaisakhi
Animisme
• Latar belakang – Animisme adalah kepercayaan yang melibatkan
pemujaan roh dan semangat alam semula jadi.
• Penganutnya menyembah batu, pokok, sungai dan lain-lain
• Asal usul – Diperturunkan secara turun temurun dari generasi ke
generasi (agama nenek moyang).
• Sumber – Wujud dari sifat semula jadi manusia
yang mencari Tuhan/pencipta.
• Prinsip – Semua objek memiliki jiwa.
• Percaya kepada kuasa makhluk halus.
• Perayaan – Bergantung pada masyarakat yang
berkenaan.
• Misalnya orang Melayu dulu menyambut
perayaan puja pantai.
Ajaran Konfucius
• Latar belakang – Confucianism diasaskan di China pada 2500 tahun lepas
oleh seorang Guru falsafah
• Konfucius lebih kepada etika dalam kehidupan.
• Diamalkan oleh ramai etnik Cina di Malaysia.
• Amalan yang disarankan adalah sifat-sifat baik
• Sering diamalkan bersama dalam agama Buddha.
• Asal usul – Ajaran dibawa oleh tokoh bernama Kung Chiu dan kemudian
dikenali dengan Kung fu-tze.
• Beliau seorang yang minat belajar dan kemudian mempunyai ramai
pengikut.
• Sumber – Buku Analekta atau dipanggil juga Lun
Yu.
• Prinsip – Kod moral yang ditekankan adalah
beretika, kemanusiaan dan kasih sayang.
• Misalnya, perasaan perikemanusiaan terhadap
orang lain.
• Mementingkan harga diri dan lain-lain.
Ajaran Tao
• Latar belakang – Dianuti oleh ramai orang Cina di dunia dan di
Malaysia.
• Asal usul – Ajaran Tao diasaskan oleh Lao Tze.
• Ajarannya bertentangan dengan Confucius.
• Prinsip – Ajarannya menyeru kepada keharmonian keadaan semula
jadi dan menganggap manusia adalah buruk.
• Wujud ajaran berkaitan Feng Shui, Ying Yan, konsep Tian dan konsep
Di.
• Sumber – kitab Tao Te Ching dan kitab Chuang Tzu
• Perayaan – Adat minum teh, kematian, perayaan kuih bulan + pesta
tanglung + tahun baru Cina + tarian naga/singa + Chop Goh Min
RUKUN NEGARA
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• Prinsip ini membawa maksud rakyat di negara ini mempunyai agama
dan kepercayaan masing- masing.
• Islam adalah agama Persekutuan.
• Namun kebebasan beragama selain daripadanya tidak dihalang sama
sekali.
• Dengan kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia yang
bermoral, akomodatif, jujur dan tolong- menolong antara satu sama
lain.
Soalan tutorial
• 1. huraikan amalan yang terdapat dalam rukun negara yang dapat
menyatukan masyarkat berbilang kaum di Malaysia.
• 2. jelaskan amalan yang bagi penganut agama islam , Buddha dan
hindu
• 3 . Pendekatan yang digunakan oleh kerajaan menangani masalah
hubungan etnik di malaysia

Anda mungkin juga menyukai