Anda di halaman 1dari 18

Nilai-nilai Murni daripada Perspektif Pelbagai

Agama dan Masyarakat


(ELMK3103)

Disediakan oleh:
Wan Hasmah Laili binti Wan Hamat
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim.
Pengenalan Kepada Agama dan Kepercayaan

• Konsep Agama
- Definisi
- Ciri-ciri
- Contoh
• Konsep Kepercayaan
- Definisi
- Ciri-ciri
- Contoh
Pendahuluan

 Manusia dilahirkan dengan naluri keperluan untuk beragama.


 Naluri ini mendorong setiap manusia mencari sesuatu yang
menjadi sembahan dan kepercayaan yang akan memberikan
kekuatan pada dirinya bagi mengharungi kehidupan di dunia
yang penuh dengan ujian dan pancaroba.
 Manusia juga memerlukan agama untuk mengawal tingkahlaku
dan mengatur kehidupan di dunia ini.
ISTILAH UMUM
Religion is belief in a god and activities that are connected with the
belief.
Agama merujuk kepada aspek kepercayaan kepada tuhan sama ada
kepercayaan kepada satu atau banyak tuhan.
Kedua, aktiviti keagamaan mempunyai kaitan dengan kepercayaan
agama tersebut.
• Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau
sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan
dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
• Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat
berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni
merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan
kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
• Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap
sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti
manusia.
• Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui
fenomena seperti yang berikut:
• Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
• Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan
anggapan suci dan bersih terhadap agama.
• Pernyataan seperti mantera dan kalimat suci.
• Benda-benda material yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja,
azimat dan tangkal.
CIRI-CIRI AGAMA
1. Mempercayai Ketuhanan (Belief in Diety)
Tiga aliran falsafah kewujudan Tuhan
a. Athies
Masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan
b. Theis
Masyarakat yang mempercayai kewujudan Tuhan @ Tuhan-tuhan
c. Agnostik
Masyarakat yang menyatakan kewujudan tuhan boleh dibuktikan @ tidak boleh
dibuktikan.
Dua bentuk fahaman Theis iaitu monotheistic dan politeistik
· Monotheistic-percayai wujudnya tuhan yang satu(Islam,Kristian & Yahudi)
· Politeistik-mempercayai banyak tuhan(Hindu & Buddha)
2. Doktrin Kesejahteraan (Doctrine of Salvation)
· Doktrin tertinggi bagi setiap pengaruh agama
· Mempercayai individu perlu diselamatkan dari sebarang ancaman
berbentuk fizikal, mental & kerohanian.
· Dalam Islam, ancaman adalah bala, musibah dan seksa selepas kematian &
memasuki syurga adalah kebahagiaan
· Buddha berkaitan doktrin Nirvana yang merujuk kepada kehendak(desires)
dan kesedaran(conciousness).
3. Kod Tingkah Laku(Code of Conduct)
• Ajaran nilai dan moral dalam agama
• Bagaimana berkelakuan, mengatur kehidupan sesama manusia dan ketika
berhubungan dengan tuhan
• Berbuat baik dan larangan makan dan minum.

4. Penggunaan cerita-cerita suci(The use of sacred stories)


• Cerita suci bagi menguatkan keyakinan pada agama
• Ahli sosiologi mengatakan cerita suci sebagai mitos
• Dalam Islam, menolak sama sekali cerita mitos yang bertentangan dengan
ajarannya.
5. Upacara bercorak keagamaan(Religious Rituals)
• Amalan ritual diadakan untuk memperkukuhkan ajaran agama
• Ritual mencakupi tingkahlaku seperti berpakaian, pengorbanan nyawa dan harta,
pengucapan formal, menyanyi(kristian), berdoa(Islam), memuja(Hindu & Buddha),
menari, berteriak dan sebagainya.
CONTOH AGAMA :
ISLAM
BUDDHA
HINDU
KRISTIAN
SIKHISME
DEFINISI KEPERCAYAAN

Keyakinan adalah suatu sikap yang ditunjukkan oleh manusia saat dia
merasa cukup tahu dan menyimpulkan bahawa dirinya telah mencapai
kebenaran.
• Menurut Moorman,1993 :
Kepercayaan adalah kemahuan seseorang untuk bertumpu kepada
seseorang dimana kita memiliki keyakinan padanya. Kepercayaan
merupakan kondisi mental yang didasarkan oleh situasi seseorang dan
konteks sosialnya. Ketika seseorang mengambil suatu keputusan, dia
akan lebih memilih keputusan berdasarkan pilihan dari orang- orang
yang lebih dipercayai daripada yang kurang dipercayai.
• Menurut Rousseau et al (1998) :
kepercayaan adalah secara psikologinya merupakan
perhatian untuk menerima seadanya berdasarkan
harapan terhadap perilaku yang baik dari orang lain.
• Menurut Morgan & Hunt, 1994 :
Kepercayaan terjadi ketika seseorang yakin dengan
kebolehan dan integriti dari orang yang dipercayai.
KONSEP KEPERCAYAAN

• Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara


• Konteks psikologi- suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan memihak (propositional attitude)
• Konteks agama- sebahagian daripada batu asas pembangunan moral.
(akidah atau iman)
• Kepercayaan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam
kehidupan bermasyarakat
• Kepercayaan juga merupakan sesuatu yang dipercayai dan diterima
secara turun menurun
• Di sekolah murid perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat
lain supaya tidak wujud salah faham ketika proses pengajaran dan
pembelajaran
CIRI-CIRI KEPERCAYAAN
• Berdasarkan falsafah-falsafah yang dikemukakan oleh para ilmuan.
• Diwarisi daripada kepercayaan nenek moyang.
• Berasaskan alam semulajadi, semangat roh dan lain-lain.
CONTOH KEPERCAYAAN
• Animisme
• Taoisme
• Confucionisme
• Dinaminism

Anda mungkin juga menyukai