Anda di halaman 1dari 28

JKA 314

AGAMA DAN MASYARAKAT

ZAIREENI AZMI
PUSAT PENYELIDIKAN WANITA DAN
GENDER (KANITA)
zaireeni_azmi@usm.my
Tel: 04 6532996
Masyarakat
 Masyarakat merupakan kelompok manusia yang
berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi kebudayaan
yang sama, berada dalam satu kawasan geografi dan
mereka bersatu dalam kumpulan-Sosiologi

 Masyarakat merupakan satu kumpulan individu yang


dikatakan mempunyai persamaan dalam beberapa
perkara. Di dalamnya terdapat anggota yang saling
bergantungan dan terdapat garis panduan seperti agama,
nilai dan norma yang mengikat tingkah laku sosial
anggotanya. Masyarakat merupakan kumpulan manusia
yang hidup bersama-Antropologi
Agama dan masyarakat
kesan kepercayaan yang dipraktiskan ke atas
masyarakat

agama dan kepercayaan itu sebagai tindak


balas masyarakat

tidak melihat agama sebagai satu doktrin yang


tersendiri tetapi melihat kepada bentuk, simbol,
praktis dan fungsi agama
Apa itu agama?
 Pendifinisian agama melalui dua kaedah

a) Definisi taktikal (tactical definition)


-para sarjana yang memberi definisi; berdasarkan
polemik dlm sesebuah fenomena, kefahaman dan
amalan keagamaan ie Marx; rasional dalam situasi
dan masyarakat tersebut
b) Definisi deskriptif (descriptive definition)
maksud agama melalui elemen2 utama yang wujud
dlm agama, sifat2 dan ciri2 yang sinonim dengan
agama
 Faktor2 dalaman (diri pengkaji agama) dan luaran
(tempat, budaya, waktu, politik, material agama)
Teori Evolusi
E. B. Taylor (1871-1958),
» Primitive Culture
» Animisme Polytheism Monotheism

James Frazer (1854-1941)


The Golder Bough
Magis Agama Sains
TEORI EVOLUSI
• Bentuk yang simple atau mudah berubah
kepada bentuk yang lebih kompleks

• Taylor-memberi satu definasi agama yang


umum iaitu kepercayaan kepada kuasa/makhluk
luar biasa/alam ghaib.

• Tetapi sistem kepercayaan dalam beragama ini


adalah berbeza mengikut kepercayaan
masyarakat tertentu
Animisme
• Bermula dengan animisme-bentuk kepercayaan yang
paling simple/mudah-tidak ada bentuk tertentu, tidak ada
buku, tidak ada pendeta, tidak ada tempat khusus tetapi
mempunyai kuasa

• Taylor mengatakan animism itu adalah kepercayaan


kepada kuasa ghaib (spiritual beings)

• Kebanyakan masyarakat orang Asli mengamalkan


kepercayaan animism. Mereka membuat permintaan
kepada kuasa dalam alam.
-Contoh masyarakat suku Semang
Animisme
• Animisme paling awal kemudian masyarakat
moden-peningkatan ilmu, dan tahap pemikiran
agama menjadi lebih moden dan kompleks
• Sistem kepercayaan berkembang, kuasa ghaib
diberi nama dan sifat serta dibendung
• Terdapat pakar untuk membuat interpretasi
• Keperluan kepada tempat-tempat tertentu untuk
membuat amalan
• Peringkat yang lebih kompleks, kepercayaan itu
akan mempunyai peraturan-peraturan tertentu
• Kuasa itu satu, alam menjadi satu
Majis
• Ia berkait rapat dengan sistem kepercayaan dan amalan
yang ada hubungannya dgn alam ghaib

• Majis merupakan suatu kebolehan atau seni


menghasilkan kuasa luar biasa, kuasa sihir, atau kuasa
luar biasa yang tidak dapat dinafikan

• perbuatan untuk mencapai maksud tertentu melalui


kekuatan yang ada pada alam semesta

• keupayaan untuk mengawal tingkah laku


• Frazer menganggap majis sebagai sains palsu tetapi
mengaitkan majis dengan agama. Frazer percaya agama
adalah merupakan kepercayaan kepada supernatural
atau ghaib dan beliau mempertahankan bahawa majis
adalah suatu kepercayaan mendahului agama.

• Agama menolong manusia menerangkan perkara yang


mereka tidak dapat fahami atau terangkan.
Ciri-ciri majis

• Majis bersifat
produktif

• Majis bersifat
melindung

• Majis bersifat
membinasa
Perbezaan antara magis dan agama

Magis Agama
– Sistem perbuatan dan • sistem kepercayaan dan
sikap manusia untuk sistem perbuatan
manusia untuk mencapai
mencapai suatu
sesuatu maksud dengan
maksud dengan cara menyandarkan diri
menguasai dan kepada kemahuan dan
menggunakan kekuasaan Tuhan,
kekuatan dan hukum- makhluk halus, roh, atau
hukum ghaib yang dewa-dewa yang
dianggap menguasai
ada pada alam
alam
Magis Agama
o menyelesaikan masalah yang • Isu besar seperti hidup dan
ada pada masa itu juga (ubat mati,hubungan dengan
sakit, hujan, keselamatan) bila- Tuhan/dewa. Isu-isu yang
bila masa tidak dapat diselesaikan,
o lebih bersifat memperguna bersandarkan kepada masa
o Pengamalam magis percaya depan-waktu tertentu
mereka mengawal atau • Sembahyang atau
memanipulasi alam sekitar pengorbanan utk
atau org lain dgn usaha mrk merayu/mohon bantuan
o dilakukan oleh individu untuk daripada kuasa luar biasa
faedah individu (individually • Terdapat penjaga agama
oriented) seperti imam, para ulama,
o Dilakukan oleh pengamal yang sami, paderi
mungkin dikenali atau tidak • Pendekatan itu lebih
mempunyai kuasa ajaib merupakan mentaati / patuh
o Tidak mempunyai rumah /ikut
ibadat • Mempunyai rumah ibadat
Persamaan:

 Timbul daripada keperluan emosi


 Memberi penyelesaian
 Kepercayaan kepada kuasa besar -
kesan sebagai akibat
 Melibatkan upacara amal
 Nilai-nilai yang telah ditentukan
Pengamal Magis
This man in
Rhumsiki ,
Cameroon , tells the
future by interpreting
the changes in
position of various
objects as caused
by a fresh-water
crab through nggàm
Fungsi Agama
 Agama membina social control –sumber perpaduan
dan kesatuan. Melalui nilai dan norma yang diterima
masyarakat ia akan mempengaruhi ahli untuk mengawal
tingkah laku mereka.
• Patuh dan akur kepada norma-norma yang telah
ditetapkan dan mengikuti autoriti kerajaan yang
menerima pakai undang-undang yang terdalam dalam
ajaran agama itu
• Membendung kelakuan dan kegiatan jenayah
• Membawa kepada perpaduan di antara masyarakat
kontemporari- agama membantu sebagai mekanisme
sosial
• Agama membantu disiplin diri- menggalakkan
ahli untuk hidup bersandarkan ajaran agama.
Menyediakan model untuk dicontohi.

• TETAPI agama juga cenderung untuk mengawal


dan mengesahkan amalan-amalan yang tidak
adil atau nilai yang tidak baik yang berlaku dalam
masyarakat tersebut.

• Contoh di Pakistan, India, Timur Tengah.


Amerika Syarikat
 Agama menyokong dan menenangkan
 membantu menghadapi ketidakpastian, tekanan dan
ketakutan
 *Bantu menghadapi krisis hidup dan menyesuaikan
diri secara intelektual dan emosional
*Memberi ruang kepada manusia utk memberi
kemaafan, menerima ketakadilan yang berlaku

• TETAPI: terlalu banyak sokongan boleh melambatkan


proses perubahan sosial yang penting
• Marx berpendapat agama sebagai candu masyarakat-
galak penganut menerima kejadian di atas dunia sebagai
perkara kecil
• Agama tidak menggalakkan manusia untuk berhadapan
dan menyelesaikan punca kepada masalah
 Agama membantu menangani perubahan sosial.

• Perubahan dalam masyarakat diketuai oleh golongan


agama
• Contoh di Tanah Melayu, kaum muda vs kaum tua,
golongan berpendidikan agama (wanita dalam politik)
• Di Iran-revolusi yang diketuai oleh Ayotollah
• Di Amerika Syarikat-gerakan masyarakat sivil diketuai oleh
Reverand Martin Luther King

• Agama bukan sahaja membawa kepada perubahan


ekonomi dan sosial tetapi turut dipengaruhi oleh
perubahan ekonomi dan sosial dan berubah
• TETAPI: Perubahan yang berdasarkan
kepada ‘prophetic function’ ini boleh
menyebabkan keganasan fanatik

• Contoh di Afghanistan dan Iran


 Memberi satu identiti kepada individu

• Ruang dan peluang untuk individu melabel dan


mengidentifikasi diri mereka sebagai Muslim, Yahudi dll

• ‘Sense of belonging’-siapakah mereka, apakah mereka,


tujuan mereka hidup dan sebagainya

• Memberi garis panduan identiti sebenar peribadi dan


untuk mengukuhkan identiti masyarakat
TETAPI: Sekiranya pertalian identifikasi ini terlalu
kuat , ia juga akan menimbulkan konflik social

• Cenderung untuk percaya yang


agama/cara/amalan yang dipegang sebagai yang
benar

• Contoh-menimbulkan peperangan seperti perang


Iran vs Iraq, Hindu vs Islam di India, Ireland
Agama membina persaudaraan di antara
penganut
Agama memberi makna dan
penerangan. Ia membantu manusia untuk
menghadapi kesengsaraan-menjustifikasi
kedukaan. Setiap yang berlaku adalah
kehendak Tuhan.
Fungsi Agama
 Agama melonjokkan harga diri –menerangkan bahawa
kedudukan keistimewaan manusia bukan kerana status
tetapi bagaimana Tuhan menilai

 Agama menggalakkan kebajikan dan pembangunan.


Tidak pentingkan diri sendiri dan budaya membantu.
Juga menggalakkan pendidikan dan kajian. Menaja
institusi untuk golongan miskin, anak yatim , orang tua
dll.

Anda mungkin juga menyukai