Anda di halaman 1dari 63

DUNIA SENI VISUAL

1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PENGAJARAN

DUNIA SENI VISUAL

Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2010

2
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau ara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

3
KANDUNGAN

Muka Surat

RUKUN NEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi
PENDAHULUAN vii
MATLAMAT viii
OBJEKTIF ix
FOKUS MATA PELAJARAN x
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL xii
ORGANISASI KANDUNGAN xiv
AKTIVITI PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN SATU xv

MENGGAMBAR

MODUL 1 Lukisan 1
MODUL 2 Catan 4
MODUL 3 Capan 8
MODUL 4 Kolaj 12

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

MODUL 4 Capan 16
MODUL 6 Lukisan 20
MODUL 5 Renjisan dan Percikan 23
MODUL 7 Titisan 27

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

MODUL 7 Model 31
MODUL 8 Origami 35

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

MODUL 9 Permainan - Wau 40


MODUL 10 Anyaman - Kelarai 43

iii 4
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan


yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v 5
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara

vi 6
PENDAHULUAN

Seni Visual adalah mata pelajaran yang menjurus kepada bidang kegiatan seni tampak atau
visual. Ia tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.

Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar
serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif, dan aktif. Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan
daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting
kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita

vii 7
MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
memberikan sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

viii 8
OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat :

1. menghargai keindahan alam ciptaan tuhan


2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan
meyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, dispilin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah

ix 9
FOKUS MATA PELAJARAN

Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu;
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

a. Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan
terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia
juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu
perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini
adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam
fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam


mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. menghargai nilai baik dalam semua
aspek kehidupan Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat
penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga
dapat mengenali perubahan yang boleh dilakukan oleh mereka dalam penghasilan seni di masa
akan datang.

x 10
c. Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni
visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.
Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni
melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti
lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan
menghargai sumbangan mereka.

d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk
nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan
mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan pelbagai situasi.

xi 11
PENILAIAN DALAM SENI VISUAL

Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi
penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid
mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak
langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran
berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata
pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan
dalam peringkat sekolah.

Penilaian Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah,
penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil.

Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi
pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkan
penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya
pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang
mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.
Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa markah tersebut
serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni
Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri
murid. Murid dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir, dan kemampuan
psikomotor mereka.

Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan
dan interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan
pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja
adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan
kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai
penguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan
perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian
kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat
kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk
penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kemasan. Ini
dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.

xii12
Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan murid terhadap aspek seni
melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi,
temubual, bercerita, lakonan, dan nyanyian.

Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensil dan kertas. Penilaian ini boleh
ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan
subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk
atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.

xiii
13
ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Transformasi Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta
mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun
berasaskan empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif,
dan apresiasi seni. Standard Pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran berasaskan standard kandungan.

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni
visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan
manusia, dan karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI

Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan


bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF

Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan
karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat
penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu
yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

xiv 14
AKTIVITI DUNIA SENI : SENI VISUAL TAHUN 1

BIDANG KEGIATAN AKTIVITI

1. Lukisan
2. Catan
MENGGAMBAR 3. Capan
4. Kolaj

Terancang

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 1. Capan


2. Lukisan

Tidak Terancang

1. Renjisan dan percikan


2. Titisan

MEBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1. Model


2. Origami

MENGENAL KRAF TRADISIONAL 1. Alat permainan


2. Anyaman

xv 15
M E N G G A M B A R

Tahun : 1

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Lukisan

Tema : Alam Benda

Tajuk : Rumah

Masa : 60 minit

Media : Alat : (tiada)


Bahan : paparan slaid, kertas lukisan, pensel
warna, pensel HB, dan pensel 2B

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh garisan, gambar rumah

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan,
rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan lukisan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

1
16
STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung
1.1.1.2 Rupa – organik
1.1.1.3 Jalinan – tampak
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – (bentuk, rupa, dan warna)

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.1.2.1 Alat – palet, berus warna
1.1.2.2 Bahan – kertas lukisan, bahan semula jadi (flora) dan warna air
atau warna poster atau tempera

1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – capan (basah atas kering)

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya
seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan
rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

2
17
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menerangkan slaid contoh pelbagai jenis
garisan.
 Murid menamakan garisan yang ditunjukkan secara
lisan.
 Guru menunjukkan garisan selari dan melengkung.
 Murid diminta menyatakan perbezaan garisan tersebut
dengan contoh garisan yang ditunjukkan pada awal
pembelajaran.
 Murid diminta menyatakan media yang digunakan
dalam menghasilkan garisan tersebut.

Aplikasi Seni
 Guru menunjuk cara membuat garisan selari dan
melengkung.
 Guru meminta murid menyatakan cara membuat gari-
san-garisan tersebut.
 Guru meminta murid mengeluarkan media yang akan
digunakan dalam membuat garisan.

Ekspresi Kreatif

 Murid menghasilkan lukisan (garisan) dengan


bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
 Murid membuat garisan selari dan melengkung
berpandukan contoh dan tunjuk cara guru.
Langkah 2
 Murid membuat garisan-garisan selari dan
melengkung untuk menghasilkan satu karya seni
dengan bimbingan guru.

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
 Murid menceritakan pengalamannya ketika melakukan
aktiviti.

3
18
M E N G G A M B AR

Tahun : 1

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Catan

Tema : Alam Benda

Tajuk : Rumah Idamanku

Masa : 60 minit

Media : Alat : berus warna, palet, dan surat khabar lama


Bahan: kertas lukisan, pensel, dan warna tempera

Bahan Bantu Mengajar : Contoh slaid atau gambar pemandangan sebuah


rumah

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif


TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : garisan,
rupa, warna dan harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik catan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

4
19
STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung (untuk lakaran)
1.1.1.2 Rupa – organik dan geometri
1.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – warna, bentuk, rupa
1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat – berus warna, palet, dan surat khabar lama
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau
tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – catan (basah atas kering)

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

5
20
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya
mereka.
 Murid memberi pendapat tentang karya rakan.

Contoh lakaran yang

7
21
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru meminta murid menyebut warna yang ada pada
pokok, bunga, awan, dinding, dan atap rumah.
 Berdasarkan objek yang disebutkan, guru meminta
murid mengelaskan objek buatan manusia dan
ciptaan Tuhan.
 Guru menunjukkan satu hasil karya yang
mengandungi gambar rumah, awan, dan pokok
bunga.

Aplikasi Seni
 Guru menunjukkan 2 jenis gambar yang dihasilkan
daripada 2 media yang berbeza iaitu pensel warna
dan tempera, warna air atau warna poster.
 Guru meminta murid membandingkan perbezaan dan
persamaan antara kedua-dua gambar itu.
 Guru memberikan penerangan tentang media yang
digunakan dengan cara yang betul.
 Guru menayangkan video teknik cara menyapukan
warna pada permukaan kertas lukisan.

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan karya dengan bimbingan guru
berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
Contoh lakaran murid
 Guru mengedarkan kertas lukisan dan bancuhan
warna kepada murid.
 Murid diminta membuat lakaran sebuah rumah dan
beberapa batang pokok atau bunga.
Langkah 2
 Murid mewarna lakaran gambar mengikut kreativiti
masing-masing dengan bimbingan guru.

6
22
M E N G G A M B AR
Tahun : 1

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Capan

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Jambangan Bunga

Masa : 60 minit

Media : Alat : berus warna, bendi bawang, palet dan


surat khabar lama
Bahan : kertas lukisan, warna air atau warna poster atau
warna tempera

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh hasil karya daripada teknik capan

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

STANDARD KANDUNGAN

1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan
karya seni (unsur seni dan prinsip rekaan: garisan, rupa, jalinan, dan harmoni) yang
terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan
menggunakan teknik capan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

8
23
STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Garisan – lurus dan melengkung
1.1.1.2 Rupa – organik
1.1.1.3 Jalinan – tampak
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – (bentuk, rupa, dan warna)

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.1.2.1 Alat – palet, berus warna
1.1.2.2 Bahan – kertas lukisan, bahan Semula jadi (flora), warna air,
warna poster atau tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – capan (basah atas kering)

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

9
24
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan media yang belum dipotong.
Contoh: bendi dan bawang
 Murid cuba menceritakan fungsi media tersebut. Guru
memberitahu murid bahawa media tersebut boleh
dijadikan bahan untuk capan.
 Guru menunjukkan contoh-contoh karya yang terhasil
daripada teknik capan.

Aplikasi Seni
 Guru menunjukkan bendi dan bawang yang belum
dipotong.
 Guru menerangkan kesan permukaan yang terdapat
pada permukaan bendi dan bawang dengan
menghubungkaitkan bahasa seni visual seperti
garisan dan jalinan.

Ekspresi Kreatif
 Murid membuat penerokaan pada bahagian lipatan
pertama kertas lukisan.
 Murid menghasilkan corak teknik capan dengan
bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
 Guru menunjuk cara memotong bendi dan bawang.
 Guru mengedarkan kertas lukisan, bendi, dan bawang
yang telah dipotong kepada murid dan menerangkan
cara menggunakannya.
 Guru mengedarkan warna kepada murid.

10
25
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Langkah 2
 Guru menunjuk cara melipat kertas lukisan mereka
menjadi dua bahagian.
Bahagian 1 – penerokaan (murid membuat corak
bebas).
Bahagian 2 – penghasilan karya (jambangan bunga).
 Guru menunjuk cara penggunaan media
i. sapukan warna pada bendi atau bawang yang
telah dipotong.
ii. capkan bendi atau bawang untuk menghasilkan
gambar bunga.

Apresiasi Seni

 Murid menceritakan karya sendiri secara lisan.


 Murid diminta mencari media lain yang sedia ada
pada mereka untuk digunakan sebagai alat untuk
teknik capan.
Contoh : jari
 Guru menerangkan fungsi karya tersebut boleh
digunakan sebagai pembalut buku, pembalut hadiah,
dan sebagainya .

11
26
M E N G G A M B A R
Tahun : 1

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Kolaj

Tema : Alam Benda

Tajuk : Rumahku

Masa : 60 minit

Media : Alat : gunting


Bahan : kertas lukisan, kertas warna dan gam.

Bahan Bantu Mengajar : Contoh slaid atau gambar Rumahku dengan


teknik kolaj

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif


TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa,
warna, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan lukisan menggunakan teknik kolaj.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya seni dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,
dan budaya.

12
27
STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Rupa – organik dan geometri
1.1.1.2 Warna – bebas
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Harmoni – rupa, bentuk, dan warna
1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
1.1.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat – gunting
1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, kertas warna, dan gam
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – kolaj

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif


1.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

13
28
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh hasil lukisan.
 Guru menunjukkan paparan slaid rumah.
 Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan
kolaj.

Aplikasi Seni

 Guru menunjukkan contoh beberapa rupa rumah,


pokok bunga, batu, dan pokok yang telah dipotong
pada kertas warna.
 Guru memberitahu bahawa rupa-rupa ini jika disusun
akan menjadi satu komposisi pemandangan yang
menarik.
 Guru meminta murid menyatakan bahan lain yang
boleh digunakan untuk menghasilkan karya.

Ekspresi Kreatif

 Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru


berdasarkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
 Guru mengedarkan templat (rupa : atap, dinding,
pokok dan awan), kertas lukisan dan kertas warna
kepada setiap kumpulan.
 Murid menekap templat pada kertas warna yang
diberi oleh guru secara individu.
 Murid menggunting kertas warna mengikut rupa
atap, dinding, pokok, dan awan dengan bimbingan
guru.

14
29
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Langkah 2
 Murid menyusun dan menampal potongan kerta
warna mengikut kreativiti masing-masing untuk
menghasilkan gambar “Rumahku”.

Apresiasi Seni

 Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan.


 Murid menceritakan pengalaman masing-masing
ketika melakukan aktiviti.

15
30
M E MBUAT CORAK

DAN R E KAAN
Tahun : 1

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Capan

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Hiasan Tabung

Masa : 60 minit

Media : Alat : berus, palet, dan daun


Bahan : kertas lukisan dan warna air atau warna
poster atau tempera

Bahan bantu mengajar : Contoh-contoh corak teknik capan

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa, warna,
jalinan, harmoni, dan kesatuan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik capan .
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visualmenerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

16
31
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa
seni visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Rupa – organik dan geometri
2.1.1.2 Warna – primer dan sekunder
2.1.1.3 Jalinan – tampak dan sentuh
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Harmoni – ulangan atau susunan yang seimbang
2.1.2.2 Kesatuan – dalam alam semula jadi

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – berus, palet, dan daun
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau
tempera
2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak teknik capan
2.2.2.1 Teknik – capan (corak terancang)

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menghasilkan corak teknik capan

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2. 4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

17
32
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

 Guru menunjukkan contoh-contoh karya corak yang


terhasil daripada teknik capan.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan
prinsip rekaan seperti jalinan, rupa, warna, harmoni dan
kesatuan.

Aplikasi Seni

 Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis


media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik
capan.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang cara
penggunaan media dalam penghasilan corak teknik
capan.

Ekspresi Kreatif

 Murid menghasilkan corak menggunakan teknik capan


dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah
berikut.

Langkah 1

 Sediakan sekeping kertas lukisan.


 Bancuhkan warna yang hendak digunakan.
Langkah 2

 Sapukan warna yang telah dibancuh pada permukaan


daun.
 Capkan daun yang telah diwarnakan dengan
menekankannya pada kertas lukisan.
Langkah 3

 Ulangi langkah 2 menggunakan warna yang berlainan.


 Capkan secara bertindan-tindih sehingga memenuhi
ruangan.

18
33
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Langkah 4

 Setelah hasil kerja siap dan dikeringkan, hasil tersebut


boleh dilekatkan pada tin minuman sebagai hiasan
tabung.

Apresiasi Seni
 Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil kerja
sendiri dan rakan-rakan.
 Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika
melakukan aktiviti.

19
34
M E MBUAT CORAK

DAN R E KAAN
Tahun : 1

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Lukisan

Tema : Alam Benda

Tajuk : Corak Motif Huruf

Masa : 60 minit

Media : Alat : (tiada)


Bahan : kertas lukisan, oil pastel atau krayon

Bahan bantu mengajar : Contoh corak teknik lukisan dan CD lagu

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif


TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa ahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan:
rupa, warna, garisan, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lukisan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

20
35
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Garisan – bersilang
2.1.1.2 Rupa – geometri
2.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kontra – warna
2.1.2.2 Imbangan – bentuk

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – (tiada)
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan,krayon atau oil pastel
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya.
2.2.2.1 Teknik – lukisan (corak terancang)

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan k


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menghasilkan corak teknik lukisan

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

21
36
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi estetik

 Guru meminta murid menyanyikan lagu „ABC‟ dengan


iringan muzik.
 Murid menyatakan satu huruf yang paling disukai
oleh mereka.
 Guru menunjukkan contoh-contoh corak bermotifkan
huruf kepada murid.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur
garisan, warna, rupa, imbangan, dan kontra .

Aplikasi seni

 Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis


media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak
teknik lukisan.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang cara
penggunaan media dalam penghasilan corak teknik
lukisan.

Ekspresi kreatif

 Murid menghasilkan corak teknik lukisan dengan


bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
 Sediakan kertas lukisan dan warna pastel.
Langkah 2
 Tuliskan huruf yang dipilih secara berulang dengan
menggunakan pelbagai warna.
Langkah 3
 Guru membimbing murid menjalankan aktiviti
mencorak dengan teknik lukisan.
Apresiasi Seni

 Murid mempamerkan hasil kerja.


 Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan
rakan-rakan.

22
37
M E MBUAT CORAK

DAN R E KAAN
Tahun : 1

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Renjisan dan Percikan

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Pembalut Buku

Masa : 60 minit

Media : Alat : berus gigi, palet, dan daun


Bahan : kertas lukisan dan warna air atau warna
poster atau tempera

Bahan bantu mengajar : Contoh-contoh corak teknik percikan

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa,
warna, jalinan, kontra, ritma, dan harmoni) yang terdapat pada objek buatan manusia dan
karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan
teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,

23
38
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Warna – primer dan sekunder
2.1.1.2 Rupa – organik
2.1.1.3 Jalinan – tampak
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kontra – warna
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan – rawak
2.1.2.3 Harmoni – bentuk

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – berus gigi, palet, dan daun
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster
atau tempera
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik – renjisan dan percikan (corak tidak terancang)

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

24
39
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

 Guru menunjukkan contoh-contoh corak yang terhasil


daripada teknik renjisan dan percikan.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur jalinan,
warna, rupa, kontra, ritma dan pergerakan, dan
harmoni.
Aplikasi Seni

 Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis


media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik
percikan dan renjisan.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang cara
penggunaan media dalam penghasilan corak teknik
renjisan dan percikan.
 Guru menunjuk cara penghasilan corak renjisan dan
percikan.

Ekspresi Kreatif

 Murid menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan


dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah
berikut.

Langkah 1

 Bancuh cat air atau tempera dalam palet.


 Buat bancuhan warna primer dan sekunder.
 Sediakan sekeping kertas lukisan.
 Sediakan motif seperti yang diinginkan (daun).

Langkah 2

 Susun daun di atas kertas lukisan.

25
40
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Langkah 3

 Sapukan warna pada berus gigi dan percikkan warna


pada permukaan kertas dengan menggunakan sikat
atau jari.
Langkah 4

 Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang berbeza.


Langkah 5
 Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan dan
jemur hingga kering.

Apresiasi Seni

 Murid mempamerkan hasil kerja.


 Murid menceritakan hasil kerja sendiri
dan rakan-rakan.

26
41
M E MBUAT CORAK

DAN R E KAAN
Tahun : 1

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Titisan

Tema : Alam Benda

Tajuk : Pembalut Hadiah

Masa : 60 minit
Media : Alat : berus,palet
Bahan : kertas lukisan dan warna air atau
warna poster atau tempera

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh corak teknik titisan

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif


Keusahawanan

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual ( unsur seni dan prinsip rekaan: warna,
jalinan, ritma, dan pergerakan, serta imbangan) yang terdapat pada objek buatan
manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik titisan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,

27
42
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Warna – primer dan sekunder
2.1.1.2 Jalinan – tampak
2.1.2 Prinsip rekaan
1.2.1.1 Imbangan – warna
1.2.1.2 Ritma dan pergerakan – rawak

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat – berus dan palet
2.2.1.2 Bahan – kertas lukisan dan warna air atau warna poster
atau tempera
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik – titisan (corak tidak terancang)

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menghasilkan corak teknik titisan

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

28
43
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

 Guru memainkan lagu „Selamat Hari Jadi‟.


 Guru bersoal jawab tentang majlis hari jadi yang pernah
dihadiri oleh mereka.
 Guru menunjukkan kotak yang telah disampul atau
dibungkus dengan pembalut hadiah.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan
prinsip rekaan seperti jalinan, warna, ritma dan
pergerakan, dan imbangan pada pembalut hadiah yang
telah ditunjukkan.

Aplikasi Seni

 Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis


media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak
titisan.
 Guru berinteraksi dengan murid tentang cara
penggunaan media dalam penghasilan corak titisan.
 Guru menunjuk cara untuk menghasilkan corak dengan
teknik titisan.

Ekspresi Kreatif

 Murid menghasilkan corak teknik titisan dengan


bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
 Sediakan sekeping kertas lukisan.
 Basahkan kertas dengan air.
 Bancuh cat air atau tempera dalam palet.
 Buat bancuhan warna primer dan sekunder.
Langkah 2
 Celupkan berus dalam warna dan titiskan pada kertas
lukisan secara bebas.

29
44
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Langkah 3

 Ulangi langkah 2 dengan warna yang berbeza.


Langkah 4

 Jemur kertas lukisan sehingga kering.

Apresiasi Seni

 Murid mempamerkan hasil kerja.


 Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
 Guru membuat rumusan dan memberi cadangan agar
murid menggunakan karya mereka untuk dijadikan
pembalut hadiah serta membincangkan harga untuk
karya mereka.

30
45
M E MBENTUK DAN
M E M B UAT B I NAAN
Tahun : 1

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Model

Tema : Alam Benda

Tajuk : Kenderaan

Masa : 60 minit

Media : Alat : gunting


Bahan : kertas warna, gam, kotak, magic pen,
dan pensel
Bahan bantu Mengajar : Contoh model yang sedia ada dan video cara
membuat model
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa,
bentuk, warna, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan model
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan model.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
model.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

31
46
STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
3.1.1 Unsur Seni
3.1.1.1 Rupa – geometri
3.1.1.2 Bentuk – 3D (konkrit)
3.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan – semetri

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam menghasiklan karya seni.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
3.2.1.1 Alat – gunting
3.2.1.2 Bahan – kertas warna, gam, kotak dan magic pen
3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan binaan
3.2.2.1 Teknik – membentuk

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
3.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
3.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran lain
3.4.4 Menghargai karya sendiri dan rakan

32
47
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan beberapa contoh-contoh model
kenderaan seperti bas, van, dan lain-lain.
 Guru menerangkan unsur bentuk dengan menekankan
bahawa bentuk boleh dijadikan model kenderaan.
 Guru menyatakan ciri-ciri sebuah model kenderaan.

Aplikasi Seni
 Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan model kenderaan (bas).
 Guru menayangkan video cara membuat model sebuah
bas menggunakan kotak dan kertas warna.

Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan model kenderaan (bas) dengan
bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
 Meratakan gam dan membalut kotak berbentuk kuboid
menggunakan kertas warna yang pertama.
Langkah 2
 Melakarkan tingkap dan pintu bas menggunakan pensel
pada kertas warna yang kedua.
 Menindih lakaran menggunakan magic pen.
 Menggunting dan menampal pada badan bas.
Langkah 3
 Membuat tayar menggunakan kotak terpakai.
 Menekap bulatan tayar menggunakan duit syiling,
tudung botol, dan lain-lain.
 Menggunting tekapan, mewarna, dan menampal tayar
pada badan bas.

33
48
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Langkah 4
 Membuat kemasan secara kreatif dengan menambah
aksesori pada badan bas seperti cermin, lampu,
dan lain-lain.

Apresiasi Seni

 Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa


penghasilan model bas.
 Murid menerangkan fungsi model yang dihasilkan.
 Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.

34
49
M E MBENTUK DAN
M E M B UAT B I NAAN
Tahun : 1

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti : Origami

Tema : Alam Benda

Tajuk : Baju Kemeja

Masa : 1 jam

Media : Alat : (tiada)


Bahan : kertas origami atau kertas A4, gam,
magic pen dan pensel warna

Bahan Bantu Mengajar : Contoh origami baju yang sedia ada, slaid atau
VCD origami

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif


TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa,
bentuk, warna, dan imbangan)yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan origami
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan origami.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
origami.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

35
50
STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa
seni visual yang ada pada karya seni.
3.1.1 Unsur Seni
3.1.1.1 Rupa – geometri
3.1.1.2 Bentuk – konkrit
3.1.1.3 Warna – primer dan sekunder
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan – simetri

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan


media dan teknik dalam aktiviti seni.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat – (tiada)
3.2.1.2 Bahan – kertas A4 berwarna, gam, dan magic pen
3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.
3.2.2.1 Teknik – lipatan

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
2D dan 3D.
3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam panghasilan karya
3.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

36
51
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan contoh-contoh baju sebenar dan
contoh origami baju.
 Murid-murid melihat dan mengenal pasti bahagian-
bahagian yang terdapat pada baju sebenar dengan
origami baju.
 Guru menerangkan unsur bentuk, warna, dan rupa.
 Guru menerangkan unsur bentuk, warna, dan rupa dalam
penghasilan origami baju.

Aplikasi Seni
 Guru menayangkan video cara membuat origami baju
 Murid menyatakan bahagian-bahagian baju yang terdapat
pada origami.
 Murid diminta mengeluarkan kertas yang akan digunakan
untuk menghasilkan origami.
Rujuk Lampiran B
Ekspresi Kreatif
 Murid menghasilkan origami baju dengan bimbingan guru
berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
 Menyediakan kertas origami atau kertas A4.
Langkah 2
 Lipat dua kertas secara menegak (bahagian A ke
bahagian C) untuk mendapatkan bahagian tengah kertas.
 Buka semula lipatan tersebut. Lipatkan bahagian ke
bahagian B, seterusnya bahagian A ke bahagian B.
Langkah 3
 Lipat hujung bahagian C secara menyerong ke luar bagi
penghasilan lengan baju.
Ulangi langkah yang sama untuk bahagian A.
Langkah 4
 Hujung bawah kertas dilipat ke belakang (2cm).
 Hujung bawah kertas bahagian A dilipat menyerong ke
bahagian B untuk menghasilkan kolar baju.
 Ulangi langkah yang sama untuk bahagain C.

37
52
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Langkah 5
 Bahagian bawah kertas dimasukkan ke bawah bahagian
kolar baju.
Langkah 6
 Hasilkan corak pada bahagian hadapan origami baju.
Langkah 7
 Membuat kemasan pada origami baju yang dihasilkan.

Apresiasi Seni

 Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa


penghasilan origami baju.
 Murid menerangkan fungsi dan corak pada origami baju
yang dihasilkan.
 Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.

38
53
39
54
M E GENAL KRAF

TRADISIONAL
Tahun : 1

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti : Wau - Mewarna

Tema : Alam Benda

Tajuk : Wau Bulan

Masa : 60 minit

Media : Alat : (tiada)


Bahan : lakaran wau pada kertas A4, krayon,
pastel, atau pensel warna

Bahan Bantu Mengajar : Model wau dan CD lagu Wau Bulan

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif


TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: garisan ,
rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan wau dengan mewarna.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan wau.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
wau.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

40
55
STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan – melengkung
4.1.1.2 Rupa – organik dan geometri
4.1.1.3 Jalinan – tampak
4.1.1.4 Warna – primer
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Kontra – warna
4.1.2.2 Imbangan – simetri

4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan


media dan teknik dalam aktiviti seni.
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alat – (tiada)
4.2.2.2 Bahan – lakaran wau pada kertas A4 , krayon, dan bahan gantian
4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
4.2.3.1 Teknik – lukisan

4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D
dan 3D.
4.3.1 Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni 2D
4.3.1.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.1.2 Menghasilkan karya seni berdasarkan perancangan proses kerja

4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan.
4.4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan atau bertulis.
4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

41
56
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

 Menyanyikan lagu „Wau Bulan‟ dengan iringan muzik


Ala ewah ewah bule,
Wau bule teraju tigo,
Mari sini kawe-kawe,
Buat wau bersamo-samo.
Aplikasi Seni
 Menunjukkan contoh wau sebenar.
 Bersoal jawab tentang:
Unsur Seni – garisan, rupa, warna, dan jalinan
Prinsip Rekaan – kontra (warna) dan imbangan
(simetri).
 Menyusun proses penghasilan bagi mendapatkan
idea perancangan proses kerja.

Ekspresi Kreatif

Langkah 1

 Mengedarkan lakaran wau.


 Memilih media dan warna yang digemarinya.
Langkah 2
 Mewarna lakaran corak dengan pensel warna, pastel
atau krayon.
Langkah 3
 Membuat kemasan.

Apresiasi Seni

 Mempamerkan hasil kerja dan bercerita


mengenainya.
 Contoh : wau terkenal di pantai timur terutama di
Kelantan. Biasa dimainkan selepas musim menuai
padi. Wau yang dipasang busur akan mengeluarkan
bunyi.
 Mempamerkan karya seni pada papan pamer.

42
57
M E GENAL KRAF

TRADISIONAL
Tahun : 1

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti : Anyaman

Tema : Alam Semula Jadi

Tajuk : Anyaman Kelarai

Masa : 60 minit

Alat : gunting
Masa :
Bahan : dua helai kertas A4 berlainan warna
dan gam

Bahan Bantu Mengajar : gambar, contoh anyaman yang telah


dihasilkan dan CD lagu

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif


TMK

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: garisan ,
rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan anyaman kelarai.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan anyaman.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan
anyaman.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya.

43
58
STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni
visual yang ada pada karya seni.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan – lurus dan selari
4.1.1.2 Rupa – geometri
4.1.1.3 Jalinan – tampak dan sentuh
4.1.1.4 Warna – primer
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Ritma dan pergerakan – ritma biasa

4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan


media dan teknik dalam aktiviti seni.
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alat – gunting
4.2.2.2 Bahan – dua helai kertas A4 berlainan warna dan gam
4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
4.2.3.1 Teknik – anyaman kelarai

4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan


kemahiran berbahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
2D dan 3D.
4.3.1 Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran
bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D
4.3.1.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.1.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya
4.3.2 Memahami teknik dalam penghasilan kraf
4.3.2.1 Teknik – anyaman kelarai

4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan atau bertulis
4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

44
59
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

Nyanyian lagu ”Kalau Rasa Gembira” dengan iringan muzik


Kalau rasa gembira, tepuk tangan 2x
Kalau rasa gembira, hentak kaki 2x
Kalau rasa gembira, petik jari 2x
Kalau rasa gembira, kata hooray 2x
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira buat semua.

Aplikasi Seni

 Menunjukkan contoh kelarai mata bilis.


 Bersoal jawab tentang:
Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna.
Prinsip Rekaan – ritma dan pergerakan.
 Mengenal media atau bahan gantian.
 Menunjuk cara menyediakan anyaman kelarai mata
bilis bagi mendapatkan idea perancangan proses
kerja.

Ekspresi Kreatif

 Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan


guru

Langkah 1
 Memilih media atau bahan gantian.
 Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas
secara lipatan dan guntingan.
Langkah 2
 Membuat anyaman kelarai mata bilis seperti yang telah
ditunjukkan.
Langkah 3
 Membuat kemasan pada hasil kerja.

45
60
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Apresiasi Seni
 Mempamerkan hasil kerja dan bercerita mengenainya.
Contoh: anyaman kelarai amat terkenal di negeri
Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
 Mempamerkan karya seni pada papan pamer.

46
61
PENGHARGAAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan Pengajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahun 1 ini. Antara pihak yang terlibat ialah:

 Guru-guru yang menjadi panel penyediaan Panduan Pengajaran Pendidikan Seni


Visual Tahun 1,

 Pensyarah Pendidikan Seni Visual, UiTM, UPSI dan IPGM

 Guru-guru Pendidikan Seni Visual Tahun 1 di sekolah Rintis KSSR Pendidikan


Seni
Tahun 1 2009,

62
63