Anda di halaman 1dari 10

Pungut Alias Zahara,

Alias Yap Siew Hong


Cerpen
Mohamed Latiff Mohamed
Sinopsis
Mak Timah memelihara anak angkat berbangsa Cina, iaitu
Siew Hong. Mak Timah menamainya Zahara tetapi anak angkatnya
itu digelar Pungut. Pungut sebenarnya anak Siew Lan yang kelima
dan cucu Bibik. Mak Timah menyewa di rumah Bibik.

Bibi memberikan RM150 kepada Mak Timah supaya
memelihara Pungut kerana Siew Lan tidak mahu memelihara
Pungut yang cacat. Dia pekak, bisu dan badannya kecil.

Pada mulanya Mak Timah sanggup memelihara anak istimewa
ini kerana kasihan akan nasibnya dan ingin menambah pahala.
Lama-kelamaan Pungut sukar dijaga dan akhirnya Mak Timah
sering berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut sebelum
mengambil nyawanya kerana yakin suatu hari nanti tiada siapa
yang mahu menjaganya.
Tema:
Pengorbanan seorang wanita menjaga
anak angkat yang cacat dan nilai
kemanusiaan dalam jiwa masyarakat.
Mak Timah
- Sanggup memelihara anak yang cacat
- Tabah menjaga anak angkat yang cacat
- Mempunyai dua orang anak, Khatijah & Munah

Pungut
-Anak Siew Lan tetapi dibuang oleh ibu kandungnya
-Cacat
-Tubuhnya kecil
-Berusia 24 tahu
PERSOALAN

1- Amalan dan kepercayaan masyarakat Cina kepada
tukang tilik -menilik nasib bayi yang akan lahir

2-Persoalan nasib golongan kurang upaya-Pungut ingin
dibuang oleh ibu dan neneknya kerana dianggap tidak
sempurna.

3- Persoalan belas kasihan dan keprihatinan sesama
manusia-Mak Timah menerima Pungut seikhlas
hati.
4-Persoalan ajal maut di tangan Tuhan dan kesabaran
menempuh cabaran hidup.

5- Kepatuhan kepada undang-undang dan
peraturan pendaftaran anak angkat di mahkamah


NILAI:
1- Kasih-sayang
Contoh: Mak Timah amat menyayangi anak angkatnya,
Pungut walaupun pungut cacat.

2-Bertanggungjawab
Contoh: Mak Timah menjaga Pungut dengan penuh
tanggungjawab seperti menjaga anak sendiri.

3- Keikhlasan
Contoh:Mak Timah menjaga Pungut dengan ikhlas tanpa
mengharapkan balasan.
4- Belas kasihan
Contoh: Mak Timah setuju menjaga Pungut kerana
beliau kasihan melihat Pungut yang akan dibuang.

5-Semangat bermasyarakat
Contoh:Mak Timah menziarahi Siew Lan yang baru
keluar dari hospital setelah melahirkan anak.
PENGAJARAN:
1-Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
sungguhpun statusnya hanya anak angkat
sahaja. Contohnya Mak Timah yang menyayangi
Pungut dan memeliharanya sehingga sudah
berusia 24 tahun.

2-Kita hendaklah ikhlas memberikan
pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu
ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai
umur dewasa.

3-Kita haruslah bersimpati terhadap
golongan kurang upaya. Contohnya Mak
Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.

4-Kita hendaklah mengamalkan
setiakawan. Contohnya Mak Timah yang
bertegur sapa dengan Bibik.

5-Kita wajarlah menghormati keputusan
ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah
yang menghormati keputusannya
menjadikan Pungut anak angkat.

Anda mungkin juga menyukai